Transcript
Page 1: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

PrinciplesAjinomoto Group

Malay

Bahasa Melayu

Page 2: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

KANDUNGANMesej daripada Presiden•• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •01

Falsafah Kumpulan Ajinomoto•• • • • • • • • • • • • • • • • • • • •02

Cara Kumpulan Ajinomoto•• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •03

Tatatertib Urus Niaga Piawaian Kumpulan Ajinomoto•• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •04

Gambaran Keseluruhan•• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •04Matlamat

Skop Penerapan Tatatertib Piawaian

Perkara-perkara yang Perlu Diingat dan Tanggungjawab dalam Pelaksanaan

Penubuhan dan Penyemakan Tatatertib Piawaian

Prinsip-prinsip Asas•• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •05

1. Menyediakan dan Membekalkan Perkhidmatan dan Produk Berkualiti Tinggi dan Selamat•• • • • • • • • • • • • • • • • • •06

Memajukan dan menawarkan perkhidmatan dan produk berkualiti tinggi dan selamat

Menjamin kualiti produk

Menyediakan dan membekalkan maklumat dan berkomunikasi dengan wajar

Pengiklanan dan pemasaran

2. Memberi Sumbangan kepada Persekitaran Sejagat yang Mampan• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •08

Memastikan kegiatan-kegiatan urus niaga kita menyumbang terhadap persekitaran

Berkomunikasi dengan masyarakat mengenai persekitaran

3. Urus Niaga yang Adil dan Telus•• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •09Mematuhi undang-undang amanah dan yang berkaitan

Memastikan urus niaga jual beli yang adil

Memenuhi tanggungjawab sosial dalam urus niaga jual beli

Mengamalkan gaya pergaulan dan budi bahasa yang sesuai

Melarang pemberian rasuah dan suapan

Mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang unsur-unsur jenayah terancang

Menguruskan import dan eksport

4. Pendekatan terhadap Hak Asasi Manusia•• • • • • • • • • • • • •11Menghormati hak asasi manusia

Mendukung prinsip asas dan hak yang berkaitan dengan tenaga buruh

5. Melatih Sumber-sumber Manusia dan Memastikan Keselamatan•• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •12

Menyediakan peluang pekerjaan yang sama dan dasar sumber manusia yang adil

Memastikan kemajuan Kumpulan Ajinomoto dan juga pertumbuhan peribadi

Melarang diskriminasi dan gangguan yang berkali-kali

Membina persekitaran kerja yang selamat dan selesa

6. Bekerja dengan Masyarakat Tempatan• • • • • • • • • • • • • • • • •14Memastikan kegiatan urus niaga kita menyumbang kepada masyarakat

Menghormati budaya tempatan

Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NPO)

Derma, kegiatan-kegiatan bawah tajaan, dan pentadbiran yayasan

7. Tanggungjawab kepada Pemegang Saham, Pelabur dan Pemegang Amanah Harta yang lain•• • • •15

Mendedahkan maklumat dengan betul

Memastikan kebolehpercayaan terhadap laporan kewangan

Melarang perdagangan orang dalam

8. Perlindungan dan Pengurusan terhadap Aset dan Maklumat Korporat• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •16

Menguruskan aset korporat

Maklumat pengurusan

Melindungi hak harta intelek

9. Mengasingkan dengan Jelas Hal-hal Urus Niaga dan Peribadi•• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •17

Elakkan konflik kepentingan

Hubungan urus niaga dimiliki oleh syarikat

Sokongan peribadi dan aktiviti politik

1.1

4.1

4.2

5.1

5.2

5.3

5.4

6.1

6.2

6.3

6.4

7.1

7.2

7.3

8.1

8.2

8.3

9.1

9.2

9.3

2.1

2.2

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

1.2

1.3

1.4

Page 3: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles 01

Mesej daripada Presiden

Kepada semua ahli Kumpulan AjinomotoKita semua di dalam Kumpulan Ajinomoto mempunyai matlamat untuk menyumbang kepada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh manusia sejagat, seperti “kesinambungan global,” “sumber-sumber makanan” dan “cara hidup yang sihat,” melalui urus niaga kita, kita mendukung Falsafah Kumpulan Ajinomoto: “Kita membina kehidupan yang lebih baik di seluruh dunia dengan menyumbang kepada kemajuan penting dalam bidang makanan dan kesihatan serta berusaha demi kehidupan yang lebih sempurna.” Dengan perkembangan globalisasi dan perubahan di dalam persekitaran sosial hari ini, kita menghadapi pelbagai harapan dan keperluan yang semakin meningkat di pihak pelanggan serta pihak berkepentingan yang lain. Dalam keadaan ini, untuk menjadi sebuah “Syarikat Pengkhususan Global yang Tulen” dan seterusnya memantapkan lagi sistem pentadbiran global kami, maka pada tahun 2014, kita telah meletakkan satu set tatacara yang seragam untuk Kumpulan Ajinomoto dengan mengintegrasikan Tatatertib Urus Niaga Standard Kumpulan Ajinomoto dan Tatalaku Korporat Ajinomoto yang menerangkan tingkah laku di mana setiap seorang daripada kita wajib memahaminya dan mempraktikkannya setiap hari. Saya meminta setiap seorang daripada anda semua sebagai ahli Kumpulan Ajinomoto supaya mempelajari dan memahami matlamat Falsafah Kumpulan Ajinomoto, Cara Kumpulan Ajinomoto dan Tatatertib Urus Niaga Standard Kumpulan Ajinomoto; untuk membincangkan konsep-konsep dan peraturan-peraturan ini di tempat kerja; dan untuk melaksanakannya di dalam kehidupan seharian. Matlamat yang kita kongsi bersama adalah untuk menunjukkan daya kreatif dan menonjolkan lagi keistimewaan kita dalam usaha untuk membina sebuah “syarikat global terkemuka yang mampan dan berkembang maju.”

