31
MRRJ No:B-05-392-12-2014 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05-392-12/2014 ANTARA HARIDARAN A/L GURAPPAN PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN (Dalam Perbicaraan Jenayah Mahkamah Tinggi Shah Alam No: 45B-192/2011 Antara Pendakwa Raya Lawan Haridaran a/l Gurappan)

RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

  • Upload
    lexuyen

  • View
    237

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN]

RAYUAN JENAYAH NO: B-05-392-12/2014

ANTARA

HARIDARAN A/L GURAPPAN … PERAYU

LAWAN

PENDAKWA RAYA … RESPONDEN

(Dalam Perbicaraan Jenayah Mahkamah Tinggi Shah Alam No: 45B-192/2011

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

Haridaran a/l Gurappan)

Page 2: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

2

DIBICARAKAN BERSAMA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

(BIDANGKUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO: B-05-393-12/2014

ANTARA

KARTHIK A/L MICHAEL … PERAYU

LAWAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN

(Dalam Perbicaraan Jenayah Mahkamah Tinggi Shah Alam No:45B-220-10/2011

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

Karthik a/l Michael)

KORUM:

TENGKU MAIMUN TUAN MAT, HMR AHMADI HJ. ASNAWI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMT

Page 3: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

3

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Latar belakang

[1] Perayu-Perayu bersama seorang lagi (“Balan”) telah masing-

masing dihadapkan secara berasingan dengan satu pertuduhan kerana

membunuh seorang bernama Pusphanathan a/l Sandran (“simati”), satu

kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kesalahan

tersebut dikatakan telah dilakukan atas niat bersama kesemua tertuduh

pada 14.9.2010 jam lebih kurang 10:00 malam di Tasik Kelab Golf

Serendah, dalam Daerah Hulu Selangor di dalam Negeri Selangor, Darul

Ehsan.

[2] Diakhir kes pendakwaan, hakim bicara yang bijaksana setelah

membuat pertimbangan maksima telah memutuskan bahawa pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap

perayu-perayu. Perayu-perayu telah diperintahkan untuk membela diri

atas pertuduhan. Manakala, tertuduh Balan telah dibebaskan atas

alasan tiada kes prima facie dibuktikan.

[3] Diakhir penutupan kes pembelaan, hakim bicara yang bijaksana

telah mensabitkan perayu-perayu dengan kesalahan seperti pertuduhan.

Page 4: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

4

Perayu-perayu telah dihukum gantung dileher sehingga mati. Perayu-

perayu telah merayu terhadap sabitan dan hukuman yang telah

diputuskan oleh hakim bicara yang bijaksana.

[4] Pada 11.1.2016, kami telah mendengar rayuan perayu-perayu dan

dengan sebulat suara kami telah menolak rayuan perayu-perayu. Kami

telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap perayu-perayu.

Alasan penolakan rayuan perayu-perayu kami huraikan seperti berikut

ini.

[5] Dalam penghakiman ini, perayu Haridaran a/l Gurappan akan

dikenali sebagai perayu 1 dan perayu Karthik a/l Michael akan dikenali

sebagai perayu 2.

Ringkasan Kes Pendakwaan

[6] Secara ringkasnya, pada malam kejadian simati telah dibawa oleh

saksi mata, Manimaran a/l Muniandy (SP8) ke Tasik Kelab Golf

Serendah (Kelab Golf tersebut) atas permintaan abang SP8, Ganapathy

a/l Muniandy untuk menyelesaikan masalah melibatkan seorang

perempuan dengan abang simati. Setelah SP8 dan simati tiba di Kelab

Golf tersebut, perayu-perayu serta beberapa yang lain telah sedia

berada di sana sambil minum bir.

Page 5: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

5

[7] Selepas lebih 10 minit kemudian simati telah dibawa ke bahagian

belakang rumah Kelab Golf tersebut di tepi sebuah tasik. Di sana simati

telah diserang menggunakan botol minuman keras dan juga parang.

Perayu-perayu telah memukul kepala simati menggunakan botol

minuman keras. Simati kemudiannya ditetak bertalu-talu menggunakan

parang di bahagian bahu, leher dan kepala. Simati telah mati di situ juga

dan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat

simati ditemui terapung di dalam tasik dua hari selepas kejadian iaitu

pada 16.9.2010.

Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan

[8] Hakim bicara yang bijaksana mendapati pihak pendakwaan telah

berjaya membuktikan semua elemen pertuduhan terhadap Perayu-

perayu. Simati telah meninggal dunia seperti disahkan oleh Dr. Shahidan

Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

atas jasad simati. Identiti simati telah disahkan dan dicamkan oleh bapa

simati, Anthony David a/l Santharan, sebelum bedah siasat dijalankan

oleh SP6.

[9] Untuk elemen bahawa simati telah mati akibat kecederaan-

kecederaan yang telah dialami oleh simati, hakim bicara yang bijaksana

telah menerima keterangan SP6 yang mengesahkan kecederaan-

Page 6: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

6

kecederaan yang dialami oleh simati seperti dalam keterangan lisan dan

Laporan Bedah Siasat (P17) yang telah disediakan oleh saksi. SP6

mengesahkan simati mengalami kecederaan-kecederaan di kepala,

tengkuk dan bahu dimana tengkorak kepala simati telah pecah dipotong.

Kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh simati telah disebabkan

oleh senjata tajam seperti parang atau senjata seumpamanya. SP6

menyatakan sebab-sebab kematian simati adalah “Head injuries due to

incised wounds”.

[10] Mengenai elemen ketiga bahawa kecederaan-kecederaan yang

membawa kepada kematian simati telah didatangkan oleh perayu-

perayu, hakim bicara yang bijaksana telah menerima keterangan saksi

mata yang melihat kejadian, iaitu Manimaran a/l Muniandy (SP8). Dalam

keterangannya, saksi SP8 telah diminta oleh Ganapathy a/l Muniandy

untuk membawa simati ke tempat kejadian. Saksi SP8 seterusnya

menyatakan bahawa beliau telah menyaksikan bagaimana simati telah

diserang dan dicederakan oleh perayu-perayu dengan menggunakan

botol minuman keras yang dipukul di kepala simati dan kemudiannya

simati telah ditetak dengan menggunakan parang dalam keadaan simati

disandarkan kesebatang pokok dan tangan simati dipegang dari arah

belakang pokok oleh Ganapathy a/l Muniandy. Keterangan SP8 juga

Page 7: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

7

menyatakan bahawa setelah simati meninggal dunia, jasad simati telah

dibuang ke dalam kolam. SP8 telah diarahkan untuk membersihkan

kesan-kesan darah dan 2 batang jari tangan simati yang telah dipotong

yang berada di tempat kejadian.

[11] Mengenai elemen niat, hakim bicara yang bijaksana telah ber-

puashati bahawa Kekecualian (c) di bawah seksyen 300 Kanun

Keseksaan terpakai seperti dihujahkan oleh pihak pendakwaan. Dengan

melihat kepada kecederaan-kecederaan yang telah dilakukan oleh

perayu-perayu terhadap simati melalui keterangan SP6, dan bagaimana

kecederaan-kecederaan itu telah dikenakan terhadap simati seperti

keterangan SP8, hakim bicara yang bijaksana telah memutuskan

bahawa perayu-perayu mempunyai niat untuk mendatangkan bencana

tubuh kepada simati yang mana bencana tubuh yang diniatkan itu cukup

dalam keadaan yang biasa akan mengakibatkan kematian kepada

simati.

[12] Mengenai elemen terakhir, niat bersama (common intention) di

bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan, hakim bicara yang bijaksana telah

memutuskan bahawa pihak pendakwaan turut telah berjaya

membuktikan niat bersama perayu-perayu dalam menyerang simati

sehingga menyebabkan kepada kematian simati dalam kes ini. Perayu-

Page 8: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

8

perayu telah secara bersama-sama mendatangkan kecederaan-

kecederaan yang membawa kepada kematian simati (lihat muka surat

30 – 32 Rekod Rayuan Jld.1)

[13] Hakim bicara yang bijaksana dengan itu telah memutuskan

bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie

terhadap perayu-perayu atas pertuduhan. Perayu-perayu telah

diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan.

Kes Pembelaan

[14) Dalam keterangan membela dirinya secara bersumpah, perayu 1

menyatakan seperti berikut:

(a) beliau bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Kelab Golf

yang sama;

(b) beliau menafikan segala dakwaan oleh saksi-saksi

pendakwaan tentang penglibatan beliau dalam kejadian

pembunuhan tersebut;

(c) pada hari kejadian beliau berada di Sg. Buloh dan tidak

berada di Kelab Golf tersebut; dan

(d) beliau telah berhenti kerja dengan Kelab Golf tersebut pada

13.9.2010 dan sejak dari itu tidak pernah menjejakkan kaki

beliau di Kelab Golf tersebut.

Page 9: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

9

[15] Manakala perayu 2, dalam pembelaan bersumpah beliau

menyatakan perkara-perkara yang berikut:

(a) beliau bekerja sambilan sebagai Pengawal Keselamatan di

Kelab Golf tersebut;

(b) beliau menyatakan pada malam hari kejadian beliau pergi

bersama abang beliau menghantar muatan simen ke Melaka;

dan

(c) beliau juga menyatakan bahawa beliau telah meletak

jawatan sebagai Pengawal Keselamatan dengan Kelab Golf

tersebut.

