If you can't read please download the document
Upload
duongcong
View
337
Download
34
Embed Size (px)
Citation preview
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
23
SEJARAH BACAAN RIWAYAT HAFS
MELALUI ALIRAN AL-SYATIBI DAN IBN AL-JAZARI
Shaharuddin bin Saad
ABSTRAK
Bacaan al-Quran Riwayat Imam Hafs bin Sulaiman al-
Kufi mengikut Qiraat Imam Asim bin Abi al-Najud
merupakan 95% cara bacaan yang diamalkan di seluruh
dunia mengikut suatu fakta1. Cara bacaan ini
merupakan cara bacaan yang digunakan oleh hamper
semua masyarakat di sebelah Asia Tenggara khususnya
di Malaysia. Persoalan yang timbul di dalam
masyarakat kita khususnya di Malaysia hari ini ialah,
sejauhmanakah kefahaman dan pengetahuan
masyarakat terhadap sejarah bacaan riwayat ini serta
apakah kitab-kitab yang digunakan sebagai rujukannya.
Maka, bertitik tolak dari masalah ini, penulis merasakan
perlunya ada penjelasan melalui penulisan ini untuk
menjelaskan kepada masyarakat latar belakang Imam
Asim bin Abi al-Najud, Riwayat Imam Hafs bin
Sulaiman al-Kufi dan kitab-kitab rujukan utama di
dalam bacaan ini. Metodologi yang digunakan di dalam
kajian ini ialah metod histori, dokumentasi dan
observasi bagi tujuan mengumpul serta menganalisis
data. Semoga hasil kajian ini dapat membantu
menjelaskan kepada masyarakat sejarah bacaan
Riwayat Hafs bin Sulaiman al-Kufi.
PENDAHULUAN
Asal usul cara bacaan yang diamalkan oleh seseorang pembaca
merupakan suatu perkara yang amat penting bagi seseorang pembaca.
Ianya sangat penting lagi apabila berkait rapat dengan bacaan al-Quran.
Di dalam bacaan al-Quran, pembaca mestilah mempunyai sandaran
bacaan dari mana diambil bacaan tersebut dan apakah rujukan yang
digunakan. Maka cara bacaan al-Quran umumnya oleh keseluruhan
1Aitani, Abd al-Rahman (1998), al-Mufid fi Ilm al-Tajwid, cet.2, Beirut, Muassasah
al-Rayyan, h.147.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
SHAHARUDDIN BIN SAAD
24
masyarakat Islam di Malaysia ialah bacaan Qiraat Imam Asim melalui
Riwayat Imam Hafs beraliran al-Syatibi. Di dalam kajian ini penulis
akan cuba menjelaskan biodata Imam Asim bin Abi al-Najud, biodata
Imam Hafs bin Sulaiman al-Kufi, biodata imam al-Syatibi, biodata
Imam al-Jazari, Matn Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani dan Matn
Tayyibah al-Nasyr.
RIWAYAT RINGKAS IMAM ASIM AL-KUFI
Nama beliau ialah Asim bin Abu al-Najjud al-Asadi al-Kufi. Ia lebih
dikenali dengan nama Abu Bakr. Beliau merupakan seorang tabiin yang
hampir dengan para sahabat dan dapat bertemu ramai di antara mereka
semasa hidupnya. Tarikh lahir Imam Asim tidak dapat dipastikan. Ada
pendapat mengatakan beliau meninggal di Kufah dan pendapat lain
mengatakan dalam perjalanan ke Syam pada akhir tahun 127H2. Ada
juga pendapat mengatakan pada 128H dan pada 129H3.
Antara guru beliau ialah Abu Abd. al-Rahman Abd Allah bin
Habib al-Sulami (74H), Abu Maryam Zur bin Hubaysy al-Asadi (82H),
Abu Amru Sad bin Ilyas al-Syaybani (96H) . Manakala di antara yang
mengambil qiraat atau kita istilahkan sebagai anak muridnya ialah
Aban bin Taghlab (141H), Hammad bin Salamah (167H) dan
Sulayman bin Mahran al-Amasy (147H). Di antara anak muridnya
yang paling masyhur dan merupakan periwayat qiraat beliau ialah Abu
Bakr Shubah bin Ayyasy (193H) (periwayat pertama Asim) dan Abu
Umar Hafs bin Sulayman al-Mughirah (180H) (merupakan periwayat
kedua Asim)4.