Takaaki NishiiPresiden, Ajinomoto Co., Inc.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ajinomoto

Pros

es M

emas

tikan

Pen

gend

alia

n Se

waj

arny

a Proses Mengatur Kekuatan Kita dem

i Kemajuan

FalsafahKumpulanAjinomoto

CaraKumpulan Ajinomoto

Tatatertib UrusNiaga Piawaian

KumpulanAjinomoto

VisiKumpulanAjinomoto

AGP dan Visi Kumpulan Ajinomoto(AGP = Prinsip Kumpulan Ajinomoto)

Page 4: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles02

Kita membina kehidupan yang lebih baik

di seluruh dunia dengan menyumbang

kepada kemajuan penting dalam bidang

Makanan dan Kesihatan serta berusaha

demi Kehidupan yang lebih sempurna.

(Identiti, misi dan hasrat Kumpulan kita)

Falsafah Kumpulan Ajinomoto

Page 5: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles 03

(Nilai, pemikiran asas dan sikap utama yang dikongsi oleh semua ahli Kumpulan)

Menggubal Nilai Baharu MenggubalMenggubal nilai dengan idea-idea baharu dan pembaharuan yang

berterusan berasaskan sains dan teknologi yang unik.

Semangat Perintis PerintisSentiasa menyahut cabaran membina perniagaan dan pasaran baharu

secara berterusan.

Penyumbangan Sosial SumbanganMenyesuaikan keperluan-keperluan sosial dengan perasaan rendah

hati dan jujur, yang bermatlamat untuk memaksimakan penghargaan

terhadap masyarakat melalui kegiatan-kegiatan urus niaga.

Menghargai Orang Ramai HormatMenghormati nilai kemanusiaan semua orang yang terlibat dalam urus

niaga Kumpulan Ajinomoto, dan menjadi sebuah organisasi di mana

mereka boleh berkembang maju dan dapat menunjukkan kebolehan

mereka ke tahap maksima.

Cara Kumpulan Ajinomoto

Page 6: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles04

Skop Penerapan Tatatertib Piawaian

Matlamat

Perkara-perkara yang Perlu Diingat dan Tanggungjawab dalam Pelaksanaan

Penubuhan dan Penyemakan Tatatertib Piawaian

Tatatertib Piawaian dikenakan ke atas para pegawai (atau yang setaraf) dan para pekerja (termasuk pekerja tempoh tetap mengikut

kontrak, pekerja sambilan dan pekerja sementara) bagi semua syarikat Kumpulan Ajinomoto yang berazam untuk mengamalkan Prinsip

Kumpulan Ajinomoto1 melalui tindakan lembaga pengarah atau badan pemerintah yang setaraf. (Kedua-dua istilah “pegawai” dan

“pekerja” kemudian dari ini digunakan seperti yang diterangkan di sini.)

1. Prinsip Kumpulan Ajinomoto terdiri daripada Falsafah Kumpulan Ajinomoto, Cara Kumpulan Ajinomoto dan Tatatertib Piawaian Kumpulan Ajinomoto.

Tatatertib Urus Niaga Piawaian Kumpulan Ajinomoto (kemudian dari ini disebut “Tatatertib Piawaian”) menerangkan tingkah laku di

mana setiap ahli Kumpulan Ajinomoto wajib memahaminya dan mempraktikkannya setiap hari demi melaksanakan Falsafah Kumpulan

Ajinomoto menurut Cara Kumpulan Ajinomoto. Tatatertib Piawaian juga merupakan komitmen atau janji yang dibuat oleh syarikat-

syarikat Kumpulan Ajinomoto kepada semua pemegang amanah harta.

• Syarikat-syarikat Kumpulan Ajinomoto seharusnya menggesa para pegawai dan para pekerja tidak mengabaikan Tatatertib Piawaian.

Tambahan lagi, syarikat-syarikat Kumpulan Ajinomoto harus memastikan tidak ada pegawai atau pekerja yang mengalami kesan

buruk akibat mematuhi Tatatertib Piawaian.

• Kita akan mengawasi dengan teliti sebarang penipuan atau pencabulan undang-undang dan peraturan atau Tatatertib Piawaian di

tempat kerja dan dalam urus niaga. Kita akan berunding dengan orang-orang atasan yang sesuai atau mengadu kepada atau

berunding dengan pegawai perhubungan yang dilantik bagi setiap syarikat Kumpulan Ajinomoto mengenai fakta yang merupakan

masalah atau yang dipercayai merupakan masalah dari sudut undang-undang dan peraturan atau Tatatertib Piawaian. Syarikat-

syarikat Kumpulan Ajinomoto akan menyimpan dengan baik maklumat peribadi dan melindungi privasi sesiapa sahaja yang membuat

aduan atau rundingan dan memastikan aduan seperti itu tidak digunakan untuk merosakkan atau menjejaskan individu tersebut.

• Badan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat Kumpulan Ajinomoto harus mengenali dan menyedari peranan mereka dalam

mematuhi Tatatertib Piawaian dan menunjukkan contoh pematuhan. Selain daripada menunjukkan contoh, pengurusan tertinggi juga

harus memastikan pematuhan di kalangan syarikat-syarikat dan selalu menggabungkan pendapat daripada kedua-dua pihak dari

dalam dan luar syarikat dalam usaha untuk mewujudkan sistem dalaman yang berkesan.

• Apabila terdapat pelanggaran utama terhadap Tatatertib Piawaian, seperti pencabulan undang-undang atau peraturan, badan

pengurusan tertinggi syarikat-syarikat Kumpulan Ajinomoto akan menerangkan dengan jelas kepada para pemegang amanah harta

mengenai pendirian mereka terhadap penyelesaian isu tersebut, langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengenalpasti punca

bagi mengelakkan perkara itu berulang lagi.

• Tatatertib Piawaian diterima dan digunapakai oleh ketetapan Lembaga Pengarah Ajinomoto Co., Inc. setelah penelitian yang teliti

dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Urus Niaga dan Jawatankuasa Pengurusan Ajinomoto Co., Inc.

• Syarikat-syarikat Kumpulan Ajinomoto berazam untuk mengamalkan Tatatertib Piawaian sebagai milik sendiri di Lembaga Pengarah

masing-masing atau badan-badan yang membuat keputusan yang setaraf dengannya dan mengambil langkah-langkah yang

diperlukan untuk memastikan Tatatertib Piawaian didukung secara jujur.

• Tatatertib Piawaian perlu disemak dengan menjalankan prosedur yang serupa yang digunakan untuk penerimaan asalnya.

Tatatertib Urus Niaga Piawaian Kumpulan Ajinomoto

Gambaran Keseluruhan

Page 7: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles 05

2. Perjanjian Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu meminta syarikat-syarikat supaya berusaha, menyokong dan

mengamalkan satu set nilai asas di dalam lingkungan pengaruh mereka. Nilai asas tersebut adalah dalam bidang

hak asasi manusia, piawai tenaga buruh, persekitaran dan antirasuah.

Hak Asasi ManusiaPrinsip 1: Urus niaga harus menyokong dan menghormati penjagaan hak asasi manusia yang dituntut pada

peringkat antarabangsa; dan

Prinsip 2: memastikan ianya tidak terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia.

Tenaga BuruhPrinsip 3: Urus niaga harus mendukung kebebasan perhubungan dan pengiktirafan yang berkesan terhadap hak

untuk berunding secara kolektif ;

Prinsip 4: pembasmian semua jenis paksaan dan tenaga buruh paksa;

Prinsip 5: pemansuhan yang efektif terhadap tenaga buruh kanak-kanak; dan

Prinsip 6: penghapusan diskriminasi dari segi penggunaan tenaga buruh dan pekerjaan.

PersekitaranPrinsip 7: Urus niaga harus menyokong satu pendekatan berjaga-jaga terhadap cabaran-cabaran persekitaran;

Prinsip 8: mengambil initiatif mempromosi tanggungjawab yang lebih besar terhadap persekitaran; dan

Prinsip 9: menggalakkan pembinaan dan penerapan teknologi-teknologi mesra alam sekitar.

AntirasuahPrinsip 10: Urus niaga harus berusaha memerangi rasuah dalam apa bentuk sekalipun, termasuk pemerasan

dan suapan.

Prinsip-prinsip Asas

l Kita mengendalikan diri sendiri dengan cara yang bertanggungjawab dari segi sosial berasaskan nilai

dan etika yang ditetapkan di bawah Falsafah Kumpulan Ajinomoto: “Kita membina kehidupan yang

lebih baik di seluruh dunia dengan menyumbang kepada kemajuan penting dalam bidang makanan dan

kesihatan serta berusaha demi kehidupan yang lebih sempurna.”

l Sebagai satu asas bagi tatalaku kita sepanjang masa, kita mengikuti Cara Kumpulan Ajinomoto:

“Kita berusaha untuk memastikan kegiatan-kegiatan urus niaga kita dapat membantu menyelesaikan

cabaran-cabaran yang berkaitan dengan kehidupan yang sihat, sumber-sumber makanan, dan

kesinambungan global, sentiasa berazam untuk membaiki lagi kehidupan masyarakat.”

l Kita berusaha untuk memenangi kepercayaan pemegang amanah harta kita dengan bersikap adil,

tidak berat sebelah, mudah difahami dan berterus terang. Kita dapat mencapai matlamat ini dengan

melaksanakan Tatatertib Piawaian dan mematuhi undang-undang serta peraturan di dalam dan luar negara.

l Kita menyokong Perjanjian Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu2

Page 8: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles06

1.1 Memajukan dan menawarkan perkhidmatan dan produk berkualiti tinggi dan selamat1.1.1 Kita mengumpulkan maklumat dari pelbagai sektor masyarakat dan menyelidik keperluan-keperluan pelanggan

dalam usaha untuk memajukan dan menyediakan perkhidmatan dan produk yang berguna dalam masyarakat.

1.1.2 Kita menjalankan penyelidikan dan mendengar pendapat orang ramai sebelum menyediakan dan membekalkan perkhidmatan dan produk dalam usaha untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

1.1.3 Kita menyedari tanggungjawab Kumpulan Ajinomoto, sebagai sebuah kumpulan yang tugasnya berkait rapat dengan kehidupan manusia, kesihatan, persekitaran, dan ekosistem, dan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan kajian dan penyelidikan yang diperlukan untuk memastikan perkhidmatan dan produk yang kita sediakan adalah amat selamat.

1.2 Menjamin kualiti produk1.2.1 Kita mematuhi undang-undang dan peraturan, dan piawaian kualiti yang sewajarnya berkaitan dengan

keselamatan perkhidmatan dan produk kita. Apabila terdapat kebimbangan bahawa perkhidmatan dan produk kita tidak dapat memenuhi piawaian kualiti, kita akan segera mengambil langkah untuk mengenalpasti punca-punca masalah tersebut dan mengelakkan perkara itu daripada berulang lagi.

1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan, kita menyediakan maklumat yang tepat berkaitan dengan perkhidmatan dan produk tersebut dan segera bertindak untuk mengurangkan sebarang kesan negatif. Dan lagi, kita akan berusaha bersungguh-sungguh, mengambil setiap langkah untuk menentukan punca masalah tersebut dan mengelakkan perkara itu daripada berulang lagi.

Kita sentiasa berpegang pada matlamat mendahulukan pelanggan dan, melalui teknologi yang canggih dan kreativiti, membina dan menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti tinggi dan selamat untuk membaiki lagi kehidupan orang ramai di seluruh dunia “dengan menyumbang kepada kemajuan penting dalam bidang Makanan dan Kesihatan serta berusaha demi Kehidupan yang lebih sempurna.”

Untuk melaksanakan dan mengekalkan kepercayaan dan harapan para pelanggan dan untuk memastikan kepuasan mereka, kita menyediakan dan membekalkan maklumat yang sewajarnya berhubung dengan perkhidmatan dan produk serta melayani pertanyaan dengan hati yang tulus dan ikhlas.

1. Menyediakan dan Membekalkan Perkhidmatan dan Produk Berkualiti Tinggi dan Selamat

Tatatertib Urus Niaga Piawaian Kumpulan Ajinomoto

Page 9: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles 07

1.3 Menyediakan dan membekalkan maklumat dan berkomunikasi dengan wajar1.3.1 Kita mendedahkan maklumat berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kita apabila diperlukan dan pada

waktu yang sesuai. Kita mendengar dengan tulus ikhlas akan cadangan-cadangan dan pendapat-pendapat para pelanggan kita dan bertindakbalas secara jujur.

1.4 Pengiklanan dan pemasaran1.4.1 Kita seharusnya berhati-hati dalam menerangkan dan melabel perkhidmatan serta produk kita untuk

memastikan penerangan dan label tersebut mudah difahami oleh para pelanggan.

1.4.2 Berhubung dengan pengiklanan dan komunikasi dengan para pelanggan, kita menggunakan kata-kata yang sesuai dan benar bagi mengelakkan penggunaan kata-kata yang boleh menimbulkan kesalahfahaman berkaitan dengan ciri-ciri dan kualiti produk kita. Kita juga berusaha untuk menjelaskan dengan terang kepada para pelanggan tujuan cadangan dan maklumat lain yang termasuk dalam produk kita. Kita juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mendukung tanggungjawab ini dalam memasarkan kepada kanak-kanak.

1.4.3 Kita memastikan yang kita tidak memberi para pelanggan atau rakan urus niaga maklumat yang tidak benar mengenai perkhidmatan atau produk syarikat-syarikat lain. Kita tidak bertindak dengan cara memburukkan syarikat-syarikat lain. Khususnya, ketika membuat perbandingan di antara perkhidmatan dan produk kita dengan perkhidmatan dan produk syarikat-syarikat lain, kita berhati-hati supaya tidak merosakkan reputasi syarikat-syarikat lain dengan sengaja.

Page 10: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles08

2.1 Memastikan kegiatan-kegiatan urus niaga kita menyumbang terhadap persekitaran2.1.1 Kita memastikan yang kita sentiasa sedar akan isu-isu persekitaran sejagat dan tempatan sepanjang masa

dalam melaksanakan tugas kita hari demi hari, dan kita sentiasa berusaha membaiki lagi usaha pelaksanaan kita terhadap persekitaran.

2.1.2 Kita bukan sahaja memenuhi keperluan para pelanggan, tetapi kita juga memenuhi harapan sosial dengan menyumbang kepada persekitaran, termasuk penjagaan biodiversiti dan ekosistem dan penggunaan sumber-sumber dan tenaga dengan lebih cekap. Untuk mencapai matlamat ini, kita mengambil kira faktor-faktor persekitaran di setiap tahap pelaksanaan kita – dari tahap penyelidikan dan pembangunan, melalui pemerolehan, pengeluaran dan jualan, hingga ke tahap penggunaan, pembuangan dan pengitaran semula produk-produk dan perkhidmatan kita.

2.1.3 Kita sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam peraturan-peraturan persekitaran di setiap negara dan rantau di muka dunia ini, dan juga piawaian antarabangsa yang berkaitan, dan kita memastikan kesan terhadap persekitaran akibat pelaksanaan urus niaga kita. Kita membuat sesuatu untuk mengurangkan kesan pelaksanaan urus niaga kita terhadap persekitaran.

2.1.4 Kita mengambil langkah untuk meningkatkan kesedaran persekitaran di dalam syarikat kita dan juga dalam masyarakat yang lebih luas sementara terus menjalankan initiatif-initiatif persekitaran di dalam semua kegiatan urus niaga kita – dari pemerolehan bahan-bahan mentah hingga ke penyediaan dan pembekalan produk dan perkhidmatan kepada para pelanggan.

2.2 Berkomunikasi dengan masyarakat mengenai persekitaran2.2.1 Kita memikul tanggungjawab kita dengan serius untuk mendedahkan maklumat secara proaktif mengenai

persekitaran, dan kita menjalankan komunikasi persekitaran yang sesuai dalam usaha memenuhi harapan dan kepercayaan pemegang amanah harta kita.

2.2.2 Kita bekerjasama dengan pelbagai kumpulan pemegang amanah harta termasuk kerajaan dan agensi-agensi yang khusus, pelanggan, rakan urus niaga, NGO, NPO, dan penduduk tempatan. Usaha ini adalah untuk memastikan kita mempunyai kesan yang positif terhadap persekitaran sejagat dan terhadap masyarakat yang kita berurus niaga.

Kita berusaha memberi sumbangan agar wujudnya sebuah masyarakat yang ada daya kesinambungan di mana generasi yang akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di tengah-tengah kekayaan persekitaran alam semulajadi.

Kita menyedari bahawa pembinaan kegiatan-kegiatan urus niaga kita bergantung pada nikmat alam semulajadi. Kita sentiasa berusaha mengurangkan kesan negatif terhadap persekitaran sejagat dan ekosistem, dan juga kita meneruskan model-model urus niaga yang menggalakkan proses kitar semula, yang menggunakan sumber-sumber dan tenaga dengan lebih cekap.

Kita sebagai seorang individu digalakkan menggunakan sumber-sumber dan tenaga dengan lebih cekap dan meneruskan cara hidup yang lebih bertanggungjawab terhadap persekitaran.