[16] Pihak pembelaan telah memanggil seorang saksi, Tony Steven

Sundarraj a/l Michael (SB3), abang kepada perayu 2 yang telah

menyokong keterangan bersumpah perayu 2. Saksi SB3 mengesahkan

pada malam kejadian, perayu 2 telah mengikuti lori yang beliau pandu ke

Melaka untuk menghantar simen. Mengenai kelewatan memberikan

pernyataan kepada polis tentang alibi perayu 2 iaitu hanya pada

3.10.2014 selepas 4 tahun kejadian berlaku, SB3 memberikan alasan

ianya disebabkan oleh kerana beliau menetap di Kluang, Johor.

Page 10: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

10

Dapatan hakim bicara diakhir kes pembelaan

[17] Hakim bicara yang bijaksana telah menolak keterangan membela

diri yang diberikan oleh perayu-perayu. Diputuskan tiada keterangan

dikemukakan oleh pihak pembelaan yang dapat menunjukkan bahawa

perayu 2 telah meletak jawatan pada 13.9.2010. Mengenai notis alibi

yang diberikan melalui percakapan polis oleh SB3 kepada SP11

diputuskan ianya telah dibuat terlalu lewat iaitu 4 tahun selepas kejadian.

Percakapan SB3 juga hanya dibuat setelah diarahkan oleh pihak polis

dan tidak dibuat secara sukarela.

[18] Hakim bicara yang bijaksana telah membuat keputusan bahawa

pembelaan perayu-perayu hanya merupakan satu penafian semata-

mata. Pembelaan sedemikian tidak dapat menimbulkan sebarang

keraguan yang munasabah terhadap kes prima facie pihak pendakwaan.

Hakim bicara yang bijaksana telah mendapati perayu-perayu bersalah

atas pertuduhan dan telah dijatuhkan dengan hukuman mati seperti yang

diperuntukan oleh undang-undang.

Rayuan Perayu-Perayu

[19] Peguambela terpelajar bagi perayu 1 telah menimbulkan sebanyak

5 isu dalam penghujahan beliau. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut:

Page 11: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

11

(a) Hakim bicara yang bijaksana telah tersalah arah terhadap

beban pembuktian diperingkat penutupan kes pendakwaan;

(b) Hakim bicara yang bijaksana telah tersalah arah dalam

membuat pertimbangan terhadap keterangan saksi yang

berkepentingan;

(c) Hakim bicara yang bijaksana telah gagal menggunapakai

anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950

terhadap ketidakpanggilan penama Ganapathy;

(d) Hakim bicara yang bijaksana telah tersalah arah apabila

menggunakan beban imbangan kebarangkalian (balance of

probabilities) diakhir kes pembelaan; dan

(e) Hakim bicara yang bijaksana gagal untuk meminda

pertuduhan diperingkat akhir kes pendakwaan setelah Balan

dibebaskan dari pertuduhan.

[20] Peguambela terpelajar bagi perayu 2 telah membangkitkan isu-isu

berikut:

(a) keterangan saksi SP8 patut ditolak oleh kerana saksi itu

mempunyai kepentingan dan juga seorang rakan sejenayah;

(b) putus rantaian keterangan terhadap barang kes parang

(P19);

Page 12: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

12

(c) tiada keterangan saintifik untuk mengaitkan perayu 2

terhadap beberapa barang kes;

(d) kegagalan pendakwaan memanggil saksi-saksi yang penting

dalam kes ini;

(e) penyiasatan pihak polis yang lemah;

(f) beban pembuktian di akhir kes pendakwaan;

(g) elemen niat bersama gagal dibuktikan; dan

(h) beban pembuktian di akhir kes pembelaan.

Keputusan Kami

[21] Mengenai isu (a), peguambela terpelajar bagi perayu 1 berhujah

hakim bicara yang bijaksana telah membuat penilaian yang minima

sebelum membuat keputusan kes prima facie telah terbukti. Dihujahkan

bahawa ujian penilaian minima yang digunapakai dalam kes Haw Tua

Tan v. PP [1981] 3 ALL ER 14 telah diketepikan melalui keputusan

Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [ 2003] 1

CLJ 734 dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes

Balachandran Selvaratnam v. PP [2005] 1 CLJ 85. Peguambela

berhujah walaupun senjata parang (P19) tidak mengandungi cap jari

atau DNA profil perayu-perayu, namun hakim bicara yang bijaksana telah

menerima keterangan saksi SP8 bagi membuktikan perayu-perayu telah

Page 13: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

13

membunuh simati. Peguambela terpelajar turut menimbulkan bantahan

apabila hakim bicara yang bijaksana menggunakan perkataan

“…Haridaran and Karthik murdered the deceased” pada peringkat

penutupan kes pendakwaan dan sebelum perayu-perayu memberi

keterangan untuk membela diri.