Dari segi bacaan, beliau adalah seorang Imam Qiraat yang
berjaya menggabungkan kelancaran bacaan al-Quran, ketepatan sebutan
dan sekaligus tajwidnya. Beliau merupakan sheikh besar di Kufah,
tempat tuju para penuntut, sangat fasih, mutqin, mempunyai suara yang
merdu, soleh dan thiqah . Berkata Ibn Ayyasy Asim pernah berkata
kepadaku: Aku jatuh sakit selama 2 tahun, apabila aku sembuh, aku
baca al-Quran dan satu huruf pun tiada kesalahan5. Berkata Abu Ishak
2Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), Marifah al-Qurra al-Kubar,
Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h.51. 3 Ibid, h.54.
4Abd al-Fattah al-Qadi (t.t), Tarikh Qurra al-Asyrah, Kaherah: Maktabah wa
Matbaah al-Masyad al-Husayni, h. 24-24 dan al-Dhahabi (1997), op.cit, h.53. 5Abd al-Fattah al-Qadi (t.t), op.cit.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
25
al-Subayiy: tak pernah aku lihat seorang qari pun yang sangat hebat
seperti Asim6.
Beliau mengambil bacaan tersebut secara musyafahah dan
talaqqi terus dari mereka melalui dua jalan iaitu melalui Abu Abd al-
Rahman al-Sulami dari Saidina Ali bin Abi Talib dari Rasul s.a.w. Satu
lagi adalah melalui Dhirr bin Hubaysy al-Asadi dari Abd Allah bin
Masud dan dari Rasul s.a.w7.
RIWAYAT RINGKAS IMAM HAFS (90H-180H)
Beliau merupakan periwayat Qiraat Imam Asim yang terkemuka.
Nama beliau ialah Abu Umar Hafs bin Sulayman bin al-Mughirah bin
Abu Dawud al-Asadi al-Kufi al-Bazzar al-Ghadiri. Beliau lebih dikenali
dengan nama Hafs. Beliau dilahirkan di Kufah pada tahun 90 Hijrah
dan meninggal pada tahun 180 Hijrah8.
Beliau merupakan periwayat kepada Asim yang paling alim
dan mengambil pembelajaran Qiraat daripada gurunya secara
musyafahah dan talaqqi. Beliau juga pernah menduduki kota Baghdad
dan Makkah sekaligus menjadi muqri yang terkenal9.
Berkata Ibn Main: riwayat yang sahih yang diriwayatkan
daripada Imam Asim ialah riwayat Hafs bin Sulayman. Beliau pernah
berkata kepada Imam Asim : Bacaan (wajah-wajah qiraat) Abu Bakr
(Imam Syubah) tidak sama dengan bacaanku Berkata Imam Asim:
Aku membacakan kepadamu seperti mana dibacakan kepadaku oleh
Abu Abd al-Rahman al-Sulami daripada Ali bin Abi Talib r.a, dan aku
membacakan kepadanya (Imam Syubah) seperti mana dibacakan
kepadaku oleh Dhurr bin Hubaysy daripada Abd Allah bin Masud 10
.
Manakala yang mengambil qiraat daripada beliau pula
antaranya, Husayn bin Muhammad al-Marwazi, Sulayman bin Dawud
al-Zuhri, Amru bin al-Sabbah, Ubayd bin al-Sabbah, al-Fadl bin
Yahya al-Anbari, Abu Syuayb al-Qawwas dan lain-lain11
.
6Ibid.
7Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), op.cit, h.51.
8Ibid, h.74 dan Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-
Jazari (1932), Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra, Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah, j.1, h.254. 9Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), op.cit, h.85.
10Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932),
op.cit. 11
Ibid.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
SHAHARUDDIN BIN SAAD
26
Sanad bacaan beliau yang bersambung kepada Rasul s.a.w
adalah melalui Imam Asim dari Abd al-Rahman al-Sulami dari
Saidina Ali bin Abi Talib dari Rasul s.a.w. Imam Hafs merupakan
murid Imam Asim yang paling banyak mengetahui bacaan-bacaan
Imam Asim, ini adalah kerana beliau berulang kali talaqqi dengan
Imam Asim12
. Oleh kerana berulang kali beliau talaqqi dengan Imam
Asim, maka terbitlah selepas kewafatan beliau tariq bacaan Imam Hafs
yang berbagai-bagai turuq.
