106
1 Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi masalah ketika belajar

Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

  • Upload
    lecong

  • View
    267

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

1

Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak

yang memberi masalah ketika belajar

Page 2: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

2

Page 3: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

1

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Pengenalan 2

Membina, Mengurus dan Memimpin Ahli Keluarga 3

Kebaikkan Stimulasi Ketika Anak Masih Kecil 6

Memahami Cara Otak Kanak-Kanak Bekerja 9

Mengetahui Gaya Belajar Mengikut VAK Model 14

Mengenali Kanak-Kanak Yang Mempunyai

Masalah Pembelajaran

ADHD/ADD 26

Autism 30

Dyslexia 34

SPD – Sensory Processing Disorder 36

Menyelami Emosi Kanak-Kanak Yang Mempunyai 39

Masalah Pembelajaran

Page 4: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

2

Pertukaran Gelombang Otak Pada Kanak-Kanak 42

Yang Mempunyai Masalah Pembelajaran

Masalah Anak Memproses Stimuli Auditori,

Visual dan Sentuh 43

7 Perkara Yang Perlu Dilakukan 44

Jika Anak Anda Hyperaktif

Kita Sebagai Ibu dan Guru Kepada Anak Kita 48

Mengajar Anak Kerana Allah S.W.T 50

Menyentuh Emosi Anak-Anak Sebelum Mengajar 52

Motivasi dan Mendidik Melalui Ketokohan 55

Kepentingan Motivasi Melalui Cerita 58

Mengenali Perbezaan Kanak-Kanak Ketika Belajar

~ Aspek Kesihatan, Fizikal dan Stamina 59

~ Aspek Kognitif 61

~ Aspek Emosi 62

~ Aspek Tingkah Laku 63

~ Aspek Rohani 64

Meletakkan Matlamat Wawasan 67

Page 5: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

3

Gerak Kerja Kearah Matlamat Ibubapa 69

Gerak Kerja Kearah Matlamat Anak 72

Kepentingan Mengajar Adab Belajar 75

Komunikasi Berkesan Kenali Wajah

Negatif Dan Positif Anak & Ibubapa

~Bahasa tubuh dan riak wajah anak

~Bahasa tubuh dan riak wajah ibu 78

~Bahasa lisan anak 79

~Bahasa lisan ibubapa 80

Komunikasi dua hala yang berkesan 83

Perkara Yang Menggalakkan Pengajaran Berkesan 85

Memberi Dorongan 88

~ Dorongan Luaran

~ Dorangan Dalaman

~ Teknik Ganjaran

Makanan, Istirehat dan Tidur 91

Adakah Anda Cepat Marah? 93

7 Cara Menangani Kemarahan 97

Page 6: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

4

Kanak-Kanak Mengamuk 100

Sikap Ibubapa Dalam Meletakkan Had 104

Penjagaan Makanan Untuk Kanak-Kanak Dengan

Masalah Pembelajaran

Penutup 104

Page 7: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

5

KENALI ANAK ANDA

PENGENALAN

Saya memang tak boleh mengajar anak saya! Saya tak sabar!

Anak saya memang kena belajar dengan orang lain baru boleh

jalan.. Biasa dengar keluhan begini? Ada juga yang mengadu,

macam manalah saya nak mengajar? Letih, sibuk dari pagi hingga

petang. Mati keletihan saya! Banyak cerita kita dengar. Banyak

masalah kita jumpa kenapa mereka tidak konsisten mengajar anak

mereka. Mereka faham akan potensi anak mereka dan percaya

ianya perlu digilap dari usianya masih muda. Tetapi masalahnya

sekarang.. hidup ini S.T.R.E.S.S! Bagaimana nak mengajar jika

mereka mula sahaja bermain, satu rumah jadi kelam kabut seperti

kapal pecah? Dengan rumah yang tunggang langgang dan

kepenatan pulang dari bekerja menyebabkan kita mahu lari

meninggalkan rumah dan duduk bersendirian seketika. Inikan pula

kita diingatkan untuk mengajar mereka.

Sebab inilah buku ini ditulis. Buku ini mengajak untuk kita berfikir

semula cara kita menguruskan diri kita sendiri dan cara kita

menguruskan kehidupan anak-anak. Selalunya kita gagal melihat

bahawa kanak-kanak adalah insan yang bijak yang mempunyai

fikiran dan perasaan mereka sendiri. Jika diajak berbincang

dengan cara yang betul, mereka akan membantu dalam apa jua

yang kita mahu mereka lakukan. Segala masalah yang kita hadapi

adalah berpunca dari kegagalan kita berkomunikasi dengan baik

dengan mereka.

Page 8: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

6

Jika kita melakukan kerja rumah dan melihat bukan sahaja suami,

malah anak-anak pun tidak mahu menolong, salah siapakah ini?

Mereka seolah seperti pahat dan tukul. Sekali suruh, sekali buat.

Akhirnya kita malas hendak berleter, kita buat sendiri semuanya.

Yang jatuh penat dan lembik adalah kita. Kita lihat anak-anak pula

semakin bertenaga. Tidak tahu duduk diam. Asyik bergerak,

melompat dan berkejar kesana dan kemari. Kita berkemas disini,

bersepah disini. Memang patutlah kita merasa penat dan mereka

semakin bertenaga. Yang melakukan kerja adalah kita dan yang

bebas dari kerja adalah mereka. Anda dapat lihat ketidak adilan

ini? Saya cadangkan rombak balik kehidupan anda sekeluarga.

Pastikan tenaga dan masa semua digunakan dengan adil.

Tetapi masalahnya, jawapan yang saya terima adalah…

1. Saya malas nak bising-bising,

2. Tak reti nak cakap macam mana

3. Kalau mereka buat kita tak puas hati, baik kita buat sendiri!

(Mrs. Perfectionist!)

MEMBINA, MENGURUS DAN MEMIMPIN KELUARGA

Pengalaman saya ketika bekerja dahulu adalah jika mahu menjadi

seorang pengurus yang efisien, kita perlu bijak untuk ‘delegate’.

Jika kita ketua dan kita mahu buat kesemuanya, memang akan

timbul kepincangan dan kegagalan yang bertimpa-timpa. Ingat

kata pepatah - “You can do anthing but not everything”

Page 9: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

7

Kita mahu anak kita dewasa nanti menjadi pemimpin yang hebat.

Kita perlu mengajar mereka cara untuk memimpin itu dari

sekarang. Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan

lakukannya bersama kerana kanak-kanak akan belajar bukan dari

apa yang kita cakapkan tetapi melalui pemerhatian mereka

melihat apa yang kita lakukan. Maka, kitalah pemulanya. Kita perlu

jadi pemimpin yang baik.

Untuk berjaya memimpin sebuah keluarga yang kecil, sama sahaja

resepinya dengan kaedah memimpin sebuah organisasi yang

besar. Bagi organisasi besar, pemimpin yang baik didefinasikan

seperti dibawah.

Leaders need to be a strong communicator. They need to have a

clear and defensible strategy. They need to work through others to

drive results and to foster creativity and innovation and they need to

mentor others.

Dari definisi itu, jelas, sebagai ibu kita perlu bekerja bersama

mereka dan bukan bekerja untuk mereka. Ada ibu yang bangun

pukul 4 pagi sebelum subuh untuk menyiapkan itu dan ini bagi

anak mereka. Ya, dia adalah ibu yang baik tetapi dia bukanlah

pemimpin yang memimpin dengan baik. Seorang pemimpin yang

baik perlu ada pelapis yang dilatih dan terlatih iaitu anaknya.

Anaknya mungkin tidak dapat mewarisi kerajinannya kerana

sudah terbiasa dibangunkan sewaktu kerja semuanya sudah

selesai dan hanya untuk bangun makan sarapan sahaja. Mungkin

mereka tidak akan menghargai pun apa yang ibu mereka lakukan

kerana semuanya dilakukan ketika mereka tidur. Mereka tidak

Page 10: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

8

melihatnya dan tidak merasa melakukannya. Mana mungkin

mereka boleh menghargai.

Jika kita dapat selesaikan masalah kepimpinan kita dalam

pengurusan rumah dan anak-anak, InsyaAllah kita juga akan

selesai dengan masalah terlalu penat dan masalah tidak cukup

masa. Sekarang barulah kita berbincang tentang mengajar anak

pula.

Permulaannya biar saya katakan bahawa mengajar anak ini

seperti kita mendirikan solat. Jika dulu masa kecil kita tidak solat,

kita tidak rasa apa-apa. Bila kita dewasa, kita bersolat, sekali tidak

solat kita akan rasa resah. Begitu juga dengan mengajar anak. Bila

kita sudah rutinkan, tinggal sahaja sehari kita tidak mengajar, kita

akan rasa resah. Walaupun waktu mengajar itu cuma 5-10 minit

sahaja sehari. Kita akan terasa sudah rugi semalam tidak dapat

mengajar mereka. Itu adalah pengalaman saya dan ibubapa

yang sudah merutinkan kaedah saya didalam Seminar

DarwishDarwisya.

Baik, kita mungkin baru mahu bermula atau sedang dalam proses

mahu mengajar mereka. Tetapi banyak sangatlah masalah dan

perangai anak yang berdrama ikut sukahati mereka

menyebabkan kita yang pada mulanya bersemangat menjadi

seperti biskut lemau! Kenapalah mereka ini tidak memberikan

kerjasama yang baik? Kenapalah mereka ini tidak memahami apa

yang kita mahu untuk mereka? Berbuih mulut mengajak dan

memujuk mereka untuk belajar tetapi seperti semakin diusahakan

semakin mendidih pula darah kita. Sebelum terjadi apa-apa,

baiklah dilupakan sahaja niat itu. Biar sahaja mereka bermain.

Hilanglah semangat itu.

Page 11: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

9

Akhirnya bila mendengar anak orang lain sudah pandai itu dan ini,

anak kita masih lagi seperti itu, kita akan rasa menyesal tidak

mengajar mereka. Padahal bukanlah susah mana pun apa yang

hendak diajar itu. Menyesal ketika anak kita masih kecil tidak

mengapa. Kita masih lagi boleh bersyukur kerana mereka masih

belum terlambat. Seorang pengusaha tadika rangkaian “Smart

Reader” pernah berkongsi dengan saya bahawa dia bukan sahaja

mempunyai kanak-kanak umur tadika. Dia juga mengajar kanak-

kanak yang sudah bersekolah untuk membaca. Ibubapa mereka

ini meminta bantuan untuk mengajar anak mereka yang telah

masuk ke Tahun 3 atau Darjah 3 tetapi masih tidak lagi boleh

membaca! Saya hampir tidak percaya! Anak saya boleh

membaca dan bertutur dalam 2 bahasa pada umur 5 tahun

merasa seperti tidak percaya. Tetapi itulah yang terjadi diluar sana.

Mereka yang telah terlambat ini pula dilabel masyarakat sebagai

“Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran”.

Sedangkan sepatutnya mereka patut digelar sebagai “Kanak-

kanak yang tidak dipedulikan oleh ibubapa mereka untuk

mengajar ketika kecil dahulu sebab sibuk”

Mereka tidak salah. Yang salah adalah kita sebagai ibubapa.

Anak-anak adalah cermin kepada ibubapa.

Page 12: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

10

KEBAIKAN STIMULASI BELAJAR DARI KECIL

Semua kanak-kanak perlu distimulasikan untuk belajar dari kecil.

Dengan stimulasi kecil-kecilan dan berdikit-dikit ini akan

membentuk kanak-kanak yang cintakan ilmu dan kemudian

menjadikan mereka seorang yang berilmu. Contohnya, anak saya

tidak boleh duduk belajar walau hanya untuk 5 minit sahaja ketika

umurnya 1 tahun dahulu. Kita ikutkan sahaja. 5 minit pun jadilah.

Asalkan mereka belajar setiap hari. Jika 5 minit ini dikumpulkan,

ianya akan menjadi gunung! Alhamdulillah sekarang anak yang

sama ini boleh duduk selama 1 jam membaca al Quran tanpa

bergerak, berkat melatih mereka seni belajar itu. Alhamdulillah

kerana ilmu 5 minit dan meningkat kemudiannya itu, bila

dikumpulkan menjadikan mereka terkehadapan dari kanak-kanak

yang tidak belajar dan hanya menunggu waktu bersekolah di

tadika untuk mula belajar.

Ibu, bapa atau guru adalah ibarat seorang doktor yang perlu

mengetahui serba sedikit tentang pesakitnya sebelum

mendiagnos penyakit anak mereka. Sudah tentulah kita telah

mengenal nama dan siapa anak kita, tetapi tidak semestinya

ibubapa tahu cara gaya belajar mereka. Contohnya bagaimana

otak mereka berkerja

Seperkara lagi, sebelum kita mengeluh dengan anak yang

memberi masalah pembelajaran ketika mereka belajar serta

memarahi dan menyalahi mereka, tanyalah pada diri sendiri

tentang sikap kita semasa mengandungkan mereka dahulu.

Mengikut kajian masalah Autism, ADHD, ADD dan sebagainya itu,

pakar mendapati walaupun ada kecenderungan genetik

terhadap permasalahan ini, ia tidak 100% muktamad menjadi

penyebabnya. Mereka sepakat menyatakan ia adalah gabungan

genetik dan non-genetik sebelum dan semasa hamil yang akan

Page 13: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

11

melahirkan kanak-kanak dengan pelbagai masalah pembelajaran

ini. Pemerhatian mereka faktor non genetik lebih kuat menguasai

penyebabnya.

Jika kita kaji, masalah pembelajaran ini tidak pernah wujud ketika

zaman kegemilangan Islam dahulu kerana ibu-ibu dizaman itu

sangat menjaga diri ketika hamil. Mereka menjaga diri bukan

sahaja sebelum kahwin, malah sebelum berjimak iaitu sebelum

sperma bersatu ke dalam ovum. Segala dalam Islam ada

adabnya. Ini dapat mengelakkan campur aduk syaitan dan jin

dalam memberi masalah mendidik anak yang kita lahirkan nanti

yang memungkinkan mereka tumbuh menjadi bakal khalifah yang

hebat. Sehingga kini pakar Barat tidak menyimpulkan ia adalah

100% genetik. Jika anda sedang hamil atau merancang untuk

hamil, saya cadangkan anda dapatkan ebook saya “Melahirkan

Bayi Genius Akhir Zaman” di website saya

www.bayigenius.islamicparentingnetwork.net untuk perkongsian

ketika hamil.

Page 14: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

12

Untuk anak kita yang sudah lahir, janganlah kita putus asa. Allah itu

Maha Mengasihani. Setiap penyakit ada ubatnya dan kita cari ilmu

untuk mendapatkan ubatnya itu.

MEMAHAMI CARA OTAK KANAK-KANAK BEKERJA

Statistik menunjukkan bahawa:

5% kanak-kanak belajar membaca sendiri

20-30% akan belajar membaca dengan mudah selepas

menerima arahan dan menggunakan kaedah membaca

yang formal (mana-mana kaedah membaca yang ada

diluar sana adalah efektif)

30-50% akan mendapati belajar membaca adalah sukar

tanpa panduan berterusan, arahan-arahan sistematik dan

terperinci

Kita lihat, kanak-kanak yang mudah belajar adalah mereka dalam

golongan minoriti.

Sistem neurologi kanak-kanak berbeza-beza antara satu kanak-

kanak dengan kanak-kanak yang lain. Dari data diatas, kita dapati

kebanyakkan kanak-kanak mempunyai masalah pembelajaran!

