24
Suara IABCGH Bil. 1/2017 1 Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti MENARIK KELUARAN INI >>>>> ms. 1 JAN-“Bukti Komitmen Seorang Pemimpin” DR. ZAINAL AALAM PENGARAH IAB ms.14 Bilangan 1/2017 ms.18 Majlis Perasmian NPQEL Ambilan 1/2017 Program Transformasi Sekolah TS25 DIALOG BERSAMA PENGARAH: BUKTI KOMITMEN SEORANG PEMIMPIN 9 JAN – Tirai IAB Cawangan Genting Highlands 2017 dimulakan dengan lawatan Pengarah IAB, Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan. Kehadiran beliau adalah untuk memenuhi jemputan bagi menjayakan program Siri Dialog bersama Pengarah khusus untuk warga IABCGH. Sebelum ini, pengarah telahpun berada di beberapa lokasi cawangan-cawangan IAB yang lain. Antara tujuan Siri Dialog bersama Pengarah ini adalah untuk mendapatkan input, daripada warga IAB untuk tujuan penambahbaikan dan memastikan kewujudan IAB terus relevan. Sepanjang sesi dialog hampir tiga jam ini, banyak perkongsian idea dan hasrat berlangsung secara interaktif. Sesungguhnya kehadiran pengarah dalam merealisasikan sesi dialog ini benar- benar membuktikan komitmen beliau ingin melihat IAB sebagai sebuah pusat latihan kepimpinan pendidikan yang terus cemerlang.

SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�1

Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti

MENARIK KELUARAN INI >>>>>

ms. 1 JAN-“Bukti Komitmen Seorang Pemimpin”

DR. ZAINAL AALAM

PENGARAH IAB

ms.14

Bilangan 1/2017

ms.18

Majlis Perasmian NPQEL Ambilan 1/2017

Program Transformasi Sekolah TS25

DIALOG BERSAMA PENGARAH:

BUKTI KOMITMEN SEORANG PEMIMPIN

9 JAN – Tirai IAB Cawangan Genting Highlands 2017 dimulakan dengan lawatan Pengarah IAB, Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan. Kehadiran beliau adalah untuk memenuhi jemputan bagi menjayakan program Siri Dialog bersama Pengarah khusus untuk warga IABCGH. Sebelum ini, pengarah telahpun berada di beberapa lokasi cawangan-cawangan IAB yang lain.

Antara tujuan Siri Dialog bersama Pengarah ini adalah untuk mendapatkan input, daripada warga IAB untuk tujuan penambahba ikan dan memast i kan kewujudan IAB terus relevan. Sepanjang sesi dialog hampir tiga jam ini, banyak perkongsian idea dan hasrat berlangsung secara interaktif.

Sesungguhnya kehadiran pengarah dalam merealisasikan sesi dialog ini benar-benar membuktikan komitmen beliau ingin melihat IAB sebagai sebuah pusat latihan kepimpinan pendidikan yang terus cemerlang.

Page 2: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

Ringkasan berita

�2

Sidang Pengarang

Penaung Dr. Tn. Hj. Abd Razak bin Manaf Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands

Penasihat Dr. Faridah binti Yakob Timbalan Pengarah Cawangan Genting Highlands

Penyelaras/Ketua Editor Aziah binti Samichan

Editor Meriam binti Allias

Penulis Aziah binti Samichan Meriam binti Allias Rosnani binti Kaman, PhD. Siti IIyana binti Mohd Yusof Dr. Akma binti Hj. Abd. Hamid Noor Baizura binti Harun Sa’adiah binti Shuib Siti Monazairin binti Jelani Muhammad Khalil bin Yahaya

Pereka Grafik JPD Graphic & Design

Diterbitkan Oleh Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highands

Lawatan & Kunjungan

20 - 22 Februari, Kunjungan Hormat ATM. ms : 4 03 Mac, Lawatan JPPPEP ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. ms : 414 Februari, Lawatan Kerja JPHK ke SMK Cheras. ms : 5 25 - 26 Mac, Program Jelajah KPM

Terengganu. ms : 6

Program CPD / Trainer on Train (ToT)

8-10 Mac, Bengkel ToT Leadership Course for Middle Leaders (LCML). ms : 9

22 Mac, Bengkel Pemantapan Ketua Jabatan (Adab Berorganisasi). ms : 106 April , ToT Modul Fasa 2 NPQEL Ambilan 1/2017. ms : 1111 April, Bengkel ToT Psynnova i-BMT (IAB). ms : 12

