Upload
zulfahmi-sobri
View
403
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
ZUL DIN KHAIRIL ASIH
AMALAN
BERWUDUK
HAK CIPTA
TERPELIHARA !!!!
DON’T CIPLAK2…
;-)
Pengenalan Syarat-syarat wuduk
Perkara yang membatalkan wuduk
Rukun-rukun wuduk
Sunat-sunat wuduk Doa ketika wuduk
AMALAN BERWUDUK
TAMAT… SEKIAN SAHAJA PRESENTATION
DARIPADA KAMI… RENUNG2 KAN !!!
Untuk menunaikan sembahyang, kita diwajibkan berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-1. Sembahyang-sembahyang sunat.2. Thawaf di Baitullah.3. Menyembahyangkan mayat.4. Sujud tilawah atau sujud syukur.5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi
dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Pengenalan
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik
dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas
Besar.5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang
dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
Syarat-syarat wuduk
Enam perkara membatalkan wuduk:- 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau
dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
6. Murtad.
Perkara yang membatalkan wuduk
Rukun wuduk itu ada enam perkara:- 1. Niat
"Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillahirrahmannirrahim" dan niat.
2. Membasuh muka3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku4. Menyapu air di kepala5. Membasuh kedua kaki6. Tertib
Rukun-rukun wuduk
SEBELUM BERWUDUKBersugi/memberus gigi yang merupakan amalan
biasa yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Sepertimana sabda Rasulullah:
Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya akan aku perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali solat. (Muttafaq ‘alaih)
Membaca basmalah setiap kali permulaan wuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
…. tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al- Baihaqi)
Sunat-sunat wuduk
SEMASA BERWUDUK Melebihkan basuhan pada setiap anggota wuduk. Berkumur-kumur seperti sabda Rasullullah s.a.w. yang
bermaksud:
Jika engkau berwuduk, maka berkumur-kumurlah (Riwayat Abu Daud)
Istinshaq (memasukkan air ke dalam hidung) atau istinshar (menyedut air ke dalam hidung) kemudian dihembus keluar. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Sesiapa berwuduk maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya dan mengeluarkannya kembali… (Riwayat al- Bukhari dan Muslim)
Menyapu semua pada bahagian kepala Membasuh kedua-dua belah telinga Menyelat celahan seperti celahan jari, misai dan janggut
(jika ada). Menjadi wajib menyelati jika bagi yang misai dan janggutnya yang nipis. Juga wajib (tanpa kecuali) jika misai dan janggut ada pada wajah wanita sama ada nipis atau lebat.
Mendahulukan membasuh anggota kanan dari anggota kiri. Maksud sabda Rasullullah s.a.w.:
Apabila kamu memakai pakaian dan apabila berwuduk, maka mulakanlah dari sebelah kananmu (Riwayat Abu Daud dan al-
Baihaqi)Menghadap kiblat ketika berwuduk (mazhab
Hanafi dan Maliki)Membasuh dan menyapu setiap anggota
sebanyak tiga kaliMenggosok-gosok secara lembut anggota
wudukBersederhana menggunakan air ketika
berwudukTidak bercakap-cakap semasa berwuduk
SELEPAS WUDUKBerdoa.Solat dua rakaat
selepas berwuduk.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
Doa ketika wuduk
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat .
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah