Upload
muhammad-shakir-bin-zulkafli
View
269
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 True Kampung Beng
1/32
1.0 PENGENALAN
Istilah pelancongan mempunyai pelbagai definisi yang membawa kepada tujuan
dan objektif yang sama iaitu melancong di sesuatu tempat yang melibatkan pergerakan
atau perjalanan ke sesuatu tempat tersebut dengan tujuan melihat alam semula jadi,
melakukan penyelidikan, berekreasi, berehat, bercuti, urusan pekerjaan atau
kepentingan lain yang mendorong kepada aktiviti pelancongan. Pelancong yang
melawat terdiri daripada pelancong tempatan dan pelancong asing. Bagaimanapun,
pelancong tempatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengunjung harian atau
menetap di sesuatu kawasan pelancongan melebihi 24 jam. Justeru itu, bila dikaitan
dengan homestay, pelancong yang berkunjung ke homestay mempunyai matlamat dan
objektif yang tertentu untuk dipenuhi samaada untuk mempelajari dan mengamati
budaya setempat, membuat penyelidikan, melihat alam semulajadi ataupun dengan
motif yang tertentu.
Program homestay merupakan salah satu strategi pelancongan di luar bandar.
Secara lazimnya, program homestay akan melibatkan pelancong untuk menginap,
menjamu selera dan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama
penduduk kampung yang terlibat. Melalui program ini, pelancong dapat berinteraksi
secara terus dengan keluarga yang menjadi tuan rumah (hos) mereka (Norliza
Aminudin & Salamiah A. Jamal, 2006). Justeru, program homestay boleh didefinisikan
sebagai pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga yang dipilih,
berinteraksi dan menimba pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay dan
mempelajari budaya dan gaya hidup masyarakat luar bandar di Malaysia dengan
bayaran yang munasabah (Wipada Unlumlert, 2007). Produk homestay tidak
7/29/2019 True Kampung Beng
2/32
dikategorikan sebagai kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada gaya
hidup dan pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi (Kementerian
Pelancongan Malaysia, 2010).
Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk
pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman. Program homestay ialah
suatu bentuk produk pelancongan yang lebih menekankan kepada pelancongan
berasaskan komuniti dan tarikan ekopelancongan (Hathaichanok Phonwiset, 2008).
Di Malaysia, program homestay telah dipekenalkan pada tahun 1988 dan di
peringkat nasional pada tahun 1995 oleh Kementerian, Kebudayaan, Kesenian dan
pelancongan Malaysia ( sekarang Kementerian Pelancongan Malaysia) dan begitu
dikenali dan ia merujuk kepada penginapan pelancong tinggal bersama pengusaha,
menjamu selera dan terlibat dalam aktiviti tradisional dan aktiviti bersama komuniti
tempatan. Program homestay bukan sahaja melibatkan pengusaha dan penduduk
dalam program tersebut tetapi berkait dengan budaya, cara hidup masyarakat setempat
dan mempromosikan kawasan tarikan yang berdekatan homestay tersebut. Justeru itu,
pelancong yang berkunjung dapat menyaksikan kepelbagaian adat dan budaya hidup
masyarakat yang pastinya mempunyai keunikan dan keistimewaan mereka yang
tersendiri. Konsep homestay yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan
Malaysia adalah tidak sama dengan konsep homestay di luar negara. Di Malaysia,
program homestay juga dikenali sebagai penginapan tinggal bersama keluarga angkat
dan menjalani aktiviti bersama keluarga angkat sambil terlibat dalam aktiviti tradisional
dan aktiviti bersama penduduk kampung. Walaupun program homestay ini giat
dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, namun peranan untuk
7/29/2019 True Kampung Beng
3/32
membangunkan infrastruktur berkaitan homestay sebenarnya dibangunkan oleh
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian ini telahpun
menjadikan program homestay sebagai salah satu strategi penting untuk meningkatkan
peluang ekonomi dan pembangunan dikalangan penduduk luar Bandar.
Program di bawah Pelan Induk Pelancongan Desa adalah bertujuan untuk
meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan
(Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, 2010). Program homestay ini
telah menjadi porpular dan mendapat sambutan yang menggalakan daripada
penduduk luar Bandar (Pelancongan Malaysia, 2010). Sehingga Mei 2010, sejumlah
227 kampung dan 2984 peserta yang didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan
Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia, 2010). Kampung-kampung yang terlibat
telah dipilih secara teliti dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh
Kementerian.
Kampung Beng merupakan salah satu homestay yang terbaik di Malaysia. Ianya
terletak di negeri Perak di Mukim Durian Pipit. Menurut penduduk kampung Beng,
sejarah kampung Beng adalah sebuah perkampungan ini telah dibuka oleh seorang
anak Raja Pattani yang telah melarikan diri mengikuti aliran Sungai Perak yang pada
masa dahulu sebagai jalan perhubungan serta dikenali dengan panggilan " TOK BENG
". Maka wujudlah nama kampung ini sempena dengan panggilan "TOK BENG".
Kampung Beng merupakan sebuah perkampungan tradisional terletak di pinggir
Tasik Chenderoh. Perkampungan ini berada di pinggir Hutan Simpan Piah dan
pergunungan Piah serta di pertengahan Banjaran Titiwangsa yang terdapat Hutan
7/29/2019 True Kampung Beng
4/32
Simpan Bintang Hijau. Keindahan alam semulajadi dan keunikan budaya tradisional
masyarakat Melayu yang ditawarkan Homestay kampung Beng, berpotensi besar
dibangunkan sebagai salah satu produk pelancongan di negeri Perak. Di kampung
Beng terdapat seramai 27 pengusaha menyertai program homestay yang telah
ditubuhkan sejak tahun 2007.
Populasi penduduk di Kampung Beng adalah seramai 896 orang dengan 195
buah rumah di atas keluasan 3.9188 hektar. Terdapat enam perkampungan kecil yang
membentuk kampung Beng iaitu kampung Durian lubuk, Beng Dalam, kampung Dusun,
kampung Sekolah, kampung Durau dan Batu Ring. Kadatangan pelancong ke
kampung Beng bukan sahaja dikalangan penduduk tempatan atau domestik malahan
juga berjaya menarik kedatangan pelancong luar negara.
Dengan keindahan panorama semulajadinya yang unik, kampung Beng turut
menjadi lokasi pembuat filem cereka dan iklan komersil. Pemandangan alam yang
semulajdi dengan penuh budaya dan ragam resamnya menjadikan kampung Beng ini
kampung itu sebenarnya menjanjikan kedamaian dan keunikan tersendiri hingga turut
dijadikan lokasi penggambaran filem. Buktinya, beberapa filem dan iklan memilih lokasi
kampung itu termasuk iklan syarikat Petronas (budak lelaki membawa lembu di atas
rakit) yang disiarkan pada musim Aidilfitri 2010. Malah sebahagian daripada
penggambaran filem Anna & The Kingdan filem tempatan Sara juga dibuat di kampung
yang terletak di Lenggong, Perak.
7/29/2019 True Kampung Beng
5/32
2.0 PENAWARAN PELANCONGAN LUAR BANDAR DI HOMESTAY KG.
BENG (SWOT POLISI, PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN
TERMASUK INVENTORI PRODUK DAN KEMUDAHAH YANG SEDIA
ADA)
2.1 Analisa SWOT
2.1.1 Strenght (kekuatan)
i. Alam semulajadi seperti bukit bukau, hutan hijau, air terjun dan
sumber asli seperti ikan sungai dan tanam- tanaman herba di sekeliling
rumah menjadi sumber tarikan kepada para pelancong dari luar mahupun
luar negara.
ii. Budaya dan adat resam penduduk Kampung Beng yang masih
mengekalkan budaya tradisional masyarakat melayu. Contohnya adat
perkahwinan, marhabban, kompang, bercukur jambut, berzanji dan lain
lain.
iii. Komuniti Kampung Beng masih mengekalkan masakan Melayu
tradisional negeri Perak yang enak dan masih menggunakan sumber asli
seperti ikand dari sungai juga sayur sayuran yang didapati dari sekitar
kampung.
7/29/2019 True Kampung Beng
6/32
iv. Kemudahan asas tempat tinggal di Kampung Beng seperti
kemudahan air, elektrik, tandas, bilik air dan bilik tidur yang selesa akan
memberikan keselesaan kepada para tetamu yang memilih suasana
kampung untuk tujuan pelancongan mereka.
v. Sifat keramahan dan kemesraan serta sambutan terbuka daripada
penduduk kampung membuatkan para pelancong tidak merasa terasing
apabila berkunjung ke Kampung Beng.
vi. Terdapat dua alternatif untuk ke Kampung Beng iaitu penggunakan
jalanraya ataupun pengangkutan air seperti bot menjadi akses kepada
para pelancong untuk berkunjung ke Kampung Beng.
vii. Kampung Beng terletak jauh dari kawasan bandar dan mempunyai
keindahan dan keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan
kampung yang lain. Kampung yang sunyi, tenang dan dipenuhi dengan
kicauan burung, air terjun dan tasik menjadi tarikan yang berlainan untuk
berkunjung ke Kampung Beng.
2.1.2 Kelemahan
i. Kurangnya idea dalam mempromosikan Kampung Beng kepada
pelancong luar yang tidak mengetahui kewujudan kampung ini.
Penduduk di sini tidak mahir dari segi ICT. Penduduk kurang
pendedahan dari segi promosi dan pakej kepada pelancong.
7/29/2019 True Kampung Beng
7/32
Sepatutnya diwujudkan pelbagai pakej yang bersesuaian dengan
kehendak pelancong.
ii. Kemudahan asas sepert tandas, tempat permainan seperti
badminton dan takraw perlu di perbaiki dan diwujudkan. Tempat
permainan badminton masih terdapat di sini tetapi perlu di selenggara
dengan baik dan berkesan. Contoh di cat dengan warna yang baru
dan menarik.
iii. Jalan arah ke tempat air terjun perlu diperkemaskan dan di perbaiki
bagi memudahkan pergerakan pelancong.
iv. Tidak ada klinik bergerak bagi memudahkan pelancong mendapatkan
rawatan sekiranya berlakunya sesuatu yang tidak diinginkan.
v. Tiada bilik komputer, internet ataupun telefon awam untuk tujuan
komunikasi.
vi. Jeti untuk menunggu bot tidah diselenggara dengan baik. Juga, tempat
meletak kereta yang tiada berbumbung turut tidak disediakan untuk
para pelancong.
vii. Ciri- ciri keselamatan di dalam bot seperti jaket keselamatan tidak
disediakan.
viii. Penduduk setempat tidak mempunyai pengetahuan tinggi dalam
menguruskan Homestay dan kurangnya tahap penguasaan bahasa
Inggeris dan ini akan menyukarkan penduduk setempat untuk
berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris terutamanya dengan para
pelancong dari luar.
7/29/2019 True Kampung Beng
8/32
ix. Papan tanda atau arah tunjuk di dalam kampung juga adalah terhad
dan ini akan mengelirukan para pelancong khususnya yang tidak tahu
membaca di dalam Bahasa Malaysia.
x. Kurangnya promosi tentang Kampung Beng membuatkan ramai yang
tidak tahu di mana letaknya Kampung Beng dan ini sedikit sebanyak
akan memberikan impak yang besar apabila kurangnya pelancong
yang datang ke Kampung Beng.
xi. Tiada rekod kemaskini kemasukan pelancong dari luar mahupun dari
luar negara. Sistem fail tidak dipraktikkan.
xii. Tidak ada kad niaga (business cards). Penggunaan kad perniagaan
sangat penting supaya pihak luar, terutamanya korporat, lebih yakin
dengan kemampuan sesebuah homestay dalam menyediakan pakej
penginapan dan pengisiaannya. Ia bukan setakat mempamerkan
nama pengusaha, bahkan menggalakkan pelawat ambil maklum akan
kewujudan homestay tersebut. Di samping itu, penggunaan kad
perniagaan juga mencerminkan komitmen pengusaha homestay
untuk maju dan serius dalam bidang ini.
xiii. Pengaruh parti dalam politik. Apa jua aliran dalam parti politik,
pengusaha homestay dalam kampung yang sama perlu bekerjasama
dan sekata dalam membuat keputusan. Pengaruh politik yang
keterlaluan boleh menyebabkan pengurusan keseluruhan homestay
tersebut tidak terancang dan selalu berlaku pertentangan sesama
sendiri. Ini timbul akibat perselisihan faham dan keputusan yang
7/29/2019 True Kampung Beng
9/32
dicapai tidak sekata, akibat dipengaruhi pandangan politik yang
berbeza.
2.1.3 Peluang:
i. Sistem kampung yang diamalkan mampu menarik pelancong
daripada luar untuk mengetahui cara kehidupan masyarakat
Malaysia khususnya pelancong daripada luar negara.
ii. Terdapat sungai di Kampung Beng dan penduduk tempatan harus
mengambil peluang ini untuk membuat aktiviti- aktiviti sungai
seperti sukan air, memancing serta aktiviti menyusuri sungai
dengan menikmati keindahan panorama kampung dan keindahan
alam semula jadi di kawasan sekitarnya.
iii. Air terjun yang cantik dan alam semulajadi sepatutnya menjadi
sumber rezeki dan tarikan utama ke kampung ini. Penduduk
kampung harus mengambil peluang untuk menonjolkan lagi
keunikan, dan keindahan yang terdapat di Kampung Beng.
iv. Mewujudkan satu produk satu kampung menggunakan sumber
alam semulajadi.Contohnya daun mengkuang dan daun pokok
getah boleh di buat tikar dan bunga hiasan.
v. Menubuhkan koperasi Kampung Beng dalam membantu menjana
pendapatan penduduk dan masyarakat setempat. Ia juga memberi
7/29/2019 True Kampung Beng
10/32
peluang kepada para pelancong yang datang ke Kampung Beng
untuk membeli barang barangan keperluan yang diperlukan.
vi. Wujudkan taman herba edible garden yang mana di letakkan
nama melayu,nama saintifik dan nama Inggeris bagi menarik minat
pelancong.
vii. Peluang kepada pengusaha homestay melibatkan diri dalam
perniagaan dan membina jaringan dengan industri luar.
viii. Sumber asli yang ada seperti ikan sungai yang boleh dijadikan
produk pekasam, produk kraftangan daripada pokok getah,
penjualan kuih kuih tradisional dapat menajana ekonomi
khususnya untuk penduduk tempatan.
2.1.4 Ancaman
i. Pembalakan di hutan kampung ini menyebabkan terjadinya hakisan
tanah, keindahan air terjun telah terjejas dan menganggu eko
sistem alam semulajadi serta merosakkan sumber asli yang ada di
Kampung Beng.
ii. Penghijrahan orang orang muda dari Kampung Beng ke bandar
menyaksikan hanya warga emas yang masih tinggal di Kampung
Beng.
iii. Kekurangan peruntukan bagi memperbaiki kebocoran rumah dan
memperindahkan infrastruktur seperti tandas, rumah dan jalan
7/29/2019 True Kampung Beng
11/32
raya akan memberikan kesan jangka panjang apabila ianya tidah
diselenggara dengan sempurna.
iv. Wujudnya homestay, chalet dan hotel yang baru yang lebih
strategik dari segi tempat, kemudahan infrastruktur dan moden
menjadi ancaman utama homestay Kampung Beng.
v. Kampung Beng tidak mempunyai pelapis baru seperti generasi
muda untuk membangunkan Kampung Beng.
vi. Sistem pengurusan yang diamalkan tidak menepati ciri- ciri terkini.
Contoh: Tiada resit sekiranya bil diperlukan, pengambilan
tempahan untuk menginap di Kampung Beng tiada nama atau
agensi yang sepatutnya.
7/29/2019 True Kampung Beng
12/32
3.0 PERMINTAAN PELANCONGAN LUAR BANDAR DI HOMESTAY KG.
BENG (STATISTIK PELAWAT, RESIT, JANGKAAN PELANCONG,
PERSEPSI PELANCONG)
Jadual 1. Pencapaian program homestay di Malaysia untuk tahun 2006 2009
2006 2007 2008 2009*PelancongDomestik
21,795 (68%) 45,354 (69%) 68,416 (75%) 29,782 (72%)
PelancongAntarabangsa
10,038 (32%) 20,361 (31%) 23,117 (25%) 11,729 (28%)
JumlahPelancong
31,833 (100%) 65,715 (100%) 91,533 (100%) 41,511 (100%)
Jumlah Hasil(RM)
2,065,980.34 4,923,433.30 6,393,676.63 3,062,244.35
Bil.Pengusaha 1,563 2,533 3,034 3,264
Bil. Homestay 105 135 146 140
*Sehingga 30 Mei 2009Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia (2009)
Merujuk jadual 1 di atas, bilangan homestay di Malaysia meningkat dari tahun
2006 hingga 2008 iaitu 105 kepada 146.. Pada tahun 2009 bilangan homestay
dicatatkan sehingga 30 Mei mencecah 140 bilangan homstay dan ianya menunjukkan
peningkatan yang agak baik pada suku tahun pertama.
Dalam konteks Malaysia, aktiviti pelancongan merupakan salah satu sektor
ekonomi yang penting dan menjadi penyumbang pendapatan utama dalam sektor
perkhidmatan. Pelbagai kaedah pemasaran dan promosi yang dijalankan bagi
menggiatkan kedatangan pelancong ke negara ini antaranya melalui program homestay
yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelancong. Pengusaha homestay
juga mengambil insiatif dan peluang dengan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur
7/29/2019 True Kampung Beng
13/32
bagi tujuan keselesaan pelancong. Pendekatan ini telah diambil kira oleh pengusaha
homestay di Kampung Beng. Dengan peluang dan ruang yang diberikan oleh kerajaan
melalui polisi dan garis panduan yang telah ditetapkan, pengusaha homestay kampung
Beng berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong. Oleh
yang demikian, kampung Beng berada di kedudukan yang terbaik di Malaysia dan
terunggul di Perak.
