Upload
halim-noor
View
195
Download
13
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Tugasan Pembinaan Jsu (Pn Kamariah)
Citation preview
PENINGKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(MTU 2203)
Tajuk Tugasan:PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM
PENGAJARAN MATEMATIK
Disediakan Oleh:MOHD YUSOFF BIN ISMAIL
790901-02-5555(Program : DPLI-KDC-SABK Matematik SR)
Disediakan Untuk:PUAN KAMARIAH BINTI BUJANG
KAMPUS PENDIDIKAN GURUTEKNIK, BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
Tarikh Mula:7 JUN 2013
Tarikh Serahan:22 JULAI 2013
Bil. Perkara Muka Surat
1.0 PENGENALAN 3
2.0 PBS 4
2.1 Pengenalan PBS 4
2.2 Tujuan PBS Dilaksanakan 6
2.3 Peranan PBS Dalam Meningkatkan PdP Matematik 7
3.0 UJIAN DIAGNOSTIK & KESUKARAN MATEMATIK 8
3.1 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 8
3.2 Pembinaan Soalan-soalan Ujian 9
3.3 Indeks Kesukaran 12
3.4 Rumusan Analisa Indeks Kesukaran 13
3.5 Ujian Diagnostik 15
3.6 Aktiviti Pemulihan 17
3.7 Lembaran Kerja Untuk Pengayaan Murid Yang Berprestasi Tinggi 18
4.0 REFLEKTIF
4.1 Masalah 20
4.2 Analisa Masalah 21
4.3 Cadangan 22
4.4 Tindakan Susulan 23
4.5 Catatan 23
5.0 BIBLIOGRAFI 24
2 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
Dalam tugasan ini, saya akan cuba untuk mengaplikasikan kaedah
pentaksiran dan penilaian dalam pengajaran matematik yang telah dipelajari didalam
bilik kuliah. Diawal penulisan, saya mulakan dengan pengenalan berkaitan
pentaksiran dan penilaian. Seterusnya saya cuba membina item-item soalan
berdasarkan JSU (Jadual Spesifikasi Ujian). Soalan draf yang siap dibina ini akan
diuji dahulu kepada murid-murid untuk saya menilai indeks kesukarannya dan
penambahbaikan soalan akan dilakukan selepas itu. Segala apa yang telah saya
lakukan akan ditulis didalam tugasan ini.
Langkah seterusnya, saya juga membina soalan diagnostik untuk mengesan
punca atau jenis kesukaran pada tajuk yang dipilih, iaitu tajuk pecahan. Hasil
dapatan daripada ujian diagnostik, akan saya bina program-program pemulihan
kepada murid lemah, iaitu pemulihan berfokus kepada bahagian yang lemah.
Manakala kepada murid yang sederhana dan cemerlang, akan saya binakan
beberapa lembaran kerja sebagai pengayaan dan pengukuhan kepada murid.
Semoga dengan tugasan yang disediakan ini, ianya dapat memberi ilmu yang
mendalam serta pengukuhan kepada saya berkaitan penilaian dan pentaksiran
dalam matapelajaran matematik yang dipelajari didalam bilik kuliah. Segala
kelemahan dan kekurangan hasil daripada penulisan ini, saya akan perbaiki dan
tingkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa.
3 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
2.0 PBS
2.1 Pengenalan PBS
PBS boleh diertikan samada Penilaian Berasaskan Sekolah ataupun Pentaksiran
Berasaskan Sekolah. Penilaian adalah satu proses atau prosedur yang sistematik untuk
memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kamahiran atau sikap. Manakala
Pentaksiran adalah satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang dalam sesuatu tajuk atau aktiviti pembelajaran untuk menentukan
pencapaian. Pentaksiran adalah salah satu proses yang terdapat di bawah Penilaian.
Saya pasti ramai masyarakat di Malaysia ini telah diberikan pendedahan mengenai
PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah, tetapi saya yakin masih ramai yang belum
faham apa itu PBS dan bagaimana cara pentaksiran itu dialaksanakan, malahan warga
pendidik pun masih ada yang belum memahaminya.
