Upload
mhasmawi
View
287
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider - High Speed I
Search the Web
PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN PEX2102
TEORI PENTAKSIRAN ASASPengukuran adalah proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif bagi sesuatu ujian pembelajaran dan di nyatakan dalam unit pernomboran atau peratusan atau gred .. mengunakan skala ordinal, skala jeda (interval) bagi menentukan kedudukan dan pencapaian murid di bilik darjah atau tahap yang sama .. skala ordinal digunakan untuk pangkatan gred atau kedudukan murid mengikut pencapaian markah .. skala jeda (interval) mengandungi unit markah yang sama pemberatan dengan nilai tersendiri dan digunakan untuk membandingkan gred diantara bilik darjah dan lain-lain
Dalam erti kata,
skala ordinal menentukan kebolehan murid dengan/dan pencapaian skala Interval merangkumi markah dan gred bagi membandingkan tahap pencapaian di antara murid di dalam bilik darjah
Pengujian adalah satu cara sistematik bagi mengukur perubahan sikap individu (Gagne. R.M, 1965) Sesuatu ujian adalah untuk mengukur sikap dan tingkahlaku murid terhadap aktiviti yang diperolehi adalah instrumen pengukuran bagi memperolehi maklumat mengenai pencapaian murid dalam bidang atau domain kognitif , psikomotor dan afektif .. adalah perlu untuk menunjukkan aktiviti murid dalam perubahan tingkahlaku melalui pemerhatian atau ujian formal .. bermula dengan peringkat pembinaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat pemeringkatan .. bagi memastikan murid menguasai kemahiran tertentu dan memperolehi pengetahuan yang di berikan
Penilaian di definisikan sebagai proses bagi menentukan , mendapatkan dan menyediakan maklumat berguna untuk tujuan dan matlamat yang di perlukan Penilaian adalah satu sistem atau proses yang merangkumi aktiviti mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menganalisa dan menterjemahkan keputusan Penialain adalah satu proses kualitatif Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, analisis dan penterjemahan
Tujuan Pengujian
i) ii) iii) iv) v)
Menentukan perubahan tingkahlaku murid Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat
Tujuan Pengukuran
i) Menempatkan murid ke aliran yang sesuai ii) Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu iii) Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu iv) Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu
Tujuan Penilaian
i) Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran ii) Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran bagi membolehkan aktiviti pengayaan dan pemulihan iii) Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan perancangan strategi pengajaran yang
lebih berkesan iv) Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan v) Mentaksir keberkesana pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM
Apa itu Pentaksiran ?
Pentaksiran adalah dari perkataan Latin yang bermaksud "duduk bersama" dengan pembelajar dan mengesahkan respon adalah bermaksud dengan apa yang dimaksudkan !
Dalam kebanyakan perancangan pentaksiran kepastian atau kebolehpercayaan terhadap pentaksiran adalah amat berkurangan.
Kebanyakan pentaksiran dikatakan tidak mempunyai nilai "kesahan" dan "kebolehpercayaan"
Apa Yang Boleh Di Taksir? Pengetahuan, Sikap, Kemahiran
Perancangan Pentaksiran hendaklah :
Bebas dari bersifat berat sebelah atau di pengaruhi oleh .... (bias)
Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya) di ajar dan dipelajari Menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajarab (pengajaran dan.atau kuikulum) Memaklumkan ketidak sefahaman
(Dipetik dari Adapted from Champagne, Lovitts and Calinger (1990).Assessment in the Service of Instruction. Washington, AAAS.)
Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?
Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid Memantau kemajuan murid Memberi dan menetapkan penggredan Menentukan keberkesanan pengajaran Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan Menilai guru dan pendidik Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran
Terdapat beberapa jenis pentaksiran yang digunakan bagi pentaksiran berasaskan sekolah
Di antaranya adalah pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif, pentaksiran kebolehan, ujian kertas dan pensil, ujian kecergasan, ujian rujukan norma dan ujian rujukan
kriteria.
Pentaksiran Formatif direka bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran apa yang dipelajari diajalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab, pembacaan, kuiz dan kerja-rumah kesilapan di perbetulkan serta merta boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian pensil dan kertas keputusan ujian dicatatkan dalam rekod kemajuan murid membuat dan mengambil keputusan berikutan seperti menempatkan kumpulan pelajar mengikut tahap, menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan
Oleh itu, pentaksiran formatif adalah untuk membimbing dan memperbaiki pembelajaran yang termasuklah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, membimbing pembelajaran, penempatan dan pemilihan dan mengenalpasti dan mengesan kemajuan potensi
Pentaksiran Sumatif meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan ketika sesi persekolahan, pertengahan tahun dan akhir tahun biasanya ujian pensil dan kertas yang formal atau ujian bertulis
digunakan untuk menentukan dan memberi gred digunakan untuk menentukan pencapaian murid dan keputusan ujian boleh digunakan untuk tujuan mengadakan aktiviti susulan , pemulihan dan pengayaan
di catatkan didalam rekod kemajuan murid, untuk membuat pemilihan dan penempatan ke aliran kumpulan yang sesuai
dijalankan terutamanya untuk menentukan pencapaian dalam kelas dan membuar perbandingan diantara satu dengan lain
dijalankan pada pertengahan tahun, akhir tahun pengajian seperti UPSR, Penilaian Berasaskan Sekolah (SBE), PMR, SPM dan STPM
Menentukan gred mengikut tahap pencapaian dan sijil diberikan
Pentaksiran Kemajuan/Pencapaian digunakan untuk menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid dalam keadaan
sebenar digunakan untuk menentukan sejauhmanakah murid tahu dan berupaya melihat potensi diri dikenali juga dengan nama pentaksiran auntentik e.g. pentaksiran pembangunan - mentaksir kemajuan berdasarkan sikap, tingkah laku, personal dan pembangunan sosial - mengunakan skala pemerhatia dan Likert pencapaian berasaskan persampelan pemikiran
- menghendaki murid menjawab soalan, menyelesaikan masalah, menulis atau menjalankan sesuatu akitiviti
pameran atau persembahan - mengunakan dan memerlukan kompetensi murid tentang menunjukkan kebolehan visual, persembahan , kemahiran atau lisan portfolio - pencapaian dan kebolehan berterusan berasaskan koleksi tugasan sebenar, hasilan lukisan. penulisan, ujian , kuiz
Pentaksiran Pensil dan Kertas melibatkan kemahiran bahasa murid perlu memperolehi kemahiran membaca dan memahami dan kemahiran menulis kecuali ujian lisan dan persembahan mengunakan kemahiran kognitif e.g. objektif (dalam bentuk jawapan pendek, melengkapkan atau aneka pilihan (MCQ) dan ujian subjektif (esei terbuka, fakta dan esei terarah)
Pentaksiran Kecergasan digunakan sebagai ujian kebolehan dalam pendidikan jasmani ujian kelajuan bagi mengukuri kepantasan seperti lari 100 meter , Malaysian Teacher Selection Test (MTest) ujian ketahanan bagi mengukur tahap ketahan dan kecergasan murid pendidikan jasmani
Pentaksiran Pemerhatian
teknik alternatif yang digunakan sebagai penilaian formatif tnkahlaku murid juga digunakan untuk aktiviti pembelajaran, pentaksiran persembahan, dan akitviti amali e.g. PE, bengkel
kaedah yang digunakan adalah berstruktur (sistematik), tidak berstrukutur (kritikal) dan pemerhatian separa struktur
mengunakan borang atau senarai semak
Pentaksiran Rujukan Norma
Digunakan untuk membandingkan pencapaian individu dengan individu yang lain atau diantara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain dengan mengunakan keputusan dari ujian yang sama
Sejenis ujian sumatif e.g. PMR, UPSR, SPM, STPM Aras kesukaran ujian ditetapkan pada tahap 25% mudah,50% sederhana dan 25% sukar
ujian rujukan norma menpunyai kekurangan; keputusan ujian tidak mengambarkan samada murid adalah bersedia untuk bergerak keperingkat lebih tinggi atau lebih baik
ujian rujukan norma juga tidak sesuai untuk mengukur objekif afektif dan psikomotor e.g. sikap dan nilai adalah bersifat peribadi , oleh itu, membandingkan diantara murid lain adalah tidak sesuai; untuk mengukur pembelajaran psikomotor satu ketetapan keterangan adalah perlu untuk membuat penghakiman keatas sesorang individu
ujian rujukan norma mengalakkan persaingan dan perbandingan terhadap skoran
Pentaksiran Rujukan Kriteria Digunakan untuk menentukan pencapaian individu mengikut kriteria atau piawai tertentu yang telah ditetapkan dalam sesuatu bidang dan kemahiran pembelajaran Dijalankan selepas sesuatu kemahiran telah di tunjukkan dan keputusannya digunakan untuk membanding kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya eE.g.
ketetapan telah ditetapkan bahawasanya murid harus boleh menjawab
sekurang-kurangnya 4 dari 5 soalan dengan betul tetapi jika murid hanya mampu menjawab 3 sahaja dari 5 soalan maka murid dianggap gagal untuk menguasai
kemahiran yang telah ditetapkan Ujian yang dijalankan atau di tetapkan kepada objektif pembelajaran dipanggil sebagai ujian berasaskan atau rujukan objektif Merupakan ujian formatif dan oleh itu memerlukan tindakan pemulihan dan pengayaan
Pentaksiran Diagnostik
Boleh merupakan pentkasiran formatif atau sumatif Digunakan untuk menganalisa dan menterjemah data yang disediakan oleh pentaksiran formatif dan sumatif
Membuat anggaran kekuatan dan kelemahan murid dan guru agar boleh diambil tindakan selanjutnya
Pengukuran melibatkan data sistematik yang dikumpulkan mengikut "peraturan" Pengujian Penilaian satu bentuk pengukuran spesifik memberikan penghakiman keatas pengumpulan data
Pentaksiran pengintegrasian data kualitatif dan kuantitatif yang dikumpulkan untuk menyediakan maklumat mengenai pembelajar, apa yang diajar dan bagaimana ianya di ajar
Pentaksiran = Pengukuran+ Pengujian + Penilaian
Penafian/Disclaimer. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman iniPage Created 23 Apr 07 and last updated on 10 January 2009 by Pengendali@ 2006