16
SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER

SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis…. Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

SHAHNON AHMAD

CERPEN : IBU DAN CEPER

Page 2: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

Sipnosis….

Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.

Page 3: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat (pekat/keruh) dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga (perigi) sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.

Sambungan sinopsis….

Page 4: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

Sambungan sinopsis

Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul (pangkal pokok) lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.

Page 5: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

Sambungan sinopsis….

Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini

Page 6: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

TEMA

PERSOALAN Persoalan kepentingan air dalam

kehidupan. Persoalan kurangnya kesedaran

masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.

Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.

Persoalan tanggungjawab terhadap keluarga.

Persoalan kegigihan mencari rezeki.

Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan

Page 7: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

WATAK DAN PERWATAKAN…..

Page 8: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

IBU

Cekap bekerja-Ibu boleh melakukan kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja

Rajin-ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat kerat, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung

Bermasyarakat-walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia

Kuat semangat-walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula

Page 9: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

AKU Anak tunggal dalam keluarga Sudah berumah tangga dan mempunyai

dua orang anak Penyayang – Aku menyayangi ibu

walaupun ibu telah meninggal dunia dan masih mengingati pengorbanan ibu walaupun telah 40 tahun berlalu

Bertanggungjawab – Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua

Page 10: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

LATAR…..MASA….TEMPAT…MASYARAKAT…..

Page 11: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

LATAR MASA Masa kini-Aku telah tua, ada anak yang telah

besar dan telah bercucu. 10 tahun yang lalu -Ibu lumpuh dan tidak dapat

bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah Aku teruskan dengan isteri.

40 tahun yang lalu -Ketika ibu masih muda dan Aku masih teruna.

Siang -Sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya

Malam -Gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas

Page 12: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

Latar Tempat

Di sebuah desa -Tempat tinggal ibu, ayah dan aku

Kawasan sawah padi -Tempat ibu dan orang kampung bekerja

Sebatang sungai -Tempat anak-anak kampung mengagau ikan

Telaga -Tempat ibu mengambil air ketika kemarau

Rimba belantara -Tempat bapa berdenak ketitir Sungai ceper -Tempat penduduk kampung

termausk ibu mendapat sumber air

Page 13: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

Latar Masyarakat

Masyarakat -Keluarga Aku mengusahakan sawah padi dengan cara tradisional seperti menajak dan menyisir selut.

Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup -Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau

Page 14: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

Samb…..

Masyarakat yang tidak bertanggungjawab -Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya

Masyarakat yang gigih -Ibu mengerjakan sawah dengan tulang empat keratnya walaupun ayah tidak membantunya

Page 15: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

Nilai

Tanggungjawab -Sikap tanggungjawab ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya

Kegigihan -Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga

Kesabaran -Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga

Page 16: SHAHNON AHMAD CERPEN : IBU DAN CEPER. Sipnosis….  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai

Pengajaran

Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak akan hidup dalam kesusahan.

Kita hendaklah menjaga keamanan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri.

Kita perlu menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.

Jangan kita mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu  akan membawa keburukan kepada masyarakat.