13 April, Bengkel Asas Penerbitan. ms : 13

Program Pengurusan & Staf IABCGH

16 Januari, Watikah Penstrukturan Semula Jabatan. ms : 723-26 Januari,Program Retreat untuk Ketua-ketua Jabatan IABCGH. ms : 727 Februari, Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pengarah IABCGH. ms : 824-25 Januari, Bengkel Persediaan Pentaksiran Certified Trainer. ms : 9

Page 3: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�3

Terbitan Terbaharu

Ulasan Buku

Staf Ikhtisas DAPATKAN buku-buku ini di PIGEON

HOLE ANDA !!!!

Segalanya … NPQEL

6 Februari, Majlis Perasmian NPQEL Ambilan 1/2017. ms : 148 Februari, Majlis Perkongsian Ilmu NPQEL. ms : 1520 Februari, Taklimat Penandaarasan NPQEL Ambilan 1/2017. ms : 16

Program-program Khas-IABCGH

QRT - Program Outreach Media IAB dan Hari Terbuka PPDKBB 2017 (12-13 Februari). ms : 16

T S 2 5 - Program Transformasi Sekolah, Perjumpaan Rakan ELIT Program PST KPM IABCGH bersama Pengarah (21 Februari). ms : 18

PIN - Pelancaran Program PIN 2017 (9 Mac) . ms : 19

B A K I B - Mesyuarat AGUNG BAKIB Sesi 2017/18 (31 Januari). ms : 19

P U S P A N I T A - Mesyuarat Pemi l ihan AJK PUSPANITA IABCGH Sesi 2017/18 (20 Januari). ms : 20

LATIHAN SANA SINI

Program Pembangunan Pendidikan Daerah Seri Aman dan Lubok Antu 2017 (3 - 7 April). ms : 21 Program Team Building IABCGH. (18 April). ms : 22

ms : 23

Page 4: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�4

KUNJUNG HORMAT : ANGKATAN TENTERA

MALAYSIA, KPM

20 – 22 Februari- IABCGH amat berbesar hati kerana menerima kunjung hormat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kementerian Pertahanan Malaysia dan United States Pacific Command, Amerika Syarikat (US) sempena program Subject Matter Exchange 2017. Seramai 50 anggota tentera Malaysia dan US terlibat dalam program tersebut.

Dalam kunjung hormat ini, IABCGH telah mener ima su ra t penghargaan dan cenderamata sebagai tanda terima kasih dalam menjayakan program tersebut.

LAWATAN KERJA KE SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN

KASIH

3 Mac: Lawatan Kerja ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) oleh Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan diadakan bagi melihat pengurusan pendidikan kanak-kanak gelandangan di kawasan Chow Kit. Seramai 7 pensyarah yang diketuai oleh En. Abidin bin Mohamad telah menyertai lawatan kerja ini.

S B J K d i w u j u d k a n a t a s i n i s i a t i f Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi akses pendidikan dan sinar kepada anak-anak gelandangan, anak-anak terbiar dan bermasalah yang berumur antara 4 ke 19 tahun di sekitar ibu kota. Kewujudan sekolah berasrama ini memberi sinar harapan kepada kanak-kanak ge landangan un tuk mendapat pendid ikan yang lebih sempurna bag i mengubah masa hadapan mereka.

LAWATAN & KUNJUNGAN

Page 5: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�5

LAWATAN KERJA KE SMK CHERAS, KUALA

LUMPUR.

14 Februari – Pensyarah-pensyarah

Jabatan Pengurusan HEM dan

Kaunseling yang diketuai oleh Dr.

Akma binti Haji Abdul Hamid telah

mengadakan lawatan kerja ke

S.M.K Cheras, Jalan Yaacob Latif,

Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kami diberi taklimat berkaitan

dengan program-program yang

telah dilaksanakan di sekolah serta

i-taklimat tentang perkhidmatan

asas kaunseling dan perkhidmatan

kaunse l i ng be r fokus . Ka j i an

keperluan dan kajian tindakan turut

dilaksanakan bagi mengurangkan

masalah disiplin terutamanya kes

ponteng dalam kalangan murid.