RIWAYAT RINGKAS IMAM AL-SYATIBI (538H-590H)
Nama beliau ialah al-Qasim bin Firuh bin Khalaf bin Ahmad al-
Ruayni al-Syatibi al-Andalusi. Dilahirkan di Syatibah di Andalus yang
mana sekarang dinamakan Sepanyol pada tahun 538 Hijrah dan
meninggal di Mesir pada 28 Jamadil Akhir tahun 590 Hijrah. Beliau
dikebumikan di Kaherah13
.
Imam al-Syatibi merupakan seorang yang sangat alim dalam
banyak ilmu, samaada ilmu Qiraat, Tafsir, Nahw, Lughah, Hadis, Fekah
dan beliau juga merupakan seorang tokoh sasterawan dan penyair yang
hebat14
. Di samping itu juga beliau memiliki kemahiran di dalam tabir
mimpi15
.
Beliau mempelajari al-Quran dan Ilmu Qiraat daripada gurunya
di Syatibah iaitu Abu Abd Allah Muhammad Abil As al-Nafari
(550H), Ibn Huzayl (563H), Imam al-Mubarrad, Abu Tahir al-Salafi,
Ibn Humayd (586H), Ibn al-Nimah al-Balansi (567H), Abu Abd Allah
al-Isybili (600H), Ibn Asyir al-Ansari (567H), Abu Tahir al-Salafi
(576H), Abu al-Qasim bin Hubaysy (584H), Abu al-Husayn al-Umri
(564H), Ibn al-Faras (567H) dan lain-lain lagi16
.
Murid-muridnya ialah Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Abd al-
Samad al-Sakhawi (643H), Abu Abd Allah Muhammad bin Umar al-
Qurtubi (631H), al-Kamal Ali bin Syuja bin Salim al-Darir al-Masri
(661H), Ali bin Muhammad bin Musa al-Tajibi (626H), Abu Amru
Uthman bin Umar bin Abu Bakr al-Kurdi (646H), Muhammad bin
Yahya bin Ali bin Baqa Abu Abd Allah al-Lakhami al-Janjali, Yusof
12
Ibid. 13
Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qastalani (2000), al-Fath al-Mawahibi fi
Tarjamah al-Imam al-Syatibi, Amman: Dar al-Fath, h.34. 14
Jarmi, Ibrahim Muhammad (2000), Al-Imam al-Syatibi Sayyid al-Qurra, Damsyiq,
Dar al-Qalam, h.59. 15
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932),
op.cit, j.2, h.21. 16
Ibrahim Muhammad al-Jarmi (2000), op.cit, h.59-65.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
27
bin Jaafar bin Abd al-Razzaq Abu al-Hajjaj al-Ansari, Muhammad bin
Qasim bin Firuh al-Jamal Abu Abd Allah al-Syatibi (655H), Abd al-
Rahman bin Abu al-Qasim al-Azdi al-Tunisi (625H), Menurut Imam al-
Jazari, boleh jadi beliau merupakan orang yang mula-mula
mensyarahkan Matn al-Syatibi (Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani)17
.
Kitab-kitab karangan beliau di dalam bidang Ilmu Qiraat dan
Ulum Quran ialah Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani fi al-Qiraat,
Aqilah Atrab al-Qasaid fi Asna al-Maqasid (kitab yang membicarakan
Ilmu Rasm al-Uthmani, Nazimah al-Zuhr fi Ad al-Ayy (merupakan
matan ilmu kaedah bilangan ayat-ayat al-Quran dan Nuzum fi Zaat al-
Quran al-Karim18
. Di dalam bidang Hadis pula kitab karangan beliau
ialah Qasidah Daliyyah dan di dalam bidang Bahasa Arab pula ialah
Nuzum fi Mawani al-Sarf19
.
Sebagai seorang imam yang hebat sudah tentu Imam al-Syatibi
mendapat pujian dan kedudukan yang tinggi di kalangan para ulama.
Beliau mendapat pujian daripada Imam al-Jazari dengan katanya
Imam al-Syatibi ialah seorang wali Allah, s.w.t, sangat alim dan
merupakan salah seorang ulama besar dan masyhur di seluruh pelusuk
alam20
. Kata Imam al-Jazari lagi Imam al-Syatibi juga seorang imam
yang sangat cerdik dan pintar21
.