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu satu tranformasi dalam pendidikan yang
telah diluluskan dalam Mesyuarat Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010
bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)
bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah mengeluarkan:
a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan
Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun
2011 - KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22Februari 2011.
b. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan
Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun
2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.
c. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah -
KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.
d. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan
dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -
KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.
4 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
Maksud Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Manakala ciri
Pentaksiran Sekolah adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh
mana murid tahu, faham dan boleh membuat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap
pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif,
afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum
kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan
akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kategori akademik terdiri daripada
Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik
terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada
guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
Rajah 1 : Komponen PBS
Antara komponan penilaian dalam PBS adalah Pentaksiran Sekolah (PS). PS
dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan,
pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran,
perekodan dan pelaporannya.
5 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
AKADEMIK
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Sekolah
BUKAN AKADEMIK
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
Dan Kokurikulum
Pentaksiran Psikometrik
PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam
usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang
berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru
dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
PS mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Holistik iaitu mampu memberikanmaklumat keseluruhan tentang pengetahuan
dan kemahiran yang dicapai oleh murid.
b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.
c. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan
kesediaan murid.
d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
PS dilaksanakan secara:
a. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.
b. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran,
penggal, bulan atau tahun.
2.2 Tujuan PBS Dilaksanakan
Tujuan utama Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang mulai dilaksanakan kepada
murid tahun satu 2011 bertujuan supaya dapat melahirkan modal insan yang holistik serta
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebelum ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu
mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam
kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan. Guru-
guru akan lebih mendapat tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan
fokus kepada produk akhir iaitu keputusan peperiksaan yang cemerlang dan bukannya
proses pembelajaran.
Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak
berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat
sekolah rendah mahupun menengah.
6 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
2.3 Peranan PBS Dalam Meningkatkan PdP Matematik
Penilaian dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah satu penilaian secara
holistik yang dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari
aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran,
pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.
Oleh yang demikian, PBS memainkan peranan yang cukup besar dalam
meningkatkan PdP Matematik sekiranya dilaksanakan dengan baik dan cekap. Ini
kerana, dalam PBS, guru dan pihak sekolah sendiri yang menetapkan apa yang
hendak dinilai dan penilaian sibuat sepanjang masa. PBS amat berbeza dengan
sistem yang lama yang berorientasikan peperiksaan dimana penilaiannya dibuat
secara berpusat dan penilaian ditetapkan pada satu masa sahaja. Sistem lama yang
berorientasikan peperiksaan akan menyebabkan ketidakadilan kepada murid kerana
Lembaga Peperiksaan Malaysia akan membina soalan umum umtuk semua murid,
sedangkan setiap murid mempunyai kecerdasan dan kepandaian yang berbeza,
keadaan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain juga berbeza.
Penilaian seratus peratus secara peperiksaan berpusat yang ditetapkan pada
satu tarikh juga amat tidak adil kepada murid yang akan mengambil peperiksaan
sekiranya berlaku pada hari tersebut adanya murid yang sakit, sedangkan murid
tersebut adalah murid cemerlang, tetapi pada hari tersebut disebabkan murid
tersebut tidak sihat menyebabkan keputusan peperiksaannya tidak elok, Lembaga
Peperiksaan Malaysia terus akan melabelkan murid tersebut gagal. Inilah perbezaan
ketara yang dapat kita lihat antara sistem penilaian lama yang berasaskan
peperiksaan berpusat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Melalui PBS, guru akan menilai murid sepanjang masa seiring dengan
dengan PdP dan fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut
kesesuaian dan kesediaan murid. Dengan cara ini, guru akan sentiasa perihatin dan
menilai sama PnP pada hari tersebut mencapai objektif PnP atau tidak. Sekiranya
objektif tidak tercapai, guru akan melaksanakan aktiviti pemulihan supaya murid
berkenaan tidak ketinggalan. Setelah menjalankan pemulihan, guru akan menilai lagi
samada murid menguasai atau tidak, sihinggalah murid berkenaan menguasai. PnP
untuk tajuk seterusnya akan dijalankan setelah murid menguasai pada tajuk semasa,
7 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
3.0 UJIAN DIAGNOSTIK & KESUKARAN MATEMATIK
3.1 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
MATEMATIK KERTAS 2 (TAHUN 5)
Bil. Topik / KonstrukKemahiran
JumlahTahu Faham Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1. PECAHAN
1.1 NilaiSoalan
3Soalan
62
1.2Pecahan Tidak Wajar
Soalan1
Soalan2
2
1.3 Nombor BercampurSoalan
41
1.4 TambahSoalan
71
1.5 TolakSoalan
51
1.6 DarabSoalan
8Soalan
92
1.7 Operasi BercampurSoalan
101
Jumlah 1 1 3 3 1 1 10
8 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
Betul
Salah
Betul
Salah
Betul
Salah
3.2 Pembinaan Soalan-soalan Ujian
[ 10 soalan ]
Jawab semua soalan
1 )
Rajah 1
Rajah 1 terdiri daripada beberapa segitiga sama sisi yang sama besar.