Namun, tidak semestinya mereka yang mempunyai masalah

pembelajaran diwaktu kecil mempunyai kapasiti akal yang

rendah. Kebanyakkan mereka mengeluarkan potensi yang lebih

hebat dari golongan minoriti yang tidak mempunyai masalah

pembelajaran ini jika ibubapa mereka adalah tergolong dari

orang yang sentiasa memberi sokongan dan galakan. Contohnya,

mengikut kajian, 40% ahli perniagaan adalah mereka yang pernah

mempunyai masalah pembelajaran jenis dyslexia sewaktu kecil.

Jika dilihat dari peratus dyslexia dikalangan kanak-kanak, ia cuma

Page 15: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

13

20% sahaja. Ini bermakna angka 40% dari ahli perniagaan adalah

dyslexia ketika kecil ini adalah satu angka yang signifikan! Dari

pemerhatian saya, seorang ibu bila mengetahui anak mereka

mempunyai masalah pembelajaran, akan lebih berusaha mencari

ilmu berbanding dengan jika mereka mempunyai anak yang tidak

mempunyai apa-apa masalah. Mereka akan lebih kerap

memanjatkan doa untuk anak mereka dengan sepenuh hati

kepada yang Maha Esa. Ini menyebabkan kejadian tersebut boleh

berlaku seperti apa yang kita lihat sekarang. Jika anak anda

mempunyai masalah pembelajaran, bersabarlah dan cuba cari

ilmu sebanyak mungkin dan seawal mungkin sebelum terlewat.

Ilmu asas yang perlu kita ketahui adalah tentang cara otak mereka

bekerja. Kawalan Gelombang otak pada kanak-kanak berbeza

dari manusia dewasa. Ibarat memegang pensel, ada kanak-kanak

boleh memegang pensel dengan baik diusia awal, ada yang tidak

boleh walaupun sudah masuk ke sekolah Tahun 1 kerana tidak

tiada latihan sebelumnya. Begitulah juga otak mereka.

Ibubapa diluar sana yang selalu mengeluh anak mereka sukar

diajak belajar, perlu tahu bahawa anak mereka bukan jenis yang

boleh menukar gelombang otak sedang bermain (gelombang

Page 16: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

14

beta) terus kepada gelombang otak belajar (gelombang alpha)

seperti memetik suis lampu!

Contohnya selepas kanak-kanak berlari dan bermain, kemudian

kita memanggil mereka untuk duduk dan menulis. Mungkin

didalam satu kelas di sekolah, sebahagian kanak-kanak akan

mengikut arahan untuk belajar. Tetapi ada sebahagian kanak-

kanak yang lambat menukar gelombang otak mereka yang masih

di gelombang Beta, rasa seperti agak kekok untuk menurut arahan.

Rasa seperti mahu memberontak. Seperti perkara lain, mereka

memerlukan masa dan latihan yang berterusan dalam proses

menukar kesana dan ke mari gelombang otak mereka itu.

Sebagaimana mereka berlatih menggunakan tangan untuk

menyuap nasi hingga tiada suapan yang terjatuh ke lantai,

begitulah juga mereka perlu berlatih bagaimana untuk menukar

gelombang otak mereka dari bermain aktif kepada fokus duduk

belajar dengan sekelip mata sahaja seperti mana ibubapa atau

guru mereka mahukan itu. Sebab itu lebih awal kita mengetahui

dan memahami cara mereka belajar lebih bagus. Kita boleh

memulakan mengajar mereka tanpa stress dan mereka pula akan

belajar dengan lebih efektif.

Page 17: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

15

Seperti yang kita tahu, bila kanak-kanak lepas bermain dan

bergurau sesama mereka dengan aktif, kemudian kita memanggil

mereka untuk duduk belajar. Hanya sedikit sahaja bilangan kanak-

kanak yang boleh mengambil pensel dan menurut apa yang kita

suruh lakukan. Ini bermakna, kanak-kanak ini telah berjaya

mengawal dan mengubah gelombang otak mereka dari Beta ke

gelombang Alpha dalam masa yang pendek sahaja.

Kebanyakkan kanak-kanak memerlukan masa untuk menukar

frekuensi gelombang mereka yang masih dalam keadaan beta ke

gelombang alpha.

Bagi memudahkan peralihan gelombang ini, kita perlu memulakan

sesi pembelajaran dengan sesuatu yang menarik. Sesuatu yang

mempunyai nilai ‘game’

Namun seperti perkara lain juga, dengan latihan yang konsisten,

semua kanak-kanak boleh belajar untuk melakukan pertukaran itu

dengan mudah tanpa sesi transisi/peralihan sebelum

pembelajaran serius satu hari nanti.

Page 18: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

16

Cuba tengok kad huruf itu. Ianya kelihatan seolah seperti kad biasa

yang mengajar huruf dan perkataan yang bermula dengan huruf

tersebut. Kemudian tutup kad itu dan soal anak anda dengan

soalan yang disediakan dengan gambar tersebut. Contohnya :

Page 19: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

17

1. Berapa ekor semut di dalam gambar tadi?

2. Yang manakah lebih banyak, semut merah

atau semut biru?

3. Buah epal dalam gambar tadi berwarna

hijau atau merah?

4. Dan lain-lain soalan.

Kita telah memasukkan elemen yang menyeronokkan pada

pembelajaran huruf kemudian setelah kita lihat mereka sudah

bersedia, bolehlah memulakan pelajar yang lebih serius seperti

belajar al Quran dan sebagainya. Mungkin memerlukan 1-3 kad

sahaja sehari. Tidak terlalu panjang kerana tujuannya adalah untuk

menunggu gelombang otak berubah dengan cara yang

menyenangkan mereka.

Dengan adanya game seperti ini, anda tidak memaksa terus untuk

mereka menukar gelombang otak mereka dengan drastik dan

akan memudahkan anak dan ibu ketika pembelajaran yang serius

berlangsung. Mereka akan mula menyesuaikan diri dengan setting

tempat belajar dan mental serta fizikal yang sesuai untuk

menerima pembelajaran dari anda.

Mengetahui Gaya Belajar Mengikut VAK Model

Kadang-kadang kita stress mengajar apabila cara kita mengajar

bertentangan dengan cara mereka belajar. Kita tidak tahu

bagaimana sebenarnya kecenderungan anak kita mudah untuk

belajar. Ibarat kita menyuruh mereka bernafas melalui mulut

sedangkan mereka lebih mudah bernafas melalui hidung yang

Page 20: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

18

memang telah dijadikan secara fitrah untuk bernafas. Pakar

neurologi telah lama mengetahui bahawa mata adalah laluan

keluar masuk dari otak. Cara arah gerakan mata, jika kita benar-

benar perhatikan, akan memberikan kita maklumat bagaimana

gaya pembelajaran dan komunikasi pilihan seseorang itu.

Memerhati gerak mata ini adalah cara ahli neurologi mengakses

cara berfikir seseorang itu tidak kira jantina, bangsa, budaya atau

apa bahasa sekalipun.

Kita juga boleh belajar dari mereka ini dengan memerhatikan

pergerakan mata sesiapa yang kita kenali termasuk anak kita

untuk memastikan kita berkomunikasi dengan lebih efektif.

Seterusnya setiap patah perkataan kita akan memberi kesan

keatas mereka. Kita kemudian mudah untuk mengajar atau

meyakinkan mereka. memang telah dijadikan secara fitrah untuk

bernafas. Pakar neurologi telah lama mengetahui bahawa mata

adalah laluan keluar masuk dari otak. Cara arah gerakan mata,

jika kita benar-benar perhatikan, akan memberikan kita maklumat

bagaimana gaya pembelajaran dan komunikasi pilihan seseorang

itu. Memerhati gerak mata ini adalah cara ahli neurologi

mengakses cara berfikir seseorang itu tidak kira jantina, bangsa,

budaya atau apa bahasa sekalipun. Kita juga boleh belajar dari

mereka ini dengan memerhatikan pergerakan mata sesiapa yang

kita kenali termasuk anak kita untuk memastikan kita berkomunikasi

dengan lebih efektif. Seterusnya setiap patah perkataan kita akan

Page 21: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

19

memberi kesan keatas mereka. Kita kemudian mudah untuk

mengajar atau meyakinkan mereka.

Kita boleh menggunakan carta ini untuk:

• Mengesan gaya pembelajaran VAK - Samada mereka adalah

visual, auditori atau kinestatik

• Dapat membaca bagaimana mereka menerima mesej kita;

• Meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan mereka

'Carta Neurologi pergerakan mata' diatas adalah yang telah

diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sebagai kesimpulan, orang

visual cenderung untuk melihat keatas (untuk gambaran mental);

Page 22: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

20

orang auditori cenderung untuk melihat ke sisi (ke arah telinga);

dan orang-orang kinestetik cenderung untuk melihat ke bawah.

Dalam buku (al Siyasah) yang ditulis oleh Ibnu Sina, beliau

menyatakan pendidikan yang baik adalah pendidikan yang

mementingkan ‘self education’ atau mendidik diri sebelum

mendidik orang lain. Sebelum kita mendidik anak kita, kita perlu

mendidik diri kita akan cara mengenal dan mendidik mereka

terlebih dahulu. Itulah kunci keberkesanan dalam proses mendidik.

Kita tidak boleh menyamaratakan anak-anak kita dalam cara

mendidik mereka kerana setiap dari mereka adalah berbeza-

beza.

Setiap kanak-kanak belajar dengan kecenderungan yang

berbeza. Walaupun mereka adalah kanak-kanak yang

mempunyai ibubapa yang sama, tinggal dirumah yang sama dan

didedahkan dengan persekitaran yang sama.

Page 23: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

21

Jika kita tidak mengenal cara belajar mereka, yang akan susah

adalah diri kita sendiri kerana kita akan rasa tertekan melihat hasil

kenapa mereka tidak boleh memahami apa yang kita ajarkan.

Kenapa kanak-kanak hanya seronok bila menonton kartun

kesukaan mereka atau bermain game, berlari bermain police entry

dan sebagainya tetapi kenapa bila mereka mula sahaja belajar

mengaji mereka sudah tidak seronok? Bagaimana mahu

menjadikan mereka bersemangat belajar al Quran seperti mana

mereka bersemangat ketika bermain?

Masalah ini tidak boleh diletakkan kepada mereka 100%. Ia adalah

masalah warisan yang berpunca dari diri kita. Kegagalan

menaikkan semangat mempelajari al Quran atau ilmu lain itu

adalah satu ‘dosa’ ibubapa yang akan menyebabkan progress

yang perlahan dan usaha yang tidak sepenuh hati dari mereka

ketika belajar.

Ingat, kegagalan kita menjadikan mereka menyintai ilmu al Quran

mungkin akan menyebabkan kegagalan kita menjadikan mereka

menyintai ilmu yang lain juga. Kebolehan kita membuatkan

mereka menyintai ilmu al Quran adalah satu kelebihan untuk kita

menjadikan mereka menyintai ilmu yang lain diluar sana.

“Belajar adalah permainan yang mengasyikkan dalam kehidupan.

Anak-anak yang lahir dan meyakininya akan terus mempercayai

kenyataan ini hingga kita meyakinkan mereka bahawa belajar

merupakan sesuatu tugas yang berat dan tidak menyenangkan”

Kata-kata Glenn Doman dalam Teach Your Baby Math.

Page 24: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

22

Apabila belajar tidak seronok maka ilmu pengetahuan tidak dapat

diserap sepenuhnya atau penyerapannya kurang efisien. Belajar

dalam keterpaksaan tetap boleh membuahkan hasil tetapi ianya

tidak secepat dengan mereka yang belajar dengan rela hati dan

semangat tinggi.

Namun samada keterpaksaan atau rela hati semuanya perlu ada

titik permulaannya. Boleh jadi, untuk mendisiplinkan anak kita,

mereka bermula dengan keterpaksaan. Tetapi keterpaksaan ini

dilakukan dengan penuh strategi yang tersusun untuk menjadikan

mereka bertukar kepada rela hati. Lama kelamaan keterpaksaan

itu, dengan usaha kita yang sedikit demi sedikit menyebabkan

mereka bertukar menjadi suka dan bersemangat. Agak jarang

untuk mendapat seorang kanak-kanak yang secara

semulajadinya suka dan minat untuk belajar tanpa dorongan

ibubapa atau sesiapa sahaja disekeliling mereka.

Page 25: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

23

Oleh itu janganlah ibubapa tidak mengendahkan tugas mendidik.

Jika tidak diendahkan juga, akan menyesal tak sudah jadinya.

Anak-anak yang tidak dididik berkemungkinan akan merasa

kosong. Mudah untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral

yang bakal merosakkan diri mereka dan orang lain juga. Pada

ketika itu sudah tentu kos bagi memulihkan mereka kembali lebih

mahal. Mungkin juga walau berapa pun nilai yang sanggup kita

bayar, tidak mampu memulihkan mereka kembali.

Renungkanlah...

Kita cuma ada satu peluang bagi mengubah dan membentuk

anak-anak kita. Ia mudah dibentuk ketika kecil dimana mereka

benar-benar mendengar apa yang kita katakan sebagai satu kata

yang perlu dipegang. Selalu kita dengar anak-anak kecil akan

berkata … “ Mak saya kata…” . Ini adalah lebih baik berbanding

jika mereka telah dewasa dimana mereka mempunyai ‘penasihat

lain’ yang terdiri dari kawan-kawan sebaya dan juga mengikut

‘kepala mereka’ sendiri yang telah dipengaruhi anasir luar.

Sebagai pendidik atau pengajar, kita bukan sahaja perlu

mengajar anak kita ilmu al Quran itu tetapi juga menjadikan

mereka cinta akan ilmu tersebut. Cinta inilah yang menyebabkan

perbezaan seorang kanak-kanak yang ‘bersemangat’ untuk

belajar dengan kanak-kanak yang ‘terpaksa’ untuk belajar.

Page 26: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

24

MENGAJAR ANAK DENGAN ASAS BELAJAR

Semua ibubapa tahu anak mereka perlu melalui asas-asas

dibawah untuk belajar. Dari bayi yang tidak boleh bercakap dan

Cuma mendengar sahaja, tidak lama kemudian mereka pandai

bercakap. Selepas pandai bercakap, kita mula mengajarnya huruf

dan kemudian perkataan. Selepas perkataan, kita mengajarnya

membaca ayat. Kebanyakkan ibubapa mengajar membaca

kemudian baru menulis.

Jika dalam mana-mana peringkat, anak kita mempunyai masalah,

kita akan dapati proses seterusnya akan terhenti atau terbantut.

Contohnya seorang kanak-kanak Autism mempunyai deria

pendengaran yang sensitif, apabila tiba proses belajar bercakap,

Page 27: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

25

dia akan terbantut. Mana tidaknya, dia selalu melarikan diri dari

percakapan dan perbualan, dan suka menyendiri, maka kita akan

dapati kepetahannya bercakap tidak akan sama dengan kanak-

kanak sebaya.

Kanak-kanak Dyslexia pula, mempunyai otot mata yang lemah

disekitar mata mereka. Maka bila tiba proses untuk mereka belajar

membaca, proses tersebut seolah terhenti. Membaca memerlukan

mata yang baik. Kanak-kanak rabun juga akan mempunyai

masalah dalam membaca. Jika ada proses-proses ini yang

tersekat, bagaimanakan mereka boleh ke proses seterusnya?

Ditambah pula kita tidak memahami mereka atau tidak sedar

akan masalah mereka. Hanya memberi kata-kata motivasi

menyuruh mereka berusaha bersungguh-sungguh.

Page 28: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

26

MENGENALI KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI MASALAH

PEMBELAJARAN

ADHD/ADD

ADHD/ADD bermaksud Attention Deficit Hyperactivity Disorder

adalah kanak-kanak yang sentiasa bergerak dan tidak fokus. Ini

adalah masalah pembelajaran yang paling popular. Ibubapa

menggelar mereka sebagai tak boleh duduk diam dan susah nak

memberi perhatian ketika mereka belajar. Adakah jika mana-

mana kanak yang tidak boleh duduk diam kita terus gelar mereka

ADHD? Tidak. Kanak-kanak yang aktif normal juga begitu. Jangan

terburu-buru menggelar anak yang tidak boleh duduk diam

sebagai kanak-kanak ADHD, ADD atau Hyperaktif.

“Many children are visual and kinesthetic learners. When forced

to sit in schools that rely heavily on pencil-paper tasks and rote

memorization, these types of learners become distractible,

restless, and low performing often ending up being incorrectly

diagnosed with ADHD.”

Educational Psychologist - Melanie West

Otak mereka secara semulajadinya mengeluarkan frekuensi

gelombahag beta dan ia kekurangan gelombang theta atau

alpha. Contohnya jika kita sedang mengantuk ketika memandu,

apakah yang kita lakukan untuk mengelakkan dari tertidur ketika

memandu dan seterusnya berada dalam keadaan bahaya? Kita

akan mula menguatkan radio, mungkin membetulkan tempat

Page 29: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

27

duduk, atau menepuk-nepuk peha atau steering kereta untuk

menghilangkan rasa mengantuk itu. Samalah seperti kanak-kanak.

Mereka bergerak kerana tidak mahu ‘melukakan hati’ kita dengan

tertidur atau terus ‘hilang’ ketika kita mengajar. Mereka mahu terus

memberikan perhatian dengan ‘cara mereka bergerak itu’ tetapi

kita tidak menghargainya sebagai satu usaha yang baik.

Kebanyakkan ibubapa memandang ADHD sebagai satu

ketidakupayaan belajar pada kanak-kanak. Ibubapa sepatutnya

menukarkan tanggapan mereka ini kepada satu kelebihan

kepada kanak-kanak. Bukan mereka tidak boleh fokus. Saya

ulang.. bukan mereka tidak boleh fokus tetapi, otak mereka secara

semulajadinya memberi keupayaan untuk fokus pada banyak

perkara dalam satu masa! Ini kerana secara fitrah, manusia perlu

belajar banyak perkara dengan cepat untuk ‘survive’ dalam

kehidupan mereka pada zaman dahulu. Maka otak mereka

memberikan stimulasi kepada kesemua deria untuk menjadi sensitif

dan dan belajar dari sekitar mereka dengan kadar segera. Maka

untuk memfokuskan perhatian mereka HANYA pada satu perkara

sahaja menjadi sukar. Sebab itu dalam Seminar DarwishDarwisya

Page 30: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

28

saya mengajar para peserta untuk mengambil peluang dalam

kejadian luar biasa mereka ini untuk memasukkan al Quran dari

kesemua deria. Muzik klasik telah dibuktikan mengeluarkan satu

bahan kimia dari otak yang dinamakan Dopamine. Ia sangat baik

untuk otak. Perdengarlah al Quran dari bacaan Qari yang

menenangkan. Kesannya akan jadi lebih hebat lagi. Ia boleh

memberi kesan kepada otak dan memudahkan mereka untuk

tidur pada waktu malam nanti. Mereka boleh dengan mudah

mengetahui perkara yang terjadi di sekitar mereka tanpa disuruh.

Ketika belajar, Dopamine ini memberi stimuli ke semua deria

mereka. Mereka boleh mendengar burung diluar tingkap berkicau,

bau sambal yang sedang dimasak dirumah sebelah, bunyi pintu

dibuka dan ditutup dari bilik sebelah dan sebagainya.

Adalah satu keputusan bijak jika kita menyisihkan atau

mengurangkan gangguan yang boleh menyebabkan otak

mereka mengeluarkan stimuli ke deria mereka yang lain. Ini dapat

mengelakkan mereka tersasar dari fokus kepada pelajaran yang

sepatutnya mereka belajar.

Setelah memahami cara mereka belajar, tentu kita tidak marah

lagi kenapa mereka perlu bergerak. Tetapi memang akan

tercabar juga jika mereka bergerak terlalu banyak yang

menyebabkan kita sukar pula untuk mengajar mereka. Jika begitu,

berikan mereka sebuah bola getah kecil yang boleh diramas-

ramas. Tangan mereka boleh bergerak dan mata dan telinga

mereka boleh belajar. Untuk variasikan pergerakkan, kita boleh

mengalihkan tempat mengajar dimana 15 minit didalam bilik, dan

kemudian 15 minit lagi kita bawa mereka ke meja makan di ruang

tamu dan mengajar mereka disitu. Boleh juga suruh mereka duduk

dan mengimbangkan badan diatas bola ketika mengajar.

Pergerakan mempunyai kebaikkan pada sistem neurologi mereka.

Page 31: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

29

Pergerakkan mengimbang bola ini akan merangsangkan saraf

tunjang mereka terus ke sereblum dan tempat pemprosesan deria

mereka di otak. Jika kita sudah ada ilmunya, kita akan mudah

untuk memberikan kefahaman. Sebagai ibu yang mengajar

dirumah, kita bebas untuk mengolah cara mengajar mereka

dengan memasukkan unsur-unsur pergerakkan ini.

Ketika mengajar membaca contohnya, kanak-kanak diusia awal

akan belajar perkataan yang kerap digunakan untuk menjadikan

ayat tersebut lengkap contohnya "ini", "itu", "ialah", "yang" dan lain-

lain. Untuk Bahasa Inggeris pula kita perkata “the”, “a”, and “am”.

Ini dikenali sebagai (Dolch Words). Perkataan-perkataan ini adalah

perkataan yang diperlukan tetapi sukar untuk ditunjukkan dalam

bentuk imej atau gambar. Bagi kanak-kanak yang cenderung

kepada pembelajaran visual dan kinestatik, mengingat dan

membaca perkataan ini adalah sukar untuk mereka kerana ia

tidak memberi gambaran atau makna apa-apa.

Jangan terperanjat kanak-kanak yang sama ini bila diperkenalkan

dengan perkataan ‘dinasour’ atau ‘lorry’, mudah mengingat

ejaannya dan membaca perkataan tersebut.

Sebelum melabel anak kita dengan apa-apa label permasalahan,

kita fahami dahulu cara mereka belajar. Mungkin kecenderungan

mereka adalah visual dan kinestatik sahaja dan tidak bermaksud

mereka adalah kanak-kanak ADHD.

Sekarang saya ingin bertanya.. adakah jika anak kita seperti ini dan

kita tidak pernah mengajarnya dirumah, cuma menunggu usia

bersekolah untuk mula belajar, apakah yang terjadi kepada

mereka? Adakah guru-guru disekolah akan memberi perhatian

khas kepada mereka mengikut keperluan pembelajaran setiap

Page 32: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

30

kanak-kanak seperti mana kita? Hanya kita yang boleh

menjadikan anak kita berjaya dan kita tidak boleh menyalahkan

pihak sekolah.

DYSLEXIA

Disleksia adalah disebabkan otot disekitar mata tidak berfungsi

seperti biasa. Saya mempunyai seorang dengan masalah dyslexia

ini didalam ahli keluarga sebelah suami saya. Dia mempunyai

masalah untuk membaca walaupun telah mencapai usia remaja

dahulunya. Suami saya mempunyai 8 orang adik beradik yang

sudah berkahwin dan mempunyai anak. Alhamdulillah tidak

seorang pun yang mengidap masalah ini. Walaupunn ada yang

berkata ianya adalah keturunan, ia tidaklah 100% benar.

Pada mulanya saya fikir anak saya, Darwish mempunyai masalah

ini. Ini disebabkan saya dia menulis semuanya terbalik. Dari

Page 33: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

31

nombor hinggalah ke huruf semuanya terbalik. Berbanding

Darwisya yang tidak pernah melakukan begitu. Namun setelah

latihan yang agak selalu, walaupun tidak konsisten, ianya hilang.

Sekali lagi saya menyarankan untuk ibubapa memulakan

mengajar anak mereka lebih awal. Kita akan tahu masalah

mereka lebih cepat dan memperbaikinya sebelum mereka masuk

ke alam sekolah.

Tetapi jika ketika anda membaca ebook ini, anak anda telah pun

bersekolah, janganlah fikir ianya sudah terlewat. Lakukan yang

terbaik untuk perkembangan dan pembangunan diri mereka.

Saya sarankan untuk mereka ini di 'homeschool' kerana beberapa

sebab:

1. Jika anak anda disleksia dan sudah bersekolah, mereka akhirnya

akan menyedari bahawa mereka adalah berbeza daripada

kebanyakan rakan-rakan mereka. Sentiasa tercorot. Mereka

mungkin tidak boleh membaca sama sekali, atau mempunyai

kesukaran mengeja atau mempunyai masalah untuk menghafal

fakta-fakta matematik.

2. Dengan memaklumkan kepada mereka kenapa mereka begitu

dan setiap kekurangan ada kelebihannya, mereka akan berhenti

berfikir bahawa diri mereka adalah 'pelajar bodoh' kerana

dikelaskan di kelas tercorot jika disekolah. Yakin diri mereka akan

meningkat dan mereka akan rasa lebih lega.

Page 34: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

32

Kelebihan Dyslexia

Kebanyakan kanak-kanak dengan masalah disleksia mempunyai

otak kanan yang dominan. Untuk memahami apa yang saya

maksudkan ini, anda perlu tahu sedikit tentang struktur otak.

Otak terbahagi kepada dua bahagian atau hemisfera - otak

kanan dan otak kiri. Ia disambungkan antara satu sama lain

dengan kabel tebal saraf di pangkal otak yang dipanggil ‘korpus

collosum’.

Satu analogi yang baik tentang otak kiri dan otak kanan adalah

seperti 2 buah komputer yang sangat cepat dan berkuasa yang

memproses program yang berbeza dari input yang sama.

Kemudian ia disambungkan dengan satu rangkaian kabel.

Kebanyakan ahli sains bersetuju bahawa terdapat perbezaan

yang jelas dalam cara setiap hemisfera otak tersebut berfungsi.

Pada asasnya, otak kanan berkaitan dengan emosi, perasaan,

kreativiti, dan gerak hati. Otak kiri adalah linear, logik, dan memberi

tumpuan kepada satu perkara pada satu masa.

Page 35: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

33

Jika dikatakan dyslexia itu adalah mereka yang dominan otak

kanan, lihatlah senarai yang boleh dilakukan oleh otak kanan

diatas. Fikirkan kembali bagaimana pengajaran disekolah.

Membaca teks, menulis, memahami, menjawab soalan semuanya

hanya boleh dilakukan oleh otak kiri. Kanak-kanak dyslexia akan

ketinggalan dan akan membenci waktu persekolahan mereka.

Fungsi Otak Kiri

Fungsi Otak Kanan

Menggunakan Logik

Terperinci

Berorientasikan lisan

Teratur

Perkataan dan Bahasa

Matematik dan Sains

Aturan dan Corak

Nama objek

Berasaskan semata-mata realiti

Praktikal

Melibatkan perasaan dan

emosi

Berorientasikan 'Gambaran

keseluruhan'

Bukan lisan

Menggunakan imaginasi

Simbol-simbol dan imej

Falsafah dan agama

Fantasi

Menerima kemungkinan

Mudah mengambil Risiko

Teknik mengajar pelajar otak kanan adalah dengan memupuk

potensi otak kanan mereka dan bukan memaksa mereka menukar

cara mereka berfikir. Pengajaran perlu dilakukan dalam kumpulan

kecil dengan kawan-kawan atau adik beradik yang mereka

mereka kenali dan senangi. Pengajaran yang banyak mengajak

kepada penceritaan dan diskusi amat menarik mereka. Apa-apa

sahaja yang menggunakan emosi dan imaginasi akan

menyebabkan mereka seronok untuk belajar. Gunakan sumber

visual. Lakukan perkara bersama-sama dalam satu kumpulan

Page 36: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

34

dengan banyak perbincangan. Sebagai ganti kertas tulis, buat

projek (poster, komik, menulis ulasan filem dan lain-lain) Gunakan

warna dan gambar pada flashcard untuk mendapatkan ejaan

atau perbendaharaan kata perkataan.

Jika anda mempunyai anak Dyslexia dan berpeluang untuk

mendidiknya pada usia awal, ia amatlah baik. Manfaat kita

mengajarnya dirumah lebih awal adalah kerana kita tidak mahu

mereka ketinggalan. Kanak-kanak seperti ini akan jauh tertinggal

dari segi pelajaran jika mereka mula bersekolah. Sistem

persekolahan tidak akan memahami masalah yang mereka

hadapi. Anda akan dapati anak anda merungut untuk ke sekolah.

Puas anda memujuk mereka dan menyatakan kebaikkan jika pergi

ke sekolah. Mungkin akhirnya mereka akan terpaksa juga pergi.

Anda akan dapati setiap ujian mereka akan sentiasa tercorot.

Percayalah.. mereka akan lebih banyak belajar dirumah bersama

anda. Walau bagaimanapun, untuk mengetahui gaya belajar

anak kita bukanlah suatu yang boleh di ketahui dengan sekelip

mata. Setiap anak itu berlainan dan beruntunglah mereka jika

anda membuat keputusan mengajar mereka dirumah sebelum

mereka ke sekolah. Di sekolah, janganlah mengharap guru-guru

akan memberikan perhatian mereka kepada anak kita seperti

mana kita sebagai ibubapa mereka.

Page 37: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

35

AUTISM

Untuk kanak-kanak autism pula, mereka mempunyai masalah

dimana otak mereka merangsang kesemua deria mereka dengan

kadar yang tinggi dan selalunya maklumat tersebut tidaklah

sepatutnya setinggi seperti yang disampaikan. Statistik

menunjukkan masalah ini dihidapi 5 kali lebih tinggi kanak-kanak

lelaki dari kanak-kanak perempuan. Contohnya ketika mereka

mendengar suara. Suara yang mereka dengar kebanyakkannya

adalah dengan pic atau frekuensi yang tinggi.

Jika mereka melihat warna, warna tersebut terlampau terang, silau

atau kelam kabut. Ini menyebabkan mereka lari dari cahaya

terang.

Oleh kerana keadaan yang terlampau hiruk pikuk dengan bunyi

yang bising dan pic yang tinggi serta warna yang terang silau

menyebabkan mereka cuba lari dari semua ini dengan

menyendiri. Tidak mahu bergaul, tidak mahu bekerjasama dan

sebagainya. Mereka akan mencipta dunia mereka sendiri untuk

lari dari dunia sebenar.

Setiap individu dengan autisme adalah unik. Ramai daripada

mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam kemahiran

samada visual, muzik dan kemahiran akademik. Ini bergantung

kepada deria yang sensitif yang telah dikurniakan kepada mereka

Page 38: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

36

sejak lahir yang pada mulanya agak melemas dan merimaskan.

40% pula mempunyai kebolehan intelektual yang lebih tinggi dari

kebanyakkan orang.

Sebenarnya jika seseorang kanak-kanak itu tidak mempunyai

masalah Autism juga boleh menunjukkan masalah sensitif kepada

bunyian. Bunyian rentak muzik tertentu atau bunyian sesetengah

mesin contohnya mesin dril membingitkan telingan mereka.

Mereka akan menutup telinga mereka dengan tangan dan cuba

lari.

Page 39: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

37

SPD – Sensory Processing Disorder

Ada kanak-kanak yang tidak tergolong dalam mana-mana

kumpulan masalah pembelajaran tetapi mempunyai masalah

pancainderanya yang sensitif. Mereka ini agak cerewet dan leceh

dengan sekitaran mereka menyebabkan selalulah terganggu

dalam sesi pembelajaran.

Page 40: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

38

MENYELAMI EMOSI KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI MASALAH

PEMBELAJARAN

Tidak semua kanak-kanak yang mempunyai masalah

pembelajaran adalah mereka yang lemah semangat. Ia

bergantung kepada bagaimana orang persekitaran melayan

mereka.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak yang

mempunyai masalah pembelajaran mempunyai kesukaran dalam

kemahiran sosial. Keyakinan yang rendah menyebabkan mereka

sukar untuk bergaul dengan rakan sebaya.

Cara mereka memproses informasi yang lambat kerana kurangnya

latihan dari ibubapa atau guru menyebabkan mereka mempunyai

masalah mencari perkataan yang betul untuk bersama dengan

perbualan dalam kumpulan. Masalah ini semakin menyerlah jika

umur mereka sudah mencapai belasan tahun.

Mereka bimbang dengan kebolehan mereka sendiri. Ketakutan

untuk gagal dan rasa malu menyebabkan mereka lebih suka

menarik diri dari apa-apa projek atau perancangan oleh rakan

atau guru.

Mereka tidak sedar kelakuan dan keputusan mereka ini akan

menambahkan lagi kritikan daripada ibu bapa dan guru yang

kurang faham kenapa mereka berkelakuan begitu. Akibatnya ia

kelihatan seperti remaja yang sedang memberontak.

Memahami punca dan cara menyelesaikan kanak-kanak yang

mempunyai masalah pembelajaran adalah penting terutamanya

Page 41: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

39

ibubapa kanak-kanak yang terlibat. Tiada siapa yang lebih mahu

anak kita itu berjaya selain dari kita sendiri sebagai ibunya.

Ramai ibubapa yang mempunyai kanak-kanak dengan masalah

pembelajaran menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta

atau sekolah kerajaan yang dikira bagus dengan harapan anak

mereka akan jadi cemerlang dengan sistem sekolah itu sendiri.

Akhirnya mereka tetap melihat anak mereka semakin

terkebelakang ke mana pun mereka pergi. Ini kerana dengan

perbandingan guru antara kanak-kanak bijak dengan tidak di

bahagi-bahagikan mengikut kelas, menyebabkan kanak-kanak ini

semakin hilang keyakinan diri mereka. Tahun awal kanak-kanak di

sekolah adalah untuk membina kemahiran social dan keyakinan

diri tetapi jika tahun-tahun tersebut penuh dengan kekecewaan

dan kegagalan, langsung tidak memahami apa yang mereka

sendiri lakukan disekolah tersebut, mereka akan lebih rendah diri

dan timbul sikap negatif. Untuk menutup kegagalan dan yakin diri

yang rendah, kanak-kanak ini akan memberontak dan menjadi

pelajar yang menimbulkan masalah di sekolah.

Page 42: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

40

Kajian juga menunjukkan rasa rendah diri seorang manusia terbina

dari umur seseorang itu 10 tahun. Setelah umur ini, adalah sukar

untuk membantu kanak-kanak tersebut membangunkan imej diri

yang positif.

Diharap ibubapa berusaha untuk campur tangan lebih awal

dalam pendidikan anak kita sendiri di rumah.

Kemurungan pada kanak-kanak

Tanda-tanda kemurungan pada kanak-kanak boleh berbeza

daripada orang-orang di kalangan orang dewasa.

1. Mereka sentiasa berfikiran negatif tentang diri mereka

2. Mereka cenderung untuk melihat dunia dan orang lain dengan

pandangan negatif

3. Mereka sukar untuk membayangkan harapan atau perkara-

perkara positif pada masa akan datang

4. Mereka selalu bergaduh atau membuli ahli keluarga sendiri

Namun hati-hati dengan perhatian yang ktia berikan kepada

kanak-kanak dengan masalah pembelajaran ini jika dia

mempunyai adik-beradik yang lain. Ini mungkin menimbulkan

perasaan cemburu kepada yang lain.

Tetapi selalunya, ibubapa yang tidak tahu atau tiada ilmu, cuma

akan menyuruh supaya anak mereka untuk belajar bersungguh-

sungguh atau berusaha lebih keras dalam pelajaran. Itu sahaja

tanpa menyelidik apakah kesukaran yang mereka alami.

Page 43: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

41

Kanak-kanak ini akan hilang semangat untuk belajar. Mereka

sangat membenci sesi belajar. Membaca bagai dipaksa-paksa.

Mereka mudah putus asa.

PERTUKARAN GELOMBANG OTAK PADA KANAK-KANAK YANG

MENYEBABKAN MASALAH PEMBELAJARAN

Di bahagian pengenalan sebelum ini, kita ada menyentuh tentang

gelombang otak kanak-kanak yang ada sebahagiannya sukar

untuk bertukar dari satu gelombang kepada gelombang yang lain.

Menyedari hakikat ini, perkara yang paling ibubapa tidak patut

lakukan adalah menyuruh kanak-kanak supaya jangan bergerak

sejurus sahaja mereka mula duduk untuk belajar. Di otak manusia

ada komponen neurotransmiter yang mengeluarkan sejenis bahan

kimia yang dinamakan Dopamine. Dopamine ini lah yang

mengarahkan pada tubuh deria mana yang patut digunakan dan

deria mana yang patut berada di bawah pengawasan.

Dopamine pada kanak-kanak yang aktif akan mengarahkan

semua deria untuk bersiap sedia menerima stimuli.

Pada mulanya sesi pembelajaran kita akan sentiasa ada

gangguan kerana dopamine ini yang menyuruh deria itu dan ini

untuk bekerja. Tetapi jika kita mengajar dengan tenang dan

konsisten beserta dengan ‘do n reward’ sistem yang baik serta

pelbagai strategi yang akan dibincangkan didalam ebook ini,

dopamine ini akan di latih untuk menyuruh deria anak kita fokus

pada pancaindera yang membantu mereka mendapatkan

‘reward’ yang mereka mahukan itu. Dalam Islam juga ada

amalan memberi hadiah. Ia adalah Sunnah Rasulullah s.a.w

terutamanya pada kanak-kanak.

Page 44: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

42

MASALAH ANAK MEMPROSES STIMULI AUDITORI, VISUAL DAN

SENTUH

Jika kita bercakap atau bertutur seperti biasa, ketahuilah dari

dunia anak kita, mereka merasakan bahawa kita bertutur laju

seperti lajunya keretapi lalu.

Kita perlu memahami bahawa kanak-kanak sukar menerima

arahan yang panjang dan berkait antara satu sama lain. Otak

mereka masih belajar lagi.

Jangan kita memberi arahan seperti dibawah ini :

Pergi letak cawan di sinki, kemudian ambil tuala basah, bersihkan

meja dan akhir sekali tutup lampu.

Cerebral Cortex mereka masih baru dan perlu masa untuk

memproses arahan panjang. Jangan kerana mereka tidak

melakukannya, kita fikir mereka tidak mahu mengikut arahan kita.

Sedangkan mereka mahu lakukannya tetapi arahan itu terputus

ditengah jalan terutama arahan akhir. Jika ibubapa yang tidak

tahu mungkin mereka berfikir anak mereka degil atau tidak

mengikut kata.

Ibarat kita menggunakan sambungan internet digital untuk

memberi arahan dan mereka masih menggunakan ‘dial up

connection’di otak mereka. Gunakanlah arahan yang pendek-

pendek dan ulang arahan tersebut.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan selalunya

mempunyai masalah untuk mendengar dengan jelas perkataan

yang berfrekuensi tinggi seperti P, T, B, D, M, N, dimana bukaan

mulut adalah tersembunyi.

Page 45: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

43

7 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANAK ANDA HYPERAKTIF

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda seperti ini?

Bagi saya, kebanyakkan kanak-kanak adalah seperti ini. Anak saya

juga begitu. Mereka tidak boleh duduk diam sehingga ibu-ibu

ditaman membandingkan anak saya dengan anak mereka.

Mereka menggelar anak saya sebagai kanak-kanak yang terlebih

vitamin.

Pertama

Anda perlu biasakan diri dengan kebisingan kanak-kanak. Cuba

hantar mereka ke rumah nenek mereka sebentar. Mula-mula anda

rasa seronok kerana rasa tenang dan seronok dirumah. Bila lama

sedikit, anda akan mula rasa sunyi dan tidak gembira duduk

kesunyian seperti itu. Ambil anak anda semula dan katakan pada

diri anda, bahawa anda akan lebih gembira mendengar

kebisingan mereka asalkan mereka ada disamping anda dari

Page 46: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

44

mendengar kesunyian. Kesunyian hingga terdengar tapak kaki

anda berjalan tanpa anak anda berada dirumah.

Kedua

Bangunkan mereka sepagi yang boleh. Ajar anak anda bangun

pagi sebelum seluruh dunia bangun! Ajak mereka ke luar dari bilik

dan disini anda akan lihat, waktu bangun pagi mereka akan tidak

berapa aktif. Jika anda mahu mula mengajar mereka, inilah masa

yang terbaik. Pada waktu inilah pelajar bijak dan para huffaz

bangun untuk belajar.

Ketiga

Setelah Subuh, pagi semakin terang, dan setelah diberi sarapan,

mereka akan sangat bertenaga. Disini bermula aktiviti mereka

bergerak. Mereka perlukan satu ‘outlet’ untuk mengeluarkan

tenaga mereka yang ibarat keretapi stim. Bawa mereka keluar ke

taman dan biar mereka menjejakkan kaki mereka pada embun

pagi dan rumput segar. Biar mereka berlari sepuas hati.

Page 47: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

45

Gambar diatas adalah stopover anak-anak saya selepas

berjogging. Saya dan suami akan berjogging bersama anak kami,

Darwish dan Darwisya. Tempat berjogging kami adalah di

belakang tasik Perpustakaan Shah Alam sambil menikmati

pemandangan yang indah. Biar mereka memegang rumput dan

baring berguling diatasnya. Ia baik untuk mereka meneutralkan

lebihan cas positif elektrik dari badan. Ia ibarat pembumian jika

kita belajar tentang tenaga elektrik.

Bumi membawa cas negatif yang bertimbun-timbun. Ia kaya

dengan elektron dan sangat bagus untuk membekalkannya

kepada tubuh bagi meneutralkan radikal bebas didalam tubuh

kita. Tubuh kita yang asal dari tanah jika dibenarkan untuk

‘bersatu’kembali dengan tempat tanah (iaitu bumi) akan

menyebabkan aliran elektron antara tubuh dan bumi terutama jika

menggunakan tapak kaki untuk menyentuhnya.

Page 48: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

46

Keempat

Bila pulang mereka akan rasa letih dan mengantuk. Pertama

kerana mereka bangun terlalu awal kedua kerana mereka telah

melakukan aktiviti berlari. Perhatikan bahawa seorang kanak-

kanak kelihatan hyperaktif seperti boleh berlari tanpa henti, tetapi

cuba suruh mereka berlari di jogging track! Mereka tidak boleh

berlari sehingga 2km pun!. Jadikan alasan untuk membina stamina

mereka dengan kita juga berjogging. (Untuk orang dewasa, kita

boleh berlari 3-5km tetapi untuk kanak-kanak larian sejauh 2 km

boleh mengurangkan hyperaktif mereka.

Kelima

Periksa samada keluarga kita atau sebelah suami mempunyai

masalah tyroid. Jika ada, bawa berjumpa doktor untuk

pemeriksaan.

Keenam

Jaga makan. Pakar telah menyatakan bahawa kanak-kanak yang

diberi makanan dengan kanji terproses dan kandungan gula yang

tinggi akan menyebabkan mereka hyperaktif. Ini adalah kerana

kandungan cortisal dalam darah akan menaik. Tukarkan roti putih

yang anda selalu beli itu ke roti wholemeal. Beras biasa kepada

beras perang.

Ketujuh

Elakkan makanan yang mempunyai perisa, perasa, pewarna

tambahan kerana ini akan menyebabkan tubuh mereka merasa

tidak selesa tanpa mereka mengetahuinya. Sebagai tindakbalas,

mereka menjadi tidak tenang dan bergerak untuk melupakan

ketidakselesaan itu.

Page 49: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

47

KITA SEBAGAI IBU DAN GURU KEPADA ANAK KITA

“Guru yang cuba mengajar tanpa menimbulkan dan

menyemarakkan keinginan dan semangat belajar murid-

muridnya, sama sahaja dengan orang yang menempa besi

dingin”

(Horace Mann)

Mana mungkin besi boleh ditempa dan dibentuk jika dalam

keadaan dingin. Ia perlu dipanaskan dan kemudian barulah boleh

dibentuk menjadi pedang, parang, pisau atau apa sahaja yang

kita mahukan.

Perlu diingat, menjadi guru adalah suatu pekerjaan yang mulia

dan merupakan kedudukan pertama dalam hieraki ilmu.

Sebagaimana

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.

“Yang terbaik dikalangan kamu adalah yang mengajar, kemudian

yang belajar, kemudian yang mendengar dan akhir sekali orang

yang mengasihi orang yang mengajar dan belajar.”

Bukankah kita sekarang ini menjadi guru kepada anak kita sendiri?

Itulah saham akhirat kita nanti.

Page 50: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

48

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya Allah s.w.t, para malaikat, penghuni langit dan bumi,

termasuk semut yang berada dalam lubang, serta ikan paus,

sesungguhnya akan memberkati dan merahmati kepada orang

yang mahu mengajarkan kebaikkan kepada manusia”

(Riwayat Imam Tarmizi)

MasyaAllah, hebatnya menjadi seorang ibu yang juga seorang

guru kepada anak-anaknya!

Lebih-lebih lagi guru al Quran kepada anak-anak kita. Setiap huruf

yang kita ajar itu telah dijanjikan Allah akan ganjarannya diakhirat

nanti. Lihat juga keistimewaan kita yang diberikan oleh Allah di

dunia ini. Disebut oleh penduduk bumi dan langit. Masihkah kita

memberi alasan penat dan letih untuk mengajar anak kita?

Page 51: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

49

IKHLASKAN MENGAJAR ANAK KERANA ALLAH S.W.T

Sebelum mula mengajar anak-anak kita, ingin saya ingatkan diri

saya dan pembaca, marilah kita lihat balik kenapa kita ingin

mengajar mereka. Ikhlaskanlah matlamat itu kerana Allah Ta’ala.

Mengikhlaskan ilmu sebagai amal ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga kita dipelihara dari menyimpang akan niat dan tujuan kita

mengajarkan anak dengan al Quran.

“Seorang lelaki yang mempelajari ilmu agama dan

mengajarkannya. Beliau juga membaca Al-Quran. Lelaki itupun

dibawa menghadap Allah SWT.

Allah SWT memperingatkan segala nikmat yang diberikan

kepadanya. Lelaki itu mengakui akan penerimaan semua nikmat

tersebut. Allah SWT berfirman kepadanya : ‘Apakah yang telah kamu

Page 52: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

50

lakukan untuk mendapat nikmat yang ada?’ Lelaki itupun

menjawab : ‘Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya

(kepada orang lain). Aku telah membaca Al-Quran semata-mata

kerana-Mu. Allah SWT berfirman kepadanya : ‘Kamu berdusta. Kamu

telah mempelajari ilmu supaya kamu dipanggil sebagai seorang

‘alim dan kamu telah membaca Al-Quran supaya dipanggil seorang

qari. Sesungguhnya kamu telah pun dipanggil sedemikian.

Kemudian Allah SWT telah memerintahkan kepada malaikat agar

lelaki itu dibawa pergi dan diheret dengan mukanya ke bawah

hinggalah beliau dicampakkan ke dalam api neraka”

Maka hati-hatilah dengan niat hati.

