Upload
vuthuy
View
292
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
14/12/2016
1
SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI
Dr. Azlina Mohd Khir [email protected]
03-89467156
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia
UNIT 8 MOTIVASI DAN EMOSI
1. Menjelaskan konsep dan komponen motivasi dan emosi.
2. Menghuraikan keperluan asas dan sekunder.
3. Menjelaskan teori motivasi dan emosi.
4. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi dan emosi.
HASIL PEMBELAJARAN
14/12/2016
2
KONSEP MOTIVASI
• Keadaan dalaman yang menggerak dan memberikan arah kepada pemikiran,perasaan dan tingkah laku.
• Berasal daripada perkataan Latin “movere” – untuk menggerak.
• Dorongan dalam yang mendorong bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat.
• Motivasi juga dikenali sebagai tingkah laku berarahkan matlamat.
• Beberapa konsep perlu diperincikan:
– Keperluan
– Motif
– Dorongan
– Tingkah laku
– Pemuasan keperluan
• Proses ini bersifat putaran. Lihat rajah.
KONSEP HOMEOSTASIS DAN MOTIVASI
• Tubuh manusia cenderung untuk beradalah dalam keseimbangan dan keselesaan.
• Proses ke arah ini dikenali sebagai homeostasis. Contohnya: – Keseimbangan air dalam badan: apabila badan kita
kekurangan air, hormon akan mengarahkan buah pinggang menyimpan air.
– Keseimbangan gula darah: apabila kurang tenaga, hormon glukogen mengarahkan hati untuk memproses gula menjadi gula darah.
• Proses homeostasi dalam diri berlaku secara automatik.
• Konsep biologi homeotasis boleh diaplikasikan dalam motivasi. – Apabila kita merasa kekurangan, kita akan merasa
ketidak seimbangan, dan ketidak seimbangan mendorong kita bertingkah laku untuk kembali kepada keseimbangan.
– Apabila panas, kita terdorong untuk menggunakan payong, supaya merasa selesa.
14/12/2016
4
TEORI-TEORI MOTIVASI
Diantaranya:
• Teori naluri
• Teori pengurangan dorongan
• Teori bangkitan
• Teori proses-lawan
• Teori insentif
• Teori hierarki keperluan
Teori Naluri
• Tingkah laku adalah diatur oleh naluri.
• Tingkah laku seperti ini adalah tidak dipelajari, sejadi, dan tetap.
• William James , tingkah laku manusia adalah diatur oleh naluri.
• Bagi ahli teori Behaviorisme, mereka tidak bersetuju bahawa tingkah laku manusia diatur oleh naluri, sebaliknya dipelajari.
14/12/2016
5
Teori Pengurangan Dorongan
• Dipelopori oleh Clark-Hull. • Organisme perlu memenuhi keperluan untuk
hidup. • Keperluan yang tidak dipenuhi menjadikan diri
organisme merasa tegang (KEKURANGAN). • Rasa ketegangan (kekurangan) itu mendorong
manusia untuk bertingkah laku memenuhi keperluan – supaya rasa kekurangan ini berkurangan.
• Dengan demikian motivasi berkaitan dengan tingkah laku untuk mengurangkan dorongan, iaitu dengan memenuhi keperluan.
• Semakin tinggi keperluan maka semakin kuat dorongan, dan semakin tinggi manusia berada dalam keadaan ketidakseimbangan.
• Ini ada kaitanya dengan teori homestasis.
Teori Bangkitan
• Ini agak berlawanan dengan teori pengurangan dorongan.
• Manusia bukan sahaja cuba mengurangkan dorongan, tetapi dalam keadaan tertentu mencari dorongan.
• Kebanyakan manusia terdorong untuk mencari rangsangan baru, agar menjadikan dirinya terbangkit.
• Mengapa manusia menonton cerita seram, menjelajah etc. tujuannya untuk mendapatkan bangkitan pada dirinya.
