22
TUTORIAL 2 ASMAWI BIN ABDULLAH SMK PURUN 28330 TRIANG, PAHANG

CUACA DAN IKLIM

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CUACA DAN IKLIM

TUTORIAL 2ASMAWI BIN ABDULLAH

SMK PURUN28330 TRIANG, PAHANG

Page 2: CUACA DAN IKLIM

1 (a) Bezakan maksud iklim dengan cuaca[4]

i. Cuaca ialah fenomena harian yang melibatkan suhu, hujan, awan, kelembapan udara, angin dll dalam skala yang lebih kecil misalnya kawasan/ daerah/ negeri/ wilayah.

ii. Manakala iklim ialah purata unsur-unsur cuaca dalam jangka masa panjang, dalam tempoh 30 tahun dan ke atas dan meliputi skala yang luas seperti negara/ rantau/ benua/ dunia.

Page 3: CUACA DAN IKLIM

1 (b) Apakah yang dimaksudkan dengan kelembapan udara?

[4]Kelembapan udara ialah jumlah wap air yang terkandung dalam udara. la terbahagi kepada dua jenis iaitu kelembapan mutlak dan kelembapan bandingan. Kelembapan udara diukur dengan menggunakan alat Higrometer.

Page 4: CUACA DAN IKLIM

1 (c) Huraikan pengaruh kelembapan udara tinggi ke atas cuaca setempat

[4]i. Kelembapan udara tinggi (udara mengandungi

banyak wap-wap air)/ udara lembab (wet air), menyebabkan cuaca/ suhu menjadi lebih sejuk. lni mempercepatkan proses pemeluwapan untuk menurunkan kerpasan khususnya hujan.

ii. Kelembapan udara tinggi (suhu/ cuaca sejuk) menyebabkan tekanan udaranya menjadi tinggi. lni mendorong tiupan angin yang lebih kencang dari kawasan tekanan udara tinggi/ cuaca sejuk ke kawasan tekanan udara rendahl cuaca panas.

Page 5: CUACA DAN IKLIM

1 (d) Mengapakah semakin tinggi sesuatu tempat, suhu sekitarnya akan menurun? [4]

i. Disebabkan oleh pengaruh kadar tukaran adiabatik. Samada Kadar Tukaran Adiabatik Kering (KTAK) atau Kadar Tukaran Adiabatik Kering (KTAK). Bagi KTAK menunjukkan kadar penurunan atau kenaikan suhu ialah 1 0"C bagi setiap 1 000 meter kenaikan ketinggian. Manakala KTAB pula ialah 5"C bagi setiap 1000 meter kenaikan/ penurunan.

ii. Lapisan atmosfera yang hampir dengan permukaan bumi menerima pengaruh haba pendam yang lebih banyak yang disimpan oleh elemen-elemen di permukaan bumi seperti batuan dan jalan tar. Semakin tinggi sesuatu tempat maka haba pendam semakin kurang menyebabkan suhu sekitar akan menurun.

Page 6: CUACA DAN IKLIM

1 (e) Jelaskan prinsip tiupan angin[4]

Tiupan angin dipengaruhi oleh tekanan udara dan suhu. Angin akan bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi (kawasan bersuhu sejuk) ke kawasan tekanan udara rendah (kawasan bersuhu panas). Suhu dan tekanan udara adalah berkadar songsang.

Page 7: CUACA DAN IKLIM

1 (f) Bagaimanakah kerpasan terbentuk?[4]

Kerpasan terbentuk melalui proses pemelowapan/ penyejukan adiabatik. Bungkusan udara (air parcell) di permukaan bumi akan perlahan-lahan naik ke atas lalu mengalami penyejukan adiabatik mengikut kadar tukaran adiabatik kering dan basah. Apabila suhu di dalam bungkusan udara tersebut menjadi OoC dan kelembapan bandingannya 100%, maka bungkusan udara menjadi tepu, berat dan hujan akan turun. Jika penurunan suhunya mencapai angka negatif, maka salji dan hujan batu pula akan turun.

Page 8: CUACA DAN IKLIM

1 (g) Bagaimanakah bahangan suria dipindahkan ke permukaan bumi?