Selain dari itu beliau juga mendapat pujian daripada Ibn
Khalikan, dengan katanya Imam al-Syatibi merupakan seorang yang
sangat alim di dalam Ilmu Qiraat, Ilmu Tafsir, Bahasa Arab, Ilmu
Tabir mimpi dan Ilmu Hadis, sehinggakan beliau boleh
memperbetulkan kesalahan yang berlaku dengan hafalannya22
. Syeikh
al-Islam Imam al-Nawawi juga ada memuji beliau dengan katanya
Imam al-Syatibi kalau nak dibandingkan dengan orang lain di Mesir
tiada tandingan pada masa itu, ini adalah kerana beliau memiliki
kepelbagaian ilmu23
. Imam al-Dhahabi juga ada memuji beliau dengan
katanya Imam al-Syatibi adalah merupakan imam yang sangat alim,
cerdik, memiliki banyak ilmu di antaranya mengetuai Ilmu Qiraat,
17
Ibid, h.67-72. 18
Ibid, h.87. 19
Ibid, h.89. 20
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932),
op.cit, j.2, h.20. 21
Ibid, h.21 dan Dr. Abd al-Fattah Ismail al-Thaalabi (1999), al-Madkhal wa al-
Tamhid fi Ilm al-Qiraat wa al-Tajwid, Kaherah: Maktabah al-Wahbah, h.212. 22
Ibn Khalqan, Ahmad bin Muhammad (t.t), Wafiyat al-Ayan, Beirut, Dar Sadir, h.71. 23
Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qastalani (2000), op.cit, h.48.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
SHAHARUDDIN BIN SAAD
28
menguasai Ilmu Hadis dan menghafaznya, pakar Bahasa Arab dan lain-
lain24
.
RIWAYAT RINGKAS IMAM AL-JAZARI (751H-833H)
Nama beliau ialah Abu Khayr Syams al-Din Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Umri al-Dimasyqi
al-Syirazi al-Syafii. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Ibn al-Jazari.
Beliau di lahirkan pada malam sabtu pada bulan Ramadan selepas solat
Tarawih pada tahun 751 hijrah bersamaan dengan 30 November atau
awal September tahun 1350 masihi di Damsyik25
.
Di antara guru-gurunya ialah Syeikh Abu Muhammad Abd al-
Wahab bin Yusof bin al-Sallar (698H-782H), Syeikh Ahmad bin
Ibrahim bin al-Tahhan al-Manbaji (702H-782H), Syeikh Ahmad bin
Rejab bin al-Hasan al-Sulami al-Baghdadi (775H), Syeikh Ibrahim bin
Abd Allah al-Humawi a-Muaddib (773H), Syeikh Abu al-Maali bin
al-Lubban (715H-776H), Syeikh Abu Abd Allah Muhammad bin Saleh
al-Madani (785H), Syeikh Abu Abd Allah Muhammad bin Abd al-
Rahman al-Saghir al-Hanafi (704H-776H), dan Syeikh Abu
Muhammad bin Abd al-Rahman bin Ahmad bin Ali al-Baghdadi al-
Wasiti al-Masri (702H-781H)26
.
Antara anak-anak murid beliau yang terkemuka ialah Syeikh
Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin al-Jazari, Syeikh Abu al-Fath
Muhammad bin Muhammad bin al-Jazari (777H-814H), Syeikh Abu al-
Khayr Muhammad bin Muhammad bin al-Jazari (ketiga-tiga mereka
ialah anak kepada Imam al-Jazari sendiri), Syeikh Mahmud bin al-
Husayn bin Sulayman al-Syirazi, Syeikh al-Khatib Mumin bin Ali al-
Rumi, Syeikh Abd al-Qadir bin Tallah al-Rumi dan Syeikh Jamal al-
Din Muhammad bin Muhammad, yang terkenal dengan nama Ibn
Iftikhar al-Harawi27
. Imam al-Jazari merupakan seorang yang sangat
aktif di dalam penulisan pelbagai bidang pengajian seperti Qiraat, Ulum
Quran, Hadis, Fekah dan Usul, Tarikh, Bahasa Arab dan lain-lain.
