UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBELAJARAN KOLABORATIF THERMOCHEMISTRY KBSM MELALUI WEB
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NURBIHA A. SHUKOR (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 63, JALAN INDAH 4, PROF. MADYA MOHAMAD BILAL ALI TAMAN INDAH, SUNGAI ABONG Nama Penyelia 84000, MUAR JOHOR Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).
Tandatangan :
Nama Pelajar : PROF. MADYA MOHAMAD BILAL ALI
Tarikh : 7 APRIL 2009
PEMBELAJARAN KOLABORATIF THERMOCHEMISTRY KBSM MELALUI
WEB
NURBIHA A SHUKOR
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama Pelajar : NURBIHA A SHUKOR
Tarikh : 7 APRIL 2009
iii
..Buat Aminah Ma’arof..
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu dan bapa, saudara, serta para pendidik yang
tidak jemu memberikan tunjuk ajar. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
PM Mohamad Bilal Ali, Encik Juhazren Junaidi yang berada di perantauan, PM Dr
Zaidatun Tasir, serta semua pendidik yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung.
Penghargaan turut diberikan kepada sahabatku Nabila Ahmad. Terima kasih atas
semua masa dan tenaga yang dicurahkan untukku. Buat sahabat seperjuangan, serta
rakan-rakan yang lain, terima kasih di atas semangat yang diberikan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.
Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian. Semoga hasil projek ini dapat
membantu pembaca mendalami keperluan menghasilkan produk multimedia bagi
kegunaan pengajaran dan pembelajaran.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Pembangunan laman web bagi tujuan pembelajaran semakin mendapat tempat
dalam dunia pendidikan. Pembelajaran melalui laman web menjadikan proses
pembelajaran aktif menjadi lebih relevan. Pembelajaran menggunakan pendekatan
kolaboratif merupakan salah satu bentuk pembelajaran aktif di mana pelajar bekerjasama
secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui
bersama. Pembelajaran kolaboratif secara tradisional menghadapi kekangan masa, dan
tempat. Maka, laman web ThermoCollaborate dibangunkan supaya pembelajaran secara
kolaboratif bagi tajuk Thermochemistry dapat melangkaui masalah kekangan masa dan
tempat berbanding pembelajaran kolaboratif secara tradisional. ThermoCollaborate
memberikan alternatif kepada pelajar untuk mempelajari tajuk ‘Thermochemistry’ dan
bertujuan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap tajuk ini melalui pembelajaran
kolaboratif yang lebih interaktif. Laman web ini dibangunkan menggunakan perisian
Adobe Dreamweaver 8 dan menggunakan pangkalan data MySQL. Model rekabentuk
pembangunan laman web ThermoCollaborate adalah mengikut model Hannafin dan
Peck.
vi
ABSTRACT
Website development for learning purposes has been a great demand in the
education field. Active learning environment is made possible by learning through
websites. Collaborative learning is one of the kinds of active learning where students
work actively together in a group to accomplish the learning objectives that they have
agreed. Conventional collaborative learning is bound to time and place factor. Hence,
the ThermoCollaborate website was developed to enables learning Thermochemistry
over the time and place factor. ThermoCollaborate provides an alternative for the
students to learn the chapter Thermochemistry and is purposely designed to enhance the
students understanding regarding this chapter in a more interactive collaborative
learning environment. The website was developed with the use of the technology of
Adobe Dreamweaver 8 and MySQL databases. The design model being implemented is
the Hanafinn and Peck Model.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS PROJEK
KELULUSAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 Pendahuluan 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Rasional Projek 7
viii
1.6 Kepentingan Projek 8
1.7 Skop dan Batasan Projek 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Penutup 11
2 Sorotan Kajian 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pembelajaran melalui Web 12
2.2.1 Pembelajaran Kimia berasaskan Web 14
2.3 Pembelajaran secara Kolaboratif 15
2.3.1 Pembelajaran Kimia secara Kolaboratif 18
2.3.2 Pembelajaran Kolaboratif berbantukan 19
Komputer
2.3.3 Pembelajaran secara Kolaboratif melalui 21
Laman Web
2.3.4 Elemen-elemen Pembelajaran secara 24
Kolaboratif melalui Laman Web
2.4 Penutup 26
3 Reka Bentuk Laman Web 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran dalam 28
Pembangunan Laman Web
3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 29
3.2.1.1 Analisis Matlamat Pembangunan 30
Laman Web
3.2.1.2 Analisis Kandungan Pelajaran 30
3.2.1.3 Mengenalpasti Kumpulan Sasaran 31
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 31
ix
3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi 31
3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi 32
3.2.2.3 Reka Bentuk Antaramuka 34
3.2.2.4 Carta Alir 35
3.2.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 37
3.2.3.1 Perisian untuk Pembangunan 39
Laman Web
3.2.4 Fasa Penilaian dan Penambahbaikan 41
3.3 Penutup 42
4 Hasil Pembangunan Laman Web 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Rekabentuk Informasi/ Strategi Pembelajaran 44
4.2.1 Paparan halaman Sign Up 46
4.2.2 Paparan halaman Group Members 47
4.2.3 Paparan halaman Thermo Tasks 48
4.2.4 Paparan halaman Discussion 49
4.3 Reka Bentuk Antaramuka 50
4.4 Reka Bentuk Interaksi 52
4.4.1 Organisasi 52
4.4.2 Navigasi 54
4.4.3 Interaktiviti 54
4.5 Proses Memuat Naik Laman Web 55
4.6 Hasil Penilaian laman web ThermoCollaborate 56
4.6.1 Reka Bentuk Informasi/ Strategi Pembelajaran 57
4.6.2 Reka Bentuk Antaramuka 58
4.6.3 Reka Bentuk Interaksi 60
4.6.4 Soalan terbuka: Kelebihan, Kelemahan, 61
Cadangan dan Komen
4.7 Penutup 61
x
5 Perbincangan, Rumusan dan Cadangan 62
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan Hasil Pembangunan Laman Web 62
5.2.1 Reka Bentuk Informasi/ Strategi Pembelajaran 63
5.2.2 Reka Bentuk Antaramuka 64
5.2.3 Reka Bentuk Interaksi 65
5.3 Rumusan 65
5.3.1 Kekuatan Laman Web ThermoCollaborate 65
5.3.2 Kelemahan Laman Web ThermoCollaborate 67
5.3.3 Cadangan Penambahbaikan 68
5.3.4 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.4 Penutup 69
RUJUKAN 70
LAMPIRAN A 80
LAMPIRAN B 85
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT
4.1 Pengaplikasian ciri-ciri pendekatan Kolaboratif 46
dalam ThermoCollaborate
4.2 Hasil penilaian bagi Reka bentuk Informasi/ 57
Strategi Pembelajaran
4.3 Hasil penilaian bagi Reka bentuk Antaramuka 58
4.4 Hasil penilaian bagi Reka bentuk Interaksi 60
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT
1.0 Carta Alir Laman Web ThermoCollaborate 85
bagi Pengguna Berdaftar
2.0 Carta Alir Laman Web ThermoCollaborate 86
bagi Pengguna Tidak Berdaftar
3.0 Carta Alir Sesi Pendaftaran dalam Laman Web 87
ThermoCollaborate
3.1 Model Rekabentuk Hannafin Peck 29
4.1 Paparan halaman Sign Up 47
4.2 Paparan halaman Group Members 48
4.3 Paparan halaman Thermo Tasks bagi tajuk 49
Temperature vs Heat
4.4 Paparan halaman Discussion 50
4.5 Warna latar hadapan dan latar belakang pada 51
halaman Utama
4.6 Animasi On Fire pada halaman Experimentation 52
4.7 Paparan halaman Utama 53
4.8 Navigasi dalam laman web ThermoCollaborate 54
4.9 Bread crumbs pada halaman Heat of Neutralization 55
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
ICT - Information and Communication Technology
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Senarai Semak Laman Web Kolaboratif 80
ThermoCollaborate
B Rajah 1.0: Carta Alir Laman Web ThermoCollaborate bagi 85
Pengguna Berdaftar
Rajah 2.0: Carta Alir Laman Web ThermoCollaborate bagi 86
Pengguna Tidak Berdaftar
Rajah 3.0: Carta Alir Sesi Pendaftaran dalam Laman Web 87
ThermoCollaborate
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Senario persekolahan pada masa kini memperlihatkan penggunaan komputer
secara meluas. Projek-projek mega kerajaan seperti Sekolah Bestari dan Sekolah
Kluster telah meningkatkan lagi kepenggunaan komputer dalam sistem pendidikan
negara bagi menyaingi keperluan negara ke arah Wawasan 2020. Komputer
digunakan dalam pelbagai bentuk sama ada sebagai subjek, komputer sebagai alat,
atau komputer sebagai tenaga pengajar (Norhashim, Mazenah dan Rose, 1996).
