Upload
sempilai-taiping
View
183
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN
TUGASAN JKP 213(FALSAFAH POLITIK)
SOALAN NO.25-KUMPULAN G
TUGASAN
Soalan:
25. “KARYA CONFUSIUS BERTAJUK THE ANALECTLEBIH MERUPAKAN SATU
PENGKRITIKAN TENTANG CORAK PEMERINTAHAN .”BINCANGKAN
PERNYATAAN INI.
Pengenalan
Sistem pemerintahan penting sebagai sesuatu yang mesti wujud untuk membangunkan
sesebuah negara. Sekiranya sistem pemerintahan itu mantap, maka hasil
perlaksanaannya juga baik dan begitulah sebaliknya. Secara umumnya sistem
kepercayaan, falsafah atau pemikiran Cina banyak dipengaruhi oleh latar belakang
geografi , ekonomi dan nilai pertanian Cina. Latarbelakang tempat dan keadaan
persekitaran turut mempengaruhi bentuk aliran pemikiran yang berkembang dalam
sesuatu tamadun. Umpamanya, pemikiran falsafah Greek lebih menekankan aspek
pemikiran spekulatif, alam semulajadi dan metafizik, manakala pemikiran Cina pula
lebih menekankan aspek sosiopolitik, etika dan lebih bersifat praktikal. Ahli falsafah
Cina banyak memberikan tumpuan mereka kepada persoalan tentang penyesuaian
manusia terhadap alam semulajadi dan amat menekankan hal ehwal manusia. Bagi
mereka, manusia adalah menjadi kayu pengukur dan tanpa nilai kemanusiaan, falsafah
hilang pengertiaan asasnya dan tidak dapat menjustifikasikan kewujudannya. Persoalan
metafizik hanya menjadi pemerhatian ahli falsafah Cina setelah kedatangan
Buddhaisme ke Cina (Shariff, 1994). Dalam world view China, dua sphere tidak dapat
dipisahkan dan kosmos yang dapat dilihat adalah satu, ia adalah langit, bumi dan
manusia. Langit di atas, manakala bumi di bawah. Manusia diwakili oleh Maharaja yang
bertindak sebagai perantaraan antara langit dengan bumi. Terdapat 100 aliran falsafah
di Cina, bagaimanapun banyak yang tidak dapat diketahui disebabkan dasar
pemusnahan buku yang dilakukan pada zaman dinasti Chin. Antara aliran falsafah yang
dominan ialah Konfusianisme, Taoisme, Legalisme, Mohisme, Yang-Yin dan Ming-Chia.
Perkataan ‘pemimpin’ bertitik tolak dari kata dasar ‘pimpin’ yang membawa maksud
dibimbing, dipandu, dituntun dan ditunjuk. Ini bermakna seorang pemimpin didefinisikan
sebagai orang yang membimbing, memandu, menuntun dan menunjuk orang lain
kepada sesuatu perkara, tujuan dan tempat. Kepimpinan juga berlaku apabila
seseorang itu mendorong, memujuk dan memperngaruhi orang lain untuk berusaha ke
arah satu objektif tertentu. Teori kepimpinan dari barat menyenaraikan beberapa gaya
atau jenis kepimpinan iaitu pemimpin yang bersifat autokratik, demokratik dan laissez-
faire. Melalui kajian-kajian yang dilakukan di dapati gaya kepimpinan yang bersifat
demokratik menghasilkan sistem pengurusan yang mantap, produktif, berjaya mencapai
objektif dan berjaya sebagai sebuah pasukan. Ini kerana sifat demokratik didasari oleh
penglibatan pemimpin dan sokongan dari pengikut sepenuhnya.
Analect of Confusius: Bab 12 line 11
Bangsawan Ching dari Chi’i bertanya kepada Confusius mengenai pemerintahan.Confusius menjawab, “Biarkan raja menjadi raja, menteri menjadi menteri, ayah menjadi ayah, anak menjadi anak.” Bangsawan Ching berkata, “Excellent, betul sekali, jika raja tidak menjadi raja, menteri tidak menjadi menteri, ayah tidak menjadi ayah, anak tidak menjadi anak, walaupun kita punya makanan, bagaimana kita bisa makan?”
Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau
berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan.
