Upload
mohd-rizal-mohd-taher
View
4.373
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 Prinsip Etika Kerja
1.0.1 Maksud Etika
Etika berasal daripada perkataan Greek, Ethos diertikan sebagai sikap dan adat yang menetukan
tingahlaku iaitu penemuan baik buruk perbuatan manusia.1 Etika berkait rapat dengan moral,
akhlak dan nilai sungguhpun secara terperinci terdapat perbezaan ketara antara satu dengan yang
lain. Menurut Grassian ( 1981 ) etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral
iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan
sosial dan cirri – cirri kehidupan yang baik.2
Cherrington ( 1980 ) pula menyatakan bahawa etika kerja merujuk kepada sikap positif
terhadap kerja. Individu yang bekerja dengan rasa gembira mempunyai etika yang lebih baik
daripada mereka yang tidak seronok dengan kerjayanya.
Hitt ( 1990 ) berpendapat prinsip etika kerja adalah meempunyai maksud yang sama
dengan nilai kerja.
Rafik Issa ( 1998 ) pula mentakrifkan etika sebagai satu set prinsip moral yang
membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Beliau menyambung dengan menambah bahwa
etika merupakan satu perkara yang normatif kerana menjelaskan apa yang perlu dilakukan atau
perlu menahan diri daripada melakukannya.
Mengikut Kamus Dewan (2000 : 401 ) etika adalah prinsip moral atau akhlak atau nilai –
nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan.3Menurut Institut
letegriti Malaysia ( 2007 :17 ) pula mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang
menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen.
1 Rusniyati Binti Mahiyaddin , Hubungan Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Organisasi : Kajian Dikalangan Kakitangan Lembaga Urusan Tabung Haji , Nilai dan Etika Kerja , m.s:10.2 Rusniyati Binti Mahiyaddin , Hubungan Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Organisasi : Kajian Dikalangan Kakitangan Lembaga Urusan Tabung Haji , Nilai dan Etika Kerja , m.s:14.3 Solahuddin bin Ismail , Mohd Nizho bin Abdul Rahman , Islam Survaival Ummah , Etika Perniagaan Mengikut Al-Quran , 2011 , m.s:117
1.0.2 Maksud Kerja
Perkataan kerja itu merujuk kepada usaha yang mesti dilakukan oleh seseorang untuk menyara
hidupnya.4 Dalam perkataan lain , pemahaman kita terhadap konsep kerja hanyalah berkisar
kepada aspek ekonomi semata-mata. Ia merupakan satu proses bagaimana manusia memuaskan
keperluan lahiriahnya yang dikenali sebagai human needs dalam istilah pengurusan moden.
Konsep pengurusan moden juga menekankan bahawa ukuran atau nilai yang diberikan terhadap
kerja adalah nilai kegunaan iaitu dalam bentuk nilai baik atau burk , berguna atau tidak sesuatu
pekerjaan itu bergantung kepada sejauh mana human needs dapat dipenuhi.
Jadi dalam Islam kerja membawa maksud yang lebih luas dari aspek ekonomi semata-
mata.5 Matlamat sesuatu pekerjaan mengikut falsafah Islam tidak mengutamakan keseronokan ,
kesenangan dan keselesaan yang dapt memenuhi segala keinginan dan hawa nafsu yang tidak
terbatas itu. Tetapi yang ditekankan adalah sesuatu pekerjaan itu dapat memenuhi tuntutan Allah
ke atas dirinya sebagai hamba. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“ Dia yang menjadikan bumi untukmu dengan mudah kamu jalani maka berjalanlah
kamu beberpa penjurunya dan makanlah rezeki Allah , dan kepadaNya (kamu) berbangkit ” ,
(Surah al-Mulk :15)
Bekerja dan berusaha mencari rezeki adalah menjadi suatu aturan tabi’I bagi manusia
untuk terus hidup bagi memenuhi keperluan dan tuntutan hariannya. Ini bererti bekerja adalah
sesuatu yang sangat dituntut oleh Allah S.W.T untuk membolehkan umat manusia memakan
rezeki kurniaany-Nya dan secara tidak langsung ia akan menjadi mekanisme memakmurkan
bumi ini.6 Hal ini sesuai dengan konsep penciptaan manusia itu sendiri sebagai khalifah di muka
bumi. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu , maka berjalanlah di segenap
penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.
(Surah al-Mulk , 67:15)
4 Shukri Ahmad , Adab dan Etika Kerja Dalam Organisasi , Konsep Kerja Menurut Pandangan Islam , 2001 , m.s:25 Shukri Ahmad , Adab dan Etika Kerja Dalam Organisasi , Konsep Kerja Menurut Pandangan Islam , 2001 , m.s:46 Mohd Shukri Hanapi , Prinsip dan Masyarakat Islam , Kerja Secara Islam , 2002 , m.s:43.
Firman-Nya lagi yang bermaksud:
Wahai kaum-ku , sembahlah Allah , sekali-kali tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya.
Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan memerintahkan kamu supaya
memakmurkannya.
(Surah Hud , 11:61)
1.0.3 Etika Kerja Islam
Sukri dan Razali ( 2001 ) etika kerja islam sebagai satu set nilai atau sistem kepercayaan yang
dititipkan daripada Al-Quran dan Al-sunnah mengenai kerja. Ali ( 1992 ) etika kerja islam
menyatakan nilai – nilai murni seperti memelihara kehormatan manusia, mementingkan ketaatan
dan ketekunan kerja.7 Gaskill Thomas (1995), mendefinisikan etika Islam sebagai amalan etika
yang berhubung kaitdengan Islam. Secara lebih tepat, etika Islam merujuk kepada akhlak. Dari
segi bahasa, akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakuan, perangai, watak dan tabiat
dalam diri manusia.
Etika Kerja Islam merujuk kepada suatu set nilai atau sistem kepercayaan yang dititip
daripada al-Quran dan al-Sunnah mengenai kerja.8 Sememangnya budaya kerja Islam menuntut
hubungan secara multi-dimensional dengan pelbagai aspek kehidupan termasuk aspek social ,
politik dan ekonomi. Islam adalah satu cara hidup yang menyeluruh , bersifat fitrah dan
sederhana. Islam juga adalah suatu agama yang menggalakkan manusia bekerja , al-Quran serta
Sunnah itu sendiri telah mencirikan etika kerja Islam yang berbeza dengan etika kerja lain secara
ketara.
1.1 PERKEMBANGAN NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM DALAM
PENTADBIRAN DI MALAYSIA7 Rusniyati Binti Mahiyaddin , Hubungan Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Organisasi : Kajian Dikalangan Kakitangan Lembaga Urusan Tabung Haji , Etika Kerja Islam , m.s:14.8 Shukri Ahmad , Adab dan Etika Kerja Dalam Organisasi , Pengurusan Etika Kerja Cemerlang : Tinjauan dari Konsep-Konsep Utama dalam al-Quran , 2001 , m.s:57.
1.1.1 PENGENALAN
Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat Majmuk yang berbilang kaum dan menjalani cara
hidup yang berbeza antara satu sama lain. Dalam sebuah negara yang merdeka pengamalan
nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah asas dalam membentuk identiti sebuah
negara. Tanpa sesuatu identiti, sesebuah negara itu akan mula kehilangan kesetiaan dan maruah
bangsa tidak dijunjung tinggi oleh rakyat. Nilai yang diamalkan akan bertukar menjadi identiti
sesebuah negara apabila ia diterapkan dan diamalkan dalam masyarakat. Masyarakat Malaysia
menerapkan nilai Islam dalam membentuk sesebuah negara yang produktif dan bermoral tinggi.
Nilai dan etika kerja islam mula diterapkan dalam pentadbiran di Malaysia sekitar tahun
1979. Ia diamanatkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir
Mohamad. Ia bertujuan untuk menyuburkan nilai dan etika berteraskan Islam dalam semua
aktiviti latihan dan amalan pengurusannya. Nilai-nilai Islam yang hendak diterapkan ialah nilai-
nilai yang mampu mendirikan sebuah kerajaan yang cekap dan berkemampuan mentadbir secara
berkesan dari segala segi seperti dari aspek keselamatan , pembangunan dan keamanan supaya
mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.9 Dasar-dasar ini juga digubal untuk
memupuk sikap positif di kalangan anggota perkhidmatan awam supaya setiap satu daripada
mereka mampu menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional secara berterusan.
Dua jabatan penting yang diamanahkan untuk memperkenalkan idea serta menyusun agenda ke
arah melaksanakan dasar nilai-nilai murni kerajaan dan mengamalkan etika kerja islam ialah
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).10
Dasar kerajaan yang digubal hanya mengambil kira 11 nilai- nilai murni islam untuk
diamalkan dalam pentadbiran dan sekaligus membentuk etika kerja islam yang akan dipraktikkan
dalam pentadbiran awam diikuti dengan sektor korporat di Malaysia. Antara nilai-nilai yang
diamalkan ialah : 11
1. Amanah
9 Jurnal nilai dan etika dalam perkhidmatan awam (Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia_1991)10 Jurnal pelaksanaan dasar penerapan nilai-nilai murni di tiga agensi induk Jabatan Perdana Menteri (Abdullah Bin Hj Abdul Rahman_1998) UPM11 Kertas Kerja Dasar Penerapam Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran (Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia)
2. Tanggungjawab
3. Ikhlas
4. Dedikasi
5. Sederhana
6. Tekun
7. Bersih
8. Berdisiplin
9. Bekerjasama
10. Berbudi Mulia
11. Bersyukur
Nilai-nilai ini dapat memelihara kepentingan organisasi serta membina keadilan
sesama pekerja. Supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan di dalam dan luar organisasi. Ia
pasti akan memudahkan pihak pengurusan menjalankan tugas masing-masing. Kesemua nilai
yang hendak diterapkan dalam sistem pentadbiran negara mempunyai sebab kenapa ia dipilih
dan tujuan pelaksanaannya. Nilai-nilai ini diambil berdasarkan ayat-ayat di dalam Al-Quran dan
Hadis. Seperti contoh nilai amanah terdapat di dalam ayat Al-Quran yang menerangkan tentang
nilai amanah berkenaan.12
Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul
(Muhammad) dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan
kepadamu, sedang kamu mengetahui”
12 Sumber internet quran.com/2 dan bayusutu.multiply.com/journal/item/144/pilih _saya_InsyaAlloh_Amanah_tapi_tau_gak_apa_arti_Amanah.
( Surah Al-Anfaal : ayat 27)
Dasar-dasar dan program yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk memupuk
nilai-nilai murni dalam pentadbiran turut mendapat maklum balas positif dari ahli –ahli dan
pakar-pakar pengurusan organisasi dalam sektor swasta.Syarikat-syarikat korporat yang
bertaraf antarabangsa iaitu IBM, SONY, Matsushita dan McDonalds telah berjaya mewujudkan
etika kerja yang diamalkan di setiap peringkat dan lapisan organisasi masing-masing.
Disebabkan itulah kerajaan Malaysia menerapkan etika kerja Islam berdasarkan nilai-nilai Islam
yang bersumberkan Al-Quran dan hadis untuk mewujudkan pekerja yang cemerlang dari
pelbagai aspek supaya dapat menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
1.2 Penerapan Nilai-Nilai dan Etika Kerja Islam Dalam Pentadbiran Awam
Nilai merupakan kepercayaan yang mendorong untuk bertindak mengikut plihan nilai-nilai
murni dalam sesebuah masyarakat . Selain itu , nilai juga diperkatakan sebagai tanggapan dan
penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing . Etika pula bermaksud sikap dan adat
yang menentukan sesuatu tigkah laku . Ianya juga dikenali sebagai prinsip-prinsip kerja yang
terbentuk daripada gabungan unsur nilai , norma dan sikap yang dikongsi bersama di dalam
kumpulan.13
Sesebuah negara mempunyai dua sektor dalam pentadbiran iaitu sektor awam dan sektor
swasta . Pentadbiran awam ini merupakan salah satu institusi yang penting dan utama dalam
sesebuah negara . Tanpanya negara kita tidak akan maju ke depan selangkah demi selangkah
supaya seiring dengan hasrat negara kita. Ianya juga merupakan salah satu usaha negara dalam
mencapai Wawasan 2020 . Demi mencapai ekonomi yang stabil dan sosial yang dirancang ,
pelbagai dasar-dasar dan peraturan yang telah digubal oleh sesebuah kerajaan itu.14
Perkhidmatan awam bertanggungjawab dalam menjadi pelaksana terhadap penggubalan
dasar-dasar dan peraturan agar mencapai matlamat yang diiginkan . Setiap pelaksanaan itu akan
13 Panduan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam (bersama Dato’ Kaswuri Keman_2009)14 Jurnal pembaharuan pentadbiran untuk pembangunan menurut perspektif islam
berkesan sekiranya penjawat perkhidmatan awam melakukan tugas mereka itu dengan cekap dan
berkesan . Malah sebaliknya jika penjawat perkhidmatan awam itu sendiri yang mengamalkan
nahi mungkar (perkara yang dilarang) dan jauhi amar ma’aruf (perkara yang disuruh) , maka
pencapaian matlamat yang diiginkan itu adalah sangat sukar.15
Setiap negara telah melakukan pelbagai inisiatif iaitu dari segi penggubalan dasar-dasar ,
peraturan , program-program , dan sebagainya bagi mencerminkan imej negara mereka yang
bersih dari segi penerapan nilai-nilai murni dan etika kerja yang dituntut dalam islam sejajar
dengan pembangunan negara ke arah kemodenan yang semakin terasa kini . Oleh itu , para
penjawat dalam pentadbiran awam perlu menanamkan nilai-nilai murni yang diperlukan oleh
setiap individu bagi mencapai matlamat negara ini . Secara tidak langsung mereka dapat
memenuhi sebarang keperluan sekiranya berlaku perubahan persekitaran semasa dan cabaran-
cabarannya.16
Dari semasa ke semasa terdapat pelbagai senario-senario yang wujud dalam sektor
pentadbiran awam ini . Antaranya ialah persaingan global semakin sengit , cabaran untuk lebih
berdaya saing , lebih sedar hak mereka , kurang sabar dengan mutu perkhidmatan , ekspektasi
rakyat , tuntutan sektor awam terbaik , dan sebagainya lagi .Selain itu sektor perkhidmatan awam
telah dilabelkan dengan pelbagai imej yang negatif . Antara label yang diberikan iaitu berkaitan
rasuah , tidak cekap , tidak mesra , tidak profesional dan pelbagai lagi .17
Akibat daripada itu , pelbagai dasar dan program telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi
memperbaiki label negatif yang telah diberikan . Pada tahun 1979 , telah diperkenalkan panduan
etika perkhidmatan cemerlanng . Seterusnya , diperkenalkan pula kempen bersih , cekap ,amanah
pada tahun 1982 . Pada tahun 1983 pula ialah kempen kepimpinan melalui teladan . Dasar
penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran awam diperkenalkan pada tahun 1985 .Selain itu ,
pada tahun 1992 pula telah diperkenalkan Buku Tonggak Dua Belas . Terdapat pelbagai dasar
lagi yang diperkenalkan bagi menerapkan nilai-nilai murni etika kerja islam dalam perkhidmatan
awam ini .18
15Jurnal nilai dan etika dalam perkhidmatan awam (Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia_1991)16 Jurnal nilai dan etika dalam perkhidmatan awam (Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia_1991)17 Panduan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam (bersama Dato’ Kaswuri Keman_2009)18 Panduan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam (bersama Dato’ Kaswuri Keman_2009) Jurnal Pemantapan Nilai Integriti Individu Sebagai Teras Pembanguna Staf Berkualiti. Jurnal Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (Institusi Tadbiran Awam Negara (Intan) Malaysia_1991).
