Slide 4 KOM 3431 Sorotan literatur.ppt

  • View
    241

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of Slide 4 KOM 3431 Sorotan literatur.ppt

  • MINGGU 4

  • Minggu 4Objektif pembelajaran:Di akhir minggu ini, pelajar dapat:Mentakrifkan konsep sorotan literaturMengenalpasti salah tanggapan terhadap sorotan literaturMengenalpasti peranan sorotan literaturMerancang aktiviti sorotan literaturMenulis rujukan dengan betul

  • Tinjauan Bahan Bertulis (Sorotan Literatur)Takrif:Sorotan literatur merupakan aktiviti kajian terhadap bahan-bahan bertulis atau data sekunder yang berkaitan dengan penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik.

  • Salah tanggapan terhadap sorotan literaturAktiviti sorotan literatur macam kerja salin/potong dan tampalAktiviti menyorot literatur dibuat setelah permasalahan kajian dibentuk dan objektif kajian digubal dan aktiviti ini terhenti setelah data kajian dikumpulAktiviti menyorot literatur mudah dan boleh dibuat tanpa perancangan

  • Peranan Sorotan LiteraturUntuk mengetahui apa yang telah diketahui, mengenalpasti apa yang perlu diketahui dan dengan ini mengenalpasti apa yang boleh dan perlu dilakukanUntuk mengenalpasti pembolehubah yang sepatutnya dikajiMengenalpasti teori yang berkaitan dengan kajian

  • Peranan Sorotan Literatur (samb.)4. Memaklumkan bagaimana penyelidikan itu dapat dijalankan (metodologi)5. Untuk mengetahui dan mengenali sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi6. Menguatkan pandangan dan hujah penyelidik serta menguatkan penemuan kajian.

  • Strategi Membuat Sorotan LiteraturKenalpasti secara tepat apakah maklumat yang diperlukanKenalpasti kata kunci atau nama sarjana tertentuSumber untuk mendapatkan maklumat dan pangkalan data Mulakan bahan terkini

  • Strategi Membuat Sorotan Literatur (samb.)5. Keperluan asas: buku atau bahan yang sesuai untuk merekodkan literatur yang diperolehi6. Membuat salinan bahan-bahan relevan yang ditemui7. Ketelitian dalam menyorot dan membuat catatan8. Beritahu orang lain apa kajian yang sedang dibuat.

  • Cara Membuat PetikanRujuk Sistem American Psychological Association (APA style)Berikut beberapa panduan dalam memetik dan mengulas literatur secara saintifik.1. Nyatakan nama penulis yang dipetik berserta tahunnya di dalam teks. Nama yang muncul di dalam teks mesti disenaraikan di dalam bibliografi

  • Cara Membuat Petikan (samb.)Menyebut nama keluarga (tanpa initial nama pertama dan nama pertengahan).Jika penulis yang dirujuk tiga orang, nama masing-masing dicatatkan. Tetapi jika lebih dari tiga orang, mencukupi ditulis nama penulis pertama dan diikuti dengan perkataan et. al.

  • Cara Membuat Petikan (samb.)c. Petikan yang melibatkan keseluruhan kata-kata disebut petikan terus (direct quotation). Nama orang yang dirujuk boleh disebut di awal ayat atau di tulis penghujung ayat dan dalam kurungan.Perhatikan contoh berikut

  • Cara Membuat Petikan (samb.) Ezhar, Hasan dan Said (1999) mendapati bahawa orang Melayu lebih suka menggunakan gaya integrasi dalam menguruskan konflik antara perseorangan.Atau Orang-orang Melayu didapati lebih suka menggunakan gaya integrasi dalam menangani konflik antara perseorangan (Ezhar, Hasan dan Said, 1999)

  • Cara Membuat Petikan (samb.)Petikan terus yang melibatkan kurang dari 40 perkataan ditulis terus di dalam ayat teks. Misalnya: Miller (1999) menyatakan bahawa the placebo effect which had been verified in previous studies, disappeared when behavior were studied in this manner (p.276)

  • Cara Membuat Petikan (samb.)Manakala petikan yang melibatkan lebih 40 perkataan dibuat dalam blok (perenggan). Misalnya:

    Persepsi merupakan tanggapan yang berbeza bagi setiap individiu. Ini sesuai dengan pandangan Abdullah Jus (2005) yang menyatakan bahawa: Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita. Oleh itu, orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka. (p.22)

