46
HBEF 3503 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2013 HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF NO. MATRIKULASI : 810710135562001 NO. KAD PENGNEALAN : 810710-13-5562 NO. TELEFON : 013-7820148 E-MEL : [email protected]

T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

Embed Size (px)

DESCRIPTION

a

Citation preview

Page 1: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF 3503

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013

HBEF3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI : 810710135562001

NO. KAD PENGNEALAN : 810710-13-5562

NO. TELEFON : 013-7820148

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

Page 2: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

KERTAS KERJA

PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH

1.0. MUQADIMAH

Istilah Pendidikan Inklusif telahpun bermula pada tahun 1990. Pendidikan

Inklusif adalah dasar pembelajaran sama rata kepada semua pelajar termasuklah pelajar

yang mempunyai masalah pembelajaran. Hal ini demikian agar pelajar yang

berkeperluan khas dapat menikmati pembelajaran yang sama di sekolah biasa bersama

dengan rakan-rakan seusia mereka. Dengan ini mereka juga dapat bergaul dan mengikuti

cara hidup seperti pelajar normal yang lain.

Menurut Kamariah Jarji 1994, Pendidikan Inklusif adalah pendidikan yang

melibatkan pelajar berkeperluan khas di dalam kelas biasa bersama pelajar normal yang

lain. Namun begitu bantuan yang sesuai akan diberikan bagi membolehkan mereka

mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Abraham, Morris

and Wald 1993 pula berpendapat “ one in which children with and without disabilities

learn and play together”. Menurut Sapon-Shevin dalan O’Neil 1994, Pendidikan

Inklusif adalah sistem layanan pendidikan yang mensyaratkan anak berkeperluan khas

belajar di sekolah-sekolah terdekat di kelas biasa bersama teman-teman seusianya.

i.

2.0. LATAR BELAKANG

Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini telah

bermula pada tahun 1987 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan Inklusif menitikberatkan hak pelajar

untuk belajar bersama-sama dengan pelajar normal yang lain dan mengikuti sukatan

pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memudahkan

1

Page 3: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

guru-guru mata pelajaran, guru pendidikan khas akan memberi bantuan dan sokongan

apabila diperlukan. Segaris dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan

pembelajaran seimbang kepada pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

( JERIS ).

Pendidikan insklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai

kecacatan seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme,

Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan

sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas

yang bekerjasama denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti

pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih

berkesan.

3.0. RASIONAL

Pendidikan insklusif merupakan satu faktor utama dalam usaha meningkatkan

intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua

pelajar. Program insklusif akan dapat memastikan:

i. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

ii. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

iii. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

iv. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

v. Peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

vi. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa 

         dengan kanak-kanak lain.

4.0. MATLAMAT / PENYATAAN MASALAH (SENARIO)

Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:

1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal

di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan

2

Page 4: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan

dan keperluan yang berbeza.

2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran,

pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-

sama pelajar normal.

3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-

awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam

komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari

dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. )1996.

4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran

tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka

mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek

intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka

boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam

pelajaran serta kerjaya yang dibina.

5.0. OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan

pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran

perdana.

2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada

mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-

peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam

konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role

model ).

3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan

murid di aliran perdana.

4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka

menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka.

3

Page 5: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira

perbezaan, kekurangan dan kecacatan.

5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .

6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi

masyarakat.

7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan

khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

6.0. SASARAN

Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan

berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana. Selain

telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, murid-murid

berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak

mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru

mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Paling utama juga murid-murid tersebut telah

mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang

bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk

mengikuti program ini.

NAMA MURID SASARAN :

NAMA : NOR HANA BT. ABDUL KADIR

NAMA AYAH : ABDUL KADIR BIN LAU

ALAMAT : LOT 3321-L, KAMPUNG PERTANIAN,

81750 MASAI, JOHOR.

KAUM : KADAZAN

NO. KAD PEN. : 041028-01-0966

NO. SIJIL LAHIR : BH 57295

TARIKH LAHIR : 20 OKTOBER 2013

4

Page 6: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

7.0. STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF

Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan

Pendidikan Inklusif di sekolah ini.

SebelumProgram

1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .

2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat

pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian

diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.

3. Mengumpul , menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan

mengikuti Program Inklusif.

4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru

Pendidikan Khas dan PPM .

5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir

dan guru-guru aliran perdana yang terlibat. Setiap guru telah mendapat taklimat

yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-

murid Pendidikan Khas tersebut.

6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga. Ibu bapa dipanggil

untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak

mereka. Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti

membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas

biasa.

7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan.

8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata

pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8.

9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.

10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga

sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah

diberikan secara fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan

kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif

5

Page 7: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

dijalankan.

11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 3

Aman .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di

buat ke atas kelas yang dipilih. Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM

bertindak sebagai mentor kepada mereka.

12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam

satu-satu kelas . Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau

papan tulis dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan

sebaliknya.

14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang

bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu

di kelas PPKI8.

Semasa Program

1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.

2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru

yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.

3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan

murid lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri

dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan

Bercerita, Pertandingan Koir antara kelas, sukaneka dan sebagainya.

4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan. Ini juga

menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik.

5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain

dan diberikan tugasan yang sama . Murid khas yang tiada masalah akan terus

melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor. Ini

membuktikan murid khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru

pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan

kepada guru khas sekiranya diperlukan.

7. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi

6

Page 8: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi

biasa. Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga

sebaliknya. Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar

sekolah.

8. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan

impak positif kepada pembelajaran murid khas.

Selepas Program

1. Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian

akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid.

2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara

berperingkat-peringkat.

3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.

4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau

penjaga.

5. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit

Pendidikan Khas , Jabatan Pendidikan Negeri dan Salinan kepada Pejabat

Pelajaran Daerah.

8.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN

KERAJAAN

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara

bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang

diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi

kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan

Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam

perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar

tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi

7

Page 9: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan

inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana

merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan

keperluan sosial.

8.1. Keperluan Kesamarataan hak asasi

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk

setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta

Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang

mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,

Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata

termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah

untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk

belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah

suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas

juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa

pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang

komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui

pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip

Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk

sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang

lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi

pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk

kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala

aspek lain.

8.2. Keperluan Pendidikan Berkualiti

8

Page 10: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk

mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan

kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang

bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia

seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi

gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa

panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di

Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu

termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan

untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan

dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas .

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran

masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk

berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan

kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan

prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu

persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di

sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk

memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif

juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak

seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif

menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

8.3. Keperluan Sosial

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan

kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan

di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak

tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap

9

Page 11: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan

Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk

menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif

berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan

sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang

akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus

perdana. Bagi tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar

bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri

serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

10

Page 12: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

9.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN

BUKAN KERAJAAN

Setakat ini perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha Kementerian

Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan,

pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan

sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations),

ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.

Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata

pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran

daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan

masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas

tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu

serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai

pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan

yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

• Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang

menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16

tahun.

• Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan

Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

• Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi

kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak diantara umur

6-16 tahun.

• Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang

komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-

kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk

kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

11

Page 13: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

10.0. POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

• Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

• Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan

khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la

diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan

Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara

yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan

kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti

murid biasa.

Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas mengambil

peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah

Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang mengikuti

kurikulum alternatif.

Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran

Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni Lukis

dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

12

Page 14: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

Program Pendidikan Pemulihan Khas:

• Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu

(PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen Penentu penguasaan

3M). IPP3M terbahagi kepada IPP3M 1 (bagi kegunaan murid tahun 1) IPP3M 2 (bagi

kegunaan murid tahun 2) dan IPP3M 3 (bagi kegunaan murid tahun 3).

• Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan system

pengasingan sementara.

