View
370
Download
6
Embed Size (px)
7/29/2019 Rahsia Alam Melayu.pdf
1/94
RAHSIA ALAM MELAYU
Alter Terahsia Bangsa Melayu BHG 1
Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa
kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika
Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu
dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000
tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?
Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini
berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam
masa yang berasingan.
Selamat Membaca.
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia
terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkanketurunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.
Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu
Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.
Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yangpernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak
surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian danAkkadian.
Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramatpanjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.
7/29/2019 Rahsia Alam Melayu.pdf
2/94
Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarahpanjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalana
mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personalitibangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti
tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalamkeadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini
muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik
berasaskan-trauma.
Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara
tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan
dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100
meter,dialah yang tercorot (misalnya).
Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadibegitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.
Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of
an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salahseorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannya
dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handalitu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu
semasa dia memulakan harinya.
"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan
pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus
untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya
menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia
kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".
"Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals
cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi
piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak
lagi tergenggam itu ke papan tanda."
Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat
mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintarakal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak
dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya
berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakanoleh Cousins,
"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-
tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya
bernafas dengan lebih mudah".
"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas
daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-
7/29/2019 Rahsia Alam Melayu.pdf
3/94
benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegakdan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia serta-merta
berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan-alan di sepanjang pantai".
Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter
tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidakmampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan
berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula
alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.
Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya
dan siapa dirinya yang sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah
banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria
(Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun
dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer
menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukanTuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orangisteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac)
manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enamorang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan
bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-
Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim
ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai
pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu
tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun
Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai
'unknown nationality'.Persoalannya,
"Siapakah Keturah ini?"
Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung
penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa
Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuhdari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi
Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israeldari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi
diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini
sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','oranggasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yangingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu
memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup
mengeluarkan kata-kata,
"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami
menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa)
7/29/2019 Rahsia Alam Melayu.pdf
4/94
Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudaramereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-
bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife)manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian
Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-
isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan
warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar SitiHajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya
melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang
panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail
ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail
kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala
isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada
asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak
kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah be