Upload
fiza-omar
View
440
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
elektriktronik
Citation preview
KAEDAH KOTAK INGATAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT KOMPONEN ELEKTRONIK MURID-MURID
TINGKATAN 2KK1
Oleh
NOOR HAFIZA BINTI MD OMAR
SMK TAMAN PUTRI,JLN SRI PUTRI 1/16, TMN PUTRI,
81000 KULAIJAYA
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU
Bab Elektronik merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan 2 dan merupakan topik dalam bahagian Teras yang perlu dipelajari oleh
semua murid tidak kira murid itu mengambil Pilihan ERT, Perdagangan, Pertanian atau
Kemahiran Teknikal. Pada pengalaman saya, topik ini adalah topik yang agak sukar bagi murid-
murid untuk mengingat kesemua komponen elektronik yang perlu dikenalpasti. Sewaktu
menyemak latihan murid Tingkatan 2KK1, didapati hampir kesemua murid tidak dapat
menjawab soalan latihan dengan markah penuh yang bermaksud semua komponen elektronik
berdasarkan nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi tidak dapat dipadankan dengan betul.
Murid-murid tidak mengenal kesemua 9 jenis komponen elektronik sepenuhnya dari segi rupa
sebenar, nama, simbol dan fungsi. Kesukaran murid adalah pada mengaitkan nama dan simbol
bagi komponen atau fungsi. Kalau mereka betul dari segi nama dan rupa, mereka akan
melakukan kesilapan dalam menentukan simbol atau fungsi komponen tersebut. Dalam
pentaksiran PBS yang lepas, tiada seorang pun yang betul 100% soalan berkaitan dengan
komponen elektronik. Apabila ditanyakan kepada mereka, mereka menjawab ” susah maa
cikgu, itu simbol susah mau ingat..” Guru selalu menyuruh mereka supaya mengingat kesemua
maklumat penting bagi kesemua komponen tersebut kerana ia sangat penting untuk subtajuk
yang terakhir dalam bab elektronik iaitu menterjemah lukisan skematik. Tambahan pula, mereka
semua adalah murid-murid yang mengambil Pilihan Kemahiran Teknikal, yang mana mereka
akan mempelajari tajuk elektronik tambahan dalam bahagian Pilihan Kemahiran Teknikal pula.
Memang disedari bahawa agak susah dan mengambil masa untuk murid mengingat dan
mengenal sepenuhnya komponen elektronik tersebut.
Mengajar kesemua 9 jenis komponen ini mengambil masa yang agak lama, apatah lagi
untuk mengulang ajar semula dari A hingga Z setiap komponen tersebut. Kadang-kadang timbul
pertanyaan, adakah cara guru mengajar selama ini tidak mampu membantu mereka? Apakah
kaedah yang digunakan membosankan? Apakah yang perlu dilakukan bagi membantu mereka?
Apabila ditanyakan kepada guru KHB yang lain, mereka pun mengatakan mengalami masalah
yang sama.
Pada tahun sebelum ini, penggunaan kaedah ’sentuhan’ yang dibina sendiri oleh guru telah
dilaksanakan sewaktu P&P. Namun kaedah ini tidak banyak membantu. Sekiranya tindakan
yang berkesan tidak diambil, murid-murid sudah pasti tidak dapat menguasai sepenuhnya topik
ini dan mereka akan bertambah keliru dengan maklumat-maklumat penting setiap komponen
elektronik. Akhirnya mereka bosan dan tidak dapat menjawab dengan baik atau mengusai
subtopik akhir dalam bab Elektronik ini iaitu ’menterjemah lukisan skematik kepada lukisan
bergambar’.
2.0 FOKUS KAJIAN
Walaupun setiap komponen mempunyai banyak maklumat yang perlu diberi perhatian
oleh murid-murid termasuklah nama, rupa sebenar, fungsi, simbol, ciri-ciri, diperbuat dari bahan
apa, cara penyambungan dan sebagainya dalam topik Elektronik, fokus hanya diberi kepada
empat aspek sahaja iaitu nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi secara ringkas dan padat. Hal
ini kerana keempat-empat aspek ini penting bagi murid untuk menguasai subtopik yang sukar
iaitu ’menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar’. Antara kesilapan murid-murid
sekiranya tidak mengingat kesemua aspek ini ialah :
i. Kesilapan menamakan komponen berdasarkan rupa sebenar dan simbol
ii. Kesilapan mengenal pasti atau melukiskan simbol berdasarkan rupa sebenar atau
namanya.
iii. Kesilapan menyatakan fungsi komponen berdasarkan nama, rupa sebenar atau
simbolnya.
iv. Kesilapan meletakkan komponen pada board pada masa Amali Elektronik.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid tidak akan menguasai sepenuhnya tajuk ini
memandangkan 70% tajuk ini adalah berkaitan dengan komponen elektronik di atas yang
merangkumi aspek nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi. Mereka juga akan pasti
menghadapi kesukaran yang sama apabila bertemu dengan tajuk yang sama dalam Bahagian
Kemahiran Teknikal yang memperkenalkan komponen yang lain. Dan akhirnya sudah tentu
murid tidak dapat menjawab soalan menterjemah lukisan skematik dengan baik. Dengan
menggunakan kaedah ’kotak ingatan’, murid-murid akan dibantu untuk mengenal pasti dan
mengingat sepenuhnya empat aspek bagi setiap komponen elektronik yang perlu dipelajari.