2. Memberi Sumbangan kepada Persekitaran Sejagat yang Mampan

Tatatertib Urus Niaga Piawaian Kumpulan Ajinomoto

Page 11: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles 09

3.1 Mematuhi undang-undang amanah dan yang berkaitan3.1.1 Kita mengambil langkah-langkah untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang amanah, undang-

undang persaingan serta undang-undang dan ordinan lain bertujuan untuk memastikan persaingan yang adil di setiap negara yang kita jalankan urus niaga, termasuk juga garis-garis panduan dalaman yang berkaitan, dalam melaksanakan urus niaga yang adil dan bebas.

3.1.2 Kita melaksanakan dasar untuk mengelakkan pakatan sulit dengan pesaing-pesaing dalam mengatur harga, jumlah jualan atau jumlah pengeluaran dan lain-lain, dan kita tidak melibatkan diri dalam mengurangkan persaingan (termasuk mengambil bahagian di dalam kartel) atau di dalam memanipulasi tawaran.

3.1.3 Kita melaksanakan dasar untuk mengelakkan diri daripada menggunakan cara yang tidak adil, sama ada seorang diri atau bersama pihak yang lain, untuk menyingkir pesaing-pesaing atau menghalang mereka daripada memasuki pasaran.

3.2 Memastikan urus niaga jual beli yang adil3.2.1 Kita menghormati persaingan bebas dan adil sepanjang masa dalam urus niaga jual beli. Kita menyediakan

peluang urus niaga yang adil dan memilih rakan niaga kita berdasarkan perkara am dan penilaian adil terhadap harga, kualiti, perkhidmatan dan faktor-faktor lain.

3.2.2 Kita tidak melibatkan diri dalam tatalaku yang boleh menyebabkan sebarang kerugian atau keburukan terhadap rakan niaga kita dengan menyalahgunakan kedudukan berpengaruh kita dalam urus niaga jual beli.

Dalam semua urus niaga, kita sentiasa menjalankan urus niaga yang adil dan telus dan kita mengekalkan cara urus niaga yang adil, mengakui kontraktor kita sebagai rakan niaga yang berharga.

Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Ajinomoto, yang wujud di seluruh dunia, kita berusaha memahami sepenuhnya dan mematuhi undang-undang dan peraturan mengenai persaingan di semua negara yang kita jalankan urus niaga.

Kita membuat keputusan mengenai rakan niaga dengan membandingkan mereka secara adil dan menilai perkara-perkara seperti harga, kualiti dan perkhidmatan ketika memilih subkontraktor dan pembekal bahan-bahan mentah, produk atau perkhidmatan.

Kita melibatkan subkontraktor dan pembekal bahan-bahan mentah, produk dan perkhidmatan kita dalam usaha memenuhi tanggungjawab sosial termasuk pemeliharaan persekitaran dan perlindungan terhadap hak asasi manusia.

Kita mematuhi semua undang-undang yang melarang memberi sumbangan terhadap politik yang menyalahi undang-undang atau bayaran yang tidak sewajarnya atau pemberian kepada pegawai-pegawai awam dan kita mengekalkan hubungan yang sihat dan biasa dengan orang awam atau pegawai-pegawai separa awam dan kerajaan.

Kita berusaha mengelakkan sebarang penglibatan dengan unsur-unsur jenayah terancang, yang mengancam ketenteraman atau keselamatan masyarakat awam.

3. Urus Niaga yang Adil dan Telus

Page 12: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles10

3.3 Memenuhi tanggungjawab sosial dalam urus niaga jual beli3.3.1 Dalam urus niaga jual beli, kita mendapatkan bahan-bahan yang mampan bila-bila sahaja kita berpeluang

berbuat demikian.

3.3.2 Kita menjelaskan kepada rakan niaga kita, apa yang kita harapkan daripada mereka berhubung dengan hak asasi manusia, tenaga buruh, persekitaran, antirasuah dan lain-lain. Kita bekerjasama dengan mereka untuk memastikan dasar-dasar ini diamalkan.

3.4 Mengamalkan gaya pergaulan dan budi bahasa yang sesuai3.4.1 Kita bertindak dengan prasangka yang baik berhubung dengan pemberian hadiah, hiburan dan lain-lain amalan

budaya dan juga budi bahasa yang ada kaitan dengan urus niaga.

3.4.2 Kita tidak melibatkan diri di dalam tatalaku seperti menawarkan hadiah, hiburan atau wang yang tidak sesuai kepada pelanggan atau rakan niaga dengan tujuan untuk membina atau mengekalkan hubungan urus niaga.

3.4.3 Kita tidak melibatkan diri di dalam tatalaku seperti meminta rakan niaga memberi kita hadiah, keseronokan atau wang untuk kepentingan peribadi kita.

3.5 Melarang pemberian rasuah dan suapan3.5.1 Kita tidak memberi hadiah, hiburan, wang, atau faedah lain yang boleh dianggap sebagai memberi rasuah

kepada orang tempatan dan juga orang asing atau pegawai separa awam, dengan cara apa sekalipun.

3.6 Mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang unsur-unsur jenayah terancang3.6.1 Kita dilarang melibatkan diri dalam unsur-unsur jenayah yang terancang.

3.6.2 Kita bersikap tegas terhadap unsur-unsur jenayah terancang, dan enggan menyetujui atau menyokong sebarang tuntutan yang tidak benar.

3.6.3 Kita bekerjasama dengan pertubuhan yang berkaitan, berusaha untuk menghapuskan unsur-unsur jenayah terancang.

3.7 Menguruskan import dan eksport3.7.1 Dalam menjalankan kegiatan urus niaga di seluruh dunia, kita memahami dan mematuhi undang-undang yang

berkaitan dengan eksport dan import di setiap negara yang kita jalankan urus niaga.

3.7.2 Kita tidak mengeksport produk ke negara yang tidak mengenakan sekatan terhadap penggunaan produk atau melarang mengimport produk seumpama itu, dan kita juga tidak mengeksport produk dari negara yang melarang mengeksport produk seumpama itu.

