Transcript
Page 1: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI KONSEP

ABSTRAK DENGAN TEKNIK VISUALISASI MENTAL

Roszelina Abd. RahmanKolej Matrikulasi Perak

Kementerian Pelajaran MalaysiaMaria Salih

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaUniversiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

The study is aimed to increase the percentage of students scoring full marks in abstract concept type essay questions. The objectives of the study is to train the students to produce a correct and appropriate mental visualization of the abstract concept of acrosomal reaction and to use this technique to increase their understanding. Forty three second semester Biology students from the Perak Matriculation College were selected via purposive sampling. Survey was collected from the Biology quiz 3. The data showed that 56% of the students were not able to fulfill the requirements of the essay question. Although the quiz was simple, they still failed to answer it well. After a consultation session with them, the problems were identified among others, the difficulty to ‘see’ the process of acrosomal reaction, to remember the details of the topic and to picturize the abstract concept. Apart from this, the students were confused and find it difficult to understand the requirement of the essay question. Hence, mental visualization technique is used to learn the processes in the abstract concept of Reproduction and Development. The data collected from the post test and semi structured interviews

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

55

Page 2: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

56

showed that the students’ marks by increased 70%. The students that obtained full marks increased by 14%. The researcher believes that the mental visualization technique gave a significant increase in the ability of the students to answer abstract concept type essay questions.

Keywords Essay question, abstract concept, mental visualization technique, biology students, acrosomal reaction.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meningkat peratus pelajar untuk mendapat markah penuh dalam soalan esei berbentuk konsep abstrak. Objektif khusus kajian ini adalah melatih pelajar menghasilkan visualisasi mental yang tepat dan bersesuaian bagi menggambarkan konsep abstrak “acrosomal reaction” serta melatih mereka menggunakan teknik ini untuk meningkatkan kefahaman. Sampel yang dipilih adalah seramai 43 orang pelajar Matrikulasi Biologi semester 2 Kolej Matrikulasi Perak. Tinjauan awal telah diperoleh daripada keputusan pelajar dalam kuiz 3 Biologi. Hasil dapatan mendapati 56% pelajar tidak berjaya memenuhi kehendak soalan esei jenis konsep abstrak dengan baik. Walaupun soalan yang dikemukakan dalam kuiz adalah mudah dan ringkas, pelajar tetap gagal menjawabnya dengan baik. Setelah menjalankan konsultasi bersama pelajar, beberapa masalah yang dihadapi mereka dikenalpasti. Antaranya ialah kesukaran pelajar untuk ‘melihat’ apa yang berlaku semasa “acrosomal reaction”, tidak dapat mengingat butiran topik yang dipelajari serta tidak dapat menggambarkan konsep yang dipelajari semasa ulangkaji. Selain daripada itu, pelajar keliru dan tidak tahu teknik belajar yang sesuai untuk mereka menjawab kerana tidak memahami soalan. Justeru, teknik visualisasi mental diguna untuk mengajar konsep abstrak dalam topik “Reproduction and Development”. Data kajian telah dikumpul melalui dokumen pasca ujian dan temubual separa struktur. Hasil kajian menunjukkan peningkatan markah pelajar yang ketara iaitu sebanyak 70%. Peningkatan pelajar yang mendapat markah penuh adalah sebanyak 14%. Justeru itu, penyelidik yakin bahawa teknik ini dapat membantu dalam meningkatkan kebolehan pelajar menjawab soalan esei berbentuk konsep abstrak dengan lebih baik.

Kata kunci soalan esei, konsep abstrak, pelajar biologi, teknik visualisasi mental, tindakbalas akrosom

Page 3: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

57

PENDAHULUAN

Pengenalan

Kurikulum Sains sentiasa melalui proses transformasi ke arah perkembangan pendidikan global dan ini selari dengan Falsafah Pendidikan Malaysia (FPM) (Rohaida, 1997). Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang berlandaskan kepada FPM menekankan kemahiran berfikir merentas kurikulum. Kemahiran berfikir ini berfokus kepada aspek pernyataan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif dan kreatif (Zol Azlan, 2000). Justeru itu, kemahiran ini membolehkan pelajar memanipulasi dan mentransformasi informasi dari dalam fikiran masing-masing.

Refleksi MasalahSewaktu menyemak kuiz 3 pelajar Biologi pada awal Februari yang lalu, penyelidik mendapati keputusan mereka agak mengecewakan berbanding dengan markah yang diperoleh dari kuiz-kuiz yang terdahulu terutamanya bagi soalan esei. Adakah soalan kuiz yang diberikan berbentuk esei atau pun pelajar mempunyai masalah memahami topik Reproduction and Development? Soalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif Bloom, soalan ini merupakan soalan aras rendah (Bloom, Englehart, Furst, Hill & Krathwohl,1992). Aras ini menguji tahap kefahaman pelajar daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain atau dalam erti kata lain, boleh menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri. Oleh yang demikian, penyelidik telah membuat analisis mengenai kebolehan pelajar menjawab soalan esei berbentuk konsep abstrak secara kuantitatif dan kualitatif. Data kualitatif mendapati peratusan pelajar yang gagal mencapai markah penuh (julat 1-5 markah) bagi soalan esei ialah 56%. Hanya 44% daripada 43 orang pelajar mendapat markah penuh (5 markah). Seterusnya, penyelidik telah bertemu dengan pelajar yang gagal mencapai markah penuh untuk mengetahui punca kegagalan ini.

Antara masalah yang dihadapi pelajar ialah mereka tidak dapat ‘melihat’ atau menggambarkan konsep abstrak dalam topik tersebut. Mereka juga sukar untuk mengingati butiran maklumat serta fakta bagi konsep abstrak yang dipelajari semasa mengulangkaji pelajaran. Maka, jalan singkat bagi pelajar ini adalah dengan menghafal fakta-fakta dan

Page 4: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

58

butiran maklumat tanpa memahami konsep abstrak ini. Tambahan lagi, mereka akui mempunyai kesukaran untuk memahami kehendak soalan esei sebegini. Dapatan ini sejajar dengan kajian yang telah dilakukan oleh Maria (2002) bahawa konsep abstrak Sains merupakan satu topik yang sukar untuk dipelajari kerana sukar untuk ‘melihat’ konsep abstrak. Lim (2003) pula menambah bahawa kemungkinan konsep sebegini sukar kerana isi kandungan tersebut dibebani dengan kandungan beban kognitif yang terlalu tinggi.

Pernyataan Masalah Hasil daripada refleksi yang telah dibuat penyelidik melakukan satu intervensi dalam pelajaran dan pembelajaran pelajar. Tambahan pula, daripada laporan kerja calon dan kertas soalan peperiksaan semester Program Matrikulasi (PSPM) pada tahun yang lepas telah melaporkan bahawa soalan bagi topik “Reproduction and Development” ini merupakan soalan wajib yang perlu dijawab oleh calon. Penyelidik telah menjalankan satu intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik visualisasi mental bagi membantu pelajar untuk ‘melihat’ dengan lebih jelas konsep dan proses abstrak yang berlaku. Ini adalah kerana sekiranya pelajar terus menghafal, mereka akan gagal untuk memahami isi kandungan dalam subjek Biologi. Tambahan lagi, hafalan teks akan menyebabkan pelajar pasif, tidak konstruktivis dan sangat terkurung dalam frasa pembentukkan ayat (Nachiappan, Ramlah & Abdul Aziz, 2008; Roszelina, 2011). Perkara ini sering berlaku dalam ujian atau peperiksaan apabila pelajar diminta untuk menghurai dan menerangkan sesuatu konsep dengan lebih terperinci.

Perasaan gementar yang dialami pelajar semasa menjalani ujian dan peperiksaan menyebabkan mereka mudah terlupa konsep yang telah dihafal (Nachiappan, Ramlah & Abdul Aziz, 2008). Lupaan ini terhasil kerana pelajar gagal memberi tumpuan di dalam kelas. Ini merencatkan penerimaan informasi yang diproses melalui deria daftar dan memori jangka panjang. Kemungkinan ini berlaku kerana kesan daripada kegagalan menghasilkan visualisasi mental semasa pembelajaran. Dalam jangka masa panjang, pelajar akan menganggap Biologi sebagai matapelajaran yang susah dipelajari, difahami dan untuk lulus. Persepsi sebegini membuatkan pelajar hilang semangat dan motivasi belajar Biologi.

Page 5: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

59

FOKUS KAJIANWalaupun penyelidik telah berjaya mengesan banyak masalah yang dihadapi pelajar dalam mempelajari konsep abstrak, namun penyelidik hanya memfokuskan kajian ini kepada kebolehan pelajar untuk menghasilkan visualisasi mental yang tepat dan sesuai bagi konsep abstrak yang ditanya dalam soalan esei. Visualisasi mental ini perlu dibimbing dengan cara yang betul oleh guru. Ini adalah kerana gambaran di fikiran mereka yang terhasil semasa pembelajaran bercampur aduk, berbagai-bagai dan tidak menjurus kepada kehendak dan kata kunci soalan. Kecelaruan dalam menghasil visualisasi mental ini boleh menyebabkan pelajar keliru dan tidak dapat menepati kehendak soalan.

OBJEKTIF KAJIANSecara umumnya, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan peratusan pelajar untuk mencapai markah penuh dalam soalan esei mengenai konsep abstrak. Berikut adalah objektif khusus kajian ini:

a. Meningkatkan peratusan pelajar yang boleh menjawab soalan esei mengenai tindakbalas akrosom dengan menggunakan teknik visualisasi mental terhadap konsep abstrak.

b. Melatih pelajar untuk menghasilkan visualisasi mental yang tepat dan sesuai bagi menggambarkan konsep abstrak; dan

c. Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep abstrak, dengan teknik visualisasi mental.