Statistik Kedatangan Pelawat ke Lenggong, Perak
Accommodation Facilities Number of guests
Tasik Raban Resort This facility offers 12 rooms
with 28 beds.
Meeting facilities
Boat jetty
4,163 visitors (2008)
4,332 visitors (2009)
1,361 (until Feb 2010)
Lenggong Rest House This facility offers 23 rooms
with 46 beds.
Meeting facilities
Cafeteria
Karaoke room
Viewing Tower
7,630 visitors (2008)
7,742 visitors (2009)
1,309 (up to Feb 2010)
Homestay Kg Beng There are currently about 50
families participating in this
homestay programme.
(2008) - data not recorded
1,031 (2009)
Source: Lenggong District Council, 2010
Merujuk statistik kedatangan pelawat di daerah Lenggong, Kampung Beng
menerima seramai 1.031 orang pada tahun 2009. Statistik tersebut menunjukkan
Kampung Beng mendapat pemintaan yang agak tinggi daripada pelancong domestik
dan juga pelancong antarabangsa. Pengunjung luar negara yang datang menginap di
sekitar kampung Beng terdiri daripada warga Amerika Syarikat, Perancis, Jerman,
Switzerland dan Jepun yang menginap di resort, rumah rehat dan di rumah penduduk
7/29/2019 True Kampung Beng
14/32
melalui program homestay. Menurut ketua kampung Beng, pada Mei 2010 dianggarkan
kira-kira 100 pelancong Jepun datang mengikuti program di kampung Beng.
Selain itu, pelancong tempatan ataupun domestik tidak melepaskan peluang
untuk melihat keunikan yang ada di kampung Beng. Mereka terdiri daripada pelajar
sekolah dan university tempatan, penjawat sektor awam dan juga penyelidik yang terdiri
daripada badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan universiti tempatan,
dan lain-lain kategori.
Pelajar sekolah dan universiti yang datang di kampung Beng biasanya mereka
terlibat dengan program anak angkat yang dianjurkan sama ada peringkat sekolah,
university, persatuan dan sebagainya. Dalam program tersebut mereka akan menyertai
beberapa aktiviti yang dirancang oleh penganjur ataupun mengikuti aktiviti yang
ditetapkan oleh pihak homestay. Antara aktiviti yang biasa mereka lakukan ialah, aktiviti
gotong royong, sukaneka, aktiviti berkelah di air terjun dan sebagainya. Pada masa
yang sama mereka akan berlajar cara hidup masyarakat setempat dari segi budaya,
adat, makanan dan sebagainya.
Pelancong domestik dan antarabangsa yang berkunjung ke kampung Beng
sama ada secara berkumpulan dan individu mempunyai matlamat yang tersendiri.
Setelah menemu ramah pengusaha homestay di kampung Beng mengenai aktiviti yang
dilakukan oleh mereka, maklumbalas yang kami dapat ialah kebanyakan mereka yang
berkunjung ke kampung Beng mempunyai motif dan matlamat yang tertentu seperti
melihat keindahan alam flora danfauna; terpegun melihat keunikan kampung Beng;
merasai suasana kampung yang masih asli dengan budaya kampung dari segi budaya,
7/29/2019 True Kampung Beng
15/32
adat, makanan dan kehidupan seharian; menjalani kehidupan nelayan seperti
memancing, memukat, menjala dan sebagainya; menyertai dan melihat pesta sungai
seperti lumba bot penumpang disepanjang sungai kampung Beng; dan lain-lain.
Selain itu, terdapat kebanyak penyelidik yang datang ke kampung Beng
melakukan penyelidikan tentang potensi kampung Beng sebagai produk pelancongan,
eko-sistem, sejarah, warisan dan budaya, ekomomi dan lain-lain. Penyelidik terdiri
daripada luar dan dalam negara. Di dalam negara kebanyakan mereka terdiri daripada
pensyarah dan pelajar university tempatan, jabatan kerajaan dan badan bukan
kerajaan.
Dengan keunikan dan keaslian serta mempunyai daya tarikan yang tinggi,
kampung Beng mampu menarik pihak media, perfileman serta pengiklanan untuk
memilih kampung Beng sebagai lokasi pengambaran mereka. Dengan yang demikian,
kampung Beng menjadi semakin popular dan terkenal kerana dipromosikan oleh iklan
syarikat Petronas, penggambaran filem Anna & The King , program astro iaitu redah
sampai pecah dan lain-lain.
Oleh yang demikian, untuk memenuhi permintaan dikalangan pelancong dan
pelawat di kampung beng, kampung Beng diperkayakan dengan produk pelancongan
yang sedia ada seperti alam semulajadi yang menjadi daya tarikan dan produk-produk
lain seperti tempat tinggal (homestay), kemudahan dan infrastuktur, aktiviti-aktiviti yang
dirancang untuk pelancong dan produk-produk yang lain bagi tujuan menarik lebih
ramai pelancong dan pelawat datang ke kampung Beng. Pada masa yang sama, ianya
7/29/2019 True Kampung Beng
16/32
boleh membantu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat yang diperolehi dari
program homestay dan aktiviti yang dijalankan.
4.0 ANALISIS JURANG PERBEZAAN ANTARA PENAWARAN DAN
PERMINTAAN DI KAMPUNG BENG
Analisis ke atas jurang perbezaan di antara penawaran produk pelancongan dan
permintaan pelancong terhadap Homestay Kampung Beng
Penawaran produk pelancongan Permintaan pelancong
Sumber alam semulajadi seperti:
1. Air terjun,
2. Flora dan fauna,
3. Budaya penduduk(cara hidup),
4. Makanan,
5. Hasil kraf komuniti kampung
Beng
6. Keindahan alam semulajadi di
mana perhubungan antara
kampung di kampung Beng
1. Pelancong Asing (Luar Negara)
2. Pelancong dari Malaysia
3. Penyelidik (Universiti)
4. Sektor Awam
7/29/2019 True Kampung Beng
17/32
melalui jalan air,
7. Warisan atau sejarah Kampung
Beng
Melalui analisis yang dilakukan di Kampung Beng, terdapat tujuh penawaran
produk pelancongan yang utama di Kampung Beng dan empat kategori pelancong yang
yang datang melawat dan melancong ke Kampung Beng. Data yang menunjukkan
kekerapan kedatangan pelancong ke Kampung Beng boleh di lihat di bahagian statistik
pelancong diatas.
Terdapat banyak jurang perbezaan diantara penawaran produk pelancongan dan
permintaan pelancong terhadap Homestay Kampung Beng. Terutamanya, kurang
permintaan pelancong untuk datang melancong ke kampung Beng. Melalui
pemerhatian dan maklumat yang diberi, kampung Beng mempunyai satu tarikan yang
sangat istimewa namun semua tarikan ini tidak dipromosikan secara meluas. Ia
membuatkan kampung Beng sepi dari sokongan pelancong dan sekiranya berlarutan
kampong Beng akan hilang dari pandangan dan pengetahuan pelancong dari dalam
dan luar negara.
7/29/2019 True Kampung Beng
18/32
Pihak kampung Beng juga perlu menaiktarafkan perkhidmatan yang mereka
sajikan kepada pelancong dari segi kebersihan kampung, bahasa dan komunikasi, cara
mengendalikan pelancongan homestay, lebih ramah, mempelbagaikan lagi produk
pelancongan yang ada supaya dapat menarik lagi ramai pelancong serta lebih
berinformasi atau berpengetahuan terhadap industri pelancongan.
Selain itu, Kampung Beng juga harus mempertingkatkan usaha dari segi
pemasaran . Memandangkan, di daerah Lenggung itu sendiri terdapat banyak resort
yang lebih memberi tarikan kepada pelancong di mana perkhidmatan yang diberikan
mungkin lebih memuaskan mereka serta promosi yang begitu banyak. Bantuan dari
pihak luar juga mungkin dapat membantu untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
kampung Beng dengan membantu membuat pemasaran dan promosi.
Dengan kekangan yang ada iaitu kurang pengetahuan dari segi pengendalian
homestay, pihak yang bertanggungjawab perlu memberikan sumbangan terhadap
pengurusan homestay kampung Beng dengan memberikan latihan intensif kepada
penduduk terutamanya generasi muda supaya dapat meneruskan industri ini dengan
lebih jayanya apabila digabungkan bersama dengan generasi yang ada sekarang.
Berdasarkan rekod yang diperolehi, di dapati rumah yang mengendalikan
program homestay di Kampung Beng tidaklah begitu banyak. Hanya mereka yang
7/29/2019 True Kampung Beng
19/32
benar-benar berminat sahaja yang akan menjalankan program ini. Oleh ynag demikian,
pembekalan kadangkala tidak dapat memenuhi permintaan sekiranya terdapat ramai
pelancung ke sana, tetapi kalau tidak begitu ramai, mereka masih mampu menerima
kedatangan para pelancung tersebut.Jadi untuk membuat analisa untuk melihat jurang
perbezaan antara pembekalan dan permintaan, boleh lah dikatakan bahawa jurang
perbezaan tidaklah begitu ketara.
Kemudahan asas yang di sediakan di Kampung Beng adalah agak terhad. Tidak
banyak kemudahan asas seperti klinik, kedai serbaguna dan sebagainya yang di
sediakan kepada oleh pelancung yang berkunjung di sana. Pengunjung berharapkan
bahawa Kampung Beng akan menyediakan kemudahan tersebut tetapi sebaliknya.
Maka dapat dibuat analisa bahawa kemudahan asas yang ditawarkan oleh Kampung
Beng tidak begitu memenuhi permintaan dari pelancung.
Dari segi keselamatan pula boleh dikatakan masih banyak ciri-ciri keselamatan
yang perlu di baiki seperti jaket keselamatan, keadaan bot yang lebih selamat, keadaan
persekitaran rumah yang bebas dari binatang serta serangga berbahaya dan
sebagainya. Keselamatan adalah menjadi faktor utama bagi setiap pelancung apabila
mereka berada di sana. Mereka mengharapkan sepanjang berada keadaan semunya
akan menjadi selamat dan selesa. Jadi apabila beberapa ciri keselamatan yang
diperlukan tidak di sediakan oleh penduduk kampung maka dapat di simpulkan bahawa
7/29/2019 True Kampung Beng
20/32
masih terdapat jurang perbezaan antara apa yang di bekalkan dengan apa yang
diperlukan.
Terdapat dua cara untuk sampai ke Kampung Beng iaitu dengan jalan air dan
juga jalan darat. Bagi jalan darat, keadaan jalanya tidak begitu elok dan kadangkala
boleh mengundang bahaya. Pelancung yang menggunakan jalan darat mengharapkan
jalan yang bakal mereka lalui kesana akan berada dalam keadaan elok dan sempurna,
tetapi kenyataannya adalah disebaliknya. Buat masa ini, Kampung Beng tidak
menyediakan jalan yang baik seperti mana yang di harapkan. Jadi masih ada jurang
perbezaan antara apa yang dibekalkan dengan apa yang di perlukan.
Berdasarkan dari maklum balas dari pengunjung yang terdahulu dan
pengalaman sendiri berada di sana, didapati segala makanan dan minuman yang di
sediakan oleh penduduk Kampung Beng adalah memenuhi apa yang pelancung
kehendaki. Makanan, masakan serta hidangan cara kampung akan di sediakan kepada
pelancung. Ini adalah apa yang di harapkan oleh pelancung apabila berada di sana iaitu
untuk merasai masakan cara kampung. Jadi dari segi penyediaan makanan dan
minuman dapatlah di katakan bahawa tiada jurang perbezaan yang dapat di lihat.