Melalui komputer, jaringan pengetahuan diperluas lagi dengan rangkaian
internet yang menyediakan jutaan maklumat di hujung jari. Menurut Kassim (2006),
Protokol Internet atau Protokol Kawalan Transmisi, iaitu suatu protokol komunikasi
menghubungkan beberapa rangkaian komputer untuk membentuk jaringan yang
dipanggil internet. Pelbagai maklumat yang tersebar ke serata dunia melalui jaringan
internet ini membuka ruang baru untuk kemajuan pendidikan. Internet adalah suatu
teknologi multimedia di mana teks, grafik, video dan audio dapat disampaikan secara
bersama pada suatu masa. Menurut Cepi (2006) internet adalah media yang unggul
kerana mengkombinasikan kelebihan dari media lain untuk menjadi media yang
terbaik. Beliau menyatakan bahawa internet adalah media yang menyampaikan video
dan suara yang lebih baik dari buku, dan lebih interaktif dari CD-ROM.
87
Jaringan internet ini juga membolehkan semua pelajar di seluruh dunia mendapat
apa jua maklumat yang diingini pada bila-bila masa. Maklumat yang disampaikan
melalui internet adalah lebih terkini dan meliputi hal ehwal semasa yang sentiasa
berubah saban hari. Malah, Jamalludin dan Zaidatun (2003) berpendapat internet adalah
kemuncak kecanggihan teknologi pada masa kini lantaran manusia boleh meneroka
dunia dengan hanya sentuhan jari pada peranti-peranti input yang dipilih.
Penyampaian maklumat dilakukan oleh internet melalui laman web. Kassim
(2006), menyatakan bahawa laman web digunakan secara meluas dalam bidang
pendidikan, perniagaan, perdagangan, dan pentadbiran kerajaan menjelang tahun 1990-
an lagi. Melalui laman web, para pelajar sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-
bahan yang menarik. Kassim (2006) menggalakkan guru dan pelajar untuk
menggunakan internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Christie (1996) telah menjalankan kajian
penerokaan maklumat di kalangan pelajar sekolah dan mendapati bahawa para pelajar
semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka alam
yang baru ditemui (virtual reality).
Perkembangan pendidikan di negara ini juga amat memberangsangkan. Negara
ini turut tidak ketinggalan dengan membekalkan komputer ke semua sekolah melalui 3
fasa berdasarkan Belanjawan 2003 di mana sebanyak RM978.7 juta diperuntukkan bagi
mendekatkan lagi diri pelajar kepada pembelajaran tanpa batasan melalui laman web.