• Mengapa sekiranya suasana senyap manusia mencari kebisingan, tetapi apabila terlalu bising manusia ingin mengurangkan kebisingan?
• Manausia tedorong mencari rangsangan yang diperingkat optimum, yang sesuai dan selesa pada dirinya sendiri.
• Peringkat optimum adalah berbeza-beza antara manusia, dan tahap yang diperlukan berbeza mengikut keadaan.
14/12/2016
6
Teori Proses-Lawan • Mengapakah manusia inginkan bangkitan yang terlalu tinggi,
walaupun di peringkat awalnya mereka merasa takut untuk melakukannya?
• Misalnya: mengapa manusia terjun ke laut melalui tebing tinggi walaupun pada peringkat awalnya mereka takut untuk melakukan?
• Namun, setelah melakukannya manusia akan terdorong untuk melalukan kembali?
• Adanya “thrill” – keseronakan dalam kekhuatiran/ketakutan.
• Kes lain: pengambilan dadah!!
14/12/2016
7
Teori Insentif
• Keperluan merupakan dorongan dalaman yang menolak individu untuk bertingkah laku.
• Namun, insentif merupakan faktor luaran yang menarik manusia untuk bertingkah laku.
• Tingkah laku kita adalah ditarik oleh insentif positif dan mengelakkan diri daripada insentif negatif.
• Keperluan makan merupakan keperluan dalaman, namun apa yang kita makanan, rasa makanan, bila makan, bentuk makanan adalah faktor insentif.
14/12/2016
8
Teori Hierarki Keperluan
• Mengikut Maslow bahawa keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki.
• Manusia bermula dengan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan berikutnya.
• Sesuatu keperluan di hierarki tertentu itu tidak akan dipenuhi sebelum manusia telah memenuhi keperluan di hierarki sebelumnya.
• Namun terdapat kritikan: – Sesuatu perkara itu mungkin dapat memenuhi beberapa keperluan.
contoh: makanan dapat memenuhi keperluan fisiologi dan juga sosial.
– Terdapat manusia memenuhi keperluan yang tidak berdasarkan prinsip keperluan. Berpuasa (berlapar) untuk self-actualization.
14/12/2016
9
Rumusan Teori
JENIS-JENIS KEPERLUAN
• Keperluan asas (primary)
– Keperluan yang perlu dipenuhi untuk survival
– Ianya diwarisi melalui biologi
• Keperluan sosial-psikologikal
– Diperolehi melalui proses pembelajaran
– Kadang kala diistilahkan keperluan sekinder (secondary) tetapi bukan bermaksud kedua pentingnya kepada manusia.
14/12/2016
10
KEPERLUAN ASAS
Diantaranya:
• Motif kelaparan
• Motif seksual
• Motif kekurangan kesakitan
• Motif keibuan
• Motif bangkitan
MOTIF KELAPARAN
• Kelaparan dikaitkan dengan kekurangan gula darah dalam badan, di mana manusia merasa lemah.
• Faktor Kelaparan: badan
–Mulut
–Usus kecil
–Hati dan Pankreas
14/12/2016
11
• Faktor Otak: Hipotalamus
• Lateral dan Ventromedial : pengimbang di antara rasa lapar dan kekenyangan (berhenti makan)
• Kita makan didorong oleh lateral, dan kita rasa kenyang didorong oleh ventromedial
• Hipotalamus lateral – Dirangsang – rasa lapar
– Dirosak – tiada dorongan makan
• Hipotalamus ventromedial – Dirangsang – tiada dorongan makan
– Dirosak – rasa lapar (dorong makan)
Peranan Hipotalamus
14/12/2016
12
Faktor Psikologi dan Insentif
• Apa yang kita makan?
• Bila waktu kita makan?
• Dengan siapa kita makan?
• Banyak mana kita makan?
14/12/2016
13
Obesiti
• Merujuk kepada kegemukan.
• Ada ukurannya.