TINJAUAN LITERATUR

Pendahuluan

Model kemahiran berfikir (KPM, 2003) telah membahagikan kemahiran berfikir kepada dua domain utama iaitu kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Kemahiran berfikir kreatif ditakrifkan sebagai kecekapan menggunakan minda bagi meneroka pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan (KPM, 2001) Lantaran itu, salah satu daripada kemahiran berfikir kreatif adalah membina visualisasi. Ini adalah kerana pembinaan visualisasi memerlukan daya

Page 6: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

60

imaginasi yang tinggi bagi menjana pemikiran. Kemahiran ini perlu dititikberatkan dalam kemahiran teknik pembelajaran terutamanya dalam matapelajaran Sains. Pernyataan ini disokong oleh Ramadas (2009) yang menyatakan bahawa visualisasi merupakan sebahagian kemahiran yang penting dalam proses pembelajaran Sains.

Visualisasi MentalPembelajaran secara visual berlaku pada aras ketiga iaitu aras aplikasi Bloom et al.(1992). Pada aras ini, pelajar mengikuti arahan untuk memahami stimulasi; menggambarkan idea secara visual dan menyelesaikan masalah untuk soalan spesifik. Pelajar cuba mengaplikasi pembelajaran dengan mengikuti panduan dan menyusun semula kemungkinan-kemungkinan berdasarkan pemahaman mereka.

Menurut McLoughlin (1997), visualisasi adalah instrumen yang sangat penting dan berkesan dalam pembentukan serta manipulasi imej mental. Ia dapat diguna semasa menyelesaikan masalah dan membuat analogi. Ia juga membolehkan pelajar menggunakan verbal yang konkrit untuk menghasilkan imej yang abstrak.

Cyrs (1997) berpendapat bahawa visualisasi adalah keupayaan untuk melihat, memahami, berimaginasi, membina konsep dan menzahirkannya ke bentuk pandangan, idea dan data. Lantaran itu, beliau telah mencadangkan tiga strategi yang boleh diguna dalam pembentukan visualisasi mental iaitu: melihat, berimaginasi dan merekabentuk.

Bagi Ismail dan Mohd. Sapiyan (2004), mereka berpendapat bahawa visualisasi adalah keupayaan seseorang untuk menggambarkan imej mental di dalam pemikiran mereka semasa menyelesaikan masalah. Ia bermula daripada meneroka data-data yang kompleks sehingga membawa kepada penemuan informasi yang sangat berguna.

Mohd. Azhar (2003) pula menyatakan bahawa visualisasi mental terhasil daripada maklumat yang diterima dan disemak semula daripada memori. Seseorang individu itu mampu untuk menjana visualisasi mental dengan terang dan nyata dari segi kejelasan, warna, susunan dan bentuknya. Visualisasi sebegini dapat meningkatkan kemampuan penyimpanan dan daya tahan memori (memory retention) seseorang individu.

Menurut Norasikin dan Zawawi (2005), penggunaan deria pancaindera semasa pembelajaran membolehkan seseorang itu

Page 7: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

61

mengimbas dan mengecam ciri-ciri seperti bentuk, warna dan susunan.

Manakala Mohd. Safari dan Muhammad Sukri (2006) menyatakan bahawa visualisasi adalah kemahiran seseorang itu mencipta, memanipulasi dan berkomunikasi dengan imej mentalnya sama ada secara lisan mahupun secara grafik di dalam fikirannya.

Kesimpulannya, penyelidik merumus visualisasi mental sebagai teknik yang menghasilkan imej mental yang betul dan bersesuaian di dalam fikiran setelah otak selesai mentafsir maklumat dan memberi makna kepada sesuatu deria rangsangan itu. Di samping itu, proses visualisasi mental ini merupakan antara ketrampilan berfikir yang perlu ada di dalam pembelajaran pelajar kerana ia dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar (M. Daud, 2001). Justeru itu, penyelidik yakin teknik visualisasi mental ini mampu membantu pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam menggambarkan konsep abstrak tersebut dengan lebih baik. Seterusnya ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk menjawab soalan berbentuk esei dengan lebih baik dan tepat.

Konsep Abstrak “Acrosomal Reaction”Abstrak merupakan perkataan adjektif. Konsep abstrak merupakan satu elemen yang tidak konkrit. Konsep ini tidak dapat diaplikasikan secara nyata dan hanya dapat dilaksanakan secara teoritikal. Konsep abstrak yang diterangkan sukar difahami kerana ia merupakan idea yang tidak wujud secara nyata.