[4]Pemindahan langsung bahangan suria ke buml berlaku melalui gelombang elektromagnet yang pendek kerana suhunya yang tinggi. Di permukaan bumi bahangan suria tersebut dipindahkan dari satu jisim ke satu jisim yang lain melalui pengaliran, perolakan dan alir lintang/ angin.

Page 9: CUACA DAN IKLIM

1 (h) Jelaskan kesan ketidakseimbangan input bahangan matahari dengan output bahangan bumi ke atas persekitaran fizikal setempat. [4]

i. Suhu persekitaran akan meningkaU cuaca panas. lni kerana bahangan suria tersebut mengandungi tenaga haba

ii. Kelembapan udara akan menurun/ cuaca kering (dry air). Keadaan ini memudahkan terbentuknya jerebu jika di dalam udara mengandungi partikel-partikel terampai.

iii. Tekanan udara menjadi lebih rendah - Angin dari luar akan menyerbu masuk ke kawasan tekanan udara rendah atau cuaca panas itu.

Page 10: CUACA DAN IKLIM

2 (a) Bincangkan pengaruh elemen cuaca terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [15]

Suhu• Suhu tinggi mempengaruhi aktiviti pelancongan

seperti beriemur di tepi pantai, skuba dan snorkling. • Suhu tinggi juga mempengaruhi aktiviti IKS - seperti

industri batik, pasu, ikan kering dll. • Suhu rendah/ sederhana - aktiviti pertanian seperti

penanaman sayuran, buahan sitrus dsb terutama I di kawasan tanah tinggi.

• Suhu, rendah/ sejuk - pelancongan di kawasan tanah tinggi seperti mendaki gunung.

Page 11: CUACA DAN IKLIM

2 (a) Bincangkan pengaruh elemen cuaca terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [15]

Hujan • Purata hujan yang tinggi - bekalan air yang banyak

mempengaruhi aktiviti pertanian padi sawah dan tanaman kelapa sawit.

• Hujan lebat/ musim tengkujuh juga menggangu aktiviti pertanian seperti aktiviti menoreh getah dan mengutip hasil kelapa sawit tergendala.

• Hujan lebat boleh menjejaskan aktiviti penternakan akuakultur.

• Hujan kurang/ musim kemarau menjejaskan akiiviti berkayak dan berakit di dalam sungai disamping menieiaskan tanaman padi.

Page 12: CUACA DAN IKLIM

2 (a) Bincangkan pengaruh elemen cuaca terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [15]

Kelembapan Udara • Udara keringi cuaca panas menjejaskan atdiviti riadah

dan bersukan. • Udara kering/ cuaca panas juga memudahkan

terbentuknya jerebu. lni menjejaskan pergerakan penduduk, aktiviti harian dan menjejaskan kesihatan.

• Udara lembab/ nyaman dan segar menggalakkan aktiviti eko-pelancongan seperti di kawasan hutan.

• Udara lembab juga boleh menjejaskan kesihatan penduduk apabila penyakit bawaan air mudah merebak.

Page 13: CUACA DAN IKLIM

2 (a) Bincangkan pengaruh elemen cuaca terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [15]

Angin • Tiupan angin laminar yang lembut dan

nyaman menggalakkan aktiviti pelancongan seperti berkelah di tepi pantai dan permainan wau.

• Tiupan angin yang lebih kencang menggalakkan aktiviti sukan layar seperti monsoon cup di Kuala Terengganu

Page 14: CUACA DAN IKLIM

2 (b) Jelaskan mekanisme kejadian ribut matahari dan kesannya ke atas aktiviti manusia di permukaan bumi. [10]

Mekanisme Ribut Matahari • Ribut matahari teriadi apabila proses pelakuran

matahari iaitu pertukaran hidrogen kepada helium di dalam pusat atau inti matahari menjadi sangat aktif/ luar biasa. – (2M)

• la akan menghasilkan Hamburan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection) yang mengandungi radiasi Sinaran Ultraviolet (UV) beribu kali ganda daripada biasa. – (2M)

Page 15: CUACA DAN IKLIM

2 (b) Jelaskan mekanisme kejadian ribut matahari dan kesannya ke atas aktiviti manusia di permukaan bumi. [10]

Kesan Ribut Matahari• Kesanfenomena ributmatahari akan menghasilkan pula

ribui geomagnetik yang besar di dalam sistem suria khususnya di lapisan ionosfera. – (2M)

• la akan menggangu sistem komunikasi radio dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi. – (2M)

• Selain itu fenomena ribut matahari luga akan menampakkan awan angkasa yang dikenal sebagai aurora di kutub utara dan kutub selatan bumi. – (2M)

Page 16: CUACA DAN IKLIM

3 (a) Bezakan bahangan suria dengan bahangan bumi.

