Rashman_skema Percubaan Sejarah 2 Perlis 2011

  • View
    39

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

skema percubaan sejarah 2 perlis 2011

Text of Rashman_skema Percubaan Sejarah 2 Perlis 2011

  • http://sejarahstpm.blogspot.com/

    SULIT*

    940/2

    (SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA,ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMASIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011

    PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUASEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

    Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2011

    1http://sejarahstpm.blogspot.com/

    SKEMA SEJARAH

    KERTAS 2

    (SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA,ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800-1963)

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMAINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011

    ANJURANPERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

    SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA(CAWANGAN PERLIS)

    Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2011

    STPM 2011

    1963)

    INGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011

    PENGETUA

    Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2011

  • 2http://sejarahstpm.blogspot.com/

    1. Terangkan bagaimanakah kuasa raja-raja Melayu diperkukuh sebagai kuasatertinggi dalam politik Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat.

    A. PENGENALAN (3M)

    i. Dalam hirarki masyarakat Melayu, raja berada dalam kedudukan paling atas.ii. Ketinggian darjat raja telah memberikan mereka kuasa pemerintahan yang tertinggi.

    Raja dianggap orang paling suci dan dihormati.iii. Peranan dan keistimewaan yang dimiliki raja-raja Melayulah yang memperkukuhkan

    kuasa tertinggi raja-raja Melayu.

    B. Isi-isi - Pengukuhan Kuasa Tertinggi Raja dalam Sistem Politik Melayu (20M)

    Konsep, kuasa dan keistimewaan

    i. Asal Keturunan

    Anak raja yang dilahirkan oleh permaisuri yang sah ditabalkan sebagai raja dengan penuhadat istiadat. Menurut Adat Raja-raja Melayu, sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin(pemimpin orang-orang mukmin)/Zulillahi-filalam (Khalifah Allah) iaitu wakil Allah dibumi.

    ii. Konsep daulat raja-raja Melayu

    Raja dianggap mempunyai kuasa sakti bagi tujuan mengagung-agungkan baginda. Setiaprakyat percaya sekiranya melanggar perintah atau engkar pasti akan ditimpa tulah ataumalapetaka.

    Memandangkan anggapan rakyat bahawa raja itu wakil Allah, maka setiap titah perintahraja tidak wajar disanggah kerana mengengkari perintah raja bermakna melanggarperintah Allah.

    iii. Perlantikan dan Pertabalan

    Raja dilantik melalui upacara pertabalan. Pengesahan pertabalan dilakukan oleh raja yanglebih masyhur dan kedudukan yang lebih tinggi.

    Pertabalan mesti disertai oleh alat-alat kebesaran raja digelar regalia Pertabalandisokong oleh pembesar-pembesar dan rakyat daripada pelbagai lapisan.

  • 3http://sejarahstpm.blogspot.com/

    iv. Kedudukan dan kuasa raja

    Raja mempunyai kuasa mutlak atau berkuasa penuh dalam kerajaannya. Bagindadianggap sebagai ketua negeri yang tertinggi.Raja berkuasa menggubal undang-undang dan dasar dan rakyat tidak bolehmempersoalkan dasar yang digubal. Baginda juga tidak tertakluk pada undang-undangdan bebas daripada hukuman. Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidakboleh menderhaka. Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan.

    v. Keistimewaan raja

    Beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu telah secara langsung dapatmemperkukuh kuasa tertinggi. Kuasa istimewa tersebut dapat membezakan kedudukanraja dan rakyat jelata.Raja memiliki pelbagai alat kebesaran yang tidak dimiliki oleh kebanyakan antaranya copmohor, keris, patung, tombak dan kendi. Keistimewaan raja juga dapat dibezakan denganpenggunaan warna dalam pemakaian. Warna kuning hanya dikhaskan untuk raja sahaja.Penggunaan bahasa juga dapat membezakan antara raja dengan rakyat jelata. Contohnyaberadu, santap, bersiram dan sebagainya. Raja juga menggunakan bunyi-bunyian alatmuzik khas seperti nobat.Hak istimewa bertujuan untuk membezakan raja dengan rakyat.

    Peranan dan tanggungjawab raja-raja Melayu

    v. Pemerintahan dan pentadbiranKuasa tertinggi raja-raja Melayu diperkukuh dengan peranan dan tanggungjawab yangdipikul oleh seseorang raja yang memerintah dalam politik dan pentadbiran. Rajamempunyai kuasa politik pusat ke atas semua kawasan yang ditadbir oleh baginda.Kuasa tersebut termasuklah muara-muara sungai hingga kawasan pergunungan yangterhad. Raja juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawal keselamatan bagimewujudkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat jelata.

    vi. Melantik Pengganti dan Pembesar

    Mempunyai keistimewaan melantik penggantinya di antara putera-puteranya daripadaanak gahara walaupun sepatutnya mengikut umur yang lebih tua.Raja berkuasa melantik pembesar. Kekuatan pembesar akan memperkukuhkankedudukan raja. Pembesar memberi sokongan kepada raja dalam menentukankedudukannya sebagai raja, misalnya pelantikan Sultan Perak banyak bergantung kepadasokongan pembesar masa itu.

