12
BIL. 1 / 2013 • JANUARI - MAC EDARAN PERCUMA KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar www.kesedar.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 4-5 35 TAHUN KESEDAR Sambutan

Sambutan 35 TAHUN - filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

BIL. 1 / 2013 • JANUARI - MACEDARAN PERCUMA

KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandarw w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 4-5

35 TAHUNKESEDAR

35 TAHUN35 TAHUN35 TAHUN35 TAHUN35 TAHUN35 TAHUN35 TAHUN35 TAHUN35 TAHUN35 TAHUN35 TAHUN35 TAHUNSambutan

Page 2: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

2

BULE

TIN

KES

EDA

R

PenaungHAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

PenasihatHAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua EditorMD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor NURHAYATI MAT RUSOK

AHMAD ABDULLAH

Editor Bersekutu KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED

ABD. AZIZ AHMADMOHD RAMADHAN SULAIMAN

HASRI RIFDI HAMZAH @ MAMATHUSNIFAISAL RAMLI

HAJI OTHMAN SETAPANIK JOHAN NIK ABDULLAH

HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANIAHMAD TARMIDZI RASHIDI

Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

JurufotoMUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIMMOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

PengedaranROHANI MAT ZAIN

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN(KESEDAR)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & WilayahKompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang

18300 Gua Musang, KELANTANTel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211

www.KESEDAR.gov.my

https://www.facebook.com/pages/Lembaga-Kemajuan-Kelantan-Selatan-KESEDAR/171405426242605

http://twitter.com/Kesedarkklw

editorial

KRISIS EKONOMI DAN PENGURUSAN WANG BAGIKESEMPURNAAN HIDUP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah kerana melimpahkan secukupnya rahmat dan nikmatnya sehingga menjadikan kehidupan kita amat sempurna dan berbahagia bersama keluarga dan rakan-rakan. Terlalu banyak nikmat Allah sehingga sesungguhnya mustahil untuk kita menghitung dan mengkhufurinya.

Dalam kelimpahan nikmat yang banyak itu kita mungkin tidak merasakan sangat kesan daripada krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia. Banyak orang terkena tempiasnya malahan tidak terkecuali yang amat teruk sehingga kehidupan menjadi tidak sempurna.

Sebagai rakyat dan kakitangan kerajaan kita mempunyai peranan tersendiri ketika berdepan dengan krisis ekonomi. Peranan kita pada peringkat ekonomi mikro melibatkan diri sendiri dan keluarga sebenarnya memberi kesan besar kepada kajian makro ekonomi negara. Sistem kapitalis yang mengamalkan konsep ‘bertuhankan kekayaan’ – meletakkan wang sebagai keutamaan dalam apa jua aspek kehidupan. Kata-kata ‘ada wang semua boleh jadi’ ialah manifestasi kuasa wang dalam kehidupan moden tidak wajar jadi pegangan. Sebaik-baiknya kita menjadikan wang sebagai ‘alat’ untuk kesejahteraan dan kesempurnaan hidup. Menguruskan wang berasaskan ketakwaan kepada Allah S.W.T. akan membantu mengatasi masalah ekonomi.

Apa saja yang dikerjakan bersabit rezeki dan ekonomi tidak terlepas daripada pembalasan daripada Allah. Justeru, usaha mencari rezeki juga satu jihad yang mendapat balasan di akhirat. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud “ Sesiapa yang mencari rezeki yang halal untuk menjaga dirinya supaya tidak meminta-minta dan berusaha memenuhi keperluan hidup keluarganya serta dapat pula membantu tetangganya, maka di akhirat kelak dia akan menemui Allah S.W.T. dengan wajah berseri-seri bagaikan bulan purnama”. (Hadis Riwayat Al-Thabrani).

Kesan daripada krisis ekonomi inflasi akan meningkat. Harga barang-barang akan melonjak, maka amat penting bagi kita semua mengamalkan perbelanjaan secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak memberi kesan kepada mereka kerana mereka mampu membayar untuk apa saja. Sebaliknya golongan terbanyak seperti orang miskin akan merasai kesengsaraan.

Kita sebagai golongan pemakan gaji dengan kerajaan tidak terkecuali merasai kesan tersebut. Langkah-langkah berjimat cermat sepertimana di atas adalah wajar diamalkan, selain daripada bertindak secara ‘qanaah’ iaitu bersederhana dan ‘cukup dengan apa yang ada’ supaya kita tidak terlibat dengan hutang yang berat yang mungkin menjadikan kehidupan kita tidak keruan dan sentiasa resah gelisah.