24
Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), op.cit, j.2, h.313. 25
Dr. Nabil bin Muhammad Ali Ismail (2002), Al-Imam Ibn al-Jazari wa Juhuduh fi
Ilm al-Qiraat, Riyad: Dar Ibn Hazm, h.17 dan Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932), op.cit, j.1, h.247. 26
Dr Abd al-Qayyum bin Abd al-Ghafur al-Sindi (2001), Safahat fi Ulum al-
Quran, Beirut: Dar al-Basyair al-Maktabah al-Imdadiyyah, hlm.277. 27
Dr. Abd al-Qayyum bin Abd al-Ghafur al-Sindi (2001), op.cit, h.278.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
29
Karangan beliau dalam bidang-bidang tersebut adalah sebanyak
78 buah28
. Di antara kitab-kitab beliau yang terkenal di dalam bidang
Qiraat dan Tajwid ialah Ithaf al-Maharah fi Tatimmah al-Asyrah, Usul
al-Qiraat, Tahbir al-Taysir, Tuhfah al-Ikhwan fi al-Khulf bayna al-
Syatibiyyah wa al-Unwan, al-Tidhkar fi Riwayah Abban Ibn Yazid al-
Attar, Taqrib al-Nasyr (ringkasan kitab al-Nasyr), al-Taqyid fi al-Khulf
Bayna al-Syatibiyyah wa al-Tajrid, al-Tamhid fi Ilm al-Tajwid, al-
Taujihat fi Usul al-Qiraat, Jami al-Asanid fi al-Qiraat, al-Durrah
al-Mainah fi al-Qiraat al-Aimmah al-Thalathah al-Mardiyyah,
Tayyibah al-Nasyr, Munjid al-Muqriin wa Mursyid al-Talibin dan al-
Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr.
Manakala kitab-kitab karangan beliau di dalam bidang Hadis
dan Ulum Hadis ialah al-Arbaun Hadithan, al-Bidayah fi Ulum al-
Riwayah, al-Husn al-Hasin min Kalam Sayyid al-Mursalin, al-Hidayah
fi Ulum al-Dirayah, al-Qasd al-Ahmad fi Rijal Musnid Ahmad dan al-
Awlawiyyah fi Ahadith al-Awlawiyyat.
Seterusnya kitab-kitab karangan beliau di dalam bidang Tarikh
dan Fadail ialah al-Ijlal wa al-Tazim fi Maqam Ibrahim, Tarikh Ibn
al-Jazari, Mukhtasar Tarikh Islam li al-Dhahabi dan al-Tarif bi al-
Mawlid al-Syarif29
.
Imam al-Sakhawi memuji beliau dengan katanya beliau
mempunyai periwayatan hadis yang tinggi dan menghafalnya, mahir di
dalam Ilmu al-Jarh wa al-Tadil serta mengetahui periwayat-periwayat
terdahulu dan terkemudian30
.
Manakala Imam al-Suyuti pula menjelaskan bahawa beliau
merupakan seorang hafiz, muqri, syeikh qiraat pada zamannya31
.
Syeikh Zakariyya al-Ansari pula berkata bahawa Imam al-Jazari
merupakan seorang al-Syeikh al-Imam, sangat luas ilmu, syeikh Islam
dan hafiz pada zamannya32
. Syeikh al-Dabba pula ada memuji kitab
Imam al-Jazari dengan kata beliau sesungguhnya Kitab al-Nasyr
adalah suatu petunjuk yang jelas kepada kehebatan penulisnya,
28
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1986), al-
Tamhid fi Ilm al-Tajwid, Beirut: Muassasah al-Risalah, h.17. 29
Ibid, h. 17-27. 30
Syams al-Din Muhammad Abd al-Rahman al-Sakhawi (1355H), Al-Daw al-Lami,
Kaherah: Maktabah al-Qudsi, j.9, h.258. 31
Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abu Bakr al-Suyuti (1994), op.cit, h.549. 32
Zakariyya bin Muhammad al-Ansari (2003), Syarh al-Jazariyyah al-Musamma al-
Daqaiq al-Muhkamah fi Syarh al-Muqaddimah, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah,
h.13.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
SHAHARUDDIN BIN SAAD
30
sehingga digelar dengan Imam al-Muhaqqin, Imam al-Hujjah 33
.
Seterusnya Syeikh Muhammad Sadiq Qamhawi juga ada memuji beliau
dengan katanya Imam al-Jazari bukan hanya alim dalam bidang Ilmu
Qiraat, bahkan beliau juga juga alim dalam pelbagai ilmu lain seperti
Tafsir, Hadis, Fekah, Usul, Tauhid, Sarf, Balaghah dan Bahasa 34
.