Tulis pecahan tidak wajar bagi kawasan yang berlorek.
2 ) Bandingkan pecahan tidak wajar di bawah. Bulatkan pada nilai paling
besar.
92 atau
83
3 ) Rajah 2 menunjukkan satu garis nombor.
0 310
M 1
Rajah 2
Cari nilai M.
9 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
Betul
Salah
Betul
Salah
Betul
Salah
Betul
Salah
4 ) Tukarkan 85 kepada nombor bercampur.
5 )23 - 12 =
6 )
Rajah 3
Rajah 3 terdiri daripada beberapa segitiga sama sisi yang sama besar.
Nyatakan nilai pecahan bagi bahagian yang berlorek. Berikan jawapan
dalam bentuk termudah.
7 ) Taqiuddin menyediakan sejenis minuman dengan mencampurkan
110
liter pati laici dengan 12
liter air.
Berapakah isipadu minuman yang disediakan?
Jawapan dalam bentuk pecahan.
10 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
Betul
Salah
Betul
Salah
Betul
Salah
8 ) Carikan nilai 45
daripada RM 865.
9 )
Rajah 4
Rajah 4 terdapat 12 epal berwarna hijau dan merah.
14 daripada 12 epal adalah berwarna hijau. Berapakah bilangan epal
yang berwarna merah?
10 ) Sebuah bekas dapat menyimpan 9 kg gula. 13 daripada bekas itu
telah diisikan. Ahmad menambah lagi 16
daripada bekas itu.
Berapakah jisim gula, dalam pecahan, yang diperlukan untuk mengisi
penuh bekas itu?
11 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
3.3 Indeks Kesukaran
Bil. Nama MuridItem / Soalan
Skor1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1 NURUL NAZIHAH BINTI ABDUL RAHIM 1 x 1 1 1 1 1 1 x 1 8
2 MARIYAM BINTI MOHAMAD 1 x 1 1 1 x 1 x 1 1 7
3 MUAZZAM BIN MANSOR x 1 1 x 1 x 1 x x 1 5
4 MUHAMMAD ARIFF BIN MOHD RAHIM x 1 1 x 1 x 1 x x 1 5
5 MUHAMMAD FAKHROL RAZI BIN MOHAMAD FITRI x 1 x x x x 1 1 x 1 4
6 AIN SALSABILA BINTI KHAIRUN NIZAR x x 1 1 x 1 1 x x x 4
7 SITI NURAFIQAH BINTI AZWAN x x 1 x 1 1 1 x x x 4
8 NUR ASYIERA BINTI AZIZAN 1 x 1 x 1 x x x x x 3
9 MUHAMMAD HARIZ HAKIMI BIN ZOLKURNIN x x x x 1 x 1 x x x 2
10 NURUL SOLEHAH BINTI AZMI x x 1 x x x 1 x x x 2
11 MUHAMMAD 'AMMAR BIN HAMIDI x 1 x x 1 x x x x x 2
12 MUHAMAD RAZALI BIN MOHD ZAINOL x x x x x x x x x 1 1
13 MUHAMMAD HAIKAL IKHWAN BIN MAZLI x x 1 x x x x x x x 1
14 WARDINA MASHITAH BINTI YAHYA x x x x 1 x x x x x 1
15 RABIATUL ADAWIYAH BINTI ISWAN x x x 1 x x x x x x 1
16 NURUL SYAFIQAH BINTI SAHIDI x x 1 x x x x x x x 1
17 MUHAMMAD NAAIM BIN AHMAD x 1 x x x x x x x x 1
18 MUHAMMAD NAZMI BIN NAZIRI x 1 x x x x x x x x 1
19 MUHAMMAD SYAKIR BIN AMIZAN x 1 x x x x x x x x 1
20 TAQIUDIN MUHAMAD BIN MOHD.YANI x 1 x x x x x x x x 1
21 MUHAMAD IMAN HAIKAL BIN MUHAMAD ANIS x x x x x x x x x x 0
22 MUHAMMAD DAUD BIN ISMAIL x x x x x x x x x x 0
23 MUHAMMAD HAKIMI BIN ZAIDI x x x x x x x x x x 0
12 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