Confucius dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya
ialah Kung Fu Tze. Ketika berusia 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan sejak itu
beliau dijaga oleh ibunya. Sewaktu Confucius masih kecil lagi, beliau telah minat
membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina. Beliau juga sangat
mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun keluarganya dalam
kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan
kerajaan semasa berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua
berjalan dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri
di negeri Lu. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja
beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan tetapi, pemerintahan Lu itu
tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Beliau cuba memberi perkhidmatan
berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi keadaan pada masa itu tidak memberi peluang
kepadanya untuk mempraktikkan ideanya. Akhirnya, Confucius berhenti daripada
perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian ibunya. Kemudian, Confucius
menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru, beliau menjadi
seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk 10 tahun
sebelum kembali ke Lu pada tahun 484 SM. Pada masa itu, Confucius telah merantau
dan menyebarkan ajarannya. Beliau cuba mencari seorang pemerintah yang akan
mengikuti ajarannya tetapi gagal. Beliau kembali ke Lu pada tahun 484 SM. Di Lu,
beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku-buku termasuk nyanyian
dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.
Ajaran Confucius
Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi
merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran
Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan
perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal
pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan
lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa,
kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik." Ajaran Confucius dikumpulkan oleh
pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analekta. Dua
orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius).
Confucius merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya
dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang
dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih
Ching), Book of History (Shu Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes (I Ching)
dan Aping Ang Autum Annals (Chun Ching). Ajaran Confucius tidak mempunyai
pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia Cuma
mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.
Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya
ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada
negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang
menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu
bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.
Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak
lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu,
tenteram dan harmoni.
Analect of Confusius: Bab 4 line 17
Confucius said: “When you see a good person, think of becoming like her/him. When you see someone not so good, reflect on your own weak points.”
Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa
mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa
pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-anak mereka
termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga
negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar. Dari segi
politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang
dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius
menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli
keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam
sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga
dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan
mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus
melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti. Bagi masyarakat China.
Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran
Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk
mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan
Confucianisme, juga memetingkan penyembahan kepada nenek moyang.Meng Tze,
pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang
zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas.
Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah
jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka
undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.Sebagai satu
kesimpulan, Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan
kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta
kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara
adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius. Idea peperiksaan
awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme
supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana
keturunannya. Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial
seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan
keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai
keharmonian dengan alam semesta. Ajaran-ajaran Taoisme adalah gabungan
anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh
diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf. Lao Tze menyarankan supaya
manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara
mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara
yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan
ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya
mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep
kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi,
penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah
dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme,
kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka
menganggap bahawa lebih banyak undang-undnag dikenakan keganasan akan timbul
dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan
penduduk di luar bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada
kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme. Agama
muncul daripada kepercayaan primitif iaitu kepercayaan dalam bentuk animisme.
Dengan perkembangan dalam tahap intelektualisme, manusia mula menggantikan
perasaan ketakutan kepada kebaikan. Tuhan mula disembah kerana takutannya tetapi
untuk menunjukkan kepatuhan, kasih dan ketaatan. Confucianisme bukannya agama
yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan tetapi adalah agama kebudayaan yang
berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya. agama ini
berasaskan ajaran. Tetapi, terdapat perbezaan di antara mereka. Confucianisme
adalah berkenaan dengan Li seperti ketaatan, penghormatan, tatasusila, kasih saying,
kepatuhan kepada peraturan sosial dan sebagainya. Dalam ajaran Tao pula
mementingkan alam semesta. Confucisnisme adalah yang disanjung oleh golongan
yang terpelajar dan pegawai-pegawai kerajaan, manakala Taoisme hanya mendapat
sambutan daripada kalangan penduduk di kawasan terpencil.
Konfusianisme
Ia diasaskan oleh Kung-Fu-Tze yang dilahirkan pada tahun 551 S.M. di Tsou dan
berasal dari keturunan bangsawan. Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik,
penulisan dan ritual. Sewaktu berumur 20 tahun beliau menjadi seorang guru dan
mengajar murid-murid cara berkelakuan baik. Beliau dan murid-muridnya sering
mengembara dari wilayah ke satu wilayah yang lain. Beliau yakin melalui sistem
pendidikan akan wujudnya kesetaraan sejati antara manusia. Beliau merupakan orang
pertama dalam sejarah China yang mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000
orang, dan 10 orang dari mereka menjadi pemikir dan sarjana yang terkenal. Beliau
merupakan seorang ahli pendidik yang mahukan pengikut-pengikutnya menjadi
“rounded man” yang boleh digunakan oleh negara dan masyarakat.
Analect of Confusius: Bab 14 line 37
Confusius berkata, “Tidak ada seorangpun yang mengerti saya.”Tzu Kung berkata, “Apa yang kamu maksudkan dengan ‘tidak ada seorangpun yang mengerti saya’?” Confusius berkata, “Saya tidak mengeluh terhadap Surga, tidak bertengkar dengan manusia. Saya belajar dari tingkat yang paling dasar dan sedikit demi sedikit bergerak ke yang berada diatas. Siapa yang mengerti saya? Surga mengerti.
Justeru itu, beliau mengajar bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan.
Falsafahnya mahu mendidik manusia melalui saluran pendidikan bagi menghasilkan
manusia yang sempurna yang disebut sebagai Junzi. Junzi merupakan seseorang yang
memiliki sepenuhnya hikmah ren. Dalam kitab Lun Yu, Kung Fu Tze telah memberikan
beberapa cara untuk menjadi Junzi (budiman). Antara cara untuk menjadi seorang
Junzi ialah:
1. tidak merasa resah, pilu atau takut
2. bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat kesalahan, melayani
orang lain dengan bahasa yang baik dan teliti sesuai dengan adat
3. membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang baik dan tidak membantu orang
lain untuk menjayakan pekara yang jahat
Manakala sifat Junzi menurut Kung Fu Tze ialah seseorang yang hidup aman
damai, tidak sombong dan tidak menghina orang lain.Kung Fu Tze mahu
menginterprestasikan khazanah warisan silam kepada anak-anak muridnya, dengan
sebab itu beliau berkata sesungguhnya beliau hanyalah seorang transmitter dan
bukannya originator.Kung Fu Tze merupakan pengasas kepada aliran Konfusianisme
atau Ju Chia adalah merupakan satu aliran pemikiran falsafah atau agama.
Analect of Confusius: Bab 12 alinea 9
Bangsawan Ai bertanya kepada Yu Zo, “Sudah satu tahun kita dilanda kelaparan dan tidak ada cukup uang untuk menjalankan pemerintahan ini. Apakah yang harus saya lakukan?”Zo berkata, ” Kenapa kamu tidak menggunakan pajak 10 persen?” Bangsawan Ai menjawab, “Dengan pajak 20 persen pun tidak memadai, apa yang bisa saya lakukan dengan pajak 10 persen?” Zo berkata, “Jika rakyat berkecukupan, apa lagi yang seorang pangeran inginkan? Jika rakyat kekurangan, bagaimana mungkin seorang pangeran bisa puas”
Schwartz menyatakan bahawa Konfusianisme mempunyai kedudukan yang unik
dalam sejarah China. Doktrinnya dianggap sebagai official philosophy di negara China.
Banyak pandangan sarjana tentang Konfusianisme sama ada ianya merupakan
sebagai satu agama atau aliran pemikiran falsafah atau etika. Osman Bakar
menyimpulkan, konfusianisme boleh dianggap sebagai satu agama, kerana agama
adalah juga falsafah seperti yang dirujuk kepada pemikiran Falsafah al-Farabi, al-Kindi
dan lain-lain. Bagaimanapun, Yves Regun berpendapat bahawa Konfusianisme
hanyalah satu falsafah tentang kehidupan yang berpaksikan kepada konsep ren.
Konfusius menurutnya tidak mendirikan satu agama.Didsbury pula melihat falsafah
Konfusianisme tidak berminat dalam soal metafizik, pemikir mereka seperti Konfisius,
Mencius (371 S.M-289 S.M) dan lain-lain lebih berminat membincangkan soal sosial,
politik dan pendidikan. Mereka lebih peka kepada persoalan etika dan hal-hal praktikal
berhubung dengan penyusunan masyarakat berdasarkan kepada prinsip moral yang
sesuai. Dengan sebab itu, amat sukar mengkaji pandangan Konfusianisme dalam
masalah metafizik, Ketuhanan dan kehidupan selepas mati. Perkara inilah menurut
Wang Gungwu yang membezakan Konfusianisme dengan agama lain, kerana ia amat
sedikit menekankan kepada kehidupan spiritual dan menjauhkan diri dari perbincangan
mengenai kehidupan selepas mati tetapi lebih banyak menumpukan kepada dunia,
sosial, keluarga dan moral. Apabila ditanya tentang kematian oleh muridnya, Konfisius
menjawab “jika kita tidak tahu tentang kehidupan, bagaimana pula kita tahu tentang
kematian”. Begitu juga beliau pernah berkata “kamu tidak mampu untuk berkhidmat
kepada manusia, jadi bagaimana kamu hendak berkhidmat kepada ruh?”. Prof. Y. King
berpendapat Konfusianisme telah membangunkan satu bentuk etika yang bersifat
kemanusiaan dalam dunia yang manusia-sentrik. Bagi Konfusianisme keperihatian
yang asas adalah kehidupan sosial pada masa kini dan sekarang. Persoalan
bagaimana untuk mengharmoniskan kehidupan di dunia adalah asas teoritikal dan
praktikal yang perlu diselesaikan.