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan topik “acrosomal reaction” (tindakbalas akrosom) sebagai konsep abstrak. Ini adalah kerana konsep ini tidak dapat dilihat secara konkrit dan fizikal. Dalam memikirkan tentang konsep ini, seseorang itu perlu menjana dan membina visualisasi mental yang tepat dan bersesuaian dengan konsep tersebut. Menurut Fatimah, Ahmad Moghni, Mariam dan Yuzine (2003), tindakbalas akrosom adalah proses kejadian yang melibatkan beberapa perubahan struktur semasa laluan sperma menerusi korona radiata. Sebelum berlaku persenyawaan dengan oosit sekunder, akrosom pada bahagian kepala sperma yang mengandungi enzim hiarulonidase akan mencernakan satu laluan melalui korona radiata dan seterusnya enzim akrosin akan membentuk satu laluan untuk sperma melalui zona pelusida (struktur liat yang terdiri daripada lipid dan glikoprotein) yang mengelilingi oosit sekunder. Rajah 2.1

Page 8: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

62

dan Rajah 2.2 menunjukkan peringkat-peringkat yang berlaku semasa tindakbalas akrosom. Rajah-rajah ini adalah contoh-contoh visualisasi mental yang tepat dan bersesuaian dalam menggambarkan tindakbalas akrosom. Sekiranya pelajar dapat menghasilkan gambaran seperti ini, mereka akan mudah memahami dan mengingati konsep abstrak ini.

Rajah 2.1 Tindakbalas akrosom (Fatimah et.al., 2003).

Rajah 2.2 Peringkat dalam tindakbalas akrosom (Hassan, Sadiah & Shakinaz, 2004)

Page 9: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

63

Kajian Lepas Tentang Visualisasi Mental

Kajian tentang visualisasi mental telah banyak dilakukan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kajian sebegini perlu untuk meneroka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan supaya ianya dapat dijadikan sebagai bantuan dalam penyampaian verbal konsep abstrak.

Kajian oleh Daniel (2002) mendapati pelajar-pelajar masih mempunyai keraguan dalam memahami konsep abstrak Biologi. Ini terjadi kerana para pelajar tidak dapat menggambarkan bagaimana proses-proses tersebut berlaku secara terperinci apabila guru menyampaikan pengajarannya secara syarahan. Justeru itu, Daniel mencadangkan supaya guru-guru dapat membenarkan pelajar mengendali lebih banyak eksperimen untuk meningkatkan tahap visualisasi terhadap konsep abstrak sains.

Silverman (2003) mendapati satu daripada tiga orang pelajar di dalam kelas adalah pelajar yang menggunakan visual yang tinggi iaitu mampu berimaginasi dan menjana visualisasi mental.

Kajian yang dilakukan oleh Taira et al. (2007) menunjukkan bahawa visualisasi mental hanya terjana apabila pelajar perlu memahami penerangan tentang konsep yang abstrak.

Pendapat ini disokong oleh Ramadas (2009) yang mendapati bahawa lakaran pelajar merupakan alat yang penting untuk menjelas dan menyatakan perkembangan kefahaman mereka dalam pelajaran. Lakaran dapat menawan maksud yang tersirat dalam deria seseorang terhadap persekitarannya. Justeru, mental yang mampu menjana visualisasi adalah satu alat yang dapat membantu menangani pembelajaran konsep yang kompleks.

Kajian Brooks (2009) ke atas lakaran visual mendapati visualisasi mental yang terhasil mempamerkan idea dan transformasi fikiran individu ke atas sesuatu perkara. Kebolehan menjana visualisasi idea dan konsep terhadap sesuatu perkara membolehkan individu tersebut berfikir ke tahap yang lebih tinggi lagi. Maka, mereka dapat menghubungkaitkan asas-asas di dalam konsep tersebut. Dapatan kajiannya juga menunjukkan lakaran visualisasi mental berkait rapat dengan tanggapan atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu perkara.

Page 10: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

64

METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Kajian ini merupakan kajian tindakan. Sampel kajian terdiri daripada 43 orang pelajar biologi semester 2 program matrikulasi satu tahun Kolej Matrikulasi Perak.

Persampelan kajianSeramai 43 orang pelajar daripada 3 buah kelas telah dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling). Ini adalah kerana ia dapat memenuhi kriteria seperti jantina, kepelbagaian pencapaian akademik dan latar belakang yang berbeza. Persampelan ini juga dilakukan untuk memastikan sub kumpulan dari populasi pelajar dapat mewakili variasi maklumat dalam kajian tindakan ini (Ary et al. 2006). Tambahan pula, penyelidik merupakan tenaga pengajar di kelas-kelas tersebut, maka lebih mudah untuk mengenalpasti subjek kajian dan memastikan suasana pembelajaran yang kondusif terbentuk (Mohd. Nor, 2000). Pencapaian pelajar bagi pra kajian telah diperoleh daripada kuiz 3 Biologi yang telah diadakan pada semester tersebut.

Peratusan pelajar yang gagal mencapai markah penuh dalam kuiz tersebut telah dikenalpasti. Peratusan kegagalan ini telah diperkukuhkan lagi dengan hasil dapatan daripada temubual dengan mereka semasa waktu konsultasi. Dapatan daripada triangulasi data ini telah membantu pengkaji dalam menghasilkan pernyataan & fokus bagi kajian ini.

