Click here to load reader

Perbezaan Domain Krathwohl Dan Taksonomi Blooms LOL

  • View
    56

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Krathwohl dan taksonomi bloom

Text of Perbezaan Domain Krathwohl Dan Taksonomi Blooms LOL

1.0 PENGENALANPenilaian merupakan usaha yang dilakukan oleh guru untuk menilai penguasaan kemahiran dan pencapaian seorang murid. Menurut Mok Soon Sang (2002), pengujian, pengukuran dan pentafsiran merupakan kayu ukur yang berkesan dan sistematik dalam menunjukkan perkembangan murid-murid sekolah. Perkembangan murid haruslah diikuti oleh guru secara konsisten dan berterusan untuk membolehkan guru-guru memperbaik dan membetulkan kesilapan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) dan memaksimakan hasil sesi pdp di kelas. Untuk tujuan ini, pakar telah merangka sistem dan garis panduan untuk membina items soalan dan juga melaksanakan penilaian menyeluruh dalam aspek perkembangan intelek, rohani, sosial, jasmani dan emosi murid-murid. Usaha ini dilakukan untuk menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang berkualiti dan berdaya saing serta sempurna perkembangan lahiriah dan rohaniahnya. Tugasan ini akan membincangkan perbezaan taksonomi Blooms dan Domain Afektif Krathwohl. Setelah itu, tugasan ini juga akan membincangkan ciri-ciri pembinaan item soalan peperiksaan, kepentingan dan aplikasi pengetahuan taksonomi Blooms dalam pembinaan ujian.

2.0 Perbezaan Domain Krathwohl dan Taksonomi Blooms.Domain Krathwohl dan taksonomi Blooms merupakan garis panduan penilaian terhadap prestasi murid di sekolah. Menurut David R. Krathwohl, Benjamin S Bloom dan Bertam B Masia (1992), domain afektif merupakan bahan penilaian yang menilai murid bersabit dengan minat, sikap dan perkembangan peribadi. Manakala taksonomi Bloom melibatkan pengetahuan dan perkembangan kemahiran intelektual dalam individu.(Bloom: 1956) (Donald Clark :2012) Penilaian berasaskan domain Krathwohl adalah bersifat kemanusiaan manakala penilaian berasaskan domain Blooms lebih kepada perkembangan kemahiran dan keupayaan kognitif individu. Namun kedua-dua pengelasan objektif membawa fungsi yang sama, iaitu merupakan andaian berkenaan perubahan dan menjadi garis panduan pengukuran perubahan tingkah laku murid.

Domain afektif Krathwohl melibatkan pengurusan perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. (Shuhaida Razi: 2012) Domain afektif Krathwohl membincangkan pembinaan sistem nilai individu berdasarkan pengalaman dan ilmu sendiri. (Jim Ford, Jane Knight dan Emily Mcdonald-Littleton:2001) Menurut Jim Ford, Jane Knight dan Emily Mcdonald-Littleton (2001), domain Krathwohl banyak melihat kepada sikap murid terhadap unsur yang dipelajari, daripada sikap yang diamalkan apabila terdedah kepada ilmu baharu sehingga intergrasikan nilai yang dipelajari dalam kehidupan sebagai prinsip kehidupan dan sebahagian daripada kehidupan. Manakala, domain kognitif Taksonomi Blooms memerhati cara pemerolehan ilmu dan memupuk kefahaman. Taksonomi Blooms menjelaskan perubahan dalam pemikiran dan pemahaman yang berlaku kepada murid. Perubahan tersebut diperhati daripada perubahan tingkah laku individu tersebut dan perubahan tingkah laku menunjukkan berlakunya pembelajaran ddalam diri murid tersebut. Dari segi struktur taksonomi pula, perbandingan hierarki jelas ditunjukkan dalam rajah 1: Taksonomi BloomsDomain Afektif KrathwohlPerwatakan

Penilaian

Rajah 1Terdapat enam kategori dalam taksonomi Blooms berbanding dengan domain Krathwohl yang terdiri daripada lima aras. Posisi kategori dalam taksonomi Blooms boleh mewakili tahap kesukaran sesuatu kemahiran tersebut. Susunan aras dalam domain Krathwohl juga dimulakan daripada tingkah laku yang paling mudah kepada tingkah laku yang bersifat kompleks. (Donald Clark :2012) Hierarki kedua-dua bahan penilaian bermula dengan kategori yang lebih mudah atau senang dikuasai dan kesukaran kemahiran atau keupayaan meningkat mengikut posisi kategori dalam hierarki tersebut. Contohnya, kedua-dua taksonomi bermula dengan deskripsi pengubahan tingkah laku atau sikap pelajar pada awal pendedahan ilmu baharu iaitu tahap pengetahuan dalam taksonomi Blooms dan penerimaan dalam domain Krathwohl. Pengetahuan merujuk kepada tingkah laku dan situasi ujian yang menekankan cara-cara mengingat sama ada secara mengecam atau mengingat semula idea-idea, bahan-bahan dan fenomena (Benjamin S Bloom:1992). Hal ini merupakan kaedah pembelajaran asas kepada sesuatu ilmu baharu. Untuk domain Krathwohl pula, penerimaan menjelaskan peringkat sedar atau sensitif kepada kewujudan sesuatu idea, bahan atau fenomena baharu dan rela untuk bertoleransi dengan kewujudan tersebut. Contohnya, mendengar, menerima dan memberi respons kepada sesuatu ilmu baharu.