Pelancong berharapkan apabila mereka berada di Kampung Beng, mereka akan
dapat banyak melakukan aktiviti yang menarik seperti permainan tradisioanal, sukan air
7/29/2019 True Kampung Beng
21/32
dan sebagainya. Namun demikan, tidak semua aktiviti yang di tawarkan apabila
pelancung berada di sana, mungkin hanya sebahagian sahaja. Setelah membuat
analisa, dapatlah di simpulkan bahawa masih terdapat jurang perbezaan walaupun
sedikit antara apa yang di tawarkan dengan apa yang di bekalkan.
Keadaan dalam rumah adalah juga menjadi faktor yang penting yang perlu di
ambil perhatian oleh tuan rumah itu sendiri. Pengunjung berharapkan keadaan dalam
rumah yang selesa dan privasi seperti tidak berkongsi bilik air dengan tuan rumah,
ruang bilik yang selesa, tidak panas, katil yang sesuai dan lain-lain lagi. Di perhatikan,
masih terdapat juga keadaan rumah yang tidak begitu bersih, pelancung berkongsi bilik
air dengan tuan rumah serta keadaan bilik yang panas dan tidak selesa. Oleh yang
demikian masih terdapat sedikit jurang perbezaan antara apa yang diharpkan dengan
apa yang dibekalkan kepada pelancung.
Suasana persekitaran di Kampung Beng adalah begitu nyaman dan tenteram
serta boleh juga dikatakan tiada pencemaran. Kampung ini di kelilingi oleh pokok-pokok
yang menghijau dan udara yang segar seperti mana yang diharapkan oleh pelancong
apabila berada disana. Jadi boleh di katakan tiada jurang perbezaan dengan apa yang
di tawarkan dengan apa yang dibekalkan.
7/29/2019 True Kampung Beng
22/32
Kesimpulan yang boleh dibuat melalui analisis yang telah dilakukan, terdapat
banyak jurang perbezaan di antara penawaran produk pelancongan dan permintaan
pelancong terhadap Homestay Kampung Beng. Pertamanya, walaupun permintaan
yang diperolehi dari pelancong kelihatan agak berkurang mengikut musim, namun
sebenarnya permintaan yang ada juga tidak dapat ditampung sepenuhnya
memandangkan ketidakcukupan pengelola dari segi rumah homestay. Apabila perkara
itu terjadi, maka permintaan akan semakin berkurang disebabkan kekangan terhadap
tempat tinggal untuk para pelancong. Namun mereka mempunyai banyak penawaran
dari segi produk penduduk setempat dan sumber semulajadi. Perkara ini perlu dilihat
semula semoga penawaran produk pelancong dan permintaan dari pelancong selaras
dan akan member keuntungan kepada kedua-dua pihak.
7/29/2019 True Kampung Beng
23/32
5.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, Konsep homestay ialah merupakan satu kemudahan
penginapan berskala kecil di kawasan kampung, dimiliki dan diusahakan sendiri oleh
masyarakat kampung tersebut, samada secara individu ataupun bekerjasama. Seperti
kampung Beng ianya diusahakan secara berkumpulan yang diketui oleh ketua
kampung. Keistimewaan kampung Beng seperti penawaran tempat tinggal bersama
keluarga angkat, produk kampung seperti makanan tradisional, layanan yang baik dari
tuan rumah, aktiviti kampung yang menggembirakan, budaya yang unik dan
pemandangan semulajadi yang indah, merupakan tarikan utama untuk para pelancong
dan pelawat datang dan bermalam di homestay. Sokongan kerajaan dan polisinya
yang meletakkan pelancongan sebagai industri yang penting, sedikit sebanyak telah
membantu program homestay berkembang dan bertambah kuantiti bilangan
pengusahanya. Dengan adanya program seumpama ini, ianya secara tidak langsung
akan membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf hidup mereka dan tidak
hanya bergantung kepada kegiatan pertanian dan nelayan.
6.0 CADANGAN DAN SARANAN
5.1. Promosi mengenai Homestay Kampung Beng perlu di pertingkatkan lagi.
Pelbagai cara promosi dapat di lakukan seperti promosi melalui media
elektronik dan media cetak. Ini termasuklah di laman sosial, laman web,
surat khabar, majalah- majalah pelancongan dan lain-lain. Semua
penduduk kampung juga perlu melibatkan diri dengan lebih aktif dan
agresif serta memberi sumbangan dari segi tenaga, masa, dan juga
7/29/2019 True Kampung Beng
24/32
memberi pendapat dalam usaha memajukan industry homestay di
kampung mereka. Ketua kampung serta AJK kampung perlu kerapkali
mengadakan mesyuarat serta berhubung dengan pihak luar terutamanya
dengan pejabat daerah dan juga jabatan pelancongan negeri Perak. Ini
dapat membantu mereka untuk mencari kaedah yang terbaik untuk
mempromosikan homestay di kampung serta mendapatkan bantuan serta
khidmat nasihat dari pihak yang lebih berpengalaman serta
berpengetahuan dalam program homestay. Di samping itu juga, mereka
juga perlu belajar dari pihak yang bertanggungjawab bagaimana cara
untuk menggunakan teknologi yang terkini seperti internet dan website
untuk tujuan promosi. Ini dapat mengelakkan mereka daripada terus
berharap dari pihak yang lain untuk tujuan tersebut. Adalah lebih baik
mereka melakukan sendiri kerana merekalah yang lebih memahami
keadaan dan situasi di Kampung Beng jika di bandingkan dengan pihak
yang lain.