Instrumen kajian Instrumen yang digunakan ialah soalan esei dan protokol temu bual separa struktur. Penerangan yang lebih terperinci mengenai instrumen yang digunakan adalah seperti berikut.

i) Soalan esei

Ini adalah tugasan yang diberi kepada pelajar iaitu “Explain the process of acrosomal reaction”.

ii) Protokol temu bual separa struktur

Soalan temu bual yang diguna berbentuk separa struktur Othman (2007) menyatakan bahawa soalan sedemikian adalah terbuka

Page 11: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

65

dan jawapannya boleh dikembangkan mengikut budi bicara responden. Protokol temubual ini telah dibina berdasarkan kepada lakaran visualisasi mental yang telah dihasilkan oleh pelajar dalam tugasan esei mereka. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan idea atau pendapat mereka secara spontan. Tambahan pula, bagi mendapatkan maklumat yang khusus, penyelidik perlu mengetahui apa yang terdapat dalam fikiran pelajar (Othman, 2007).

Protokol temu bual adalah seperti berikut:

1. Bagaimana awak menjawab soalan ini?2. Kenapa awak membayangkan visual sebegini?3. Bagaimana visual ini dapat membantu awak menjawab soalan

ini?4. Apa pendapat awak mengenai teknik ini (visualisasi mental)

dalam membantu awak menjawab soalan esei mengenai abstrak ini. Mengapa?

Prosedur KajianKajian tindakan ini dijalankan mengikut prosedur kajian di sebelah (Rajah 3.1).

Intervensi dengan Teknik Visualisasi Mental

Penyelidik telah menjalankan intervensi kepada kumpulan pelajar bermasalah dengan menggunakan teknik visualisasi mental. Intervensi ini telah dijalankan selama seminggu dengan purata setiap kelas PST mendapat masa selama 2 jam seminggu.Teknik visualisasi mental ini merupakan suatu teknik dimana seseorang pelajar dapat memikirkan konsep abstrak itu secara keseluruhan mengikut kehendak soalan. Disini mereka perlu mengenalpasti kata kunci untuk menjurus kepada skop visual yang lebih spesifik, melabel visual tersebut dan menghasil imej visual secara berperingkat. Seseorang pelajar itu perlu mempunyai fakta yang diperlukan. Ini adalah kerana visualisasi mental yang dihasilkan adalah sebagai usaha untuk memahami konsep abstrak dan seterusnya mengingati butiran terperinci dalam konsep tersebut.

Apabila pelajar dapat menghasilkan visual mental, mereka dikehendaki mentransformasikannya ke atas kertas supaya visual tersebut lebih jelas ‘dilihat’. Seterusnya penulisan esei akan

Page 12: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

66

H1T2a

12 orang sampel

H5T32

12 orang sampel

H3T17

19 orang sampel

Pra ujian (kuiz 3 Biologi)

Temu bual/ Masa Konsultasi

Rawatan Teknik visualisasi mental

Pasca ujian Pengumpulan data

Protokol temu bual separa

struktur

Statistik data (%)

Dokumen Soalan esei

Analisis Data kuantitatif dan kualitatif

Dapatan kajian deskriptif

berpandukan kepada visual yang telah dizahirkan itu. Banyak teori telah menekankan bahawa visual sangat dititikberatkan di dalam proses pembelajaran kerana ia merupakan pasangan kepada verbal sebagai cara yang simbolik untuk menyampaikan idea dan buah fikiran (McLoughlin, 1997). Teknik ini dijalankan apabila pelajar-pelajar mempelajari topik ‘Reproduction and Development’ mengenai konsep abstrak “acrosomal reaction”.

Rajah 3.1 Prosedur kajian

Page 13: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

67

Pengumpulan Data

Setelah pelajar selesai mempelajari topik tersebut, mereka diberi pasca ujian untuk mengukur kebolehan mereka menjawab soalan esei dengan menggunakan teknik visualisasi mental. Hasil visualisasi mental yang telah dilakarkan di atas kertas ujian itu akan digunakan untuk sesi temu bual dengan pelajar selepas ini.

Analisa DataData daripada tugasan soalan esei transkrip dan protokol temu bual dianalisa seperti berikut:

1. Analisis Soalan Esei Jawapan kepada soalan esei pelajar telah dianalisa mengikut skema

jawapan seperti dalam jadual 3.1. Skema ini telah disahkan oleh Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran Unit Biologi, Jabatan Sains Kolej Matrikulasi Perak. Rajah 3.2 hingga 3.4 adalah contoh visualisasi mental yang dihasilkan oleh pelajar daripada tugasan esei yang diberi.