Jika kita ingin berkongsi hal kebolehan anak di facebook atau

dimana sahaja ruangan internet, katakanlah pada hati bahawa

“Aku mahu melakukannya sebagaimana video ini memberi

inspirasi kepada ku dalam mendidik anak-anak ku. Semoga

apa yang aku lakukan ini memberi inspirasi kepada

orang lain menjalankan tugas mendidik anak mereka

dengan al Quran, ibadah kepadaMu ya Allah.”

Page 53: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

51

Adalah normal jika anak tidak suka belajar termasuk mempelajari

al Quran itu sendiri. Bak kata Launa Ellison,

“Disebabkan otak tidak boleh menyerap semua perkara

disekelilingnya, perkara yang tidak menarik, membosankan dan

tidak menyentuh emosi, pasti tidak akan diingat.”

MENYENTUH EMOSI ANAK-ANAK SEBELUM KITA MENGAJAR MEREKA

ALQURAN

Oleh kerana saya memang mementingkan dan mengutamakan

mengajar anak al Quran dari bayi, saya akan mengambil contoh

mengajak anak sesi belajar al Quran. InsyaAllah, seperti yang saya

katakan diawal ebook ini, jika kita boleh membuat mereka jatuh

cinta dengan al Quran, apa ilmu lain pun akan mudah untuk diajar.

Belajar apa pun jua, merangsang dan mengarahkan otak untuk

melakukan ‘sistem filing’ nya itu. JIka anak sudah ada sistem filing

yang bagus, pelajaran yang baru akan diterima dan dikemaskini

Page 54: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

52

secara sistemaatik oleh otak. Adalah sangat bermanfaat untuk ibu

memastikan jika anak mereka mempunyai masalah pembelajaran

untuk bermula awal bagi meletakkan anak mereka duduk sama

rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar biasa yang lain.

Saya percaya mengajar al Quran, insyaAllah adalah satu ilmu asas

yang bukan saja terapi untuk masalah pembelajaran, malah ia

juga terapi bagi rohani kanak-kanak yang terlibat.

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa dalam proses

mengajar mereka al Quran.

Cerita yang boleh dikongsikan kepada anak supaya mereka jatuh

cinta dengan ilmu.

1. Islam meletakkan taraf yang mulia bagi orang yang belajar

apa sahaja ilmu. Apa lagi yang sedang dipelajari itu adalah

ilmu al Quran. Orang yang belajar akan dinaungi oleh sayap-

sayap Malaikat.

Siapakah Malaikat? Malaikat adalah makhluk yang mulia

ciptaan Allah yang boleh berada di langit dan dibumi. Para

malaikat akan menghamparkan sayap-sayap mereka

menaungi pelajar-pelajar kerana suka akan apa yang mereka

lakukan.

2. Nama mereka yang belajar akan disebut dan dikenali oleh

seluruh penduduk langit ketika itu dan InsyaAllah akan juga

disebut oleh penduduk bumi satu hari nanti.

Page 55: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

53

3. Rezeki mereka yang belajar dijamin oleh Allah s.w.t. tidak akan

putus. Walaupun berada dalam serba kekurangan insyaAllah

rezeki mereka tidak akan putus dan akan sentiasa muncul dari

sumber yang tidak disangka-sangka.

Sebagaimana yang direkodkan oleh al Khatib,

“Sesiapa yang belajar, maka Allah s.w.t. menjamin

tidak akan putus sumber rezekinya”

4. Sekiranya orang yang belajar itu mati ketika dia sedang

belajar, matinya itu dikira sebagai mati syahid.

5. Antara kita dan binatang hanya ada satu sahaja perbezaan

iaitu pengetahuan akal. Akal yang menyebabkan kita maju

daripada haiwan. Haiwan tetap duduk di hutan atau di zoo

tetapi manusia telah mencipta tamadun hingga mereka

terpaksa terpinggir ketepi.

6. Pesanan Muaz, salah seorang sahabat Nabi Muhammad

s.a.w.

“Mempelajari ilmu pengetahuan itu pula dikira

ibadah, mengulangkajinya dikira tasbih, mengkajinya

dikira jihad, mengajarnya dikira sedekah

dan berkorban untuknya dikira syahid.”

7. Nabi Sulaiman diberi pilihan oleh Allah antara ilmu, harta dan

kuasa. Baginda memilih ilmu diantara ketiga-tiganya.

Kenapa? Kerana dengan ilmu beliau mempunyai kemahiran

Page 56: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

54

bagi mencari harta dan dengan ilmu juga baginda

mempunyai kemahiran bagi menguasai orang lain.

8. Setiap individu hidup bermasyarakat dan memerlukan ilmu

untuk meletakkan diri di hadapan. Jika dengan ilmu kita boleh

jadi apa sahaja yang kita impikan.

9. Kisah Nabi Sulaiman yang boleh menundukkan Ratu Balqis

dengan hanya sepucuk surat. Surat itu bukan hanya

memerlukan kemahiran menulis malah ia memerlukan ilmu

bagaimana ia perlu ditulis.

Page 57: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

55

MOTIVASI DAN MENDIDIK MELALUI KETOKOHAN

Pernahkah kita melihat betapa mudahnya mengajar mereka

Bahasa Inggeris hanya dengan mempertontonkan Dora? Minat

mereka pada Dora hingga menyebabkan mereka akan memilih

selipar atau kasut dora, beg dan baju tidur dora dan sebagainya.

Ketokohan kartun ini akan menyebabkan mereka teruja untuk

belajar dan sesi belajar amat menyenangkan. Kemudian keluar

pula cerita Disney Frozen dengan Puteri Elsa, mereka beralih minat

pula dari Dora.

Apa yang ingin dikongsikan disini, ketokohan watak kartun akan

sering berubah-ubah kerana mereka bukan tetap. Imaginasi yang

direka. Jika watak kartun ini cantik, nanti akan keluar watak kartun

yang lebih cantik rupanya dari sebelumnya.

Berilah anak ketokohan sebenar yang berada di alam realiti yang

sudah menjadi sejarah. Contohnya Siti Khadijah seorang wanita

peniaga yang hebat, Asiah yang cantik jelita dan isteri Firaun,

Rabiatul Adawiyah, rupawan yang jadi rebutan, dan sebagainya.

Page 58: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

56

Untuk lelaki pula, Sultan Muhammad al Fateh yang mengukir nama

sebagai pembuka Kota Konstantinopal pada usia yang sangat

muda, dan juga yang paling utama Rasulullah s.a.w itu sendiri.

Pada diri baginda ada seri tauladan yang sempurna.

Bagi mereka yang mempunyai anak lelaki, saya sangat

menggalakkan untuk anda menyertai Seminar Parenting Al Fateh!

Didalam seminar ini, akan diungkap segala rahsia yang membawa

kejayaan sepasang suami isteri membesarkan anak lelaki yang

hebat, menakluki Kota Konstantinopal pada usia 23 tahun.

Bayangkan setelah beberapa orang yang hebat termasuk

sahabat Rasulullah s.a.w yang lebih warak dan sangat

berpengalaman dalam medan perang cuba untuk membuka

kota tersebut, namun anak muda ini menjadi pilihan Allah.

Semuanya adalah kerana didikan dari kecil oleh ibu dan ayahnya.

Bermula dengan didikan al Quran kemudian banyak ilmu lain yang

dapat dihadamnya dengan cepat pada usia yang muda berkat

menguasai al Quran dahulu. Jika kita membaca buku dipasaran,

kebanyakkannya mengupas tentang siapa beliau dan apa

kehebatan beliau. Jarang sekali mereka menceritakan siapa dan

bagaimana dia dibesarkan hingga menjadi seorang yang hebat.

Jika adapun, ianya hanya sedikit diceritakan.

Untuk menjadikan anak kita bersemangat setinggi semangat al

Fateh, kita yang menjadi orang yang meniupkan semangat itu

kepada anak, perlulah bersemangat juga. Tidak kenal maka tidak

cinta. Tuntutlah ilmu dan naikkanlah semangat di seminar ini nanti.

Page 59: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

57

Page 60: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

58

KEPENTINGAN MOTIVASI MELALUI CERITA

1. Bercerita adalah media yang efektif untuk mengembangkan

minda anak kita dan membentuk corak pemikiran mereka

maka pilihlah cerita benar yang boleh dijadikan pengajaran.

2. Menyampaikan cerita bukan semata-mata untuk mereka

duduk diam dan ternganga tetapi ia harus dikaitkan dengan

pengajaran yang kita mahukan untuk diri anak-anak.

Contohnya supaya mereka menyintai al Quran.

3. Kata-kata yang dipilih haruslah tepat dan baik dan disusun

dengan ayat yang berkesan. Ini kerana anak-anak bukan

sahaja mencari pengajaran atau ‘ending of the story’ tetapi

juga turut memerhatikan kata-kata.

4. Kisah yang disampaikan harus memiliki cerita yang menarik

dan penuh dengan konflik ringan supaya dapat menarik

emosi anak-anak.

Mengenali Perbezaan Kanak-Kanak Ketika Belajar

Page 61: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

59

MENGENALI PERBEZAAN KANAK-KANAK KETIKA BELAJAR

Aspek Kesihatan, Fizikal dan Stamina

Kita sahaja yang tahu samada anak kita mempunyai tahap

kesihatannya bagus atau tidak. Contohnya jika mereka

mempunyai penyakit masalah paru-paru, maka pernafasannya

mungkin perlu dilatih untuk memperkuatkan paru-parunya. Jika

membaca ayat yang agak panjang, nafasnya cepat putus.

Darwish mempunyai masalah paru-paru dimana sewaktu di

hospital dia pernah dimasukkan ke hospital dan duduk beberapa

hari kerana perlu mendapatkan bantuan pernafasan setiap satu

jam. Pembacaan al Qurannya selalu terputus-putus. Maka latihan

membaca al Quran sangat membantu memperbaiki

pernafasannya. Setiap ayat memerlukan dia menarik nafas

panjang supaya bacaannya tidak terputus menyebabkan paru-

parunya semakin kuat.

Latihan berenangnya juga menyebabkan paru-parunya

bertambah kuat. Berenang memerlukan pernafasan yang

terkawal kerana kita memang tidak boleh bernafas didalam air.

Alhamdulillah dia sudah menguasai keempat-empat strok acara

renang dan sekarang tiada lagi masalah itu.

Jika riadah renang sukar dilakukan, kita juga boleh berjogging di

taman-taman adalah digalakkan. Bina stamina mereka. Untuk

kanak-kanak 4-6 tahun, jarak 1.5 km seminggu sekali adalah

disarankan. Untuk kanak-kanak 6-9 tahun jarak 2 km.

Page 62: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

60

Kesihatan badan dengan kelancaran aliran darah keseluruh

badan dan otak adalah penting untuk memastikan oksigen

dibekalkan dengan secukupnya. Bila otak mempunyai oksigen

yang mencukupi, ia akan menjalankan tugasnya dengan lebih

efisien.

Ini termasuklah kesihatan dari hujung rambut ke hujung kaki. Jika

seorang anak mengalami masalah jangkitan kutu kepala, atau

jangkitan kulit yang menyebabkan kegatalan, adakah mereka

akan sama dengan anak yang tidak mempunyai masalah ini?

Tentunya sesi pembelajaran mereka akan terganggu dimana

mereka akan asyik tergaru-garu. Sudah tentu segala yang

memerlukan daya fokus sangat sukar untuk dilakukan dengan rasa

seronok.

Page 63: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

61

Aspek Kognitif

Setiap individu berbeza keupayaan berfikir, belajar, mengingat

serta bakat-bakat yang lain. Keupayaan berfikir dan menaakul

serta menghafal meningkat seiring dengan peningkatan usia.

Contohnya seorang kanak-kanak sukar menghafal sebaris ayat al

Quran pada umurnya 3-4 tahun, tetapi dia mudah menghafal 1

mukasurat pada umurnya 7-8 tahun melalui latihan menghafal

secara konsisten setiap hari. Bermaksud usia dan usaha adalah

seiring dalam peningkatan aspek kognitif ini. Ia juga boleh

dikatakan bakat terpendam. Seperti yang kita sedia maklum,

bakat ini tidaklah akan terkeluar dari diri anak-anak kita tanpa

usaha dan tenaga menggali atau membongkarnya.

Page 64: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

62

Aspek Emosi

Setiap anak menunjukkan emosi yang berbeza dalam situasi yang

sama. Bagi sebahagian kanak-kanak apabila mereka ditempat

kegagalan, mereka akan berputus asa. Mereka rasa kecewa dan

terus tidak mahu mengaji. Disini si ibu perlu memainkan peranan

sebagai pakar motivasi bagi si anak. Banyak video di youtube yang

boleh dijadikan sebagai pengajaran dimana manusia gagal,

hamper putus asa, mereka mengambil keputusan untuk cuba dan

cuba lagi dan akhirnya berjaya. Begitulah sepatutnya sikap orang

berjaya.

Setiap kejayaan oleh orang berjaya semuanya mempunyai

kesulitan sebelum kejayaan. Hanya orang yang tidak berhenti

mencuba sahaja yang akan berjaya. InsyaAllah, ini akan

membentuk emosi yang kukuh dengan kesedaran yang tinggi

bahawa hidup ini memang penuh dengan kesulitan yang perlu di

redah untuk mendapatkan kejayaannya. Tanpa sedar sebenarnya

kita telah mengajar mereka tentang kehidupan dalam usaha kita

mengajar al Quran.

Katakan pada anak, kita hidup didunia ini adalah untuk bekerja

dan berusaha. Waktu rehat kita adalah ketika sudah mati nanti.

Dimana ketika itu waktu untuk kita bersenang senang dan rehat

sahaja. Tiada kerja yang perlu dikerjakan ketika itu.

Page 65: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

63

Aspek Tingkah Laku

Perbezaan tingkah laku dapat dihayati dari segi pergaulan ,

interaksi dan aktiviti sosial anak kita dengan kawan-kawan. Kanak-

kanak kelihatan sama tetapi cara mereka membawa diri masing-

masing adalah berlainan antara satu sama lain. Cara berfikir,

kesukaan, dan cita-cita setiap anak adalah berlainan. Ada yang

yakin diri, bila membaca al Quran akan membaca dengan suara

yang kuat, ada yang rendah diri dan apabila membaca akan

membaca dengan suara yang rendah. Ada juga bila dirumah dia

membaca dengan kuat tetapi bila mengaji ke kelas mengaji akan

perlahan.

Bila suara mereka perlahan ketika membaca, katakanlah kepada

mereka bahawa malaikat sedang berhimpun untuk mendengar

suara mereka. Maka perkuatkanlah!. Bila kanak-kanak membaca

dengan suara yang kuat, otaknya mendapat pertolongan dari

deria telinganya melalui suaranya sendiri untuk membantunya

mengingat akan ayat yang dibacanya.

Page 66: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

64

Aspek Rohani

Bagi pembaca yang membaca buku ini dengan tujuan mengajar

anak al Quran, insyaAllah semoga aspek rohani kemungkinan

besar juga telah diisi. Jangan hanya menyuruh anak

mempelajarinya tanpa menaikkan semangatnya kenapa dan

mengapa. Jika ada yang hanya menyuruh anak mempelajari al

Quran tanpa mengisi aspek rohani ini, diharap dengan membaca

catitat diatas akan sedar peri penting akannya.

Ceritakan pada anak :

1. Kelebihan penghafaz al Quran di dunia

2. Kelebihan penghafaz al Quran di akhirat

3. Kesan latihan menghafal al Quran pada perkembangan otak

Saya cadangkan untuk pembaca membaca buku “Kelebihan

Menghafaz Al Quran” yang disertakan di dalam Ebook 3 Langkah

Mudah yang di keluarkan oleh Ustaz Amri Nason dan Ustazah

Aishah Hashimee.

