28
HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ( SMP ) Nama : PAEZAH BT HASAN Nombor Matrik : 650831075092001 Kad Pengenalan : 650831075092 Alamat E-mail : [email protected] Nama Tutor : ENCIK MD RODI B. IDRIS Pusat pembelajaran : Kedah Learning Centre, Open UniversityMalaysia, 80-86, Lengkok Cempaka 2, Bandar Aman Jaya, 08000, Sungai Petani. 1

Hbef 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teknologi maklumat

Citation preview

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ( SMP )

Nama:PAEZAH BT HASANNombor Matrik:650831075092001Kad Pengenalan:650831075092Alamat E-mail:[email protected] Tutor:ENCIK MD RODI B. IDRISPusat pembelajaran:Kedah Learning Centre,Open UniversityMalaysia,80-86, Lengkok Cempaka 2, Bandar Aman Jaya, 08000, Sungai Petani.

MEI 2014 SEMESTER

ISI KANDUNGAN ButirHalaman

1.0 PENGENALAN2 - 3

2.0 DEFINISI PPBK DAN PRINSIP PPBK

3 - 4

3.0 PENGGUNAAN iOs DALAM PENDIDIKAN3.1 CONTOH APLIKASI iOs DALAM PENDIDIKAN

4 - 10

4.0 KAJIAN LEPAS

10 - 13

5.0 METODOLOGI KAJIAN5.1 DAPATAN KAJIAN 1313 - 16

6.0 RUMUSAN 16

7.0 RUJUKAN 17

LAMPIRAN 18

1.0 PengenalanSistem pendidikan Malaysia akan mengalami perubahan di mana keperluan penggunaan perisian computer dalam pengajaran dan pembelajaran akan diberi penekanan. Jadi guru mesti bersedia menerima perubahan paradigm ini dan mula berusaha menggunakan computer dengan baik. Ini adalah kerana Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) mendorong pelajar menanam sifat berdikari sewaktu mereka mempelajari dan meneroka sesuatu bidang ilmu. Perkara ini selaras dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh itu, sumbangan dan penglibatan guru-guru dalam proses penghasilan bahan PPBK akan membantu mempertingkatkan kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan secara keseluruhannya.Teknologi digunakan sebagai pemudahcara yang kian digunakan secara holistik pada abad ke-21. Aplikasi teknologi dihujung jari hanya boleh dimuat turun dengan adanya jaringan Internet. Pelbagai maklumat dalam talian maya dapat diterokai. Maklumat tidak hanya terbatas pada satu cabang bidang ilmu sahaja. Dengan wujudnya peranti-peranti mudah alih popular seperti telefon pintar, iPad, iPod, tablet komputer peribadi (PC), dan alat bantuan digital peribadi (PDA) yang digunakan kini telah mendapat sambutan yang hangat dalam dalam setiap golongan lapisan masyarakat kerana permukaan skrin yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja (Hamdan et al. 2012). Capaian carian ilmu menggunakan teknologi pintar merupakan alternative yang digemari oleh masyarakat kini. Penggunaan telefon pintar khasnya menjadi satu keperluan kepada semua lapisan masyarakat untuk berhubung, membuat carian maklumat dan berkomunikasi. Terdapat pelbagai kemudahan aplikasi yang boleh digunakan secara percuma atau berbayar. Salah satu aplikasi tersebut adalah aplikasi Android. Android merupakan aplikasi yang berasaskan Linux yang digunakan untuk tablet komputer dan juga program layar sentuh. Program dan aplikasi Android adalah sumber terbuka yang boleh diperolehi di bawah operasi Google. Aplikasi tersebut dapat disebarkan ke seluruh dunia yang menerima dan menggunakan aplikasi Google dalam talian alat mudah alih (Rogers et al. 2009). Program-program Android boleh di muat turun dari Google Play. Program-program yang terdapat dalam operasi Android tersebut diperolehi secara percuma dan berbayar.Selain itu aplikasi yang membawa faedah kepada pembelajaran masa kini juga adalah aplikasi iOs. iOS (sebelum ini iPhone OS) adalah sistem pengendalian peranti bergerak yang dibangun dan diedarkan oleh Apple Inc. Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007 untuk iPhone dan iPod Touch, penggunaannya diperluaskan kepada iPad dan juga Apple TV. Ciri-ciri iOs yang mudah di menu utama memaparkan ikon-ikon aplikasi dan terdapat tempat di bahagian bawah skrin yang dipanggil "dok". Pengguna akan dibawa ke menu utama apabila menekan butang utama. Terdapat bar status di bahagian atas yang memaparkan masa, tahap bateri dan kekuatan isyarat selular.

