9
TEKS MODERATOR FORUM SHOULD I PRESS THE BUTTON? Masa Perkara Tindakan Teks PENDAHULUAN 1. Pendahuluan ringkas 2. Memperkenalkan tajuk 3. Memperkenalkan ahli forum Andai patah sayap rajawali, Bertongkat jua saya disini, Tapi bukan untuk mencari calon suami Hanya utk mengemudi forum mlm ini. Saya Nazrila Hairin bt Mohd Nazeri sbg moderator anda pada mlm ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua hadirin sekalian. Segala puji bagi Allah yang memberi kita ruang dan peluang untuk bersama-sama menambah ilmu dan mendengar apa yang bakal disampaikan oleh para panel kita yang didatangkan khas bagi membuka satu laluan pemikiran agar kita menjadi insan yang cemerlang pada masa akan datang. Seperti mana yang sedia maklum, tajuk forum kita pada hari ini adalah “Should I Press The Button”. Saya percaya ada diantara anda yang tertanya tanya apakah maksud disebalik

teks.docx

Embed Size (px)

Citation preview

TEKS MODERATOR FORUM SHOULD I PRESS THE BUTTON?MasaPerkaraTindakanTeks

PENDAHULUAN1. Pendahuluan ringkas2. Memperkenalkan tajuk3. Memperkenalkan ahli forumAndai patah sayap rajawali,Bertongkat jua saya disini,Tapi bukan untuk mencari calon suamiHanya utk mengemudi forum mlm ini.

Saya Nazrila Hairin bt Mohd Nazeri sbg moderator anda pada mlm ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua hadirin sekalian. Segala puji bagi Allah yang memberi kita ruang dan peluang untuk bersama-sama menambah ilmu dan mendengar apa yang bakal disampaikan oleh para panel kita yang didatangkan khas bagi membuka satu laluan pemikiran agar kita menjadi insan yang cemerlang pada masa akan datang.

Seperti mana yang sedia maklum, tajuk forum kita pada hari ini adalah Should I Press The Button. Saya percaya ada diantara anda yang tertanya tanya apakah maksud disebalik tajuk ini. Tajuk ini adalah berkenaan dengan permasalahan penggunaan media sosial dalam kehidupan mahasiswa.

Untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai topik ini marilah kita berkenalan dengan para panel kita. Betul lah bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.Panel yang pertama, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UITM Shah Alam, iaitu saudara Ahmad Naqiuddin bin Mohamed.Panel yang kedua, Encik Muhammad Harits Asyraf bin Hasnan. Beliau merupakan wartawan penyiaran di Astro Awani 501. Dan seterusnya, panel kita yang ketiga ialah, Cik Hanan binti Othman atau lebih dikenali sbg HBO. Beliau adalah Pakar Geosaintis Eksplorasi Petronas Carigali Sdn Bhd dan juga Ketua Biro Media Wanita ISMA.

Pusingan pertamaYDP1. Soalan pertama diajukanHadirin hadirat sekalian,

Media sosial adalah sebuah media online dan penggunaannya adalah untuk memudahkan komunikasi dengan melalui blog blog, forum,wiki dan jejaring sosial seperti Facebook, Twitter dan Wechat. Mahasiswa juga menggunakan media sosial dalam bantuan pembelajaran mereka. Tetapi malangnya, ada diantara mahasiswa yang menyalahgunakan media sosial dengan menyebarkan soalan peperiksaan melalui media sosial ini. Jadi untuk pusingan pertama ini, saya tujukan kepada YDP apakah pandangan YDP sendiri terhadap isu ini.

Terima kasih diucapkan kepada YDP kita.

EN. HARITHSekarang ini zaman fb, twitter, blog blog. Muncullah ramai journalist to be, wartawan yg tidak diiktiraf ataupun citizen journalist. Padahal berita yang dikeluarkan pun tidak pasti kesahihannya. Sbg cth, isu MH370, bermacam-macam spekulasi yang timbul. Jadi apa pendapat encik Harith tntg citizen journalist? Perlukah spekulasi spekulasi sebegini wujud.

Terima kasih

CIK HANANSoalan terakhir utk pusingan pertama ini saya tujukan kpd cik Hanan. Sering kali pada zaman kini banyak orang yang mengupdate di laman sosial Ya Allah bantulah hambamu ini. dan sebagainya. Jadi dari segi perspektif islam, baikkah penggunaan media sosial dalam Islam itu sendiri..

Terima kasih kpd cik Hanan atas pandangan yang sgt baik itu tadi.

Pusingan keduaYDP1. Soalan kedua diajukanJadi skrg kita di pusingan yang kedua, dimana saya akan bertanyakan soalan yg agak panas sedikit. Sedar atau tidak, bila google sahaja Kelab Penentang MPP, maka akan terkeluarlah sebanyak 85,600 results mengenai perihal MPP sedangkan MPP berpecah peluh menjalankan tugas. Saya faham sekiranya yang menentang itu adalah u lain kerana parti pilihanraya mereka berbeza dgn kita. Mereka mempunyai dua parti politik universiti iaitu Pro M dan Pro Aspirasi, tetapi yang menyedihkan saya, mereka yg menentang merupakan pelajar UITM sendiri. Jadi, apakah pandangan YDP terhdp isu penentangan MPP dilaman sosial?

Sungguh panas sekali. Terima kasih _______________

ENCIK HARITHSedar atau tidak, rating di tv semakin menurun. Sebaliknya, online news yang semakin meningkat. Mereka lebih menggemari membaca secara online seperti laman siakap keli, pen.merah daripada media penyiar. Adakah kerana faktor arus perdana sudah tidak relevan utk generasi kini? jadi apakah pendapat encik

CIK HANANKini cabaran utk menangani IS dilihat makin mencabar kerana IS menggunakan media sosial utk mengembangkan ideologinya bg menarik lebih ramai umat islam khususnya menyasarkan kpd generasi muda. Kita pernah mendengar seorang hafizah yang telah ditangkap ketika hendak menaiki kapal terbang. Katanya nak mengerjakan umrah walhal, sebenarnya dia nak pergi menyertai IS dan syahid disana. Dia juga ada mengatakan bahawa dia seorang hafizah yang terpedaya dengan IS melalui laman sosial. jadi apakah pandangan ustazah.

Pusingan ketigaYDP1. Soalan ketiga diajukan(hantar melalui wasap dprd pelajar NR)dia merupakan pelajar yang tinggal di seksyen 7. Setiap pagi mereka terpaksa keluar rumah pada pukul 7 pg. bas akan datang pada pukul 7.30 dan 8.30. satu bas tidak cukup utk menampung keseluruhan jumlah pelajar yg tinggal di seksyen 7. Kesudahannya, mereka akan datang lambat ke kelas. Jadi, apakah tindakan YDP terhadap isu ini? dan saya juga terpanggil utk bertanyakan hal mengenai perubahan sistem UiTM kenapa kelas bermula pada pukul 8 pg? saya yakin ramai yang ingin tahu mengenai hal ini.

ENCIIK HARITHBaru baru ini saya telah membaca satu news online,saya dapati wartwan yang menulis tentang isu banjir di Cameron Highland telah mengambil sumber maklumat daripada Twitter walhal wartawan tersebut tidak berada di lokasi kejadian. Jadi beretikakah seorang wartwan itu jika dia mengambil sumber di media sosial? dan bolehkah seseorang wartwan yang mendapat sesuatu maklumat kemudian dia sebarkan maklumat itu melalui Twitternya?

CIK HANANZaman skrg ini ramai wanita yang mengejar populariti dengan menggunakan laman sosial. sebagai cth, spt di Ig dan fb, rata rata mereka menguploadkan gambar setiap hari semata mata utk mendapatkan like yg byk. Isu ini melibatkan majoriti wanita termasuklah yang bertudung. Jadi dari segi perspektif Islam apa pandangan cik?

KonklusiAkhir sekali sebelum kita menutup tirai, kita beri peluang kpd ketiga tiga panel kita utk membuat kesimpulan ringkas bagi tajuk kita malam ini.

Konklusi ringkasBaiklah para panel, saya mahukan jwpn yes or not. Jadi, Should i Press the Button?

YES= ? NOT=? kita telah mendapat jwpn drpd para panel kita, jadi terpulanglah kepada anda tepuk dada trdanya selera

TAMATJadi terima kasih diucapkan kepada para panel kita pd mlm. Segala salah silap harap dimaafi. Seterusnya, saya serahkan majlis kpd pengerusi majlis.