Upload
duongthuy
View
218
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGETAHUAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DALAM KALANGAN
GURU PELATIH 4SPH UTM
SESI PENGAJIAN: 2005/2009
Saya SUZANA BT MAMAT @ MUHAMMAD____________________________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: PROF. MADYA DR. BAHARIN ABU_
540, KG BENDANG PULAU, NAMA PENYELIA
16040, PALEKBANG,
TUMPAT, KELANTAN. Tarikh: _5 MEI 2009_______ Tarikh: _5 MEI 2009____
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”
Tanda tangan : ………………………………..
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. BAHARIN ABU
Tarikh : 5 MEI 2009……………………
i
PENGETAHUAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DALAM KALANGAN
GURU PELATIH 4SPH FAKULTI PENDIDIKAN UTM.
SUZANA BT MAMAT @ MUHAMMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemairan Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ..........................................................
Nama Penulis : SUZANA BT MAMAT @ MUHAMMAD
Tarikh : .....5 MEI 2099.............................................
iii
DEDIKASI
Untuk ……….
Ayahandaku, Mamat @ Muhammad Bin Musa, bondaku, Sapinah Bt Ibrahim
Terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan nasihat yang diberikan selama ini
Tidak lupa kepada ahli keluargaku, Shafini, Zaidi, Zaini, Azuwan, Azura dan Aiman
Terima kasih atas galakan dan bantuan yang tidak pernah pudar
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM…….
Jasa kalian amat ku hargai
Terima kasih atas segala-galanya
Akan ku kenang buat selama-lamanya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah
menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi
kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih
juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat
dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis,
PM. DR Baharin bin Abu atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang
tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga kepada individu yang
terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat keluarga tersayang, segala doa restu dan dorongan kalian
amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan dapat
dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan etika
profesion perguruan dalam kalangan guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan di
Universiti Teknologi Malaysia. Empat aspek etika profesion perguruan yang dikaji
iaitu pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru kepada murid,
tanggungjawab guru kepada rakan sejawat dan profesion perguruan, tanggungjawab
guru kepada masyarakat dan Negara dan tanggungjawab guru kepada ibu bapa
murid. Kajian ini melibatkan 97 orang guru pelatih yang mengambil kursus Ijazah
Sarjana Muda Teknoogi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Fakulti
Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik yang
mengandungi dua bahagian iaitu latar belakang responden dan 37 item pernyataan
telah diedarkan kepada responden.. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical
Packages for Social Sciences, Version 11.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai
kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih 4SPH
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mempunyai pengetahuan etika
profesion perguruan dari segi tanggungjawab guru kepada murid, rakan sejawat dan
profesion perguruan, masyarakat dan Negara dan ibu bapa murid.
vi
ABSTRACT
The study examines 4SPH trainee teachers at the Faculty of Education UTM
knowledge on the Ethics of Teaching Profession. The four aspects studied were
knowledge of trainees teacher on responsibility towards students, colleagues and
teaching profession, society and country and students parents. The respondents were
trainees teachers at Universiti Teknologi Malaysia courses Bachelor of Technology
and Education Living Skill (4SPH). A set of questionnaires was employed in the
study. It consisted two sections i.e. Part A on background and Part B on 37 items.
The analysis was done using Statistical Package for Social Science software, Version
11.0 (SPSS) to obtain frequency and percentage. The study found 4SPH trainee
teachers knowledge on the Ethics of Teaching Profession was high.
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”
Tanda tangan : ………………………………..
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. BAHARIN ABU
Tarikh : 5 MEI 2009……………………
i
PENGETAHUAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DALAM KALANGAN
GURU PELATIH 4SPH FAKULTI PENDIDIKAN UTM.
SUZANA BT MAMAT @ MUHAMMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemairan Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Untuk ……….
Ayahandaku, Mamat @ Muhammad Bin Musa, bondaku, Sapinah Bt Ibrahim
Terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan nasihat yang diberikan selama ini
Tidak lupa kepada ahli keluargaku, Shafini, Zaidi, Zaini, Azuwan, Azura dan Aiman
Terima kasih atas galakan dan bantuan yang tidak pernah pudar
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM…….
