24
TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN PENGAJARAN OLEH PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN ASAS PEDAGOGI (SPP 2002) WONG GING CHING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN

PENGAJARAN OLEH PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN

ASAS PEDAGOGI (SPP 2002)

WONG GING CHING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)
Page 3: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)
Page 4: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN

PENGAJARAN OLEH PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN

ASAS PEDAGOGI (SPP 2002)

WONG GING CHING

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)
Page 6: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

iii

Untuk ayah yang dikasihi,

WONG KIING TAI

dan ibu tersayang,

SU SUOK CHUO

Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan mendidik dan memeliharaku serta dorongan dan iringan doa kalian...

Buatmu abang-abang dan adik yang disayangi,

GING SING, GING ZING dan GING SIENG

Keprihatinan dan sokongan kalian amat dihargai Semoga kejayaan dan kebahagian mengiringi hidup kalian...

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

Segala bimbingan, tunjuk ajar, bantuan dan sokongan yang diberikan dalam membantu kejayaanku,

ribuan terima kasih ku ucapkan...

Buat teman-temanku yang dirindui,

Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, prihatin dan bantuan anda semua. Semoga kejayaan kita diiringi dengan kesejahteraan di dunia dan akhirat

dan akan kukenang selamanya...

Page 7: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

iv

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek

Sarjana Muda, Dr. Baharin Bin Abu, atas bimbingan, dorongan dan galakan serta

nasihat yang diberikan sejak awal kajian ini dirancang sehinggalah projek ini

disempurnakan. Beliau telah menyumbangkan khidmat dengan ikhlas dalam

memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Sekalung penghargaan juga ditujukan khas untuk Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalani kajian ini.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua pelajar

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan yang mengambil mata pelajaran Asas Pedagogi

(SPP 2002) pada semester satu sesi 2005/2006 atas kesudian mereka menjadi

responden serta komitmen kerjasama yang diberikan.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan

seperjuangan atas dorongan dan cadangan membina. Tanpa sokongan dan tunjuk

ajar mereka, penyelidik tidak dapat menyiapkan laporan ini dengan lancar dan

sempurna.

Akhirnya, penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penulis

menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 8: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap sikap, minat belajar dan penilaian

pengajaran oleh pelajar SPA/E/J/H terhadap mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP

2002) di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian deskriptif ini melibatkan 152

pelajar Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan yang

mengambil kursus Asas Pedagogi (SPP 2002) pada semester pertama sesi 2005/2006.

Responden terdiri daripada 141 pelajar Melayu, 5 pelajar Cina, 3 pelajar India dan 3

pelajar kaum yang lain. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan

dalam kajian ini ialah 0.92. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik

yang mengandungi 3 bahagian, iaitu bahagian A (3 item latar belakang), bahagian B

(55 item objektif) dan bahagian C (2 item subjektif). Data-data kuantitatif bahagian

A dan B yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 12.0

(Statistical Packages For Social Sciences) dan dijelaskan dalam bentuk peratusan,

kekerapan dan min. Data kualitatif bagi item bahagian C dikategorikan mengikut

tema dan dikuantitikan dalam bentuk kekerapan. Dapatan kajian mendapati bahawa

sikap belajar dan minat belajar pelajar terhadap mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP

2002) berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap pengajaran

pensyarah dalam mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002) berada pada tahap tinggi.

Walau bagaimanapun, aspek teknologi pengajaran pensyarah berada pada tahap

sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan masalah-masalah pengajaran dan

pembelajaran yang dihadapi adalah masalah sikap dan kemahiran belajar pelajar,

pengajaran pensyarah, masa, suasana belajar, silibus, teknologi pengajaran dan

minat. Beberapa cadangan dan implikasi kajian juga dibincangkan.

Page 9: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to investigate students’ attitude, interest and

their evaluation of the delivery of lectures for the subject of Basic Pedagogy (SPP

2002) in the University Technology of Malaysia. The respondents consisted of 152

Technique and Engineering (PTK) students of the Faculty of Education who took

the subject, Basic Pedagogy during the first semester of the academic term of

2005/2006. The respondents involved comprised of 141 Malays, 5 Chinese, 3

Indian and 3 from other races. The cronbach’s alpha for the instrument in this

research was 0.92. The instrument used was a questionnaire which was divided into

three sections. Section A comprised of demographic items, section B comprised of

55 items related to the three objectives of this research and section C comprised of

open-ended questions. The quantitative data of sections A and B were analyzed

using the Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 12.0 for Windows to

obtain the percentages, frequencies and means. Meanwhile, the qualitative data of

section C were categorized and tabled in terms of frequency. The result of this

research shows that the attitude and the interest of the students towards the learning

of Basic Pedagogy subject were at high levels. Besides that, findings show that the

students’ perceptions towards the lecturer’s delivery of the subject of Basic

Pedagogy were also at a high level. However, the delivery of lectures with the help

of technology was found to be at medium level. This research also shows that the

problems faced by the students for the subject of Basic Pedagogy were related to the

students’ attitude and study skills, the delivery of lectures, the time factor, learning

environment, syllabus, use of technology and students’ interest. A number of

suggestions and implications of this research were also discussed.

Page 10: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

Page 11: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

viii

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Skop Kajian 7

1.9 Definisi Operasional 7

1.9.1 Sikap 7

1.9.2 Minat Belajar 8

1.9.3 Penilaian Pengajaran 8

1.9.4 Pelajar 9

1.9.5 Mata pelajaran Asas Pedagogi 9

(SPP 2002)

1.10 Kesimpulan Dan Organisasi Laporan 10

2 SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Konsep Pembelajaran 11

2.3 Sikap Belajar 13

2.4 Minat Pelajar 16

2.5 Tanggungjawab Guru Dan Pengajaran 18

2.5.1 Persediaan Mengajar 20

2.5.2 Penstrukturan Dan Penyampaian 22

Pengajaran

2.5.3 Pengawasan Suasana Pengajaran 24

2.5.4 Teknologi Pengajaran 26

2.5.5 Kualiti Keperibadian 27

2.5.6 Kemahiran Berkomunikasi 29

2.6 Masalah-masalah Pembelajaran 31

2.7 Kesimpulan 37

Page 12: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

ix

3 METODOLOGI KAJIAN 38

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Populasi Kajian 39

3.4 Tempat Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 41

3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 43

3.7 Prosedur Kajian 44

3.8 Penganalisisan Data 44

3.9 Kesimpulan 46

4 ANALISIS DATA 47

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Dan Dapatan Kajian Bahagian A 47

4.2.1 Jantina, Etnik Dan Kursus 48

4.3 Analisis Dan Dapatan Kajian Bahagian B 49

4.3.1 Tahap Sikap Belajar Pelajar SPA/E/J/H 50

Dalam Pembelajaran Asas Pedagogi

(SPP 2002)

4.3.2 Tahap Minat Belajar Pelajar SPA/E/J/H 55

Terhadap Pelajaran Asas Pedagogi

(SPP 2002)

4.3.3 Tahap Prestasi Pengajaran 58

Pensyarah Asas Pedagogi (SPP 2002)

4.4 Analisis Dan Dapatan Kajian Bahagian C 71

4.5 Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Mata 72

Pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002)

4.6 Cadangan Meningkat Prestasi Pengajaran 76

Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Asas

Page 13: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

x

Pedagogi (SPP 2002)

4.7 Kesimpulan 78

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 80

5.1 Pengenalan 80

5.2 Rumusan Kajian 80

5.2.1 Tahap Sikap Belajar Pelajar 81

Terhadap Mata Pelajaran Asas

Pedagogi (SPP 2002)

5.2.2 Tahap Minat Belajar Pelajar 81

Terhadap Mata Pelajaran Asas

Pedagogi (SPP 2002)

5.2.3 Tahap Prestasi Pengajaran 82

Pensyarah Dalam Mata Pelajaran

Asas Pedagogi (SPP 2002)

5.2.4 Masalah Pengajaran Dan 82

Pembelajaran Yang Dihadapi

Dalam Mata Pelajaran Asas

Pedagogi (SPP 2002)

5.3 Perbincangan Kajian 83

5.3.1 Tahap Sikap Belajar Pelajar 83

Terhadap Mata Pelajaran Asas

Pedagogi (SPP 2002)