MATAN HIRZ AL-AMANI WA WAJH AL-TAHANI
Apabila disebut Matn al-Syatibi sudah pasti semua orang yang
menceburi di dalam bidang Qiraat mengetahuinya. Matn Hirz al-Amani
wa Wajh al-Tahani ( ) ataupun dikenali dengan nama mudahnya Matn al-Syatibi adalah merupakan hasil
karangan Imam al-Syatibi yang terpenting, bahkan kitab ini merupakan
karya yang terpenting di dalam Qiraat Tujuh keseluruhannya. Kitab ini
ialah kitab yang dihasilkan oleh Imam al-Syatibi di dalam bentuk
matan. Beliau telah mula menulis matan tersebut di Andalus hingga
sampai matan yang berbunyi ) ), kemudian beliau menyempurnakannya di Madrasah al-Fadiliyyah di
Qaherah35
. Imam al-Syatibi telah memasukan Kitab al-Taysir yang
telah dikarang oleh Imam al-Dani (wafat 444H, beliau mengarang kitab
tersebut di Daniyah di Andalus dan ianya terkenal dan masyhur di
Andalus sendiri dan Maghribi yang mendapat sambutan hangat oleh
para pelajar) ke dalam matn beliau dengan membuat penambahan khilaf
yang dikenali dengan ( )36. Selanjutnya beliau menamakan dengan nama tersebut seperti mana kata beliau
37:
33
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1998),
op.cit, muqaddimah, h.5. 34
Muhammad al-Sadiq al-Qamhawi (t.t), al-Kawkab al-Durri fi Syarh Tayyibah Ibn
al-Jazari, Kaherah: Maktabah al-Kulliyyah al-Azhariyyah, h.7. 35
Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qastalani (2000), op.cit, h.59. 36
Dr.Ahmad Khalid Syukri, Dr. Ahmad Muhammad Muflih al-Qudah dan Dr.
Muhammad Khalid Mansur (2001), Muqaddimah fi Ilm al-Qiraat, Amman: Dar
Ammar, h.168. 37
Al-Qasim bin Firuh bin Khalaf bin Ahmad al-Ruayni al-Syatibi (1996), Hirz al-
Amani wa Wajh al-Tahani, Madinah: Maktabah Dar al-Huda, h.6.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
31
Maksudnya: Aku telah menamakan Qasidah ini
dengan Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani seperti
yang telah aku cita-citakan, tahniah dan terimalah
ia dengan penuh keredaan.
Beliau menamakan dengan nama tersebut dengan suatu cita-cita
dan harapan yang penuh optimis agar segala makna dan maksud akan
terhimpun pada bayt-bayt matannya yang sedikit untuk memudahkan
para penuntutnya mendapatkan semua lautan ilmu qiraat yang tersusun
di dalam qasidah itu38
. Matn tersebut mengandungi sebanyak 1173
bayt39
. Matn ini juga dikenali dengan nama al-Syatibiyyah dan al-
Lamiah40
.
Imam al-Jazari pernah berkata, para ahli Balaghah selepas era
Imam al-Syatibi tidak dapat menandingi kehebatan Qasidah al-Lamiah
(matn al-Syatibiyyah)41
. Kata beliau lagi kitab tersebut telah
dianugerahkan dengan kemasyhuran dan sambutan yang tiada pada
kitab lain di dalam bidang tersebut, bahkan setiap pelajar yang
mempelajari ilmu ini mesti memilikinya 42
. Hirz al-Amani telah
dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan penerimaan, sambutan yang hangat
dan pengajian Qiraat akan sentiasa berterusan dengannya tanpa
memerlukan kepada kitab yang lain43
.
Kitab-Kitab Syarahan Al-Syatibiyyah
Kitab syarahan atau ringkasan syarahan kepada al-Syatibiyyah
mencecah kepada 54 buah syarahan dan pelbagai jenis ringkasan44
.
Antara kitab-kitab syarahan yang terkenal ialah :
i) Fath al-Wasid fi Syarh al-Qasid, kitab ini dikarang oleh Imam Alam al-Din al-Sakhawi (643H). Beliau merupakan
38
Ibrahim Muhammad al-Jarmi (2000), op.cit, h.94. 39
Abu al-Qasim Ali bin Uthman bin Muhammad bin Ahmad bin al-Husayn Ibn al-
Qasih (1954), Siraj al-Qari al-Mubtadi wa Tidhkar al-Muqri al-Muntahi,
Kaherah:Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, h.3. 40
Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad Al-Qastalani (2000), op.cit, h.83. 41
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932),
op.cit, j.2, h.21. 42
Ibid. 43
Abd al-Halim bin Muhammad al-Hadi Qabah (1999), op.cit, h.63. 44
Ibrahim Muhammad al-Jarmi (2000), op.cit, h 148-165.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
SHAHARUDDIN BIN SAAD
32
anak murid Imam al-Syatibi dan merupakan orang yang
mula-mula sekali yang mensyarahkannya. Tetapi menurut
Imam al-Jazari boleh jadi Ibn al-Haddad (Abd al-Rahman
bin Abu al-Qasim al-Azdi al-Tunisi wafat 625H) orang yang
mula-mula mensyarahkan al-Syatibiyyah.