iOS 3 memperkenalkan fungsi Carian Spotlight dan berapa di "mukasurat" di bahagian paling kiri. Pengguna menggunakan fungsi ini untuk mencari fail media, aplikasi, e-mel, kenalan, mesej, peringatan dan kalendar.Melalui penggunaan kedua-dua perisian multimedia terkini ini guru-guru dapat menggunakan dengan baik teknologi inidengan gabungan audio, video, teks, grafik dan animasi menggantikan kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan pen marker dan papan putih dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dan lebih berkesan.

2.0 Definisi PPBK dan prinsip PPBKDewasa kini, Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Terdapat pelbagai teknologi yang boleh digunakan untuk membantu guru-guru mengajar dengan lebih effektif. Bentuk pengajaran ini dikenali sebagai Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)PBK adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dikenali sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.PBK ialah perisian pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan computer serta menerima maklum balas darinya. Pendidikan secara konvensional perlu digantikan dengan cara yang lebih menarik, seperti PBK. Melalui PBK ia seharusnya dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif. Murid- murid lebih tertarik dengan pengajaran yang diajar dan mereka dapat menumpukan perhatian didalam pembelajaran mereka. PBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial.

3.0 Aplikasi Apple Apps (iOs) untuk PPBKKajian yang akan dijalankan ini adalah berdasarkan aplikasi Apple Apps (iOs) yang boleh dimuat turun secara percuma menggunakan telefon pintar, tablet atau alat mudah alih yang menggunakan program iOs. Sebagai contoh kita boleh menggunakan ipad iaitu sejenis gadjet berbentuk computer tablet yang dikeluarkan oleh Syarikat Apple sendiri. Jadi mudah untuk kita menggunakan apliakasi iOS yang siap tersedia di dalam ipad.Bentuk iPad adalah lebih kecil daripada komputer riba biasa, tetapi jauh lebih besar daripada telefon pintar. iPad boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang juga berfungsi untuk penggunaan multimedia, internet dan games. iPad adalah satu tablet yang tidak mempunyai papan kekunci tetapi mempunyai layar skrin sentuh untuk yang digunakan untuk mengawal peranti. Seperti telefon pintar iPhone yang juga dikeluarkan oleh Syarikat Apple, iPad menggunakan sistem operasi IOS Apple. Ini membolehkan iPad untuk menjalankan aplikasi pihak ketiga, yang boleh dimuat turun dari App Store Apple. Walaupun aplikasi yang direka untuk iPhone juga boleh digunakan pada iPad, tetapi telah banyak aplikasi IOS yang dibangunkan khusus untuk penggunaan iPad. Selain daripada itu, iPad juga mempunyai fungsi-fungsi yang sama seperti netbook iaitu wifi dan Bluetooth serta menggunakan Safari sebagai sistem operasinya.Oleh kerana skrin iPad adalah lebih besar daripada skrin iPhone, banyak aplikasi daripada IOS Apple yang hanya dapat digunakan pada iPad antaranya ialah aplikasi produktiviti, grafik dan video editing. IPad telah dibina dengan mempunyai permukaan skrin sesentuh yang bersaiz 9.7 inci persegi dengan berat sekitar 600gm sahaja. IPad juga dilengkapi dengan applikasi iTunes yang membolehkan penggunanya memuat-turun lagu dan video serta berkongsi data dengan iPod. IPad juga disertai dengan aplikasi iBook yang membolehkan pengguna iPad membaca dan memuat-turun ebook dalam format PDF. Dengan permukaan skrin iPad yang bersaiz 9.7 inci, ianya sangat sesuai digunakan untuk pembaca ebook. IBooks adalah satu aplikasi yang dibina untuk pengguna iPad memuat turun buku dalam bentuk versi elektronik dari iBook store dan boleh dibaca pada iPad. Selain daripada itu, iPad yang mempunyai skrin warna penuh juga membolehkan pengguna iPad yang ingin memuat turun novel serta buku cerita kanak-kanak dan juga majalah dapat membaca seperti buku yang sebenar, bezanya buku dalam iBook berbentuk digital. Aplikasi iBook ini juga boleh dibaca satu halaman pada satu masa dalam mod potret atau dengan sebelah muka surat dalam mod landskap.Rajah 1 : iPad