5.3.2 Tahap Minat Belajar Pelajar 86

Terhadap Mata Pelajaran Asas

Pedagogi (SPP 2002)

5.3.3 Tahap Pengajaran Pensyarah Mata 88

Pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002)

5.3.3.1 Persediaan Mengajar 88

5.3.3.2 Penstrukturan dan Penyampaian 90

Page 14: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

xi

Pengajaran

5.3.3.3 Pengawasan Suasana Pengajaran 91

5.3.3.4 Teknologi Pengajaran 93

5.3.3.5 Kualiti Keperibadian 94

5.3.3.6 Kemahiran Berkomunikasi 95

5.3.4 Masalah-masalah Pengajaran dan 96

Pembelajaran Yang Dihadapi Dalam

Mata Pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002)

5.4 Cadangan Kajian 98

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 98

5.4.2 Cadangan Kepada Pensyarah 99

5.4.3 Cadangan Kepada Fakulti 100

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 100

5.6 Kesimpulan 101

RUJUKAN 102

Lampiran A - F 111-126

Page 15: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Populasi pelajar Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan 40

yang mengambil kursus mata pelajaran Asas Pedagogi

pada semester satu sesi 2005/2006

3.2 Bilangan item berhubung persoalan kajian untuk 42

Bahagian B

3.3 Skala ordinal empat mata 42

3.4 Pengkategorian semula skala ordinal empat mata 45

4.1 Taburan responden mengikut jantina 48

4.2 Taburan responden mengikut etnik 48

4.3 Taburan responden mengikut kursus 49

4.4 Pengkategorian semula skala ordinal empat mata 49

4.5 Pengkelasan kesesuaian berdasarkan analisis markat min 50

4.6 Analisis peratus dan min sikap belajar pelajar SPA/E/J/H 51

dalam Asas Pedagogi, SPP 2002 pada semester satu sesi

2005/2006 (n=152)

4.7 Analisis peratus dan min minat belajar pelajar SPA/E/J/H 55

terhadap Asas Pedagogi, SPP 2002 pada semester satu sesi

2005/2006 (n=152)

4.8 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 58

pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002 pada

semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek persediaan

mengajar (n=152)

Page 16: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

xiii

4.9 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 60

pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002 pada

semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek penstrukturan

dan penyampaian pengajaran (n=152)

4.10 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 62

pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002

pada semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek

pengawasan suasana pembelajaran (n=152)

4.11 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 64

pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002 pada

semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek teknologi

pengajaran (n=152)

4.12 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 66

pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002 pada

semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek kualiti

keperibadian (n=152)

4.13 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 68

pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002 pada

semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek kemahiran

berkomunikasi (n=152)

4.14 Nilai purata min dan sisihan piawai aspek pengajaran 70

pensyarah Asas Pedagogi pada semester satu sesi 2005/2006

4.15 Min dan sisihan piawai keseluruhan aspek tahap sikap 71

belajar, minat belajar pelajar dan prestasi pengajaran

pensyarah mata pelajaran Asas Pedagogi pada semester

satu sesi 2005/2006

4.16 Masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran yang 72

dihadapi dalam mata pelajaran Asas Pedagogi, SPP 2002 pada

semester satu sesi 2005/2006

4.17 Cadangan pelajar untuk memperbaiki proses pengajaran 76

dan pembelajaran dalam mata pelajaran Asas Pedagogi,

SPP 2002 pada semester satu sesi 2005/2006

Page 17: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

xiv

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Pengkelasan kesesuaian berdasarkan analisis markat min 45

Page 18: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

xv

SENARAI SINGKATAN UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PTK - Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

SPA/E/J/H - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Packages for Social Sciences

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Elektrik)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Jentera)

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Page 19: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

xvi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Soal selidik untuk responden 111

B Pengesahan soal selidik 120

C Nilai kebolehpercayaan soal selidik 122

D Surat pengesahan pelajar 123

E Surat memohon kebenaran menjalani kajian 124

F Surat permohonan menulis laporan akhir Projek 126

Sarjana Muda dengan melebihi 100 muka surat

Page 20: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Lulus cemerlang dalam setiap mata pelajaran menjadi impian setiap pelajar.

