8
Tarian Ulik Mayang – Tarian Tradisional Ritual di Malaysia Kesenian di Malaysia dapat dilihat melalui Seni Lakon dan Seni Tampak (Seni Halus). Seni Lakon merupakan bidang kemahiran persembahan yang berunsurkan nilai kreatif dan nilai etnik yang dipertontonkan secara terbuka kepada masyarakat, manakala seni halus merujuk kepada ukiran dan anyaman. Salah satu contoh Seni persembahan yang popular adalah Tarian Tradisional yang terdapat sesetengah negeri-negeri di negara kita. Sebagai contoh tarian tradisional yang telah dianggap ritual contohnya adalah Tarian Ulik Mayang. Pasti ramai yang sudah biasa dengan persembahan tradisi ritual Ulik Mayang yang sangat popular di Terengganu. Namun, kebanyakan mereka hanya mengenali Ulik Mayang sebagai salah satu tarian tradisional kita disertai dengan lagu Ulik Mayang yang popular itu kerana kedatangan Islam pada awal kurun ke-17 di Tanah Melayu, tarian tersebut telah diuabah-suaikan daripada unsur-usur permujaan Asal-usul Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Tarian tersebut tarian pemujaan Semangat Puteri dalam

Tarian Ulik Mayang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tarian Ulik Mayang

Tarian Ulik Mayang – Tarian Tradisional Ritual di Malaysia

Kesenian di Malaysia dapat dilihat melalui Seni Lakon dan Seni Tampak (Seni Halus).

Seni Lakon merupakan bidang kemahiran persembahan yang berunsurkan nilai kreatif dan nilai

etnik yang dipertontonkan secara terbuka kepada masyarakat, manakala seni halus merujuk

kepada ukiran dan anyaman. Salah satu contoh Seni persembahan yang popular adalah Tarian

Tradisional yang terdapat sesetengah negeri-negeri di negara kita. Sebagai contoh tarian

tradisional yang telah dianggap ritual contohnya adalah Tarian Ulik Mayang.

Pasti ramai yang sudah biasa dengan persembahan tradisi ritual Ulik Mayang yang sangat

popular di Terengganu. Namun, kebanyakan mereka hanya mengenali Ulik Mayang sebagai

salah satu tarian tradisional kita disertai dengan lagu Ulik Mayang yang popular itu kerana

kedatangan Islam pada awal kurun ke-17 di Tanah Melayu, tarian tersebut telah diuabah-suaikan

daripada unsur-usur permujaan

Asal-usul Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Tarian tersebut tarian

pemujaan Semangat Puteri dalam Ulek Mayang yang merujuk kepada tujuh semangat yang

berasal dari laut. Sebenarnya, Semangat Puteri memang sudah wujud dikalangan masyarakat

Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar-umbi dari kepercayaan animisme

Melayu. Tujuh Semangat Puteri itu diberi nama Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri

Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh. Di dalam Tarian Ulik Mayang, Puteri Tujuh

dikatakan lebih kuat dari 6 Semangat Puteri yang lain.

Identiti bagi tarian ulit mayang ini adalah gabungan tiga jenis kesenian tradisi iaitu

nyanyian, tarian dan pertunjukan yang menunjukkan unsur-unsur ritual iaitu unsur permujaan.

Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada

Page 2: Tarian Ulik Mayang

penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan dan upacara mengubati pesakit degan

menggunakan semangat yang dipuja.

Persembahan Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari Terlebih dahulu

mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang

tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang

memegang mayang tidak sedarkan diri. Nyanyian lagu Ulek Mayang yang merdu beserta tarian

ringkas, dirambas dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar dating

menyembuhkan pesakit. Ketika upacara Ulek Mayang sedang berlangsung, Tok Bomoh akan

memegang bunga kelapa (mayang) atau daun pinang. Sambil membaca jampi serapah, Tok

Bomoh akan mengulik (menyapukan) daun pinang ke atas seluruh badan pesakit berulang kali.

Persembahan Tarian Ulik Mayang di tepi pantai

Page 3: Tarian Ulik Mayang

Lirik nyayian lagu tarian Ulik Mayang adalah:

Ulek mayang ku ulekUlek dengan jala jemala

Ulek mayang diulekUlek dengan tuannya puteri

Ulek mayang diulekUlek dengan jala jemala

Ulek mayang diulekUlek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serongPuteri dua bersanggol sendengPuteri dua bersubang gading

Puteri dua berselendang kuningUmbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serongPuteri empat bersanggol sendengPuteri empat bersubang gading

Puteri empat berselendang kuningUmbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serongPuteri enam bersanggol sendengPuteri enam bersubang gading

Puteri enam berselendang kuning

Umbok mayang diumbokUmbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serongPuteri tujuh bersanggol sendengPuteri tujuh bersubang gading

Puteri tujuh berselendang kuningUmbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulek

Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serongTuan puteri bersanggol sendengTuan puteri bersubang gading

Tuan puteri berselendang kuningUmbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulek

Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul muYang laut balik ke laut

Yang darat balik ke daratNasi berwarna hamba sembahkan

Umbok mayang ku umbokUmbok dengan jala jemala

Pulih mayang ku pulihPulih balik sedia kala

(Lirik daripada Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan, Kementerian Kebudayaaan dan

Pelancongan Malaysia, 2003)

Page 4: Tarian Ulik Mayang

Kesimpulan, selain daripada Tarian Ulik Mayang masih banyak tarian tradisitional yang

berunsurkan ritual terdapat didalam negeri-negeri lain contohnya Tarian Mak Yong dari

Kelantan, Tarian Kuda Kepang dari Johor yang di bawa oleh pendatang Jawa, Sumazau dari

Sabah dan Ngajat dari Sarawak. Kesemua contoh tarian tersebut mempunyai asset yang

tersendiri dan nilai yang amat tidak ternilai. Selain dipertontonkan kepada Masyarakat tempatan,

kini seni lakon warisan kebudayaan Malaysini juga diterima daripada pelancong luar kerana

keunikan dan keindahan warna-warni seni lakon menerusi contoh-contoh seni lakon yang

terdapat di negara kita.

Tarian Ulik Mayang (Main Puteri)

Page 5: Tarian Ulik Mayang

Rujukan

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia (2003). Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian : Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan. Diperolehi Januari 29, 2011 daripada http://www.kpkk.gov.my/pdf/buku/ulikmayang.pdf

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (2008). Kategori: Tarian Ulik Mayang. Diperolehi Januari 29, 2011, daripada http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=441&menu_id=53&c3=50&click=1

Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir (2009). Ulik Mayang: Seni Tarian dalam Animasi 2Dimensi.Diperolehi Mac 12, 2011 daripada http://projektahunakhiramir.blogspot.com/2009/07/ulik-mayang-adaptasi-cerita-dan-tarian.html

Utusan Online (2009). Hiburan: Aswara martabatkan kisah Ulik Mayang. Diperolehi Januari Mac 12, 2011, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm

Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2011).Ulek mayang. Diperoleh Mac 12, 2011 daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ulek_mayang