[22] Kami telah meneliti Alasan Penghakiman hakim bicara yang

bijaksana (di muka surat 6 – 52 Rekod Rayuan (RR) Jld.1) dan kami

bersetuju bahawa hakim bicara yang bijaksana tidak ada menyebutkan

bahawa beliau telah membuat pertimbangan yang maksima keterangan

saksi-saksi pendakwaan. Walau bagaimanapun hakim bicara telah

menggunakan perkataan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya

membuktikan kes prima facie terhadap perayu-perayu (di muka surat 43

RR Jld.1). Kami juga mendapati hakim bicara yang bijaksana telah

merujuk kepada beberapa nas mengenai tugas dan tanggungjawab

seorang hakim bicara diakhir penutupan kes pendakwaan. Nas-nas

yang dirujuk itu jelas menyatakan bahawa sebelum seseorang tertuduh

dipanggil membela diri, hakim bicara hendaklah terlebih dahulu membuat

pertimbangan maksima semua keterangan yang dikemukakan oleh

saksi-saksi pendakwaan. Nas-nas yang telah dirujuk oleh hakim bicara

termasuklah Looi Kow Chai & Anor v. PP [supra] (di muka surat 32 RR

Page 14: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

14

Jld.1); PP v. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 (di muka surat 33 RR

Jld.1) dan Balachandran Selvaratnam v. PP [supra] (di muka surat 37

RRJld.1).

[23] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, kami sebulat

suara bersetuju bahawa keterangan yang telah dikemukakan saksi-saksi

pendakwaan telah mencapai tahap pembuktian kes prima facie terhadap

perayu-perayu atas penilaian yang maksima. Sekiranya perayu-perayu

memilih untuk berdiam diri, sabitan adalah selamat terhadap perayu-

perayu.

[24] Berkaitan dengan bantahan peguambela terpelajar terhadap

penggunaan perkataan ‘murdered’ yang digunakan oleh hakim bicara

sebelum perayu-perayu memberi keterangan membela diri, kami

berpandangan bantahan tersebut tidak bermerit. Perayu-perayu tidak

sekali-kali telah diprejudiskan oleh kerana hakim bicara yang bijaksana

hanya telah mensabitkan perayu-perayu setelah perayu-perayu memberi

keterangan membela diri mereka. Kami sebulat suara bersetuju bahawa

hakim bicara yang bijaksana tidak tersalah arah dalam membuat

keputusan memanggil perayu-perayu untuk membela diri atas

pertuduhan.

Page 15: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

15

[25] Peguambela perayu-perayu telah membangkitkan isu berkaitan

senjata parang (P19) yang telah digunakan untuk pembunuhan simati.

Peguambela perayu 1 membangkitkan isu ketiadaan DNA profail atau

cap jari perayu-perayu pada parang tersebut. Manakala peguambela

perayu 2 membangkitkan hujahan bahawa terdapat putus rantaian

keterangan terhadap barang kes parang tersebut. Bantahan

peguambela adalah parang (P19) telah dijumpai 3 bulan selepas

kejadian tidak bermakna parang itu yang telah digunakan oleh perayu 1

untuk menyerang simati oleh kerana tidak terdapat sebarang tandaan

khas pada parang itu dan tidak ada cap jari atau DNA perayu-perayu

pada parang itu.

[26] Hakim bicara yang bijaksana dalam penghakiman beliau telah

membuat pemerhatian dan dapatan terhadap isu-isu yang sama yang

dibangkitkan oleh peguambela perayu-perayu yang terpelajar. Kami

perturunkan dapatan hakim bicara seperti di muka surat 41 – 42 RR

Jld.1, seperti berikut:

“The parang (E10; P19) was also found negative of blood-stain,

that is to say, no DNA was detected on swab of parang (P23). In

these matter where the results of items collected at the scene of

crime or any items in relation with the case at hand and the finding

of the forensic negated the presence of any of the accused’s DNA

profiling or any other profiling that would provide any assistance of

Page 16: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

16

any sort, these failures should not be taken as the end of the

prosecution’s case as the complainant’s evidence against the

totality of his evidence and the probabilities of the case, yet to be

tested. Further, the failure to obtain a positive match for any

profiling from any of such specimen maybe that the samples given

for the DNA profiling was insufficient or the samples have been

degraded. Degraded means the quality for DNA profiling had been

manipulated. There are three (3) factors where the samples could

be manipulated:-

- Exposed to high temperature - High moisture - Attack by bacteria or fungus

In the instant case neither blood was found on the parang nor any

DNA profiling extracted by the forensic chemist because the parang

was found on the 12.12.2010 by SP7 and Sgt. Rosland at the scene

of crime about three (3) months after the crime incident and I

believe it was then exposed to and manipulated by the

temperaments of weather. Therefore in this instant case with such

rationalization; the determination of whether that was the very

weapon used and by such person could not rest solely on the result

of the DNA profiling alone. It has to be read together with the rest

of prosecution’s evidence in totality.”