Syarat kemasukan murid ke program di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

• berumur tidak kurang dari 5 tahun (Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan

Khas)

• berumur 6+ hingga 14+ tahun (Program Pendidikan Rendah di Sekolah

Pendidikan Khas)

• berumur 13+ hingga 19+ tahun (Program Pendidikan Menegah di Sekolah)

Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif

Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs

Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun

mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Artikel 28 Akta Orang Kurang

Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan

sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan.

Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian

komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan

inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian

akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang 1

memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 memberikan

tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani

13

Page 15: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang

3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam

melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi

seperti Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Special

Education (SEAMEO-SEN).

Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada.

Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas

yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk

berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam

program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula

digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari

kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. 

Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi

mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam

opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha

meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional

seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas,

meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah

pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas,

menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul

latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada

pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan

murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15%

daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015.

Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan

inklusif.

Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif.

Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan

mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh.

14

Page 16: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan

khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan

berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar

dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif.

Semasa Gelombang ini, KPM akan bekerjasama dengan organisasi lain seperti NGO,

organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi

sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan

dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama

untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan

terapi.

Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif.

Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah

dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan

pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses

kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-

guru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan

khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.

15

Page 17: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

11.0. PERCALONAN

Hanya kanak-kanak yang boleh diajar, belajar dan berpotensi untuk belajar layak mengikuti program ini. Ibu bapa juga diberi peluang untuk menilai program ini dan menentukan sama ada ingin melibatkan diri dalam program ini atau sebaliknya. Bagi ibu bapa yang ingin menempatkan anak masing-masing dalam program ini harus bersetuju bahawa anak mereka akan melalui beberapa peringkat penapisan sebelum disahkan layak. Selain itu juga, persetujuan daripada semua pihak seperti ibu bapa, golongan professional, guru besar, guru kelas dan murid itu sendiri serta staf di sekolah amat penting sebelum penempatan boleh dilakukan.

12.0. KEPERLUAN LOGISTIK

Guru Pakar dan Berkemahiran Pendidikan Inklusif

Salah satu ciri guru pendidikan khas yang baik ialah mempunyai sifat sabar yang

tinggi. Kesabaran ini diperlukan ketika menghadapi karenah murid-murid ini. Hal ini

kerana murid berkeperluan khas ini sangat unik dan mempunyai pelbagai karenah dan

perangai tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk.

Untuk menghadapi situasi ini, seorang guru haruslah sentiasa berupaya mendengar

dengan tekun, mengawal perasaan, serta menghargai murid. Jika kesabaran tidak dapat

dipraktikkan, maka guru ini akan mengalami situasi yang sangat sukar dalam

mengendalikan murid-murid dan kemungkinan guru-guru ini juga akan mengalami

kemurungan.

Memetik kata-kata Cikgu Lee Fong Lan dari Sekolah Menengah Danau Kota

dalam Kosmo terbitan 2008, beliau menyatakan bahawa beliau pernah ditendang dan

diludah oleh kanak-kanak autisme tetapi dengan kesabarannya mendidik akhirnya kanak-

kanak tersebut semakin mendengar kata dan berkelakuan baik. Pendapat ini disokong

oleh Cikgu Alizah bahawa guru pendidikan khas memerlukan kesabaran yang tinggi dan

dengan kesabaran itu menjadikan proefesion guru sebagai unik dan menarik.

Selain itu, guru pendidikan khas juga haruslah bertanggungjawab untuk mendidik

murid-murid berkeperluan khas. Sudah diketahui umum bahawa bukan semua murid-

16

Page 18: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

murid berkeperluan khas ini mampu membaca, menulis seperti rakannya yang lain tetapi

menjadi satu kebanggaan kepada gurunya apabila murid mereka mampu berdikari dan

mengurus keperluan diri sendiri. Ia merupakan kejayaan terbesar yang dan hadiah yang

tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa yang lama untuk dididik. Justeru

itu, guru seharusnya bertanggungjawab menggunakan pelbagai pendekatan untuk

menarik minat murid dalam pembelajaran. Seperti yang dikatakan oleh Cikgu Donny

Chin (Utusan Online, 2011), bahawa pengajaran yang dilakukan kepada murid

pendidikan khas perlu pendekatan kreatif dan kritis serta mempunyai kaedah pengajaran

tersendiri.

Jika guru disiplin perlukan sifat yang tegas, guru pendidikan khas pula perlukan

sifat pandai memujuk murid. Sifat ini diperlukan untuk menangani pelajar yang agrasif.

Murid seperti ini tidak boleh dimarahi kerana mereka akan menjadi lebih agresif.

Disinilah pentingnya sifat memujuk dan tahap kesabaran yang tinggi. Layanan yang

diberikan kepada pelajar ini perlulah dengan penuh berhemah. Sebagai contoh, Cikgu

Alizah Abdul Malek telah mengalami situasi murid telah memanjat pokok dan pujukan

diperlukan untuk murid tersebut turun dengan selamat. (Utusan Online, 2011)

Komunikasi antara guru dengan murid dan ibu bapa adalah sangat penting dalam

mewujudkan perhubungan yang baik. Ciri positif komunikasi tersebut ialah guru boleh

berinteraksi dengan baik. Dengan interaksi yang berlaku akan mewujudkan pelbagai

perasaan yang positif seperti kepercayaan, empati dalam diri, penerimaan murid dan

sebagainya. Dengan interaksi dua hala ini ibu bapa senang untuk mengadakan

perbincangan dan meluahkan pandangan serta idea. Petikan daripada Khutbah Jakim juga

menyatakan bahawa hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru penting supaya

usaha mengasuh dan mendidik anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Ibu bapa dan

masyarakat perlu menjalin hubungan erat dan berterusan dengan pihak sekolah supaya

permasalahan diselesaikan secara muhibah. (Berita Harian, 2011)

Untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan, guru haruslah mempunyai ilmu

yang cukup dan kecerdasan minda dalam menyelesaikan masalah. Ilmu menjadi sesuatu

17

Page 19: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

yang penting untuk guru-guru ini mengenalpasti murid-murid mereka dengan baik dan

mencari jalan penyelesaian yang baik dan sesuai untuk setiap murid. Ilmu bukan sahaja

melalui pembacaan tetapi guru-guru ini boleh menghadiri kursus, menyambung pengajian

dan bertanyakan pakar adalah salah satu daripada ilmu yang diperolehi. Dengan ilmu

yang ada, guru-guru dapat menggunakan kecerdasan minda mereka dalam menghadapi

muird-murid.

Teknik, Kaedah Pengajaran serta Bahan Bantu Mengajar

Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen

(1) (B) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh

mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan

susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan

kurikulum pendidikan khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas

itu.Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk

murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi attitud atau

intelek turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi

mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum.

Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan

sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping

mengekalkan minat belajar. Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan

mesej yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat

menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran

dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan

pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling

berkesan dalam pembelajaran.

Analisis dapatan kajian yang dilakukan oleh Charlie Anak Ungang berkenaan

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas

Pemulihan menunjukkan bahawa nilai min yang tinggi iaitu 3.60 dan peratus sebanyak

60% bersetuju dan 20% amat bersetuju menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu

18

Page 20: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

mengajar membolehkan pengajaran. Keputusan ini bertepatan dengan pendapat Mohd

Daud Hamzah (1990) yang menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang

dilibatkan semakin banyak pengalaman pembelajaran yang diperolehi bagi

mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Keputusan ini menunjukkan

bahawa guru bukan lagi menggunakan kata, suara, isyarat, papan tulis dan kapur sahaja

dalam menyampaikan pengajarannyaterutama sekali kepada pelajar-pelajar pemulihan

dalam menguasai kemahiran asas bacaan.