Berdasarkan dasar-dasar dan program yang telah diperkenalkan , terdapat pelbagai nilai-
nilai murni dan etika islam yang diterapkan terhadap penjawat awam . Antaranya ialah amanah ,
tanggungjawab , ikhlas , dedikasi ,tekun , berdisiplin dan sebagainya . Dalam usaha penerapan
nilai-nilai dan etika islam dikalangan penjawat pentadbiran awam , terdapat pelbagai cabaran
yang perlu dihadapi oleh mereka.19
Masalah yang dilihat dalam usaha penerapan ini ialah program yang dilakukan tidak
bersungguh-sungguh . Ianya hanya dilakukan seperti “melepaskan batuk di tangga” . Ini kerana
usaha yang dilakukan hanyalah sekadar untuk diletakkan di dalam laporan sahaja . Selain itu ,
penerapan nilai-nilai dan etika islam ini dilakukan terhadap staf-staf bawahan sahaja . Ini
merupakan suatu yang berat sebelah jika dilihat . Oleh itu , contoh dan teladan dari pihak atasan
tidak dapat ditunjukkan bagi mempengaruhi staf bawahan . Secara tidak langsung , sikap
kekeluargaan berdasarkan prinsip persaudaraan berkisarkan aspek musyawarah semakin luntur di
antara mereka.
Pendekatan tauhid juga diterapkan dalam pentadbiran awam ini . Merupakan salah satu
aliran pemikiran pengurusan organisasi dan manusia disamping pendekatan – pendekatan lain
seperti pendekatan pengurusan sesama manusia , pendekatan berasaskan kepada sistem ,
pendekatan pengurusan klasik dan sebagainya . Pendekatan ini lebih menyeluruh kerana ianya
meliputi aspek sesama manusia dan hubungan manusia dengan penciptanya. Terdapat beberapa
ayat Al-Quran yang menerangkan makna dan intipati tauhid :
(tujuan dalam penciptaan manusia)20
“ dan tidak Aku(ALLAH) menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan
diri kepada-KU.” (surah az-zariyat:56)
(untuk mendapatkan keredaan ALLAH)
Kertas Kerja Penghayatan Nilai Dan Etika Kerja Berteraskan Islam Di Jabatan-Jabatan Kerajaan .19 Panduan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam (bersama Dato’ Kaswuri Keman_2009) Jurnal nilai dan etika dalam perkhidmatan awam (Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia_1991) Kertas Kerja Penghayatan Nilai Dan Etika Kerja Berteraskan Islam Di Jabatan-Jabatan Kerajaan20 Jurnal PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (Hairunnizam Wahid,Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor 2002)
“........yang sepatutnya mereka cari ialah keredaan ALLAH dan RASULNYA , sekiranya
mereka adalah daripada orang yang beriman.” (surah at-taubah:62)
(sebagai khalifah ALLAH)
“ dan(ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat : sesungguhnya Aku
(ALLAH) hendak menjadikan seseorang khalifah di bumi.” (surah al-anbbiya:107)
(untuk implikasi tauhid)
“orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan perdagangan daripada mengingati
ALLAH.” (surah an-nur:37)
1.3 PERKEMBANGAN NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM DALAM SEKTOR
SWASTA/ KOPORAT
Nilai-nilai dan etika yang diterapkan oleh kerajaan Malaysia dalam pentadbiran awam turut
memberi kesan kepada sektor swasta dan koporat. Amalan kerja beretika meliputi dari segi
sikap pekerja, komitmen terhadap tugas, perhubungan sesama warga organisasi dan juga
hubungan dengan pihak di luar organisasi
Antara institusi swasta terawal yang menerapkan nilai-nilai murni dan etika kerja islam
dalam pentadbiran dan urusannya ialah Tabung Haji. Ia merupakan antara institusi Islam yang
terawal diwujudkan di Malaysia sekitar tahun 1969. Ia mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat Islam yang terdapat di Malaysia. Selaku sebuah institusi Islam, Tabung Haji perlu
memastikan pengurusannya dilaksanakan secara Islam, profesional dan cemerlang dengan
berlandaskan hukum syarak dan juga nilai-nilai Islam. Demi memastikan ia diamalkan dalam
organisasi, Tabung Haji telah memperkenalkan Nilai dan Etika Kerja Tabung Haji ( NEKTH )
pada tahun 1999.21
Objektif pembentukan NEKTH bertujuan untuk membentuk budaya kerja yang
cemerlang dan profesional di kalangan kakitangan Tabung Haji, mempertingkatkan produktiviti
dan kualiti kerja para kakitangan Tabung Haji,mewujudkan garis panduan kepada perlakuan
21 Jurnal KEFAHAMAN DAN SAMBUTAN TERHADAP KODETIKA ISLAM: PENGALAMAN TABUNG HAJI ( oleh Nor ‘Azzah Kamri)
kakitangan agar mencerminkan Tabung Haji sebagai sebuah organisasi Islamdam melahirkan
kakitangan yang berdaya tahan dan berkeyakinan diri melalui nilai yang dikongsi bersama.
Pelaksanaan NKETH ini dibahagi kepada tiga kelompok. Kelompok-kelompok ini
dibentuk untuk mengukuhkan pelaksanaan NKETH di dalam Tabung Haji. Kelompok pertama
dinamakan sebagai projek NEKTH, kelompok kedua dinamakan sebagai program NEKTH dan
kelompok ketiga dinamakan sebagai aktiviti NEKTH. Projek NKETH menfokuskan kepada
jangka panjang dan pelaksanaan berbentuk formal. Objektif kelompok ini adalah bertujuan
untuk memastikan NEKTH sentiasa difahami, diingati, dilaksana dan diamalkan dalam budaya
kerja kakitangan Tabung Haji.
Antara projek yang telah dilaksanakan adalah Penerbitan buku panduan NEKTH.
Pelaksanaan berbentuk formal dan dalam jangka masa pendek merujuk kepada pelaksanaan
program NEKTH. Ia dijalankan secara rasmi dalam tempoh masa kurang dari seminggu dan
modus operasinya dirangka dengan sistematik. Program NEKTH boleh berbentuk program
penerapan mahupun pengukuhan.Penganjuran Kursus Induksi misalnya lebih merupakan
langkah untuk menerapkan kesemua komponen NEKTH buat pertama kalinya kepada para
kakitangan yang baru berkhidmat di Tabung Haji. Kelompok ketiga adalah aktiviti NEKTH
merujuk kepada langkah-langkah pelaksanaan berbentuk tidak formal yang diadakan secara
berterusan sepanjang tahun tanpa memerlukan modus operasi yang spesifik. Ia disampaikan
secara tidak langsung dan dipraktikan dalam amalan kerja.
Bagi golongan korporat mereka beranggapan bahawa etika dalam kerja adalah bertujuan
untuk menghadkan pengerakan mereka dalam organisasi. Mereka juga bertanggapan bahawa ia
untuk mengongkong serta menyekat kehidupan mereka. Disebabkan kurang pelaksanaan etika
kerja Islam dalam organisasi berkenaan,maka wujudnya masalah etika bagi golongan ini seperti
rasuah dan tidak menepati janji. Etika perniagaan diwujudkan adalah untuk mengawal tingkah
laku para profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan
kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan
bahawa etika kerja profesional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan
masyarakat yang beretika dan berjaya. Pelan Integriti Nasional (PIN) dilancarkan untuk
membimbing sektor korporat dan membangunkan kearah masyarakat yang lebih beretika. 22
22 Jurnal TADBIR URUS KORPORAT PERANAN DAN KEPENTINGAN TERHADAP SEKTOR KORPORAT (Oleh :
PIN adalah salah satu dasar yang diterapkan oleh kerajaan dalam pentadbiran awam dan
turut melibatkan sektor korporat. Pelan Integriti Nasional (PIN), menghuraikan objektif, strategi
dan tindakan yang perlu diambil oleh rakyat Malaysia keseluruhannya bagi meningkatkan
integriti di semua peringkat. Nilai-nilai murni yang membentuk etika kerja islam seperti
amanah, bertangungjawab dan berdisplin melambangkan integriti organisasi itu sendiri sebagai
organisasi yang berlandaskan konsep dan prinsip tersendiri. Nilai-nilai murni kejujuran, jika
diterjemahkan dapat memastikan organisasi terus dapat memberi sumbangan dan peranan dengan
erti kata sebenarnya.
Pembentukan iklim organisasi yang menampilkan kualiti yang bagus adalah antara tujuan
pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( TQM ). 23Kesan daripada PIN ia akan
menghasilkan kepemimpinan yang berintegriti. Penerapan integriti ini akan menjadi penjana
kepada pelaksanaan TQM. PIN peringkat Institusi pengajian Tinggi (IPTA) dilancarkan pada
mei 2005. Ia menjadi garis panduan untuk setiap IPTA untuk menzahirkan kualiti yang terbaik
dari segala aspek. Institusi pendidikan yang mengamalkan pengurusan kualiti teras institusi ia
untuk meningkatkan integriti kepimpinan dan ahli organisasi tersebut. Demi menyahut cabaran
itu Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) turut menubuhkan Institusi Pengajian Tinggi Mara
(IPTMa). Di IPTM ia mefokuskan kepada sistem serta prosedur dalam pelaksanaan TQM.
Seperti yang termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadberan Awam Bil 1:1992, Bil 2:1996,
Bil 1:1997 dan Bil 2:1997 yang merupakan panduan dalam TQM. Untuk perkhidmatan awam
diperkenalkan MS ISO 9000 oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2005.
Tindakan kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai islam dalam membentuk etika kerja
Islam ternyata diamalkan oleh sektor swasta juga. Hasil daripada pengamalan etika kerja islam
dalam organisasi menghasilkan kepemimpinan yang berintegriti dan membentuk iklim organisasi
yang mempunyai kualiti menyerlah. Ternyata perkembangan sektor swasta dan korporat dalam
pengamalan etika kerja islam adalah positif. Etika kerja Islam ini jika diamalkan dalam
pentadbiran awam, sektor swasta dan korporat akan menghasilkan sebuah pentadbiran yang
cemerlang dalam pelbagai aspek dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju akan tercapai.
Dr Md Ishak Ismail1 dan Nur Fa’izah Bt Abu Bakar2)23 Jurnal Kesan Integriti Kepimpinan Dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dimensi Kemanusiaan Terhadap Iklim Proses Organisasi I kajian kes. ( oleh : Dr Mohamad Sani Bin Ibrahim _UKM dan Dr Mumtaz Begam Bin Abdul Kadir ( MARA )
Secara kesimpulannya ,kita dapat melihat bahawa nilai-nilai dan etika islam yang
diterapkan dalam pentadbiran banyak memberi kelebihan tetapi terdapat juga pelbagai masalah
dalam usaha mencapainya .Ianya juga dapat dilihat di dalam ayat-ayat Al-Quran dan
hadis .Pelbagai usaha yang telah dilakukan bagi menerapkan nilai-nilai dan etika islam di
kalangan individu .Antaranya ialah memperkenalkan pelbagai dasar-dasar serta peraturan yang
perlu diamalkan .Secara tidak langsung , ianya dapat memupuk masyarakat kita di malaysia ini
dalam mencapai ke arah kemodenan negara kita di mata dunia
1.4 PERKEMBANGAN PENULISAN ETIKA KERJA ISLAM
1.4.1 ARTIKEL
Abi Ummu Salmiyah 2008 (9 PRINSIP)
1. Melakukan pekerjaan dengan baik
Dalam memilih seseorang untuk diserahkan sesuatu tugas, Rasulullah SAW
malakukannya secara selektif, antaranya dilihat dari segi keahlian, keutamaan dan kedalaman
ilmunya. Beliau juga mengajak mereka agar tekun dalam menunaikan pekerjaan.
Allah S.W.T berfirman :
“Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.
Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al- Mu’minun [23]:51)
“Hai orang-orang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan
kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.”
(Al- Baqarah [2]:172)
Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya Allah mencintai salah seorang di antara kamu yang melakukan satu pekerjaan
dengan baik (ketekunan).”
2. Takwa dalam melakukan pekerjaan
Kerja mempunyai etika yang harus diikut didalamnya. Oleh kerana kerja merupakan
bukti adanya iman dan parameter bagi pahala dan seksa. Para pekerja dapat meningkatkan tujuan
akhirat dari pekerjaan yang mereka lakukan, dalam erti kata lain bukan sekadar memperoleh
upah dan imbalan, tetapi tujuan utama kerja adalah demi memperoleh keredhaan Allah SWT
sekaligus berkhidmat kepada umat. Etika bekerja yang disertai dengan ketakwaan merupakan
tuntunan Islam.
Allah S.W.T berfirman:
“Hai anak adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakain untuk menutup
auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Pakaian itulah yang paling baik dan sebahagian
daripagda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raf [7]:26)
3. Mempunyai sikap baik budi, jujur dan amanah, tidak menipu, merampas dan
mengabaikan sesuatu.
Pekerja harus memiliki komitmen terhadap agamanya, memiliki motivasi untuk
menjalankan kewajiban Allah seperti bersungguh-sungguh dalam bekerja Disamping itu, mereka
harus mengembangkan etika yang berhubungan dengan masalah kerja sehingga menjadi suatu
tradisi kerja yang berdasarkan pada prinsip-prinsip agama. Cara seperti ini mempunyai dasar
yang kuat dalam ajaran Islam. Akhlak Islam tidak tergantung pada manusia bekerja atau tidak
bekerja, namun akhlak Islam lahir dari aqidah Islam, konsisten pada ajaran Islam serta bertalian
halal dan haram
4. Adanya keterikatan individu terhadap diri dan kerja yang menjadi tanggung jawabnya.
Sikap ini muncul dari iman dan rasa takut individu terhadap Allah. Kesedaran ketuhanan
dan spiritualitasnya mampu melahirkan sikap kerja positif. Kesedaran bahawa Allah melihat,
menghisab seluruh amal perbuatannya secara adil dan kemudian akan membalasnya dengan
pahala atau seksaan di dunia. Kesedaran inilah yang menuntut untuk bersikap cermat dan
bersungguh dalam bekerja, berusaha keras memperoleh keredhaan Allah dan memiliki hubungan
yang baik. Dewasa ini sikap semacam itu telah banyak dilupakan orang. Hal ini disebabkan
lemahnya komitmen terhadap agama dan kurangnya konsistensi terhadap ajarannya. Oleh itu,
harus ditanamkan ketakwaan dalam hati dan jiwa manusia.
Allah S.W.T berfirman:
"Sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan seksaan yang sangat pedih dari sisi
Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal
soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,"
(QS. Al-Kahfi [18] : 2).
5. Berusaha dengan cara halal dalam seluruh jenis pekerjaan.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya Allah adalah Dzat Yang Baik, mencintai yang baik, dan tidak menerima
(sesuatu) kecuali yang baik dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang
mukmin sesuatu yang diperintahkan kepada parautusan-Nya."
"Mencari yang halal adalah wajib bagi setiap muslim."
"Empat hal sekiranya ada pada diri anda maka sesuatu yang tidak ada pada diri anda
(dari hal keduniaan) tidak membahayakan anda, iaitu menjaga amanah, berbicara
benar, berperangai baik, dan iffah dalam hal makanan."
6. Dilarang memaksa seseorang, alat produksi atau binatang dalam bekerja.
Para ahli fiqah telah menegaskan pentingnya kasih sayang terhadap para pekerja. Mereka
yang sedar amat memperhitungkan beban yang semestinya dipikul oleh para pekerja. Mereka
melarang membebani binatang diluar kekuatannya. Mereka menyuruh para pekerja menurunkan
barang muatan dari atas punggung haiwan yang mengangkutnya jika sedang istirahat, agar tidak
membahayakan. Demikian pula terhadap alat produksi, agar tidak dipergunakan secara terus
menerus tanpa ada waktu istirahat, guna mengurangi kerosakan yang terlalu cepat, apalagi jika
alat tersebut milik umum.
Sabda Rsulullah SAW :
"Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak atas dirimu."
7. Islam tidak mengenal pekerjaan yang mendurhakai Allah.
Dalam bekerja tidak melakukan hal-hal yang bertentangan dengan syariat Islam seperti
minum minuman keras, mekakukan riba, pelayan bar, pekerja seks komersial (PSK), menghisap
dadah dan bekerja sebagai pembunuh upahan.
Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak ada ketaatan terhadap makhluk untuk mendurhakai Sang Pencipta.
8. Kuat dan dapat dipercaya (jujur) dalam bekerja.
Baik pekerja kerajaan, swasta, bekerja pada diri sendiri, para hakim, para wali rakyat,
maupun para pekerja biasa, mereka adalah orang yang disebut "pegawai tetap". Namun begitu,
pekerja lain, seperti tukang kasut, penjahit, dan lainnya atau para pedagang barang seperti beras
atau para petani, mereka juga harus dipercayai dan kuat.
Allah S.W.T berfirman :
"Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapaku ambillah ia sebagai orang
yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil
untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya."
9. Bekerja secara profesional (ahli).
Aspek profesionalisme ini amat penting bagi seorang pekerja. Maksudnya adalah
kemampuan untuk memahami dan melaksanakan pekerjaan sesuai dengan prinsipnya (keahlian).
Pekerja tidak cukup hanya dengan memegang teguh sifat amanah, kuat, berakhlak dan bertakwa,
namun dia harus pula mengerti dan menguasai pekerjaannnya. Oleh itu, tanpa adanya
profesionalisme atau keahlian, suatu usaha akan mengalami kerosakan dan muflis.
Sabda Rasulullah SAW :
"Bila suatu pekerjaan tidak diserahkan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancurannya."24
1.4.2 JURNAL
RAZALI MD ZAIN 1998-1999 (2 PRINSIP)
1. Ketakwaan sebagai satu nilai yang mutlak
Kita perlu menjadikan takwa sebagai satu nilai mutlak (terminal value) yang penting. Suasana
ketakwaan itu hanya akan muncul dalam organisasi kerja , jika sekiranya manusia yang
menganggotai organisasi itu menerima kedudukan sebagai hamba Allah, satu polisi yang paling
mulia dan tinggi berbanding dengan ciptaan-ciptaan Allah S.W.T yang lain. Di sisi Allah semua
manusia adalah sama kecuali hanya tahap ketakwaan yang mereka miliki mewujudkan perbezaan
di antara mereka. Apabila wujudnya perasaan takutkan Allah di dalam hati kecil setiap ahli
organisasi kerja akan mewujudkan suasana beradab dalam organisasi.
2. Konsep pertanggungjawaban
24 Abi Ummu Salmiyah. (2008,Februari). Etika Kerja Dalam Islam.
” Barang siapa mengerjakan kebaikan meskipun sebesar zarah akan dilihatnya (balasan)
kebaikan itu, barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, meskipun sebesar zarah akan dilihatnya
(balasan) kejahatan itu” (al-Zil zal: 7-8).
Melalui konsep ini Islam mengajar manusia supaya sentiasa berwaspada dan menila
dengan tepat segala amalan perbuatannya menurut ukuran penciptanya sendiri. Ini kerana
kesuluran amalan perbuatannya di dunia akan menentukan sejauhmana dia telah
menyempurnakan atau menyeleweng dari amanah yang dipertanggungjawabkan di atas bahunya.
Konsep pertanggungjawaban atau perhitungan amal ini merupakan aspek penting dalam budaya
kerja berasaskan Islam. Ini adalah selaras dengan kewujudan manusia yang tidak dijadikan sia-
sia dan tidak dibiarkan begitu sahaja.25
SYARIFAH NORHAYATI 2003 (5 PRINSIP)
1. Merancang kerja
Firman allah bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri
melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok
(hari kiamat). Dan beratqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi
PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan” (surah al-Hasyr:18)
Merancang beerti bersedia melaksanakan sesuatu. Islam menganjurkan umatnya supaya
sentiasa bersedia sebelum melakukan sesuatu urusan. Seperti dalam tuntutan solat, umat Islam
wajib melaksanakannya hanya setelah masuk waktu solat. Perancangannya disini ialah
persediaan masa. Masa mengerjakannya pula mengandungi tempoh atau had tertentu yang
menjadi time frame kepada pelaksanaan. Nilai baik apabila dilaksanakan akan mendapat pahala
begitu juga jika melambat-lambatkannya dengan sengaja sehingga masuk waktu bagi solat yang 25 Razali Mat Zin. Ke arah pembinaan etika kerja yang unggul. Jurnal Produktiviti No. 4 1998-1999.
lain akan berdosa. Ayat dibawah menunjukkan bahawa umat Islam dikehendaki bukan sekadar
bersedia, merancang dan menyiapkan diri untuk kehidupan didunia tetapi juga merancang untuk
perhintungan di akhirat.
2. Menghargai Masa
Firman Allah bermaksud:
“ Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan
dengan sabar”
(surah
al-‘Asr:1-3)
Dalam ajaran Islam, hampir ke semua tuntutan fardu adalah bertempoh seperti solat,
puasa, zakat dan haji. Kesemua mempunyai jangka masa tertentu. Ini menunjukkan bahawa
hanya individu yang mempunyai persiapan dan perancangan sama ada dari sudut fizikal, mental
dan kewangan sahaja yang layak dan mampu mengerjakannya. Allah menegaskan bahawa
individu yang tidak menepati masa dikategorikan sebagai ‘manusia yang rugi’ sebagaimana
dalam surah al-‘Asr.
3. Menghendaki Yang Terbaik
Firman Allah bermaksud:
“Maha Berkat (serta Maha Tinggilah Kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan
(dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Dialah yang
mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan amalan
kamu. Siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya dan Ia Maha Kuasa
(membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)”
(surah al-
mulk:1-2)
Firman Allah bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan
perempuan dan Kami telah menajdikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya
kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamudi sisi Allah ialah orang yang
lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amal kamu)”
(surah al-
Hujurat:13)
Faktor ‘Yang Terbaik’ adalah faktor kualiti yang amat dititikberatkan dalam setiap
amalan umat Islam. Allah SWT dalam banyak firmanNya menekankan aspek kualiti sebelum
menerima kuantiti sesuatu amalan. Contoh yang paling jelas ialah amalan solat. Mungkin kita
boleh katakan semua umat Islam mendirikan ibadat ini tetapi tidak semua dapat mengerjakannya
dengan kualiti khusyuk yang merupakan tunggak utama kepada penerimaan amalan tersebut.
4. Bersifat Kompetitif
Maksud:
“ Dan bagi tiap-tiap umat dan arah (kiblat) masing-masing menujunya; oleh itu
berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana dimana saja kamu berada
maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat).
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tipa sesuatu.”
(surah al-
Baqarah:148)
Sifat ini merupakan etika kerja yang sangat digalakkan dalam ajaran Islam. Ianya disebut
antaranya dengan perkataan ‘fastabiqul khairat’ dalam al-Quran yang bermaksud berlumba-
lumba dalam melaksanakan kebajikan.
5. Bermusyawarah
Konsep bermusyawarah di sini melebihi konsep bermesyuarat dalam konteks kerja hari
ini kerana ia meliputi pelbagai nilai khususnya dalam pembentukkan dasar dan pembuatan
keputusan. Nilai-nilai seperi kerjasama, tolak ansur, hormat menghormati, megutamakan
kepentingan dan kebajikan umum. Ia berbeza sedikit daripada konsep mesyuarat kerana boleh
terjadi dalam mesyuarat memutuskan sesuatu berasakan pendapat popular dan pandangan
majoriti walaupun kadangkala tidak mewakili kebajikan umum.26
NOR AZZAH KAMRI (2008)
Pada tahun 2008 Nor ‘Azzah Kamri telah menulis Jurnal Syariah mengenai Kefahaman dan
Sambutan Terhadap Kod Etika Islam melalui pengalaman Tabung Haji. Berdasarkan kajian yang
telah beliau jalankan di tabung haji beliau telah menulis beberapa etika kerja yang diamalkan
oleh Tabung Haji. Antaranya ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t , ikhlas,
amanah,dedikasi dan sabar, tekun dan cekap, adil dan bijaksana, bekerja sebagai satu pasukan,
menghargai masa, hubungan harmoni sesama anggota, berbangga dengan Tabung Haji dan
bermatlamatkan kebahagiaan ummah.27
1.4.3 TESIS
NOR AZAH KAMRI 2002 (7 PRINSIP)
1. Akauntibiliti
“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya), dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)” ( al-Zalzalah 99: 7-8)
2. Itqan
“dan Engkau melihat gunung-ganang, Engkau menyangkanya tetap membeku, padahal
ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (Demikianlah) perbuatan Allah Yang telah
membuat tiap - tiap sesuatu Dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; Sesungguhnya ia
amat mendalam pengetahuannya akan apa Yang kamu lakukan”
(al-Naml 27: 88)
Dalil bersumberkan hadis Nabi s.a.w:
26 Syarifah Hayaati Syed Ismail. Budaya dan etika kerja tempatan: pengaruhnya terhadap pembaharuan hukum. Jurnal IKIM vol 11. June 2003.27 Nor ‘Azzah Kamri. Kefahaman Dan Sambutan Terhadap Kod Etika Islam: Pengalaman Tabung Haji. Jurnal Syariah Jil. 16, Bil 1 (2008), 145-162.
“dari aisyah r.a. katanya, rasulullah s.a.w pernah ditanya: amal yang bagaimanakah
yang paling disukai Allah ? jawab Baginda: Amal yang dikerjakan secara tetap
walaupun sedikit
(al-nawawi 1994, Sahih Muslim bi Syarah al-nawawi. Kitab Salah al-Mufassirin wa Qasruha,
Bab Fadhilah al-Amal al-Daim min Qiyam al-Layl wa ghayruh, no hadith 1827)
3. Kualiti dan Produktiviti
“Daripada Syaddad bin Aws r.a katanya, dua pesanan Rasulullah s.a.w yang selalu ku
jaga iaitu sabdanya: Sesungguhnya Allah memerintahkan kecemerlangan dalam setiap
perkara.
(al-Nawawi (1994), Sahih Muslim bi Syarah al-Nawawi. Kitab al-Sayd wa al-Dhabaih, Bab al-
Amr bi-Ihsan al-Dhabh wa al-Qatl. No hadith 5028).
4. Kolektif (berpasukan)
Daripada Abi Musa bahawa nabi s.a.w telah bersabda:
“Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling
menyokong/meneguhkan antara satu sama lain.
(al-Bukhari (t.t), Sahih al-Bukhari. Kitab al-Adab (78), Bab Taawun al-Mu’minin ba’dihim
ba’dan (36).
5. Inovasi
6. Ukhuwah
“sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di
antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya
kamu beroleh rahmat.”
(al-Hujurat 49: 10)
Daripada prinsip nilai ini lahir beberapa nilai positif lain iaitu:
I Salam
“dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti
memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya,
atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung
tiap-tiap sesuatu”
(al-Nisa (4): 86)
II Baik Sangka
Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah s.a.w, bersabda:
“Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling
mencari-cari keburukan orang, jangan saling mengorek rahsia orang dan saling
menyaingi, jangan saling mendengki, jangan saling marah dan saling tak acuh, tetapi
jadilah kamu bersaudara sebagai hamba-hamba Allah”
(al-Bukhari (t.th) sahih al-Bukhari. Kitab al-Adab (78), bab ma yunha an al-Tahadus wa
al-Tadabur (57) dan juga Nawawi (1994), Sahih Muslim bi-Syarah al-Nawawi. Kitab al-
Adab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Tahrim al-Zann wa al-Tajasus wa al-Tanafus
wa al-Tanajusy wa nahwuha, no hadith 6482.)
III Rendah Diri
"Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada
manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong;
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi
membanggakan diri.
(Luqman (31): 18)
7. Syukur
“ daripada Aisyah r.a katanya, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila melihat perkara
yang disukai baginda mengucapkan: Segala puji-puji bagi Allah yang menyempurnakan
kebaikan-kebaikan dengan nikmatNya. “Dan jika melihat perkara yang tidak disukai
(dibenci) baginda berkata: “Segala pujian bagi Allah atas setiap perkara”
(Ibn Majah(t.t) Sunan Ibn Majah. Kitab al-Adab, Bab Fadl al-Hamidin, no hadith 3803).
Dalil 2:
Dari Suhayb r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya mengagumkan orang-orang mukmin kerana pekerjaannya semuanya
baik, yang demikian tidak terdapat pada orang lain kecuali hanya pada orang mukmin
kerana apabila dia berhasil dia bersyukur, dan apabila ditimpa kesulitan dia sabar.
Itulah (rahsia) kebaikannya”.
(al-Nawawi (1994), Shahih Muslim bi-Syarah al-Nawawi. Kitab al-Zuhd wa al-Raqaiq,
bab al-Mu’min amruhu kulluhu khayr, no hadith 7425).28
SITI NOR AKIDAH SHAMSUDIN 2006 (6 PRINSIP)
1. Keadilan
Keadilan dan murah hati di tempat kerja adalah keadaan yang perlu ada untuk kebajikan para
pekerja.
2. Didikasi
Dedikasi (ketekunan) bekerja ialah satu sifat murni.
3. Kerjasama
Kerjasama memberi faedah kepada para pekerja.
4. Usaha
Setiap kerja mesti diselesaikan dengan usaha yang mencukupi28 Nor Azah Kamri (2002). Nilai dan etika dalam pengurusan Islam. Tesis Ijazah Sarjana Syariah. Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Islam. Universiti Malaya.
5. Berterusan / Istiqamah
Usaha yang berterusan untuk mewujudkan keunggulan dan kesetiaan nilai kerja akan menjamin
kejayaan
6. Tanggungjawab
Setiap orang mesti bekerja keras secara berterusan untuk memenuhi tanggungjawab.29
LAZIMAH BINTI AHMAD 2006
Pada tahun 2006 Lazimah binti Ahmad telah menjalankan kajian berkenaan pengaruh tekanan
kerja, etika kerja Islam dan kepuasan kerja terhadap niat berhenti kerja. Dalam kajian ini penulis
ada mengetengahkan beberapa etika kerja Islam. Antaranya ialah bekerja dengan azam
mengabdikan diri kepada Allah. Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah
hamba Allah, maka sewajarnyalah setiap manusia mangabdikan dirinya kepada Allah dengan
mengikuti segala suruhannya dan menjauhi larangan-Nya. Selain itu, bekerja dengan ikhlas dan
amanah merupakan salah satu etika kerja Islam yang dinyatakan oleh penulis. Bekerja dengan
sepenuh kerelaan dan dengansuci hati untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.
Di samping itu, etika kerja Islam yang juga dinyatakan oleh penulis ialah bekerja dengan
tekun dan cekap. Hal ini kerana ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh
seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing dalam
menjalankan tugas sekiranya bekerja secara tekun dan cekap. Bekerja dengan semangat
kerjasama dan berpadu fikiran. Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, sesuatu
kumpulan itu mestilah bekerjasama dalam melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu
membantu antara satu sama lain dan bermusyawarah dalam kalangan pekerja akan menimbulkan
suasana bekerja yang aman dan gembira.30
29 Siti Nor Akidah Samsudin (2006). Hubungan Etika Kerja Islam Dan Komitmen Organisasi satu Kajian Di Kalangan Kakitangan Akademik Kolej Matrikulasi Arau, Perlis. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Utara Malaysia.
30 Lazimah binti Ahmad. ( 2006). Pengaruh Tekanan Kerja, Etika Kerja Islam Dan Kepuasan Kerja Terhadap Niat Berhenti Kerja. Ijazah sarjana sains (pengurusan). Fakulti pengurusan Perniagaan. Universiti Utara Malaysia.
RUSNIYATI BINTI MAHIYADDIN 2009
Pada tahun 2009 Rusniyati Binti Mahiyaddin telah menjalankan kajian mengenai Hubungan
Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Organisasi dalam kalangan kakitangan lembaga urusan
tabung haji. Dalam kajian ini, Rusniyati telah mengetengahkan pandangan Abdul Rauf (1987),
bahawa etika kerja yang perlu dipraktiskan bagi mewujudkan sistem pengurusan Islam yang
kukuh adalah objektif jangka panjang di dunia ini hendaklah dihubungkaitkan dengan objektif
jangka panjang yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah SWT dan memohon keredaanNya.