[27] Parang (P19) tersebut telah ditemui hasil maklumat yang telah

diberikan oleh perayu 1. Keterangan mengenai penemuan parang ini

boleh diterima di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 dan perayu 1

Page 17: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

17

hendaklah memberi penjelasan mengenainya seperti kehendak seksyen

9 Akta yang sama. Mengenai penemuan parang ini, hakim bicara

membuat dapatan fakta seperti berikut (muka surat 40 – 41 RR Jld.1)

“Inspector Mahesan a/l Govinda Rajan (SP10) gave assistance to

SP11 to partake in investigation on the 12th December 2010 in

relation to the case at hand. He get involved by being an onlooker

at the scene of crime to track down a parang used in connection

with the said crime. He was assisted by Sgt. Rosalan and Inspector

Akthar bin Ismail (SP7) who is attached with the Firearms Branch,

IPK Selangor. Altogether with Haridaran (the accused) they drove

to the scene of crime and on arrival being led by Haridaran (the

accused) they proceed to walk towards an overgrown shrubs

whereby the accused made a gesture and pointed to the bushes.

Both SP7 and Sgt. Rosalan begin to scout around the area using a

minemetex detector to track down such metal object until such time

(one hour later) they detected a parang laying underneath a tree

branches and hidden under dried leaves. SP7 having observed,

quickly alerted and showed SP10 of the spot. The parang was

about half a meter in length and the handled was wrapped in red

and black plastic. SP7 picked the parang and immediately handed

it to SP10. SP10 marked it as ‘C1’ and handed the same to SP11

later on the same day at about 3:30 pm at SP11’s office, which the

same was finally tendered in Court as Exhibit P19.”

Page 18: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

18

[28] Hakim bicara yang bijaksana telah menerima keterangan SP8 yang

disokong oleh SP6 sebelum membuat dapatan bahawa sebenarnyalah

P19 adalah parang yang telah digunakan untuk membunuh simati dalam

kes ini. Hakim bicara yang bijaksana membuat dapatan berikut (muka

surat 40 RR Jld.1)

“Further SP8 in his evidence mentioned that a parang was used by

Haridaran to hack the head, shoulder and neck (earlier placed

across the deceased throat) and this was affirmed by SP6 in that I

reiterate:-

He (SP6) opined that from the horizontal form and the depth length

of the slashed wounds, which cut the tissue and the bones, the

weapon used would have a cutting edge corresponding to knife,

‘parang’ or any object akin to it. Nevertheless, because of the

serious nature of the injuries and having the force to cut through

the bones as in this instance case the skull, it is in my opinion that

a sharp object similar to ‘parang’ or an object corresponding would

have caused the cut wounds. A knife would be impossible because

it can only cut/slashed but it cannot sever or cut the bones. Under

given circumstances it would therefore be a sharp weapon akin to

‘parang’ used with rapid forces, which would have caused to slash

the bones.”

[29) Kami sebulat suara bersetuju dengan dapatan-dapatan yang telah

dibuat oleh hakim bicara tersebut di atas.

Page 19: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

19

[30] Keterangan SP8, mengenai parang yang telah digunakan oleh

perayu 1 dari segi diskripsinya adalah sama seperti P19. SP8

seterusnya secara positif telah mengecamkan P19. Keterangan SP8

boleh ditemui di mukasurat 170 – 171 RR Jld.2 seperti berikut:

“Q: Kamu beritahu mahkamah, adakah kamu boleh camkan parang tersebut? Kamu sudah nyatakan kepada

mahkamah parang yang digunakan, yang kamu nampak mula-mula dipegang oleh Balan.

A: Boleh.

Q: Rujuk exhibit kepada parang. Mahkamah arahkan saksi menerangkan tentang parang

terlebih dahulu.

Q: Dalam kes ini mengenai parang ini, parangnya dalam

keadaan panjangnya lebih kurang berapa?

A: Lebih kurang 3 kaki.

Q: Warnanya boleh ingat atau tidak?

A: Pergelangannya warna hitam merah, depan dia bengkok sedikit.

Q: P19 dirujuk kepada saksi. Adakah ini dia?

A: Ya.

Q: Betul?

A: Betul.

P19 parang telah dicamkan.”

Page 20: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

20

[31] Kami beralih kepada isu berkaitan kredibiliti saksi SP8.

Penguambela-peguambela terpelajar berhujah bahawa keterangan SP8

wajar ditolak oleh hakim bicara atas alasan bahawa SP8 adalah seorang

rakan sejenayah dan juga seorang saksi yang mempunyai kepentingan.

Dihujahkan bahawa SP8 adalah orang yang telah membawa simati ke

tempat kejadian dan turut memainkan peranan dalam melupuskan bukti

jenayah pembunuhan tersebut selepas kejadian. Dihujahkan juga

bahawa SP8 orang yang membersihkan kesan-kesan darah simati dan

turut membuang dua batang jari simati yang telah terpotong ke dalam

kolam. Oleh itu, SP8 dihujahkan adalah seorang saksi rakan sejenayah

(accomplice). Prinsip undang-undang matan adalah bahawa keterangan

seorang saksi rakan sejenayah memerlukan keterangan sokongan.

