Transcript

1.0 PENGENALANPenilaian merupakan usaha yang dilakukan oleh guru untuk menilai penguasaan kemahiran dan pencapaian seorang murid. Menurut Mok Soon Sang (2002), pengujian, pengukuran dan pentafsiran merupakan kayu ukur yang berkesan dan sistematik dalam menunjukkan perkembangan murid-murid sekolah. Perkembangan murid haruslah diikuti oleh guru secara konsisten dan berterusan untuk membolehkan guru-guru memperbaik dan membetulkan kesilapan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) dan memaksimakan hasil sesi pdp di kelas. Untuk tujuan ini, pakar telah merangka sistem dan garis panduan untuk membina items soalan dan juga melaksanakan penilaian menyeluruh dalam aspek perkembangan intelek, rohani, sosial, jasmani dan emosi murid-murid. Usaha ini dilakukan untuk menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang berkualiti dan berdaya saing serta sempurna perkembangan lahiriah dan rohaniahnya. Tugasan ini akan membincangkan perbezaan taksonomi Blooms dan Domain Afektif Krathwohl. Setelah itu, tugasan ini juga akan membincangkan ciri-ciri pembinaan item soalan peperiksaan, kepentingan dan aplikasi pengetahuan taksonomi Blooms dalam pembinaan ujian.

2.0 Perbezaan Domain Krathwohl dan Taksonomi Blooms.Domain Krathwohl dan taksonomi Blooms merupakan garis panduan penilaian terhadap prestasi murid di sekolah. Menurut David R. Krathwohl, Benjamin S Bloom dan Bertam B Masia (1992), domain afektif merupakan bahan penilaian yang menilai murid bersabit dengan minat, sikap dan perkembangan peribadi. Manakala taksonomi Bloom melibatkan pengetahuan dan perkembangan kemahiran intelektual dalam individu.(Bloom: 1956) (Donald Clark :2012) Penilaian berasaskan domain Krathwohl adalah bersifat kemanusiaan manakala penilaian berasaskan domain Blooms lebih kepada perkembangan kemahiran dan keupayaan kognitif individu. Namun kedua-dua pengelasan objektif membawa fungsi yang sama, iaitu merupakan andaian berkenaan perubahan dan menjadi garis panduan pengukuran perubahan tingkah laku murid.

Domain afektif Krathwohl melibatkan pengurusan perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. (Shuhaida Razi: 2012) Domain afektif Krathwohl membincangkan pembinaan sistem nilai individu berdasarkan pengalaman dan ilmu sendiri. (Jim Ford, Jane Knight dan Emily Mcdonald-Littleton:2001) Menurut Jim Ford, Jane Knight dan Emily Mcdonald-Littleton (2001), domain Krathwohl banyak melihat kepada sikap murid terhadap unsur yang dipelajari, daripada sikap yang diamalkan apabila terdedah kepada ilmu baharu sehingga intergrasikan nilai yang dipelajari dalam kehidupan sebagai prinsip kehidupan dan sebahagian daripada kehidupan. Manakala, domain kognitif Taksonomi Blooms memerhati cara pemerolehan ilmu dan memupuk kefahaman. Taksonomi Blooms menjelaskan perubahan dalam pemikiran dan pemahaman yang berlaku kepada murid. Perubahan tersebut diperhati daripada perubahan tingkah laku individu tersebut dan perubahan tingkah laku menunjukkan berlakunya pembelajaran ddalam diri murid tersebut. Dari segi struktur taksonomi pula, perbandingan hierarki jelas ditunjukkan dalam rajah 1: Taksonomi BloomsDomain Afektif KrathwohlPerwatakan

Penilaian

Rajah 1Terdapat enam kategori dalam taksonomi Blooms berbanding dengan domain Krathwohl yang terdiri daripada lima aras. Posisi kategori dalam taksonomi Blooms boleh mewakili tahap kesukaran sesuatu kemahiran tersebut. Susunan aras dalam domain Krathwohl juga dimulakan daripada tingkah laku yang paling mudah kepada tingkah laku yang bersifat kompleks. (Donald Clark :2012) Hierarki kedua-dua bahan penilaian bermula dengan kategori yang lebih mudah atau senang dikuasai dan kesukaran kemahiran atau keupayaan meningkat mengikut posisi kategori dalam hierarki tersebut. Contohnya, kedua-dua taksonomi bermula dengan deskripsi pengubahan tingkah laku atau sikap pelajar pada awal pendedahan ilmu baharu iaitu tahap pengetahuan dalam taksonomi Blooms dan penerimaan dalam domain Krathwohl. Pengetahuan merujuk kepada tingkah laku dan situasi ujian yang menekankan cara-cara mengingat sama ada secara mengecam atau mengingat semula idea-idea, bahan-bahan dan fenomena (Benjamin S Bloom:1992). Hal ini merupakan kaedah pembelajaran asas kepada sesuatu ilmu baharu. Untuk domain Krathwohl pula, penerimaan menjelaskan peringkat sedar atau sensitif kepada kewujudan sesuatu idea, bahan atau fenomena baharu dan rela untuk bertoleransi dengan kewujudan tersebut. Contohnya, mendengar, menerima dan memberi respons kepada sesuatu ilmu baharu.