Selain itu, nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambil kira semasa bekerja, masa mestilah
digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk disia-siakan. Di samping itu, nilai-nilai luhur
dalam etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin, kejujuran, menahan diri dan ketakwaan
hendaklah diamalkan. Tambahan pula, Sikap menilai diri sendiri mestilah sentiasa diamalkan
supaya kesalahan atau kesilapan tidak dilakukan dengan berulang kali.31
ZAIN ALI BIN HAJI ABDUL GHANI 2010
Pada tahun 2010 Zain Ali bin Haji Abdul Ghani telah menjalankan kajian mengenai Hubungan
persepsi terhadap integriti ketua, etika kepimpinan dan etika kerja Islam di kalangan subordinat.
Dalam kajian ini, Zain Ali telah mengetengahkan beberapa pandangan daripada penulis buku
yang menulis buku berkenaan etika kerja Islam. Antara pandangan yang diketengahkah oleh
penulis berdasarkan rujukan yang telah beliau perolehi ialah Ibn Miskawayh (1968) yang
meletakkan nilai pembentukan etika atau akhlak terbahagi kepada empat sifat yang utama iaitu
harga diri atau maruah (al-iffah), kebijaksanaan (al-hikmah), keadilan (al-adalah) dan keberanian
(al-syajaa’ah). Selain itu, penulis ada menyatakan pandangan daripada Al-Ghazali dan Mohd
Nasir Omar (2005) memperakui bahawa sifat-sifat tersebut mampu merangsang kepada
seseorang untuk melakukan tindakan yang baik dan beretika seterusnya menjadi pemangkin
kepada sifat-sifat murni yang lain kearah pembentukan akhlak atau etika yang sempurna.
Di samping itu, dalam kajian ini penulis juga menyatakan pandangan Abdul Rauf (1987)
yang menyenaraikan nilai-nilai yang baik seperti seimbang, tekun, menghargai masa, amanah,
benar, sentiasa berasa cukup (qanaah), ikhlas, disiplin, takwa, adil, muhasabah diri dan syura
31 Rusniyati Binti Mahiyaddin. (2009). Hubungan Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Organisasi:Kajian Di kalangan Kakitangan Lembaga Urusan Tabung Haji. Program Sarjana Sains (Pengurusan). Kolej Perniagaan. Universiti Utara Malaysia.
sebagai etika kerja yang perlu dihayati oleh segenap kakitangan dalam organisasi. Menurut
Beekun (1997) istilah paling erat hubungannya dengan etika dalam Al-Quran adalah al-khuluq.
Namun al-Quran juga menggunakan istilah lain untuk menggambarkan konsep-konsep moral
atau nilai-nilai positif antaranya Khayr (kebaikan), birr (kebenaran), ‘adl (keseimbangan dan
keadilan), haq (kebenaran), makruf dan taqwa, manakala Bahagian Hal ehwal Islam (BAHEIS)
Jabatan Perdana Menteri (1987) telah memperkenalkan etika kerja dalam Islam ke arah
melahirkan masyarakat berakhlak iaitu bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
S.W.T., bekerja dengan ikhlas dan amanah, bekerja dengan tekun dan cekap, bekerja dengan
semangat bergotong royong dan berpadu fikiran dan bekerja dengan matlamat kebahagiaan
manusia sejagat.32
1.4.4 BUKU
ABDUL AZIZ MOHAMED 1988 ( 5 Prinsip)
1. Niat Kerana Allah
Sabda Nabi s.a.w bermaksud:
Amal-amal itu sahnya hanya dengan niat dan setiap orang itu hanya akan memperolehi
apa yang diniatkannya (Riwayat Bukhari dan Muslim.
2. Keadilan
Keadilan terletak pada dua pihak iaitu pekerja dan majikan. Majikan mestilah adil dalam
memberikan tugas dan gaji yang setimpal dengan tugas, manakala pekerja pula mestilah adil
dalam menjalankan tugas dan menerima gaji yang diberikan.
3. Amanah
Setiap pekerja mesti menjalankan tugas yang telah diperuntukkan melalui perjanjian yang
dinyatakan antara pekerja dan majikan.
4. Bersungguh-Sungguh
32 Zain Ali Bin Haji Abdul. (2010). Hubungan Persepsi Terhadap Integriti Ketua, Etika Kepimpinan Dan Etika Kerja Islam Di Kalangan Subordinat. Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan). Kolej Perniagaan. Universiti Utara Malaysia.
Sabda Nabi s.a.w bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan
tekun (bersungguh-sungguh)”.
Setiap kerja yang dilakukan mestilah dengan kesungguhan dan mengambil berat terhadap tugas
yang dilakukan. Setiap pekerja mestilah bersungguh dalam menunaikan amanah mereka kepada
Allah dan kepada majikan.
5. Tanggungjawab
Firman Allah bermaksud:
Padahal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat malaikat yang mengawasi (pekerjaan
mu) dan segala sesuatau yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan.
Dan segala urusan yang kecil maupun yang besar adalah tertulis
(al-Qamar :
52-53)
Firman Allah bermaksud:
Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah sekalipun nescaya dia akan melihat
balasannya
(al-Zalzalah
(99): 7)
Tanggungjawab terletak pada dua pihak iaitu tanggungjawab majikan kepada pekerjka dan
tanggungjawab pekerja pada majikan.Majikan haruslah bertanggungjawab membayar upah dan
pekerja haruslah bertanggungjawab menunaikan tugas yang diberikan.33
OSMAN AYUB 1990 (11 PRINSIP)
1. Objektif kehidupan Dunia Berhubungkait dengan objektif kehidupan akhirat
33 Abdul Aziz Mohamed. Etika Kerja. Kertas kerja kursus jangka pendek perniagaan Islam Januari-Jun 1988, modul II Pengurusan tenaga manusia 20 Februari 1988.
Firman Allah bermaksud:
Tetapi kamu orang-orang kafir memilih kehidupan duniawi, sedangkan kehidupan
akhirat adalah lebih baik dan kekal
(al-Aalaa :
16-17)
Firman Allah bermaksud:
Dan tuntutlah harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan pahala
dan kebahagiaan hari akhirat, dan jangan engkau melupakan bahagianmu (keperluan
dan bekalanmu) di dunia
( al-
Qashash : 77)
Seseorang pekerja itu harus dapat menetapkan keseimbangan di dalam menjalani kehidupan
dunia dan akhirat khususnya yang berkaitan dengan memenuhi tuntutan fizikal dan material serta
tuntutan spiritual.
2. Penggunaan Masa Di Peringkat Optima
Firman Allah bermaksud:
Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh dan nasihat menasihati
supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran
(al-
Asr : 1-3)
Masa adalah barangan modal yang semestinya dimanfaatkan secara sebaiknya. Setiap pekerja
hendaklah memulakan kerja tepat atau sebelum pada masa yang ditetapkan. Mengendalikan kerja
tanpa bertangguh dan kerja yang sepatutnya dilakukan dengan segera hendaklah disegerakan.
3. Hayati Sifat Mahmudah
Setiap pengurus dan pekerja harus pada setiap masa dan ketika berusaha memahami dan
menghayati sesuatau proses pengibadatan sifat-sifat mahmudah di samping berusaha mengikis
sifat-sifat mazmumah.
4. Sentiasa Menilai Dan Perbaiki Pekerjaan
Untuk menjadi seorang pengurus dan pekerja yang baik mereka seharusnya menguntukkan masa
dan kesempatan untuk menilai dan seterusnya membaiki tugas dan pekerjaan yang
dipertanggungjawabkan kepada mereka.
5. Gaji atau Upah Yang Berpatutan
Firman Allah bermaksud;
Dan kami telah mengutuskan kepada penduduk Madyan saudara mereka Syuaib. Ia
berkata: hai kaumku sembahlah Allah sekali-kali tiada tuhan bagimu selainNya.
Sesungguhnya telah dating kepada mu bukti yang nyata daripada tuhanmu. Maka
sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu melakukan kerosakan di
muka bumi setelah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika
kamu betul-betul orang yang beriman
(al-
Araf : 85)
Sabda Nabi s.a.w:
Jelaskanlah upah pekerja itu sebelum kering peluh mereka (Riwayat Ibn Majah)
Islam mengangap upah yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan adalah sebagai
pemerasan yang menyentuh hak asasi manusia. Islam menghendaki supaya pekerja-pekerja
dibayar upah mereka sebaik baik setelah selesai kerja yang diperuntukkan.
6. Bekerja Dengan Tekun dan Cekap
Sabda nabi s.a.w:
Sesungguhnya Allah amat suka sesorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan
tekun”.
Ketekunan adalah sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan
mendapat kecekapan masing-masing sekiranya mereka tekun. Prinsip ketekunan dan
kesungguhan hendaklah menjadi landasan kepada falsafah bekerja bagi memungkinkan
penghasilan dan produktiviti para pekerja sentiasa meningkat.
7. Amalkan Syura
Firman Allah bermaksud:
Kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah
dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu sudah berbulat tekad maka
bertawakkal kepada Allah, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertawakkal kepadaNya.
(al-Imran
3: 159)
8. Pembahagian Tugas Berdasarkan Kepakaran
Firman Allah bermaksud:
Dan mereka bertanya mengenai roh. Katakanlah roh itu termasuk urusan tuhanku dan
tidaklah kamu di beri pengetahuan melainkan sedikit
(al-Israa
17; 85)
Sabda nabi s.a.w bermaksud:
Apabila sesuatu urusan di serahkan kepada bukan ahlinya, tunggulah masa kehancuran”
(Riwayat Muslim).
Bagi mendapatkan tenaga dan kemahiran yang kena pada tempat dan masanya, Islam
memberikan perhatian yang istimewa kepada kebolehan dan kepakaran seseorang pekerja.
Tindakan menyerahkan sesuatu tugas dan tanggungjawab yang tidak sejajar dengan
kebolehan, kemampuan dan kemahiran seseorang pekerja boleh menimbulkan kesan yang buruk
serta akan menjejaskan prestasi individu yang akhirnya menjejaskan organisasi.
9. Mementingkan Perhubungan Awam
Firman Allah bermaksud:
Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan (member salam), maka
balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balas dengan cara
yang sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”
(al-
Nisa 4: 86)
Jalinkan hubungan dengan erat supaya timbul perasaan dan suasana silaturrahim dan
rangka kelahiran ukhuwah Islamiyyah. Jalinan silaturrahim seperti ini adalah jalinan yang abadi
yang lahir daripada keinginan untuk sama-sama membesar dan mengaungkan Allah s.w.t.
10. Mempermudahkan Urusan
Firman Allah bermaksud;
Allah sentiasa hendak meringankan beban hukuman daripada kamu, kerana manusia itu
dijadikan berkeadaan lemah (al-Nisa 4: 28)
Firman Allah bermaksud:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat
pahala kebaikan apa yang diusahakan, ia juga menangung dosa kejahatan terhadap apa
yang dilakukan
(al-Baqarah
2: 286).
Islam tidak mahu menyulitkan manusia dalam menganut agama dan di dalam menyempurnakan
tugas seharian.
11. Tidak Membenarkan amalan Pilih kasih (Keadilan)
Firman Allah bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, member
kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji kemungkaran dan
permusuhan. Dia member pengajaran kepada mu agar kamu dapat mengambul
pelajaran
(al-
Nahl : 90)
Islam sentiasa mempertahankan keadilan dan memeusuhi penindasan. Semua pekerja
hendaklah dilayan dan melayani dengan rasa kasih dan sayang serta simpati supaya timbul rasa
kehormatan diri dan tidak merasakan rendah diri.34
YUSOF ISMAIL 1991 (7 PRINSIP)
1. Mencari Keredhaan Allah
Firman Allah bermaksud:
Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh)
Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya
dan beroleh tempat-tempat Yang baik di Dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah
Yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) Yang demikian itulah kejayaan Yang besar.
(al-
Taubah 9: 72)
Firman Allah bermaksud:
maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin
serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian Yang demikian adalah baik
34 Osman Ayub (1990). Etika kerja & professional Islam. Kuala Lumpur: SABHA-FAMDEV.
bagi orang-orang Yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-
orang Yang berjaya.
(al-Rum
30: 38)
Firman Allah bermaksud:
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan
kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan
(Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(al-
Nisa 4: 59)
Firman Allah bermaksud:
Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri,
bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi
Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang
miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya
harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa
jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta
amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat
azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya.
(Hasyar 59: 7)
Firman Allah bermaksud:
Al-Quran ini menjadi panduan-panduan Yang membuka matahati manusia, dan menjadi
hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum Yang meyakini (kebenarannya).
(al-Jathiyah
45: 20)
Firman Allah bermaksud:
dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka
akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami
fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya
berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya)
petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang
Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat
telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa
(pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan
melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru
dari tempat Yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat
Dengan nyata)".
(al-Fussilat
41: 44)
2. Melaksanakan Ma’ruf dan Mencegah Kemungkaran
Firman Allah bermaksud:
dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik,
serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat
demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
(al-Imran
3: 104)
Firman Allah bermaksud:
kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan
melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi
dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi
baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka:
orang-orang Yang fasik.
(al-Imran
3: 110)
3. Menjaga Kesejahteraan Masyarakat
Firman Allah bermaksud:
dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu
berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada
maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk
menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(al-Baqarah
2: 148)
Firman Allah bermaksud:
"Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang
melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan”
(al-Qasas
28: 77)
Firman Allah bermaksud:
Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka
janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan
derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan
bertaqwa. dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah Yang kepadanya kamu
semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima
balasan.
(al-
Mujadilah 58: 9)
4. Melaksanakan Syura
Firman Allah bermaksud:
maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai
Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari
dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan
mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila
Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang
bertawakal kepadaNya.
(al-Imran
3: 159)
Firman Allah bermaksud;
“dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut
perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka
dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya”
(al-Syuraa
42: 38)
5. Mewujud Jamaah/Kolektif
Firman Allah bermaksud:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya,
Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun
kukuh.
(al-
Saff 61: 4)
6. Adil
Firman Allah bermaksud;
Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-
orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan
jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya
Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.
(al-Maidah 5: 8)
Firman Allah bermaksud:
dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung
Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu
biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu
memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan
Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-Nisa 4: 129)
7. Ihsan
Firman Allah bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan
Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan
laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
(Al-Nahl 16: 90)35
MUSTAFA HJ DAUD 1994 ( 16 PRINSIP)
1. Adil
Memilih dan melantik sesorang pengurus atau pekerja yang berkelayakan.
2. Taat Setia
Kesetiaan dan ketaatan kepada kepimpinan organisasi
3. Amanah
Amanah merupakan sesuatu yang wajib dipelihara dengan sebaiknya dan menyerahkan kepada
yang berhak menerimanya.
4. Jujur
Jujur mesti berlaku pada diri sendiri, pada pemimpin dan pada organisasi.
5. Bertanggungjawab
Bertanggungjawab ialah tidak terlepas dari dipersoalkan jika gagal melaksanakan tugas dan
tanggunjawab dengan baik dan sempurna.
6. Dedikasi
Dedikasi yang dimaksudkan adalah bekerja tanpa mengharapkan tambahan upah, ganjaran dan
sanjungan. Dedikasi juga sebagai kerja yang disiapkan dalam jangkamasa yang di tetapkan
berkesan dan berkualiti. Pekerja berasa puas hasil kerjanya dari minat yang tinggi.
7. Tekun
35 Yusof Ismail (1991). Mengurus secara Islam. Kuala Lumpur: A.S NOORDEEN
Tekun yang dimaksudkan menyiapkan kerja mengikut jadual. Menepati standart kualiti yang
ditetapkan juga menumpukan perhatian kepada kerja dan tidak penting diri.
8. Berdisiplin
Antara ciri-ciri disiplin iaitu menjadikan amalan mematuhi peraturan, nilai dan etika sebagai
satu budaya dan cara hidup. Menguatkan pegangan agama. Menjaga imej dan maruah diri.
9. Bekerjasama
Melaksanakan tugas secara kolektif. Mengutamakan idea secara kolektif dan menjamin kejayaan
yang lebih mantap. Mengutamakan mesyuarat dan merujuk kepada pakar dalam hal dan bidang
yang rumit.