Sistem Dashboard e-Kaunselor

(DeKS) te lah d i r eka un tuk

menyusun dan memusatkan

kerja GBKSM sekolah. Sistem e-

K a u n s e l o r ( D e K S ) i n i

m e n g g a b u n g k a n p e l b a g a i

perkhidmatan secara atas talian

yang boleh diakses oleh guru,

murid-murid, pihak pentadbir

dan juga ibu bapa serta pihak

luar.

Banyak maklumat terkini dalam

sistem dashboard e-Kaunselor

yang mempercepatkan proses

pe lapo ran dan memban tu

menyelesaikan masalah Guru

Bimbingan Kaunseling Sepenuh

Masa(GBKSM) yang sebelum ini

menjadi isu dalam kalangan

GBKSM.

LAWATAN KERJA KE SMK CHERAS, KUALA LUMPUR.

LAWATAN KERJA KE SMK CHERAS, KUALA LUMPUR.

LAWATAN KERJA KE SMK CHERAS, KUALA LUMPUR.

Page 6: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�6

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN KPM

25 – 26 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Program Jelajah Pendidikan KPM yang merupakan salah satu aktiviti tahunan KPM ke seluruh negara untuk berkongsi maklumat tentang fungsi utama bahagian-bahagian di KPM di samping bertemu warga pendidik, pelajar, dan orang ramai.

Program ini berlangsung di perkarangan Mydin Mall, Kuala Terengganu dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, dan merupakan penjelajahan yang ke-2 selepas Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 24 –25 Feb 2017.

Pelbagai aktiviti dalam program ini telah menarik minat pengunjung seperti pameran dan showcase agensi-agensi pendidikan, persembahan murid, guru, dan ibu bapa, pertandingan karaoke murid-murid sekolah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak prasekolah dan tadika swasta, sudut khidmat nasihat, dan sudut informasi.

Perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan

Page 7: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�7

WATIKAH PENSTRUKTURAN SEMULA JABATAN

16 Januari - Pihak Pengurusan Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, dalam usaha memantapkan pentadbiran dan pengurusan organisasi telah melaksanakan penstrukturan semula barisan pihak pengurusan yang baharu. Oleh itu, satu majlis penyerahan w a t i k a h t e l a h d i a d a k a n d e n g a n disempurnakan oleh Tuan Pengarah IABCGH.

RETREAT KETUA-KETUA JABATAN IAB CAWANGAN GENTING

HIGHLANDS

23-26 JAN – Bertempat di IAB Cawangan Utara, satu program khas iaitu retreat untuk ketua-ketua jabatan IABCGH telah diadakan dengan jayanya. Semua ketua jabatan dan ketua unit terlibat dengan retreat ini s e b a g a i s a t u p l a t f o r m u n t u k menjayakan misi dan visi IAB.

Pelbagai pengisian telah dirancang termasuklah yang paling utama iaitu berkaitan Pengurusan dan Pentadbiran IABCGH 2017.

PROGRAM PENGURUSAN & STAF IABCGH

Pihak Pengurusan Tertinggi IABCGH amat berharap agar retreat ini akan menambahkan lagi kejelekitan antara semua peserta yang terlibat khususnya ketua jabatan yang baharu dilantik. Rata-rata ketua-ketua jabatan yang terlibat dengan program ini mengakui bahawa program ini sangat baik kerana dapat membantu mereka dalam melaksanakan bidang tugas masing-masing.

Page 8: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�8

PERHIMPUNAN BULANAN DAN

AMANAT PENGARAH IABCGH

27 Februari - Perhimpunan bulanan bagi Februari 2017 dihadiri oleh Timbalan Pengarah IABCGH. Beliau telah mewakili Pengarah IABCGH menyampaikan amanat p e n g a r a h . B e l i a u m e n g h u b u n g k a i t k a n s l o g a n “Menjana Pemimpin Sekolah Masa Hadapan” dengan peserta NPQEL yang perlu dibekalkan dengan aspek pengurusan dan kepimpinan pendidikan terkini oleh pensyarah.

Beliau juga menyatakan bahawa IAB perlu menyediakan pemimpin berprestasi tinggi seperti yang termaktub dalam Anjakan ke-5, PPPM. Bel iau menyarankan supaya pensyarah yang belum ditauliahkan Sijil Certified Trainer m e m b e r i f o k u s u n t u k mendapatkannya.

Beliau juga mahu pensyarah IABCGH menjadikan penyelidikan sebagai satu amalan bekerja, perlu sensitif terhadap perubahan sekeliling yang melibatkan perubahan sikap dan kualiti kerja agar lebih strategik dan sentiasa berusaha meningkatkan imej jabatan dalam menjadikan organisasi berprestasi tinggi. Beliau turut m e m b e r i p e r i n g a t a n t e n t a n g penggunaan i-Gerak dan HRMIS.

Beliau memaklumkan tentang dua program besar yang akan dilaksanakan di IABCGH iaitu Hari Bersama Pelanggan dan ANTRIEP. Akhir kata, beliau menyeru warga IABCGH bersama-sama dalam menjayakan visi dan misi IAB dan bercakap dalam satu suara yang sama. Dalam perhimpunan ini juga, 2 orang staf baharu telah diperkenalkan dan surat pelantikan ketua jabatan baharu telah diserahkan.

Page 9: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�9

BENGKEL PERSEDIAAN PENTAKSIRAN CERTIFIED

TRAINER 24 – 25 Januari – Bengkel Persediaan

Pentaksiran Certified Trainer diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah yang sudah mencukupi jam mengajar dan boleh ditaksir sebagai Certified Trainer. Bengkel ini adalah anjuran Jabatan Penilaian dan Pentaksiran Pemimpin Pendidikan IABCGH Seramai 30 pensyarah te lah dipi l ih untuk menghadiri bengkel ini dan mereka didedahkan dengan pengisian tentang hala tuju Certified Trainer, haluan profesional bidang training dan coaching, perkaitan antara Premier Centre dan Master Trainer, penskoran keseluruhan tahap kompetensi trainer, penggunaan LAMDA dalam PdPc, dan lima (5) domain dalam pentaksiran Master Trainer. Bengkel ini telah memberi manfaat kepada para pensyarah yang perlu memohon dan sudah bersedia untuk pentaksiran Certified Trainer di IABCGH.

TOT LEADERSHIP COURSE

FOR MIDDLE LEADERS

8-10 MAC- Satu bengkel berkaitan TOT Leadership Course For Middle Leaders (LCML) telah diadakan di IABCGH khas untuk para pensyarah yang terpilih untuk menjayakan program ini nanti.

PROGRAM CPD / TOT

Kursus LCML ini mensasarkan kepada kumpulan pemimpin pertengahan seperti ketua bidang dan ketua panitia.

Kursus ini telah dirintis pada tahun 2 0 1 6 d a n a k a n m e m u l a k a n pelaksanaan modul ini pada tahun 2017. Sebanyak dua kursus LCML akan diadakan di IABCGH.

Page 10: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�10

BENGKEL PEMANTAPAN KETUA JABATAN (ADAB BERORGANISASI)

22 Mac 2017 – Bengkel Pemantapan Ketua Jabatan (Adab Berorganisasi) anjuran Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling (JPHEMK) telah diadakan di Bilik Antarabangsa bermula jam 8.30 – 11.30 pagi. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Mohd. Dawi Bin Ithnin yang dibantu oleh Dr. Akma Bt Abd. Hamid. Sasaran peserta ialah ketua-ketua jabatan di IABCGH. Objektif bengkel ini adalah bagi memantapkan profisiensi ketua jabatan, menerapkan elemen-elemen kemahiran kemanusiaan dalam membentuk hubungan antara individu di samping mewujudkan suasana yang harmonis dalam organisasi. Antara pengisian bengkel peserta dikehendaki menjalani self audit yang bertujuan untuk mengenalpasti dimanakah kita, apakah yang akan kita hasilkan dalam menjalankan tugasan dan apakah sumbangan yang telah diberikan kepada organisasi. Pengenalpastian temperament individu juga telah dijalankan melalui instrumen The Keirsey Temperament Sorter, dan tujuannya adalah untuk mengenalpasti aspek-aspek yang boleh membantu diri sendiri mempengaruhi orang lain dan bertindak balas dengan situasi yang melibatkan orang lain dalam sesebuah organisasi.

Page 11: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�11

ToT MODUL FASA 2 NPQEL AMBILAN 1/2017

6 April – ToT Modul Fasa 2 NPQEL Ambilan 1/2017 telah diadakan bermula 4 – 6 April 2017 di bilik L315, Blok Latihan. Seramai 24 Pensyarah Kanan telah menghadiri sesi ToT Modul 3, 5 dan 6 sebagai latihan persediaan untuk Kemasukan Fasa 2 NPQEL pada 17 – 28 April 2017.