[10]• Bahangan suria ialah bahangan matahari yang dipancarkan ke bumi pada waktu siang dalam bentuk gelombang pendek kerana suhunya yang tinggi. • Bahangan terestrial ialah bahangan bumi yang dibebaskan ke angkasa pada waktu malam dalam bentuk gelombang panjang kerana suhunya yang rendah.

Page 17: CUACA DAN IKLIM

3 (b) Bagaimanakah gas-gas pencemar udara boleh mempengaruhi peningkatan suhu sekitar? [9]

• Contoh gas-gas pencemar atau gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dll. • Sifat semulajadi gas-gas ini yang lutsinar kepada bahangan matahari - membenarkan bahangan matahari menembusinya pada waktu siang.

Page 18: CUACA DAN IKLIM

3 (b) Bagaimanakah gas-gas pencemar udara boleh mempengaruhi peningkatan suhu sekitar? [9]

• Tetapi legap kepada bahangan bumi memerangkap bahangan bumi pada waktu malam daripada dilesapkan ke angkasa. • Bahangan bumi tersebut akan dipantulkan semula ke permukaan bumi. • Kesannya suhu sekitar pernrukaan bumi akan meningkat - jika di bandar dinamakan sebagai pulau haba dan di peringkat dunia boleh menjadi pemanasan global.

Page 19: CUACA DAN IKLIM

3 (c) Jelaskan kesan taburan suhu yang berbeza ke atas pelbagai jenis aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [10]

Kepelbagaian aktiviti pertanian• Kawasan suhu sederhana seperti di kawasan tanah

tinggi ditanami dengan buahan sitrus seperti anggur. strawberry dan juga sayur-sayuran seperti di Cameron Highlands dan Kundasang Sabah.

• Manakala kawasan tanah rendah vang lebih panas dan lembab pula ditanami dengan tanaman getah, kelapa sawit dan padi sawah. Kepelbagaian jenis tanaman ini sebabkan oleh jumlah suhu yang berbeza diperlukan oleh tanaman-tanaman tersebut.

Page 20: CUACA DAN IKLIM

3 (c) Jelaskan kesan taburan suhu yang berbeza ke atas pelbagai jenis aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [10]

Kepelbagaian aktiviti pelancongan• Kawasan tanah tinggi yang lebih sejuk seperti Gunung

Kinabalu akiviti lasak seperti mendaki gunung, jungle trecking menjadi lebih popular. Selain daripada ekopelancongan, kawasan bersuhu sejuk juga terkenal dengan agropelancongan.

• Sebaliknya kawasan beriklim panas khatulistiwa aktiviti berjemur di tepi pantai, skuba dan snorkling pula menjadi kegemaran pelancong.

Page 21: CUACA DAN IKLIM

3 (c) Jelaskan kesan taburan suhu yang berbeza ke atas pelbagai jenis aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [10]

Aktiviti perikanan• Perikanan pinggir pantai dijalank an pada

musim panas atau suhu iinggi bagi memudahkan penangkapan.

• Manakala pada musim lembab/ musim tengkujuh aktiviti perikanan laut dalam dan pinggir pantai tergendala.

Page 22: CUACA DAN IKLIM

3 (c) Jelaskan kesan taburan suhu yang berbeza ke atas pelbagai jenis aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [10]

Aktiviti industri kecil dan sederhalna (lKS)• Seperti industri batik, ikan kering dan keropok

dijalankan dengan aktif pada musim panas kerana proses pengeringan mudah dilakukan aklbat suhu tinggi.

• Begitu juga dengan industri pembuatan tembikar dan pasu dijalankan pada musim panas bagi memudahkan proses pengeringan.