24 MUHAMMAD NAJWAN SALIHIN BIN NORDIN x x x x x x x x x x 0
25 MUHAMMAD SYAHIR REZMI BIN SHAHIDAN x x x x x x x x x x 0
26 MUHAMMAD SYAZWAN ANAS BIN ABDULLAH x x x x x x x x x x 0
Jumlah Jawapan Betul 3 8 10 4 9 3 9 2 1 6
Indeks Kesukaran (DI) 0.1 0.3 0.4 0.2 0.3 0.1 0.3 0.1 0 0.2
Indeks Diskriminasi (DsI) 0.2 0 0.6 0.2 0.5 0.2 0.7 0.2 0.1 0.5
3.4 Rumusan Analisa Indeks Kesukaran
Item / Soalan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Jumlah Jawapan Betul 3 8 10 4 9 3 9 2 1 6
Indeks Kesukaran (DI) 0.1 0.3 0.4 0.2 0.3 0.1 0.3 0.1 0 0.2
Indeks Diskriminasi (DsI) 0.2 0 0.6 0.2 0.5 0.2 0.7 0.2 0.1 0.5
No. Soalan
Rumusan & Tindakan
Indeks Kesukaran (DI)
Indeks Diskriminasi(DsI)
Tindakan
Soalan 1 Soalan terlalu sukar. Diskriminasi positif rendah. Soalan perlu di ubahsuai.
Soalan 2 Soalan sederhana. Diskriminasi negetif Soalan perlu di ubahsuai.
Soalan 3 Soalan sederhana. Diskriminasi positif tinggi Soalan diterima.
Soalan 4 Soalan terlalu sukar. Diskriminasi positif rendah. Soalan perlu di ubahsuai.
Soalan 5 Soalan sederhana. Diskriminasi positif tinggi Soalan diterima.
Soalan 6 Soalan terlalu sukar. Diskriminasi positif rendah. Soalan perlu di ubahsuai.
Soalan 7 Soalan sederhana. Diskriminasi positif tinggi Soalan diterima.
Soalan 8 Soalan terlalu sukar. Diskriminasi positif rendah. Soalan perlu di ubahsuai.
Soalan 9 Soalan terlalu sukar. Diskriminasi positif rendah. Soalan perlu di ubahsuai.
Soalan 10 Soalan terlalu sukar. Diskriminasi positif tinggi Soalan perlu di ubahsuai.
13 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
Bilangan solan yang dapat dijawab dengan betul.
Bilangan murid.
0 6
Lemah 18 orang1 9
2 3
3 1
Sederhana 7 orang
4 3
5 2
6 0
7 1
8 1
Cemerlang 1 orang9 010 0
Jumlah Murid Keseluruhan 26
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 100
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Bell Shape Chart
Garisan Loceng
Bilangan Soalan Yang Betul
Bila
ngan
Mur
id
14 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
Dapatan: Banyak soalan yang perlu dibuat sedikit perubahan supaya lakaran graf dapat
membantuk loceng.
3.5 Ujian Diagnostik
Ujian Diagnostik adalah satu ujian yang dijalankan di dalam bilik darjah untuk
mencari punca kesukaran murid. Memandangkan setelah di jalankan ujian didalam
kelas mengenai topik pecahan, didapati ramai murid yang lemah. Melalui analisa
indek kesukaran didapati aras soalan banyak yang perlu diperbaiki. Langkah
seterusnya, satu Ujian Diagnostik perlu dilaksanakan untuk mengesan dimana
kelamahan atau kesukaran murid dalam tajuk pecahan dan seterusnya dapat
melaksanakan aktiviti pemulihan pada bahagian yang murid lemah.