Jika diteliti, kemahiran-kemahiran dalam kategori taksonomi Blooms diperjelaskan dalam bentuk kata nama manakala aras-aras domain Krathwohl dijelaskan dalam bentuk kata kerja. Dalam taksonomi Blooms, aras dijelaskan dalam kata nama iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian, manakala aras dalam domain Krathwohl dinyatakan dalam kata kerja iaitu menerima, bertindak balas, menilai, mengorganisasi dan perwatakan. Penggunaan kata kerja dalam mendeskripsikan sifat aras-aras taksonomi secara menyeluruh dan jelas. (David R. Krathwohl: 2002) Selain itu, penggunaan kata kerja dalam turut menjelaskan lingkungan atau liputan tugasan dalam setiap aras dengan lebih berkesan berbanding dengan penggunaan kata nama. Contohnya, peringkat pertama taksonomi Blooms yang menggunakan kata nama pengetahuan, guru dan murid mengalami sedikit kesukaran untuk memahami skop liputan aras pengetahuan tersebut kerana makna tersebut terlalu luas dan bersifat subjektif. Untuk domain afektif Krathwohl, penggunaan kata kerja pada peringkat pertama iaitu menerima, guru senang mendapat gambaran yang tepat serta jelas hanya berdasarkan kepada penjelasan kata kerja tersebut.

Penilaian berdasarkan taksonomi Blooms lebih berstruktur dan bersistematik berbanding dengan domain afektif Krathwohl. Hal ini demikian kerana menurut menurut Benjamin Blooms, David R. Krathwohl dan Bertram B. Masia (1992), peningkatan unsur kognitif lebih senang diukur berbanding dengan perkembangan unsur afektif. Unsur kognitif bersifat kepastian manakala unsur afektif dijejaskan oleh banyak faktor dan merupakan sesuatu unsur yang subjektif dan jawapan bagi sesuatu soalan berbentuk afektif berbeza mengikut situasi dan pemikiran individu. Menurut William Littlewood (1992), unsur yang berbentuk kepastian seperti unsur bertujuan dan tetap lebih senang disediakan dan peluang persediaannya lebih tepat berbanding dengan unsur subjektif seperti unsur sosial dan perasaan. Terdapat enam aras yang terdapat dalam taksonomi Blooms iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Setiap aras dengan ciri-ciri dan kata kunci yang tersendiri, menggambarkan sifat dan tingkah laku murid secara tepat apabila dicapai sesuatu tahap itu. Manakala untuk domain afektif, ciri-ciri yang digambarkan lebih bersifat subjektif kerana tingkah laku kesudian dan kepercayaan bersifat abstrak dan tidak dapat diwakili dengan unsur konkrit seperti jawapan soalan.

Tahap-tahap dalam taksonomi Blooms dan domain afektif Krathwohl turut berbeza antara satu sama lain. Perkembangan mengikut tahap-tahap taksonomi Blooms yang bersifat kognitif terbatas pada penggunaan kemahiran dan juga pengetahuan. Menerusi proses pengetahuan berdasarkan taksonomi Blooms, pengalaman melalui tahap pengetahuan kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian membolehkan seseorang individu dapat mengamati ilmu yang diperolehnya secara baik dan menggunakan kemahiran yang dipelajarinya secara berkesan dalam kehidupan. (Rujuk fungsi setiap aras pada L1) Menurut Zainal Andi (2013), aplikasi taksonomi Blooms fokus dalam aspek kognitif dalam kehidupan individu. Contohnya, seorang individu yang mencapai tahap sintesis bagi kemahiran kognitif berasaskan taksonomi Blooms mampu menghasilkan idea baharu atau konsep baharu hasil daripada gabungan atau rujukan beberapa kemahiran atau pengetahuan sedia ada. Liputan aplikasi aras taksonomi Blooms terhad kepada penggunaan kemahiran dan ilmu.