Sub-sub modul bagi tiga modul itu telah dikongsi bersama oleh 10 Pensyarah Kanan yang juga terl ibat dalam penggubalan modul berkenaan. Selama tiga hari, sesi perkongsian ilmu dimuatkan dengan percambahan fikiran, penambahbaikan dan cadangan aktiviti yang boleh digunakan semasa latihan.

ToT Modul NPQEL yang diadakan setiap kali sebelum kemasukan fasa bersemuka dengan peserta bertujuan untuk memberi peluang kepada pensyarah kanan untuk menambahbaik pengetahuan dan mengasah kemahiran mereka.

Selain itu, ia juga data member kebebasan untuk mereka memilih dan mendalami mana-mana modul yang dirasakan sesuai dengan jiwa dan kebolehan sendiri.

Sesi ToT dilaksanakan dengan jayanya, apatah lagi dengan keberadaan Tuan Pengarah IABCGH yang tidak ketinggalan untuk bersama dan meninjau perjalanan sesi. ToT Modul Asas, 1, 2 dan Modul 4 Fasa 1 NPQEL Ambilan 1/2017 juga telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 – 12 Januari 2017.

Page 12: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�12

BENGKEL TOT PSYNNOVA i-BMT (IAB)

11 A p r i l - B e n g k e l To T PSYNNOVA i-BMT (IAB) telah diadakan di Bilik L315 IABCGH. Bengkel ini telah dilaksanakan oleh Dr. Akma Binti Abd. Hamid dan En. Mohd Dawi Bin Ithnin. Seramai 21 peserta yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan pensyarah kanan dar ipada IAB Enstek dan IABCGH te lah menghadi r i bengkel ini. Matlamat bengkel ini adalah untuk meningkatkan kompetensi pensyarah kanan dalam melaksanakan kursus PSYNNOVA i-BMT (IAB) dengan lebih berkesan agar

d a p a t m e m b a n g u n k a n pemimpin sekolah dan pegawai di KPM yang berprestasi rendah. TOT ini juga diharap dapat m e m b e r i i n p u t k e p a d a pensyarah dalam melahirkan modal insan yang berupaya memangkin kemajuan dan kejayaan organisasi untuk mencapai mat lamat yang

Page 13: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�13

BENGKEL ASAS PENERBITAN 2017

13 April – Bengkel Asas Penerbitan untuk Ketua-ketua Jabatan IABCGH diadakan di Bilik Mesyuarat M424, IABCGH. Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah Encik Abdul Razak bin Abdul Rahim dari IAB Enstek. Seramai 15 peserta telah menghadiri bengkel ini dan para peserta telah didedahkan kepada pengenalan kepada asas penerbitan, spesifikasi penerbitan, dan penentuan harga buku. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang prosedur penerbitan IAB. Bengkel ini juga merupakan pendedahan yang baik tentang proses penerbitan terutamanya di IAB dan sekiranya ingin memulakan penulisan manuskrip di peringkat jabatan masing-masing. Bengkel ini adalah anjuran Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi, IABCGH.

Page 14: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�14

MAJLIS PERASMIAN NPQEL AMBILAN 1/2017 6 Februari – IABCGH menerima kemasukan 261 peserta NPQEL Ambilan 1/2017 bagi tempoh 6 Februari – 22 Julai 2017. Dalam majlis ini, Dr. Faridah binti Yakob, Timbalan Pengarah IABCGH dalam ucapannya mengucapkan tahniah kerana mereka berjaya diterima walaupun saringan amat ketat dan memenuhi kompetensi yang berprestasi tinggi.

Beliau meminta semua peserta s u p a y a d a p a t b e r k o n g s i pengetahuan dan pengalaman masing-masing d i semua negeri yang berbeza dan menyeru agar i lmu yang diperolehi dapat diaplikasikan di sekolah masing-masing. Beliau juga mengharapkan supaya peserta NPQEL dapat menjad i agen perubahan pendidikan kebangsaan dan mengeka l kan momen tum kegig ihan dan ketekunan mereka dalam menimba ilmu.