Berdasarkan ujian soalan yang telah dijalankan diatas, mendapati amat
sedikit murid yang dapat menjawab dengan betul soalan 1 (3 orang), soalan 4 (4
orang), soalan 6 (3 orang) dan soalan 8 (2 orang). Memandangkan soalan ini
berkaitan asas dalam pecahan maka untuk ujian diagnostik kali ini, saya akan
tertumpu pada bentuk soalan yang hampir sama seperti soalan 1, soalan 4, soalan 6
dan soalan 8 seperti diatas untuk mengenal pasti dimana kelemahan murid.
UJIAN DIAGNOSTIK - PECAHAN
[ 10 soalan ]
Jawab semua soalan
1 )
Rajah 1
Rajah 1 terdiri daripada beberapa segitiga sama sisi yang sama besar. Tulis pecahan
bagi kawasan yang berlorek.
15 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
2 ) Lorekkan 314 daripada seluruh rajah dibawah.
3 ) 1
15 + 2
15 =
4 ) 1
12 + 2
23 =
5 ) 3
45 – 1
15 =
6 ) 5
89 – 1
13 =
7 ) 5
29 – 1
23 =
16 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
8 )45
x 10 =
9 ) 1
14 x 200 =
10 ) 5
12 x 400 =
3.6 Aktiviti Pemulihan
Antara aktiviti pemulihan yang dicadangkan untuk tajuk pecahan ialah:
a. Murid perlu diberikan pengukuhan konsep pecahan terlebih dahulu supaya
mereka benar-benar faham apa itu pecahan.
b. Setiap PnP perlulah menggunakan bahan bantu mengajar konkrit supaya murid
dapat melihat dan memegang.
c. Amat bermasalah sekiranya murid amat lemah dalam asas matematik iaitu
operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Bagai murid yang lemah dalam asas
matematik, pemulihan asas matematik perlu diutamakan sebelum pemulihan
tajuk pecahan.
d. Bembelajaran berkumpulan juga amat baik. Murid dibentukkan kumpulan kecil
supaya mereka dapat berbincang dan bertanya kawan, kerana ada sesetengah
17 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
murid malu untuk bertanya kepada guru, tetapi lebih selesa untuk bertanya
kepada kawan-kawan.
e. Wujudkan kumpulan berpasangan, seorang murid lemah akan berpasangan
dengan murid cemerlang yang sama jantina, seperti konsep mentor mentee.
Murid cemerlang akan membantu murid yang lemah dalam menyiapkan semua
tugasan. Ganjaran akan diberikan kepada kumpulan yang dapat memulihkan
murid yang lemah menjadi cemerlang.
f. Yang terakhir adalah dengan memperbanyakkan latih tubi supaya murid
mendapat pengukuhan mengenai tajuk berkenaan.
3.7 Lembaran Kerja Untuk Pengayaan Murid Yang Berprestasi Tinggi
LEMBARAN KERJA
(PECAHAN)
[ 5 soalan ]
Jawab semua soalan
1 )
Buah-buahan Berat
Durian 3 34 kg
Tembikai 5 12 kg
Hitungkan berat, dalam kg, keseluruhan buah-buahan diatas.
2)
Rajah 1
18 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
4 12 km 2
58 km
A
B
C
Rajah 1 menunjukkan jalan untuk ke tiga bandar A, B dan C. Carikan jarak perjalanan
daripada bandar A ke bandar C.
.
3 )
Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan dua bekas air yang berisi air. Hitungkan jumlah isipadu air yang
terdapat didalam kedua-dua bekas tersebut, dalam l..
4 ) Puan Saloma membeli 3 310 kg tepung dan 1
15 kg gula untuk membuat sebiji kek.
Hitungkan jumlah berat dalam kg, keseluruhan item diatas.