• Faktor:
– Mengambil makanan berlebihan (tidak aktif)
– Genetik
– Emosi – bimbang, murung kecewa etc. (menyebabkan banyak makan)
– Fisiologi – kadar insulin yang tinggi ( cepat rasa lapar).
14/12/2016
15
Kecelaruan makan
• Motivasi makan yang celaru • Anorexia nervosa:
– Motivasi mengurangkan berat badan – Merasa diri terlalu gemuk – Faktor: dyfungsi hipotalamus (rosak pada hipotelamus lateral, dan
imej diri (sosial)
• Bulimia nervosa: – Motivasi makan yang tinggi – Obses (telalu memikirkan) tentang makanan. – Tetapi memuntahkan makanan yanng dimakan. – Masih mengekalkan berat badan
14/12/2016
16
MOTIF SEKSUAL • Kepentingan motif seksual dikalangan manusia
– Untuk survival spesis, bukan individu
– Dicari dorongan bukan mengurangkan dorongan
– Diperolehi selepas manusia matang seksual.
– Berbeza dengan haiwan, manusia sepanjang masa.
• Faktor fisiologi
– Rangsangan daripada hipotalamus
– Hormon seks lelaki
• Androgen (testosteron)
– Hormon seks perempuan
• Estrogen
• Progestin
• Faktor psikologi dan insentif
– Isyarat seksual
– Sosiobudaya
– Imej erotik
– Emosi
• Kecelaruan seksual: memenuhi motivasi seksual bukan secara normal (bincang dalam topik keceluaran psikologi)
14/12/2016
17
Perbezaan Dorongan Seksual
• Motivasi manusia dalam memenuhi keperluan seksual adalah berbeza-beza.
MOTIF PENGURANGAN KESAKITAN
• Tingkah laku lari daripada sesuatu yang menyakit, mengancam kehidupan.
• Ini tujuannya untuk kelangsungan (survival).
• Kita lari daripada cahaya yang kuat, bunyi yang bising, udara yang kotor, peperangan, ancaman bahaya
• Begitu juga tingkah laku ini kadang kala berbentuk automatik (pantulan). Terasa panas kita menarik tangan.
• Kekecualian bagi masokisme.
14/12/2016
18
MOTIF KEIBUAN
• Berkait dengan motif seksual
• Motif untuk memanjangkan zuriat
• Motif untuk memastikan zuriat yang dilahirkan terus hidup.
• Di kalangan haiwan ianya lebih bersifat sejadi, dikawal oleh prolaktin.
• Bagaimana dengan motif ini di kalangan manusia?
14/12/2016
19
MOTIF BANGKITAN
• Didorong untuk memperolehi rangsangan baru.
• Rangsangan membolehkan manusia berkembang. Man is a curious animal.
• Ia berkaitan dengan keinginan untuk mejelajah dan meneroka.
• Ada kaitan dengan teori bangkitan.
• Motif-motif yang berkaitan – Motif menjelajah
– Motif memanipulatif
• Dorongan ini mempengaruhi dorongan dalam proses pembelajaran
14/12/2016
20
KEPERLUAN SOSIO-PSIKOLOGIKAL
• Keperluan sosio-psikologikal – keperluan yang diperolehi melalui pembelajaran.
• Kadang kala dinamakan keperluan sekunder – tetapi bukan bermaksud kedua pentingnya.
• Diantaranya: – Ketakutan dan kebimbangan
– Motif pencapaian
– Motif afiliasi
– Kelangsangan
– Kebergantungan
– Kuasa, kekayaan dan presti
Keperluan sosio-psikologikal Murray
• Murray menyenaraikan jenis-jenis keperluan sosio-psikologikal yang mendorong manusia bertingkah laku.
• Keperluan yang diperolehi melali proses pembelajaran, setelah manusia lahir didunia.
• Ada diantara keperluan secara tak langsung berkat dengankeperluan asas.
14/12/2016
21
Ketakutan dan kebimbangan
• Rasa takut dan bimbang adalah dipelajari melalui pelaziman klasik.