5.2. Kampung Beng mempunyai pelbagai produk serta sumber alam
semulajadi yang dapat di majukan serta di komersilkan. Antaranya seperti
buah- buahan tempatan, makanan tradisional seperti kueh melayu dan
ikan pekasam, serta produk-produk kraftangan yang mampu menembusi
ke pasaran luar. Di perhatikan, penduduk di Kampung Beng mempunyai
kemahiran dan pengetahuan dalam bidang masakan dan kesenian,
namun demikian mereka tidak begitu menyerlahkan kelebihan tersebut ke
peringkat yang lebih jauh, ini akan membuatkan bakat serta kepandaian
7/29/2019 True Kampung Beng
25/32
mereka tersebut hanya menjadi bakat yang terpendam dan sekadar untuk
ahli keluarga ataupun untuk penduduk kampung sahaja. Jika mereka
berpandangan lebih jauh dengan dan berusaha bersungguh-sungguh,
ianya akan dapat mendatangkan hasil yang lebih lumayan serta dapat
mempertingkatkan ekomomi mereka. Ini secara tidak langsung akan
menarik lebih ramai pelancung untuk datang melihat dengan lebih dekat
dan jelas lagi segala aktiviti di Kampung Beng yang mana dapat memberi
pengalaman yang pastinya menggembirakan buat mereka disamping
merasai keindahan serta suasana kampung yang sebenar.
5.3. Antara tarikan lain yang terdapat di kampung Beng ialah keindahan flora,
fauna dan air terjun yang begitu mempersonakan para pelancung. Oleh
yang demikian adalah di sarankan agar ianya dapat di pelihara dengan
sebaik mungkin, elakkan sebarang aktiviti seperti pemburuan haram,
pembakaran hutan, pembalakkan yang berleluasa dan sebagainya.
Keadaan ini akan boleh menggangu eko-sistem, bio-diversiti, dan
merosakkan keindahan alam semulajadi. Lalun untuk ke air terjun pelulah
juga di baiki agarnya lebih selamat dan selesa untuk para pelancung
untuk ke sana.
5.4. Kemudahan asas serta prasarana perlu diperbaiki serta di wujudkan.
Berdasarkan pemerhatian, tandas awam, tempat rekreasi, kedai
serbaguna, klinik desa , pondok kawalan, alat bantuan kebakaran tidak
7/29/2019 True Kampung Beng
26/32
terdapat di kampung tersebut. Di samping itu, kemudahan yang sedia ada
seperti tempat menunggu di jeti, telefon awam, tempat letak kereta serta
surau tidak di selenggara dengan begitu baik dan ada yang telah rosak.
Memandangkan segala kemudahan asas ini adalah amat penting bagi
para pelancung serta penduduk di kampung tersebut, maka ianya perlulah
di di wujudkan dan di selenggara dengan baik.
5.5. Memandangkan kampung Beng di kelilingi oleh tasik, terdapat banyak
aktiviti menarik dapat di tawarkan kepada pelancung, seperti aktiviti
mengelilingi tasik dengan bot, sukan air, aktiviti memancing ikan dan lain
lain lagi. Oleh yang demikian, jika aktiviti ini dapat ditawarkan dalam
bentuk jualan pakej, sudah pastinya ianya dapat menarik lebih ramai lagi
pelacung untuk bertandang ke Kampung Beng. Namun apa yang di
perhatikan, hanya aktiviti merentas tasik sahaja yang di ketengahkan.
Selain dari itu, banyak aktiviti lain yang dapat di jalankan seperti
permainan dan muzik tradisional, demonstrasi masakan cara kampung
dan sebagainya yang mana dapat memberi peluang kepada pelancung
untuk merasai sendiri cara hidup orang kampung dan secara langsung
dapat mendekatkan diri serta mengeratkan lagi hubungan dengan
penduduk setempat.
5.6. Ketua kampung ataupun AJK ampung perlu mengambil inisiatif untuk
terus memberikan maklumat serta informasi tentang Kampung Beng di
laman web atau pun blog agar para pelancong dapat mengetahui dengan
7/29/2019 True Kampung Beng
27/32
lebih tepat dan jelas bagaimana cara untuk membuat tempahan dan
sebagainya. Laman web serta blog tersebut perlu lah di kemas kini dari
masa ke semasa. Dari apa yang di maklumkan oleh ketua kampung
tersebut, laman web serta blog mengenai Kampung Beng telah lama tidak
di kemas kini kerana mereka tidak tahu bagaimana caranya. Oleh yang
demikian, adalah di cadangkan agar ketua kampung ataupun AJK
kampung meminta bantuan dari pihak yang berkenaan seperti jabatan
pelancongan negeri Perak untuk membantu mereka mengemas kini
ataupun mewujudkan satu laman web atau blog yang baharu untuk
Kampung Beng.
5.7. Bagi memajukan lagi sektor pelancungan serta program homestay
terutamanya di Kampung Beng, di cadangkan agar Jabatan Pelancongan
negeri Perak memberi perhatian serta membuat pemantauan mengenai
aktiviti homestay di Kampung Beng. Apa-apa keperluan atau penambah
baikkan yang di rasakan penting seperti dari segi kemudahan asas,
bantuan kewangan dan sebagainya, tindakan sewajarnya perlu di ambil
bagi membolehkan Kampung Beng terus hidup menjadi destinasi
homestay yang utama di negeri perak.
5.8. Ciri-ciri keselamatan perlu di beri perhatian yang lebih seperti dengan
menggunakan jaket keselamatan ketika menaiki bot, Ini sebagai langkah
berjaga-jaga sekiranya sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku. Di
samping itu juga, tiang lampu di laluan pejalan kaki perlu di adakan. Ini
7/29/2019 True Kampung Beng
28/32
adalah amat penting terutamanya pada waktu malam. Ini akan
menyukarkan pelancong untuk bergerak dalam keadaan gelap. Mereka
mungkin akan terjatuh serta tergelincir ataupun mungkin di serang oleh
binatang serta serangga yang berbahaya yang terdapat di kawasan
tersebut seperti lipan, ular dan sebagainya yang mana ianya akan
mengancam keselamatan pelancong serta penduduk di kawasan tersebut.