Analect of Confusius: Bab 12 line 7
Tzu Kung menanyakan tentang pemerintah. Confusius berkata,”Perlu ada makanan yang cukup, senjata yang cukup, dan kepercayaan rakyat kepada pemerintahannya” Tzu Kung berkata, “Jika kita terpaksa menyerahkan salah satu dari tiga hal diatas, mana yang harus didahulukan?” Confusius berkata,”Serahkan senjatanya” Tzu Kung berkata, “Jika kita tidak mempunyai pilihan selain menyerahkan yang dua tersisa itu, mana yang harus didahulukan?” Confusius berkata,”Serahkan makanannya. Sejak dahulu, kematian tidak bisa dihindarkan, namun bila rakyat tidak mempunyai kepercayaan pada pemerintahnya, tidak ada apa-apa lagi yang bisa mereka pegang”
Konfusianisme memfokuskan kepada hubungan organik antara individu dan
masyarakat yang dilihat sebagai saling bertautan dan tidak dapat dipisahkan. Beliau
mahu satu masyarakat yang dipimpin atau diatur dengan baik. Asas negara,
masyarakat dan individu yang betul adalah “let ruler to be ruler, the minister minister,
the father father and the son son “. Konfusius mahu masyarakat berjalan mengikut
tugas dan tanggungjawab masing-masing . Mengikut Konfusius segala sesuatu
hendaklah bertindak mengikut nama (zhengming) atau kedudukan masing-masing.
Perlaksanaan tanggungjawab dan peranan tersebut haruslah pula diasaskan kepada
nilai kebaikan (yi) dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang (ren).
Manusia yang mempunyai ren atau kasih sayang ialah “one who, desiring to sustain
himself, sustains others, and desiring to develop himself, develop others”.
Dalam menjalankan hubungan dengan orang lain, Konfusius mengajarkan supaya
seseorang itu menggunakan ukuran diri sendiri sebelum membuat kebaikan atau
kejahatan kepada orang lain. Justeru itu, Konfusius mengingatkan “do not to do others
what you do not wish yourself”. Konfusius juga berpegang kepada konsep ming atau
takdir. Seseorang yang mengetahui ming, bermakna dia mengetahui pekara-pekara
yang tidak tidak dapat dielakkan di dunia ini. Dengan itu, dia akan bebas dari
kebimbangan dan duka nastapa, dan dia akan memperolehi kegembiraan. Kata
Konfusius; “the superior man is always happy, the small man sad”
Pemikiran etika Konfusianisme dapat digali melalui kitab-kitab yang dikarangnya seperti
kitab Madah, Muzik, Adat, kitab Tentang Perubahan maupun melalui susunan anak-
anak murid beliau seperti Kitab Analect atau Lun Yu, The Great Learning dan lain-lain.
Mengikut Schwartz (1985), kitab Analect banyak mengandungi oder sosio-politik yang
normatif, perlakuan-perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Aturan etika
Konfusianisme adalah berpaksikan kepada Tian (Heaven) atau Dao .Penekananya
yang utama adalah konsep terhadap keluarga, social propriety dan solidariti.
Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan atau wulun iaitu antara pemerintah
dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat dengan sahabat dan
suami dengan isteri. Bagi Konfusianisme, dari keluarga akan berkembang menjadi
masyarakat, seterusnya negara dan dunia. Kesemua konsep etika yang
dikembangkannya diasaskan kepada ren atau kemanusiaan. Bagi Konfusius, nilai
hubungan antara anak dengan bapa, ialah bapa harus berbaik hati dan anak harus
berkewajiban terhadap orang tua, Hubungan suami isteri ialah suami harus jujur
terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan patuh dengan suami, hubungan saudara tua
dengan saudara muda, iaitu yang tua harus bermurah hati dan membantu, manakala
yang muda harus tunduk dan hormat. Hubungan raja dengan rakyat, ialah rakyat mesti
bersifat kemanusiaan dan rakyat harus taat. Hubungan antara sahabat ialah kejujuran
menjadi pendoman.Dalam persoalan pemerintahan negara, Konfusianisme
mengemukakan konsep pemerintahan berdasarkan akhlak kemanusiaan. Konfusius
menekankan pemerintahan berdasarkan zhen ming (nama yang betul), pendidikan
akhlak, kepimpinan teladan, mengawal keinginan nafsu, mematuhi prinsip social dan
undang-undang negara, meringankan hukuman dan memperkasa system pendidikan
(Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Pemerintah yang menggunakan kekerasan dalam
pemerintahannya adalah seorang yang gagal sebagai pemerintah. Menurut Konfusius;
“tugas kamu adalah untuk metnadbir, bukannya untuk membunuh” (Lun Yu).
Pemerintah yang memerintah melalui contoh teladan yang baik (de) dan akhlak terpuji
akan dapat mengawal diri mereka sendiri dan rakyat serta dapat mempengaruhi rakyat
dan menanamkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. Kata Konfusius: “jikalau
kelakuan pemerintah itu mulia, maka rakyat akan menurut arahannya tanpa paksaan;
jikalau kelakuan seseorang pemerintah tidak suci walaupun mengarahkan rakyatnya
membuat sesuatu tetapi rakyatnya juga tidak akan menurutnya” (Lun Yu).“jikalau
kelakuan seseorang itu adil dan jujur, maka dia tidak akan menghadapi sebarang
masalah ke atas pemerintahannya; jikalau tidak boleh menyempurnakan kelakuan
sendiri, bagaimana hendak membetulkan kelakuan rakyat” (Lun Yu).Kung Fu Tze juga
mengigatkan pemerintah supaya berhati-hati memilih pegawainya iaitu dengan tidak
mengambil mereka yang hanya pandai bermain lidah dan berpewatakan memikat dan
mengampu. Kung Fu Tze melihat peranan pendidikan adalah untuk membentuk
cendikiawan dan Jun Zi. Peranan Jun Zi ialah mempelajari ilmu, memperbaiki diri dan
mentadbir manusia. Peranan Shi (bakal Jun Zi) adalah pembantu kepada Jun Zi dan
penglibatan dalam pelajaran serta kerja-kerja lain. Dalam proses pembelajaran ada
empat ciri utama yang ditekankan oleh Kung Fu Tze iaitu banyak mendengar, banyak
melihat, banyak bertanya dan banyak mengenali.
Confusius berkata,”Orang yang berbudi mempunyai rendah hati dalam perkataanya dan kerja keras dalam perilakunya.”
Beliau turut menekankan sifat jujur dalam pembelajaran, beliau berkata dalam
Lun Yu “ketahui katakan ketahui, tidak ketahui katakan tidak ketahui, itu adalah ilmu
pengetahuan”. Orang budiman (Jun Zi) menurut Kung Fu Tze adalah mereka yang
hidup aman damai, tidak sombong dan tidak menghina orang. Orang yang hina,
sombong dan menghina orang hidup mereka tidak akan senang (Lun Yu). Banyak
pengkaji menyimpulkan, terdapat keselarasan etika Konfusianisme dengan Islam.
Prof.Tu Weiming berpendapat idea tentang kerajaan yang rahmah dan pertautan yang
intim antara moral dengan kepimpinan adalah dikongsi oleh kedua-dua tradisi tersebut.
Mereka juga berkongsi idea tentang perbezaan yang mendasar antara manusia dengan
makhluk lain dan antara tamadun dengan babarianisme. Mereka turut berkongsi
pandangan dari sudut pengagihan keadilan, kepimpinan dan persamaan. Dr.Ubaidullah
Mohd Nasir turut menyimpulkan bahawa memang wujud persamaan di antara etika
Konfusianisme dengan Islam dalam beberapa aspek seperti aspek pendidikan,
kepimpinan, hubungan sesama manusia, kasih sayang dan hidup yang berlandaskan
adat. Kung Fu Tze sendiri pernah menegaskan bahawa dia bukannya originator tetapi
hanyalah sebagai “pemindah” kebijaksanaan silam kepada masyarakatnya. Beliau turut
mengakui kewujudan ramai ahli hikmah di sebelah Barat. Schwartz (1971)
menyimpulkan sumbangan Kung Fu Tze adalah sebagai presever kepada monumen
klasik, contoh dan pengasas kepada zaman keemasan China dan beau idea of
humanity. Lee Cheuk Yin menyatakan, dalam sejarah China sudah wujud penulis-
penulis Cina yang beragama Islam menulis tentang keselarasan antara etika
konfusianisme dengan nilai-nilai Islam seperti yang dilakukan oleh Wang Daiyu (1573-
1619 M) melalui bukunya Zhenjiao Zhenquan. Buku ini cuba mencari persamaan dalam
aspek etika seperti konsep Yang dan Yin, hubungan suami isteri,bertanggungjawab,
hubungan antara sahabat sambil merujuk kepada buku Konfusianisme iaitu analect.
Penulis China Muslim lain seperti Jin Tianzhu melalui bukunya Qingzhan Shiyi (18M)
menegaskan bahawa tidak wujud kontradiksi antara etika Konfusianisme dengan etika
Islam bahkan kedua-duanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Ringkasnya, penulis muslim China yang awal adalah sumber yang penting untuk
memahami kewujudan hubungan yang harmonis antara Islam dan Konfusianisme. Ini
membuktikan kedua-dua agama ini boleh wujud secara harmonis dan saling
memahami.