3.7.3 Kita tidak menjalankan urus niaga melalui eksport yang tidak langsung atau melalui orang tengah yang bertujuan untuk memintasi peraturan import atau eksport.

3. Urus Niaga yang Adil dan Telus

Tatatertib Urus Niaga Piawaian Kumpulan Ajinomoto

Page 13: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles 11

4.1 Menghormati hak asasi manusia4.1.1 Kita menyokong piawaian hak asasi manusia antarabangsa, termasuk Pengisytiharaan Universal Hak Asasi

Manusia, Pengisytiharaan ILO terhadap Prinsip Asas dan Hak semasa Bekerja dan yang berikutnya, Prinsip Panduan Bangsa-bangsa Bersatu terhadap Urus Niaga dan Hak Asasi Manusia, dan Perjanjian Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu.

4.1.2 Kita berusaha bersama dengan pelbagai rupa pemegang amanah harta untuk mengelakkan sebarang persubahatan dalam pencabulan hak asasi manusia.

4.2 Mendukung prinsip asas dan hak yang berkaitan dengan tenaga buruh4.2.1 Kita menghormati hak asas pekerja kita berkaitan dengan kebebasan perhubungan dan rundingan secara kolektif.

4.2.2 Kita melarang penggunaan kekerasan atau tenaga buruh paksa dalam apa bentuk sekalipun.

4.2.3 Kita memahami kesan yang berbahaya terhadap tenaga buruh kanak-kanak dan tidak menggunanya, dalam apa bentuk sekalipun, tenaga buruh oleh insan yang belum mencapai umur minima untuk diambil bekerja.

4.2.4 Kita tidak mengamalkan diskriminasi terhadap pengambilan pekerja atau dalam pekerjaan.

Sebagai sebuah kumpulan syarikat yang melaksanakan urus niaga di seluruh dunia, kita menyertai masyarakat antarabangsa dalam menghormati hak asasi manusia. Kita memenuhi tanggungjawab hak asasi manusia antarabangsa dan mematuhi undang-undang yang berkaitan di negara-negara yang kita jalankan urus niaga kita.

4. Pendekatan terhadap Hak Asasi Manusia

Page 14: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles12

5.1 Menyediakan peluang pekerjaan yang sama dan dasar sumber manusia yang adil5.1.1 Kita mengambil dan membangunkan pelbagai sumber manusia dari pelbagai negara dan rantau, yang akan

menyokong dan memimpin masa depan Kumpulan Ajinomoto.

5.1.2 Kita menghargai pekerja yang berdikari, yang berorientasikan kemajuan dan kita menyediakan peluang yang sama untuk mengembangkan dan mengatur kedudukan kemahiran mereka.

5.1.3 Kita menghormati nilai dan kebolehan individu dan melayan semua pekerja dengan adil dalam semua urusan kakitangan.

5.1.4 Kita menilai dengan adil kebolehan, tanggungjawab dan keputusan yang dihasilkan oleh pekerja individu dan melayan pekerja dengan betul dalam semua urusan kakitangan.

5.2 Memastikan kemajuan Kumpulan Ajinomoto dan juga pertumbuhan peribadi5.2.1 Kita menghargai kerja berpasukan dan membina hubungan, bertujuan untuk mengeratkan kepercayaan

bersama di tempat kerja.

5.2.2 Kita mengambil initiatif untuk membaiki diri sendiri dalam usaha untuk memastikan pekerjaan kita menyumbang kepada masyarakat.

Syarikat-syarikat Kumpulan Ajinomoto berusaha melakukan yang terbaik untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang bermakna dan berusaha bersungguh-sungguh menyediakan peluang-peluang untuk mengembangkan dan melatih kemahiran dan kebolehan setiap pekerja dengan menghormati perbezaan mereka, tingkah laku dan identiti tersendiri mereka.

Kita mengambil perspektif sejagat terhadap kerja kita, menitikberatkan kerja berpasukan, mengamalkan kreativiti, dan menilai semangat perintis, berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbang kepada kemajuan Kumpulan Ajinomoto.

Kita menyokong usaha pekerja-pekerja membina kehidupan yang memuaskan dan menyumbang kepada kebahagiaan masyarakat melalui perkembangan Kumpulan Ajinomoto yang berterusan.

Kita membina dan mengekalkan tempat-tempat kerja yang positif, berasaskan komunikasi terbuka, yang bebas daripada diskriminasi atau gangguan, dan di mana orang ramai menghormati maruah manusia antara satu sama lain.

Kita memastikan persekitaran kerja adalah selamat dan selesa.

5. Melatih Sumber-sumber Manusia dan Memastikan Keselamatan

Tatatertib Urus Niaga Piawaian Kumpulan Ajinomoto

Page 15: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles 13

5.3 Melarang diskriminasi dan gangguan yang berkali-kali5.3.1 Kita menghormati undang-undang dan budaya setiap negara dan rantau serta melarang diskriminasi terhadap

sesiapa dari sudut bangsa, kumpulan etnik, kewarganegaraan, agama, kepercayaan, tempat lahir, jantina, umur, orientasi seksual, ketidakupayaan, atau mana-mana ciri yang lain.

5.3.2 Kita melarang gangguan seksual di tempat kerja, termasuk apa sahaja bahasa atau tingkah laku berunsur seksual yang tidak senonoh.

5.3.3 Kita melarang eksploitasi kedudukan pekerjaan yang melanggar hak asasi manusia orang lain di tempat kerja.

5.4 Membina persekitaran kerja yang selamat dan selesa5.4.1 Kita lakukan segala yang mampu untuk memastikan keselamatan setiap pekerja dan menjaga serta membaiki

lagi persekitaran tempat kerja supaya setiap orang boleh bekerja di tempat yang selamat dan persekitaran yang sihat. Kita juga berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan bencana, kemalangan dan kejadian, dan menubuhkan sistem dalaman termasuk program melatih pekerja dan peralatan yang selamat untuk bertindak dengan betul dan membina persekitaran bekerja yang selesa dan cekap.