19 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
2 34 l 2
58 l
5 ) Pada waktu cuti sekolah, Raju telah memperuntukan masa 1 15 jam untuk bermain
dan 1 12 jam untuk ulangkaji matapelajaran. Berapakah masa yang diperuntukan oleh
Raju untuk kedua-dua aktiviti tersebut.
4.0 REFLEKTIF
4.1 Masalah
Dalam era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini, seharusnya setiap
individu bersaing untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, khususnya murid-
murid sekolah. Sewajarnya tiada lagi budaya lepak, malas belajar dan masalah-
masalah disiplin lain yang berlaku di sekolah. Murid-murid seharusnya tahu bahawa
pada merekalah disandarkan harapan negara untuk menjadi contoh tauladan terbaik
kepada generasi akan datang.
Namun begitu, adalah sedikit mendukacitakan apabila hal ini dipandang enteng oleh
segelintir murid-murid Tahun 5. Sikap sambil lewa terhadap pelajaran menjadi
perkara biasa bagi mereka. Walaupun kehadiran ke sekolah hampir seratus peratus,
namun terdapat segelintir murid dimana prestasi akademik dan sahsiah mereka
masih berada di tahap lemah dan membimbangkan. Apa yang lebih menyedihkan,
ada di kalangan murid-murid ini yang masih tidak tahu asas pengiraan matematik,
terutamanya yang melibatkan darab dan bahagi.
Saya berpendapat berkemungkinan natijah kepada masalah ini (tidak tahu
mendarab dan membahagi), murid-murid tersebut menjadi tidak berminat untuk
belajar dan sering merasa bosan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Masalah ini adalah masalah yang serius dan harus diberi perhatian dan
memerlukan tindakan segera. Ini kerana kemahiran mendarab dan membahagi
adalah kamahiran asas yang mesti dikuasai oleh semua murid. Sekiranya masalah
ini tidak diberi perhatian lanjut, pembelajaran untuk topik dalam matematik adalah
20 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
suatu yang sia-sia. Lebih malang lagi seandainya akibat dari masalah ini murid-
murid menjadi tekanan dan tidak berminat untuk memajukan diri dalam
matapelajaran matematik pada masa akan datang.
Sebagai seorang guru, saya melihat masalah ini adalah isu yang perlu ditangani
segera. Murid-murid yang berdepan dengan masalah ini seharusnya ditempatkan di
kelas khas bagi proses pemulihan dan pengayaan. Murid-murid harus diajar
mengikut kebolehan mereka, supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas
dalam matematik dalam tempoh masa yang ditetapkan. Melalui program ini,
diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran seperti
murid-murid lain. Guru matapelajaran dan panitia matematik serta pengurusan
sekolah dan semua guru-guru harus mengembling tenaga untuk memastikan murid-
murid ini mendapat sesuatu yang berguna sepanjang persekolahan mereka.
4.2 Analisis Masalah
Tidak boleh menguasai kemahiran asas matematik dalam mendarab dan
membahagi adalah masalah yang sering berlaku di mana-mana sekolah baik di
sekolah pinggir bandar apatah lagi di sekolah pedalaman. Maka,program pemulihan
diwujudkan bagi membantu murid-murid yang berdepan dengan masalah ini.
Menurut Mook Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan:
”Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-
murid menguasai kemahiran-kemahiran asas itu...”
Beliau turut menjelaskan bahawa:
”Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya
mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat
kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai
murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi
membantu murid-murid mengatasi masalah ini, program pemulihan merupakan satu-
satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.”
21 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
Selain dari itu, murid-murid ini sememangnya memerlukan perhatian dan bimbingan
berterusan dari pihak guru. Sekiranya dibiarkan, mereka akan mencetus satu demi
satu masalah bagi mendapatkan perhatian.
”Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu
cara belajar dan cara menyelesaikan masalah serta tidak berdisiplin ketika belajar.
Mereka mudah terganggu dan mudah berputus asa. Murid-murid ini memerlukan
banyak perhatian dan bimbingan guru samada secara kumpulan kecil atau individu”.