Analect of Confusius: Bab 12 line 7
Tzu Kung menanyakan tentang pemerintah.
Confusius berkata,”Perlu ada makanan yang cukup, senjata yang cukup, dan kepercayaan rakyat kepada pemerintahannya”
Tzu Kung berkata, “Jika kita terpaksa menyerahkan salah satu dari tiga hal diatas, mana yang harus didahulukan?”
Confusius berkata,”Serahkan senjatanya”
Tzu Kung berkata, “Jika kita tidak mempunyai pilihan selain menyerahkan yang dua tersisa itu, mana yang harus didahulukan?”
Confusius berkata,”Serahkan makanannya. Sejak dahulu, kematian tidak bisa dihindarkan, namun bila rakyat tidak mempunyai kepercayaan pada pemerintahnya, tidak ada apa-apa lagi yang bisa mereka pegang”
KEPIMPINAN DALAM ISLAM
Islam menekankan kepentingan dalam aspek kepimpinan. Nabi Muhammad
merupakan pemimpin yang terunggul dan istimewa. Sifat kepimpinan baginda
Rasulullah s.a.w menjadi contoh kepada umat manusia sehingga ke hari ini. Hasil
kepimpinan yang baik itu, Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan menjadi
kekaguman kepada pengikutnya sehingga ke hari ini. Melihat sejarah hidup Nabi
Muhammad, kita akan menemui pelbagai perkara yang menyentuh sifat kepimpinan
baginda. Seawal umur 20 tahun, baginda telah menunjukkan kebijaksanaan dalam
kepimpinan sehingga diberi kepercayaan untuk menyelesaikan masalah perletakan
batu Hajar Aswad ditempatnya. Baginda mengetuai penghijrahan yang besar dan
peperangan yang hebat dan akhirnya menjadikan Islam sebagai sebuah agama yang
kuat pada waktu itu. Tidak mustahil Nabi Muhammad s.a.w mendapat kedudukan
pertama dalam senarai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia melalui buku yang
ditulis oleh Michael H. Hart, seorang astrofizik yang terkenal dan seorang penulis
sejarah yang mengundang pelbagai kontroversi akibat tulisannya yang sangat kritis.
Buku pertama Michael yang bertajuk “The 100: A Ranking of the Most Influential
Persons in History”, terjual lebih daripada 500,000 cetakan, diterjemah dalam 15
bahasa yang diterbitkan pada tahun 1978. Dan buku itu meletakkan Nabi Muhammad
sebagai insan yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan manusia.
Keperibadian Nabi Muhammad membawa manusia dari zaman kegelapan kepada
zaman yang terang dengan cahaya tidak perlu dipertikaikan. Sifat-sifat terpuji yang ada
pada baginda menjadi contoh kepada pengikutnya dan umat Islam selepasnya. Ini
jelas seperti yang disebut dalam surah al-Anbiya, ayat 107 yang membawa maksud:
“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat lagi sekalian alam.”
Nabi Muhammad s.a.w menjadi pemimpin yang hebat dan dipuji kerana
keupayaannya mengubah tamadun manusia dalam jangkamasa yang singkat iaitu
dalam tempoh 23 tahun. Masyarakat yang rosak dipulihkan dengan kebijaksanaannya
dan usaha tanpa lelah. Lihat sahaja bangsa Arab dan masyarakat Musyrikin yang
dahulunya berpecah belah, menyembah berhala, bersuku puak, zalim dan banyak lagi.
Betapa mencabarnya tugas rasulullah s.a.w sebagai seorang pemimpin pada waktu itu.
Sifat kepimpinan itu berterusan sehingga kepada pemerintahan halifah selepas nabi
wafat. Kewafatan Nabi Muhammad memberi kesan yang bukan sedikit dalam jiwa umat
Islam dan sahabat-sahabat baginda. Mampukah mereka memikul tanggungjawab yang
dibawa oleh Nabi Muhammad semasa hayatnya dalam mengembangkan dan
mengukuhkan kedudukan Islam. Walaupun Nabi Muhammad telah tiada, sifat
kepimpinan baginda terus dicontohi dan menjadi pesanan yang tiada berkesudahan
kepada pemimpin-pemimpin Islam seterusnya. Lihat sahaja warkah Khalifah Islam
keempat iaitu Ali Ibn Abi Talib kepada Malik bin Al-Haris Al-Ashtar, semasa
perlantikannya sebagai Gabenor Mesir.Pada waktu itu, Islam mula berpecah.
Perpecahan atau pertelagahan telah berlaku sewaktu kewafatan Nabi Muhammad lagi.