3.1 Aplikasi-aplikasi iPad dalam pendidikan 1) iBooks

IBooks adalah salah satu aplikasi yang boleh digunakan oleh guru atau pelajar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi iBooks menyediakan tempat untuk pengguna iPad membaca dan membeli buku secara ebook. Pengguna yang ingin membeli buku tersebut boleh membuat pembelian melalui Apple Store. Mereka hanya perlu memilih bahan bacaan eletronik yang mereka ingin beli. Dalam katalog pembelian di dalam Apple Store ada pelbagai jenis bahan bacaan termasuk bahagian fiksyen, pendidikan, ilmiah dan lain-lain. Buku eletronik yang dibeli tadi hanya perlu dimuat turun dan disimpan di rak buku perpustakaan dalam iPad. Buku-buku tersebut juga boleh dibaca dengan menggunakan perisian PDF. Penggunaan iBooks dalam PengajaranPenggunaan iBooks dalam pembelajaran bukan sahaja untuk menyimpan bahan bacaan berbentuk eletronik, tetapi boleh juga menyimpan bahan-bahan dokumen yang kita tulis di dalam aplikasi Pages di dalam iPad, iPhone atau iPod. Dokumen tersebut kita boleh tukarkan ke dalam bentuk e-book. Buku teks yang terdapat di dalam iBooks mempunyai paparan warna yang cantik, gambar rajah dan juga boleh memuat turun video interaktif.Sebagai seorang guru, iBooks amat membantu apabila guru ingin mengajar matapelajaran tertentu dengan menggunakan bahan-bahan dokumen tersebut dalam bentuk PDF di dalam iPad Pages kemudian boleh dipindahkan ke dalam bentuk iBooks dengan cara memuat turun bahan tersebut dalam ruangan penyimpanan iBooks. Guru atau pelajar juga boleh menggunakan bahan bacaan eletronik di dalam iBooks dengan hanya sentuh sahaja paparan skrin tersebut dan mereka boleh memilih buku yang ingin di baca. Jikalau ada pengguna yang tidak tahu maksud tentang sesuatu ayat, mereka hanya perlu highlight pada perkataan tersebut dan terus berkongsi perkataan tersebut di laman Facebook atau melalui email. Dari situ, kawan-kawan atau pengguna yang lain boleh berkongsi maklumat dengan mereka. Selain daripada itu, bagi guru yang ingin menulis pelbagai jenis dokumen, mereka boleh eksport dokumen tersebut ke dalam bentuk format ePub. Perisian ePub ialah salah satu bentuk e-books yang boleh membaca semua jenis bahan bacaan eletronik. Guru boleh menghantar dokumen tersebut dengan menggunakan iTunes. Bahan bacaan e-book tersebut guru boleh kongsikan bersama-sama pelajar dan juga rakan guru yang lain. Aplikasi iBooks juga membolehkan pengguna untuk memilih saiz dan jenis tulisan. Contohnya, apabila guru membaca sesuatu bahan pengajaran, guru tersebut boleh terus mengedit bahan tersebut dari e-book tersebut dan juga boleh menambahkan bahan-bahan lain seperti gambar, video dan sebagainya. Oleh itu, guru boleh menggunakan aplikasi iBooks atau buku teks eletronik ini bersama pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar hanya perlu mencari koleksi buku tersebut di dalam iBooks dan mereka dapat memuat turun buku tersebut dengan cepat dan mereka juga dapat mencari nota-nota lain yang berkaitan dengan pembelajaran mereka pada masa itu. 2) Numbers