Dihujahkan tidak terdapat keterangan bebas yang menyokong

keterangan SP8 dalam kes ini. Oleh itu sabitan terhadap perayu-perayu

berdasarkan keterangan rakan sejenayah semata-mata adalah tidak

selamat. Peguambela-peguambela terpelajar telah merujuk kepada

anggapan dibawah seksyen 114(b) Akta keterangan 1950 yang

memperuntukkan:

“The Court may presume –

(a) …

Page 21: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

21

(b) that an accomplice is unworthy of credit unless he is corroborated in material particulars;”

[32] Dalam kes Harcharan Singh & Anor v. PP [2005] 1 MLJ 593 yang

dirujuk oleh peguambela terpelajar, Mahkamah Rayuan telah memutus-

kan seperti berikut atas isu yang sama:

“[7] Strictly speaking an accessory after the fact cannot be an

accomplice as he is not concerned in the commission of the

original offence. In Kuan Ted Fatt v. PP [1985] 1 MLJ 211

the Federal Court did not treat a witness who was present at

the time of the commission of the offence as an accomplice

as he had no prior knowledge that the offender intended to

commit the offence charged. However, it can be safely stated

that the question of whether an accessory after the fact is an

accomplice is academic as his evidence must be considered

on the same principles as that of an accomplice. Where he

has played an active role his evidence must be corroborated.

On the other hand if his role has been passive his evidence

may be accepted with the usual corroboration warning”.

[33] Kami telah meneliti keterangan dan peranan yang telah dimainkan

oleh SP8 dalam rayuan di hadapan kami dan kami mendapati SP8 hanya

telah memainkan peranan yang pasif. Terdapat dua peranan pasif yang

telah dimainkan oleh SP8, iaitu membawa simati datang ke Kelab Golf

tersebut dan keduanya, SP8 telah membersihkan dan melupuskan

Page 22: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

22

kesan-kesan darah dan 2 batang jari simati yang telah terputus. SP8

menyatakan beliau telah diarahkan oleh abang beliau, Ganapathy untuk

membawa simati ke tempat kejadian dengan tujuan untuk ‘memberi

nasihat’ dan ‘ajar’ kepada simati. SP8 langsung tidak mengetahui

bahawa simati akan diperlakukan sehingga menemui ajalnya di tangan

perayu-perayu dan Balan. SP8 tidak juga pernah campur tangan dalam

mencederakan simati. Beliau hanya hadir di sana menyaksikan

kejadian. Walaupun beliau ada hasrat untuk menghalang perbuatan

perayu-perayu, namun SP8 berasa takut dirinya turut akan dicederakan.

SP8 juga telah diarahkan oleh Ganapathy untuk membersihkan kesan-

kesan darah dan kesan-kesan jenayah yang telah ditinggalkan oleh

perayu-perayu.

[34] Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguambela-peguambela

terpelajar bahawa SP8 adalah seorang rakan sejenayah. SP8 hanyalah

seorang peserta selepas fakta (accessory after the fact) oleh kerana SP8

tidak bersangkut-paut dengan pelaksanaan jenayah yang asal yang

dipertuduhkan terhadap perayu-perayu. SP8 langsung tidak ada

memukul atau menetak simati sebagaimana yang telah dilakukan oleh

perayu-perayu di mana akibat pukulan dan tetakan menggunakan

parang P19 telah menyebabkan kematian kepada simati. Jenayah yang

Page 23: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

23

dipertuduhkan adalah kesalahan membunuh. SP8 mungkin melakukan

jenayah kerana melupuskan bukti pembunuhan dan menyembunyikan

kematian simati, namun SP8 tidak ada kaitan dengan pertuduhan asal di

bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dihadapi oleh perayu-

perayu oleh kerana SP8 hanyalah seorang peserta selepas fakta (an

accessory after the fact). SP8 bukanlah seorang rakan sejenayah. Oleh

itu keterangan SP8 boleh berdiri dengan sendirinya tanpa memerlukan

sebarang keterangan sokongan.

[35] Kami bersetuju dengan hujahan balas Tuan TPR yang terpelajar

bahawa sekiranya SP8 seorang rakan sejenayah, keterangan SP8 telah

disokong oleh keterangan saksi SM Ang Foo Lian, Ketua Unit Forensik

(SP5) dan juga disokong oleh keterangan Dr. Shahidan bin Md. Nor,

Pakar Forensik (SP6). Saksi SP6 menyokong keterangan SP8

mengenai senjata parang yang telah digunakan untuk menetak mangsa.

Parang (P19) telah ditemui hasil pandu-arah oleh perayu 1. Parang P19

kemudiannya dicamkan oleh SP8 sebagai senjata yang telah digunakan

oleh perayu-perayu untuk menetak simati. Manakala keterangan SP6

telah menyokong keterangan SP8 dalam aspek kecederaan-kecederaan

luka berganda yang telah dialami oleh simati yang berkemungkinan

besar disebabkan oleh senjata berat dan tajam seperti parang. SP6 tidak

Page 24: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

24

menolak P19 sebagai senjata yang telah digunakan untuk membunuh

simati.