Page 67: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

65

Ibubapa perlulah mengingat anak mana yang telah diceritakan

dan anak yang mana belum lagi diceritakan. Kadangkala seorang

anak bertanya sedikit soalan dan kita pun mula menjawab

dengan baik namun anak yang lagi satu sedang tidur ataupun dia

belum lagi di usia memahami cerita itu. Contohnya anak yang

bertanya adalah berumur 7 tahun dan anak yang lagi satu adalah

3 tahun. Sudah tentu anak 7 tahun lebih memahami tentang cerita

kita dari kanak-kanak 3-5 tahun. Di dalam kes ini, jangan kita jemu

bercerita benda yang sama berulangkali. Mereka memang

memerlukan pengulangan untuk menghadam dan mengingat

cerita itu. Jangan rasa selesai sudah aspek rohani dan

kepercayaan mereka dengan hanya sekali sahaja. Kepercayaan

pada benda yang ghaib ini perlu diisi ketika mereka masih kecil

lagi. Inilah yang membentuk aspek rohani dan menjadi pegangan

mereka nanti.

Nota Nasihat

Anak kita adalah ibarat kain putih yang menunggu untuk kita

ukirkan corak yang hebat keatas mereka. Beri ilmu, masa, motivasi

galakan dan peluang untuk mereka meneroka dan

mengeksploitasi diri mereka sepenuhnya.

Page 68: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

66

MELETAKKAN MATLAMAT WAWASAN

Fikiran manusia dewasa iaitu kita, sering penuh dengan pelbagai

perkara dengan hutang bulanan yang perlu dibayar, bil-bil dan

barang keperluan yang perlu dibeli. Keserabutan memikirkan ini

beserta dengan tugasan pejabat atau urusan perniagaan yang

perlu difikirkan setiap hari menyebabkan perkara yang jauh lagi

untuk dilihat hasilnya iaitu anak kita, diletakkan keutamaannya

paling bawah. Mendidik anak untuk setengah jam rasanya sangat

sukar bila kita telah meletakkan yang lain diatas sebagai

keutamaan. Masa cepat berlalu. Tanpa kita sedar, anak kita sudah

dewasa dan kita pula sudah tua. Hidup meniti usia di kala senja,

tidak perlu berkejar atau sesibuk waktu muda. Di waktu ini,

InsyaAllah wang dan masa memang ada, tetapi janganlah pula

penyesalan terhadap apa yang kita tidak lakukan pada anak,

menjelma.

Page 69: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

67

Meletakkan matlamat adalah penting. Seperti yang kita tahu,

kuasa matlamat yang akan membantu kita mencapai apa yang

kita mahu. Matlamat kita dalam meletakkan apa yang kita mahu

perlulah jelas. Jika tidak ia akan mudah tenggelam dalam riuh

rendah serabut didalam kepala, hilang dan kemudian kita

melupakannya terus.

Kita perlu jelas dengan apa yang kita mahu dan jadikannya

matlamat hidup kita. Kita juga perlu jelas dengan ‘berapa harga’

yang perlu dibayar untuk mencapai matlamat tersebut. Maksud

disini adalah untuk mencapai matlamat tersebut kita perlu

mengorbankan beberapa perkara untuk mencapainya.

Contohnya masa rehat kita. Wang ringgit kita untuk membeli

‘reward’ mereka dan sebagainya. Ini adalah pengorbanan yang

hanya akan dikeluarkan oleh seseorang yang mempunyai

matlamat yang kukuh dan jelas.

Matlamat kita perlu jelas dengan minda positif yang akan

mengeluarkan tindakan positif. InsyaAllah akhirnya akan

menghasilkan hasil yang positif.

Ada ibubapa yang mempunyai matlamat tetapi mindanya tidak

positif. Contohnya mahu anak menghafal al Quran tetapi ada

bisikan yang menyatakan.. bolehkah anak aku jadi penghafal al

Quran ni? Banyak nak hafal tu!.

Tiada guna punya matlamat tetapi minda adalah negatif. Sebab

itu kita perlu sentiasa dengan orang yang sentiasa positif dengan

matlamat yang sama. Cara mencari mereka yang positif di zaman

sekarang adalah mudah dengan adanya facebook. Juga dengan

berada di seminar-seminar yang berkaitan matlamat kita.

Page 70: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

68

Contohnya “Seminar Menghafal Al Quran Dari Bayi Kaedah

DarwishDarwisya”

Dengan adanya matlamat dan juga minda yang positif kearah

matlamat itu kita akan

1. Bersemangat – Disebabkan ada perkara yang kita ingini,

maka kita akan bersungguh-sungguh untuk

mendapatkannya.

2. Fokus – Kerana sudah ada matlamat dan semangat, kita

mudah untuk memfokuskan tenaga, fikiran dan masa yang

telah kita tetapkan

3. Bijak membahagikan masa – Jika dulu kita punya masa yang

diisi untuk menonton cerita sinetron, berchat di whatsapp,

berfacebook dan sebagainya, semenjak punya matlamat

kita akan lebih bijak membahagikan masa.

Page 71: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

69

GERAK KERJA KEARAH MATLAMAT IBUBAPA

Tidak guna untuk meletakkan matlamat atau cita-cita tanpa

merancang gerak kerja ke arah matlamat itu.

1. Tetapkan dengan jelas apa yang perlu disisihkan untuk lebih

bijak membahagikan masa. Jika kita suka berfacebook,

bermain game clash of clan contohnya, berwhatsapp di

handphone, off kan handphone kita bila tiba dirumah. Kita

perlu sedar pencuri masa ini. Kita tidak terasa akan masa

yang di curi untuk melihat dan melayan perkara perkara ini

dalam sehari ketika berada dirumah, tetapi bila dikumpulkan,

ianya boleh jadi satu waktu sesi mengajar untuk anak-anak.

2. Bina imaginasi dan masukkan emosi dalam minda. Bila kita

melihat anak kecil kita dengan wajahnya yang

Page 72: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

70

menenangkan, cubalah untuk membayangkan wajah

mereka ketika besar nanti dengan apakah pencapaian

mereka ketika itu. Lebih jelas kita menggambarkan kejayaan

mereka, lebih hebat minda kita akan berfungsi bagi

mencapai cita-cita itu. Oleh kerana yang kita bayangkan itu

adalah anak kita, maka kita tidak dapat lari akan emosi yang

akan terbentuk sambil tanpa sedar senyuman dibibir terukir

melihat bayangan dan pencapaian mereka ketika dewasa.

Imaginasi ini akan membentuk emosi dan perasaan. Emosi

dan perasaan ini akan menjadi magnet yang akan menjana

motivasi diri.

Lebih lama kita dapat menyimpan gambaran ini, lebih hebat

kesannya dalam diri kita. Setiap kali kita membayangkan

anak kita, cuba simpan gambaran itu selama beberapa

minit. Cara ini lebih dikenali sebagai NLP Neuro Linguistik

Programming. Ia banyak di gunakan oleh ahli sukan dan ahli

perniagaan yang berjaya. Ia juga boleh digunakan oleh

Page 73: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

71

ibubapa untuk mencapai impian mereka terhadap anak

mereka.

3. Mulakan rancangan matlamat itu dengan segera. Jangan

bertangguh. Jangan menunggu kerana berfikir samada kita

sudah bersedia atau tidak. Atau mungkin kita berfikir samada

bayi atau anak kita sudah bersedia atau tidak.

Peribahasa Arab menyebut

“Sekiranya kamu tidak dapat melakukan kesemuanya,

janganlah kamu tinggal kesemuanya”

4. Tuliskan matlamat itu diatas kertas. Satu untuk kita dan satu

untuk anak. Baca kuat-kuat dan untuk anak bacakan

kepadanya juga. Jangan simpan matlamat itu untuk diri

sendiri. Kongsikan pada anak. Cara menulis matlamat untuk

anak adalah sedikit berlainan dari kita kerana bahasa yang

perlu digunakan untuk mereka perlu yang di fahami oleh

mereka.

Page 74: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

72

GERAK KERJA KEARAH MATLAMAT ANAK

1. Jika kita perlu menghentikan pembaziran masa menonton

drama sinetron dan juga melayan facebook dan whatsapp

mereka juga perlu melakukan perkara yang sama.

Pembaziran masa menonton TV cerita kartun atau bermain

games di ipad atau handphone perlulah dihentikan atau

dikurangkan. Untuk aktiviti yang merehatkan, lebih baik

mereka ke taman dan berlari serta melompat dari melepak

dirumah tidak bergerak. Hadkan TV dan games sebagai

‘reward’ selepas belajar al Quran sahaja. Pastikan hanya TV

dan games yang bersesuaian dengan mereka dan yang

memberi manfaat.

2. Persekitaran Dan Jadual Harian. Mereka mungkin terlalu

muda untuk membuat jadual mereka sendiri. Tetapi kita

boleh melakukannya untuk mereka. Pastikan ketika membuat

jadual tersebut, anak terlibat sama. Mereka tahu sebelum

jadual itu dirangka. Ini mendedahkan mereka cara

merancang kehidupan harian mereka bila dewasa kelak. Ia

juga menyebabkan kanak-kanak sedia maklum sebelum rutin

harian mengikut jadual dimulakan.

Didalam jadual tersebut sebutkan juga tentang undang-

undang rumah secara keseluruhan seperti menonton TV dan

sebagainya. Secara kreatifnya terangkan pada mereka

kenapa jadual tersebut perlu seperti itu hingga mereka

bersetuju. Jangan menggunakan kuasa veto secara terus.

3. Walaupun jadual telah dirancang bersama, tidak semestinya

ia akan dituruti oleh anak kita. Mereka terlalu kecil untuk

Page 75: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

73

mengikuti jadual harian tersebut. Kitalah yang perlu

mengingatkan mereka perkara yang perlu di lakukan pada

jam berapa hingga berapa. Dan apa pula selepas itu.

Samalah seperti menekan info di remote control astro yang

memberi maklumat, apa yang sedang ditayangkan dan apa

yang akan ditayangkan selepas itu. Kanak-kanak 4 tahun pun

pandai memaklumkan pada kita apa rancangan seterusnya.

Dimuka surat sebelah adalah contoh yang saya buat untuk

Darwish dan Darwisya. Ia adalah senarai juzuk berapa, surah

keberapa dan nama surah al Quran. Saya juga melakukan

perkara yang sama untuk ilmu lain. Contohnya Buku Bahasa

Inggeris. Setiap selesai sahaja mereka satu surah atau satu

buku, mereka akan mewarnakan petak di sebelahnya. Setiap

kotak kecil yang diwarnakan akan menuju ke kotak yang lebih

banyak. Letakkan hadiah untuk berapa kotak yang mereka

telah warnakan yang lebih besar dari hadiah kecil setiap hari

itu.

Contohnya, jika kotak kecil telah diwarnakan untuk

membentuk 1 juzuk, mereka akan mendapat RM50. Dalam

masa yang sama ajar mereka pengurusan kewangan ketika

memberi wang tersebut. Ajar mereka berapa untuk disimpan,

berapa untuk disedekah dan berapa untuk dibelanja.

Page 76: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

74

Page 77: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

75

KEPENTINGAN MENGAJAR ADAB BELAJAR

1. Kebersihan dan keselesaan

Banyak kelebihannya jika kita menjaga kebersihan dan

adab. Contohnya memastikan anak kita memberus gigi yang

berpudina (tidak semestinya ia perlu berflorida) sebelum

mempelajari al Quran dapat mengelakkan mereka dari rasa

mengantuk.

Jika mereka rasa mengantuk, jangan hanya menyuruh

mereka membasuh muka untuk menghilangkan mengantuk

itu, suruhlah mereka berwuduk kerana ia lebih bertahan lama

dari hanya membasuh muka. Suruh mereka berwuduk.

Jika kita mengajar dirumah, pakaikan mereka pakaian yang

selesa. Seluar yang tidak ketat atau kasar. Contohnya

memakaikan kanak-kanak seluar jeans. Memang kanak-

kanak nampak bergaya dengan seluar jeans tetapi jika ia

ketat menyebabkan mereka kurang selesa terutama kondisi

belajar memerlukan mereka duduk bersila.

2. Ajar mereka untuk mengawal emosi

Ada kanak-kanak yang cepat marah jika mereka tidak dapat

menghabiskan pelajaran yang diserahkan pada mereka.

Contohnya mereka perlu menghabis membaca dengan

lanccar 1 muka surat Buku al Furqan setiap hari. Jika mereka

membaca dan kita menegur kesalahan mereka

Page 78: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

76

menyebabkan mereka kena mengulangnya sekali lagi, ianya

akan menimbulkan kemarahan mereka. Kanak-kanak seperti

ini perlu diberi ilmu tentang api kemarahan yang sengaja

ditiup oleh syaitan. Maklumkan pada mereka musuh manusia

yang nyata yang sengaja ingin mematikan semangat dan

membenci apa sahaja ilmu yang cuba dipelajari oleh orang

Islam.

3. Mengamalkan cara hidup sihat

Hindarkan dari segala yang tidak baik. Jangan merokok dan

hindarkan mereka dari orang, jiran atau saudara kita yang

merokok. Perokok sekunder (anak kita) mempunyai serapan

nikotin lebih besar dari mereka yang dewasa. Lebih lebih lagi

dalam keadaan paru-paru mereka yang sangat muda dan

sensitif dari kita. Jauhkan berada di tempat yang mempunyai

banyak asap kenderaan dan lain-lain pencemaran udara

termasuk penyembur serangga atau nyamuk yang kita

semburkan dirumah. Jika mahu membuat semburan, pastikan

ketika mereka sudah tiada dirumah.

Page 79: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

77

4. Sentiasa ingatkan mereka dengan matlamat mereka

Jangan rasa cukup apabila membincangkan tentang

matlamat anda sekali semasa mula-mula meletakkannya

dulu. Ianya seperti kita mahu mandi setiap hari supaya badan

merasa segar setiap kali mandi. Begitulah juga dengan

matlamat. Ia perlu diulang dan diingatkan seberapa banyak

kali yang boleh. Panggillah anak kita dengan nama dan

belakangnya al hafiz atau hafizah dan sebelum itu

maklumkan apa maksud sambungan nama itu. Supaya

mereka diperingatkan tentang matlamat mereka dengan

cara tak langsung.

Page 80: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

78

KOMUNIKASI BERKESAN – KENALI WAJAH NEGATIF DAN POSITIF

Bahasa tubuh dan riak wajah anak

Belajar dan kenalpasti apakah ciri-ciri imej positif dan negatif.

Apakah ciri-ciri yang akan dikeluarkan oleh mereka ketika amuk

atau marah. Kita boleh mengagak samada mereka bosan, jemu

atau marah dengan riak wajah dan bahasa tubuh yang berubah-

ubah.

Kita juga boleh mengetahui jika mereka dengan senang hati dan

gembira ketika belajar.

Bahasa tubuh dan riak wajah ibu

Beri reaksi dengan apa yang mereka lakukan. Jangan seperti tiada

rasa atau perasaan ketika mengajar. Mengajar dengan tegas dan

kasih sayang lebih berkesan dari mengajar tanpanya. Bermakna,

jika anak menunjukkan reaksi gembira ketika belajar, beri reaksi

wajah kita yang penuh senyuman dan gembira. Cukup dengan

senyum dan anggukan diwajah kita membuat mereka senang dan

tenang untuk meneruskan pembacaan mereka dan menerima

ilmu darinya (menghafalnya).

Jika anak menunjukkan riak wajah bosan atau jemu, tegakkan

badan dan bermuka tegas dengan pandangan yang tepat pada

arah mata mereka.

Page 81: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

79

Bahasa lisan anak

Anak mungkin seronok dan akan meluahkannya dengan kata-

kata. Atau jika mereka tidak suka, mereka akan juga meluahkan

kebosanan itu dengan kata-kata. Ada juga kanak-kanak yang

kurang verbal yang akan hanya mendengus atau menangis

marah.

