35
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JANUARI 2016 TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 12 JANUARI 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA JANUARI 2016

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI

ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

12 JANUARI 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Puan Hasnah binti

Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati

Sejiwa.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

4

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat

bagi bulan Januari 2016 pada pagi

yang berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah-Pengarah dan warga kerja

Bahagian Pembangunan &

Maklumat Teknologi (PMT) serta

Pusat Latihan Kimia Malaysia

(PLKM) kerana telah mengatur dan

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

5

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Bulanan kita pada pagi ini dengan baik

sekali.

Hadirin sekalian,

[UCAPAN TAHUN BARU]

3. Tahun baru, azam baru dan

semestinya semangat baru. Rasanya

belum terlewat bagi saya

mengucapkan Selamat Tahun Baru

2016 kepada tuan-tuan dan puan-

puan semua. Tanpa disedari tahun

2015 telah meninggalkan kita. Saya

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

6

ingin mengambil kesempatan pagi ini

untuk merakamkan penghargaan dan

ucapkan jutaan terima kasih kepada

semua warga KIMIA Malaysia di Ibu

Pejabat serta Cawangan ke atas

sumbangan anda masing-masing

sepanjang tahun 2015 bagi

pencapaian prestasi dan kejayaan

Jabatan dan menjadikan tahun 2015

sungguh bermakna dalam sejarah

KIMIA Malaysia. Itu adalah secara

keseluruhan.

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

7

4. Namun, kita perlu tanya diri kita!

Secara peribadi, apakah yang telah

kita capai pada tahun lalu? Adakah

kerja dilakukan dengan penuh

komited? Adakah semua azam dan

datelines yang ditetapkan pada awal

tahun telah tercapai? Let us look

forward now! Tekadkan azam kita

semua untuk tahun ini dan susun

rancangan supaya ia menjadi

kenyataan. Bagi peringkat individu,

kita perlu terus bersikap positif dan

sedia bekerjasama dalam apa jua

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

8

keadaan. Bagi peringkat KIMIA

Malaysia pula, sebagai warganya kita

perlu sentiasa bersikap proaktif untuk

memastikan penambahbaikan

berterusan menjadi agenda utama

dalam memastikan perkhidmatan

analisis yang diberikan kepada

pelanggan sentiasa relevan dan

memenuhi kehendak mereka.

[PRESTASI 2015]

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

9

5. Untuk maju kehadapan, kita perlu

mengkaji sejarah dengan mempelajari

daripada kelemahan-kelemahan serta

pencapaian-pencapaian kita. Marilah

kita lihat sebentar masa lalu, supaya

kita dapat maju kehadapan dengan

lebih cemerlang lagi sebagai sebuah

organisasi yang dinamik, profesional,

berdedikasi, berintegriti, akauntabiliti,

berkualiti, produkttif, inovatif dan

mengamalkan komunikasi berkesan.

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

10

6. Sistem Pengurusan Kualiti: Saya ingin

mengimbas kembali beberapa

pencapaian kita pada tahun lalu. Pada

tahun 2015, KIMIA Malaysia terus

memantapkan lagi kecemerlangan

Sistem Pengurusan Kualiti Organisasi

dengan mengekalkan akreditasi MS

ISO 9001:2008, menambah skop

akreditasi MS ISO:IEC 17025:2005

sebanyak 43 kaedah ujian dan

mendapat pengiktirafan American

Society of Crime Laboratory Directors

/ Laboratory Accreditation Board

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

11

(ASCLD/LAB) International bagi

migrasi Makmal Kuching, Sabah,

Perak, Terengganu dan Melaka.

Sehingga kini sejumlah 10 Bahagian

Forensik JKM telah mendapat

akreditasi ASCLD/LAB. Tiga

Cawangan lagi (Kedah, Kelantan dan

Sibu) hendaklah meletakkan sasaran

dan berusaha untuk mencapai

pengiktirafan yang amat berprestij ini.