Numbers ialah satu perisian yang perlu dimuat turun dari Apple Store melalui iTunes. Aplikasi ini menyerupai Excel di dalam perisian Windows. Dalam aplikasi Numbers ini, telah terdapat beberapa template yang boleh digunakan untuk membuat carta, graf, grafik, pengiraan belanjawan, pengiraan markah pelajar dan sebagainya. Semua formula telah disediakan di dalam ruangan Spreed Sheet dan pengguna hanya perlu memilih mengikut kesesuaian penggunaanya. Apabila pengguna telah memilih Spreed Shet yang ingin digunakan, mereka boleh memindahkan mana-mana maklumat yang mereka perlukan seperti gambarajah, carta atau sebagainya dengan hanya memilih maklumat yang dikehendaki. Di dalam Template Chooser terdapat pelbagai template yang kita boleh gunakan di sekolah, rumah, pejabat dan sebagainya. Melalui Numbers Spreed Sheet juga kita dapat menyusun semua tugasan kita dan ianya amat membantu bagi memastikan semua tugasan kita lebih tersusun dan memudahkan kita untuk memulakan setiap tugasan. Selain daripada itu, kita boleh menukar bentuk tulisan, saiz dan warna tulisan. Penggunaan Numbers dalam Pengajaran

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan berasaskan teknolgi pendidikan, aplikasi Numbers dapat membantu guru untuk membuat satu perancangan atau penyusunan tugasan dengan menggunakan Spreadsheet yang terdapat dalam Numbers. Syarikat Apple yang telah mencipta aplikasi di dalam iPad ini juga telah membina pelbagai jenis template di dalam aplikasi Numbers ini dan ianya dapat membantu untuk kita memilih template yang bersesuain dengan kerja yang ingin dilakukan. Contohnya, penggunaan Numbers untuk mengira markah untuk peperiksaan matapelajaran Sejarah. Apabila jadual telah dibuat, guru hanya perlu memasukkan formula. Kemudian boleh memilih font tulisan dan size huruf yang ingin digunakan.

Dalam Nombor, spreadsheet dibina secara fleksibel. Jadi, anda boleh memilih jadual, carta, grafik, dan teks di mana-mana anda mahu pada halaman tersebut. Browser Media juga boleh digunakan untuk dimuat turunkan dengan video yang dipilih. Contohnya, guru yang mengajar matapelajaran Geografi, mereka boleh membina garf atau carta menggunakan Numbers, kemudua mereka boleh memasukkan video ke dalam carta yang dibina. Selain daripada itu, hanya dengan satu klik, anda boleh mengakses foto anda daripada filem, iPhoto anda, dan video anda. Navigator yang terdapat pada lembaran aplikasi Numbers telah menyenaraikan setiap jadual, carta, dan kunci dalam spreadsheet anda supaya memudahkan anda untuk memilih mana-mana bahagian projek anda yang ingin dibuat perubahan. Spreedsheet yang dibina di dalam Numbers boleh dimuat turun ke dalam iCloud dan boleh diakses dari mana-mana gadget yang mempunyai perisian App Store Mac yang dibina ke dalam IOS.

3) Keynotes

Keynotes adalah aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat tayangan slide. Keynotes amat mudah digunakan dan pengguna boleh berkongsi penyampaian tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Aplikasi ini terdapat pada iPad, iPhone anda, dan iPod Touch. Tidak kira di mana anda berada, iCloud boleh menyimpan kerja anda dan dimuat turun secara automatik ke dalam ruangan penyimpanan.