Sekian, selamat menjalankan tugas. Wassalam.

Selamat Menyambut

TAHUN BARU 2013dari Sidang EDITORIAL

Buletin KESEDAR

Page 3: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

3

BULETIN

KESEDA

R

Perasmian

Gua MusangGua Musangjambatan ppr

Gua Musang, Sabtu 23 Februari 2013. Satu lagi mercu tanda Gua Musang, iaitu Jambatan Konkrit dengan dua laluan satu hala (4 lane) telah dirasmikan oleh YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang. Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam disaksikan oleh ribuan penduduk dari pelbagai peringkat dan kaum dari seluruh pelusuk Gua Musang.

Antara kenamaan yang turut hadir memeriahkan majlis, YB Abd. Aziz Yusoff, ADUN Galas, YB Che Yusoff bin Abd. Ghani, ADUN Nenggiri, YB Dato’ Nozula Mat Diah, ADUN Paloh, Tn. Hj. Mohd Arshad Ismail, Pengurus Besar KESEDAR, Dato’ Azmi Harun, Timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Pegawai Kanan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Telekom Malaysia, Wakil-wakil jabatan/agensi persekutuan dan negeri, pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan dan Tulanggis (Pemaju Projek).

Tepat jam 10.00 malam Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah telah memotong riben serta gimik perasmian dengan melepaskan

belon gergasi dengan penuh simbolik diiringi dentuman 150 das ledakan bunga bunga api sebagaimana 150 juta kos pembiayaan PPR. Sebelum itu YBM Tengku Razaleigh terlebih dahulu diiringi oleh 7 hulubalang Melayu melambangkan kos jambatan sebanyak 7 juta, 186 orang penunggang motosikal menandakan jumlah hari 186 hari PPR telah disiapkan awal dari jadual pembinaan, 12 par pulut semangat menandakan bilangan blok-blok rumah PPR yang dibangunkan di atas tanah seluas 34 ekar milik KESEDAR.

3

BULETIN

KESEDA

R

Page 4: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

35 TAHUNKESEDAR

Kira-kira 35 tahun lalu, kawasan Kelantan Selatan hanya didiami kira-kira 145,000 orang namun jumlah itu meningkat hampir sekali ganda pada tahun 2012 kepada 315,00 orang. Peningkatan jumlah tersebut adalah usaha berterusan dari pihak KESEDAR bagi mengimbagi pola penduduk di negeri ini yang majoritinya tinggal di kawan utara negeri ini.

Selaras dengan itu, KESEDAR telah menyambut ulang tahun yang ke 35 pada 3 Mac 2012 (Ahad), bertempat di perkarangan Ibu Pejabat KESEDAR dan juga di Dataran KESEDAR Putra, Gua Musang. Pada sebelah paginya, Majlis amanat 35 tahun penubuhan KESEDAR oleh Tuan Pengurus Besar telah diadakan. Dalam ucapan amanatnya, beliau mengimbau kembali tentang keperitan semasa penubuhan awal KESEDAR. Beliau juga berharap penjawat baru harus berganding bahu untuk terus memartabatkan organisasi ini. Beliau juga memuji prestasi disiplin penjawat sepanjang tahun 2012 yang semakin meningkat dan beliau berharap prestasi kakitangan dapat dipertingkatkan lagi untuk bersama memajukan KESEDAR. Majlis solat hajat dan tahlil juga diadakan selepas ucapan amanat tersebut.

Sambutan

dari mukasurat 1

4

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 5: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis sambutan penubuhan KESEDAR kali ke 35 yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Rozali bin Isohak, Timbalan Pengerusi KESEDAR. Antara jemputan khas yang turut hadir ialah YBhg Dato’ Dr. Haji Mustapha bin Yaakub, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR, YBrs Encik Mohamad Saufi bin Deraman, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR, YB Encik Yusof bin Ghani ADUN Nenggiri, YB Datuk Paduka Nozula bin Mat Diah ADUN Paloh, YB. Encik Ab. Aziz bin Yusof ADUN Galas, YBhg Datuk Hajjah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor Ketua Wanita Bahagian Gua Musang serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Agensi dan Pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan

Tepat jam 11.00 malam YBhg Dato’ Haji Mohd Rozali bin Isohak telah memotong riben bannerserta gimik perasmian dengan memotong kek bersama YBrs Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail dengan penuh simbolik diiringi dentuman 35 das ledakan bunga bunga api. Sebelum itu YBhg Dato’ Haji Mohd Rozali bin Isohak terlebih dahulu diiringi oleh 6 hulubalang Melayu, 6 orang pembawa bunga manggar, 35 par pulut semangat dan 35 pembawa bendera KESEDAR menandakan 35 tahun penubuhan KESEDAR.