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

12

7. Kejayaan Jabatan untuk

mengekalkan pensijilan dan akreditasi

dalam standard antarabangsa telah

banyak meningkatkan imej Jabatan

dan negara Malaysia di mata dunia.

Tahniah kita ucapkan kepada semua

pegawai yang bertungkus-lumus

memastikan standard kita sentiasa

mematuhi ISO 9001, ISO IEC 17025

dan ASCLD/LAB.

8. Sistem OSH: Bagi sistem OSH pula,

External Audit (Recertification Audit)

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

13

OHSAS 18001:2007 oleh pihak SIRIM

QAS telah dijalankan dengan jayanya

di JKMC Johor, Perak, Pulau Pinang,

Sabah (KK &Tawau) pada 2-6

November 2015 dan di Ibu Pejabat

pada 12-13 November 2015. Tempoh

persijilan OHSAS 18001:2007 pada

Januari 2016 hingga Januari 2018.

Saya juga ingin memaklumkan

bahawa sistem OHSAS 18001 akan

beralih kepada ISO 45001. Tempoh

peralihan belum ditentukan oleh pihak

SIRIM QAS. Saya berharap Bahagian

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

14

IKTD khususnya Unit OSH dapat

membuat persediaan untuk peralihan

kepada standard baru tersebut.

9. Piagam Pelanggan: Peratus laporan

yang dikeluarkan dalam tempoh masa

yang dijanjikan dalam Piagam

Pelanggan adalah 96.1%. Walaupun

tidak mencapai sasaran tetapi

meningkat berbanding tahun 2014

dengan pencapaian 83.3%.

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

15

10. Program Promosi Sains & Teknologi

yang telah dijalankan sepanjang tahun

2015 adalah sebanyak 111 program

dan mendapat sambutan yang

menggalakan dengan bilangan orang

ramai yang mendapat impak daripada

S&T tersebut adalah sebanyak 24,311

orang.

11. Pencapaian latihan pada tahun ini

amat membanggakan dimana

bilangan pegawai yang telah

menjalani latihan di Institusi luar

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

16

Negara adalah sebanyak 25 orang

bagi tempoh kursus > 2 minggu dan

23 orang bagi tempoh kursus < 2

minggu. Sehubungan dengan ini

sewajarnyalah KIMIA Malaysia

mampu menunjukkan prestasi lebih

tinggi hasil dari latihan yang diterima.

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

17

12. Prestasi kewangan:

Jumlah Peruntukan

Perbelanjaan % Perbelanjaan

Mengurus

(2015)

RM96,503,900

RM97,254,813

RM94,920,420.41

RM95,532,600.68

98.35%

98.23 %

Pembangunan RM18,620,000.00 RM12,611,000.00

RM9,785,851,79

RM12,354,879.99

96.69%

(8.5 juta dikembalikan kepada EPU)

97.97 %

Hasil (2015) RM 2,374,933.00

RM2,695,995.45

13. Kenaikan Pangkat: Seramai 159

pegawai dari kumpulan Pengurusan

Tertinggi & Profesional telah

mendapat kenaikan pangkat :

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

18

VK7-VU7 (2), C54-VU7 (1), C54-VK7

(3), C52-C54 (7), C48-C52 (33), C41-

C44 (113) dan terbaru pada 18/1/2016

nanti seramai 6 pegawai lagi akan di

naikan pangkat :C52-C54 (4)danC48-

C52(2) akan saya umumkan kemudian

nama pegawainya.

14. Seramai 109 pegawai dari kumpulan

pelaksana telah mendapat kenaikan

pangkat :

C32-C38 (6), C27-C32 (14), C22-C26

(30), C17-C22 (46), N11-N14 (12), N1-

N4(1)

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

19

15. Program Turun Padang Lawatan KP

Kimia kesemua Cawangan

Terengganu 17/3, Kuching 23/4, Johor

25/5, Sabah 4/6, Sibu 25/8, Pahang

18/9 ,Pulau Pinang 21/9, Bintulu

30/11 dan yang terakhir adalah JKM C

Kelantan pada 28/12/2015.