Namun demikian, wujudnya permasalahan berkaitan dengan bahan pengajaran

untuk guru-guru Pendidikan Khas ini. Mereka bemasalah untuk membina alat bantu

mengajar dengan menggunakan kreativiti sendiri tanpa bantuan orang lain. Perkara ini

mungkin disebabkan kebanyakkan guru-guru ini tidak mempunyai pendedahan yang

cukup untuk membuat alat bantu mengajar bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini, serta

kurangnya alat bantu mengajar yang disediakan oleh pihak lain. Situasi ini disokong

melalui kajian Charlie Anak Ungang yang mendapati bahawa 60% daripada responden

menyatakan bahawa kelengkapan bahan bantu mengajar di sekolah tidak lengkap.

Keadaan sebegini menurut Koh Boh Boon (1987) menjadi tekanan kepada guru

pemulihan yang akan membawa kesan yang negatif kepada pelaksanaan program

pemulihan di sekolah.

13.0. SOKONGAN

Sokongan Pentadbir Sekolah

Sokongan dari pihak pentadbiran memberikan makna yang besar kepada guru-

guru dan murid-murid masalah pembelajaran. Kita mengakui kecemerlangan akademik

sangat penting dalam melonjakkan prestasi sekolah secara keseluruhannya. Namum

demikian kadangkala pihak pentadbiran terlupa bahawa kecemerlangan boleh datang

dalam pelbagai rupa bukan hanya fokus kepada akademik sahaja. Persepsi negatif

melingkari keseluruhan Program Pendidikan Khas Integrasi. Pihak sekolah selalu

menuding jari kepada guru-guru Pendidikan Khas kerana gagal melahirkan murid-murid

19

Page 21: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

yang boleh manaikkan nama sekolah. Malahan menganggap kehadiran mereka tidak

memberi makna dalam kepimpinan mereka.

Guru Besar dan pentadbir lain sedikit sebanyak telah dimaklumkan mengenai

program Integrasi ini. Malahan pihak Jabatan Pelajaran Negeri sentiasa menyebarkan

maklumat melalui seminar dan mesyuarat di peringkat daerah dan negeri. Namun begitu

masih ada dalam kalangan mereka sengaja tidak mahu faham dan memberi tanggapan

negatif kepada guru-guru Pendidikan Khas. Malahan mereka sanggup meminta guru

Pendidikan Khas meninggalkan kelas mereka dan menggantikan guru yang tidak hadir di

kelas aliran perdana. Anggapan bahawa murid-murid Pendidikan Khas tidak penting

kerana bilangan mereka sedikit dalam satu kelas jika dibandingkan dengan aliran

perdana.

Pihak pengurusan sekolah juga sering menyalahgunakan peruntukan kewangan

Pendidikan Khas. Kemudahan –kemudahan yang sepatutnya diutamakan dalam kelas

Pendidikan Khas diabaikan. Kebijaksanaan pihak pengurusan menggunakan peruntukan

tersebut mengikut peraturan-peraturan kewangan tanpa ada keraguan. Tetapi sebenarnya

wang yang diperolehi tidak digunakan untuk Pendidikan Khas. Berbagai-bagai aktiviti

dan projek mega yang dijalankan dengan menggunakan peruntukan Pendidikan Khas.

Murid-murid Pendidikan Khas yang terencat akal ini tidak perlu berbelanja banyak

kerana ianya tidak mendatangkan hasil kepada kecemerlangan sekolah.

Pihak pengurusan sekolah juga memberikan layanan kelas kedua kepada program

inklusif kerana mereka bimbang tidak dapat mencapai target seperti yang diharapkan

sekiranya murid-murid Pendidikan Khas menduduki peperiksaan awam. Kebanyakan

mereka sukar menerima hakikat bila ada murid Pendidikan Khas yang lebih baik daripada

murid aliran perdana. Mereka sukar menerima jika ada murid Pendidikan Khas yang

boleh mengambil peperiksaan UPSR. Bimbang sangat prestasi sekolah akan jatuh hanya

semata murid Pendidikan Khas menduduki peperiksaan. Sedangkan selama ini prestasi

sekolah tidaklah cemerlang mana pun.