Untuk mencapai hasrat ini, pelajar perlu menanamkan dalam diri segala sifat yang

boleh membawa ke mercu kejayaan sejak dari awal-awal lagi (Supyan Hussin, 2001).

Pelajar memerlukan sikap, minat, usaha yang tinggi dalam pembelajaran untuk

memperoleh gred yang baik. Dengan mengamalkan teknik pembelajaran yang

bersistematik dan berkesan serta gabungan semangat dan usaha yang gigih sahaja

yang dapat menjamin kecemerlangan di dalam akademik (Burns dan Sinfield, 2003).

Menurut Bernard (2003), pembelajaran di universiti berbeza dengan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Pembelajaran di universiti adalah

lebih unik, kompleks dan lebih masa pengajarannya dan pelajar lebih bersifat tidak

terlalu bergantung kepada pengajar. Pelajar wajib mengetahui akan kaedah belajar

yang betul serta kemahiran belajar seperti pengambilan nota kuliah, penggunaan

perpustakaan dan sebagainya untuk pembelajaran yang efektif. Pelajar perlu

mempunyai inisiatif diri dan displin yang tinggi dalam pencarian ilmu.

Kaedah pembelajaran yang berkesan membolehkan pembelajaran yang cekap

dengan menggunakan tenaga yang paling minimum untuk memperolehi hasil yang

paling maksimum. Seseorang pelajar dikatakan mengamalkan kaedah pembelajaran

Page 21: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

2

yang berkesan sekiranya menggunakan cara yang betul, sistematik, berfaedah,

berkesan dan dapat memaksimumkan hasil pembelajaran (Khalid Mohamad Nor,

2002).

Keberkesanan pembelajaran itu pula bergantung kepada beberapa faktor

pelajar seperti sikap belajar pelajar, minat belajar pelajar dan usaha pelajar.

Keberkesanan pembelajaran juga berkait rapat dengan pengajaran pensyarah seperti

kaedah pengajaran, suasana persekitaran, alat bantu mengajar dan kaedah

komunikasi pensyarah yang dapat melahirkan situasi pembelajaran yang berkesan

(Salhah Abdullah, 2005). Menurut Race (2003), dalam proses pembelajaran, pelajar

perlu mengetahui keberkesanan pembelajarannya. Pelajar perlu memastikan

kelancaran dan peningkatan pembelajaran sentiasa wujud. Masalah pembelajaran

perlu dikenalpasti dan langkah penyelesaian perlu diambil sebelum masalah itu

menjadi serius. Kaedah pembelajaran yang lemah bukan sahaja akan membazirkan

masa tetapi juga tidak dapat membantu pelajar untuk memperoleh gred yang

cemerlang.

Di samping itu, Ee Ah Meng (2005) menjelaskan pensyarah juga perlu

mempunyai beberapa sifat yang boleh mendorong pembelajaran maksimum.

Pensyarah akan menentukan sama ada pengajaran itu menyeronokkan atau

sebaliknya. Pensyarah yang profesional dapat membantu pembelajaran pelajar

dalam memudahkan pemahaman konsep pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Sifat

profesional dan peribadi pensyarah boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang

kondusif.

Kesimpulannya, sikap belajar, minat belajar dan kaedah pengajaran

pensyarah boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.

Sifat-sifat ini perlu dikaji supaya dapat mempertingkatkan proses dan hasil

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut.

Page 22: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar yang mengikuti kursus pendidikan di Fakulti Pendidikan UTM

diwajibkan mengambil mata pelajaran Asas Pendidikan untuk memenuhi syarat

pengajian. Mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002) adalah salah satu mata

pelajaran Asas Pendidikan. Mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002) juga

merupakan mata pelajaran teras Fakulti Pendidikan.

Matlamat mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002) adalah bertujuan untuk

melengkapkan pelajar yang merupakan bakal guru dengan pengetahuan dan

kemahiran asas berkaitan dengan aspek pengajaran dan pembelajaran. Pelajar

didedahkan dengan beberapa model, strategi dan kaedah pengajaran, aspek

pengurusan bilik darjah. Pelajar juga dikehendaki membuat perancangan, proses

pelaksanaan, serta penilaian pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Di samping

itu pelajar akan didedahkan dengan aplikasi kemahiran berfikir dengan menekankan

kepada kemahiran menggunakan pelbagai kecerdasan, teori otak, jenis pemikiran,

alat pemikiran deBono dan kaedah mengajar kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif.