Manakala, pencapaian aras dalam domain afektif Krathwohl memberi kesan kepada kehidupan seseorang individu secara langsung. Hal ini kerana menurut Benjamin Blooms, David R. Krathwohl dan Bertram B. Masia (1992), perubahan afektif yang berlaku pada individu bukan sahaja berlaku pada peringkat idea, malah perubahan tingkah laku serta gaya kehidupannya. Domain afektif Krathwohl menekankan perkembangan nilai, sikap dan juga perasaan dalam lima aras iaitu menerima, bertindak balas, menilai, mengorganisasi dan perwatakan. Sikap dan tingkah laku seseorang dibentuk melalui pengubahan pengawalan emosi serta pengurusan perasaannya berdasarkan penerapan nilai dan juga sikap yang berpatutan mengikut tahap. Pemikiran individu dibentuk semula dengan set nilai yang diorganisasikan menjadi kepercayaan. Menurut Benjamin Blooms, David R. Krathwohl dan Bertram B. Masia (1992) lagi, dalam akhir pencapaian aras domain Krathwohl iaitu perwatakan, berlakunya kesebatian set nilai kepercayaan tersebut kepada prinsip kehidupan diri seseorang. Kesebatian ini menjadi sebahagian daripada kehidupan individu tersebut dan menjejaskan kehidupan individu daripada aspek kemanusiaan. Hal ini berlainan dengan penguasaan taksonomi Blooms yang berkesan terhadap aspek intelek manusia.3.0 Analisis Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR Perak 2012Soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu pada sekolah rendah KBSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) terdiri daripada dua kertas, iaitu kertas pemahaman dan kertas soalan penulisan. Menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008), kertas pemahaman atau soalan aneka pilihan dijadikan sebagai salah satu komponen penilaian disebabkan oleh keberkesanannya dalam menguji kualiti pemikiran, kefahaman, penguasaan kemahiran dan prestasi murid. Bentuk soalan ini mempunyai satu pokok soalan diikuti dengan beberapa gerak balas (pilihan jawapan). (Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang: 2008) Hanya terdapat satu jawapan yang tepat manakala pilihan yang lain dilihat sebagai pengganggu. Selain itu, unsur-unsur taksonomi Blooms juga telah diterapkan dalam pembinaan soalan objektif bagi kertas pemahaman tersebut. Analisis ini akan membincangkan aras kesukaran, unsur penerapan taksonomi Blooms dan struktur pembinaan soalan bagi Kertas Pemahaman Percubaan UPSR Perak 2012.Terdapat 40 soalan objektif dalam kertas soalan Pemahaman Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 30 soalan tatabahasa dan 10 soalan pemahaman. Semua soalan tatabahasa pada aras pengetahuan terdiri daripada soalan jenis isi tempat kosong. Aras kesukaran kertas soalan terdiri daripada 3 peringkat, iaitu aras mudah, aras sederhana dan aras sukar atau kompleks. Menurut Dr. Abu Bakar Nordin (1996), item-item peperiksaan merupakan penilaian yang terhad ke atas skop pengajaran yang luas, oleh yang demikian pemilihan item mesti dibuat secara teliti dan bersistematik. Urutan dan pemilihan item untuk kertas soalan peperiksaan percubaan UPSR Perak 2012 kemas dan teratur serta meliputi kebanyakan unit pembelajaran yang dipelajari oleh murid. Hal ini dapat dilihat melalui Jadual Spesifikasi Ujian bagi kertas tersebut. (Rujuk Lampiran 2) Soalan yang disediakan menguji pelbagai pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu, contohnya soalan tatabahasa kata ganti nama diri, penanda wacana dan kata tugas. Meskipun liputan soalan tatabahasa luas, namun berlaku jua penambahan soalan elemen asas dalam kertas tersebut. Menurut Dr Abu Bakar Nordin (1996), soalan-soalan elemen asas perlu dimasukkan lebih banyak berbanding dengan soalan elemen peringkat tinggi untuk membolehkan murid berupaya menjawab kertas soalan tersebut. Menutut Shamsina Shamsuddin (2013), guru perlu mengambil kira murid yang kurang kompeten dalam menggubal soalan untuk mengelakkan kesukaran kertas terlalu tinggi. Guru perlu menyediakan pelbagai darjah kesukaran item yang digubal daripada topik yang sama. Dalam soalan kertas peperiksaan percubaan bahasa Melayu UPSR 2012, terdapat beberapa soalan aras berbeza untuk topik kata berimbuhan serta struktur ayat gramatis. Contohnya, soalan 29 ialah soalan beraras sederhana dan 30 ialah soalan beraras kompleks yang menguji tatabahasa struktur ayat dan gramatis.Dalam kertas soalan ini, soalan aneka pilihan yang disediakan merupakan bentuk yang lebih mencabar. Menurut Shamsina Shamsuddin (2013), murid lebih lazim untuk menjawab soalan objektif yang pokok soalannya berbentuk penyataan lengkap dan bukannya bentuk penyataan tidak lengkap (isi tempat kosong). Wujudnya variasi rangsangan dalam soalan percubaan bahasa Melayu UPSR 2012. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan gambar rajah dan pernyataan dalam penggubalan soalan. Sila rujuk Lampiran 3 untuk melihat contoh arahan dan soalan yang disediakan dalam kertas percubaan UPSR bahasa Melayu (SK) Perak 2012. Semua soalan dalam kertas percubaan tersebut juga membekalkan maklumat yang mengcukupi untuk menjawab soalan. Item kertas percubaan ini turut telah digubal berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang meliputi konstruk, tajuk, aras kesukaran berbeza, jenis items dan klasifikasi item.Jika diteliti, penggubalan soalan kertas ujian ini mematuhi kebanyakan prinsip penyediaan soalan berbentuk beraneka pilihan. Menurut Shamsina Shamsuddin (2013), soalan beraneka jawapan perlu mempunyai arahan yang jelas dan dalam bahasa yang padat serta jelas. Ciri-ciri ini jelas dinampakkan dalam gubalan soalan tersebut. (Rujuk L3 untuk melihat contoh-contoh soalan tersebut) Dengan adanya kata kunci seperti paling sesuai, betul dan sama maksud, murid-murid dapat mengenalpasti keperluan soalan dengan tepat. Penekanan terhadap kata kunci turut memudahkan pemahaman murid terhadap keperluan soalan dan menjimatkan masa kepada calon kerana murid dapat mengenalpasti keperluan soalan dengan mudah dan sekilas pandang. Tambahan pula, soalan turut diorganisasikan dalam bentuk arahan-stimulus-pokok soalan-pilihan jawapan. Hal ini membolehkan murid mengenalpasti dan memahami arahan soalan dan keperluan soalan dengan lebih baik.Selain itu, tiada penggunaan perkataan negatif dalam pembinaan soalan kertas soalan percubaan bahasa Melayu Perak (SK) 2012. Menurut Shamsina Shamsuddin (2013), perkataan negatif seperti bukan dan tidak boleh mengelirukan murid. Hal ini bercanggah dengan tujuan ujian dibuat iaitu menguji kefahaman dan penguasaan murid dan bukan mengelirukan murid. Selain itu, aras kesukaran dalam soalan yang disediakan disesuaikan dengan usia murid. Hal ini dapat dilihat melalui penggubalan soalan aras sintesis dan aras penilaian taksonomi Blooms dalam kertas soalan tersebut. Perbincangan terperinci dilakukan pada analisis soalan taksonomi Blooms. Secara ringkas, penggubalan soalan kedua-kedua aras tersebut berada pada tahap terbimbing, iaitu murid-murid diberi pilihan untuk memilih hasil pemikiran sintesis dan penilaian daripada aneka pilihan jawapan dan tidak diminta untuk memberikan jawapan secara bebas. Dengan ini, penilaian ujian adil terhadap aras kognitif dan keupayaan usia mereka.Taburan jawapan betul dalam soalan peperiksaan perlu dibuat secara rawak. (Shamsina Shamsuddin:2013) Jawapan soalan peperiksaan dalam kertas percubaan UPSR bahasa Melayu (SK) Perak 2012 bersifat tidak menentu. Tidak wujud pola jawapan tertentu dalam taburan jawapan. Hal ini dapat dilihat melalui skema jawapan pada JSU (Rujuk L2). Dengan ini, murid tidak dapat meneka jawapan betul berdasarkan sesuatu pola. Selain itu, kesukaran soalan turut ditingkatkan dengan tiadanya jawapan pilihan berbunyi Semua di atas atau Tiada satu pun di atas. Menurut Shamsina Shamsuddin (2013), pilihan jawapan sebegini memudahkan murid-murid memilih jawapan yang betul. Ketepatan jawapan juga tidak dapat ditentukan melalui kepanjangan jawapan pilihan kerana jawapan pilihan soalan-soalan dalam kertas ini lebih kurang panjangnya. (Rujuk L4 untuk contoh soalan khusus dan aturan pilihan jawapannya) Wujudnya sistem susunan pilihan jawapan yang kemas menurut abjad dan nilai nombor. Hal ini memudahkan usaha menjawab murid-murid terhadap soalan kertas tersebut, terutamanya soalan berbentuk pilih beberapa ayat yang betul seperti yang ditunjukkan dalam L8. Namun, terdapat kelemahan dalam penyediaan muka hadapan dan struktur soalan beraneka pilihan. Arahan keempat yang diberikan pada muka hadapan (Rujuk L5) telah menggunakan kata ganti nama diri kamu dalam merujuk kepada murid-murid. Sebaik-baiknya perkataan anda digunakan kerana penggubalan soalan menggunakan laras bahasa formal dan kata ganti nama diri kamu tidak bersifat formal. Selain itu, susunan struktur soalannya juga tidak kemas. (Rujuk contoh pada L6) Susunan aneka pilihan jawapannya tidak tersusun mengikut satu format yang tetap. Selain itu, jawapannya tidak diatur berdasarkan kepanjangan jawapan tersebut. Hal ini menjejaskan kekemasan keseluruhan kertas soalan dan tidak wujudnya satu format soalan yang tetap untuk keseluruhan kertas soalan. Penggubal soalan juga tidak menggunakan arahan dan kata kunci yang menunjukkan aras kognitif taksonomi Blooms yang diuji dalam penggubalan soalan. Hal ini menyukarkan penilaian atau pantauan liputan soalan oleh pihak lain untuk tujuan kesahan ujian tersebut.

Seterusnya, soalan akan dibincangkan berdasarkan aras kesukaran taksonomi Blooms. Perbincangan soalan akan dibahagikan mengikut aras-aras seperti yang ditunjukkan di bawah:Aras Mudah1.0 PengetahuanAras pengetahuan dalam taksnomi Blooms menguji kemampuan murid dalam mengingat kembali fakta serta pengetahuan yang dipelajari. Wujudnya tiga jenis dalam aras pengetahuan iaitu pengetahuan berjenis fakta khusus, pengetahuan jenis perlaksanaan kemahiran iaitu berbentuk proses, pemeringkatan atau prosedur, serta pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. (Rozaidi bin Salim:2009)

Menurut Rozaidi bin Salim (2009), soalan aras pengetahuan tidak memerlukan murid mengubah pengetahuan dalam bentuk baru, murid hanya perlu menggunakan proses mental yang asas serta pengetahuan yang diuji pernah diajar guru dalam menjawab, dan jawapan dapat dipilih secara mudah. Contohnya:Pilih jawapan yang betul.7Masakan Puan Alia sungguh enak kerana dicampurkan dengan ____ yang terpilih.Alauk-paukCrempah-ratus/Bberas-petasDrumput-rampai

Murid perlu mengetahui bentuk kata ganda yang betul dan makna kata dasar pilihan-pilihan soalan yang disediakan untuk menjawab dengan betul. Tanpa pengetahuan yang meluas dari segi kosa kata dan hukum tatabahasa kata ganda, murid mungkin tidak berupaya untuk menjawab soalan dengan betul. Kata kunci betul digunakan kerana soalan berbentuk pengetahuan mempunyai jawapan yang satu dan bersifat tetap kerana ia merupakan fakta.

Contoh soalan pengetahuan untuk soalan petikan pula merupakan contoh soalan pengetahuan beraras rendah dan aras tengah. (Sila rujuk petikan pada set soalan di Lampiran 7) Jawapan bagi soalan-soalan tersebut mudah dijumpai dalam petikan. Namun pengganggu wujud dalam pilihan jawapan, iaitu pilihan jawapan yang berkaitan dengan teks. Contohnya, soalan 31 di bawah:

31Mengapakan bercerita dianggap penting pada zaman dahulu?ASebagai hiburan pada masa lapangB Sebagai acara pertandingan yang terkenalCSebagai cerita rakyat yang terus berkembang sehingga kiniDSebagai satu cara untuk mendidik dan menyampaikan nasihat kepada masyarakat/Pilihan A dan C merupakan pengganggu kerana sedikit sebanyak berkaitan dengan petikan, manakala kewujudan pilihan B yang jauh terpesong tidak berkait dengan soalan. Namun jawapan D masih dapat dikenalpasti dengan sebagai jawapan tepat kerana jawapan terdapat dalam petikan tersebut dan menjawab soalan dengan paling tepat berdasarkan konteks petikan berbanding pilihan lain.

Aras Sederhana2.0 KefahamanDalam taksonomi Blooms (1964), peringkat kefahaman merupakan aras menguji keupayaan murid untuk membentuk kefahaman atau keupayaan murid untuk menghurai atau memberi makna sesuatu perkara. (Donald Clark :2012). Menurut Rozaidi Salim (2009), aras ini terbahagi lagi kepada tiga aras iaitu penterjemahan (usaha menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal), pentaksiran (usaha mentafsir idea dan menerangkan idea menggunakan gaya sendiri) dan ekstrapolasi (membuat inferens masa hadapan berdasarkan pengetahuan sedia ada). Antara perkataan yang sering digunakan dalam soalan aras kefahaman ialah jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan. Dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu Perak (SK) 2012, satu contoh soalan tatabahasa dan soalan pemahaman aras kefahaman adalah seperti ditunjukkan di bawah:Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

19Kejayaan Saiful melanjutkan pelajaran di luar negara telah menjadi ___orang kampung.

Abuah hatiCkhabar anginBbuah mulut/Djejak langkahSoalan di atas merupakan soalan tatabahasa yang menampakkan ciri-ciri aras kefahaman secara jelas. Murid perlu berupaya menterjemah makna simpulan bahasa yang bersesuaian dalam usaha melengkapkan ayat tersebut dengan sempurna. Murid perlu mentafsir jawapan yang benar untuk soalan tersebut berdasarkan kesesuaian makna simpulan bahasa untuk melengkapkan ayat soalan. Hal ini selaras dengan ciri-ciri soalan aras kefahaman yang dikemukakan oleh Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008) iaitu soalan kefahaman merupakan soalan yang memerlukan penggunaan proses mental melalui langkah keterjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi. Contoh soalan pemahaman aras kefahaman adalah seperti berikut:Baca puisi di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(Rujuk L9 untuk melihat puisi tersebut)

40Apakan yang akan terjadi jika kita tidak berusaha menuntut ilmu?AKita akan mengalami kesusahan hidupBSupaya tidak menyesal nanti/CSupaya dapat hidup senangDKita akan dapat pekerjaan

Soalan pemahaman tersebut merupakan soalan aras kefahaman kerana jawapannya diterjemahkan kepada bahasa tidak puitis. Dengan ini, murid perlu memahami puisi tersebut, mentafsir frasa puisi yang mampu menjawab soalan tersebut dan memilih pilihan jawapan yang mampu menterjemahkan hasil tafsirannya dengan tepat. Dalam proses menjawab soalan ini, murid perlu menunjukkan kefahamannya terhadap puisi tersebut dengan memilih pilihan yang menyampaikan makna yang sama dengan puisi tersebut iaitu menterjemahkan jawapannya dalam perkataan yang diberikan dalam pilihan jawapan tersebut.