SEGALANYA … NPQEL

Page 15: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�15

MAJLIS PERKONGSIAN ILMU PESERTA NPQEL AMBILAN 1/2017 Oleh: Siti Monazairin binti Jelani

8 Februari – Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP) telah menganjurkan empat siri Majlis Perkongsian Ilmu sebagai satu wadah perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang pendidikan bersama-sama peserta NPQEL Ambilan 1/2017. Tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada mantan peserta NPQEL yang telah menjawat jawatan sebagai pengetua dan juga pengetua yang berwibawa dalam menerajui sekolah. Tema yang dipilih sebagai topik perkongsian adalah Pengurusan Risiko: Mendepani Cabaran Sebagai Pemimpin Pendidikan. Majlis ini diadakan pada sebelah malam, jam 8.30 hingga 10.30 malam. Tokoh-tokoh yang telah berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam majlis ini ialah En. Zulkernai bin Fauzi, Pengetua Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur pada 8 Februari 2017; Tn. Haji Roslin b. Balia, Pengetua Sekolah Sukan Negeri SMK Za’ba, Negeri Sembilan pada 23 Februari 2017; En. Mahadhir bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan, Kedah (mantan Pengetua SMK Pokok Sena) pada 20 April 2017 dan Tuan Haji Omar b. Salleh, Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Selangor pada 26 April 2017. Dengan perkongsian ini diharapkan peserta NPQEL mendapat pendedahan tentang pelbagai risiko yang perlu dihadapi apabila mereka menjawat jawatan sebagai pengetua/guru besar serta mampu mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan di sekolah nanti.

MAJLIS PERKONGSIAN ILMU PESERTA NPQEL AMBILAN 1/2017 Oleh: Siti Monazairin binti Jelani

8 Februari – Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP) telah menganjurkan empat siri Majlis Perkongsian Ilmu sebagai satu wadah perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang pendidikan bersama-sama peserta NPQEL Ambilan 1/2017. Tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada mantan peserta NPQEL yang telah menjawat jawatan sebagai pengetua dan juga pengetua yang berwibawa dalam menerajui sekolah. Tema yang dipilih sebagai topik perkongsian adalah Pengurusan Risiko: Mendepani Cabaran Sebagai Pemimpin Pendidikan. Majlis ini diadakan pada sebelah malam, jam 8.30 hingga 10.30 malam. Tokoh-tokoh yang telah berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam majlis ini ialah En. Zulkernai bin Fauzi, Pengetua Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur pada 8 Februari 2017; Tn. Haji Roslin b. Balia, Pengetua Sekolah Sukan Negeri SMK Za’ba, Negeri Sembilan pada 23 Februari 2017; En. Mahadhir bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan, Kedah (mantan Pengetua SMK Pokok Sena) pada 20 April 2017 dan Tuan Haji Omar b. Salleh, Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Selangor pada 26 April 2017. Dengan perkongsian ini diharapkan peserta NPQEL mendapat pendedahan tentang pelbagai risiko yang perlu dihadapi apabila mereka menjawat jawatan sebagai pengetua/guru besar serta mampu mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan di sekolah nanti.

Page 16: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�16

TAKLIMAT PENANDAARASAN NPQEL AMBILAN 1/2017

20 Februari - Pada tarikh ini, seramai 261 peserta NPQEL Ambilan 1/2017 telah mengikuti sesi taklimat penandaarasan NPQEL bersama pengurus dan penyelia. Sesi taklimat penandaarasan NPQEL yang diadakan ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan maklumat yang jelas kepada semua peserta. Taklimat ini telah dijalankan di Auditorium Dato Razali Ismail dan telah ditaklimatkan oleh Encik Abidin bin Mohamad selaku ketua jabatan dan Puan Siti Monazairin binti Jelani. Semua peserta memberi perhatian kepada taklimat yang diberikan dan mereka diingatkan agar mematuhi prosedur dan tatacara penulisan laporan penandaarasan.

TAKLIMAT PENANDAARASAN NPQEL AMBILAN 1/2017 20 Februari - Pada tarikh ini seramai 261 peserta NPQEL ambilan 1/2017 telah mengikuti sesi taklimat penandaarasan NPQEL bersama pengurus dan penyelia. Sesi taklimat penandaarasan NPQEL yang diadakan ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan maklumat yang jelas kepada semua peserta. Taklimat ini telah dijalankan di Dewan Auditorium Dato Razali Ismail dan telah di taklimatkan oleh Encik Abidin bin Mohamad selaku Ketua Jabatan dan Puan Siti Monazairin binti Jelani. Semua peserta memberi perhatian kepada taklimat yang diberikan dan mereka diingatkan agar mematuhi prosedur dan tatacara penulisan laporan penandaarasan.