5

BULETIN

KESEDA

R

Page 6: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

MoAKESEDAR INN & MARAKESEDAR telah mengorak langkah dengan menubuhkan institusi pendidikan. KESEDAR dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan yang dikenali sebagai KPTM-KESEDAR. Perjanjian Kerjasama (MoA) telah ditandatangani pada 23 Jun 2011 bertempat di Bangunan Kolej Poly-Tech MARA Gua Musang.

Perjanjian kerjasama diantara Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. dan KESEDAR INN Sdn. Bhd. (KISB) telah dilaksanakan pada 18 Mac 2013 bertempat di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan.

Penubuhan institusi pendidikan ini adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda bagi mencapai cita-cita.

6

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 7: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

Majlis Pengenalan Warga Kerja2013 KESEDAR

Ibu Pejabat KESEDAR, Selasa, 01 Januari 2013 berlangsung majlis ringkas dan ceria di Dewan Hikmah mengalu-ngalukan seramai 63 orang warga kerja baru KESEDAR dari pelbagai kategori. 6 orang Penyelia Rancangan Tanah, 11 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat, 18 orang Pembantu Tadbir (P/O), 4 orang Pembantu Am Pejabat, 8 orang Pekerja Am dan 14 orang Pemandu Kenderaan yang terdiri dari 47 orang penjawat lelaki dan 17 orang penjawat wanita. Pengisian dilaksanakan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pesara-pesara serta pengisian jawatan baru untuk melicinkan jentera pentadbiran KESEDAR supaya lebih efisyen dan berkualiti demi memenuhi ekspektasi stakeholder. Majlis dianjurkan bersama oleh Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) dan Kelab Keluarga KESEDAR (3K).

Dalam kesibukan masa dan perancangan kerja yang padat, YABrs. Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR sempat bersua muka serta beramah mesra dengan semua warga kerja yang baru dilantik.

YBrs. Tuan Hj. Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dalam ucapan ringkas menyeru supaya mereka yang baru dilantik mengambil kesempatan membaca Perintah Am, Arahan Perbendaharaan serta pekeliling-pekeliling berkaitan dalam memperlengkapkan diri untuk memberi perkhidmatan (delivery) yang terbaik kepada stakeholder. Sebagai penjawat awam, warga kerja baru KESEDAR tertakluk kepada peraturan dan undang-undang awam yang berkuatkuasa. Sebarang pelanggaran ke atasnya akan membuat mereka hilang status sebagai penjawat awam yang dianggap amat berprestij ketika ini.

Majlis ini telah diakhiri dengan acara menandatangani Akujanji Perkhidmatan Awam yang diurusetiakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

7

BULETIN

KESEDA

R

Page 8: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

MalamKebudayaanDesa Lestari Paloh 1

13 Februari 2013 bertempat di Astaka Budaya Paloh 1 telah berlangsung Majlis Malam Kebudayaan Desa Lestari Paloh 1 yang dihadiri oleh kira-kira 1000 orang masyarakat setempat.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Norzula bin Mat Diah yang hadir bersama isteri dan anak-anak bagi memeriahkan majlis. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR dan penerbit serta krew rancangan “Apa Khabar Orang Kampung” terbitan TV3.

Antara acara yang dipersembahkan adalah seperti dikir barat, seni tarian kebudayaan Kelantan, simfoni dan wayang kulit.

8

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 9: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

Program Lawatan Pegawai yang baru dilantik ke Wilayah Jeli telah diadakan pada 20 hingga 21 Januari 2013 yang lalu. Seramai lebih 40 orang rombongan lawatan tiba di Pejabat Wilayah Jeli dan diberi taklimat di sini sebelum berangkat ke Pejabat Operasi Sungai Satan. Kemudian rombongan berangkat ke Taman Santuari Tasik Pergau dan diberi taklimat berhubung dengan kemajuan pusat peranginan itu dan bermalam di situ.