Hadirin sekalian,

[PELAN KORPORAT & HALA TUJU]

16. Plan korporat Jabatan harus selari

dengan teras strategik dan bidang

fokus RMKe11 yang relevan dengan

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

20

perkhidmatan utama Jabatan (core

competencies) iaitu perkhidmatan

analisis saintifik. Jabatan telah

menetapkan outcome dan KPI dari

setiap pelan tindakan dan strategi

yang dikenalpasti. Agensi pusat EPU

telah menetapkan bahawa Kimia

Malaysia adalah tertakluk di bawah

teras strategik 6 RMKe 11 dalam satu

forum perbincangan pada Disember

2015 iaitu:

“Merekayasa pertumbuhan ekonomi

untuk peningkatan kemakmuran’.

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

21

17. Justeru itu, sedikit pindaan

(adjustments) telah dibuat

berpandukan dokumen RMKe11ke

atas plan korporat Jabatan yang

dibangunkan bersama MAMPU pada

7 – 10 Jun 2015 di Hotel Awana,

Genting Highland.

18. Perancangan Strategik Jabatan Kimia

Malaysia 2016-2020]

Penetapan visi,misi dan hala tuju

adalah seperti berikut:

Visi: Peneraju dalam

perkhidmatan kimia analisis dan

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

22

sains forensik untuk

kesejahteraan rakyat

Misi: Kimia Malaysia adalah

komited untuk menyediakan

perkhidmatan Kimia analisis dan

sains forensik yang efisien bagi

menjamin kesejahteraan hidup

rakyat.

19. Rancangan Malaysia Ke-11, Jabatan

Kimia Malaysia.

Lapan (8) projek telah diluluskan yang

terdiri dari satu (1) projek fizikal

sambungan dan tujuh (7) projek fizikal

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

23

kelengkapan. Jumlah peruntukan

keseluruhan projek bagi tahun 2016

adalah RM30,165,000.00 manakala

bagi tahun 2017 adalah

RM45,413,000.00. Projek-projek yang

diluluskan adalah:

Perolehan peralatan saintifik bagi

menaiktaraf alat lama dan

mengautomasi kaedah sedia ada

Pengukuhan perkhidmatan pusat

analisis toksikologi di Jabatan

Kimia Malaysia

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

24

Perluasan perkhidmatan analisis

buangan terjadual di zon utara dan

selatan

Memperluaskan perkhidmatan

pemeriksaan dokumen di zon utara

(JKM Pulau Pinang)

Penubuhan makmal analisis bahan

senjata kimia Jabatan Kimia

Malaysia

Pengwujudan Centre for Metrology

in Chemistry di Jabatan Kimia

Malaysia

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

25

Penggantian peralatan usang untuk

perkhidmatan analisis sampel asap

dari serobong kilang (stack gas)

dan keperluan peralatan untuk

analisis tanah tercemar di Malaysia.

Pembinaan bangunan baru Jabatan

Kimia Malaysia Cawangan

Terengganu.

Hadirin sekalian,

[PEMANGKUAN PEGAWAI SAINS GRED

C52 KE C54 SERTA GRED C48 KE C52]

20. Saya ingin mengucapkan tahniah

kepada 4 orang Pegawai Sains atas

Page 26: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

26

pemangkuan dari Gred C52 ke Gred

C54. Mereka adalah:

Puan Roslin Bar

En. Wong Kong Yong

En. Mohd. Jamadi bin Haji Md. Jidi

En. Khairul Hadi bin Haji Abdul Raof

21. Saya juga ingin mengucapkan tahniah

kepada 2 orang Pegawai Sains atas

pemangkuan dari Gred C48 ke Gred

C52. Mereka adalah:

Encik Muhamad Fauzi bin Ghazali

Page 27: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

27

Tuan Haji Abdul Ghani bin Harun

22. Saya amat berharap agar atas

pemangkuan ini, anda semua akan

menggandakan usaha dan berusaha

dengan lebih gigih untuk mengangkat

tinggi nama Jabatan Kimia Malaysia

ke tahap yang lebih cemerlang.