Ceritakan pada mereka marah itu adalah sifat Syaitan. Lagi kuat

kita marah, lagi rapat kita berkawan dengan syaitan. Untuk

menghindarnya, Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan,

“Apabila kamu berdiri ketika marah, duduklah. Jika kamu sedang

duduk ketika sedang marah, baringlah. Dan jika marah itu masih

tidak hilang, kamu berwuduklah. Sesungguhnya perasaan marah

itu berasal dari api. Maka air wuduk itu akan menghapuskan api

itu”.

Di barat, proses ini dipanggil interruption. Kita mengganggu

perasaan marah itu daripada lebih meluap dan mematikannya

dengan tindakan lain.

Bukan sahaja hadis ini ditujukan untuk anak yang sedang marah,

malah lebih utama lagi bagi ibubapa yang mengajar anak yang

cepat naik darah. Bersyukurlah mereka mahu belajar. Jika

Page 82: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

80

pencapaian mereka perlahan, bukanlah itu kemahuan mereka

dan sepatutnya usaha mereka itu tidak patut untuk dimarah.

Bahasa lisan ibubapa

Mulut kita jangan kering dari memuji jika mereka menunjukkan

sikap suka berusaha. Puji usaha mereka walaupun ianya tidak

berhasil lagi. Kanak-kanak yang berusaha walaupun lambat akan

segera menjadi cerdik mengalahkan kanak-kanak cerdik yang

tidak di galakkan untuk berusaha memperbaiki bacaan atau

hafalan.

Bila mereka melakukan sebaliknya kita juga perlu mengeluarkan

kata-kata yang bersesuaian dengan tindakan mereka. Contohnya

jika mereka marah dan sengaja melambatkan proses untuk

belajar, kita dengan tegas mengatakan bahawa jika lambat,

maka kita akan habis lambat dan lambatlah mereka akan dapat

bermain nanti. Ini merupakan lisan yang mengingatkan hukuman.

Iaitu tidak boleh bermain. Ingat.. menyatakan pada kanak-kanak

tidak boleh bermain adalah sama dengan menyatakan kepada

orang dewasa bahawa mereka akan duduk di penjara dan tidak

boleh kemana-mana. Perlu ditegaskan bahawa kata-kata kita ini

akan diambil serius oleh anak jika kita selalu mengotakan janji

dengan kata-kata itu.

Contohnya, jika kita bersungguh dalam mengatakan mereka tidak

boleh bermain sehingga mereka menyelesaikan pelajaran hari ini,

kita mengotakannya, maka kita akan diingat orang yang boleh

dipegang kata-katanya. Tiada kompromi. Tetapi jika mudah

kasihan dan hanya mengatakannya dan jika anak itu menangis

Page 83: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

81

dan mengamuk, kita pula mengalah, maka kita akan diingat

sebagai orang yang boleh dibawa berunding dengan cara

mereka sendiri.

Jika teguran perlu diberi, tidak perlu meninggikan suara. Cuma

terangkan sebabnya dengan jelas kenapa mereka dimarahi.

Jangan menganggap mereka akan faham kenapa tiba-tiba kita

mengamuk atau marah-marah. Tanya semula adakah mereka

tahu kenapa mereka dimarahi supaya mesej yang ingin di

sampaikan itu jelas. Bercakaplah mengikut kemampuan otak

sesuai dengan usia mereka itu.

Jangan terlalu emosi hingga mengungkit perkara yang mereka

tidak faham. Ibubapa yang seperti ini mungkin terbawa-bawa

dengan masalah pejabat atau masalah rumah tangga

menyebabkan mereka kemudian menyesal kerana memarahi

anak sedemikian rupa. Kita perlu jelas dengan matlamat iaitu

mahu menegur kesalahan anak.

Page 84: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

82

Jangan sekali-kali melabel anak dengan gelaran yang negatif

ketika marah kerana seorang ibu yang berdoa dengan penuh

perasaan seperti ini (penuh perasaan marah), mudah

dimakbulkan. Ia juga membuatkan mereka merasa rendah diri dan

kurang yakin pada diri sendiri mengikut label yang telah diberikan

kepada mereka. Jadi, elakkanlah dan benar-benar jauhkanlah

dari melabelkan anak dengan yang tidak baik. Rasulullah s.a.w

bersabda,

“Jagalah lisanmu kecuali dalam kebaikkan”

Hadis riwayat Ahmad

Jika kita adalah jenis yang tidak boleh mengawal mulut kalau

memarahi anak, lebih baik kita diam, keluar daripada bilik

mengajar dan pergi melakukan perkara lain seolah kita tidak

mengajar tadi. Rasulullah s.a.w :

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari kiamat,

maka berkatalah yang baik-baik, atau diam”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Page 85: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

83

KOMUNIKASI DUA HALA YANG BERKESAN

Untuk memastikan kita mempunyai komunikasi yang berkesan

dengan anak, pastikan kita juga memberi ruang dan peluang

untuk mereka. Beri masa dan bersabar untuk mendengar rungutan

mereka dan apakah masalah mereka. Analisa dan cuba

fahamkan apa yang mereka ingin sampaikan. Mendengarlah

secara aktif. Pandang mata mereka ketika mereka bercakap.

Ambil serius bila mereka bercakap sebagaimana kita mendengar

bos bercakap. Dengar apa kata mereka dengan teliti. Jangan

terus menggunakan kuasa veto kita sahaja tanpa memberi

peluang untuk mereka bersuara.

Komunikasi dari persekitaran

Ketika mereka masih kanak-kanak, persekitaran mereka masih

boleh dikawal. Kitalah orang yang mempunyai serba sedikit kuasa

untuk mengawal persekitaran mereka. Biar mereka berkawan

dengan orang yang baik-baik yang mempunyai matlamat yang

sama. Atau sekurang-kurangnya ibubapa yang mempunyai

matlamat yang sama seperti kita dan sedang berusaha kearah

yang sama dengan kita. InsyaAllah mereka akan bermain dalam

keadaan selamat. Mengeluarkan cerita yang sama. Bayangkan

jika seorang kanak-kanak terlupa dan minum berdiri dan seorang

lagi kanak-kanak menegur perbuatan itu tidak baik. Mereka akan

saling tegur menegur dan merujuk perbuatan tersebut kepada

perbuatan Rasulullah s.a.w.

Page 86: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

84

Komunikasi tegas beserta kasih sayang

Tegas adalah apabila mereka memberi alasan yang tidak

munasabah untuk tidak belajar tetapi bila mereka menunjukkan

sikap mahu belajar, sambutlah ia dengan penuh kasih sayang.

Lupakan perangai tidak baik mereka sebelum ini yang banyak

memberi alasan setelah mereka berubah. Jangan di ungkit kerana

mereka juga punya perasaan malu.

Komunikasi dari tempat belajar

Tempat belajar perlulah bersih dan teratur. Tidak perlu cantik.

Asalkan ianya teratur dan tidak kelihatan mainan mereka

disekitarnya. Jangan berfikir untuk memujuk anak mengaji dengan

membenarkan anak membawa barang permainan mereka ke

tempat belajar. Perbuatan ini akan mengurangkan fokus mereka

ketika belajar. Ketepikan barang mainan dan jadikan ia sebagai

Page 87: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

85

umpan supaya mereka segera menghabiskan pelajaran tersebut

untuk mendapatkan barang permainan mereka semula.

PERKARA YANG MENGGALAKKAN PENGAJARAN BERKESAN

Jika anak kita kelihatan resah dari gerak tubuh mereka semasa

belajar, berilah waktu rehat 5-15 minit untuk mereka. Ianya adalah

tindakan bijak kerana ia akan mengembalikan senyuman di wajah

mereka selepas waktu rehat yang menandakan otak mereka

sudah kembali segar. Ianya dapat memulihkan mereka untuk

pelajaran selanjutnya.

Melakukan perkara nakal ketika belajar

Jika mereka melakukan kenakalan, ibubapa harus bersabar dan

biar atau tidak endahkan sahaja mereka. Kenakalan itu dilakukan

untuk mendapatkan perhatian. Jika kenakalan mereka itu tidak

endahkan, tetapi bila mereka berkelakuan baik kita puji dan beri

ganjaran, mereka akan ingat didalam minda mereka bahawa

untuk mendapat perhatian adalah dengan berkelakuan baik dan

bukannya berkelakuan nakal.

Apa lagi yang boleh dilakukan jika anak nakal yang tidak mahu

mengikut sesi mempelajari al Quran bersama kita?

1. Bercerita

Ceritakan kepada mereka dengan penuh kasih sayang

tentang betapa pentingnya al Quran. Jika mati, kita akan

duduk ditempat yang gelap seorang diri. Badan makin

mereput dan ulat akan memakan daging. Hanya dengan

Page 88: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

86

kita memelihara al Quran semasa hidup maka Allah akan

memelihara tubuh kita ketika mati. Bukan itu sahaja, al Quran

akan menjelma menjadi sahabat yang akan menemani kita

nanti dan menyebabkan kubur kita terang tidak gelap seperti

orang lain.

2. Dengan sekali sekali berleter berserta suara yang hampa

Dengan muka yang kecewa, dan nada yang berlainan dari

percakapan biasa, luahkan perasaan kita kepada mereka

walaupun mereka masih kecil lagi. Layanlah mereka seperti

orang yang matang dimana kita boleh berkongsi

kekecewaan kita kepada mereka. Sebagai contoh katakan

kepada mereka

“mak sudah cuba buat semuanya untuk Adi sayangkan al

Quran, supaya Allah dan Rasul sayang pada kita, jika Adi

sayangkan al Quran, apa lagi yang perlu mak buat? Mak

rasa sedih tak tau nak buat apa lagi..”

3. Jangan berleter seperti makcik-makcik dimana didalamnya

cuma kemarahan dan sindiran yang panjang tanpa tanda

noktah. Dari Aisyah r.a. berkata :

Rasulullah s.a.w tidak berbicara seperti kalian berbicara. Baginda

berbicara dengan ucapan yang terdapat jeda didalamnya.

Sehingga orang yang duduk didalamnya akan dapat mengingati

ucapan baginda.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Page 89: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

87

4. Merayu dan Menangis.

Ini selalunya mudah jika kita sudah melakukan yang pertama,

kedua dan ketiga sebelum ini. Jika dibawa diskusi yang

panjang, insyaAllah akan menyebabkan keluar air mata.

Berceritalah dengan penuh emosi wawasan, harapan dan

matlamat kita terhadapnya. Keluarkanlah airmata itu di dua

tempat. Pada Allah untuk mengadu kepadanya, dan pada

anak untuk melembutkan hatinya.

Page 90: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

88

MEMBERI DORONGAN

Dorongan Luaran

Dorongan luaran adalah dorongan yang datang bukan dari diri

mereka sendiri. Orang itu boleh jadi diri kita atau guru mereka yang

akan memberi kata-kata semangat atau berjanji memberi hadiah

jika melakukan sesuatu. Contohnya jika mereka dapat menghafal

satu surah, hadiahnya adalah aiskrim kegemaran mereka.

Dorangan Dalaman

Dorongan dalaman adalah dorongan yang datang dari diri

mereka sendiri. Dorongan ini datang dari kebiasaan yang

menyebabkan timbulnya minat. Contohnya Darwish dan Darwisya

Page 91: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

89

sudah terbiasa menghafal surah al Quran. Bila kami ke mana-

mana untuk perjalanan yang jauh, kami akan pasangkan CD al

Quran sepanjang perjalanan tersebut. Mereka akan mengikut

membacanya tanpa disuruh atau diberi janji akan ganjaran

hinggalah mereka tertidur dengan sendirinya.

Teknik Ganjaran

Siapa yang tidak suka dengan hadiah dan ganjaran. Terutama

anak-anak kecil. Mereka sangat gembira walaupun menerima

sebiji gula-gula. Hadkan ganjaran apabila mereka melakukan apa

yang kita suruh. Contohnya gula-gula yang nak dijadikan ganjaran

tidak boleh menjadi sesuatu yang boleh diambil pada bila-bila

masa. Jika tidak, ianya tidak menimbulkan keseronokan

menerimanya kerana ianya adalah perkara biasa yang boleh

didapati tanpa bersusah payah.

Anak yang mendapat hadiah bukan sahaja seronok dan gembira,

malah mereka akan termotivasi atau mudah untuk melakukan

perkara yang sama pada masa akan datang.

Page 92: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

90

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, dari Abdullah

Ibnul Harits, beliau berkata :

“Rasulullah s.a.w. pernah membariskan Andullah, Ubaidullah dan

sebahagian besar bani Abbad. Kemudian Rasulullah s.a.w

bersabda: "Siapa yang lebih cepat sampai kepadaku, maka

baginya ini dan itu.” Abdullah kembali berkata, “Lalu mereka pun

berlumba dan mengejar dan memeluk pinggang dan dada

Rasulullah. Lalu baginda mencium mereka dan memberi hadiah

kepada mereka”

Disini dapat kita jadikan pengajaran bahawa, memberi ganjaran

bukan hanya memberi sesuatu yang berbentuk ganjaran material,

malah ia lebih bagus lagi jika ganjaran perhatian, pujian dan

sebagainya. Tidak sukar untuk melakukannya tetapi jika ibubapa

tidak diingatkan, mereka kebanyakkannya tidak perasan akan

kepentingan ganjaran yang bukan material ini.

Letak tanda aras dalam memberi ganjaran

Jika mereka tidak ‘good boy’ atau ‘good girl’ semasa belajar,

jangan beri ganjaran ekstra iaitu perhatian ini. Cukup ganjaran

material sahaja kerana menghabiskan sesi pelajaran mereka

dengan kita bersusah payah.

Page 93: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

91

MAKANAN, ISTIREHAT DAN TIDUR YANG CUKUP

1. Badan yang sihat akan membawa kepada otak yang sihat.

Biasakan dengan sarapan pagi dengan makanan yang tidak

terlalu berat tetapi cukup berkhasiat. Jaga berat badan anak

supaya tidak terlalu gemuk. Kita tentu tahu bahawa

kegemukkan boleh menyumbat pembuluh otak.

Pengambilan gula juga jangan terlalu berlebihan, agar tidak

menghalang penyerapan protin dan gizi dalam makanan.

Jaga adab makan supaya mereka tidak minum dan makan

berselang seli. Dilarang keras untuk tidur selepas makan

kerana ini akan membuatkan hati keras.

Pastikan kesihatan mereka terjaga. Perhatikan penyakit yang

tidak kelihatan ‘sakit’nya pada anak-anak seperti penyakit

kurang darah dan kecacingan. Masalah penyakit ini adalah

tanpa rasa sakit tetapi ia cukup menganggu kesihatan yang

akan menyebabkan gangguan dalam menerima pelajaran.

Juga berhati-hati dengan ubat-ubatan. Contohnya ubat anti

histamine (ubat allergy) yang diberikan pada kanak-kanak

yang mudah allergy, akan menurunkan potensi ingatan.

2. Menjaga kebersihan dan kesihatan diri

Page 94: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

92

Rajin mandi dan menggosok gigi setiap pagi adalah amalan

yang baik dalam memastikan badan sentiasa segar. Jika

badan mereka segar, insyaAllah mereka tidak mengantuk

dan dapat menerima pelajaran dengan lebih efektif.

Melakukan sebarang aktiviti sukan dapat membantu

melancarkan pengaliran darah dari jantung ke seluruh tubuh

termasuk otak. Dengan itu, nutrisi dan oksigen akan lancar

masuk ke bahagian penting tubuh. Ingat, hanya dengan

putusnya oksigen selama 10 saat, manusia akan jadi tidak

sedarkan diri. Jika hal ini terjadi beberapa minit, maka

kemungkinan besar akan rosak kekal.