Guru-guru juga mempunyai persepsi bahawa laman web adalah penting sebagai alat
untuk pendidikan dan berfungsi sebagai pemacu untuk mendapatkan maklumat
daripadanya (Zaidatol dan Habibah, 2000). Tambahan pula, penggunaan laman web
untuk menyampaikan isi pelajaran bukanlah suatu perkara asing di negara ini lantaran
wujudnya pelbagai laman web yang menjalankan fungsi yang serupa. Antaranya adalah
laman web Portal Pendidikan Utusan, Cikgu.net, TM net school online dan lain-lain lagi.
Malah, terdapat juga institusi pendidikan yang bertindak mewujudkan laman web
pendidikan sebagai sumber maklumat pelajar
87
dalam pembelajaran melalui internet seperti laman web Cyberdidik yang dibangunkan
oleh Universiti Teknologi Malaysia.
Oleh itu, penyampaian informasi menerusi laman web adalah suatu teknologi
yang harus diguna pakai dan sangat relevan pada masa kini. Teknologi ini boleh
diperkembang lagi dalam bidang pendidikan sehingga ke tahap maksima dengan adanya
integrasi kepakaran dan kreativiti yang tinggi. Manfaat yang diperoleh dari revolusi ini
adalah sangat besar kerana dapat mewujudkan persekitaran baru dalam sektor
pendidikan yang masih mempunyai ciri-ciri konvensional.
1.2 Latar belakang masalah
Masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar semasa mempelajari mata
pelajaran yang abstrak seperti Kimia adalah salah konsep dan masalah bahasa dan
komunikasi. White (1977) dalam Sirhan (2007) menyatakan bahawa pembelajaran
melibatkan interaksi antara maklumat yang baru diterima dengan maklumat yang telah
sedia ada. Antara kekeliruan yang timbul dalam tajuk Thermochemistry seperti yang
dinyatakan oleh Kesidou dan Duit (1993) dalam Greenbowe (2003) adalah kegagalan
untuk membezakan maksud istilah heat dan temperature. Perkataan dan istilah yang
mengelirukan akan menimbulkan masalah semasa minda melakukan proses organisasi
(Sirhan, 2007). Malah menurut Sirhan (2007) lagi, kesukaran yang dihadapi oleh pelajar
semasa mempelajari mata pelajaran Kimia menyebabkan terdapat ada di kalangan
pelajar yang enggan meneruskan pengajian mereka bagi mata pelajaran ini.
Noraini (2003) mencadangkan bahawa bagi mempelajari tajuk Thermochemistry,
pelajar perlu memahami konsep asas yang bersangkutan dengan konsep dalam tajuk ini
dengan baik terlebih dahulu, sebelum mempelajari konsep Thermochemistry. Selain itu,
bagi tajuk ‘Thermochemistry’, kajian yang dilakukan oleh Farrugia dan Bennett (2003)
87
ke atas 55 orang pelajar pra universiti mendapati bahawa kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar dalam tajuk ini dapat dibahagikan
kepada empat kategori iaitu masalah operasi matematik, masalah umum kimia seperti
menyeimbangkan persamaan kimia, masalah yang menunjukkan tiada pengetahuan asas
yang kukuh dalam ‘Thermochemistry’ dan masalah berkaitan langkah-langkah yang
boleh diabaikan sekiranya pelajar lebih peka dengan kehendak soalan yang diberi.
Sirhan (2007) pula menegaskan bahawa pemahaman terhadap konsep-konsep asas yang
abstrak dalam mata pelajaran Kimia adalah penting kerana kegagalan untuk
memahaminya akan menimbulkan kesukaran di kalangan para pelajar untuk memahami
konsep dan teori yang selanjutnya.