10. Berkecuali
Maksud berkecuali ialah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dari sebarang pengaruh,
terlepas dari tekanan luar berkaitan dengan tugas.
11. Berbudi Mulia
Tutur kata lemah lembut tapi tegas Bermanis muka dan bersopan santun. Menyenangkan orang
lain melalui tindakan. Bersifat tangan terbuka dengan member bantuan kepada orang lain.
12. Ketepatan Masa
Mengunakan masa dengan cara optima.
13. Ramah Mesra
Beramah mesra sesame pekerja dan pelanggan.
14. Berjimat Cermat
Menguruskan harta organisasi dengan betul dan cermat.
15. Bersyukur
Bersukur kepad Allah s.w.t atas rezeki dan nikmat yang diberikan. Bersyukur atau berterima
kasih kepada pihak pengurusan atau kepimpinan dengan cara patuh dan sabar atas segala arahan
dan tanggungjawab.
16. Ikhlas
Tidak riak dalam tugas. Melaksanakan tugas tanpa pilih keutamaan untuk naik pangkat.
Melaksanakan tugas tidak kira waktu asalkan tugas itu dilaksanakan dengan sempurna.36
INTAN (5 PRINSIP)
1. Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
Firman Allah bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan
orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”
(al-Baqarah:21)
Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu”
(An-Nisa)
Sabda Rasulullah :
Maksud “Orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan Tuhan “
36 Mustafa Hj Daud (1994). Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Pablication & Distributors Sdn Bhd.
(Riwayat Al-Bukhari)
Menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarlah setiap
manusia mengabdikan dirinya kepada Allah, dengan mengikut segala suruhanNya dan menjauhi
laranganNya. Ayat dibawah menyuruh kita taat bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada
Rasulullah saw dan kerajaan kerana kerajaan itulah yang dimaksudkan dengan “orang yang
berkuasa dari kalangan kamu”. Bagi mentaati Allah dan Rasulullah saw, maka setiap manusia
hendaklah mempunyai kerja yang halal.
2. Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
Firman Allah bermaksud:
“Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan”
(Saba’:15)
Firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya”
(An-Nisa’:58)
Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”.
(Al-
Maidah:1)
Sabda Rasulullah saw bermaksud :
”Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama
manusia”.
(riwayat
Al-Quda’)
Hadith Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesiapa menipu, bukanlah ia dari golongan kami”.
(Riwayat
Muslim)
Ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari
keredhaan Allah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang di pegangnya adalah
hasil permohonannya sendiri dan bukanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Maka dengan
sendirinya wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh kerelaan
apalagi dengan kesedaran bahawa kerja yang dilaksanakan olehnya itu adalah suatu amal saleh
dalam usahanya dalam mengabdikan diri kepada Penciptanya berusaha untuk menyara dirinya
dan keluarganya yang dikasihi dan berkhidmat kepada masyarakat.
3. Bekerja dengan tekun dan cekap
Sabda Rasulullah saw:
Bermaksud “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu
pekerjaan dengan tekun”.
(riwayat Al-
Bukhari)
Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya “Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) diberikan kepada orang yang bukan
ahlinya maka tunggulah kehancuran”
Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja
akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas sekiranya mereka tekun
dengan kecekapan, sesuatu kerja yang susah itu akan dapat diatasi dan dengan sendirinya.
4. Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
Firman Allah bermaksud:
“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan...
(Al-
Ma’idah:2)
Firman allah bermaksud:
“Dan urusan meraka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”.
(Asy-
Syuraa:38)
Di dalam perkhidmatan awam bahkan didalam sebarang perkhidmatan, seseorang pekerja
itu bertugas dengan suatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan sendirinya untuk
menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama,
bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing.
5. Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.
Firman Allah bermaksud:
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)”
(Al-
Baqarah:256)
Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian
kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan”.
(Al
Maidah:8)
Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Dengan itu ajaran Islam (berpunca daripada
Al-Quran dan hadis) juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja ini adalah wajar
kerana maju mundurnya pembangunan negara Malaysia ini akan memberi kesan jua kepada
negara lain di dunia. 37
NIK MUSTAFA NIK HASSAN 1995 (3 PRINSIP)
1. Taharah
Penyucian diri manusia dalaman dan luaran. Individu Muslim digalakkan memiliki kesucian hati
dan kebersihan luaran. Kesucian hati meliputi nilai akhlak yang murni seperti kejujuran,
keikhlasan, sifat kasih sayang dan sebaginya. Kebersihan luaran meliputo sikap yang positif
seperti disiplin, pemakaian yang kemas dan bersih, dan pertuturan yang mempamerkan kesahsiah
yang tinggi. Sifat dalaman dan luaran menjadikan seseorang individu tersebut sebagai aset
kepada jabatan dan bukan sebagai liabiliti. Keperibadian individu yang mulia akan dapat
memainkan peranan yang positif kepada kemajuan perkhidmatan awam.
2. Ikhbar (tegak kebenaran)
Menegap kebenaran melalui ketaatan kepada Allah. Sifat ini meletakkan nilai peribadi manusia
supaya sentiasa taat dengan penuh keyakinan bahawa tindakan menegak kebenaran adalah positif
dan produktif kepada kemajuan diri dan perkhidmatan awam.
3. Samahah
Sifat tolak ansur dan pemaaf. Sifat ini sangat perlu dalam hidup berorganisasi dalam sektor
perkhidmatan awam. Keutuhan dan perpaduan pekerja dalam perkhidmatan awam akan mudah
dapat dicapai jika sifat ini diamalkan oleh individu. Perpaduan dan keharmonian dalam dalam
bekerja adalah faktor yang membawa kepada kestabilan yang seterusnya ke arah kemajuan
jabatan. Masyarakat yang penuh dengan emosi dan tidak memiliki sifat penyayang sukar untuk
maju.38
LOKMAN ABD RAHMAN 1997 (5 PRINSIP)
1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah37 INTAN, Citra Karya, falsafah, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam (INTAN) Malaysia. 1994. Jabatan Perkhidmatan Awam.
38 Nik Mustapha Nik hassan , Nilai murni dan etika kerja dalam perkhidmatan Awam, Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran Awam. 27-28 Januari 1995, Tempat Dewan Besar, IKIM: K.Lumpur.
Firman Allah bermaksud:
Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan
orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”.
(Al-
Baqarah: 21)
Firman Allah bermaksud:
orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu Rasul dan
kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu.”
(An-
Nisaa’ : 59)
Sabda Nabi s.a.w:
Orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan Tuhan".
(Riwayat Al-
Bukhari)
Menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarnyalah
setiap manusia mengabdikan dirinya dan taat kepada Allah, dengan mengikuti segala suruhan-
Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Bagi mentaati Allah dan Rasulullah S.A.W. maka setiap
manusia hendaklah mempunyai kerja yang halal. setiap pekerja hendaklah menjalankan tugasnya
dengan sepenuh kesedaran bahawa jawatannya itu adalah amanah Allah kepadanya. Sekiranya ia
tidak menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya maka bererti pekerja tersebut telah pecah
amanah kepada Allah.Seterusnya seseorang pekerja hendaklah menyedari dan menghayati
bekerja mencari nafkah yang dimulai dengan niat itu adalah ibadat. Dengan memahami dan
menyedari bahawa bekerja itu bererti beribadat maka sewajarnyalah bagi setiap pekerja berusaha
menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
kelak.
2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah
Firman Allah bermaksud:
“Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan”.
(Saba’: 15)
Firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya”.
(An-
Nisaa’ : 58)
Sabda Nabi s.a.w:
‘Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama
manusia’.
(Riwayat
Al-Quda’)
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa menipu, bukanlah ia dari golongan kami”.
(Riwayat
Muslim)
Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan suci hati untuk
mencari keredhaan Allah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang di pegangnya
adalah hasil permohonannya sendiri dan bukanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Maka
dengan sendirinya wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh
kerelaan apalagi dengan kesedaran bahawa kerja yang dilaksanakan olehnya itu adalah suatu
amal saleh dalam usahanya mengabdikan diri kepada Penciptanya di samping berusaha untuk
menyara dirinya dan keluarganya yang dikasihi dan berkhidmat kepada masyarakat. Seterusnya
setiap insan mestilah bersyukur kepada Allah kerana rahmat-Nya kepada kita yang tidak
terhitung banyak-nya dan satu daripadanya ialah yang kita sandangi ini. Kesyukuran kita
seharusnya memuncak lagi sekiranya kita menginsafi bahawa banyak lagi manusia lain yang
masih menganggur dan tidak dapat menyara keluarganya dengan sewajarnya. Kita juga
hendaklah bersyukur kerana dengan jawatan atau kerja kita ini, kita dapat mengikut serta
menyumbangkan tenaga di dalam usaha membangunkan negara kita yang tercinta.. Sekiranya
kita dapat menghayati dan mensyukuri segala rahmat Allah itu, insya Allah kita akan dapat
menunaikan tugas kita dengan ikhlas. Selain dari itu kita semua menyedari bahawa sesuatu kerja
atau jawatan adalah hasil daripada perjanjian yang disetujui bersama di antara pekerja dengan
majikan. Pekerja berjanji akan menunaikan tugasnya dan majikan pula berjanji akan membayar
gaji yang tertentu setiap bulan. Oleh demikian sewajarnyalah kedua-dua pihak iaitu pekerja dan
majikan memenuhi perjanjian tersebut. Sekiranya seseorang pekerja itu tidak menunaikan
tugasnya dengan sewajarnya tetapi sanggup menerima gajinya dengan sepenuhnya maka pekerja
tersebut bolehlah dianggap sebagai seorang yang menipu dan telah memecahkan janjinya.
3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap
Sabda Nabi s.a.w:
Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan
tekun”.
(Riwayat Al-
Baihaqi)
Rasulullah S.A.W. menyatakan, berkaitan dengan pekerja dengan maksud seperti berikut:
Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) diberikan kepada orang yang bukan ahlinya maka
tunggulah kehancuran.”
Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja
akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas sekiranya mereka
tekun.Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja, ciri yang terpenting ialah kecekapannya.
Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat jika pekerja itu sanggup belajar atau
menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya terus menerus.
4. Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran
Firman Allah bermaksud:
“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”.
(al-
Syuraa : 38)
Firman Allah bermaksud:
“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan”
(al-
Ma’idah : 2)
Seseorang pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan
sendirinya untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu
mestilah bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu
membantu di antara satu sama lain di antara pekerja, akan menimbulkan suasana bekerja yang
aman dan gembira. Suasana yang demikian pula akan meningkatkan hasil dan mutu
perkhidmatan setiap pekerja. bergotong-royong adalah suatu ciri kebudayaan negara ini yang
dipupuk terus dan disuburkan semula. Di samping kita bergotong-royong menjalankan tugas,
kita juga hendaklah menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran, untuk
mengkaji masalah yang ada dan juga untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul.
Perbincangan seperti ini akan meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan
sendirinya pula meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap sebarang kegiatan
kumpulan pekerja yang berkenaan.
5. Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat
Firman Allah bermaksud:
‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)’.
(Al-
Baqarah: 256)
Firman Allah bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian
kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan".
(Al-
Maidah : 8)
Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Dengan itu ajaran Islam daripada Al-Quran
dan hadis) juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja kelima ini adalah wajar,
kerana maju mundurnya pembangunan negara Malaysia ini akan memberi kesan jua kepada
negara lain di dunia.39
PROF. DR. HAMZAH ISMAIL, & PROF. DR. BARJOYAI BARDAI 1997 (6 PRINSIP)
Pada 7 sehingga 8 Januari tahun 1997 telah berlakunya Seminar Kebangsaan Etika Perniagaan
yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Perkara yang diketengahkan
dalam seminar tersebut telah dibukukan pada tahun tersebut. Terdapat banyak etika kerja Islam
yang ditulis oleh Prof. Dr Hamzah Ismail dan Prof. Dr. Barjoyai Bardai.
Antara etika kerja islam yang diketengahkan dalam seminar tersebut ialah seseorang pekerja
haruslah bersifat jujur dan benar, amanah dan tanggungjawab, bersikap ikhlas, bersikap
penyabar dan bersikap adil.
1. Bersifat jujur dan benar
Kebenaran dari kaca mata Islam adalah berasaskan pada iman (perasaan takut kepada Allah
sepanjang masa) dan takwa (percaya kepada kekuasaan allah yang mutlak). Bersikap benar ini
mestilah meliputi niat, perkataan, tingkah laku dan tindakan dalam melaksanakan tanggungjawab
serta tugas pengurusan. Bersifat jujur ini adalah diasaskan kepada sifat junjungan besar Nabi
Muhammad SAW yang digelar oleh seluruh kaum Mekah termasuk musuhnya sebagai al-Siddiq
(orang yang benar) dan al-amin (orang yang jujur). Amalan benar ini ialah amalan yang tidak
menimbulkan keraguan kepadanya kerana ia lahir dari keyakinan. Ia juga tidak menimbulkan
keraguan kerana ia digandingkan dengan keikhlasan. Tutur kata yang benar akan menjadi sinar
kebenaran bagi menyerlahkan hati serta pemikiran.
39 Lokman Abd Rahman (1997). Pengurusan Islam: etika, komunikasi, dan motivasi. Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda:
“Besar sekali khianat seseorang yang mengatakan sesuatu kepada temannya yang
mempercayainya sedang ia berdusta kepada teman itu”
2. Amanah dan bertanggungjawab
Amanah adalah satu konsep yang luas meliputi sikap bertanggungjawab terhadap Allah S.W.T
dan juga terhadap sesama manusia. Dalam konsep bertanggungjawab kepada Allah S.W.T,
perkara yang ditekankan ialah bahawa semua harta dan kekayaan yang ada didalam dunia ini
adalah milik Allah. Kita sebagai khalifah atau pemegang amanah yang diamanahkan dengan
amanah tertentu untuk sementara waktu sehingga amanah itu berpindah kepada orang lain
disebabkan kita mati atau sebab lain. Jadi kita perlu melaksanakan amanah ini dengan baik.
Disamping itu, kita hendaklah menunaikan tanggungjawab tersebut dengan penuh ikhlas dan
bersungguh-sungguh. Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Daud
berbunyi:
“Sesiapa yang kami lantik untuk sesuatu tugas dan kami berikannya rezeki tertentu,
maka apa yang diambilnya lebih dari itu adalah pengkhianatan”
3. Menepati janji
Menepati janji meliputi sikap menunaikan janji bila membuat temu janji, menyempurnakan tugas
tepat pada waktu yang ditetapkan. Usaha menepati janji memerlukan dua sifat di dalam hati.
Pertamanya ialah kekuatan daya ingatan dan keduanya kekuatan keazaman atau kemahuan. Jadi
ingatan yang berterusan adalah perlu untuk orang yang berjanji supaya janji tersebut dapat
ditunaikan.
Hadis riwayat Muslim yang berbunyi:
“para shahid diampunkan segala dosanya kecuali hutang”
4. Sikap ikhlas
Ikhlas dikaitkan dengan niat atau dorongan didalam melakukan sesuatu. Ini biasanya dikaitkan
dengan naluri semulajadi manusia yang menjadi budi pekerti umum. Dalam Islam kita
mengamati secara halus niat yang mengiringi setiap gerak laku manusia dan juga perasaan yang
menyelubunginya. Bagi Islam, nilai sesuatu perbuatan itu pada asasnya berhenti kepada tabiat
dorongan atau niat yang mencetuskan perbuatan tersebut. Malahan segala kelazatan nikmatyang
diingini oleh nafsu jika disertakan dengan niat yang baik maka ia bertukar menjadi amalan yang
bertujuan mendapat pahala daripada Allah.
Hadis Nabi Muhammad SAW berbunyi:
“ikhlaslah terhadap agamamu, cukup bagimu amalan sedikit”
5. Bersikap penyabar
Kesabaran merujuk kepada kemampuan untuk menanggung kesukaran itu tanpa gelisah serta
menunggu hasilnya biar betapa lambat sekalipun disamping pemikiran yang jitu. Ini adalah
berasaskan pada prinsip di dalam Al-Quran yang menekankan bahawa manusia pasti diuji
sehingga mereka mengaturkan persediaan untuk menghadapi bencana menimpa mereka secara
mendadak. Sebenarnya sabar terbahagi kepada tiga kelas. Pertama ialah sabar atas ketaatan. Ini
berasaskan pada kewajipan untuk melakukan sesuatu yang memerlukan bebanan dan
tanggungjawab untuk menunaikannya secara berterusan. Kedua ialah sabar dari maksiat yang
merupakan unsur penentangan terhadap godaan yang dilarang. Sabar ini adalah cetusan dari
keyakinan yang kuat serta tumpuan yang tegas terhadap apa yang diredhai Allah. Ini adalah
semangat suci diri yang melindungi diri dari melakukan perkara keji serta keburukan. Kesabaran
yang ketiga ialah kesabaran menghadapi bencana yang menimpa seorang muslim samada
dirinya, keluarga, harta atau kedudukannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya, Allah akan
memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaannya; maka janganlah kamu
meminta disegerakan kedatangannya”
(Surah Al-
Anbiya’,ayat 37)
6. Bersikap adil
Adil bermakna meletakan sesuatu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah, syariah
dan akhlak serta bersumberkan pada Al-Quran dan al-Sunnah. Adil meliputi keadilan kepada
orang lain dan diri sendiri.
Di dalam sebuah hadis, RasulAllah bersabda:
” Kaum Bani Israel telah menemui kehancuran disebabkan mereka mengadakan undang-
undang (hukuman) keatas orang miskin dan memaafkan orang kaya”
Di dalam Al-Quran juga seruan begini amat jelas seperti contoh berikut:
“Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakan
keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa
atau kaum kerabatnya samaada mereka kaya atau miskin”.
(Surah al-Nisa’,
ayat 135)
Terdapat banyak lagi elemen peribadi muslim yang boleh diambil sebagai akhlaq yang
menjadi asas etika kerja sejagat. Antaranya ialah baik hati, rahmat dan kasih sayang, kemaafan,
murah hati serta layanan baik.40
MUSTAFA OMAR 1998 (14 PRINSIP)
1. Amanah
Firman Allah yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit
dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya
dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka
persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang
ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan
manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara
40 Prof. Dr. Hamzah Ismail, & Prof. Dr. Barjoyai Bardai (1997). Isu-Isu Dan Dilema Etika Perniagaan.
Yang tidak patut dikerjakan.
(al-
Ahzab: 72)
Firman Allah yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat
(al-
Nisa: 58)
Amanah adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan beragama, sehingga
seseorang itu tidak dikira sebagai orang yang berpegang teguh kepada agama kalau tidak
beramanah. Dalam Islam amanah merupakan perkara utama yang dibentangkan oleh Allah
S.W.T. Manusia tidak boleh melepaskan diri dari menunaikan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan terutamanya
menjalankan urusan pentadbiran kerana ia merupakan satu urusan yang perlu dipelihara dan
dikawal daripada dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan.
2. Tanggungjawab
Sabda nabi s.a.w. Maksudnya:
”kamu semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab
terhadap orang yang dipimpin”
(Riwayat al-
Bukhari).
Tanggungjawab merupakan satu kunci kejayaan dalam pengurusan. Setiap orang mesti
bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan. Dalam sesuatu operasi, semua anggota dalam
kumpulan operasi mempunyai tanggungjawab masing-masing. Ketua bertanggungjawab kepada
kepimpinannya. Anggota-anggota lain bertanggungjawab dibidang masing-masing sebagaimana
yang telah ditetapkan dalam modus operandi operasi tersebut.
3. Adil
Firman Allah yang bermaksud:
”sekiranya kamu menjalankan hukuman di antara manusia maka hendaklah kamu
menghukumnya dengan adil.
(al-
Nisa 4: 58)
Keadilan merupakan salah satu dasar umum dalam islam, walaupun keadilan yang mutlak
itu sukar dijalankan tetapi dengan wujudnya tanggungjawab itu ia merupakan atu amalan yang
sesuai dengan naluri manusia dan dituntut oleh Islam. Adil bukan beerti memberi ke samarataan
kepada semua manusia tetapi adil dalam konteks Islam ialah meletakkan sesuatu pada
tempatnya ataupun menyempurnakan hak kepada mereka yang berhak. Keadilan itu perlu
ditegakkan biarpun terhadap diri dan keluarga sendiri. Jika keadilan tidak dapat ditegakkan maka
ia akan menzalami orang lain.
4. Sederhana
Firman Allah yang Maksudnya:
”sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan sedangkan
syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhaan”.(Al-Isra’ 17:27)
Kesedaran merupakan satu sikap yang menolak keterlaluan. Keterlauluan yang
dimaksudkan mencakup semua hal dan keadaan. Keterlaluan membahayakan perkembangan dan
kemajuan sesuatu umat. Jika kesederhanaa tidak dapat diamalkan dalam kehidupan seharian
seperti pembaziran, ia akan melahirkan manusia yang tidak akan cukup dan puas dengan apa
yang ada.
5. Bekerjasama
Firman Allah yang bermaksud:
”Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa dan
janganlah kamu bertolong menolong pada melakkukan dosa (maksiat)dan pencerobohan.
(Al-Maidah:27)
Kehidupan manusia tidak boleh terlepas daripada bantuan orang lain kerana kemampuan
seseorang manusia adalah terbatas. Memandangkan hakikat inilah maka Allah s.w.t telah
menekankan konsep kerjasama. Kerjasama adalah terhad kepada perkara-perkara yang boleh
memberikan kebaikan, dan manusia ditegah daripada terlibat dalam memberi kerjasama dalam
perkara-perkara yang membawa kerosakkan.
6. Tekun dan Bersungguh-sungguh
Firman Allah maksudnya:
”sesiapa yang beramal soleh dari kalangan lelaki dan perempuan sedang ia beriman
maka sesungguhnya kami akan menghidupkan ia dengan kehidupan yang baik dan
sesungguhnya kami akan mambalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik
dari apa yang telah mereka kerjakan.
(An-
Nahl:97)
Banyak pekerjaan yang dilakukan oleh manusia tetapi bukan semuanya dianggap sebagai
sempurna. Setiap pekerjaan yang dijalankan dengan tidak sempurna akan merugikan bukan
sahaja diri sendiri bahkan merugikan pihak-pihak lain. seseorang yang sentiasa mengekalkan
usaha yang baik boleh meninggalkan kesan positif kepada semua pihak.
7. Ikhlas
Firman Allah, maksudnya:
”katakanlah lagi (wahai Muhammad) sesungguhnya aku telah memerintahkan supaya
kamu menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadanya.”
(Az-
Zumar:11)
Ikhlas merupakan suatu nilai uang melambangkan kesucian dan kebersihan hati seseorang.
Nilai seperti ini sangat penting bagi seseorang dalam menjalankan amanah, tanggungjawab dan
sebagainya kerana boleh mewujudkan ciri-ciri yang mulia dalam sesebuah masyarakat.
Sebaliknya sikap tidak ikhlas boleh melahirkan pelbagai keburukan dalam hubungan antara
anggota sesebuah masyarakat. Apabila mengenepikan sifat ikhlas akan menjerumuskan kepada
sifat riak dan akhirnya menjadikan pekerjaan yang dilakukan itu tidak bernilai di sisi Allah.
8. Berdisiplin
Firnan Allah yang bermaksud:
”maka hendaklah kamu menghukum di antara mereka (ahli kitab) itu dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikutkehendak hawa
nafsu mereka (jangan menyelewang) dari apa yang datang kepadamu dari kebenaran.
Bagi tiap-tiap umat yang ada dia antara kamu kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan
jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing)”.
(Al-
Maidah:48)
Islam telah menentukan beberapa amalan fardu yang melatih bukan sahaja aspek-aspek
fizikal tetapi juga aspek kejiwaan. Kesemua amalan-amalan tersebut adalah diasaskan kepada
disiplin tertentu yang mesti dipatuhi apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Disiplin juga
menunjukkan bahawa manusia tidak boleh melepaskan dirinya daripada disiplin dan sebaliknya
kehidupan tanpa disiplin akan berakhir dengan huru hara.
9. Berilmu
Firman Allah yang maksudnya:
”Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti)
bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang sentiasa
mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang
yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian)”
(Ali
Imran : 18)
Firman allah bermaksud:
”dan (Allah meninggikan) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari
kalangan kamu) beberapa darjat.”
(Al-
Mujadallah:11)
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
”sesiapa inginkan kehidupan yang sempurna di dunia hendaklah dengan ilmu
pengetahuan, dan sesiapa yang inginkan kehidupan yang baik di akhirat juga dengan
ilmu pengetahuan, dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya sekali hendaklah juga
dengan ilmu pengetahuan.
Islam memberi penilaian yang begitu besar kepda ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan
merupakan asas kepada pembangunan insan, pembangunan masyarakat dan negara. Lantaran
itulah Allah memberikan penilaian yang begitu tinggi kepada orang yang mempunyai ilmu
pengetahuan.
10. Bersih
Firman Allah yang bermaksud: ”dan Allah mengasihani orang-orang yang
membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
(At-
Taubah:108)
Kebersihan merupakan satu ciri yang perlu wujud dalam kehidupan manusia. Kebersihan
pertama ialah kebersihan lahir, kebersihan tubuh badan, tempat dan persekitaran. Kedua bersih
anggota tubuh badan melalui wudu’ dan mandi hadas besar. Ketiga bersih rohani melalui ibadat
dan amal soleh. Konsep bersih yang menyeluruh perlu direalisasikan dalam kehidupan individu,
keluarga, masyarakat, dan negara.
11. Mesyuarat (Syura)
Firman Allah yang maksudnya berbunyi:
”bermesyuaratlah dalam sesuatu urusan. Setelah kamu membulatkan tekad maka
bertawakkallah kepada Allah.”
(Ali
Imran : 159)
Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan perlulah lahir dari persetujuan ramai atau
keputusan mesyuarat. Bagaimana caranya adalah bergantung kepada sesuatu organisasi, kerajaan
dan negara untuk menentukannya mengikut kesesuaian an amalan yang telah dibuktikan
berkesan. Tetapi tidak terkeluar daripada konsep Syura atau Mesyuarat. Sekiranya konsep syura
tiak diamalkan dalam sesebuah organisasi, ia akan mengundang kelemahan dalam sistem
pengurusan organisasi kerana keputusan yang dibuat hanyalah bersandarkan kepada pendapat
individu yang mana tidak terhindar dari kesilapan.
12. Cekap
Sabda Rasulullah s.a.w :
”apabila sesuatu urusan (pekerjaan) diberikan kepada orang yang bukan ahlinya maka
tunggulah saat kehancurannya”.
Seseorang itu mestilah mendapatkan sesuatu kemahiran dalam bidang masing- masing.
Kemahiran yang disebut kecekapan itu diperolehi melalui pengalaman, latihan, bimbingan dan
pendedahan tertentu yang berterusan. Untuk mencapai tahap kecekapan yang tinggi, peningkatan
ilmu pengetahuan dan latihan perlu dilaksanakan secara berterusan. Keutuhan sesebuah
organisasi akan dinilai berdasarkan kecekapan anggotanya melaksanakan tugas, jika sebaliknya
berlaku maka masyarakat akan memandang organisasi tersebut sebagai organisasi yang tidak
dapat membantu mereka menyelesaikan masalah.
13. Bersyukur
Firman Allah yang bermaksud:
”Oleh itu ingatlah kamu kepada Aku (dengan mematuhi hukum dan -undang) supaya Aku
membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada Aku dan janganlah
kamu kufur akan nikmatKu”
(Al-
Baqarah:152)
Firman Allah yang bermaksud:
”Dan (ingatlah tatkala kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur
nescaya akan tambah nikmatKu kepadamu dan sesungguhnya jika kamu kufur ataupun
ingkar sesungguhnya azabKu adalah amat berat.”
(Ibrahim : 7)
Jika kita merenung kembali dan mengkaji kehidupan seharian Allah kurniakan kepada kita
pelbagai mudahan dan kurniaan yang tidak terhingga sama ada dalam bentuk fizikal seperti
kesihatan tubuh badan, kesempurnaan anggota kerja dan jawatan yang disandang dan lain-lain
nikmat fizikal. Manakala kurniaan dalam bentuk rohani pula seperti ilmu
pengetahuan, kesejahteraan hidup, keselesaan, kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi.
Kesemua ini tidak ternilai harganya dan dengan ini akan mendorong seseorang itu untuk
bersyukur atau berterima kasih kepada pemberian nikmat dan kurniaan itu iaitu Allah swt.
14. Tawakkal
Firman Allah yang bermaksud:
”Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama
Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada meraka ayat-ayatNya
menjadikan mereka bertambah iman dan kepada tuhan mereka bertawakkal”.
(Al-
Anfal:2)
Untuk mencapai didalam sesuatu pekerjaan, perancangan yang sempurna hendaklah
diatur dengan rapi. Walau bagaimanapun kejayaan atau keupayaan itu bukanlah di atas kehendak
atau keupayaan manusia samata-mata akan tetapi ianya bergantung kepada qada; dan qadar Allah
itu sendiri. Oleh yang demikian, setelah sesuatu perancangan dibuat hendaklah kita bertawakkal
dan menyerahkan kepada Allah agar usaha yang dibuat itu bertepatan dengan kehendak Allah.41
ABDULLAH MOHD ZAIN 1999 (4 PRINSIP)
1. Bekerja Dengan Niat Beribadat Kepada Allah
Kehidupan manusia didunia ini ialah kehidupan bekerja dan beramal. setiap orang hendaklah
menjalankan tugasnya dengan lengkap dan sempurna serta merasa bertanggungjawab. Ibadat
khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain wajib dilakukan.disamping itu bekerja dan
berkhidmat adalah ibadat umum yang juga dituntut oleh Islam.
2. Bekerja Dengan Ikhlas dan Amanah
Firman Allah yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah akan dilihat (dibalas)
dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah akan dilihatnya
(dibalas)”
(al-Zalzalah.
99: 7-8)
Bekerja dengan ikhlas beerti bekerja dengan penuh kerelaan dan suci hati untuk mencapai
al-falah (kemenangan mutlak dalam kehidupan dunia dan akhirat) dan mardatillah (keredhaan
Allah). Sifat amanah juga amat penting, ianya hendaklah disertai dengan ikhlas. Daripada sifat
41 Mustaffa Omar 1998. Pengurusan Menurut Islam Konsep dan Tuntutan. Jabatan Agama Islam Johor.
amanah dan ikhlas boleh menghasilkan sifat bertanggungjawab, ihsan dan sifat-sifat murni yang
lain. Amanah dan ikhlas juga dapat mengelakkan manusia daripada mengkhianati orang lain.
3. Bekerja Dengan Tekun dan Cekap
Firman Allah yang bermaksud:
“sesungguhnya Allah suka jika sesorang itu bekerja, maka ia bekerja dengan tekun”
(Riwayat al-Baihaqi)
Pekerja hendaklah bersungguh-sungguh melaksanakan kerja dan tugasnya dalam
lingkungan kepakaran dan kecekapan. Orang Islam seharusnya menjalankan kerjanya dengan
kuat dan berlipat ganda, kerana Allah swt menggesa hamba-hambaNya bekerja kerana
pekerjaannya akan dilihat dan dinilai oleh Allah swt, oleh RasulNya dan oleh orang-orang yang
beriman seluruhnya.Tekun dan cekap merupakan dua sifat yang tidak boleh dipisahkan kerana
kecekapan bekerja itu akan tercapai sekiranya pekerja itu bekerja dengan tekun segaka kerja
yang dilakukan.
4. Bekerja Dengan Matlamat Kebaikan Manusia Sejagat
Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menekankan
keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencian
kamu terhadap sesuatu kaum itu, mendorong kamu kepada tidak berlaku adil. Berlaku
adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Maidah 5: 8)
Islam mengajar umatnya menghormati manusia, walaupun berlainan fahaman dan anutan.