Tahniah sekali lagi.

Page 28: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

28

Hadirin sekalian,

[PROGRAM PELAYANAN RAKYAT &

DIALOG STI MOSTI]

23. Pada 19 Disember 2015 yang lalu,

seramai 12 orang kakitangan Jabatan

Kimia Malaysia, Cawangan Perak

telah terlibat dengan pameran sains

interaktif semasa „Program Pelayanan

Rakyat & Dialog STI MOSTI dengan

Masyarakat Orang Asli” di Dewan Tan

Sri Bernard Dompok, Perkampungan

Orang Asli, Simpang Pulai, Gopeng.

Page 29: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

29

24. Pameran tersebut mendapat

sambutan dari masyarakat dan

terutamanya remaja orang asli bagi

menggalakkan mereka mencintai

sains dan lebih mengenali Jabatan

Kimia Malaysia.

25. Saya ingin merakamkan ucapan

penghargaan kepada Pengarah serta

semua pegawai dan kakitangan JKMC

Perak atas komitmen mereka dalam

menjayakan program ini.

Page 30: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

30

Hadirin sekalian,

[PETROSAINS PLAYSMART KUANTAN]

26. Pada 12 - 13 Disember 2015 yang

lalu, Jabatan Kimia Malaysia,

Cawangan Pahang telah terlibat

dengan pameran bersempena

Petrosains Playsmart Kuantan:

“Mission Mystery 2015” yang

bertempat di Petrosains Playsmart

Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang.

27. Pameran yang bertujuan untuk

meningkatkan minat dan kesedaran

Page 31: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

31

orang ramai serta menggalakan

pemikiran kritis dan kreatif mengenai

impak Sains dan Teknologi ini telah

dihadiri oleh kira-kira 400 orang

pelawat.

28. Di sini, saya ingin merakamkan

ucapan terima kasih kepada Pengarah

serta semua pegawai dan kakitangan

JKMC Pahang atas kerjasama dan

usaha mereka dalam menjayakan

program ini.

Page 32: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

32

[Hari Keluarga & Malam Mesra Kimia

2015]

29. Seperti semua sedia maklum, Hari

Keluarga dan Malam Mesra Kimia

2015 telah berlangsung di Hotel Glory

Beach Resort, Port Dickson pada 19-

10 Disember yang lalu. Saya ingin

mengucapkan tahniah kepada Kelab

Sukan & Kebajikan Kimia serta para

urusetia yang telah bertungkus lumus

dalam menjayakan program tersebut.

Page 33: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

33

30. Program ini telah berlangsung dengan

begitu meriah dan ceria sekali. Semua

yang hadir nampak begitu

bersemangat dan gembira sekali.

Setiap program pasti ada sedikit

kekurangannya, namun usaha murni

kelab dalam menjayakan majlis ini

tidak harus dipandang enteng.

Tahniah semua!

31. Saya juga lihat program ini mendapat

sambutan yang amat menggalakkan

dari seluruh warga Kimia. Terima

Page 34: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

34

kasih kepada semua yang sudi hadir.

Semangat kekitaan dan sehati sejiwa

sebegini yang kita inginkan. Terima

kasih sekali lagi.

[PENUTUP]

32. Sebelum saya mengakhiri ucapan,

saya ingin mengucapkan „Selamat

Hari Lahir‟ serta semoga panjang

umur dan murah rezeki kepada warga

Kimia yang menyambut ulang tahun

kelahiran pada bulan Januari ini.

Page 35: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA … Ucapan KP Kimia...teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 12 januari 2016 dataran kimia malaysia

35

Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.