(Mook Soon Sang, 2003)
4.3 Cadangan
Setelah menganalisa masalah di atas, saya berpendapat bahawa murid-murid ini
harus diberi perhatian segera. Beberapa cadangan perlu diusulkan. Antaranya
adalah tindakan guru matapelajaran dan panitia matematik serta kolaborasi bersama
guru bimbingan & kaunseling dan guru pemulihan dalam menganjurkan aktiviti-aktivi
yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid tersebut.
Pada pendapat saya, ada baiknya murid-murid yang manghadapi masalah ini dirujuk
dan dihantar ke sesi kaunseling. Di sini, mereka dapat meluahkan apa yang terbuku
di hati, juga dapat menyatakan keinginan dan kehendak sebenar mereka.
Kebiasaannya, ketika sesi kaunseling murid-murid akan menunjukkan personaliti
mereka yang sebenar. Semasa sesi kaunseling, guru bimbingan dapat meneroka
masalah sebenar murid tersebut dan dapat membuat analisa masalah tersebut.
Guru matapelajaran juga boleh melaksanakan program-program yang boleh
menyuntik semangat dan motivasi seperti Program Smart Matematik, Program Bijak
Sifir, Program Cekap Sifir, Program Motivasi bagi meningkatkan semangat dan
sebagainya. Program-program ini dapat menyedarkan murid-murid tentang
kepentingan ilmu serta cara menjadi murid yang cemerlang. Selain itu, melalui cara
ini, insyaAllah murid akan sedar akan kelemahan mereka dan cuba mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi khususnya masalah yang melibatkan
kemahiran asas matematik.
22 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
Kemudian, masalah murid boleh dirujuk kepada guru pemulihan dan masalah ini
dapat diatasi dengan berkesan. Bersama guru pemulihan, murid-murid yang
berdepan dengan masalah tidak dapat menguasai kemahiran asas ini akan
menjalani proses pengayaan dan pemulihan khas. Aktiviti-aktiviti yang bakal
dilaksanakan adalah mengikut kebolehan dan prestasi murid. Justeru, besar
kemungkinan minat belajar akan wujud dari semasa ke semasa. Ini kerana murid
akan merasa dihargai dan diberi perhatian oleh guru.
Di samping itu, guru pemulihan harus memainkan peranan dan melaksanakan
tanggungjawb mereka semaksimum mungkin. Melalui kelas-kelas pemulihan yang
dijalankan, guru pemulihan dapat mengenal pasti masalah 3M (membaca, menulis
dan mengira) melalui pemerhatian, pentafsiran rekod prestasi, profil, ujian kertas dan
pensel, latihan harian serta soal jawab/kuiz. Guru pemulihan juga dapat
menyenaraikan masalah pembelajaran yang dikenal pasti serta dapat mengesan
punca masalah dalam asas matematik dengan menggunakan ujian diagnostik.
Sementara itu, guru-guru lain juga perlu bersama-sama mengembleng tenaga dan
menyuarakan pendapat dalam menangani masalah ini. Sekiranya semua pihak
bersatu, insyaAllah masalah murid yang keciciran akan segera dapat diatasi.
4.4 Tindakan Susulan
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan
diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera.
Murid-murid juga harus dibantu agar menyedari kelemahan diri dan sanggup
berusaha untuk mempertingkatkan prestasi diri.
4.5 Catatan
Masalah asas dalam matematik adalah isu besar dan semakin meningkat dewasa ini
di mana ia memerlukan perhatian dan pertimbangan untuk diatasi segera. Murid-
murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara
pada masa akan datang. Mereka juga yang akan menerajui tampuk pimpinan
23 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail
Negara suatu hari nanti. Maka, setiap masalah yang melibatkan murid (khususnya
akademik) harus dipantau dari semasa ke semasa agar generasi yang akan datang
bukan sahaja kental bersaing malah mempunyai kepakaran yang tidak kurang
hebatnya berbanding negara-negara di luar sana.
5.0 BIBLIOGRAFI
Mok Soon Sang (2011), Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran, Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Lembaga Peperiksaan Kementeriam Pelajaran Malaysia (2012), Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS, hak cipta Lembaga Peperisaan.
Mok Soon Sang (1993), Matematik KBSR Dan Starategi Pengajaran,
Selangor: Laser Press Sdn. Bhd.
24 Disediakan oleh: Mohd Yusoff bin Ismail