Jika diteliti, kemahiran-kemahiran dalam kategori taksonomi Blooms diperjelaskan dalam bentuk kata nama manakala aras-aras domain Krathwohl dijelaskan dalam bentuk kata kerja. Dalam taksonomi Blooms, aras dijelaskan dalam kata nama iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian, manakala aras dalam domain Krathwohl dinyatakan dalam kata kerja iaitu menerima, bertindak balas, menilai, mengorganisasi dan perwatakan. Penggunaan kata kerja dalam mendeskripsikan sifat aras-aras taksonomi secara menyeluruh dan jelas. (David R. Krathwohl: 2002) Selain itu, penggunaan kata kerja dalam turut menjelaskan lingkungan atau liputan tugasan dalam setiap aras dengan lebih berkesan berbanding dengan penggunaan kata nama. Contohnya, peringkat pertama taksonomi Blooms yang menggunakan kata nama pengetahuan, guru dan murid mengalami sedikit kesukaran untuk memahami skop liputan aras pengetahuan tersebut kerana makna tersebut terlalu luas dan bersifat subjektif. Untuk domain afektif Krathwohl, penggunaan kata kerja pada peringkat pertama iaitu menerima, guru senang mendapat gambaran yang tepat serta jelas hanya berdasarkan kepada penjelasan kata kerja tersebut.

Penilaian berdasarkan taksonomi Blooms lebih berstruktur dan bersistematik berbanding dengan domain afektif Krathwohl. Hal ini demikian kerana menurut menurut Benjamin Blooms, David R. Krathwohl dan Bertram B. Masia (1992), peningkatan unsur kognitif lebih senang diukur berbanding dengan perkembangan unsur afektif. Unsur kognitif bersifat kepastian manakala unsur afektif dijejaskan oleh banyak faktor dan merupakan sesuatu unsur yang subjektif dan jawapan bagi sesuatu soalan berbentuk afektif berbeza mengikut situasi dan pemikiran individu. Menurut William Littlewood (1992), unsur yang berbentuk kepastian seperti unsur bertujuan dan tetap lebih senang disediakan dan peluang persediaannya lebih tepat berbanding dengan unsur subjektif seperti unsur sosial dan perasaan. Terdapat enam aras yang terdapat dalam taksonomi Blooms iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Setiap aras dengan ciri-ciri dan kata kunci yang tersendiri, menggambarkan sifat dan tingkah laku murid secara tepat apabila dicapai sesuatu tahap itu. Manakala untuk domain afektif, ciri-ciri yang digambarkan lebih bersifat subjektif kerana tingkah laku kesudian dan kepercayaan bersifat abstrak dan tidak dapat diwakili dengan unsur konkrit seperti jawapan soalan.

Tahap-tahap dalam taksonomi Blooms dan domain afektif Krathwohl turut berbeza antara satu sama lain. Perkembangan mengikut tahap-tahap taksonomi Blooms yang bersifat kognitif terbatas pada penggunaan kemahiran dan juga pengetahuan. Menerusi proses pengetahuan berdasarkan taksonomi Blooms, pengalaman melalui tahap pengetahuan kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian membolehkan seseorang individu dapat mengamati ilmu yang diperolehnya secara baik dan menggunakan kemahiran yang dipelajarinya secara berkesan dalam kehidupan. (Rujuk fungsi setiap aras pada L1) Menurut Zainal Andi (2013), aplikasi taksonomi Blooms fokus dalam aspek kognitif dalam kehidupan individu. Contohnya, seorang individu yang mencapai tahap sintesis bagi kemahiran kognitif berasaskan taksonomi Blooms mampu menghasilkan idea baharu atau konsep baharu hasil daripada gabungan atau rujukan beberapa kemahiran atau pengetahuan sedia ada. Liputan aplikasi aras taksonomi Blooms terhad kepada penggunaan kemahiran dan ilmu.

Manakala, pencapaian aras dalam domain afektif Krathwohl memberi kesan kepada kehidupan seseorang individu secara langsung. Hal ini kerana menurut Benjamin Blooms, David R. Krathwohl dan Bertram B. Masia (1992), perubahan afektif yang berlaku pada individu bukan sahaja berlaku pada peringkat idea, malah perubahan tingkah laku serta gaya kehidupannya. Domain afektif Krathwohl menekankan perkembangan nilai, sikap dan juga perasaan dalam lima aras iaitu menerima, bertindak balas, menilai, mengorganisasi dan perwatakan. Sikap dan tingkah laku seseorang dibentuk melalui pengubahan pengawalan emosi serta pengurusan perasaannya berdasarkan penerapan nilai dan juga sikap yang berpatutan mengikut tahap. Pemikiran individu dibentuk semula dengan set nilai yang diorganisasikan menjadi kepercayaan. Menurut Benjamin Blooms, David R. Krathwohl dan Bertram B. Masia (1992) lagi, dalam akhir pencapaian aras domain Krathwohl iaitu perwatakan, berlakunya kesebatian set nilai kepercayaan tersebut kepada prinsip kehidupan diri seseorang. Kesebatian ini menjadi sebahagian daripada kehidupan individu tersebut dan menjejaskan kehidupan individu daripada aspek kemanusiaan. Hal ini berlainan dengan penguasaan taksonomi Blooms yang berkesan terhadap aspek intelek manusia.3.0 Analisis Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR Perak 2012Soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu pada sekolah rendah KBSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) terdiri daripada dua kertas, iaitu kertas pemahaman dan kertas soalan penulisan. Menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008), kertas pemahaman atau soalan aneka pilihan dijadikan sebagai salah satu komponen penilaian disebabkan oleh keberkesanannya dalam menguji kualiti pemikiran, kefahaman, penguasaan kemahiran dan prestasi murid. Bentuk soalan ini mempunyai satu pokok soalan diikuti dengan beberapa gerak balas (pilihan jawapan). (Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang: 2008)

Search related