20

Page 22: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

Sokongan Pihak Ibu BapaPenglibatan ibu bapa dalam menentukan penempatan anaknya ke dalam kelas

inklusif merupakan peringkat permulaan seseorang murid dimasukkan ke dalam program

pendidikan inklusif. Ibu bapa diberi peluang menilai, menentu serta melibatkan diri

dalam semua perancangan program pendidikan inklusif. Golongan murid istimewa yang

diserapkan ke dalam program pendidikan inklusif, perlu melalui pelbagai peringkat

penapisan sebelum disahkan layak. Golongan murid yang tidak mencapai kelayakan tidak

akan diterima masuk dalam program ini. Hanya kanak-kanak yang boleh diajar, belajar

dan berpotensi belajar dipertimbangkan mengikut program ini. Persetujuan daripada

pelbagai pihak seperti ibu bapa, golongan profesional, guru besar, guru kelas dan murid

itu sendiri serta staf di sekolah amat penting sebelum penempatan boleh dilakukan.

Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam

pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa adalah

mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanak-kanak

kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka. Mereka

mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu,

adalah sangat berfaedah sekiranya guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak

mereka.

Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas

diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak

sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka.

Ibu bapa juga berpendapat bahawa pihak sekolah yang serba mengetahui dan biarlah guru

yang mendidik anak mereka. Lagipun, guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak

begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau pun merekalah yang paling

rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an peranan ibu bapa telah berubah. Peranan

ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam

perkembangan anak mereka.

21

Page 23: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

Kini kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan

khas digalakkan.. Program pendidikan khas tidak hanya bertumpu kepada pelajar sahaja

tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan

datuk. dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas Menurut Gargiulo dan Gaves

(1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak

sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah-langkah berikut:

Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa

Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Ia

mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang upaya.

Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang upaya penglihatan

berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru pendidikan khas. Oleh itu,

pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa tentang ciri-ciri kurang upaya yang

dihadapi oleh anak mereka serta istilah-istilah yang kerap digunakan (contohnya

penglihatan terhad, intervensi awal, kompetensi sosial, perkembangan motor dan

sebagainya)

1. Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa

Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negatif apabila

mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli professional seperti

guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa bahawa tidak salah mereka

mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka boleh berkembang dengan asuhan

yang teratur. Contohnya:

“Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?”

“Ini bukan salah anda”

“Anak anda berkemampuan untuk lebih maju”

Mendengar apa yang dikatakan oleh Ibu Bapa

Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa, dia

perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka. Dengan ini,

dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa depan anak mereka.

22

Page 24: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

2. Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa

Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa

perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa

guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama.

3. Meyakinkan Ibu Bapa

Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak

mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat

yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan

kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk

kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa

hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang

keluarga.

Sokongan pihak PIBG

Pihak PIBG juga berperanan penting dalam member sokongan padu pada program

ini. Hal ini kerana, PIBG merupakan sebuah pertubuhan yang menjadi perantaraan

antara pihak sekolah dan ibu bapa. Sebarang program yang memberi manfaat kepada ibu

bapa harus disambut baik dan diwar-warkan kepada pihak yang terlibat.

23

Page 25: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

14. SENARIO TERKINI

Pendedahan luar.

Beberapa kajian menunjukkan pelajar bermasalah pembelajaran dan berkeperluan

khas ini kurang mendapat perhatian daripada guru-guru selain daripada guru pendidikan

khas. Guru besar beranggapan bahawa tugas seorang guru pendidikan khas mudah dan

ringan sehingga ada guru pendidikan khas yang diberikan tugas sampingan seperti guru

perpustakaan, guru media dan sebagainya. Dengan adanya program seperti ini, guru-guru

serta staf di sekolah akan mendapat pendedahan luar yang sewajarnya agar mereka akan

dapat menerima dan memberi sokongan yang sewajarnya kepada program-program

peningkatan pembelajaran seumpama ini.