5.9. Di perhatikan juga terdapat beberapa rumah peninggalan yang telah lama
tidak di diami dan kelihatan hampir roboh dibiarkan begitu sahaja. Ini akan
mencacatkan pengelihatan para pelancung yang berkunjung ke sana. Di
samping itu juga rumah tersebut mungkin akan menjadi sarang ataupun
tempat bagi serangga serta binatang seperti lipan dan ular untuk tinggal
dan membiak di situ. Jadi di sarankan agar, ketua kampung mendapat
keizinan dari tuan rumah tersebut untuk merobohkan rumah tersebut,
lantas tapak rumah tersebut boleh di bina rumah yang baru ataupun untuk
kegunaan yang lain.
5.10. Berdasarkan pemerhatian, tidak semua penduduk yang berminat untuk
menjadikan rumah mereka sebagai homestay. Mungkin mereka tidak
begitu memahami konsep homestay yang sebenar. Di dapati juga
generasi muda di kampung tersebut tidak begitu berminat dengan
program homestay dan lebih gemar untuk bekerja di luar dari daerah
mereka. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar mereka ini diberi
kesedaran serta maklumat yang lebih jelas akan kepentingan program
homestay ini dengan mengadakan lebih banyak kursus, latihan,
7/29/2019 True Kampung Beng
29/32
kemahiran dan sebagainya tentang program ini supaya ianya dapat
memupuk minat mereka untuk menceburkan diri dalam program
homestay dan menjadi menjadi penyambung g generasi dalam bidang ini
pada masa yang akan datang.
5.11. Di Kampug Beng juga didapati banyak kawasan serta tanah terbiar tanpa
di usahakan. Di cadangkan agar penduduk kampung mengambil inisiatif
dengan mengguna pakai kawasan serta tanah yang ada seperti bercucuk
tanam sayuran, buahan, pokok herba dan sebagainya. Di kawasan tasik
pula boleh di pelihara ikan untuk kegunaan sendiri serta untuk jualan. Ini
secara tidak langsung akan mengurangkan perbelanjaan mereka daripada
membeli bahan keperluan harian dari tempat lain, sebaliknya dari
tanaman serta ternakan sendiri. Di samping itu juga, sekiranya berusaha
bersunguh-sungguh, ianya dapat menambahkan pendapatan penduduk di
sana.
5.12. Di dapati juga, tiada tempat ataupun kaunter yang khas bagi para
pelancung bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai
mengenai kampung ataupun sebagainya. Bagi mendapatkan maklumat,
pelancung hanya bertanya kepada penduduk setempat sahaja yang mana
kadangkala mereka sendiri pun tidak pasti dan mungkin akan memberikan
maklumat yang tidak begitu tepat atau pun berbeza-beza. Oleh yang
demikian, di cadangkan agar satu tempat atau pun kaunter khas bagi
7/29/2019 True Kampung Beng
30/32
menyalurkan maklumat kepada pelancung di wujudkan. Tidak semestinya
perlu ada ornag menunggu di kaunter tersebut, tetapi mungkin hanya
dengan memaparkan segala maklumat dalam bentuk gambar, poster,
rekod kedatangan pelancung dan sebagainya mengenai di Kampung
Beng sudah mencukupi.
5.13. Pakej-pakej yang baru dengan harga yang berpatutan perlu di
perkenalkan kepada para pelancung. Kadangkala ada pelancung sendiri
tidak tahu selain dari penginapan, apakah lagi perkhidmatan ataupun
aktiviti yang dapat mereka perolehi di sana. Pakej yang menarik secara
tidak langsung pastinya akan menarik lebih ramai lagi pelancung ke sana.
5.14. Penduduk Kampung Beng juga di sarankan agar lebih mementingkan
kebersihan persekitaran kampung terutamanya di rumah mereka sendiri.
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, masih terdapat rumah yang
mana tahap kebersihannya masih tidak begitu memuaskan. Di samping
itu, mereka juga perlu berusaha untuk menyediakan penginapan yang
lebih selesa kepada para pengunjung seperti katil yang bersesuaian, bilik
air yang bersih dan sebagainya. Di cadangkan juga, penduduk kampung
yang menawarkan homestay untuk mendapatkan maklum balas sendiri
dengan pelancung yang menginap di rumah mereka. Jika ada sebarang
kekurangan ataupun sebaliknya boleh lah di baiki dengan segera.
7/29/2019 True Kampung Beng
31/32
5.15. Untuk sampai ke Kampung Beng, para pelacung boleh menggunakan
jalan air dan juga jalan darat. Apabila menggunakan jalan air, pelancung
harus menaikai bot yang di sediakan. Berdasarkan pemerhatian, keadaan
beberapa bot kelihatan agak uzur dan tidak begitu sesuai dan selamat
terutamanya apabila membawa ramai penumpang. Di cadangkan agar bot
yang lebih selesa serta lengkap dengan alat keselamatan di khaskan
untuk pelancung. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak di
ingini daripada berlaku. Manakala jalan darat pula adalah amat teruk dan
agak membahayakan pengguna. Jalan yang tidak berturap, berlubang,
bercerun yang agak tinggi boleh mengundang bahaya kepada para
penguna terutamya apabila waktu hujan dan cuaca gelap. Oleh yang
demikian, di cadangkan ketua kampung untuk segera meminta bantuan
dari pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki jalan tersebut dengan
segera.
RUJUKAN
Hathaichanok Phonwiset, Prasan Yomsatharn, Wisitri Chusakul (2008) Tourist
satisfaction with homestay tourism: Baan Pang Dang, Chiang Mai Province.
Naresuan University, Thailand.
Kementerian Pelancongan Malaysia (2009) Maklumat pelancong: Program homestay
[Cited 20June 2009]. Available from: http://www.motour.gov.my.
Norliza Aminudin, Salamiah A Jamal (2006) Homestay Selangor: Keunikan dan
pengalamanpengusaha. Pusat Penerbit Universiti, Universiti Teknologi MARA,
Shah Alam.
7/29/2019 True Kampung Beng
32/32
Wipada Unlumlert (2007) Criteria creation for management evaluation of Thai
homestay: A casestudy of Ubonratchathani Province, Thailand. Mahidol
University, Bangkok.