– Rasa takut dikaitkan dengan rangsangan lain.
• Takut bermaksud tindak balas terhadap rangsangan yang tersurat (diketahui)
• Bimbang maksud tindak balas terhadap rangsangan yang tidak dapat dikenal pasti.
14/12/2016
22
Motivasi Pencapaian
• Keperluan untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu. • Tokoh utama – David McClelland. • nAch – need of achievement. • Ciri-ciri nAch tinggi:
– Teruskan usaha walaupun ada masalah/sukar – Tangguh kepuasan hari ini untuk masa akan datang. – Ada matlamat yang mencabar tetapi boleh dicapai. – Ada lokus kawalan dalaman – Berusaha keras – Etc.
• Antara faktornya (pembelajaran) – Amalan pemeliharaan anak (cara didikan)
14/12/2016
23
Motivasi Afiliasi
• Alfiliasi – bersama, bergabung dengan orang lain.
• Manusia adalah haiwan sosial: Punyai dorongan untuk bersama dengan orang lain.
• Dua penerangan: – Penerangan biologikal: warisan genetik, natural
selection (untuk survival) – eg manusia di zaman batu.
– Penerangan pembelajaran: manusia dari kecil dibelai, dikasihi oleh orang lain, dan ini membentuk keperluan afiliasi.
14/12/2016
24
Kelangsangan (Aggression)
• Tingkah laku agresif – tingkah laku mencederakan (fizikal / psikologikal) orang lain.
• Freud: kelangsangan tingkah laku sejadi (innate) • Ahli biologi – survival of the fittest (natual selection) • Konrad Lorenz: kelangsangan penting untuk mempertahankan
wilayah atau kawasan. • Bagi sesetengah ahli psikologi sosial, kelangsangan adalah
akibat daripada kekecewaan (frustration-aggression theory) • Albert Bandura: Tingkah laku langsang adalah dipelajari -
kajian Bobo Doll. • Kelangsangan juga didorong oleh faktor luaran, seperti dadah
dan alkohol.
14/12/2016
25
Kebergantungan
• Dorongan kebergantungaan adalah untuk survival.
• Apa yang manusia perlukan tidak mampu dipenuhi dengan usahanya sendiri – bergantung kepada manusia lain.
• Khususnya dikalangan yang lemah (bayi dan orang tua).
• Dorongan kebergantungan adalah dipelajari.
• Dalam proses pembelajaran ibu-ibu boleh menggalakkan untuk untuk tidak berdikari.
Kuasa, Harta dan Prestij (Power, Wealth and Prestige)
• Tiga sumber yang menjadi tarikan (insentif) kepada manusia.
• Terdapat manusia yang terdorong berbuat apa sahaja untuk memperolehi tiga sumber ini.
• Usaha keras, pembunuhan, peperangan, perompakan, penipuan etc dilakukan untuk memperolehi tiga sumber ini.
14/12/2016
26
MOTIVASI KOGNITIF
• Tingkah laku manusia boleh didorong oleh pemikiran, persepsi, kepercayaan etc.
• Apabila kita percaya bahawa agama kita benar maka kita terdorong untuk mempertahankannya.
• Dua teori yang berkaitan:
– Ketakserasian kognitif
– Reaktans psikologi
14/12/2016
27
Teori Ketakserasian Kognitif
• Manusia cenderung berada dalam keserasian/keseimbangan antara apa yang beliau percaya dengan tingkah lakunya.
• Jika berlaku ketakserasian, maka ketakserasian akan mendorong manusia bertingkah laku untuk ke arah keserasian.