QRTCoM

PROGRAM-PROGRAM KHAS IABCGH

Page 17: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�17

PROGRAM OUTREACH MEDIA IAB DAN HARI TERBUKA

PPDKBB 2017

12 – 13 Februari – Program Outreach Media IAB dan Hari Terbuka PPDKBB 2017 telah diadakan di Dataran Transformasi, Pejabat Pendidkan Daerah Kulim Bandar Baharu. Program ini adalah kerjasama antara IAB dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu. Tema untuk program ini adalah “IAB & PPDKBB: Sederap Memacu Transformasi Pend id ikan” . Pe lbaga i ak t i v i t i te lah berlangsung sepanjang program ini iaitu pameran, gerai jualan, pertandingan nyanyian, persembahan pelajar, forum perdana, bicara profesional, dan semakan buku perkhidmatan kerajaan. Majlis perasmian pembukaan program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hj. Zainal Aalam bin Hassan, Pengarah IAB. Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada golongan pendidik, pelajar sekolah, dan warga setempat.

Page 18: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�18

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) KPM

21 Februari – Satu perjumpaan bagi menyelaras Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) KPM di IABCGH telah diadakan di War Room, Blok Latihan. Sesi dipengerusikan oleh Dr.Tuan Haji Abdul Razak bin Manaf, Pengarah IABCGH dan dihadiri oleh 7 Rakan ELIT IABCGH dan Pensyarah Jabatan Konsultasi, Mentoring dan Coaching selaku penyelaras program TS25. Pencerahan bagi pengisian program TS25 dimulakan dengan menjelaskan inti pati kandungan Modul 1 – 5 program ini dan pihak yang bertanggungjawab menggubal modul-modul berkenaan.

Perbincangan turut berkisar pada maklumat terkini TS25, pergerakan pensyarah dan hal-hal logistik seperti tuntutan perjalanan.

Untuk makluman, Program Transformasi Sekolah TS25 ini dijalankan secara serentak di 6 zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Tiga latihan ToT Modul TS25 Kohort 2.0 untuk Rakan ELIT IAB dan IPG diadakan bagi memantapkan penyampaian Modul 1 – 5, iaitu pada bulan Mac, Mei, dan Julai bertempat di IAB Bandar Enstek.

Latihan Modul 1 – 5 kepada Rakan ELIT SIP+, SISC+ dan SLT (PGB dan PK1) bagi Zon Timur diadakan antara Mac – Oktober, diselangi dengan 3 Lawatan Bimbingan. Bimbingan program akan dijalankan selama 3 tahun bagi setiap kohort bagi memastikan sekolah dapat membuat transformasi seiring peredaran zaman.

TS25

Page 19: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�19

PELANCARAN PROGRAM PIN

Tahniah kepada semua yang menjayakan Majlis Pelancaran Program Pin 2017 di bilik Persidangan Antarabangsa IABCGH pada 9 Mac 2017. Terima kasih kepada Timbalan Pengarah IABCGH, Dr. Faridah bt Yakob (mewakili Pengarah IABCGH) yang telah merasmikan pelancaran Program Pin 2017. Kepada semua peserta, mentor, mentor pelapis, dan urusetia diucapkan terima kasih atas sokongan anda.

MESYUARAT AGUNG BAKIB SESI 2015/2016

31 Januari – Pada tarikh ini, satu perjumpaan besar-besaran bagi ahli-ahli BAKIB IAB Cawangan Genting Highlands telah berlangsung. Mesyuarat Agung BAKIB telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Suliman bin Melan selaku menjalankan tugas Naib Yang Dipertua/Pengerusi. Mesyuarat ini berjaya menarik ahli-ahli untuk sama-sama membincangkan beberapa agenda mesyuarat. Puan Aziah binti Samichan telah membentang dan menerima Laporan Tahunan BAKIB sepanjang 2015-2016 kepada semua ahli. Majlis diteruskan dengan pembentangan Laporan Kewangan BAKIB oleh Puan Mariani binti Rahim, Ahli-ahli telah membahaskan beberapa usul dan perkara berbangkit. Majlis diserikan lagi dengan adanya majlis penyampaian sijil dan cenderamata kepada ahli-ahli yang berjasa dalam mengembangkan BAKIB. Pelantikan Encik Zaidi Basir selaku Yang Di Pertua BAKIB sesi 2017-2018 serta ahli jawatan kuasa baharu telah mendapat sokongan padu semua ahli.