Keluhuran dan kemurnian inilah yang menjadi intipati ajaran Islam untuk mewujudkan suasana
kehidupan dunia yang rukun dan sejahtera.42
SHUKRI AHMAD & RAZALI MAT ZIN 2001 (5 PRINSIP)
42 Abdullah Mohamad Zain. Falsafah dan etika pengurusan Islam. Kertas kerja seminar Pengurusan Islam 17 jun 1999. Anjuran Pusat Islam Universiti Utara Malaysia.
Pada tahun 2001 Shukri Ahmad dan Razali Mat Zin telah menulis buku yang bertajuk Adab Dan
Etika Kerja Dalam Organisasi. Antara etika yang ditulis oleh mereka ialah amanah, ikram
muslimin, kepimpinan, sabar dan berhati-hati dengan tipu daya iblis.
1. Amanah
Jika manusia melakukan selain daripada itu, maka ia sebenarnya melakukan kerosakan
atau penyelewengan (fasad), dan dengan itu mengkhianati amanah yang telah diterimanya sejak
alam roh lagi. Ialam juga member penekanan yang berat terhadap konsep pertanggungjawaban
(accountability). Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Barang siapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zahrah, akan dilihatnya
(balasan) kebaikan itu. Barang siapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zahrah,
akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu”
(Surah al-Zil Zaal:7-8)
Pengurusan moden, walaupun menekankan konsep di atas tetapi membatas kepada aspek-
aspek luaran yang sempit. Lantaran itu, dari segi praktik dalam organisasi kerja, konsep tersebut
hanya menjadi mainan bibir anggota-anggotanya dan tidak berjaya mewujudkan
perabapan yang suci murni. Konsep pertanggungjawaban yang dipegang oleh pekerja muslim,
sama ada pengarah atau seorang pelayan pejabat tidak terbatas kepada skop pemerhatian dan
penelitian manusia sahaja, tetapi lebih daripada itu pertanggungjawaban kepada Allah S.W.T.,
Tuhan Penguasa Alam Semesta. Melalui konsep ini Islam mengajar manusia supaya sentiasa
berwaspada dan menilai dengan tepat segala amal perbuatan menurut ukuran PenciptaNya
sendiri. Ini kerana keseluruhan amal perbuatannya di dunia akan menentukan sejauh mana dia
menyempurnakan atau menyeleweng daripada amanah yang dipikul di atas bahunya. Konsep
pertanggungjawaban atau perhitungan amal ini merupakan aspek penting dalam pengurusan
organisasi kerja berasaskan Islam. Ini selaras dengan hakikat kejadian manusia tidak dijadikan
sia-sia dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri”.
(Surah al Qiyamah:14)
“Dan bahawasanya seseorang tidak memperoleh selain daripada apa yang
diusahakannya. Dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).
Kemudian akan diberikan balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna”.
(Surah an-Najma:39-40)
“Adakah manusia mengira, bahawa dia akan dibiarkan dengan percuma (tidak disuruh
beramal?)”
(Surah al-Imran:36)
“Allah tiada memberati manusia melainkan sekadar tenaganya. Baginya (pahala)
kebajikan yang diusahakan dan di atasnya (dosa) kejahatan yang diperbuatnya”.
(Surah al-Imran:286)
Menurut prinsip Islam, untuk melakukan konsep pertanggungjawaban yang berkesan, sistem
rekod, kad perakam waktu, laporan penilaian prestasi dan sebagainya tidak begitu penting.
Kepercayaan kepada adanya hari Akhirat dan perhitungan dua bentuk kesudahan bagi manusia
iaitu untung (baik) atau rugi (buruk). Dalam perkataan lain, dua kemungkinan balasan: nikmat
Syurga atau seksa Neraka sentiasa berada dalam bayangan fikirannya.
Berasaskan konsep perhitungan amal juga, Islam member gambaran mengenai konsep
proktiviti yang menjadi moto atau tema perjuangan mana-mana organisasi kerja.Apa yang
menjadi tumpuan dalam sistem pengurusan moden yang tidak menerima adanya perhitungan
amal ini ialah pencapaian segala objektif organisasi, walaupun bercanggah dengan wahyu Allah
S.W.T. Produktiviti dalam Islam tidak menekankan nilai kegunaan (instrumental values) iaitu
sejauh mana keikhlasan niat manusia.
Jadi, pengurusan organisasi kerja mengikut falsafah Islam bertujuan melahirkan manusia
produktif dari segi amal dan solehnya,bukan dari perbuatan fasadnya. Hari ini, kebanyakan
organisasi kerja mengakui mereka produktif kerana mempunyai asset yang banyak, tenaga kerja
yang mahir, peralatan dan sistem yang canggih.Tetapi di sebalik kehebatan lahiriah itu,
berlakulah keruntuhan daripada aspek kemanusiaan dengan segala rupa penyelewengan dan
pengkhianatan sehingga menimbulkan keadaan kucar-kacir dalam organisasi kerja. Ringkasnya,
Islam member penekanan kepada konsep pertanggungjawaban kepada Allah S.W.T. dan juga
kepada majikan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Demikian juga, kalau seseorang pekerja
harus menunaikan kewajipan kepada majikan, maka majikan perlu bertanggungjawab memberi
perkara yang sama kepada pekerjanya. Majikan harus mempunyai ihsan, belas kasihan, dan
berperikemanusiaan terhadap pekerjanya.
Perbuatan eksploitasi dan mengkhianati pekerja dengan membebaninya lebih daripada
apa yang diganjarkan kepadanya adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.
Sesungguhnya, menunaikan hak-hak majikan ke atas pekerja-pekerja bawahannya adalah seiring
dengan menunaikan hak ke atas Allah S.W.T. Mengikut sebuah hadis, Rasullah S.A.W bersabda
maksudnya:
“Majikan seharusnya membayar upah pekerjanya sebalumpeluh di dahinya kering”.
Ini bermakna ganjaran yang dijanjikan tidak seharusnya dilewatkan atau diambil secara sambil
lewa sahaja. Jelas kepada kita teras perhubungan di antara majikan dengan pekerja ialah keadilan
dan jalinan silaturrahim yang kukuh dan mesra di antara pihak majikan
dengan pekerja. Suasana harmoni yang penuh peradaban, yang dikenali sebagai tauhidic
worldview akan terserlah dalam organisasi kerja.
1. Ikram Muslimin
Satu lagi prinsip Islam yang tidak kurang penting ialah prinsip ikramul muslimin. Prinsip ini
akan menatijah pemupukan suasana ukhuwah atau semangat persaudaraan Islam yang sejati di
pejabat atau di mana sahaja kita bekerja. Kesatuan matlamat, persaudaraan yang erat, pertalian
yang mesra di kalangan pekerja sesama pekerja dan pekerja dengan majikan amat diperlukan
untuk mewujudkan apa yang dipanggil dalam ilmu pengurusan moden sebagai spirit de corp22.
Espirit de corp bermakna semangat setia kawan dan kesetiaan yang wujud di kalangan ahli-ahli
dalm sesebuah organisasi kerja demi untuk meningkatkan tahap prestasi dan tahap
profesionalisme.
Mungkin ini mempunyai persamaan dengan Teori Z23 yang menekankan factor kekitaan,
kekeluargaan atau lebih jelas lagi pewujudan budaya korporat untuk menimbulkan minat dan
meningkatkan mutu kerja. Tetapi skop ukhwah yang dianjurkan menjangkau lebih luas daripada
Teori Z kepada kesatuan yang dipupuk oleh islam bukan setakat ikatan luaran dan
pengorganisasian semata-mata, ia adalah satu ikatan rabbani atau ketuhanan yang terbit daripada
kesatuan akidah dan kesedaran terhadap kesamarataan manusia di sisi Allah S.W.T.
Hadrat Abu Jahm-bin Huzaifah r.a meriwayatkan:
“Semasa peperangan Yarmuk bermula aku telah pergi untuk mencari saudara sepupuku,
yang ketika itu berada di bahagian hadapan dalam pertempuran itu. Aku telah membawa
sedikit air bersamaku untuknya. Aku mendapati beliau berada dalam keadaan luka parah
di pertempuran yang hebat itu. Aku pun menghampirinya dan cuba untuk memberi
pertolongan dengan sedikit air yang ada padaku. Dengan tiba-tiba, daku terdengar
keluhan merintih seorang askar yang luka parah di tepinya. Lalu saudara sepupuku
memalingkan mukanya dan mengisyaratkan kepadaku supaya membawa air itu dan
memberikan kepada askar yang merintih tadi. Aku mendapati dia adalah Hadrat Hisham
bin Abiblas r.a. Sebelum aku sempat sampai si sisinya, terdengar pula teriakan dari
seorang yang terbaring jauh daripada tempat ia berada itu. Hadrat Hisyam r.a juga
mengisyaratkan kepadaku supaya membawa bekalan air itu kepada sahabatnya itu.
Akhir sekali sebalum aku sempat menghampirinya, dia telah menghembuskan nafas yang
terakhir. Kemudian aku berkejar kembali ke tempat di mana Hadrat Hisyam r,a berada
dan aku dapati beliau telah gugur syahid. Ketika itu juga dengan sepantas daku bergegas
ke tempat dimana saudara sepupuku berada tetapi dia juga mengikuti kedua-dua mereka
itu. Innalillahiwa Inna Ilsihi Rajiun”.
Hadrat Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan:
“Seseorang sahabat telah menerima satu pemberian hadiah berupa gulai kepala
kambing. Tetapi dia telah memikirkan bahawa dia tidak berhak memiliki pemberian
hadiah tersebut kerana jiran yang tinggal di sebelah rumahnya lebih memerlukan
memandangkan jumlah ahli keluarganya lebih besar. Manakala jirannya pula, selepas
menerima pemberian daripadanya itu telah juga memikirkan bahawa beliau tidak perlu
memiliki pemberian tersebut kerana terkenangkan akan seorang jirannya yang sangat
memerlukan lebih daripada apa yang diperlukannya. Begitu jugalah seterusnya berlaku
sehingga diketahui pemberian gulai kepada kambing itu telah bertukar dari tangan ke
tangan saudara-saudara yang lain tidak kurang daripada tujuh kali. Akhir sekali, rupa-
rupanya pemberian kepada kambing itu telah kembali ketangan sahabat yang mula-mula
menerimanya.”.
Ada banyak lagi cerita di zamna Rasullah s.a.w. tentang mereka yang tidak mementingkan diri
sendiri. Bayangkan betapa kuat ikatan ikhramul muslimin di antara mereka, sehingga sanggup
mengorbankan kehausan di saat-saat sakarat al-maut demi menunaikan keperluan saudara yang
memerlukan.
Peradaban dalam organusasi kerja akan terbina, apabila jiwa anggotanya terkikis daripada
sifat tamak. Sifat tamak ini melahirkan dua keadaan yang lumrah kita temui dalam perilaku
manusia, iaitu kedekut dan dengki. Jika seseorang mendapat sesuatu, sama ada kebendaan atau
kuasa, maka dia akan bermati-matian mempertahankan sekeras-kerasnya. Apabila kebendaan
dan kuasa itu berada pada tangan orang lain dia akan merasa dengki. Lantaran itu, dia akan
membuat apa jua ikhtiar untuk merampas supaya menjadi miliknya. Kalau tidak dapat, dia akan
memusnahkan supaya tiada oaring akan memilikinya. Sifat tamak boleh menjerimuskan manusia
ke lembah kebinatangandan mereka akan hilang pertimbangan. Perihal keburukan sifat-sifat
manusia dia atas telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam Al-Quran.
“Katakanlah, kalau sekiranya kamu mempunyai perbendaharaan rahmat Tuhanku
(kekayaan), nescaya menjadi bakhil, takut membelanjakannya dan manusia itu (bersifat)
bakhil”.
(Surah al-
Israk:100)
“Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat keluh-kesah. Apabila ia ditimba kejahatan, ia
keluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan (harta), ia enggan (bersedekah)”.
(Surah al-
Maarij:19-21)
“Demi, jika kami rasakan nikmat Kami kepada manusia, kemudian kami cabut kembali
daripadanya, nescaya ia putus asa dan menjadi kafir”.
(Surah
Hud:9)
Ikatan ukhwah yang berasaskan prinsip ikhram ul-muslimin tidak akan terjalin kukuh jika
anggota-angota dalam organisasi kerja memiliki sifat ego. Sifat ego merupakan racun berbisa
yang boleh menjadikan seseorang pekerja itu bersifat angkuh dan mementingkan diri sendiri.
Sifat ini amat ditentang oleh Islam seperti mana Allah S.W.T telah mengusir iblis dari Syurga
lantaran sifta egonya yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s. Kumpulan pekerja yang
sebegini suka bersifat berpura-pura. Mereka tidak mahu mengaku kelemahan dan kekurangan
yang ada pada diri sendiri. Mereka juga tidak mahu belajar atau menerima cadangan orang lain
kerana takut jatuh martabat kononnya! Lantaran itu semangat setia kawan dan suasana
kemesraan menjadi pudar dalam organisasi kerja. Masing-masing individu buat hal sendiri, yang
tidak baik contohi (malah ada yang dicemuh), yang salah tidak diperbaiki kerana salah faham
tentang konsep jaga tepi kain orang.
Bahkan apa yang ketara ialah kumpulan crooks (yang tidak beradab) menjadi model atau
hero yang disanjung di kalangan kakitangan. Secara ringkas, anggota-anggota organisasi tidak
sanggup menjadi pendakwah atau dai yang dapat menyelamatkan suasana kucar-kacir dan porak-
peranda. Mereka lebih gemar terhadap kemungkaran yang berlaku dalam organisasi kerja. Ini
bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam yang menganjurkan supaya umatnya tolong-menolong
dalam hal yang baik (kebajikan) dan taqwa.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengrjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan
kamu tolong-menolong dalm berbuat dosa dan kemungkaran bertaqwalah kamu kepada
Allah, sesungguhnya seksaan Allah amat pedih”.
(Surah al-
Maidah:2)
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
ma’aruf dan mencegah daripada yang mungkar ,dan beriman kepada Allah”.
(Surah al-
Imran:110)
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebajikan ,
menyuruh kepada ma’aruf dan mencegah daripada mungkar: mereka itulah orang yang
beruntung”.
(Surah al-
Imran:104)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,maksudnya:
“Barang siapa di antara kamu melihat sesuatu perbuatan mungkar, maka hendaklah ia
mengubah dengan tangannya; apabila tidak kuasa, maka dengan lidahnya; apabila tidak
kuasa, maka dengan hatinya dan itulah yang selemah-lemah iman”.
(Riwayat Bukhari)
Tolong-menolong atau bekerjasama membuat kebajikan dan taqwa dalam kegiatan harian
sering diformulasikan dalampengurusan melalui sistem koordinasi,integrasi, sinkronisasi, dan
kelancaran dan simplifikasi (KISS), agar dapat menimbulkan ketertiban, kelancaran dan
kecekapan. Sebaliknya, tolong-menolong dalam membuat kejahatan atau dasar akan
menimbulkan ketidaktentuan, penyelewengan kerja, pembaziran waktu, tenaga dan wang dan
konflik di antara satu sama lain. Kesudahannya produktiviti organisasi terbantut.
Melalui rangkaian prinsip-prinsip taqwa kesedaran memikul amanh Tuhan, maka pekerja
muslim dapat menjadikan agama sebagai sumber motivasi yang paling kuat dan berkesan.
Mereka akan berpegang pada formula kerja yang selaras dengan falsafah agama berikut:
KERJA = AMANAH + PAHALA + RAHMAT TUHAN + GANJARAN UPAH + IKHLAS
Jadi pekerja muslim akan sentiasa bermotivasi tinggi dan bersifat progresif dalam
mengendalikan kerja tanpa perlu ditekan dari belakang oleh pihak pengurusan atasan. Mereka
memahami hakikat bahawa mereka bukanlah sekadar untuk mendapatkan gaji, tetapi juga
sebagai tanggungjawab agama dan menunaikan fardhu kifayah.