• Ketakserasian membawa kepada ketidakselesaan/ketegangan kognitif; ketidakselesaan kognitif mendorong manusia untuk bertingkah laku ke arah kembali kepada keselesaan
• Ketakserasian boleh berlaku: 1. Tingkah laku bercanggah dengan imej kendiri – bertingkah laku tidak
berdasarkan kepada pegangan hidup sendiri. 2. Jangkaan bercanggah dengan keadaan sebenar – orang yang dipercayai tidak
bertingkah laku sebagaimana yang dijangka/dipercayai. 3. Tingkah laku bercanggah dengan sikap – bertingkah laku berlawanan dengan
sikap yang dianuti.
Manusia bermotivasi untuk bertingkah laku dengan tujuan kembali kepada keadaan keserasian.
Reaktans Psikologi
• Manusia ingin kebebasan, dan apabila kebebasan diancam manusia terdorong untuk bertindak balas (react).
• Sekiranya manusia dituduh dengan perkara yang mereka tidak lakukan maka manusia terdorong untuk bertindak balas melakukan perkara yang ianya dituduh.
14/12/2016
28
EMOSI
KONSEP EMOSI
KONSEP
• Merujuk kepada perasaan subjektif seperti cinta, takut, benci, etc.
• Definisi: tindak balas subjektif (perasaan) yang disertai dengan bangkitan fisiologi, tingkah laku ekspesif, dan penilaian mental. – Pemikiran atau penilaian mental
– Bangkitan fisiologi
– Ekspresi tingkah laku
14/12/2016
29
CIRI-CIRI EMOSI
1. Emosi diuji oleh peristiwa yang khusus
2. Emosi adah tindak balas khusus yang begitu subjektif
3. Emosi wujud daripada kesan tindak balas ke atas matlamat penting
4. Emosi biasanya tahan lama
5. Emosi adalah bertimbun tambah
6. Emosi wujud kesan daripada tindak balas kepada peristiwa yang dinilai sebagai sebenar
7. Sesuatu emosi adalah membawa kepada emosi yang lain.
14/12/2016
31
Jenis-jenis Emosi
1. Emosi akibat daripada kesakitan, kehilangan atau ancaman – marah, sedih, gelisah etc
2. Emosi akibat daripada menerima manfaat – seronok, suka, cinta
3. Emosi pinggiran – emosi yang tidak begitu jelas
4. Emosi yang lebih kompleks – darjah kekuatan emosi yang tinggi.
14/12/2016
33
Unsur Asas Emosi
• Penguja emosi – Rangsangan yang menguja
• Reseptor emosi – Reseptor dalam organ deria menerima rangsangan
• Keadaan emosi – Perubahan dalam fisiologi akibat emosi – muka merah, tangan berpeluh,
degupan jantung kencang etc.
• Ekspresi emosi – Ekpresi tubuh badan – tersenyum, menggenggam tangan etc.
• Pengalaman emosi – Pentafsiran dan penilaian ke atas reaksi emosi – walaupun gembira
dapat A tetapi apabila sedang berada dalam peristiwa kematian kita tidak melonjak kesukaan (situasi)
– Berbeza mengikut masyarakat (budaya), jantina, umur etc. Adakah lelaki kurang sensitif berbanding dengan perempuan dari segi mengalami emosi?
TEORI-TEORI EMOSI
KATEGORI TEORI
• Teori Fisiologi
• Teori Kognitif
JENIS TEORI
• Teori emosi James-Lange
• Teori emosi Cannon-Bard
• Teori emosi Schachter-Singer
• Teori maklum balas muka Ekman
• Teori penilaian Lazarus
• Teori atribusi Weiner
14/12/2016
34
Teori James-Lange
• Teori dikemukakan oleh William James dan Carl Lange
• Rangsangan mempengaruhi fisiologi manusia, dan daripada perubahan fisiologi itu manusia memperolehi emosi.
• Rangsangan: anjing garang meluru kearah kita. Fisiologi: jantung berdegup kencang, muka merah,berpeluh.
• Ini ditafsirkan sebagai emosi takut.
1
2
3
1 2 3
Teori Cannon-Bard
• Dikemukakan oleh Walter Cannon dan Phillip Bard.