Melihat situasi semasa selepas kewafatan nabi dan pemerintahan khalifah selepas itu,
Ali bin Abi Talib sebagai khalifah yang terakhir telah mengutus warkah kepada
penggantinya, Malik.Melalui warkah itu, Ali Bin Abi Talib telah menyentuh banyak
perkara yng berkaitan dengan kepimpinan dan sifat-sifat yang harus ada pada seorang
pemimpin.Antaranya ialah:
1. Harta yang paling berharga bagi seorang pemimpin ialah perbuatan amal maaruf
iaitu mengawal nafsu dari melakukan hal-hal yang ditegah yang akhirnya akan memberi
kekuatan kepada seseorang pemimpin untuk membezakan segala hal yang baik atau
buruk.
2. Semangat cinta kepada rakyat di bawah pimpinan dengan mengasihi dan menjaga
kebajikan mereka.
3. Memelihara hubungan dengan Allah, serta sesama manusia.
4. Memelihara keadilan dalam pentadbiran. Melindungi rakyat, berbaik sesama
pemimpin yang lain serta menjaga tingkahlaku sebaiknya.
5. Bijak dalam menilai nasihat yang diberikan semasa menyelesaikan masalah dalam
pentadbiran.
6. Menjalankan tugas dengan saksama mengikut kesesuaian golongan rakyat yang
berlainan latarbelakang. Setiap golongan ada peranan masing-masing dan saling
memerlukan antara satu sama lain.
7. Menjaga kebajikan golongan tentera yang banyak berjasa dalam memelihara
kesejahteraan negara.
8. Memilih ketua hakim, dan bahagian-bahagian pentadbiran am yang paling baik, jujur
dan sesuai yang tidak mudah tergoda dengan hasutan dan fitnah.
9. Melaksanakan rancangan yang berfaedah untuk mereka yang terlibat dalam bidang
perdagangan dan perusahaan. Membantu mereka dengan sumber kewangan dan
nasihat yang baik.
10. Tidak lalai dengan tanggungjawab terhadap hak fakir miskin yang amat memerlukan
belas dan pembelaan dari seorang pemimpin.
11. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara terbuka dengan orang-orang
yang tertindas dan tidak berdaya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa “tidak ada
bangsa atau masyarakat yang dianggap mulia jika orang yang kuat tidak membantu
orang yang lemah”.
12. Tidak mengasingkan diri daripada rakyat yang membawa maksud kamu mahu
mengelak daripada menyelesaikan hal-hal kebajikan mereka.
13. Jangan sesekali menolak tawaran untuk berdamai yang dibuat oleh pihak musuh.
Tetapi harus berwaspada dengan perjanjian yang dilaksanakan dengan musuh kamu
terutama musuh Islam.
14. Jangan terburu-buru melakukan sesuatu sebelum masanya dan mengabaikan
apabila tiba masanya. Membuat sesuatu tepat pada masanya dan kena pada
tempatnya
15. Allah s.w.t sebagai panduan yang benar. Sentiasa kembali kepada Allah dan
RasulNya dalam menyelesaikan apa juga masalah.
Begitulah antara ringkasan isi kandungan warkah tersebut yang menerangkan
keperluan kepimpinan yang baik dan telus. Mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w, patuhi
segala perintah dan jauhi larangan dalam kitab Allah s.w.t dan ikuti segala kepimpinan
Rasulullah s.a.w. Sebagai sebuah negara Islam, kepimpinan yang berteraskan nilai
Islam harus ditanam dengan baik dan konsisten. Malahan, pemimpin yang bukan Islam
juga harus meletak diri dalam situasi yang mulia di mata masyarakat kerana mereka
merupakan orang yang terpilih untuk membimbing, memandu dan menerajui
negara.Mencontohi pemerintahan dan kepimpinan yang terdahulu dan bijak
mengaplikasikan corak pemerintahan yang sesuai dengan situasi semasa merupakan
ciri kepimpinan yang baik dan terpuji. Pepatah lama juga ada mengatakan, “Bapa
kencing berdiri, anak kencing berlari”dan “bapa borek anak rintik”. Pepatah yang
menggambarkan kepincangan dalam kepimpinan. Seorang bapa wajib menunjukkan
sifat kepimpinan yang baik, begitu juga pemimpin negara yang harus menunjukkan
keperibadian yang mulia untuk rakyatnya.
Kesimpulan dan Cadangan.