  • 2. Jika memetik kata-kata yang dipetik oleh orang lain, sumber rujukan di dalam kes ini ialah orang yang memetik tadi. Misalnya penyelidik memetik daripada tulisan Rahim. Beliau menyatakan Ahmad (1995) mendapati kerabunan seseorang itu berkait dengan pemakanan tempe. Jika penyelidik merujuk tulisan Ahmad, maka sumber rujukan penyelidik tadi adalah Ahmad (1995). Tetapi dalam kes ini penyelidik tidak membaca tulisan Ahmad, sebaliknya membaca tulisan Rahim; (iaitu Rahim merujuk tulisan Ahmad), maka sumber rujukan penyelidik ini adalah Rahim. Dalam hal ini, cara menulis petikan adalah seperti contoh berikut:

  • Cara Membuat Petikan (samb.) Ahmad (dipetik dari Rahim, 1999) mendapati kerabunan seseorang itu berkait dengan pemakanan tempe.

    3. Menyusun maklumat yang dirujuk.Tulisan yang baik ialah tulisan yang berstruktur dan tersusun. Apabila idea yang dipetik dari beberapa sumber itu didapati sama atau selari, penulis hanya perlu menyebut nama-nama mereka yang berkenaan sahaja tanpa mengulangi menyebut idea mereka yang sama itu. Contohnya:

  • Cara Membuat Petikan (samb.) Fenomena kekuatiran komunikasi telah didapati adalah antara penyebab kepada pelajar kurang aktif berinteraksi dengan pensyarah (McCroskey, 1990; Richmond, 1997; Zamri, 1999).

    4. Jika idea yang dipetik berbeza atau bercanggah, nyatakan nama mereka yang dirujuk berserta idea masing-masing. Misalnya:

  • Cara Membuat Petikan (samb.) Definisi komunikasi interpersonal yang dikemukakan oleh Miller (1989) berbeza dengan definisi yang dikemukakan oleh Adler (1995). Definisi Miller lebih menekankan aspek psikologi. Menurut Miller, tidak semua komunikasi antara individu itu dikatakan komunikasi interpersonal. Sebaliknya definisi Adler tidak berunsur psikologi. Sebarang interaksi yang melibatkan dua orang sama ada bersemuka atau tidak boleh disifatkan komunikasi interpersonal.

  • Cara Penulisan BibliografiDari bukuMitcheel, T. R., & Larson, J. R. (1987). People in organization (3rd ed.). New York: McGraw-Hill

  • Cara Penulisan Bibliografi (samb.)Dari bab bukuBjork, R. A. (1998). Retrieval inhibition as an adaptive mechanism in human memory. In H. L. Larson & T. R. Mitcheel (Eds.), Varieties of memory and consciousness (pp. 105-175). Hillsdale, NJ: Erlbaum

  • Cara Penulisan Bibliografi (samb.)Artikel dari jurnalKlimoski, R., Palmer, S., Isomand, T. P, & White, L. A. (1993). Role of early supervisor experience in supervisor performance. Journal of Applied Psychology, 78, 443-449

  • Cara Penulisan Bibliografi (samb.)Dari kertas kerja yang telah dibentangkanEzhar Tamam. (1999, May). An exploratory study of complimenting behaviour among Malays. Paper presented the International Conference of MICOLLAC organized by Faculty of Modern Languages and Communication, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

  • Cara Penulisan Bibliografi (samb.)Dari akhbarScheartz, J. (1993, September 30). Obesity affects economic, sosial status. The Washington Post, p.7

  • Cara Penulisan Bibliografi (samb.)Dari rencana akhbar, tanpa nama penulisNew drug appears to sharply curtrisk of death from heart failure. (1995, July 15). The Washington Post, p.15

  • Cara Penulisan Bibliografi (samb.)Dari majalahZamri Ahmad. (1999). Mengatasi kegugupan komunikasi. Majalah Pengembangan, 3, 65-71.

  • Cara Penulisan Bibliografi (samb.)Dari laporan organisasiJabatan Penerangan Malaysia. (1995). Laporan tahunan 1994. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan

  • Cara Penulisan Bibliografi (samb.)Dari jurnal on-lineFuller, L. K. (1998). The role of dominant ethnicity in racism: Reportage on Chinese rule in multi-racial Singapore. The Edge: The E-Journal of Intercultural Relations, 1, 3. Retrieved June 30, 1998. Available: http://www.hart-li.com/biz/theedge/domrac.htm

  • Cara Penulisan Bibliografi (samb.)Dari abstrak CD-ROMBrower, D. L. (1995). The tip-of-the-tongue phenomena [CD-ROM]. Memory & Cognition, 20, 200-215. Abstract from: ProQuest File: Dissertation Abstracts Item:9315947

  • Cara Penulisan Bibliografi (samb.)Dari sumber on-line (tanpa penulis, tanpa tajuk artikelhttp://www.apa.org/journals/webref.html