Jasa kalian amat ku hargai
Terima kasih atas segala-galanya
Akan ku kenang buat selama-lamanya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah
menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi
kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih
juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat
dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis,
PM. DR Baharin bin Abu atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang
tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga kepada individu yang
terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat keluarga tersayang, segala doa restu dan dorongan kalian
amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan dapat
dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan etika
profesion perguruan dalam kalangan guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan di
Universiti Teknologi Malaysia. Empat aspek etika profesion perguruan yang dikaji
iaitu pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru kepada murid,
tanggungjawab guru kepada rakan sejawat dan profesion perguruan, tanggungjawab
guru kepada masyarakat dan Negara dan tanggungjawab guru kepada ibu bapa
murid. Kajian ini melibatkan 97 orang guru pelatih yang mengambil kursus Ijazah
Sarjana Muda Teknoogi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Fakulti
Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik yang
mengandungi dua bahagian iaitu latar belakang responden dan 37 item pernyataan
telah diedarkan kepada responden.. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical
Packages for Social Sciences, Version 11.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai
kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih 4SPH
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mempunyai pengetahuan etika
profesion perguruan dari segi tanggungjawab guru kepada murid, rakan sejawat dan
profesion perguruan, masyarakat dan Negara dan ibu bapa murid.
vi
ABSTRACT
The study examines 4SPH trainee teachers at the Faculty of Education UTM
knowledge on the Ethics of Teaching Profession. The four aspects studied were
knowledge of trainees teacher on responsibility towards students, colleagues and
teaching profession, society and country and students parents. The respondents were
trainees teachers at Universiti Teknologi Malaysia courses Bachelor of Technology
and Education Living Skill (4SPH). A set of questionnaires was employed in the
study. It consisted two sections i.e. Part A on background and Part B on 37 items.
The analysis was done using Statistical Package for Social Science software, Version
11.0 (SPSS) to obtain frequency and percentage. The study found 4SPH trainee
teachers knowledge on the Ethics of Teaching Profession was high.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Borang Pengesahan Status -
Pengesahan Penyelia -
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Senarai Isi Kandungan vii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiii
Senarai Singkatan xiv
Senarai Lampiran xv
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
viii
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Etika 11
2.3 Kepentingan Etika Guru 13
2.4 Etika dan Tanggungjawab Guru 15
2.5 Etika Profesion Perguruan 16
2.6 Etika Guru Malaysia 18
2.6.1 Tanggungjawab Guru Kepada Pelajar 19
2.6.2 Tanggungjawab Guru Kepada Rakan
Sejawat dan Profesion Perguruan 20
2.6.3 Tanggungjawab Guru Kepada Masyarakat
Dan Negara 21
2.6.4 Tanggungjawab Guru Kepada Ibu
Bapa Pelajar 22
2.7 Kajian Lepas 23
2.8 Penutup 24
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Populasi dan Tempat Kajian 26
3.4 Instrumen Kajian 27
ix
3.4.1 Bahagian A 28
3.4.2 Bahagian B 28
3.5 Prosedur Kajian 29
3.6 Kajian Rintis 30
3.7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 30
3.8 Analisis Data 31
3.9 Penutup 32
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 33
4.2 Penganalisaan Soal Selidik 33
4.3 Pengetahuan Etika Profesion Perguruan Dalam
Kalangan Guru Pelatih 4SPH UTM 34
4.4 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 35
4.4.1 Jantina 35
4.4.2 Umur 35
4.4.3 Bangsa 36
4.4.4 Kelayakan Akademik 37
4.5 Bahagian B 37
4.5.1 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada Murid 38
4.5.2 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada Rakan
Sejawat dan Profesion Perguruan 40
4.5.3 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada Masyarakat
Dan Negara 42
4.5.4 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada Ibu Bapa
Murid 44
4.6 Kesimpulan 47
x
BAHAGIAN 5
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 49
5.2 Rumusan 50
5.2.1 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada Murid 50
5.2.2 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada Rakan Sejawat
dan Profesion Perguruan 51
5.2.3 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada Masyarakat
Dan Negara 52
5.2.4 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada
Ibu Bapa Murid 53
5.3 Perbincangan 53
5.3.1 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada Murid 54
5.3.2 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada Rakan Sejawat
dan Profesion Perguruan 55
5.3.3 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada Masyarakat
Dan Negara 57
5.3.4 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap
Tanggungjawab Guru Kepada
Ibu Bapa Murid 59
5.5.5 Kesimpulan 60
xi
5.4 Cadangan Kajian 62
5.4.1 Cadangan Kepada Guru Pelatih 62
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 63
5.5 Penutup 64
RUJUKAN 65
LAMPIRAN 68
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan item mengikut objektif kajian 28
3.2 Pemeringkatan Peratusan Skala Binari 31
4.1 Pecahan item-item Bahagian B mengikut persoalan kajian 34
4.2 Taburan responden mengikut jantina 35
4.3 Taburan responden mengikut umur. 36
4.4 Taburan bangsa responden 36
4.5 Taburan kelayakan akademik responden. 37
4.6 Taburan pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab
guru kepada murid. 38
4.7 Taburan pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab
guru kepada rakan sejawat dan profesion perguruan 40
4.8 Taburan pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab
guru kepada masyarakat dan negara. 42
4.9 Taburan pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab
guru kepada ibu bapa murid. 44
4.10 Kesimpulan keseluruhan persoalan kajian 47
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Konsep Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Dalam
Kecermerlangan Negara 15
xiv
SENARAI SINGKATAN
EPP Etika Profesion Perguruan
FP - Fakulti Pendidikan
INTAN - Institut Tadbiran Awam Negara
JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statistical Packages for Social Sciences,
4SPH Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
1 Set Borang Soal Selidik
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan
menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan
Negara pada masa hadapan. Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam
sistem pendidikan negara. Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan
menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat
yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka,
sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok
Soon Sang, 1988) .
Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan baik. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian
Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir memberitahu bahawa daripada tahun 1995
hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan
(Utusan Malaysia, 18 September 2008). Antara kes keruntuhan moral disebutkan
beliau adalah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut
melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan
2
kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah
menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.
Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan
kewibawaan profesion keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan
dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu
mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada
pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, bukannya
mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya
membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan guru
yang menyebarkan ajaran anti kerajaan di mana bertentangan dengan tanggungjawab
guru terhadap masyarakat dan Negara yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu
ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan
Malaysia, 18 September 2008)
Jika keadaan ini berterusan, ia dapat memberi kesan yang buruk kepada
sistem pendidikan Negara, masyarakat sekeliling dan para pelajar itu sendiri. Guru
sepatutnya menunjukkan tingkah laku yang bermoral seterusnya menjadi teladan
kepada pelajar serta dapat melahirkan guru yang berkualiti untuk Negara pada masa
akan datang. Hal ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang
bermatlamat untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia di mana
Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam
membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan
beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan
berkemahiran.
Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi
panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus
mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin
martabat profesion perguruan dipandang mulia.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada tahun 2007 menunjukkan 200 aduan salah laku guru dengan pelbagai
masalah etika kerja, disiplin dan moral serta rasuah perlu diberi perhatian serius oleh
guru dan masyarakat (Rusinah Siron, 2008). Selain itu banyak rungutan atau
maklumbalas yang berbentuk negatif dari pihak sekolah atau guru di sekolah yang
berkaitan dengan kes-kes guru pelatih yang tidak berdisiplin, seperti berambut
panjang, datang lambat, lambat masuk kelas, mengajar sambil lewa, suka mengambil
cuti sakit dan berpakaian tidak sesuai dengan profesion perguruan (Utusan Malaysia,
31 Oktober 2004 ). Ini menunjukkan ramai guru yang masih tidak mengetahui kod
etika profesion perguruan. Ahli profesional perlu mempunyai nilai moral yang tinggi,
sikap yang positif, dan etika profesional kerana hidup dan majunya Negara
bergantung kepada mereka (Ghazali Bujang, 1992).
Guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri yang tinggi dalam membentuk
diri menjadi seorang guru yang berakhlak mulia dan beretika . Guru menjunjung
amanah sebagai pendidik yang perlu bersikap jujur dan ikhlas terhadap pelajar,
sekolah, masyarakat sekeliling, ibu bapa pelajar dan Negara serta profesion
perguruan itu sendiri.Untuk menjadi seorang guru yang beretika mereka harus
menjaga tingkah laku dan menjalankan tanggungjawab yang merangkumi
tangunggjawab mereka terhadap pelajar, ibu bapa pelajar, masyarakat dan Negara
serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat.
Peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia adalah sangat luas dan tidak
terhad kepada pelajar sahaja. Di samping mengajar guru juga perlu berhubung
dengan guru-guru lain termasuk guru besar, diri sendiri serta masyarakat. Tanpa
hubungan dan kerjasama yang baik, sesebuah sekolah akan sukar untuk mencapai
matlamat yang dikehendaki. Di samping itu, guru yang bertanggungjawab perlu
bersedia dan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan bersedia menghadiri
latihan, bengkel dan juga seminar untuk memantapkan diri dan lebih berkeyakinan
semasa berdepan dengan pelajar ( Esah Sulaiman, 2003).