Jadual 3.1 Skema jawapan bagi soalan esei

Answer Marks

When sperm reached the secondary oocyte, its membrane ruptured and released hydrolytic enzyme/hyaluronidaseThe enzyme will digest the corona radiataWhen the sperm reached zona pellucida, it binds to the receptors in the zona pellucidaAnother acrosomal enzyme/protease will digest a path through the zona pellucida to the surface of the secondary oocyte

1 mark1 mark1 mark1 mark

1 mark

Total 5 marks

Page 14: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

68

Rajah 3.2a Hasil visualisasi mental pelajar 1

Page 15: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

69

Rajah 3.2b Hasil visualisasi mental pelajar 2

Page 16: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

70

Rajah 3.2c Hasil visualisasi mental pelajar 3

Page 17: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

71

Analisis temu bual separa berstrukturAnalisis temu bual pelajar dilakukan dengan menggunakan temu bual kesemua pelajar telah ditranskrip secara kata demi kata kepada bentuk ayat (verbatim) untuk tujuan pengecilan data. Data ini kemudiannya dibaca dengan teliti dan berulangkali untuk mendapatkan unit kategori yang lebih mudah diorganisasikan.

Selepas memperoleh pemahaman umum tentang data yang dikumpul, pengkodan dan perbandingan konstan telah dilakukan. Dalam kaedah perbandingan konstan ini, tema-tema yang timbul dalam transkripsi tersebut diterangkan, dipotong dan ditampal semula ke dalam matriks data. Kemudian kategori yang diingini oleh penyelidik telah dikenal pasti dan dikira peratusannya untuk dikemukakan secara deskriptif.

DAPATAN KAJIAN

Pendahuluan

Dapatan kajian yang diperoleh telah dibahagikan kepada dua, iaitu dapatan kajian kuantitatif dan kualitatif dapatan kajian.

Jadual 4.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

MarkahUjian Pra Ujian Pasca

Perbezaan peratusanBilangan

pelajar Peratus Bilangan pelajar Peratus

0 9 21 0 0 -211 8 19 2 5 -142 4 9 4 9 03 2 5 6 14 +94 1 2 6 14 +125 19 44 25 58 +14

Jumlah 43 100 43 100

Dapatan Kajian KuantitatifDapatan kajian bagi ujian pra dan pasca adalah seperti dalam kajian dalam Jadual 4.1. Ujian pra menunjukkan sebanyak 56 peratus pelajar gagal mencapai markah terbaik iaitu 5 walaupun soalan esei yang dikemukakan adalah pada tahap kefahaman (aras II) Taksonomi Bloom sahaja. Ini bermakna hanya 44 peratus pelajar sahaja yang

Page 18: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

72

dapat menjawab soalan esei ini dengan baik. Sebanyak 35 peratus pelajar memperolehi julat markah diantara 2 hingga 4 dan 21 peratus pelajar gagal menjawab soalan esei dengan memperolehi 0 markah.

Namun begitu, setelah menjalani intervansi pembelajaran teknik visualisasi mental, ujian pasca telah menunjukkan bahawa peratusan pelajar yang berjaya mencapai markah penuh iaitu peningkatan sebanyak 11 peratus. Hasil kajian juga mendapati jumlah pelajar yang meningkat adalah sebanyak 35 peratus. Markah yang terendah seperti 0 dan 1 telah menunjukkan penurunan sebanyak 35 peratus. Julat markah 3 hingga 5 turut menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan iaitu daripada 9 hingga 14 peratus. Secara keseluruhannya, peningkatan markah pelajar adalah sebanyak 70 peratus. Data kuantitatif ini telah menunjukkan bahawa teknik pembelajaran visualisasi mental berupaya membantu para pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam menjawab soalan esei mengenai konsep abstrak.

Dapatan kajian kualitatif hasil temubual mendapati 100% pelajar menyatakan persetujuan mereka bahawa teknik ini sangat membantu untuk memahami topik ini. Apabila pelajar dapat menghasilkan visualisasi mental yang tepat dan bersesuaian berpandukan kepada teknik visualisasi mental yang telah dipelajari, mereka mampu memahami topik ini semasa proses pembelajaran, sekaligus dapat menghilangkan kekeliruan dan menjawab soalan esei ini dengan lebih baik. Kenyataan ini disokong dengan petikan temubual pelajar seperti berikut:

“Saya dapat menjawab soalan dengan baik kerana saya menggunakan gambaran dan ia membuatkan saya faham topik ini”.

(pelajar 3)

Teknik visualisasi mental ini membuatkan pelajar tahu dan memahami kehendak soalan esei mengenai konsep abstrak. Pelajar dapat ‘melihat’ proses tersebut dengan lebih jelas dan teratur. Lantaran itu, pelajar berasa lebih yakin dan tidak teragak-agak untuk memulakan penulisan seperti yang dinyatakan oleh pelajar berikut:

“Saya yakin semasa menjawab soalan esei ini kerana gambaran yang ada dalam fikiran saya ini telah mencetuskan idea iaitu bagaimana dan dimana untuk bermula”.