ii) Ibraz al-Maani min Hirz al-Amani. Kitab ini adalah karangan Abu Syamah al-Maqdisi (665H).
iii) Syarh Syulah al-Mawsili atau Kanz al-Maani (656H). iv) Syarh al-Jabari (732H) v) Syarh Ibn al-Qasih atau Siraj al-Qari al-Mubtadi wa
Tidhkar al-Muqri al-Muntahi (801H).
vi) Syarh al-Dabba atau Irsyad al-Murid ila Maqsud al-Qasid (1381H).
vii) Syarh al-Qadi atau al-Wafi (1403H)45.
Sebagai penambahan, talaqqi qiraat mengikut tariq al-Syatibiyyah
(begitu juga al-Durrah, al-Taysir dan al-Tahbir) dikenali dengan nama
al-Qiraat al-Asyr al-Sughra. Dinamakan dengan nama tersebut ialah
kerana tariq ini adalah sedikit.
1.8 MATN TAYYIBAH AL-NASYR
Matn Tayyibah al-Nasyr ialah matn yang menumpukan kepada Qiraat
Sepuluh yang dikarang oleh Imam al-Jazari yang mempunyai sebanyak
1000 bayt. Beliau telah menyempurnakannya di Rom pada bulan
syaban tahun 799H. Imam al-Jazari juga telah mengikuti Imam al-
Syatibi di dalam menggunakan istilah-istilah untuk memudahkan para
pelajar menguasai pengajian Qiraat. Kehebatan Tayyibah al-Nasyr ialah
melalui bayt-bayt syairnya yang mudah, senang dan lafaznya yang
sedikit tetapi maknanya mencakupi. Di dalamnya, dimuatkan dengan
turuq qurra berserta periwayat-periwatnya yang terkenal dengan
bersandarkan kepada al-Syatibiyyah dan Kitab al-Taysir di samping
beliau melakukan penambahan qiraat, riwayat dan turuq46
.
Dinamakan dengan nama tersebut adalah kerana beliau
menyusunnya mengikut kitabnya Matn ini .) (47
45
Dr. Ahmad Khalid Syukri, Dr. Ahmad Muhammad Muflih al-Qudah dan
Dr.Muhammad Khalid Mansur (2001), op.cit, h.169. 46
Dr. Nabil bin Muhammad Ali Ismail (2002), op.cit, h.56. 47
Ibrahim Muhammad al-Jarmi (2000), op.cit, h.186.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
33
telah dimuatkan di dalamnya jenis-jenis qiraat yang mutawatirah
daripada Rasul s.a.w, apa yang sahih daripada qiraat dan yang diterima
daripada kaedah perpindahan yang masyhur dari segi riwayat. Setiap
imam sepuluh akan ada dua orang periwayat48
.
Kitab-Kitab Syarahan Matn Tayyibah Al-Nasyr
Kehebatan Matn Tayyibah al-Nasyr telah mendapat tempat di sisi para
ulama dan mereka mensyarahkannya dengan mengikut kadar
kemampuan masing-masing. Antaranya :
i) Kitab syarahan anak beliau sendiri iaitu Ahmad bin Muhammad bin al-Jazari (859H).
ii) Abu al-Qasim Muhammad al-Nuwayri (857H). Beliau merupakan anak murid Imam al-Jazari.
iii) Muhammad al-Munir bin Hasan al-Samundi (1199H). iv) Muhammad Mahfuz bin Abd Allah al-Turmisi (1338H). v) Riduan al-Makhlalati (1311H). vi) Muhammad al-Sadiq al-Qamhawi. Kitabnya al-Kawkab al-
Durri. Kitab ini merupakan ringkasan syarahan kepada al-
Nuwayri.
Sebagai makluman tambahan talaqqi qiraat menurut tariq al-Tayyibah
dan al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyrah dikenali dengan nama al-Qiraat
al-Asyr al-Kubra. Dinamakan al-Asyr al-Kubra dengan sebab banyak
turuq di dalamnya49
.