PIN

BAKIB

Page 20: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�20

MESYUARAT PEMILHAN AJK PUSPANITA IAB CGH SESI 2017/ 2018

20 Januari - PUSPANITA IABCGH telah mengadakan Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa bagi sesi 2017/2018 di Dewan K144. Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa baru yang dipilih:

Pengerusi : Wan Amizah Meor Shamsudin Setiausaha : Euis Mariani D. Koswara Penolong Setiausaha : Nurfatimah Awang Da Bendahari : Meriam Allias Ketua Biro Ekonomi : Dr. Rosnani Kaman Ketua Biro Pendidikan : Yusnida Yusoff Ketua Biro Kebajiakan dan Kerohanian : Norlelawati Megat Rasidin Ketua Biro Penerbitan : Sapinah Zakaria Ketua Biro Sukan dan Kesihatan : Siti Monazairin Jelani

Tahniah kepada semua AJK baharu. Semoga perlantikan jawatankuasa baharu ini akan menyemarakkan lagi serta menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

PUSPANITA

Page 21: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�21

LATIHAN SANA SINI

PROGRAMPEMBANGUNANPENDIDIKANDAERAHSERIAMANDANLUBOKANTU2017

3-7 April 2017- Program Pembangunan Pendidikan Daerah Seri Aman dan Lubok Antu telah dilaksanakan di enam buah sekolah iaitu SMK Lubok Antu, SMK St Luke, SK Aping, SMK Sri Aman, SK Agama, SJKC Chung Hua Simanggang, dan sebuah rumah panjang iaitu rumah panjang Entulang Lalang. Program ini melibatkan kepimpinan sekolah, guru-guru, komuniti dan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dari tiga daerah iaitu Daerah Seri Aman, Lubok Antu dan Sarikei juga turut terlibat dalam program ini. Dua penceramah En Mohd. Dawi Bin Ithnin dan Dr Akma Binti Hj. Abd. Hamid dari IAB Cawangan Genting Highlands dijemput khusus bagi mengendalikan program lima hari ini.

Program ini bertujuan membangunkan pendidikan khusus bagi Daerah Seri Aman dan Lubok Antu terutama bagi membantu sekolah-sekolah di dua daerah tersebut meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Antara pengisian program iaitu Profesiensi GBKSM, Team Building, Profesionalisme Keguruan, Pendidikan Abad 21-Penyoalan dalam Bilik Darjah, Permuafakatan Ibu Bapa dan Sekolah, Pemantapan Target.

Menurut respon daripada para peserta, slot seperti ini perlu dihadiri oleh semua guru serta murid-murid sekiranya diberi peluang. Pihak penganjur iaitu PPD Daerah Seri Aman dan Majlis GBK juga berharap program ini dapat mencapai tujuan dan objektifnya supaya daerah Sri Aman dan Lubok Antu mendapat ‘ranking’ yang lebih baik dalam peperiksaan-peperiksaan awam.

Page 22: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�22

TEAM BUILDING: TEMA PERHIMPUNAN BULAN APRIL 2017

18 April- Majlis perhimpunan bulanan kali ini sedikit berbeza dengan

menyerlahkan tema team building atau membina pasukan. Program

dimulakan dengan ucapan Tuan Pengarah IABCGH. Dalam ucapannya,

tuan pengarah mengalu-alukan kedatangan semua peserta dan

mengucapkan terima kasih atas komitmen untuk bersama menjayakan

program team building.

Beliau berharap agar IABCGH akan dapat membina pasukan kerja yang mantap dalam melaksanakan misi dan visi IAB. Memandangkan aktiviti yang dijalankan pada hari ini berbeza dari kebiasaan, diharap dapat memacu minda kita dan memberi perspektif berbeza dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Page 23: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�23

Page 24: SUARA IABCGH Bil 1 2017 - · PDF fileJabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling yang diketuai oleh Dr. Akma binti Haji Abdul Hamid telah mengadakan ... salah satu aktiviti tahunan KPM ke

Suara IABCGH Bil. 1/2017

�24