5.4.2 Kita berusaha memahami dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kebersihan.

5.4.3 Syarikat-syarikat Kumpulan Ajinomoto mengambil langkah untuk mengawasi kesihatan pekerja-pekerja dan membantu mereka menjaga dan menguruskan kesihatan mereka supaya mereka sentiasa boleh bekerja dalam keadaan yang sihat. Kita juga memberi latihan berkaitan dengan pencegahan penyakit berjangkit dan kemajuan pemakanan.

Page 16: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles14

6.1 Memastikan kegiatan urus niaga kita menyumbang kepada masyarakat6.1.1 Kita menyedari urus niaga kita berinteraksi dengan masyarakat dalam pelbagai cara, termasuk pemerolehan

bahan-bahan mentah, dan berusaha menyumbang terhadap penyelesaian yang produktif kepada isu-isu kemasyarakatan melalui kegiatan-kegiatan urus niaga kita, pada bila-bila masa.

6.2 Menghormati budaya tempatan6.2.1 Kita sentiasa berusaha memahami dan menghormati budaya, adat dan tradisi masyarakat tempatan,

bermatlamat hidup harmoni bersama masyarakat di mana sahaja kita berurus niaga.

6.3 Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan

pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NPO)6.3.1 Kita mempromosi masyarakat sihat dan bahagia dengan mengekalkan dialog produktif dengan masyarakat dan

bekerjasama dengan NGO, NPO dan juga masyarakat tempatan.

6.3.2 Kita memilih NGO dan NPO yang sesuai untuk kita bekerjasama dengan mereka, berdasarkan kesesuaian aktiviti mereka.

6.4 Derma, kegiatan-kegiatan bawah tajaan, dan pentadbiran yayasan6.4.1 Kita melibatkan diri dalam pendermaan yang sesuai dan bermakna dan juga kegiatan yang disokong dan,

sebagai satu bentuk sumbangan sosial, kita berusaha untuk bertindak terhadap isu-isu sosial dan keperluan masyarakat berhubung dengan Falsafah Kumpulan Ajinomoto. Tambahan lagi, kita menyokong pengendalian yayasan, dana dan entiti awam lain yang kita tubuhkan.

6.4.2 Dalam usaha menjalankan kegiatan derma dan sokongan, kita memikirkan dengan bersungguh-sungguh keperluannya dan kesesuaiannya dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Sebagai tambahan kepada penyumbangan sosial yang kita lakukan dengan menjalankan urus niaga sebagai sebahagian masyarakat tempatan yang sihat, kita berusaha meningkatkan komunikasi kita dengan masyarakat yang lebih luas dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi, budaya dan pendidikan setiap masyarakat di mana kita menjalankan urus niaga.

Sebagai ahli masyarakat tempatan, kita digalakkan sebagai individu untuk menyertai aktiviti-aktiviti penyumbangan sosial.

6. Bekerja dengan Masyarakat Tempatan

Tatatertib Urus Niaga Piawaian Kumpulan Ajinomoto

Page 17: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles 15

7.1 Mendedahkan maklumat dengan betul7.1.1 Kita melaksanakan dasar-dasar untuk memastikan tidak ada maklumat yang harus didedahkan kepada

pemegang saham dan pelabur-pelabur disembunyikan atau disimpan dengan cara yang tidak betul.

7.1.2 Ketika mendedahkan maklumat, kita berusaha bukan sahaja untuk mendedahkan maklumat yang ditetapkan di dalam undang-undang berkaitan dengan pendedahan, tetapi untuk memenuhi harapan pelbagai pemegang amanah harta kita, maka kita juga mendedahkan maklumat yang berguna kepada mereka.

7.2 Memastikan kebolehpercayaan terhadap laporan kewangan7.2.1 Kita mengekalkan, melaksanakan dan menilai sistem kawalan dalaman yang betul dan berkesan untuk

melaporkan kewangan menurut Akta Pertukaran dan Atur cara Kewangan Jepun dan undang-undang lain untuk memastikan kebolehpercayaan dan ketepatan laporan kewangan.

7.3 Melarang perdagangan orang dalam7.3.1 Kita tidak menggunakan maklumat korporat dalaman atau maklumat sulit daripada rakan urus niaga untuk

faedah diri sendiri. Kita tidak melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti perdagangan orang dalaman, termasuk berdagang dengan saham atau lain corak landasan pelaburan yang menggunakan maklumat bukan dari orang awam berhubung dengan syarikat-syarikat Kumpulan Ajinomoto yang disenaraikan dan/atau rakan urus niaga yang disenaraikan.

7.3.2 Kita mengikut prosedur-prosedur syarikat yang ditetapkan ketika membeli atau menjual saham-saham atau sekuriti Ajinomoto Co., Inc.atau syarikat-syarikat lain Kumpulan Ajinomoto yang disenaraikan.

Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menggunakan cara pengurusan yang baik, untuk memberi pulangan yang berpadanan kepada pemegang amanah harta, dan untuk menaikkan nilai korporat.

Kita mendedahkan maklumat kepada orang ramai dengan cara yang sesuai dan pada masa yang betul untuk membantu pemegang saham, para pelabur dan pelbagai pemegang amanah harta yang lain, dan kita bertindak secara adil dan jujur terhadap harapan dan kepercayaan yang diletakkan kepada kita.

7. Tanggungjawab kepada Pemegang Saham, Pelabur dan Pemegang Amanah Harta yang lain

Page 18: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles16

8.1 Menguruskan aset korporat8.1.1 Kita menguruskan dan melindungi dengan betul aset ketara dan yang tidak ketara mengikut undang-undang

dan peraturan Kumpulan Ajinomoto.