3. Istirehat dan tidur yang cukup juga adalah penting

Semua makhluk yang hidup memerlukan istirehat dan tidur

setelah melakukan aktiviti seharian. Rehat dan tidur adalah

bertujuan untuk memperbaiki semua kerosakan yang terjadi

semasa tubuh melakukan aktiviti. Ketika tidur, tubuh

menggantikan sel-sel yang rosak dengan yang baru dan juga

berlakunya proses detoksifikasi organ dalaman seperti hati,

limpa, ginjal dan lain-lain. Ikut Sunnah untuk menetapkan

waktu tidur, iaitu seawal selepas Isyak supaya anak dan diri

kita boleh bangun sebelum azan Subuh. Bukannya bangun

hampir habis Subuh disebabkan menonton TV hingga lewat

malam.

Otak yang cukup rehatnya akan bekerja dengan lebih efektif

dan lebih efisien.

Page 95: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

93

ADAKAH ANDA JENIS CEPAT MARAH?

1. Adakah anda sering marah? Adakah semasa anda marah,

anda dapat merasakan tekanan darah anda meningkat?

2. Adakah kemarahan anda dalam jangka masa yang lama? jika

anak anda tumpahkan susu di meja makan ketika sarapan,

adakah anda masih mengungkit tentang hal itu apabila anda

menjemputnya dari sekolah?

3. Apabila bos ditempat kerja memberi tekanan dan membuatkan

anda marah, adakah anda terbawa-bawa kemarahan anda ke

rumah dan melepaskannya pada suami atau anak anda pada

malam itu?

4. Adakah perkara yang kecil seperti anda tidak tahu di mana

stokin anak anda berada selepas anda sediakannya malam tadi

membuatkan anda marah?

Page 96: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

94

5. Adakah anda rasa diri anda selalu dikritik? Orang yang berfikir

diri mereka selalu dikritik mungkin susah melihat perkara dalam

hidupnya sebagai positif. Jika seseorang ingin menasihatinya, dia

tidak menerimanya sebagai nasihat, tetapi baginya ia satu

kritikan. Maka jika anda rasa semua mengkritik anda, mungkin

cara pandang anda pada kehidupan mempunyai masalah.

Cuba tukar jadi positif!

6. Adakah anda membenarkan kemarahan mengawal kehidupan

anda? Bermaksud, jika anda marahkan suami, anda teruskan

dengan merajuk untuk menunjukkan anda marah. Dengan

demonstrasi seperti ini seluruh isi keluarga merasai ketegangan

dalam rumah termasuk anak anda.

7. Adakah anda marah dalam senyap dan panjang? Anda fokus

untuk membuktikan kepada seseorang bahawa anda adalah

benar hingga anda ketepikan keutamaan dalam hidup anda.

8. Adakah anda menjadi agresif dan ganas bila marah? Adakah

anda salah seorang yang akan mencederakan diri sendiri atau

membaling barangan rumah?

Jika anda menjawab ya kepada mana-mana soalan di atas, anda

mungkin mempunyai masalah dalam mengawal kemarahan

anda. Mungkin anda tidak perasan kerana anda berpegang

kepada jika marah jangan disimpan didalam, nanti meletup! Maka

keluarkanlah! Sebenarnya ada cara lain untuk meluahkan

kemarahan anda.

Saya kongsikan sedikit bagaimana menguruskan kemarahan

tanpa memberi kesan kepada orang yang kita sayang iaitu suami

dan anak-anak kita. Tidak salah untuk rasa marah asalkan kita tahu

dan belajar cara yang lebih produktif untuk menguruskan

kemarahan itu apabila ia berlaku.

Page 97: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

95

Masalah kewangan adalah punca kemarahan yang paling tinggi

direkodkan. Tekanan yang disebabkan oleh kekurangan wang

menyebabkan ianya meleret-leret dan menjadikan sekecil-kecil

perkara pun akan meletus tindakan agresif mereka.

Anda pernah mendengar “Shaken Baby Syndrom”? Ia adalah

kejadian dimana ibubapa yang sedang dalam keadaan stress,

tidak tahan dengan anak mereka yang membuat perangai, akan

menggoncang anak mereka. Selalunya bayi hingga umur kanak-

kanak 4 tahun, sangat terdedah kepada bahaya jika ibubapa

menggeram dan menggoncang anak mereka dengan kuat.

Page 98: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

96

Mungkin mereka memilih untuk mengoncang anak daripada

memukulnya kerana takut kelihataan kesan penderaan pada

anak mereka. Goncangan ini ada yang membawa maut dan ada

juga menyebabkan kecederaan otak, tengkuk dan sebagainya.

Bagaimanalah jika ibubapa yang mempunyai masalah

menguruskan kemarahan ini boleh mengajar anak? Sebelum anak

yang akan diajar itu tercedera kerana sikap cepat marah

ibubapa, baiklah kita selesaikan dahulu masalah dalaman

ibubapa ini.

Page 99: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

97

7 CARA MENANGANI KEMARAHAN

1. Ambil nafas panjang. Setiap kali anda rasa ingin marah, paksa

diri anda untuk berhenti dan bernafas panjang sebanyak 3

kali. Selalunya bila dalam keadaan marah, kita akan

mempercepatkan percakapan, mencapai sesuatu dan

akhirnya melepaskan kemarahan dengan memukul anak

kerana kadar adrenalin yang banyak dan menyebabkan

jantung juga berdegup cepat. Bernafas melalui hidung dan

hembus melalui mulut. Oksigen lebih banyak diambil kedalam

tubuh dan disampaikan ke otak. Semoga dengan latihan

pernafasan ini, anda akan mengeluarkan kata-kata dengan

berfikir dahulu sebelum mengeluarkannya...

2. Sedar bahawa tindakan ketika marah selalunya akan

disesali. Bergegas bertindak dengan respon marah hanya

akan meningkatkan konflik dan mencetuskan ketakutan dan

dendam pada anak jika ianya keterlaluan. Biarlah mereka

menyuarakan pendapat mereka dan cuba untuk memahami

kenapa mereka berbuat begitu. Kadang-kala punca marah

disebabkan kita tidak tahu apa dalam fikiran mereka dan apa

yang mereka cuba lakukan. Mungkin ada kesalahfahaman

yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan penjelasan.

3. Kadang-kala, apa yang anda perlukan adalah keluar dari

tempat yang 'akan meletup' itu. Luahkan pada anak anda

bahawa anda sudah tidak tahan dengan mereka. Kemudian

keluar. Mereka akan terdiam dan tidak tahu untuk berbuat

apa. Dalam 5-10 minit masuk semula.

4. Cuba ingat kembali bagaimana anda boleh rasa marah. Siapa

yang menjadi punca? Adakah anda dimarahi ditempat kerja

Page 100: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

98

dan rasa tertekan dan mahu meletuskannya pada anak?

Atau anda bergaduh dengan sesiapa? Jika anda dapat

jawapannya, mungkin anda akan mula sedar anda berlaku

tidak adil pada anak dengan melepaskan geram pada

mereka.

5. Berbual dengan rakan anda didalam talian, atau cuba layari

facebook, layan whatssapp atau apa sahaja yang akan

melekakan anda. Kemarahan anda akan mulai reda. Anda

juga boleh bertanya kepada mereka mengenai masalah

anak yang menyebabkan anda marah. Membaca komen

dan cadangan orang lain mungkin dapat membantu anda

menyelesaikan masalah anda.

6. Cuba tuliskan punca kemarahan anda itu diatas kertas dan

kemudian keronyokkan ia dan buang ke dalam tong sampah.

Aksi ini dapat membuatkan kita membuang rasa marah dan

menggunakan fikiran kita untuk berfikir bagaimana hendak

menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

7. Bercakap dengan diri sendiri. Beritahu pada diri anda yang

anda adalah seorang ibu yang bijak. "Aku adalah ibu yang

bijak".."Anak aku juga adalah anak yang bijak". Hanya orang

yang tiada jalan penyelesaian sahaja yang akan terus marah

marah. Setiap masalah ada penyelesaiannya.

8. Ketika marah, darah akan mengepam laju. Jika anda

mempunyai tekanan darah tinggi, mungkin tekanan darah

anda akan naik. Cuba untuk lakukan sesuatu yang

membolehkan tekanan darah itu turun. Contohnya anda

masuk ke tandas dan membasuh tandas dengan cepat, atau

anda masuk ke bilik dan kemas bilik dengan cepat.

Pergerakan cepat memerlukan anda fokus kepada apa yang

hendak dibuat contohnya ambil sabun dan gosok lantai

Page 101: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

99

daripada memikirkan kemarahan anda dan

membuatkannya semakin meluap.

9. Akhir sekali jika ia benar-benar tidak dapat dibendung.

Mandilah, dan kemudian berwuduk. Anda akan rasa segar

kerana air itu benar-benar menyejukkan tubuh dan perasaan

anda.

Page 102: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

100

KANAK-KANAK MENGAMUK

Kanak-kanak yang suka marah dan mengamuk memang satu

masalah yang memeningnkan bagi ibubapa. Selalunya ibubapa

akan bertindak seperti ‘boss’ maka mereka sahajalah yang

menang dengan memarahi balik atau memukul anak itu. Tetapi

adakah ianya selesai dengan begitu sahaja? Kita akan rasa teruk

bila kita memarahi mereka hanya berpunca dari perkara kecil.

Contohnya mereka marah kerana tidak boleh mengikat tali kasut.

Sebenarnya ia timbul dari perasaan mereka yang ingin

menyelesaikannya, tetapi tidak dapat diselesaikan yang

menyebabkan mereka marah. Ini lebih baik daripada kanak-kanak

yang jenis cepat menyerah kalah dan tidak kisah jika mereka tidak

dapat menyelesaikannya. Bersyukurlah kerana mereka

mempunyai perasaan itu.

Perkara pertama yang kita perlu buat adalah berfikir bahawa

mereka juga mempunyai perasaan. Mereka juga ada sebab untuk

marah. Masalahnya, seperti sebahagian orang dewasa juga,

mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kemarahan itu.

Page 103: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

101

Masalah ini juga disebabkan cara kita hanya memberi perhatian

kepada kesalahan dan tidak kisah langsung jika mereka

melakukan sesuatu yang baik.

Contohnya.. Setiap kali mereka melakukan kebaikkan kita seperti

biarkannya berlalu tanpa pengukuhan. Tunjukkan bahawa anda

memberi perhatian kepada perkara yang baik apabila mereka

melakukannya. Contohnya,

“Alhamdulillah anak mama pandainya kemas barang mainan

masuk dalam kotak bila dah habis main!. Senang hati mama

tengok rumah kita kemas”

“Alhamdulillah mama tahu adik nak cakap dengan mama, tapi

tadi ada orang telefon mama, adik sabar tunggu mama habis

cakap baru adik bercakap. Bagusnya anak mama ni. Penyabar

orangnya! Apa anak mama nak cakap tadi?”

“Alhamdulillah anak mama ni anak yang baikla. Bila mama kata

jom kita belajar mengaji, terus je datang. Tak tunggu2. Tau tak di

luar sana ramai yang tak suka belajar. Anak mama suka belajar.

Syukur ya Allah.”

Kanak-kanak sukakan perhatian. Mereka cuba mendapatkan

perhatian samada dengan membuat kesalahan supaya anda

boleh menegur kesalahan mereka atau membuat kebaikkan

supaya anda boleh memuji mereka. Pilihlah mereka berebut untuk

mendapatkan perhatian kita dengan melakukan apa yang kita

suka. Ini boleh digalakkan dengan sentiasa memuji perkara baik

yang mereka lakukan. Ini akan membuatkan mereka sentiasa

ingat bila belajar akan mendapat perhatian yang istimewa. Maka,

mudah untuk menyuruh mereka belajar.

Page 104: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

102

Jangan lupa ikuti kata-kata diatas dengan sebuah pelukkan

istimewa anda. Ini akan menambahkan ingatan dan menyentuh

emosi mereka kepada perkara baik yang mendapat perhatian

anda itu.

Kemarahan kanak-kanak juga boleh disebabkan oleh perkara lain

iaitu mungkin kerana mereka malu, kesunyian, cemburu dan lain-

lain sebab. Adalah lebih baik jika kita menyelesaikannya dengan

fikiran terbuka. Bertanya kepada mereka secara terus apa yang

menyebabkan mereka marah dari terus menggunakan kuasa veto

iaitu terus memarahi mereka balik.

Jangan lupa untuk ajar anak anda dari usia yang sangat muda

bagaimana untuk mengendalikan kemarahannya dan mereka

akan lebih bersedia untuk mengharungi masa depan dengan lebih

bijak.

Page 105: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

103

Sikap Ibubapa Dalam Meletakkan Had

Perlu diingat bahawa ada sebahagian marah anak atau marah

kita ini yang tidak boleh diselesaikan dengan cara ini. Ianya tidak

bersangkut paut dengan masalah yang dibincangkan seperti

diatas. Ia lebih kepada sikap ibubapa yang tidak meletakkan apa

yang boleh dan apa yang tidak boleh. Ini menyebabkan anak

yang tahu tentang had mereka.

Ibubapa perlu ada undang-undang kecil dirumah yang dibincang

bersama dengan anak ketika waktu tenang. Terangkan kenapa

perlu adanya undang-undang itu dan dapatkan persetujuan

mereka. Juga, bincang hukuman yang akan mereka terima

sekiranya mereka melanggar undang-undang itu ketika

perbincangan dan bukan ketika marah sudah meletup!.

Yang menjadi kesalahan adalah ibubapa tidak berbincang

dengan anak. Mereka hanya memberi arahan dan mahu

anak ikut tunduk tanpa ada sesi perbincangan kenapa perlu

belajar al Quran dan sebagainya.

Yang menjadi kesalahan adalah undang-undang tersebut

dimaklumkan ketika marah ibu meletup. Dimana ianya

dimaklumkan dalam leteran mereka.

Yang menjadi kesalahan adalah tidak melakukan hukuman

yang telah dipersetujui bila undang-undang atau ketetapan

yang telah ditetapkan, dilanggar oleh anak.

Yang menjadi kesalahan, kita pula tidak melakukannya

dengan konsisten. Contohnya, hari ini kita marah mereka

tidak mengaji, esok oleh kerana tidak berkesempatan, tiada

sesi pembelajaran. Sekejap ada, sekejap tiada seperti ini

menyebabkan sesuatu perkara sukar untuk menjadi rutin.

Page 106: Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak yang memberi …member.islamicparentingnetwork.net/wp/wp-content/uploads/2014/10/... · Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan ... apa yang

104

Penutup

Sebenarnya apa yang ada diebook ini cuma asas sahaja. Dunia

kanak-kanak adalah mudah tetapi sukar jika kita menutup minda

kita untuk memahami mereka. Cara mengaplikasikan apa yang

dikongsikan dalam ebook ini terpulang kepada ibubapa untuk

mengolahnya dan menjadikannya lebih kreatif. InsyaAllah sama-

sama kita menjadikan anak kita sukakan ilmu hingga dia kelak

menjadi tempat rujukan ramai orang kerana ilmunya. Bermulalah

awal dan insyaAllah mereka akan jadi lebih yakin dengan potensi

dan kebolehan diri mereka sendiri.

Saya doakan semoga kita semua dikuatkan semangat dan

dipermudahkan Allah dalam usaha mendidik anak kita

mempelajari, membaca dan menghafal kalamNya dan ilmuNya

yang lain, yang umpama lautan yang tidak bertepi ini. Semoga kita

dan anak-anak kita berjaya didunia dan diakhirat nanti. Amiin

Semoga berjaya!

Lina Karim

[email protected]

www.islamicparentingnetwork.net