9
Tokoh Pendidik dan Pengkaji Lukisan Kanak-kanak (Laura Chapman) PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3104)

Psv Laura Chapman

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Psv Laura Chapman

Citation preview

Page 1: Psv Laura Chapman

Tokoh Pendidik dan Pengkaji Lukisan Kanak-kanak

(Laura Chapman)

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3104)

Page 2: Psv Laura Chapman

LAURA H. CHAPMAN• Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan

penulis dalam bidang Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio.

• Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan sekolah sekolah di pusat bandar.

• Beliau pernah mengajar mahasiswa dan program ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State University, University of Illinois dan University of Cincinnati.

Page 3: Psv Laura Chapman

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman

Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan karya)

• Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak.

• Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama.

• Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi.

• Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:

Page 4: Psv Laura Chapman

• Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.

• Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.

• Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Page 5: Psv Laura Chapman

Tahap Perkembangan Kreativiti• Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in

Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik.

• Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat

seni dalam penghasilan karya.

• Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang.

• Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.

Page 6: Psv Laura Chapman

Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu:

1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

Page 7: Psv Laura Chapman

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik.

Page 8: Psv Laura Chapman

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

• Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.

• Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Page 9: Psv Laura Chapman

Sekian Terima Kasih….