Dalam kegiatan pengurusan yang berasaskan prinsip Islam, pekerja-pekerja dididik
menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. Golongan pekerja sebegini akan
menghabiskan waktunya dalam beramal soleh, bekerja dengan produktif, dan bukan membuang
waktu mencari-cari kesalahan oaring lain, syak wasangka dan merendah-rendahkan orang lain.
Ini diterangkan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Hai oaring-orang yang beriman,jauhilah kabanyakan dari prasangka, sesungguhnya
sebahagian prasangka itu adalah dosa. Janganlah sebahagian kamu mengumpat oaring lain.
Sukakah kamu memakan daging audara yang telah mati (bangkainya) ? Maka kamu benci
memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi
Penyayang.
(Surah al
Hujarat:12)
1. Kepimpinan
Satu lagi prinsip yang tidak kurabg penting dalam organisasi kerja ialah aspek kepimpinan.
Seseorang pengurus organisasi kerja ialah aspek kepimpinan. Seseorang pengurus organisasi
kerja mesti menerima hakikat bahawa kedudukannya di tempat atasan itu bukan hanya
merupakan satu anugerah, tetapi juga satu amanah dari Allah S.W.T. Dalam erti kata ini,
kedudukan itu tidak sepatutnya duterima sebagai satu keistimewaan, tetapi satu tanggungjawab
moral yang besar. Sebagai pengurus ia bukan hanya sekadar bertugas mempengaruhi pekerja
bawahan supaya membuat sesuatu kerja seperti yang diajar oleh pengurusan Barat. Kepimpinan
sebagai satu amanah dalm Islam mempunyai implikasi yang jauh daripada itu. Amanah sebagai
pemimpin dalam pengurusan menuntut orang-orang yang berpengalaman, berilmu pengetahuan,
berkemahiran dan berupaya dari segi perbuatan jasmani untuk memegang tanggungjawab
tertentu dalam sesuatu keadaan untuk menjadi ketua. Perbuatan ini bukan bermaksud untuk
menonjol diri, menunjuk-nunjuk kebolehan secara sombong, tetapi hanya semata-mata didesak
oleh kesedarn bahawa jika dia berpeluk tubuh dan melepaskan tangan pada waktu tenaganya
diperlukan sedangkan dia berkemampuan, maka dia telah mengkhianati amanah Allah S.W.T.
Rasullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Semua kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab atas yang
dipimpinnya. Seseorang imam adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab atas orang
(rakyat) yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan dia
bertanggungjawab atas keluarga yang dipimpinnya. Seorang perempuan adalah
pemimpin dalam rumah suaminya dan dia bertanggungjawab atas penyelenggaraannya.
Seorang pembantu rumah tangga adalah pemimpin dalam harta benda majikannya dan
dia bertanggungjawab atas pengurusannya. Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap
pemimpin adalah bertanggungjawab atas pimpinannya”.
(Riwayat Bukhari & Ibnu
Umar)
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul
(Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah yang dipercayakan
kepadamu, sedangkan kamu mengetahui”.
(Surah al-
Infal:27)
Peristiwa yang dialami oleh Nabi Yusuf a.s adalah contoh yang baik dalm hal ini. Pada
masa Mesir dilanda kemarau dan kedudukan ekonominya kucar-kacir dan porak-peranda, Mesir
memerlukan seorang pentadbir ekonomi yang cekap dan berwibawa. Nabi Yusuf tahu yang dia
dapat melakukan tugas itu kerana dia mempunyai kebolehan dalam mentadbirkan ekonomi
dalam krisis dan dia mempunyai kesanggupan mengurus pembekalan makanan dan pembahagian
dengan adil. Dia menawarkan khidmatnya dan diterima. Allah S.W.T. menceritakan didalam Al-
Quran melalui firmanNya, maksudnya: Berkata Yusuf “Jadikan saya penjaga gudang
perbendaharaan di bumi (Mesir). Sungguh aku menjaga lagi mengetahui”.
Ketua (pengurus) merupakan salah satu elemen yang penting untuk mewujudkan suasana
peradaban dalam organisasi kerja. Keadaan ini akan tercapai apabila ketua (pengurus) memiliki
ilmu pengetahuan yang bersesuaian dengan tugasnya; sifat adil, kecekapan, keberanian, sifat
pemaaf, kesihatan tubuh badan dan kesejahteraan mental.
Dalam mana-mana organisasi kerja, kekecewaan, sakit hati, tindakan mmembalas
dendam dan perasaan gelisah sering menimpa seseorang apabila ia diperlakukan tidak adil.
Sebab itulah prinsip keadilan sangat-sangat ditekan dan menjadi salah satu teras utama dalam
pengurusan. Sifat ini dapat diambil dari ajaran Al-Quran.
“Hai orang-orang yang beriman,hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu
menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi ynag adil. Dan janganlah sekali-kali
kebencian terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku
adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
(Surah al-
Maidah:8)
2. Sabar
Satu algi prinsip penting ke arah mewujudkan suasana peradaban dalam organisasi kerja ialah
keupayaan menahan marah di kalangan anggotanya. Suka memaafkan orang mengikut prinsip
Islam bukan bererti merestui atau menyokong perbuatan yang salah, tetapi merupakan kebesaran
jiwa yang dipancarkan oleh sifat taqwa dengan cara tidak menaruh dendam atau bertindak balas
terhadap kesalahan orang lain terhadapnya.
“Hai orang-orang yang beriman, minta tolonglah kamu dengan sabar dan sesungguhnya
Allah beserta orang-orang yang bersabar”.
(Surah al-
Baqarah:153)
“Tiadalah yang engkau mungkiri terhadap kami, melainkan kerana kami telah beriman
kepada ayat-ayat Tuhan kami, setelah ia sampai kepada kami. Ya tuhan kami, tumpahkan
kesabaran ke dalam (hati) kami dan matikanlah kami dalam keadaan kami muslimin”.
(Surah al-
A’Raf:126)
“Demi masa! sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali
orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan supaya mentaati
kebenaran dan berpesan-pesan menetapi kesabaran”.
(Surah al-
Ashr:1-3)
Sikap menghindari atau menahan marah, ditambah pula dengan suka memberi maaf dan
nasihat-nasihat yang baik kepada orang lain dapat memupuk semangat kerjasama yang padu,
tertib dan harmoni. Orang yang tidak mampu mengendalikan kemarahannya mudah
menimbulkan konflik sehingga mengganggu kesempurnaan sesuatu kerja. Sikap lemah-lembut,
ramah-tamah, dan tidak mudah marah adalah sikap orang berbudaya dan berakhlak luhur.
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menerangkan hal tersebut.
Antara lain ialah:
“Maka disebabkan oleh rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah-lembut terhadap
mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berhati keras, tentulah mereka menjauhkan
diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka dalam urusan itu. Kemudian
apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertaqwalah kepadaNya”
(Surah al-
Imran:134)
“Dan hamba-hamba (yang baik dari) Tuhan yang Maha Penyayang ini (ialah) orang-
orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil
menyapa mereka (dengan kata-kata yang tidak sopan) mereka mengucapkan kata-kata
(yang mengandungi) kesejahteraan”.
(Surah al-
Furqan:63)
Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang menahan kemarahannya, nescaya Allah akan menahan siksaNya
terhadap orang itu. Barang siapa mengemukakan keuzuran kerana Allah, nescaya Allah
akan menerima keuzuran itu, dan barang siapa menyimpan lisannya, nescaya Allah akan
menutup segala kebaikannya”.
Sabda baginda lagi:
“Orang yang paling gagah di antara kamu, ialah orang yang dapat mengalahkan
nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula, ialah orang yang
memberi maaf, sedangkan ia berkuasa untuk membalas”.
3. Berhati-hati dengan tipu daya iblis
Kalau kita benar-benar berhasrat untuk membina suasana peradaban berlandaskan prinsip-prinsip
Islam dalam organisasi kerja, kita tidak boleh melupakan satu lagi aspek penting dalam
pengurusan. Kalau aspek ini tidak diberi perhatian yang serius, maka prinsip-prinsip penulis
kemukan diatas tidak dapat ditunjangi dalam individu sebagai personality dirinya. Aspek yang
dimaksudkan ialah peranan syaitan/iblis dalam pengurusan.
Alim ulama menegaskan bahawa punca utama keruntuhan akhlak manusia adalah kerana
mereka terperangkap dalam jerat syaitan/iblis laknat-ul Allah yang setiap detik berusaha sedaya
upaya menyesatkan manusia. Jadi, peradaban yang unggul tidak akan terbina dalam mana-mana
organisasi kerja kalau manusia tidak faham bagaimana syaitan/iblis bertindak mendorong
manusia melakukan kemaksiatan, tipu daya dan strategi yang digunakan untuk melalaikan
manusia daripada menyempurnakan tugas sebagai hamba Allah. Manusia perlu mengerti jenis-
jenis tugas yang digalakkan, akhlak yang ingin dibentuk dan corak tamadun yang
dipropagandakan. Semua persoalan di atas perlu dimasukkan dalam teori pengurusan dan diberi
huraian yang jelas kepada anggota organisasi kerja.
Peranan syaitan sebagai musuh disebut berulang kali dalam Al-Quran dan diberi
penekanan dalam berbagai-bagai konteks. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Berkata bapanya:Hai anakku! Janganlah engkau kisahkan mimpimu itu kepada
saudaramu, nanti mereka akan memperdayakanmu dengan segala tipu daya.
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi manusia”.
(Surah
Yusuf:5)
“Katakanlah kepada hamba-hambaKu, supaya mereka mengatakan perkataan yang lebih
baik. Sesungguhnya syaitan menghasut antara mereka itu dan musuh yang nyata bagi
manusia”.
( Surah al-
Israak:53)43
43 Shukri Ahmad, & Razali Mat Zin (2001). Adab dan Etika Kerja Dalam Organisasi. Universiti Utara Malaysia
AZIZ YUSOF & AHMAD BASHIR AZIZ (2008)
1. Bertanggungjawab
Bertanggungjawab adalah merupakan salah satu budaya kerja Islam yang cuba
ditererapkan dalam diri setiap pekerja dan ia merujuk kepada menerima hakikat akuntabiliti
akhirat adalah Tuhan, disamping pekerjaan dan pengurus. Pengurus yabg bertanggungjawab
akan melakukan tugas dengan kesederhanaan terhadap implikasi baik dan buruknya dan bersedia
berkhidmat dan menghulurkan bantuan pada bila-bila masa yang diperlukan. Tanggungjawab
merupakan salah satu kunci kejayaan dalam pengurusan. Sebagai pengurus, sifat
bertanggungjawab ini sangat penting dalam mengantarabangsakan etika kerja Islam.
2. Rajin
Rajin merupakan satu nilai yang sangat penting dalam pekerjaan. Jika sifat ini
ditonjolkan dalam melaksanakan kerja, maka seseorang itu akan memperoleh ganjaran yang
lebih atau setimpal dia atas segala usaha yang dilakukannya. Dalam Islam, sifat rajin amat
dituntut untuk dipraktikkan oleh setiap Muslim. Oleh itu, pengurus perlu mem[raktikkan amalan
ini dalam memastikan etika ini berterusan didalam organisasi
3. Amanah
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan
bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan
bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikul amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya
manusia itu amat zalim dan amat bodoh” (al-Ahzab 33:72)
Amanah adalah sifat yang amat penting dan terpuji dalam menentukan kebahagiaan
hidup manusia didunia dan akhirat. Dalam konteks etika kerja Islam, pengurus patutlah
menitikberatkan sifat amanah bagi menjaga nama baik dan reputasi organisasi. Ayat dibawah
menerangkan bahawa setiap insan mestilah menyedari bahawa mereka sentiasa berada dalam
lingkungan amanah disanggupinya. Pekerja yang telah dipertanggungjawabkan dengan amanah
ini haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan abgi menjalankan tugas
yang telah dipertanggungjawabkan. Apabila seseorang pekerja itu menerima amanah yang
menerima amanah yang telah diberikan kepada Allah SWT, maka penyelewengan dalam tugas
samada dari segi masa, kuasa, sumber wng dan sebagainya dapat dielakkan.
4. Ikhlas
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah lagi (wahai Muhammad), sesungguhnya aku diperintahkan supaya
menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada Allah”
(al-Zumar 39:11)
Ikhlas merupakan amalan berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan
balasan dari manusia. Bekerja dengan ikhlas juga beerti bekerja dengan penuh kerelaan dan
dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Perasaan ikhlas merupakan nilai yang
melambangkan kesucian dan kebersihan hari seseorang. Nilai ini sangat penting bagi pengurus
dalam menjalankan amanah, tanggungjawab yang dibebankan terutama ketika melaksanakan
tugas sebagai pengurus kepada pekerja-pekerjanya.
5. Tekun
Tekun merujuk kepada berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan
dalam tugas dan kehidupan. Amalan ini boleh dilihat melalui kerajinan dalam mempelajari
pngetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk memperbaiki cara bekerja. Mereka yang
mengamalkan budaya tekun ini akan berusaha dengan gigih untuk menghasilkan kerja yang
memuaskan pihak-pihak yang berharap kepada Allah SWT.
6. Berdisiplin hendaklah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Berdisiplin akan menjamin sesuatu hasil yang positif dan memuaskan semua pihak.
Keseluruhan kerja yang dilakukan merupakan ibadat apabila ia menepati syarat-syarat seperti
niatnya semata-mata kerana Allah SWT atau dengan kata lain untuk menjunjung perintah Allah
SWT selaras dengan statusnya dengan hamba dan khalifah, cara-cara pelaksanaanya hendaklah
selaras dengan lunas-lunas Islam, pekerjaan tersebut terdiri daripada pekerjaan yang diharuskan
atau dituntut oleh syarak serta matlamat pekerjaan tersebut hendaklah semata-mata untuk
mendapat keredhaan Allah SWT.
7. Jujur
Sifat jujur merupakan etika sangat penting dalam melaksanakan tugas sebagai pengurus
dan juga sebagai seorang pekerja. Sifat jujur dapat menyelaraskan sistem organisasi yang baik
dalam mengantarabangsakan di peringkat yang lebih sejagat. Didalam aspek pengrekrutan
pekerja, pengurus patutlah berlaku jujur dan tidak berat sebelah di mana pengurus mengambil
pekerja yang mengamalkan komitmen yang tinggi didalam pekerjaan dan mempunyai nilai-nilai
akhlak yang lain
8. Keadilan
Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”
(HadiS Riwayat
Bukhari)
Dalam melaksanakan etika kerja Islam. Sifat keadilan boleh dilihat dari sudut pengurusan
kewangan organisasi di mana ia amat penting dalam organisasi. Pengurusan kewangan
organisasi adalah penggerak utama kepada kemajuan organisasi. Pengurusan kewangan melalui
Islam musharakah (perkongsian), murabahah (pinjaman jangka pendek), musharakah (pinjaman
jangka panjang) perlu di agihkan keuntungan secara adil.
9. Bersyukur
Bersyukur adalah merupakan salah satu budaya Islam yang praktikal dan patut diamalkan
oleh setiap pekerja. Seseorang individu haruslah bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk
menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat dan juga sebagai seorang
pekerja.44
44 Abd Aziz Yusuf & Ahmad Bashir Aziz (2008). Pengurusan perniagaan Islam. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Kesimpulan
Sebagai sebuah Negara yang mengakui di bawah perlembagaan bahawa Islam itu ialah agama
rasminya , Malaysia sudah semestinya terus menerus meningkatkan usaha menerapkan etika-
etika Islam di dalam setiap bidang kegiatan kerajaan. Namun demikian oleh kerana segala
kegiatan kerajaan itu melibatkan manusia maka sewajarnya setiap pekerja diberi bimbingan
khusus dari semasa ke semasa untuk melengkapkan mereka sebagai pekerja yang akan
melaksanakan tugasnya selaras dengan ajaran Islam. Dari pihak pekerja sendiri , mereka
hendaklah sentiasa sedar dan berusaha untuk menunaikan tugas mereka menurut ajaran Islam ,
ajaran yang mementingkan kebahagiaan manusia sejagat. Wajarlah bagi setiap pekerja
meghayati firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah
kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam),
kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah’.
(Al-An’am : 153)