3.0 AplikasiMenurut Abu Bakar Nordin (1986), aras aplikasi merujuk kepada penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan cara am dalam stuasi khusus dan situasi am. (Mok Soon Sang: 2008) Murid perlu memahami ciri-ciri asas pada aspek bahasa dalam aras aplikasi. Dengan mencakupi pemahaman peringkat tinggi, murid-murid akan dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam situasi baharu atau berbeza. Menurut Mok Soon Sang (2008), soalan pada aras ini bertujuan menentukan sama ada murid dapat memilih pengetahuan yang bersesuaian dan menggunakannya secara betul. Antara contoh soalan aras aplikasi yang terdapat dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu Perak (SK) 2012 adalah seperti berikut:Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.(Rujuk gambar soalan di L10)10Pemuda itu _____ bakul yang berisi buah durian semasa pulang dari kebun.AmenjunjungCmenjinjing/BmengandarDmemikul

Dalam soalan tatabahasa aras aplikasi ini, murid perlu memilih jawapan yang digunakan secara tepat dalam konteks soalan tersebut. Pilihan-pilihan soalan ini semuanya merujuk kepada membawa bebanan menggunakan bahagian atas badan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kata kerja menjunjung membawa maksud membawa sesuatu di atas kepada, kata kerja menjinjing merujuk kepada membawa bebanan menggunakan lengan atau tangan, kata kerja mengandar menggambarkan aksi yang membawa bebanan menggunakan kayu di atas bahu, manakala memikul membawa makna membawa bebanan atas bahu. Murid perlu mencakupi kebolehan menggunakan kosa kata tersebut dengan tepat dalam situasi yang betul mengikut gambar yang ditunjukkan. Murid akan menentukan jawapan tersebut dengan menelaah kesesuaian penggunaan pilihan kata kerja dalam konteks soalan berdasarkan prinsip penggunaan kata kerja tersebut. Berikut merupakan contoh soalan aras aplikasi kedua:

Pilih ayat yang betul.30ITolong belikan saya kertas pembalut hadiah di kedai buku.IIFazrul akan menunggu kita di bas stesen pada pukul enam petang ini.IIIPak Salleh mempelawa kami makan goreng ayam itu.IVKerja sekolah kakak saya tidak dapat disiapkan kerana komputernya rosak.AI dan IIBI dan IV/CII dan IIIDIII dan IVDalam soalan ini, ciri-ciri aras aplikasi jelas ditunjukkan. Hal ini demikian kerana murid perlu menggunakan prinsip dan hukum tatabahasa yang dipelajari untuk menentukan ayat yang betul seterusnya memilih jawapan yang tepat. Antara hukum tatabahasa yang terdapat dalam soalan ini adalah seperti hukum D-M, penggunaan kata hubung dan kata pemeri yang tepat, serta penggunaan imbuhan akhiran yang betul.Aras Sukar4.0 AnalisisAras analisis merujuk kepada kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian supaya mudah difahami. (Mok Soon Sang:1993) Untuk menjawab soalan aras analisi, murid-murid mempunyai pengetahuan yang luas dan fahaman yang mendalam dalam sesuatu bidang, contohnya bidang bahasa Melayu. Murid perlu mencakupi kebolehan menghuraikan ciri-ciri perkaitan antara unsur-unsur. Menurut Mok Soon Sang (1993), terdapat tiga jenis analisis, iaitu analisis unsur (kemahiran membezakan fakta yang diketahui dan disusun mengikut sistem), analisis perhubungan (kemahiran memahami perkaitan antara idea dalam petikan) dan analisis prinsip organisasi (mengenal prinsip-prinsip, struktur dan organisasi sesuatu perkara secara nyata atau tidak nyata). Antara soalan aras analisis yang terdapat dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu Perak (SK) 2012 adalah seperti berikut:Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.26IBangunan tinggi mesti mempunyai asas yang kukuh supaya tidak runtuh.IIPersahabatan mereka menjadi semakin kukuh selepas menyertai kem motivasi tersebut.IIIKedudukan pasukan Pahang dalam Liga Perdana bertambah kukuh setelah mereka menumpaskan pasukan Selangor.IVPemain badminton itu menjadi semakin kukuh apabila dia menjuarai pertandingan peringkat dunia itu.AI dan IIIBII dan IVCI, II dan III/DI, II dan IVSoalan ini memerlukan pengetahuan murid tentang makna perkataan kukuh dan memahami secara mendalam tentang penggunaannya secara tepat. Murid-murid mengalami proses mental mencerakin ayat-ayat yang diberikan kepada struktur yang lebih kecil untuk melihat perhubungan perkataan tersebut dengan konteks ayat yang diberikan. Murid-murid akan mendiskriminasi komponen atau bahagian yang tidak sesuai dengan penggunaan perkataan kukuh dan seterusnya mengenalpasti struktur ayat yang tepat. Ciri-ciri ini bertepatan dengan aras analisis kerana menurut Shamsina Shamsudin (2013), tindakan mental menyusun, mendiskriminasikan antara komponen merupakan kemahiran menganalisis.