• Mengkritik teori sebelumnya (teori James-Lange).
• Bangkitan fisiologi dan emosi berlaku secara serentak.
• Bangkitan fisiologi dan emosi dialami pada waktu yang sama.
2
2
2
2
1
1
14/12/2016
35
Teori Schachter-Singer (teori kognitif)
• Mengkritik kedua-dua teori sebelum ini.
• Teori ini menekankan interpretasi kognitif.
• Dua situasi yang perlu ada: bangkitan fisiologi dan pentafsiran kognitif tentang bangkitan fisiologi itu.
• Menekankan pentingnya pentafsiran kognitif terhadap bangkitan fisiologi itu dan juga tandasaran persekitaran untuk pentafsiran
1
2
2
2
3
3
1
Rumusan teori
14/12/2016
36
Teori Maklum-Balas Muka Ekman
• Ekpresi muka boleh membangkitkan emosi yang lain.
• Pergerakan muka boleh menghasil beberapa kesan kepada emosi.
• Muka berkerut boleh menimbulkan emosi marah, risau, atau sedih.
• Muka yang menampakkan senyuman, boleh membawa kepada emosi senang dan gembira.
• Pergerakan/aktiviti muka boleh menghasilkan neuropemancar tertentu yang memberi kesan kepada emosi.
• “Kalau marah atau sedih, cuba senyum, kemungkinan boleh membawa kepada emosi gembira.”
14/12/2016
37
Rumusan teori
Teori Penilaian Lazarus
• Semada sesuatu emosi akan dirasai atau tidak adalah bergantung kepada penilaian yang buat.
• Proses terlibat: – Menilai samada wujud tidaknya ancaman. – Mengambil tindakan (daya tindak) dengan segera untuk mengatasi
ancaman; – Menilai sama ada daya tindak itu berjaya atau tidak. – Akhirnya mengenal pasti / menentukan apakah emosi yang
berkaitan dengannya.
• Proses penilaian terhadap ancaman dan kejayaan / kegagalan daya tindak terhadap ancaman itu menentukan apakah emosi yang akan dirasai.
• Dapat F : Adakah ianya mengancam? Boleh tak berdaya tindak? Kalau tidak mengancam atau mampu berdaya tindak – maka tidaklah risau sangat.
14/12/2016
38
Teori Atribusi Weiner
• Emosi sebagai akibat daripada atribusi yang dilakukan terhadap situasi.
• Atribusi – proses menentukan faktor, sebab / ciri. • Rangsangan itu boleh menimbulkan sesuatu
jenis/bentuk emosi bergantung kepada atribusi yang dibuat ke atasnya: – Meyeronokkan/baik ---- gembira/suka etc. – Menyakitkan/tidak baik ---- duka/sedih etc.
• Proses atribusi – menetukan sesuatu sebab peristiwa – mempengaruhi bentuk emosi yang akan dirasai.
• Contoh: sekiranya kegagalan kita adalah atributkan / disebabkan kesalahan pensyarah, kita rasa marah; tetapi sekiranya disebabkan oleh kegoblokan kita, kita rasa sedih.
HUBUNGAN MOTIVASI DAN EMOSI
• Bangkitan emosi mampu mendorong tingkah laku – marah menyebabkan kita memukul.
• Motif sering disertai dengan emosi – ingin/motivasi berprestasi baik disertai dengan emosi bimbang (khuatir gagal).
• Emosi biasanya mempunyai ciri-ciri motivasi- emosi cinta punyai motivasi ingin sentiasa bersama kekasih.
14/12/2016
40
Negara mana yang rakyatnya bahagia?
RUMUSAN
• Menjelaskan konsep motivasi
• Menjelaskan proses motivasi
• Menjelaskan setiap teori motivasi
• Menjelaskan jenis-jenis keperluan asas/motivasi asas
• Menjelaskan jenis-jenis keperluan sosio-psikologi
• Menjelaskan konsep emosi
• Menjelaskan setiap teori emosi.