Sebagai kesimpulannya di dalam kajian ini, penulis merasakan
perlunya para ilmuan Qiraat dan Tajwid menggiatkan usaha dan saling
berganding bahu untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada
masyarakat tentang asal usul bacaan yang kitab amalkan serta mengikut
kaedah-kaedah dan peraturan-peraturannya yang sebenar. Oleh kerana
bacaan Riwayat Imam Hafs daripada Qiraat Imam Asim melalui aliran
al-Syatibi adalah menjadi amalan dan pilihan utama di Malaysia
khususnya, ianya harus menjadi tumpuan utama di dalam pengajian
Ilmu Tajwid agar etika bacaannya tidak dilanggari dengan sewenang-
wenangnya. Kepekaan pembaca terhadap perbezaan dan perbandingan
Riwayat Hafs melalui kedua-dua Tariq al-Syatibi dan al-Jazari adalah
48
Dr. Muhammad Khalid Abd al-Aziz Mansur (1999), al-Wasit fi Ilm al-Tajwid,
Urdun: Dar al-Nafais, h.61. 49
Dr. Ahmad Khalid Syukri, Dr.Ahmad Muhammad Muflih al-Qudah dan
Dr.Muhammad Khalid Mansur (2001), op.cit, h.172.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
SHAHARUDDIN BIN SAAD
34
sebenarnya melambangkan tahap penguasaan sebenar pembaca al-
Quran tersebut.
BIBLIOGRAFI
Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), Marifah al-
Qurra al-Kubar, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah
Abd al-Fattah al-Qadi (t.t), Tarikh Qurra al-Asyrah, Kaherah:
Maktabah wa Matbaah al-Masyad al-Husayni
Abu al-Qasim Ali bin Uthman bin Muhammad bin Ahmad bin al-
Husayn Ibn al-Qasih (1954), Siraj al-Qari al-Mubtadi wa
Tidhkar al-Muqri al-Muntahi, Kaherah:Maktabah Mustafa al-
Babi al-Halabi wa Awladuh
Aitani, Abd al-Rahman (1998), al-Mufid fi Ilm al-Tajwid, cet.2,
Beirut, Muassasah al-Rayyan.
Al-Ansari, Syeikh al-Islam Zakariyya bin Muhammad (2003), Syarh al-
Jazariyyah al-Musamma al-Daqaiq al-Muhkamah fi Syarh al-
Muqaddimah, Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Al-Qasim bin Firuh bin Khalaf bin Ahmad al-Ruayni al-Syatibi (1996),
Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani, Madinah: Maktabah Dar al-
Huda
Dr. Abd al-Fattah Ismail al-Thaalabi (1999), al-Madkhal wa al-
Tamhid fi Ilm al-Qiraat wa al-Tajwid, Kaherah: Maktabah al-
Wahbah
Dr Abd al-Qayyum bin Abd al-Ghafur al-Sindi (2001), Safahat fi
Ulum al-Quran,Beirut: Dar al-Basyair al-Maktabah al-
Imdadiyyah
Dr.Ahmad Khalid Syukri, Dr. Ahmad Muhammad Muflih al-Qudah dan
Dr. Muhammad Khalid Mansur (2001), Muqaddimah fi Ilm al-
Qiraat, Amman: Dar Ammar
Dr. Muhammad Khalid Abd al-Aziz Mansur (1999), al-Wasit fi Ilm
al-Tajwid, Urdun: Dar al-Nafais
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
35
Dr. Nabil bin Muhammad Ali Ismail (2002), Al-Imam Ibn al-Jazari
wa Juhuduh fi Ilm al-Qiraat, Riyad: Dar Ibn Hazm
Ibn Khalqan, Ahmad bin Muhammad (t.t), Wafiyat al-Ayan, Beirut,
Dar Sadir
Jarmi, Ibrahim Muhammad al- (2000), Al-Imam al-Syatibi Sayyid al-
Qurra, Damsyiq, Dar al-Qalam.
Jazari, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof
al- (1986), al-Tamhid fi Ilm al-Tajwid, Beirut, Muassasah al-
Risalah.
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-
Jazari (1932), Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra, Beirut:
Dar al-Kutub al-Ilmiyyah
Qamhawi, Muhammad al-Sadiq (t.t), al-Kawkab al-Durri fi Syarh
Tayyibah Ibn al-Jazari, Kaherah: Maktabah al-Kulliyyah al-
Azhariyyah
Syams al-Din Muhammad Abd al-Rahman al-Sakhawi (1355H), Al-
Daw al-Lami, Kaherah : Maktabah al-Qudsi
Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qastalani (2000), al-Fath al-
Mawahibi fi Tarjamah al-Imam al-Syatibi, Amman: Dar al-
Fath