Penggunaan Keynotes dalam Pengajaran

Setiap pengguna iPad yang ingin membina persembahan dengan menggunakan Keynotes boleh memilih daripada 12 tema Apple yang telah terdapat dalam aplikasi ini. Setiap tema mempunyai bentuk dan saiz tulisan, warna, tekstur, dan latar belakang, serta pelbagai susun atur yang anda boleh pilih setiap kali anda menambah slaid baru. Anda hanya perlu menyentuh paparan skrin yang terdapat pilihan yang ingin digunakan dan boleh mula menaip apa sahaja yang anda ingin persembahkan dalam slide tersebut. Pengguna boleh tulis tajuk dengan menggunakan papan kekunci pada skrin. Kemudia masukkan gambar, carta, dan jadual.

Pada aplikasi Keynotes, terdapat navigasi slaid, ianya menunjukkan pandangan thumbnail untuk slaid anda. Jikalai anda ingin menambah yang baru, hanya sentuh pada thumbnail slide tersebut dan mulakan kerja yang anda ingin lakukan. Ianya juga mudah untuk mengedit objek atau gambar pada slaid dan juga untuk mengubah saiz, menukarkan kedudukan gambar, carta, atau grafik pada slide. Tambahan gambar atau video juga boleh dimasukkan ke dalam slide.

Selain daripada itu, aplikasi Keynotes ini juga mempunyai carta atau imej yang berbentuk 3D. Pengguna boleh menonjolkan imej yang dipilih untuk digunakan dalam persembahan slide dengan animasi 3D yang lebih sempurna dan menyeronokkan mereka yang akan menonton tayangan slide tersebut. Aplikasi Keynotes ini juga membolehkan pengguna menambahkan animasi bergerak pada slide. Ianya seperti satu tayangan drama kerana aplikasi Keynotes ini mempunyai kualiti yang bagus pada tayangan garafik dan imej.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi Keynotes ini amat berguna untuk guru atau pensyarah mengajar di dalam kelas. Kelebihan aplikasi ini ialah boleh membuat persembahan slide yang berbentuk 3D. Bagi guru yang mengajar matapelajaran Geografi, mereka boleh menggunakan graf atau carta yang berbentuk 3D, ini dapat menarik lebih minat pelajar. Manakala bagi guru yang mengajar Sejarah, mereka boleh import video atau membuat satu drama kecil kemudian dipindahkan ke dalam Keynotes. Aplikasi ini juga menbantu guru untuk aktiviti pengajaran di mana-mana sahaja dan mereka juga tidak perlu risau jikalau mereka tertinggal di rumah atau di pejabat bahan-bahan yang mereka perlukan untuk mengajar seperti tayangan slide ini kerana data tersebut boleh diakses melalui simpanan yang terdapat dalam iCloud.

4.0 Kajian Lepas Penggunaan Teknologi berbantukan Komputer dalam P&P4.1 PengenalanKehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna dan bermanfaat. Bab ini membincangkan tentang teori-teori dan ciri-ciri pembelajaran dengan menggunakan perisian multimedia. Selain daripada itu juga, kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan kaedah pembelajaran tersebut juga turut dibincangkan dalam tinjauan literatur ini.4.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah satunya menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan.Seterusnya, jika pengetahuan untuk menggunakan komputer ada tetapi tanpa kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk berkomunikasi tentu tidak membawa banyak impak terhadap proses globalisasi yang sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya, seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era maklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital..Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (synchronous) melalui rangkaian setempat atau global.

4.3 Multimedia Dalam PendidikanMultimedia ialah integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikan. Rekabentuk pengajaran berbantukan perisian multimedia adalah satu disiplin tentang kefahaman dan pembaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi gol pengajaran.Multimedia interaktif juga telah terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh masa yang panjang dan ianya boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding kaedah pengajaran tradisi (Ng dan Komiya, 2000; Hofstetter, 1995). Selain itu, penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga di dapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses pembelajaran (Thomas, 1996).