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan nadi kepada sistem

pendidikan. Hasil pengajaran dapat diperhatikan melalui perubahan tingkah laku

pelajar yang diharapkan (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2004). Namun,

keberkesanan pembelajaran tertakluk kepada beberapa faktor tertentu. Cara

pengajaran pensyarah dan faktor diri pelajar yang berlainan memberi kesan

pembelajaran yang berbeza (Salhah Abdullah, 2005). Untuk memperoleh keputusan

yang cemerlang memerlukan inisiatif, usaha dan semangat belajar yang kuat.

Masalah pembelajaran merujuk kepada segala perkara yang boleh

mengagalkan proses pemerolehan ilmu pelajar. Masalah pembelajaran boleh

mempengaruhi pemahaman pelajar dalam sesuatu mata pelajaran dan seterusnya

pencapaian pelajar akan terjejas. Oleh itu, masalah pembelajaran perlu dikenalpasti

dan diatasi untuk pembelajaran yang efektif.

Page 23: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

4

Untuk memperoleh gred yang baik dalam mata pelajaran Asas Pedagogi

(SPP 2002), pelajar perlu mengamalkan cara pembelajaran yang betul dan berkesan.

Banyak kajian telah mendapati sikap belajar pelajar, minat belajar dan pengajaran

pensyarah penting dalam mencapai kejayaan pelajar. Dengan amalan pembelajaran

yang berkesan dan pengajaran pensyarah yang tersusun dan menarik, pelajar akan

mudah untuk menguasai mata pelajaran itu.

1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran Asas Pedagogi dapat menyediakan guru pelatih dengan

prinsip pengajaran yang dapat membantu guru mengajar dengan berkesan (Esah

Sulaiman, 2004). Menurut Mok Soon Sang (2003), guru mesti menguasai ilmu

pedagogi dengan baik bagi menjadi pendidik yang profesional. Kenyataan ini

disokong oleh Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2003) yang

menyatakan kemahiran pedagogi merupakan landasan kepada pengetahuan pengajar.

Ilmu pedagogi mustahak untuk mengenali kaedah menguruskan pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan. Setiap pelajar kursus pendidikan perlu dapat

menguasai mata pelajaran Asas Pedagogi.

Untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam

pembelajaran mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002), tahap sikap belajar, tahap

minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran Asas

Pedagogi perlu dikaji dan difahami. Dengan mengumpul maklumat-maklumat sifat

pembelajaran pelajar terhadap mata pelajaran Asas Pedagogi, penyelidik dapat

mengetahui tahap pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Asas Pedagogi.

Seterusnya, langkah menangani masalah pembelajaran mata pelajaran Asas

Pedagogi dapat diambil.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat pembelajaran pelajar dalam

mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002). Aspek yang dikaji adalah tahap sikap

Page 24: TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN ... filetinjauan tahap sikap, minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran asas pedagogi (spp 2002)

5

belajar, tahap minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata

pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002).

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:

(i) Mengenalpasti tahap sikap belajar pelajar terhadap mata pelajaran

Asas Pedagogi (SPP 2002).

(ii) Mengkaji tahap minat belajar pelajar terhadap mata pelajaran Asas

Pedagogi (SPP 2002).

(iii) Menilai tahap prestasi pengajaran pensyarah dalam mata pelajaran

Asas Pedagogi (SPP 2002).

(iv) Menentukan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi

oleh pelajar dalam mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002).

1.5 Persoalan Kajian

Daripada objektif di atas, kajian ini menentukan empat persoalan kajian

seperti di bawah:

(i) Apakah tahap sikap belajar pelajar terhadap mata pelajaran Asas

Pedagogi (SPP 2002)?

(ii) Apakah tahap minat belajar pelajar terhadap mata pelajaran Asas

Pedagogi (SPP 2002)?

(iii) Apakah tahap prestasi penilaian pengajaran pensyarah oleh pelajar

dalam mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002)?

(iv) Apakah masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dalam mata

pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002)?