Pada keesokan harinya, rombongan bertolak ke Pejabat Operasi Pasir Dusun, kemudian ke Pejabat Operasi Air Chanal, ke Pejabat Operasi Peralla. Program lawatan ke Wilayah Jeli diakhiri dengan lawatan ke Mini RTC Gual Ipoh. Dalam lawatan ini semua peserta diberi taklimat oleh En. Mohd Faudzi bin Abdul Rahman, Pengurus Wilayah Jeli dan Pengurus-Pengurus Pejabat Operasi mengenai peranan dan tanggungjawab setiap pejabat di Wilayah Jeli agar menjadi panduan kepada kakitangan yang baru bagi melaksanakan tugas masing-masing.

Lawatan Attachment Ke WILAYAH JELI

9

BULETIN

KESEDA

R

Page 10: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

BULETIN

KESEDA

R

10

Bagi menambah kefahaman lebih mendalam mengenai aspek pengurusan penyata kewangan bagi koperasi-koperasi RKT KESEDAR, Bahagian Pembangunan Pertanian telah mengadakan kursus berkenaan.

Kursus selama satu hari ini telah diadakan di KESEDAR INN pada 19 Mac 2013 dan telah dihadiri seramai 48 orang peserta yang terdiri dari ahli-ahli Lembaga Koperasi RKT-RKT KESEDAR yang sebahagian besar merupakan peneroka KESEDAR. Kursus ini dikendalikan oleh seorang fasilitator dari ANGKASA.

Kursus berkenaan dirasmikan oleh oleh Encik E-Samudin bin Basri, Penolong Pengurus, Bahagian Pembangunan Pertanian. Kursus ini turut dihadiri oleh Pegawai Penyelaras Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelantan dan Pegawai ANGKASA Negeri Kelantan.

KURSUS KEWANGAN KOPERASI

10

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 11: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

Perjumpaan Generasi Kedua RKT KESEDAR

Bertempat di KESEDAR Inn, Gua Musang, Bahagian Pembangunan Pertanian KESEDAR telah mengadakan majlis perjumpaan Generasi Kedua RKT KESEDAR dengan Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR.

Majis ini diadakan untuk memberi penerangan berkenaan pembangunan di RKT-RKT KESEDAR serta mendapat maklumbalas dan pandangan dari para hadirin yang terdiri dari anak-anak peneroka RKT. Majlis ini mendapat sambutan menggalakkan dengan dihadiri kira-kira 170 orang dan berlangsung dalam suasana harmoni.

Majlis ini dimulakan dengan taklimat pembangunan RKT KESEDAR oleh Tuan Haji Othman bin Ismail, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian. Ianya diikuti dengan sesi soaljawab oleh wakil-wakil generasi kedua RKT.

Seterusnya majlis perjumpaan generasi kedua ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Amran bin Arifin, wakil generasi kedua RKT. Diikuti ucapan amanat oleh Tuan Haji Mohd. Arshad bin Ismail, Pengurus besar KESEDAR. Turut hadir Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Tuan Haji Othman bin Ismail, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan KESEDAR.

11

BULETIN

KESEDA

R

Page 12: Sambutan 35 TAHUN -   filepembaziran. Sikap boros akan mengakibatkan masalah inflasi semakin buruk. Bagi golongan yang berkemampuan peningkatan harga tidak

Pada 28 dan 29 Mac 2013 satu kejohanan futsal telah dianjurkan bersama ECER dengan Bahagian Pembangunan Pertanian. Kejohanan ni berlangsung di gelanggang futsal ECER Rantau Manis, Gua Musang. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai dalam 2 kategori yang dipertandingkan iaitu 12 pasukan bagi kategori lelaki dan 8 pasukan bagi kategori wanita

Peringkat awal kumpulan telah diadakan pada 28 Mac 2013. Manakala separuh akhir dan akhir telah diadakan di gelanggang yang sama pada hari kedua kejohanan.

Berikut adalah keputusan pertandingan mengikut kategori:

Johan Kategori Lelaki: RKT Sungai AsapNaib Johan: Warriors (ECER)Johan Kategori Wanita: RKT Sungai AsapNaib Johan: Selipar Hanyut (ECER)

Upacara majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Turut hadir pegawai dan kakitangan Bahagian Pembangunan Pertanian dan Pejabat-pejabat Operasi RKT.

KEJOHANAN FUTSAL ECER

12

BULE

TIN

KES

EDA

R