Strategi yang sesuai diperlukan untuk memperbetul masalah kekeliruan istilah,
salah konsep, masalah pengiraan dan menyeimbangkan persamaan, serta masalah tiada
asas yang kukuh dalam tajuk ‘Thermochemistry’ di kalangan para pelajar. Pendekatan
pembelajaran secara kolaboratif sesuai digunakan bagi mempelajari tajuk ini
berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Teichert dan Stacy (2002) dalam Marechal dan
Raini (2008) di mana mereka telah mengkaji kesan perbincangan ke atas pembelajaran
pelajar. Kajian ini mendapati bahawa melalui perbincangan secara berkumpulan, pelajar
telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam menyelesaikan masalah penggunaan
simbol yang digunakan bagi pertukaran tenaga dalam tajuk ‘Thermochemistry’ dan
masalah salah konsep yang lain kerana pelajar dapat berbahas untuk mengesahkan idea
sedia ada mereka samada benar atau tidak.
Pembelajaran secara kolaboratif adalah pembelajaran yang berlaku melalui
pembentukan kumpulan di mana pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan
(Johnson & Johnson (1989) dalam Saharani, Norah, dan Baharuddin (2007)). Semasa
pembelajaran berlangsung, pelajar bekerjasama di mana mereka dapat mengutarakan
pandangan dan idea dalam kumpulan sehinggalah masalah yang dihadapi itu
diselesaikan (Gerfach (1994) dalam Saharani, Norah, dan Baharuddin (2007)).
Pendekatan pembelajaran secara kolaboratif memerlukan lebih interaksi sosial di
87
kalangan pelajar berbanding pembelajaran dengan kaedah tradisional (Rust & Gibbs,
1997; Topping & Ehly, 1998 dalam Treleaven, 2003). Maka, perlunya suatu medium
yang membolehkan pembelajaran secara kolaboratif berlaku agar pelajar dapat
bekerjasama secara maksimum tanpa had waktu dan batasan geografi.
Sehubungan itu, pengintegrasian teknologi dan telekomunikasi dalam bidang
pendidikan membolehkan wujudnya sektor pendidikan maya yang berinteraksi dengan
seluruh dunia. Kemudahan seumpama ini membolehkan sistem pembelajaran melalui
web dilaksanakan. Sistem pembelajaran melalui web merupakan suatu gaya baru yang
membolehkan proses pembelajaran berlaku pada masa, kandungan, serta hala tuju
mengikut pilihan pelajar sendiri. Tetapi, menurut Noriah et al. (2002), pengajaran
secara tradisional pula akan menghadkan pengaliran ilmu di mana ilmu yang
disampaikan kepada pelajar mungkin hanya terhad kepada pengetahuan sedia ada guru
sahaja.
Penglibatan interaksi pelajar secara aktif dengan maklumat sebagaimana dalam
pembelajaran kolaboratif, dapat menggantikan pembelajaran berbentuk tradisional yang
lebih berpusatkan guru. Maklumat yang disalurkan kepada pelajar pula adalah terbatas
kepada pengetahuan guru atau yang tertera di buku teks sahaja. Sebaliknya,
pembelajaran melalui web membolehkan pelajar mendapatkan jawapan kepada apa jua
persoalan yang tidak terbatas. Rainey dan Nicholl (1997) dalam Jamalludin dan
Zaidatun (2003) telah menjalankan kajian penyelidikan dan mendapati halaman web
adalah suatu instrumen pedagogi yang berupaya menyampaikan maklumat yang
menarik, terperinci, dan praktikal.
Sungguhpun begitu, kebanjiran laman web berunsur pendidikan di internet
mewujudkan persoalan tentang laman web pendidikan yang terbaik yang diperlukan
bagi mempelajari suatu tajuk pembelajaran. Laman web pendidikan seharusnya
menyampaikan isi pelajaran berdasarkan teori pembelajaran seperti yang dinyatakan
oleh Brenda (1998) di mana teori adalah amat berguna di mana teori membuka mata
manusia ke arah pelbagai kemungkinan dan persepsi manusia dalam melihat dunia.
87
Beliau juga menyatakan bahawa keputusan tentang rekabentuk yang terbaik terletak
pada pengetahuan yang mendalam terhadap teori pembelajaran.