4
Malah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bermula pada
tahun 2006 hingga 2010 telah menyatakan dengan jelas bahawa matlamat PIPP
adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Untuk menghasilkan
pendidikan yang berkualiti sememangnya bermula dengan guru yang mempunyai
ciri-ciri sebagai seorang guru yang berkualiti iaitu guru yang tahu dan memahami
etika profesion perguruan dengan jelas, dengan ini dapat menghasilkan suatu
pendidikan yang berkualiti dan pelajar yang cemerlang. Selain itu juga, PIPP
memartabatkan profesion keguruan diantaranya menyatakan bahawa peranan guru
sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara
dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada
pelajar, guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian
pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Dasar
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memartabatkan profesion
keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru.
Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan
dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi
negara masa hadapan.
Oleh itu, guru mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam membantu
perkembangan pelajar-pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras
dengan penyataan ikrar dan kod etika profesion perguruan. Kod etika memainkan
peranan yang penting dalam membentuk seorang guru yang berkualiti dan
professional. Oleh yang demikian, bakal-bakal guru perlu tahu serta mendalami etika
perguruan sebelum diiktiraf menjadi seorang guru yang profesional. Pengetahuan
etika profesion perguruan di kalangan guru-guru khususnya guru pelatih adalah
penting demi menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia
dimata masyarakat
5
1.3 Pernyataan Masalah
Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh
bakal-bakal guru yang baru menceburi bidang perguruan dan mereka yang sudah
lama bertapak dalam bidang perguruan ini. Kepentingan kod etika sememangnya
tidak dapat dinafikan lagi. Dengan adanya kod etika perguruan ini seharusnya para
guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang
guru, memahami dengan lebih jelas etika guru iaitu tanggungjawab mereka terhadap
pelajar, masyarakat dan Negara, rakan sejawat dan profesion perguruan, dan ibu bapa
pelajar, meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab
bersama dan mengeratkan perhubungan guru sesama guru. Namun begitu jika dilihat
terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila perguruan yang sememangnya
harus dielakkan bagi yang menjawab jawatan professional.
Oleh yang demikian, pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah
amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Bertepatan
hal ini, kajian ini dibuat untuk mengkaji pengetahuan etika profesion perguruan di
kalangan guru pelatih Fakulti Pendidikan khususnya yang mengambil Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) dan telah menjalani latihan mengajar. Kajian ini secara tidak
langsung dapat mengetahui pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru
untuk memupuk diri pelajar dari segi sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Pengetahuan guru pelatih terhadap
tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan iaitu tidak
membuat sebarang kenyataan atau ulasan kepada pelajar ataupun ibu bapa, atau pun
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seorang guru.
6
Di samping itu, guru pelatih perlu mempunyai pengetahuan terhadap
tanggungjawab guru kepada masyarakat dan Negara supaya mereka melaksanakan
tanggungjawab sepenuhnya kepada pelajar, masyarakat dan Negara. Akhir sekali
kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui pengetahuan guru pelatih terhadap
tanggungjawab guru terhadap ibu bapa murid iaitu kerjasama dan persefahaman di
antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dan masyarakat.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk menilai dan mengenal pasti pengetahuan etika
profesion perguruan di kalangan guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Fakulti Pendidikan UTM. Objektif kajian ialah
:-
1) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru
kepada murid
2) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru
kepada rakan sejawat dan profesion perguruan.
3) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru
kepada masyarakat dan Negara.
4) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru
kepada ibu bapa murid.
7
1.5 . Persoalan Kajian
1) Adakah guru pelatih 4SPH mengetahui tanggungjawab guru kepada murid ?
2) Adakah guru pelatih 4SPH mengetahui tanggungjawab guru kepada rakan
sejawat dan profesion perguruan ?
3) Adakah guru pelatih 4SPH mengetahui tanggungjawab guru kepada
masyarakat dan Negara ?
4) Adakah guru pelatih 4SPH mengetahui tanggungjawab guru kepada ibu bapa
murid ?
1.6 . Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan etika profesion
perguruan dalam kalangan guru pelatih Fakulti Pendidikan khususnya yang
mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup
(4SPH) UTM dan telah menjalani latihan mengajar. Hasil kajian ini diharap dapat
memberi panduan kepada pihak tertentu terutamanya guru baru yang akan
berkhidmat tentang batapa pentingnya pengetahuan etika profesion perguruan
didalam usaha membentuk diri menjadi seorang pendidik yang berkualiti dan
cemerlang. Juga diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia di dalam proses pengambilan guru yang beretika dalam usaha
melahirkan guru yang berkualiti dan berbudaya cemerlang.
Sebagai kesimpulannya adalah diharapkan kajian ini akan dapat
menyumbang atau sebagai garis panduan dalam mempertingkatkan mutu
perkhidmatan guru dalam menjalani tugas-tugas terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.