[36] Peguambela-peguambela terpelajar turut berhujjah bahawa SP8

seorang saksi yang berkepentingan atas alasan abang beliau,

Ganapathy turut terlibat sama dalam pembunuhan simati. Ganapathy

yang pada awalnya ditangkap dan bebaskan atas jaminan polis, gagal

ditahan oleh pihak polis dan masih belum dipertuduhkan. Kami sebulat

suara menolak hujahan peguambela-peguambela terpelajar atas isu ini

sebagai tidak mempunyai sebarang merit. Berbanding dengan simati

yang baru dikenali 3 – 4 bulan oleh SP8, perayu-perayu dan Balan

adalah kawan yang telah lama dikenali oleh SP8. Beliau mengenali

perayu 1 lebih 1 tahun, perayu 2 sejak dibangku sekolah dan Balan sejak

dari kecil. Selain itu SP8 turut memberi keterangan dengan mengaitkan

peranan yang telah dimainkan oleh abang beliau, Ganapathy, akan

pembunuhan ini.

[37] Semua isu-isu berkaitan dengan kredibiliti saksi SP8 yang

dihujahkan oleh peguambela-peguambela yang terpelajar telah

dipertimbangkan oleh hakim bicara yang bijaksana. Hakim bicara yang

bijaksana telah menggunapakai pendekatan yang telah diputuskan

dalam kes Sabarudin bin Non & Ors v. PP [2005] 4 MLJ 37 dalam

Page 25: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

25

menentukan kredibiliti seseorang saksi. Dalam kes tersebut, Gopal Sri

Ram, JCA (ketika itu) telah memutuskan:

“In holding PW34 to be a credible witness the learned judge

took into account the whole of that witness’s evidence and

tested it against the probabilities of the case. We find this approached to accord with the general principles that Court

had laid down for themselves in the judicial appreciation of oral evidence”.

[38] Setelah membuat pertimbangan terhadap keseluruhan keterangan

yang telah diberikan oleh SP8, hakim bicara yang bijaksana dalam kes

rayuan di hadapan kami, telah menerima keterangan SP8 dan

memutuskan bahawa kredibiliti saksi SP8 tidak tercalar. Kami bersetuju

sepenuhnya dengan dapatan hakim bicara yang bijaksana tersebut

(muka surat 42 – 43 RR Jld.1).

[39] Seterusnya peguambela terpelajar bagi perayu-perayu berhujjah

mengenai ketidakpanggilan beberapa orang saksi menyebabkan

kelompangan dalam kes pendakwaan. Saksi-saksi yang dimaksudkan

adalah Mageshwary, Himel, Logesh, Ganapathy, Vinson, Sjn. Shamsul

dan Balan. Adalah ‘trite law’ bahawa hanya saksi penting yang menjadi

sebahagian naratif kes pendakwaan dan saksi itu sengaja

Page 26: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

26

disembunyikan oleh pihak pendakwaan, maka anggapan di bawah

seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 akan terpakai. Saksi-saksi

Vinson, Mageshwary, Logesh dan Himel telah ditawarkan kepada pihak

pembelaan sebelum pendakwaan menutup kes. Namun semua saksi

tersebut tidak diperlukan oleh pihak pembelaan. Oleh itu tiada elemen

penyembunyian keterangan saksi-saksi tersebut. Saksi-saksi tersebut

juga bukanlah saksi-saksi penting yang menjadi sebahagian naratif bagi

kes pihak pendakwaan.

[40] Sementara saksi-saksi Balan dan Ganapathy adalah rakan

sejenayah yang gagal dikesan oleh pihak polis walaupun usaha-usaha

telah diambil untuk mengesan mereka. SP11 telah menjalankan usaha-

usaha tersebut dan penjelasan tersebut diterima oleh hakim bicara yang

bijaksana sebagai munasabah. Peranan sebenar Ganapathy tidak jelas

kepada pihak polis semasa siasatan dijalankan. Manakala Balan telah

menghilangkan diri setelah dibebaskan oleh Mahkamah. Oleh itu kami

bersetuju tiada terdapat keterangan menunjukkan bahawa pihak

pendakwaan cuba untuk menyembunyikan saksi-saksi itu dari pihak

pembelaan. Kami bersetuju isu ini tidak bermerit dan anggapan di bawah

seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah tidak terpakai terhadap

Page 27: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

27

pihak pendakwaan memihak kepada perayu-perayu (Abdullah Zawawi

v. PP [1985] 2 MLJ 16).