4.4 Faedah Perisian Kursus Dalam PendidikanMenurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003) penggunaan perisian multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan. Penggunaannya dapat mengatasi kelemahan serta masalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran biasa di dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ianya menjadi perangsang kepada guru serta menjadi alat yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan.Multimedia akan mengubah cara pengajaran biasa, yang memperlihatkan pelajar pintar akan menemui dan menjelajah tahap yang diajar oleh guru melalui kaedah biasa. Penggunaan perisian multimedia di dalam pendidikan adalah satu alternatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, perisian multimedia pendidikan ini dapat memperkaya proses pembelajaran. Ia bukan bermatlamat untuk menggantikan guru seperti kaedah pengajaran yang berasaskan guru seperti dalam kaedah biasa (Rozinah, 2002)4.5 Faedah pengajaran berasaskan pembelajaran berbantukan komputerMengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zoraini Wati Abas (1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum sekolah menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran. Komputer yang digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan semasa proses pembelajaran sangat penting, kerana melalui perhatian tersebut akan menatijahkan sesuatu yang diharapkan.Kajian lepas telah banyak menyatakan bahawa penggunaan perisian multimedia mampu membuktikan bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat dimaksimakan bagi mendapatkan kesan positif terhadap pembangunan pelajar. Suasana pembelajaran seperti ini akan membantu pelajar dan guru menguasai kemahiran kognitif yang diperlukan untuk mensintesiskan pengetahuan. Penggunaan kesemua elemen di dalam multimedia adalah penting bagi merangsang pemikiran pelajar.Oleh itu dalam kajian ini penyelidik telah mengkaji keberkesanan penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi dan minat pelajar. Perisian ini juga boleh meningkatkan pencapaian murid sekaligus dapat meningkatkan suasana sekolah yang lebih baik.

5.0 Metodologi KajianKajian ini merupakan satu kajian yang bertujuan mengenalpasti dan mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian iOs di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini terbatas kepada 10 orang guru di salah sebuah sekolah rendah di Sg Petani, Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat. Kaedah kuantitatif digunakan kerana ia hanya bersifat mendapat maklumat dan pandangan guru-guru yang berkenaan mengenai penggunaan perisian iOs dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kaedah tinjauan digunakan di dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik. Domain yang diukur di dalam borang soal selidik ini adalah domain pengajaran.5.1 Dapatan KajianAspek Pengajaran

Skala yang diberikan untuk mengetahui persepsi guru dari aspek pengajaran ialah :1 : Sangat Setuju, 2 : Setuju, 3 : Tidak Pasti, 4 : Kurang Setuju dan 5 : Tidak Setuju. Dari dapatan kajian data yang diperolehi adalah seperti berikut :Persepsi Responden12345Min

Saya suka mengajar menggunakan perisian iOs ini.

330%

220%

440%

110%

00%2.14

Perisian iOs sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran semua subjek.

440%330%110%110%110%2.35

Penggunaan perisian iOs ini memudahkan saya mengajar setiap topic.

330%

220%

440%110%00%2.35

Penggunaan perisian iOs dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih jelas

220%330%220%330%00%2.08

Saya berharap setiap guru akan terus menggunakan perisian iOs pada masa akan datang.

440%220%330%

110%00%2.22

Saya masih memerlukan penerangan guru yang lebih arif semasa menggunakan perisian ini.660%220%

110%110%00%2.10

Didapati 30% (3 orang) sangat setuju dan 20% (2 orang) setuju, 40% (4 orang) tidak pasti, 10% (1 orang) kurang setuju, dan tiada sesiapa yang tidak setuju bahawa guru suka mengajar dengan menggunakan perisian iOs ini. Dapat dirumuskan di sini seramai 4 orang guru yang memilih tidak pasti adalah kerana perisian ini bagi mereka masih sangat baru dan perlu mengambil masa untuk mengendalikannya. Manakala min bagi item ini ialah 2.14.Didapati 40% (4 orang) sangat setuju, 30% (3 orang) setuju, 10% (1 orang) tidak pasti, 10 % (1 orang) kurang setuju dan 10% (1 orang) tidak setuju perisian multimedia sangat sesuai digunakan dalam semua pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana setiap aplikasi perisian ini mempunyai pro dan kontra dalam setiap subjek yang diajar Manakala min bagi item ini ialah 2.35