  • 4http://sejarahstpm.blogspot.com/

    vii.Perundangan dan kehakiman.Dalam bidang perundangan dan kehakiman raja berperanan sebagai ketua hakim. Bidangkehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada berdasarkan tulisan tetapiberdasarkan hukuman bersifat adat. Lama kelamaan, peraturan ditulis dan disusun denganjelas seperti yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahangdan sebagainya. Baginda bertanggungjawab dalam mengendali dan memutuskanhukuman. Hukuman mati hanya diputuskan oleh raja.

    viii.EkonomiDalam bidang ekonomi, khususnya kuasa memungut cukai adalah terletak di bawahbidang kuasa raja ke atas keseluruhan kawasan takluknya, misalnya cukai ke ataspertanian dan perlombongan bijih timah.Raja/sultan mempunyai sumber pendapatan melalui cukai yang diperoleh daripadapembesar sebagai tanda sokongan atau lambang kesetiaan kepada raja..Contohnya diPerak, Sultan Perak menerima $6 daripada setiap bahara bijih timah yang dieksport darimana-mana daerah di Perak sebagai perlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan.

    C. KESIMPULAN (2M)i. Peranan raja diperkukuh dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsur mitos,keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di istana. Dalammemperteguh kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan pembesar juga amat pentingbagi mengekalkan kesejahteraan dan keamanan serta bertindak sebagai pelaksana ataupembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara.ii. Kedudukan dan kuasa tertinggi raja mulai berkurang apabila Sistem Residen muladiperkenalkan tahun 1874 selepas Perjanjian Pangkor. Raja hanya berkuasa dalam halehwal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.

  • 5http://sejarahstpm.blogspot.com/

    2. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada campur tangan British di Selangor danPahang pada abad ke-19.

    A. PENGENALAN ( 2/3 m )

    a ) British campur tangan di Selangor pada tahun 1875 disebabkan oleh masalah huru-hara didalam negeri ekoran perebutan kuasa antara pembesar-pembesar kerana berebut kawasanlombong bijih timah,pergaduhan kongsi gelap,dan masalah pelanunan.

    b) Pendudukan British di Selangor berlaku pada Oktober 1874 selepas J.G Davidsondilantik sebagai Residen.

    c) British cuba meluaskan kuasanya ke Pahang setelah berjaya menguasai Perak ( 1874 ) danSelangor ( 1874 ) tetapi tidak berjaya kerana tiada sebarang masalah yang boleh dijadikanalasan untuk campur tangan.British perlu campur tangan di Pahang kerana minat yangmendalam ditunjukkan oleh Jerman di Pahang.

    d ) Terdapat pelbagai faktor yang mendorong British untuk campur tangan di Pahang danSelangor pada pertengahan abad ke 19.

    B. ISI-ISI ( 20 markah )

    Faktor-faktor Campur tangan di Selangor

    1. Peristiwa Perang Saudara ( Perang Kelang 1867 1874 )

    a) Perebutan kuasa berlaku antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah telah mencetuskanPerang Kelang yang meletus selama enam tahun ( 1867 1873 ).Perang Kelangdisebabkan oleh ketiadaan pentadbiran yang kukuh,perebutan kawasan-kawasanmelombong bijih timah oleh pembesar-pembesar Melayu serta campur tangan orangBugis,Cina dan Mandeling.

    b) Sultan Muhammad Syah telah menyerahkan daerah Kelang kepada putera sulungnya iaituRaja Sulaiman.Malangnya Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang.Pada tahun1850,Raja Sulaiman mangkat.Sultan Muhammad telah menyerahkan kuasa memerintahKelang kepada menantunya iaitu Raja Abdullah.Raja Abdullah kemudian memajukankawasan bijih di Kelang dengan membawa masuk buruh-buruh Cina.

    c) Tindakan Sultan Muhammad menimbulkan rasa tidak puas hati putera Raja Sulaimaniaitu Raja Mahadi.Raja Mahadi berpendapat baginda lebih berhak mewarisi daerahKelang.Tuntutan Raja Mahadi ditolak oleh Sultan Abdul Samad.Bagi mengurangkanketegangan Raja Abdullah membayar wang saguhati setiap bulan kepada RajaMahadi.Raja Mahadi tidak berpuas hati dan berusaha untuk mendapat sokonganmerampas semula Kelang daripada Raja Abdullah.

  • 6http://sejarahstpm.blogspot.com/

    d) 1867, Raja Mahadi telah menyerang Kelang dan berjaya menguasainya.Raja Abdullahberundur ke Melaka dan bersetuju menerima $ 1500 sebulan.Raja Abdullah kemudiannyamangkat di Melaka.Raja Ismail putera Raja Abdullah meneruskan peperangan bagimendapatkan semula Kelang dengan bantuan Tengku Kudin iaitu menantu Sultan AbdulSamad.

    e) Kedua - dua pihak berusaha mencari sekutu masing-masing dengan membuat perikatandengan pembesar-pembesar tempatan dan kongsi-konsgi gelap.Akhir tahun 1869 Yap AhLoy dan Fui Chew ( Hai San ) menyokong Tengku Kudin dan Raja Ismail sementaraRaja Mahadi pula disokong oleh Maharaja Abu Bakar dan kongsi gelap Ghee Hin.

    f) Pada awal peperangan kedua-dua belah pihak sama kuat.Perikatan Tengku Kudin danRaja Ismail berjaya mengatasi Raja Mahadi dengan menyekat kemasukan barang-barangmakanan dan perdagangan bijih timah ke Kelang.

    g) 1873,Tengku Kudin berjaya menguasai Kelang.Raja Mahadi berundur dan bertahan diKuala Selangor.Pengusiran Raja Mahadi dan penawanan semula Kuala Lumpurmenamatkan perang sau