8.1.2 Kita mengehadkan penggunaan aset korporat kepada tujuan urus niaga Kumpulan Ajinomoto.

8.2 Maklumat pengurusan8.2.1 Kita memahami pentingnya maklumat peribadi, termasuk yang berkaitan dengan urus niaga, teknologi,

penyelidikan, perkembangan produk, jualan, kewangan dan maklumat yang berkaitan dengan kakitangan, dan menguruskan maklumat ini dengan rapi dan berahsia. Tambahan lagi, kita tidak menggunakan maklumat dalaman untuk apa sahaja yang bukan bertujuan berurus niaga, sama ada maklumat itu sulit atau tidak.

8.2.2 Kita mengetahui pentingnya melindungi maklumat peribadi dan juga mendapatkan, menggunakan serta memberikan maklumat peribadi dengan cara yang betul. Kita mengawal dengan ketat pengendalian maklumat peribadi untuk mengelakkan ianya daripada digunakan selain untuk tujuan asalnya dan juga untuk menghindarkan kebocoran maklumat. Kita tidak mendedahkan maklumat peribadi yang diperoleh di tempat kerja atau daripada pelaksanaan urus niaga kepada orang lain tanpa mendapat kebenaran individu tersebut, kecuali dikehendaki oleh pihak yang berkuasa.

8.2.3 Kita menghormati privasi antara satu sama lain.

8.2.4 Kita tidak pernah melibatkan diri dalam tatalaku di mana maklumat sulit mengenai pesaing kita, diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang.

8.3 Melindungi hak harta intelek8.3.1 Kita mengetahui bahawa jenama kita dan harta intelek kita (termasuk paten, hak model utiliti, hak cipta terhadap

reka bentuk yang berdaftar, cap dagang, dan rahsia dagang) adalah aset penting korporat dan kita menggunakan semuanya dengan cara yang sesuai dan betul mengikut undang-undang dan peraturan Kumpulan Ajinomoto.

8.3.2 Kita menghormati hak harta intelek, seperti cap dagang, hak paten pihak yang ketiga, dan kita tidak menggunakannya tanpa kebenaran. Kita tidak merosakkan atau mencerobohi aset-aset ini.

8.3.3 Kita memberikan dengan tepat dan menggunakan dengan betul logo korporat kita dan cap dagang yang lain menurut piawaian syarikat.

8.3.4 Kita mengakui bahawa undang-undang dan peraturan harta intelek berbeza mengikut negara dan kita memberi perhatian khas di setiap negara terhadap pendaftaran, pendedahan, pemindahan, dan penggunaan harta intelek.

Kita dengan tegasnya melindungi dan mengurus maklumat peribadi dan aset syarikat yang ketara dan yang tidak ketara, termasuk rahsia dagangan dan hak harta intelektual.

Kita menguruskan semua maklumat peribadi dengan cara yang betul.

Kita menghormati hak harta intelektual pihak ketiga yang sah.

8. Perlindungan dan Pengurusan terhadap Aset dan Maklumat Korporat

Tatatertib Urus Niaga Piawaian Kumpulan Ajinomoto

Page 19: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

Ajinomoto Group Principles 17

9.1 Elakkan konflik kepentingan9.1.1 Kita mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kepentingan pekerja, termasuk keluarga mereka,

dan kepentingan syarikat-syarikat Kumpulan Ajinomoto tidak bercanggah. Di tempat kerja, sepanjang masa kita sedar akan kenyataan bahawa kita adalah ahli Kumpulan Ajinomoto, mematuhi peraturan korporat, dan bertanggungjawab melakukan sesuatu.

9.2 Hubungan urus niaga dimiliki oleh syarikat9.2.1 Kita memahami bahawa hubungan urus niaga yang dibina oleh pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja dimiliki

oleh syarikat, walaupun setelah meninggalkan syarikat atau setelah bersara dari syarikat Kumpulan Ajinomoto.

9.3 Sokongan peribadi dan aktiviti politik9.3.1 Kita membezakan dengan jelas di antara kedudukan korporat awam dan kedudukan peribadi individu

berhubung dengan maklumat pada media sosial. Kita sedar akan peranan kita dan tanggungjawab kita sebagai seorang ahli Kumpulan Ajinomoto, walaupun ketika memuatnaikkan maklumat sebagai seorang individu, dan tidak melakukan tindakan yang merosakkan kepercayaan yang terdapat di dalam Kumpulan Ajinomoto atau mana-mana asetnya.

9.3.2 Kita hanya melibatkan diri dalam aktiviti politik sebagai seorang individu mewakili diri sendiri, dan hanya di luar masa bekerja dan di luar kawasan fasiliti syarikat.

Kita tetap mengasingkan dengan jelas di antara hal-hal urus niaga dengan peribadi dan kita tidak guna aset korporat atau maklumat atau hak urus niaga atau kedudukan dalam korporat untuk meraih keuntungan peribadi.

Kita menghormati kepercayaan dan pendapat peribadi sambil mengenalpastinya dari kedudukan korporat.

Address any enquiries about the Ajinomoto Group Standards of Business Conduct:Business Conduct Committee Secretariat’s OfficeGeneral Affairs & Risk Management DepartmentAjinomoto Co., Inc.Address: 15-1, Kyobashi 1-chome, Chuo-ku, Tokyo 104-8315 Japan

9. Mengasingkan dengan Jelas Hal-hal Urus Niaga dan Peribadi

Revised: August 1, 2014

Page 20: Ajinomoto Group Principles · Menjamin kualiti produk ... 1.2.2 Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan dengan kualiti perkhidmatan atau produk yang kita bekalkan kepada pelanggan,

PrinciplesAjinomoto Group

Malay

Bahasa MelayuAjinomoto Co., Inc.15-1, Kyobashi 1-chome, Chuo-ku, Tokyo 104-8315 JapanTel: +81 (3) 5250-8111URL: http://www.ajinomoto.com/en/


Recommended