(pelajar 6)

Page 19: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

73

Teknik visualisasi mental dapat membuat pelajar-pelajar ini mengingati konsep abstrak dengan lebih teratur dan tersusun dalam jangka masa yang panjang seperti yang telah dilaporkan oleh Mohd. Azhar (2003). Bagi visualisasi mental pelajar yang telah ditransformasikan ke atas kertas, ia menunjukkan pelajar telah melukis gambarajah dengan betul dan tepat serta dapat melabel dengan baik. Ini menunjukkan pelajar mampu mengingat dengan lebih baik. Pelabelan pula dapat membantu mereka daripada kehilangan mata yang penting yang memungkinkan kehilangan markah. Kenyataan ini ditunjuk dalam petikan temubual berikut:

“Teknik ini memudahkan saya untuk mengingati ‘point-point’ yang perlu ditulis dengan terperinci tanpa kehilangan ‘point’ yang penting”.

(pelajar 4)

“melalui struktur sperma dan ovum yang saya gambarkan itu, saya labelkan ia dan dari situ, kita tahu fungsi struktur dan boleh cerita apa yang berlaku.”

(pelajar 10)

Abu Talib (2005) melaporkan dalam kajiannya bahawa pelajar perlu mempunyai visualisasi mental yang tepat dan bersesuaian dengan topik yang dipelajari. Hasil kajian ini mendapati 72% daripada keseluruhan sampel mempunyai gambaran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak soalan kerana memilih dan mengguna kata kunci yang tepat. Ini adalah poin yang penting yang dapat mencetuskan penghasilan visualisasi mental yang betul. Ia juga dapat membantu dan membimbing pelajar dalam menjawab soalan esei dengan lebih baik. Penulisan pelajar menjadi lebih lancar seperti mereka dapat ‘melihat’ sendiri proses itu berlaku. Ini membuatkan pelajar lebih memahami konsep abstrak tersebut seperti yang dinyatakan berikut:

“Kata kunci yang ada dalam soalan esei itu berkaitan dengan proses persenyawaan dimana sperma akan fuse dengan ovum..visual yang terhasil itu seolah-olah dapat menerangkan bagaimana proses itu berlaku”.

(pelajar 9)

Page 20: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

74

70% pelajar bersetuju bahawa teknik ini memberi peluang kepada mereka untuk berimaginasi dan menjana visualisasi mental dengan lebih teratur. Ini adalah kerana teknik ini mempunyai prosedur langkah demi langkah. Aplikasi teknik ini juga membantu mereka menulis esei dengan lebih teratur dan yakin. Mereka dapat ‘melihat’ konsep tersebut dengan lebih menyeluruh diikuti dengan butiran yang lebih terperinci dan berperingkat-peringkat. Penjanaan visualisasi mental mereka seolah-olah menerangkan bagaimana proses “acrosomal reaction” berlaku seperti yang dinyatakan oleh pelajar berikut:

“Gambaran yang saya bina dalam fikiran saya ini.saya buat step by step.sebab ia boleh membuatkan esei saya lebih teratur”.

(pelajar 5)

“Point yang saya dapat dari gambaran ini menolong saya untuk menulis esei dengan lebih terperinci”

(pelajar 7)

Berdasarkan kepada hasil kajian ini, ternyata 70 peratus pelajar berjaya menghasilkan visualisasi mental mereka dengan tepat dan bersesuaian dengan kehendak soalan esei dengan berpandukan teknik ini, mereka berjaya mendapat markah yang lebih baik daripada sebelumnya.

REFLEKSI KAJIAN DAN KESIMPULANKajian ini telah menunjukkan impak pemikiran visual ke atas minda pelajar dalam memahami dan mengingati konsep abstrak Biologi. Secara psikologi, setiap pelajar mempunyai tahap kognitif dan gaya pembelajaran yang berbeza terutamanya dalam keupayaan menghasilkan visualisasi mental. Setiap individu dikatakan mempunyai 7 kepintaran cuma tahap setiap satu kepintaran itu tidak sama (Gardner, 1983). Justeru, setiap individu mampu untuk menghasilkan visualisasi mental mereka sendiri tetapi berbeza di antara satu sama lain. Namun begitu, setiap satu teknik dan skil yang berbeza itu boleh diasah, dipupuk dan dieksploitasi sepenuhnya bagi meningkatkan pencapaian akademik para pelajar.

Teknik visualisasi mental ini merupakan salah satu usaha penyelidik untuk menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Biologi. Ini adalah kerana faktor minat menjadi pendorong utama pelajar melakukan

Page 21: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

75

perubahan kearah yang lebih positif, lebih bermotivasi dan boleh belajar tanpa paksaan. Penghasilan visaualisasi mental juga merupakan salah satu kemahiran berfikir yang harus dipupuk dan dilatih supaya para pelajar menjadi generasi yang mampu menghadapi cabaran pemikiran dan keupayaan kognitif yang mencabar.

Sehubungan dengan itu, penyelidik berharap teknik ini juga dapat memberi sumbangan dan impak yang signifikan kepada bidang pendidikan di Malaysia.

RUJUKANAbu Talib bin Puteh (2005). A Theoretical Review of Representational

Models in Children’s Drawing Activity. (Diedit oleh: Saedah Siraj, Mahzan Arshad & Esther Ghanamalar Sarojini Daniel). Malaysia. Malido Publication Sdn. Bhd.

Ary, D, , Jacobs, L.C.,Razavieh, A., Sorensen, C. (2006). Introduction To Research In Education. USA. Thomson Wadsworth.

Bloom, B., Englehart, M., Furst, E., Hill, W., & Krathwohl, D. (1992). Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals. Handbook I: Cognitive Domain. New York, Toronto: Longmans, Green. (Terjemahan Abdullah Junus). (Karya asli diterbitkan 1956). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brooks, M. (2009). Drawing, Visualisation and Young Children’s Exploration of “Big Ideas”. International Journal of Science Education. 31(3), 319-341.

Cyrs. E.T. (1997). Visual thinking: Let Them See What You Are Saying. New Direction For Teaching and Learning. No.71, Fall 1997. Jossey – Bass Publishers.

Daniel, E. G. S. (2002). Episodes of Teaching Practice: Enhancing Visualization of Scientific Knowledge. Issues in Education. Volume 25. Universiti Malaya.

Fatimah Abang, Ahmad Moghni Salbani, Mariam Abd. Latip & Yuzine Esa (2003). Biologi III Fisiologi Organisma. Bahagian Matrikulasi. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gardner, H. (1983). Frames of Mind: the Theory of Multiple Intelligences. New York. Basic Books.

Hassan Abdullah, Sadiah Baharom & Shakinaz Desa (2004). Matriculation Biology Semester 2. Selangor. Higher Learning.

Ismail Muhammed Yousoof & Mohd. Sapiyan (2004). Future Visualisation Techniques In Teaching Programming. Konvensyen Teknologi Pendidikan 17. Persatuan Pendidikan Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Page 22: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

76

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Biologi. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan Empat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lim, J.P. (2003). Pemilihan Bahan Visual Dan Pembinaan Objektif P&P Berdasarkan Model Pengajaran Bersistematik (Instructional System Design). Integrasi Reka Bentuk Instruktional & Teknologi Dalam Pengajaran & Pembelajaran. PTPM USM.

M. Daud Hamzah (2001). Sedutan dapatan projek penyelidikan pendidikan di Simunjan: Ketrampilan berfikir dan motivasi pembelajaran. Muat turun 28/4/2010 daripada http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2001/2001_4_mdaud.pdf.

Maria Salih (2002). Analogy: A Pedagogical Content Knowledge Approach To Teaching And Learning Science. Theme 2: Professional Development. Proceedings Of The Inaugural UPSI International. Teacher Education Conference 2002. Faculty Of Cognitive And Human Development. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

McLoughlin, C. (1997). Visual Thinking And Telepedagogy. Edith Cowan University. Dimuat turun daripada http://www.ascilite.org.au/conferences/ perth97/papers/McLaoughlin.html.

Mohd. Azhar Abdul Hamid (2003). Meningkatkan Daya Fikir. Pahang. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Nor Sidek (2000). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.

Mohd Safari Nordin & Muhammad Sukri Saud (2006). Kemahiran Visualisasi: Kemahiran Kognitif Tahap Tinggi Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Johor. Dimuat turun daripada: eprints.utm.my/6293/1/paper_work_for_seminar_ptv_2006.pdf.

Nachiappan, S., Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norasikin Fabil & Zawawi Ismail (2005). Visualisasi Maklumat Dalam Pendidikan Masa Kini. Masalah Pendidikan. Jilid 28, (173-183). Universiti Malaya. ISSN 0126 – 5024.

Othman Lebar (2007). Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan kepada Teori dan Metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim.

Ramadas, J. (2009). Visual and Spatial Modes in Science Learning. International Journal of Science Education, Vol 31(3)301-318.

Rohaida Mohd. Saat (1997). Perbandingan Kurikulum Sains. Masalah Pendidikan, Jilid 20, 33-43. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. ISSN 0126 – 5024.

Page 23: KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI … fileSoalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif

Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak...55-77

77

Roszelina Abd. Rahman (2011). Visualisasi Mental Dalam Kalangan Pelajar Biologi Terhadap Konsep Abstrak Osmosis. Disertasi Sarjana yang belum diterbitkan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Silverman, L.K. (2003). Gifted and Talented Education: Professional Development Package for Teachers; module 4. Retrieved from http://www.dest.gov.au/NR/rdonlyres/5EC248CE-FF13-492C-9878-0211718060A4/5466/Module4_EC.pdf

Taira, T., Nakamoto, K., Kidoguchi, H., Kimura, Y., Tsunemi, K., Igawa, Y., et al. (2007). Comprehension of Concrete and Abstract Action-Sentence. Retrieved from http://www.cogsci.rpi.edu/CSJarchive/proceedings/2007/docs/p1863.pdf.

Zol Azlan Hamidin (2000). Strategi Pengajaran. Prentice Hall. Malaysia.


Recommended