[41] Mengenai isu niat bersama, hakim bicara yang bijaksana

mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan wujud niat

bersama di kalangan perayu-perayu, Balan dan Ganapathy dalam

melakukan jenayah pembunuhan ke atas simati. Masing-masing

mempunyai peranan dalam menyerang simati sehingga mengakibatkan

kematian simati. Semua perayu hadir secara bersama di tempat

kajadian dalam menyerang simati. Saksi SP8 telah menceritakan

peranan aktif yang telah dimainkan oleh perayu-perayu bermula dari

meletakkan parang di leher simati, memukul kepala simati dengan botol

arak dan diikuti dengan perayu 1 menetak bahu, leher dan kepala simati

dengan menggunakan parang P19 ketika perayu 2 memegang tangan

simati (Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] CLJ (Rep)

241)

[42] Mengenai dakwaan hakim bicara yang bijaksana telah gagal

membuat pertimbangan wajar terhadap kes pihak pembelaan, kami tidak

bersetuju. Kami telah meneliti penghakiman hakim bicara yang

bijaksana dan mendapati hakim bicara itu telah membuat pertimbangan

secukupnya terhadap versi pembelaan sebelum menolak versi

Page 28: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

28

pembelaan atas alasan pembelaan perayu-perayu merupakan hanya

suatu penafian kosong semata-mata. Pembelaan perayu 1 berbentuk

pembelaan alibi namun tiada notis di bawah seksyen 402A Kanun Acara

Jenayah telah diberikan. Pembelaan perayu 2 juga berbentuk penafian

semata-mata apabila beliau menyatakan bahawa beliau tidak berada di

tempat kejadian semasa pembunuhan berlaku. Ini bercanggah dengan

keterangan kukuh yang telah diberikan oleh saksi pendakwaan,

terutamanya melalui keterangan SP8. Kami bersetuju sepenuhnya

dengan dapatan hakim bicara yang bijaksana tersebut. Walaupun hakim

bicara telah terkhilaf apabila menyatakan bahawa pihak pembelaan

telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak

pendakwaan “on the balance of probabilities” (di muka surat 51 RR.

Jld.1), kesilapan ini tidak pemprejudiskan perayu-perayu dan tidak timbul

ketidakadilan terhadap perayu-perayu dalam kes ini. Kekhilafan oleh

hakim bicara yang bijaksana tersebut dapat ditampung di bawah

seksyen 422, Kanun Acara Jenayah. Kami mendapati ada cukup

keterangan yang kukuh untuk mensabitkan perayu-perayu atas

pertuduhan. Kami telah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan dan

mendapati keseluruhan hujahan peguambela-peguambela terpelajar

Page 29: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

29

tidak mempunyai sebarang merit untuk kami mengubah dapatan serta

keputusan hakim bicara yang bijaksana dalam kes di hadapan kami.

[43] Satu isu terakhir yang dibangkitkan oleh peguambela terpelajar

bagi perayu 1 adalah mengenai kegagalan hakim bicara yang bijaksana

untuk meminda pertuduhan selepas Balan dibebaskan. Kami tidak

bersetuju dengan hujahan peguambela terpelajar. Kami sebulat suara

mendapati bahawa tiada sebarang keperluan untuk hakim bicara yang

bijaksana untuk meminda pertuduhan selepas penutupan kes

pendakwaan dan selepas Balan dibebaskan dari pertuduhan.

Pertuduhan terhadap perayu-perayu tidak perlu dipinda dan sabitan

perayu-perayu atas pertuduhan asal adalah tidak cacat dan adalah

selamat. Tiada sebarang prejudis mahupun ketidakadilan timbul

terhadap perayu-perayu. Sabitan terhadap perayu-perayu dibuat

selepas pembelaan mereka dipertimbangkan oleh hakim bicara yang

bijaksana. Kami mendapati tidak ada sebarang bantahan ditimbulkan

oleh peguambela terpelajar sebelum perayu 1 memberi keterangan

membela diri. Isu ini merupakan satu pemikiran yang terkemudian

(afterthought).

Page 30: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

30

[44] Atas alasan-alasan tersebut di atas, kami sebulat suara bersetuju

sabitan terhadap perayu-perayu adalah selamat. Rayuan perayu-perayu

telah ditolak dan sabitan dan hukuman mati yang telah dijatuhkan oleh

hakim bicara yang bijaksana terhadap perayu-perayu dikekalkan.

Bertarikh: 15 Februari 2016.

t.t

(KAMARDIN BIN HASHIM) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Peguamcara

Bagi pihak Perayu 1 T.Vijayandran Tetuan T.Vijay & Co. Bagi pihak Perayu 2 G.Subramaniam Nair (Ebrina Zubair, bersama) Tetuan Maniam Nair & Co. Bagi pihak Responden Tengku Intan Suraya Tengku Ismail (Mohd Zain Ibrahim, bersama) Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara

Page 31: RAYUAN JENAYAH B-05-392-12 2014 · PDF filedan mayat simati kemudiannya telah dicampak ke dalam tasik. Mayat ... Bin Md. Nor (SP6), Pakar Forensik yang menjalankan bedah siasat ke

MRRJ No:B-05-392-12-2014

31