Maka, perlunya sebuah teori yang dijadikan asas untuk pembangunan laman web
pendidikan yang baik. Tambahan pula, Wahyu dan Yahya (2006) menyatakan bahawa,
bahan pembelajaran berpusatkan komputer harus mempunyai ciri-ciri
kesinambungan antara isi pelajaran baru dengan isi pelajaran yang lalu di samping perlu
menyatakan objektif pembelajaran dengan jelas. Kewujudan sebuah laman web yang
menepati ciri-ciri kesinambungan antara isi pelajaran baru dengan pembelajaran yang
lalu adalah diperlukan bagi membolehkan isi pelajaran dalam laman web dapat
disampaikan. Bagi tujuan ini, Abu Hassan dan Meor Hashim (2006) menyatakan
bahawa melalui teori kognitif, psikologi Gestalt menekankan kebolehan penyesuaian
penggunaan pengetahuan yang sedia ada dalam mental bagi membentuk celik akal yang
baru, dan bukannya pengulangan mekanikal terhadap pertalian rangsangan dan respon.
Malah, teori kognitif menekankan pembelajaran berkesan di mana pembelajaran
akan lebih berkesan jika pelajar berhadapan dengan masalah yang telah biasa ditemui
kerana pembelajaran bermakna ini akan membantu pelajar memahami suatu konsep
dengan mudah, malah membantu pengingatan yang lebih lama (Abu Hassan dan Meor
Hashim, 2006). Maka, laman web pendidikan yang baik haruslah menyediakan variasi
masalah yang biasa ditemui oleh pelajar supaya pembelajaran berkesan boleh
berlangsung. Penekanan kepada strategi yang digunakan oleh laman web pendidikan
untuk menyampaikan isi pelajaran membolehkan suatu laman web pendidikan yang baik
dapat dibezakan dengan yang lainnya.
Sehubungan itu, pendekatan kolaboratif dipilih berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh Saharani, Norah, dan Baharuddin (2007) terhadap 15 orang pelajar bagi
beberapa aspek seperti keupayaan pembelajaran secara kolaboratif menerusi web untuk
meningkatkan pemahaman terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan, yang
mendapati bahawa pembelajaran menerusi web dengan menggunakan pendekatan
87
kolaboratif telah berjaya menarik minat pelajar tersebut untuk terus belajar menerusi
web. Berdasarkan kelebihan yang ditawarkan oleh pembelajaran menerusi laman web,
maka, penggunaan pendekatan pembelajaran secara kolaboratif bagi tajuk
‘Thermochemistry’ berdasarkan teori kognitif dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
1.3 Penyataan Masalah
Masalah dalam mempelajari tajuk ‘Thermochemistry’ lantaran skopnya yang
terlalu luas menyebabkan masalah salah konsep dan kesukaran untuk memulakan
pengiraan, maka perlunya satu alternatif untuk membolehkan pelajar mencapai pelbagai
bentuk maklumat yang diperlukan untuk menguasai tajuk tersebut. Pelbagai bentuk
maklumat yang diperlukan ini adalah dalam bentuk dialog bersama rakan, pencarian
bahan di internet, forum bersama sekumpulan rakan, atau pertanyaan terus kepada ahli
yang pakar. Lantaran itu, teknik pembelajaran secara kolaboratif melalui web ini
membuka ruang kepada pelajar untuk bertanyakan apa jua soalan yang berkaitan dan
mereka boleh mendapatkan respon yang segera. Maka, pembangunan sistem
pembelajaran menerusi web menggunakan pendekatan kolaboratif bagi tajuk
‘Thermochemistry’ ini diharap dapat memberi kemudahan kepada pelajar untuk
mengatasi masalah yang dialami semasa mempelajari tajuk ini.
1.4 Objektif Projek
Tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk:
(i) Membangunkan laman web pembelajaran bagi tajuk Kimia Tingkatan 5 KBSM,
‘Thermochemistry’ dengan menggunakan pendekatan pembelajaran kolaboratif.