Didapati 30% (3 orang) sangat setuju, 20% (2 orang) setuju, 40% (4 orang) tidak pasti, manakala masing-masing kurang setuju dan tidak setuju 10% (1 orang) sahaja bahawa penggunaan perisian multimedia memudahkan saya mengajar setiap topik. Manakala min bagi item ini ialah 2.35.Didapati 20% (2 orang) sangat setuju, 30% (3 orang) setuju, 20% tidak pasti, 30% (3orang) kurang setuju dan tiada yang tidak setuju akan penggunaan perisian multimedia dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih jelas. Manakala min bagi item ini ialah 2.08.Didapati 40% (4 orang) sangat setuju, 20% (2 orang) setuju, 30% (3 orang) tidak pasti, 10% (1 orang) kurang setuju dan tiada yang tidak setuju bahawa setiap guru akan terus menggunakan perisian iOs pada masa akan datang. Manakala min bagi item ini ialah 2.22.Didapati 60% (6 orang) sangat setuju, 20% (2 orang) tidak setuju, 10% (1 orang) tidak pasti dan 10% (1 orang) tidak setuju bahawa setiap guru masih memerlukan penerangan guru yang lebih arif semasa menggunakan perisian iOS ini. Manakala min bagi item ini ialah 2.10.

6.0 RumusanPara pendidik pada hari ini perlu melengkapi diri mereka dengan keilmuan mutakhir dan minda yang progresif bertepatan dengan keperluan informasi (Wan Liz 2000: 169). Para pendidik seharusnya bijak mengatasi keadaan ini bagi membantu pendidik menangani perkembangan dalam ICT yang berlaku dengan begitu pantas, di mana pengetahuan dan kemahiran baru sentiasa muncul. Tanpa pengetahuan dan kemahiran ICT yang secukupnya, para pendidik tidak dapat memaksimumkan potensi teknologi yang ada untuk meningkatkan kualiti serta keberkesanan pengajaran mereka dalam proses P&P.

7.0 RujukanAhmad Fuad Othman. (2003). Pendidik dan pendidikan di era digital: Pendekatan dancabarannya. Wawasan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Bil.17. Jun 2003. Bil.1Assessment & Teaching of 21st Century Skills. (2012). What Are 21st Century Skills?. Diambil pada 16 November 2012 daripada http://atc21s.org/index.php/about/what-are-21st-century-skills/Bahagian Teknologi Pendidikan. (2012). Pengurusan Sumber Pendidikan. Diambil pada 16 November 2012 daripada http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/ index.php/faqs/211-teknologi-pendidikan.htmlBaharuddin Aris, Rio Sumarni (2002), Rekabentuk Perisian Multimedia, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Johor BaharuEffandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin, Sabri Ahmad (2007), Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala LumpurHalimah Badioze Zaman (1999). Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan. Jurnal BTP Bil. 1 Tahun 1999.Ismail Zain (2004) Pembelajaran Berbantukan Komputer. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.Wan Zahwan .(1998). Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran Di Abad Ke 21: Satu Perbincangan. Diambil pada 20 November 2012 daripada http://myais.fsktm.um.edu.my/5147/1/1.pdf

LAMPIRAN

SOAL SELIDIK PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN iOS DALAM PENGAJARAN.Berikan pendapat anda mengenai perkara berikut mengikut skala di bawah ;1. Sangat Setuju.2. Setuju.3. Tidak Pasti.4. Kurang Setuju.5. Tidak Setuju.Persepsi Responden12345

Saya suka mengajar menggunakan perisian iOs ini.

Perisian iOs sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran semua subjek.

Penggunaan perisian iOs ini memudahkan saya mengajar setiap topic.

Penggunaan perisian iOs dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih jelas

Saya berharap setiap guru akan terus menggunakan perisian iOs pada masa akan datang.

Saya masih memerlukan penerangan guru yang lebih arif semasa menggunakan perisian ini.

19