11
Ujian Pengesanan UPSR 2012 Jabatan Pelajaran Johor Oleh: Cikgu Siti Aminah Ramlan SK Bandar Rengam Kluang Johor. http://www.cikgusitiami.blogspot.com

Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

Ujian Pengesanan UPSR 2012Jabatan Pelajaran Johor

Oleh:Cikgu Siti Aminah Ramlan

SK Bandar RengamKluang Johor.

http://www.cikgusitiami.blogspot.com

Page 2: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

BAHAGIAN A – Membina lima ayat lengkap

http://www.cikgusitiami.blogspot.com

Page 3: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

1. Cikgu Rosli mengawasi dan memerhatikan murid-muridnya menjalani

aktiviti di dalam perpustakaan sekolah.

2. Raju dan Samsul membaca buku dengan tekun bersebelahan dengan

Cikgu Rosli berdiri.

3. Lina dan Mei Ling menyiapkan tugasan sekolah dengan membuat

Cadangan ayat:

rujukkan daripada buku perpustakaan.

4. Kalam menyusun semula buku yang sudah dibaca di rak buku agar

kelihatan kemas dan teratur.

5. Seorang perpustakawan sedang melayan seorang murid perempuan yang

hendak membuat pinjaman buku.

Page 4: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

Bahagian B-Menulis karangan

Page 5: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

Soalan 1Perbualan tentang kebaikan membaca surat khabar.

Pengenalan: situasi /latar tempat yang sesuai

Isi-isi:1. Dapat mengisi masa lapang2. Dapat menambah ilmu pengetahuan/ maklumat3. Dapat memperbaiki mutu pembacaan dan tatabahasa Malayu/Inggeris

Penutup: pengakhiran perbualan.

Page 6: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

Cadangan karangan:

Ali: Hai, sudah lama menunggu saya?Abu: Oh, Ali rupanya! Belum lama sangat

pun, saya rasa lima minit yang lalu.Ali: Tadi saya nampak awak asyik sungguh

membaca. Apakah yang awak baca Abu?Abu:Saya membaca surat khabar Harian Metro. Saya membelinya

semasa dalam perjalanan tadi.Ali: Nampaknya awak suka membaca surat khabar. Tentu banyak ilmu

yang awak peroleh.Abu: Ya, saya memang suka membaca surat khabar, terutama pada

waktu lapang. Banyak ilmu yang saya perolehi seperti bidang sukan, ekonomi, kesihatan dan lain-lain. Awak pun apa kurangnya Ali. Tengok tu, di celah ketiak awak, bukankah itu surat khabar Berita Harian?

Page 7: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

Ali: Oh, betul Abu. Ini surat khabar Berita Harian. Saya pun sama seperti awak.Kalau ada masa lapang, membaca surat khabar adalah aktiviti saya. Denganini, saya akan mengisi masa lapang dengan baik. Tidaklah hanya menontonrancangan di televisyen sahaja. Saya juga, dapat mengelakkan diri daripadamengikut rakan-rakan lain melepak di tepi-tepi jalan.

Abu:Selain itu, dengan membaca surat khabar kita akan dapat memperbaikiaspek tatabahasa. Terutamanya sistem ejaan, tanda baca dan strukturayat. Kita juga dapat menambahkan kosa kata. Lagi pun, ia tidaklahhanya terhad untuk mata pelajaran Bahasa Melayu malahan BahasaInggeris juga.Inggeris juga.

Ali: Sebenarnya yang paling penting sekali kita akan jadi orang yang bermaklumatjika membaca surat khabar. Setiap hari, berita-berita yang disiarkan adalahberlainan dan terkini. Tidaklah kita seperti katak di bawah tempurung.Bukansahaja, hal-hal di dalam negeri malahan luar negara juga kita dapat ketahui.

Ali: Ya, betul kata awak. Jadi memang membaca surat kbahar banyak faedahnya.Eh, bas kita dah sampailah! Mari beratur terlebih dahulu.

Abu:Baiklah, jom!

Page 8: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

Soalan 2:Ucapan Guru besar bersara

n Soalan 2:n Ucapan guru besar bersaran Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis. Yang diraikan Tn Haji Muslim bin Ramdi, guru-guru

penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Selamat sejahtera.n Hadirin sakalian,n Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menjadi wakil murid

sempena meraikan guru besar yang akan bersara mulai esok. Sempena persaraan beliau saya dan rakan-rakan ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan selamat bersara. Jasa dan budi cikgu akan kami kenang sampai-bila-bila. Sepanjang cikgu berkhidmat di sekolah ini, kami berasa sangat gembira hadir ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan . Lebih-lebih lagi, kami lihat cikgu sangat mengambil berat terhadap kehadiran murid-murid ke sekolah setiap hari.. Cikgu juga seorang pentadbir yang sangat berdedikasi dan bertolak ansur dengan karenah kami yang sentiasa inginkan nasihat dan bimbingan. Ketokohan cikgu benar-benar menjadi idola kami untuk maju lagi pada masa-masa akan datang.

n Cikgu, n Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana kesalahan yang kami telah

lakukan. Kami seumpama, buah campedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, kami budak lakukan. Kami seumpama, buah campedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Sepanjang pengajaran cikgu sebagai guru mata pelajaran Sivik dan Kewrganegaraa, tentunya terdapat tingkalaku kami yang menyinggung hati dan perasaan cikgu. Tambahan lagi, kenakalan kami juga mungkin menjadi punca kemarahan cikgu.. Oleh itu, sukacita kami mohon agar cikgu dapat memberi kemaafan. Segala nasihat dan teguran oleh cikgu akan kami jadikan pedoman di masa akan datang.

n Cikgu,n Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada

bulan September nanti. Segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu akan kami laksanakan. Bagi kami, cikgu telah mencurahkan banyak ilmu dan bimbingan yang sangat berguna. Motivasi yang cikgu berikan benar-benar membakar semangat kami untuk menjadi murid yang cemerlang dan anak yang membanggakan ibu bapa. Kami berazam akan mencapai kejayaan yang mengharumkan nama sekolah ini, biarpun semasa ketiadaan cikgu.

n Akhirkata, sebelum mengundur diri, kami berharap cikgu tidak akan melupakan kami dan sentiasa mendoakan akan kejayaan kami dalam pelajaran serta kehidupan. Semoga cikgu akan sentiasa berbahagia dan sejahtera selalu. Sekian, terima kasih.

Page 9: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

Bahagian C- Ulasan nilai

Page 10: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

Idea-idea utama:

1. Menyertai mana-mana persatuan – menghargai masa/memanfaat masa

2. Mengunjungi tempat bersejarah – semangat patriotik3. Mendisiplinkan diri – mematuhi peraturan/patuh/akur perintah4. Melakukan sendiri sesuatu tugasan – berdikari5. Berdaya saing – semangat kental/gigih6. Sikap bantu-membantu -bekerjasama

Page 11: Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012

Cadangan Ulasan:Antaranya, kita mestilah tahu menghargai masa

dengan menyertai kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Selain itu, kita patut memupuk semangat patriotikterhadap negara dengan mengunjungi tempat bersejarah. Oleh itu, kita perlu patuh dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Justeru itu, kita wajar berdikari agar dapat menjalankan tugas sendiri tanpa berdikari agar dapat menjalankan tugas sendiri tanpa terlalu bergantung. Akhirnya, kita hendaklah sedia memupuk sikap bekerjasama agar perpaduan terjalin kukuh.