Cadangan Konsep Faraghat dalam pemerintahan
Selain Al-Maududi yang memberi fokus kepada konsep theo-democracy dan popular
vice regency, Rashid Ghannounchi turut mengemukakan idea atau konsep tertentu
dalam menjelaskan hubungan Islam dan demokrasi. Menurut Muhammad Uthman El-
Muhammady, Ghannounchi dianggap tokoh Islam yang banyak membahaskan tentang
keserasian antara Islam dan demokrasi atau compatibility of democracy with Islam
(seperti dipetik dalam Mohd Izani,2007). Justeru, berbeza dengan Al-Maududi, beliau
melihat hubungan Islam dan demokrasi secara lebih positif. Dalam menjelaskan
hubungan Islam dan demokrasi, beliau menggunakan hujah kebebasan sebagai satu
elemen yang menghubungkan antara kedua-duanya. Dalam hal ini, beliau
memperkenalkan konsep faraghat (ruang) dan ia bertitik tolak daripada tindakan Nabi
Muhammad s.a.w tidak menamakan siapakah pengganti baginda . Rashid
menggunakan alasan tersebut untuk merumuskan bahawa Islam sebenarnya memberi
kebebasan kepada umat-Nya untuk merencana dan menentukan hal-hal politik dan
pemerintahan mereka. Peristiwa itu juga menggambarkan bagaimana Baginda telah
memberi teladan dengan meninggalkan ‘ruang’ kepada umat Islam untuk menentukan
calon pengganti selepas kewafatannya. Ruang yang bererti kebebasan ini
dieksploitasikan sepenuhnya oleh Rashid untuk menandakan bahawa Islam
sebenarnya menekankan soal kebebasan dalam menentukan pemerintahan sendiri
(self goverment) yang juga boleh dikaitkan dengan ciri demokrasi itu sendiri.
Konsep faraghat yang diperkenalkan oleh Ghannounchi juga bertepatan dengan
amalan ijtihad yang dibenarkan oleh Islam untuk umat Islam mencari jalan penyelesaian
atau hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak diputuskan secara langsung dalam Al-
Quran mahupun As-Sunnah. Malah dalam Islam, perkara yang dikategorikan sebagai
siyasi iaitu cara untuk memerintah kerajaan dan menyelesaikan konflik, umat Islam
diberikan kebebasan untuk mencari jalan penyelesaiannya dengan syarat ia tidak
bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Berbeza dengan perkara yang
dikategorikan sebagai adini iaitu hal yang berkaitan dengan aqidah (kepercayaan),
ibadah (penyembahan) dan akhlak (tingkah laku), umat Islam mesti menerima apa jua
ketetapan yang telah diputuskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka tidak
diberikan kebebasan untuk menentu dan mengubah tentang apa yang telah
diputuskaHasil daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa konsep-
konsep yang dibincangkan iaitu theo-democracy, popular vice regency dan faraghat
mempunyai signifikan yang tersendiri dalam perbincangan atau wacana antara Islam
dan demokrasi. Konsep-konsep tersebut secara jelas telah memberi sumbangan atau
input dalam menghubungjalinkan antara Islam dan demokrasi meskipun tidak dinafikan
konsep-konsep itu mengambil langkah berhati-hati dalam menjelaskan idea-ideanya
supaya tidak terikut dengan pemikiran demokrasi Barat yang agak bebas.
BIBLIOGRAFI
Bernard Crick, In Defence of Politics, edisi ke-3, Penguin Books, Harmondsworth, 1962, hlm.
21.
Geoffrey K. Robert, A Dictionary of Political Analysis, Longman, London, 1967, hlm. 169.
Harold D. Lasswell dan Abraham Kaplan, Power and society: A Framework of Political Inquiry,
Yale University Press, New Haven, 1950, hlm.xiv dan 240.
Robert A. Dhal, Modern Political Analysis, edisi ke- 4, Prentise Hall, Inc., Englewood Cliffs, New
Jersey, 1983, hal. 9.
Dahrendorf, Ralf, Konflik dan Konflik Kelas dalam Masyarakat Industri (Jakarta: CV
rajawali,1986).
Popkin, Samuel L., The Rational Peasant: The Political Economy of Rural Society in
Vietnam(California: California University Press, 1979).
Rambo, A. Terry, Conceptual Approaches to Human Ecology (Honolulu: East-West
Environmentand Policy Institute, 1981).
Scott, James C., The Moral Economy of the Peasant: Rebellion and Subsistence in
South East
Asia (New Haven: Yale University Press, 1979).
Ramsey, Ian T. Confucius in life and legend 1974.
Lin, Yutang The wisdom of Confucius 1938.
Wangdao, Ding. Understanding Confucius / Ding Wangdao Beijing: Chinese Literature Press,
1997.
Svalastoga, Kaare, Social Differentiation (USA: University of Washington, 1989).
http://www.afpc.asso.fr/wengu/wg/wengu.php?no=12&l=Lunyu