Contoh soalan pemahaman untuk aras analisis:Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.(Rujuk Lampiran 8 untuk puisi soalan)37Mengapakah berlaku hijrah dari desa ke kota? AUntuk mencari ilmuBKerana mencari hartaCKerana mencari pekerjaan /DUntuk menenangkan fikiranDalam soalan ini, murid-murid perlu mengetahui perhubungan idea dalam puisi, iaitu analisis perhubungan. Menerusi analisis ini, murid-murid dapat mengesan perhubungan dan interaksi antara idea-idea dalam rangkap atau ayat pantun dan seterusnya mendapatkan jawapan yang betul. Soalan ini memerlukan murid mencerakinkan ayat dalam rangkap pantun dan mencari unsur sebab akibat bagi pokok soalan tersebut.

5.0 SintesisMenurut Donald Clark (2012), sintesis bermaksud membina struktur atau corak daripada elemen yang berbagai dengan mencantumkan bahagian-bahagian untuk membentuk bahan yang satu dan menekankan penciptaan struktur dan makna baharu. Menurut Rozaidi Salim (2009) terdapat 3 jenis-jenis soalan aras sintesis, iaitu sintesis penyampaian (penghasilan wacana menyampaikan idea secara tersusun), sintesis himpunan (penyediaan sesuatu rancangan), sintesis cadangan (penghasilan set idea dengan perhubungan yang abstrak). Namun dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu Perak (SK) 2012, soalan sintesis adalah berada pada peringkat rendah dan penghasilan idea baharu tidak ditekankan kerana umur murid sekolah rendah tidak bersesuaian dengan kemahiran tinggi tersebut. Soalan yang dikenalpasti sebagai soalan aras sintesis dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu Perak (SK) 2012 ialah soalan berikut:22Pilih jawapan yang paling sesuai dengan soalan yang diberi:Mengapakan Kempen Jom Ke Sekolah dilancarkan oleh kerajaan kepada murid-murid sekolah?AMurid-murid sekolah perlu dididik supaya mereka menghentikan tabiat ponteng sekolah./BDiharapkan agar pihak kerajaan dapat mengajak murid datang ke sekolah.CKempen Jom Ke Sekolah dilancarkan bagi menangani masalah murid.DDapat memupuk rasa cinta akan sekolahDalam soalan ini, unsur aras sintaksis tidak jelas, namun terdapat sedikit sebanyak ciri-ciri sintaksis iaitu mencantumkan unsur-unsur dan menghasilkan kesatuan baharu. Dalam soalan ini, murid-murid perlu mengenalpasti unsur-unsur penting dalam kenyataan soalan yang diberikan seperti kempen Jom Ke Sekolah dilancarkan khusus kepada murid sekolah dan bukannya orang awam. Dengan unsur-unsur penting dalam soalan, mereka akan membina satu kenyataan baharu yang menjawab soalan tersebut dengan menghubungkan pengetahuan sedia ada mereka dan juga unsur penting dalam soalan. Soalan sintesis ini telah dipermudahkan dan murid-murid hanya perlu memilih jawapan tersedia yang paling hampir dengan idea yang terhasil daripada penghubungkaitan tadi.Soalan pemahaman pada aras sintesis adalah seperti contoh berikut:Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.(Rujuk puisi pada Lampiran 8)36Apakah tajuk sesuai bagi pantun di atas?AKepentingan Ilmu/BIlmu dan PekerjaanCIlmu Harga SegalanyaDTanpa Ilmu Hidup Menderita

Soalan ini meminta murid untuk memiih tajuk yang bersesuaian dengan makna dalam pantun di atas. Untuk menjawab soalan ini, murid perlu mencari makna utama yang cuba disampaikan dalam petikan tersebut, menghasilkan perkaitan antara makna-makna tersebut dan seterusnya membina satu konsep keseluruhan tentang puisi tersebut. Tajuk yang bersesuaian akan dipilih berdasarkan pembinaan konsep baharu tersebut. Sepertimana yang dijelaskan tadi, soalan sintesis pada peringkat sekolah tidak banyak menekankan penghasilan idea yang baharu dan membawa unsur bimbingan dalam pembinaan idea murid dengan memberikan aneka pilihan jawapan kepada murid-murid.

6.0 PenilaianMenurut Shamsina Shamsuddin (2013), aras penilaian memerlukan murid untuk membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan piawaian melalui aktiviti semakan dan mengkritik. Kritik, cadangan dan laporan merupakan sebahagian yang terhasil daripada proses penilaian. Dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu Perak (SK) 2012, antara contoh soalan aras penilaian adalah seperti berikut:Contoh 1:Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.(Rujuk petikan pada Lampiran 9)35Bahasa yang digunakan dalam cerita rakyat ialahAbahasa Melayu modenBbahasa bakuCbahasa klasik/Dbahasa dialekContoh 2:Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.(Rujuk puisi pada Lampiran 8)38Semasa berada di bandar, pekerjaan sukar diperoleh keranaAterlalu memilih pekerjaanBpekerjaan terlalu susahCtidak ada pekerjaan/Dtiada ilmuDalam kedua-dua soalan ini, murid dikehendaki untuk menilai ketepatan jawapan berdasarkan rasional dan logik soalan tersebut berasaskan kepada petikan atau puisi yang dibaca dan seterusnya menentukan jawapan mereka. Dalam petikan, tidak ternyata secara jelas jenis bahasa yang digunakan dalam cerita rakyat. Namun, murid-murid mampu mendapat jawapan yang paling tepat berdasarkan pertimbangan terhadap masa, faktor tempat dan sifat setiap kata nama bahasa tersebut. Dalam soalan ini, pengganggu yang paling mengelirukan merupakan D iaitu bahasa dialek kerana bahasa dialek banyak digunakan dalam kalangan golongan warga emas dalam masyarakat dan cerita rakyat merupakan warisan bangsa yang lama. Namun dengan penilaian dan pertimbangan terhadap setiap unsur jawapan, jawapan C merupakan jawapan yang paling tepat kerana bahasa klasik merupakan bahasa yang digunakan pada zaman dahulu dan cerita klasik tidak dipengaruhi oleh perubahan bahasa mengikut peredaran zaman.Contoh soalan 2 juga merupakan soalan aras penilaian. Jawapan soalan ini hanya dapat diperoleh dengan murid-murid melakukan pertimbangan dari segi bukti dalam iaitu menilai ketepatan jawapan daripada makna-makna tersirat dalam puisi tersebut. Ciri ini merupakan salah satu ciri soalan aras penilaian yang dikemukakan oleh Mok Soon Sang (1996) iaitu pertimbangan dari segi bukti dalam. Murid-murid perlu membaca puisi secara berulangan dan mendapatkan gambaran serta makna tersiratnya serta menilai ketepatan pilihan jawapan yang diberi. Struktur soalan-soalan aras penilaian bersifat membimbing iaitu hasil pertimbangan telah disediakan dan murid-murid hanya perlu menilai ketepatan jawapan dengan hasil pertimbangan bukti dalam puisi tersebut. Murid tidak diminta untuk memberi pandangan atau kritikan mereka secara bebas kerana tahap kognitif mereka belum mencapai tahap tersebut.

KESIMPULANMenurut Dr Maridah Hj Alias (2013), penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat tentang kemampuan murid. Menurut Mok Soon Sang (2002), dengan perancangan soalan yang bersistematik dan berpandu dalam sesi ujian, barulah sesuatu ujian dianggap kesah dan hasil keputusan diambil kira dalam pertimbangan menilai potensi murid-murid. Penilaian berasaskan Taksonomi Blooms dan Domain Afektif Krathwohl mampu meningkatkan keupayaan kognitif dan perkembangan nilai murid secara berkesan kerana setiap tahap disusun secara sistematik dengan nilai dan kemahiran yang jelas dikenalpasti melalui kaedah soal jawab dan pemerhatian. Kesimpulannya, perancangan penilaian dan pengujian yang sistematik dan menyeluruh nescaya dapat menilai keupayaan murid secara menyeluruh dan menjadikan proses penilaian bersifat adil dan menghasilkan keputusan dengan kesahan yang tinggi.

LAMPIRAN RANCANGANPELAJARAN HARIAN

LAMPIRAN TUGASAN

LAMPIRAN 3: SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KSSR TERHADAP KEMAHIRAN LISAN MELALUI PENAMBAHBAIKAN DENGAN DESKRIPSI MATLAMAT PEMBELAJARAN YANG LEBIH JELAS DAN TERATUR.

LAMPIRAN 4:CONTOH SOALAN SUSUNAN PILIHAN JAWAPAN LEBIH KURANG SAMA PANJANGNYA DAN SUSUNAN NOMBOR SOALANNYA SECARA TERSUSUN.

LAMPIRAN 5: KELEMAHAN DALAM PENYEDIAAN MUKA HADAPAN DAN STRUKTUR SOALAN BERANEKA PILIHAN

LAMPIRAN 6: CONTOH SOALAN SUSUNAN PILIHAN JAWAPAN TIDAK KEMAS

LAMPIRAN 7:SET SOALAN PEPERIKSAAN LENGKAP

LAMPIRAN 8: PUISI

LAMPIRAN 9: PETIKAN

LAMPIRAN 2 :JSU KERTAS SOALAN PERCUBAAN PEPERIKSAAN UPSR (SK) PERAK 2012.


Recommended