Boleh terima pendidikan inklusif

Bagi mencapai objektif dan membantu golongan berkeperluan khas ini, semua pihak

harus memahami dan menyedari akan kepentingan program pendidikan inklusif diadakan

di sekolah. Lazimnya, ibu bapa yang kurang berpendidikan tidak memahami akan

kepentingan program ini kepada anak mereka. Sebagai warga pendidikan dan kakitangan

sekolah, sewajarnya turut membantu ke arah perkembangan intelek kepada semua pelajar

tanpa mengira masalah yang dihadapi oleh mereka. Sehubungan dengan itu beberapa

cadangan dirasakan perlu dalam memastikan pendidikan inklusif di sekolah boleh

diterima oleh semua pihak. Antaranya :

i. Memaklumkan kepada semua guru dan staf sokongan maklumat pendidikan

khas.

ii. Memasukkan perbincangan tentang pendidikan inklusif ke dalam agenda

tiap-tiap mesyuarat.

iii. Menggalakkan guru kelas biasa melibatkan diri dalam pendidikan inklusif di

sekolah. Setidak-tidaknya melawat ke kelas-kelas yang mengikuti program

pendidikan onklusif bagi mendekatkan diri kepada pelajar pendidikan khas..

24

Page 26: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

iv. Menjalankan latihan ‘ in house training’ dalam pendidikan inklusif. Ini akan

memberikan keyakinan kepada guru-guru sekiranya diminta untuk menjadi

guru ganti.

v. Menghantar guru-guru pendidikan khas mengikuti kursus dalam perkhidmatan

pendidikan khas bagi memantapkan lagi kecekapan guru pendidikan khas

apabila diminta membuat ‘in house training’.

15.0. KESIMPULAN

Sikap adalah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan

seseorang pelajar dalam pembelajaran yang dipelajari di mana sikap mempunyai

hubungan yang rapat dengan responsibility pelajar itu sendiri untuk memahami dan

menyelesaikan tugasan dan aktiviti yang diberikan oleh guru. Secara ringkasnya, sikap

wujud daripada keinginan seseorang dan rangsangan oleh orang disekelilingya ( Rahil,

Abd. Majid dan Zaidatul Akmar, 1998 ). Sikap kemungkinan besar mempengaruhi

pencapaian seseorang dan adalah pengaruh penting terhadap tingkah laku. Berdasarkan

penyelidikan oleh seorang pendidik Sharifah Alwiyah Alsagoff ( 1983 ), sikap adalah

keadaan di mana seseorang individu itu dipengaruhi untuk melakukan tidak balas secara

positif dan negative terhadap individu lain. Dengan itu adalah amat penting sebagai

seorang pendidik, sewajarnya kita haruslah memahami akan tingkahlaku pelajar dan

berusaha mendorong mereka ke arah pendidikan yang lebih baik walaupun pelajar yang

kurang upaya dan bermasalah pembelajaran. Program yang dirangka dengan teliti dan

mendapat perhatian dan sokongan daripada semua pihak pasti akan dapat mengubah

tingkahlaku pelajar yang bermasalah pembelajaran. Mereka juga wajar mendapat

pendidikan yang sama seperti pelajar normal yang lain agar proses tumbesaran dan

pembelajaran mereka seiring dengan usia dan tahap yang sepatutnya mereka perolehi.

25

Page 27: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

Disediakan oleh:

……………………………

( RATNA BINTI BORHAN )

26

Page 28: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah

Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.

Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi

 

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan

Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

 

Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan

Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi.

Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap

Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan,

21,33-50

 

Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif

di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

 

27

Page 29: T1A1 RATNA BINTI BORHAN ( HBEF 3503 )-810710135562001.doc

HBEF3503

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak

Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis

Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

http://eprints.utm.my/2236/1/7_9.pdf

http://nuraminamyblog.wordpress.com/2011/12/19/pendidikan-inklusif/

http://eprints.utm.my/2236/1/7_9.pdf

28