Justeru, peratusan lulus murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan akan dapat
ditingkatkan melalui kaedah ini..
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:
3.1 Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran mengingat komponen-komponen elektronik murid-
murid Tingkatan 2KK1 menggunakan kaedah ‘roda ingatan’.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Murid-murid dapat menamakan komponen-komponen elektronik.
3.2.2 Murid-murid dapat mengenal pasti rupa sebenar komponen-komponen
elektronik.
3.2.3 Murid-murid dapat mengenal pasti simbol komponen-komponen
elektronik berdasarkan nama dan rupa komponen.
3.2.4 Murid-murid dapat menyatakan fungsi komponen-komponen elektronik.
3.2.5 Murid-murid dapat menyatakan kesemua aspek dalam satu grafik ’kotak
ingatan’.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 19 orang murid Tingkatan 2KK1 yang terdiri daripada 6 orang
murid Melayu, 3 orang murid India dan 10 orang murid Cina.
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Sebanyak 5 aktiviti dirancang untuk membantu meninggatkan kemahiran menginggat
dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah :
i. Aktiviti 1 – Menyenaraikan kesemua nama komponen elektronik
a. Saya telah meminta murid-murid menyenaraikan kesemua komponen-
komponen elektronik dalam buku nota.
b. Murid-murid diminta menyebut kesemua nama-nama komponen
tersebut dengan sebutan yang betul dan jelas.
c. Murid-murid merujuk buku teks untuk mendapatkan nama komponen
tersebut.
d. Berikut adalah nama komponen yang perlu diketahui oleh murid-murid :
1) LED (Diod Pemancar Cahaya)
2) Perintang Tetap
3) Perintang Boleh Laras
4) Suis Togel
5) Suis Tekan
6) Kapasitor Berkutub
7) Kapasitor Tidak Berkutub
8) Transistor
9) Buzer
ii. Aktiviti 2 – Mengenal pasti semua rupa sebenar komponen
a. Saya telah menyediakan rajah sebenar komponen yang telah dipotong dan
yang berukuran lebih kurang 4x4 cm setiap satu komponen dan diberikan
kepada setiap murid.
b. Guru dan murid sama-sama bersoal jawab menentukan nama komponen
bagi setiap rajah dan ditulis pada sebelah belakang rajah.
c. Nama dan ejaan boleh dirujuk dalam aktiviti 1.
d. Rajah sebenar komponen adalah seperti berikut :
iii. Aktiviti 3 – Mengenal pasti simbol komponen
a. Saya menyediakan rajah simbol setiap komponen yang telah dipotong
berukuran lebih kurang 4x4 cm dan diberikan kepada setiap orang murid.
b. Guru dan murid sama-sama menentukan simbol komponen berdasarkan
rajah komponen dan disusun secara berpasangan.
c. Murid kemudian diminta menulis nama komponen dibelakang simbol yang
diberi. Ini bertujuan supaya murid lebih kerap menyebut dan menulis nama
komponen-komponen elektronik tersebut.
d. Berikut adalah simbol komponen mengikut senarai nama dalam aktiviti 1.
iv. Aktiviti 4 – Menyatakan fungsi komponen
a. Saya telah menyediakan fungsi-fungsi kesemua komponen yang telah ditaip
ringkas dalam satu kertas A4.
b. Saya mengedarkannya kepada murid-murid dan guru bersama-sama
menentukan nama komponen berdasarkan fungsi yang diberi.
c. Saya meminta murid menulis nama komponen diatas kotak setiap fungsi.
Contoh : Fungsi Komponen Elektronik (KAPASITOR)
v. Aktiviti 5 – Membina grafik `KOTAK INGATAN’ MENGIKUT STESYEN
a. Saya menyediakan satu grafik ‘kotak ingatan’ berukuran A4 dan diberikan
kepada setiap murid. Setiap murid akan mendapat 9 helai grafik kotak
ingatan bagi satu komponen. (Rujuk Lampiran 1 – Borang Kotak Ingatan)
b. Murid-murid menulis nama komponen pada sukuan pertama pada setiap
helai di Stesyen A.
c. Murid-murid menampal rupa sebenar komponen pada sukuan kedua pada
setiap helai di Stesyen B
d. Murid-murid dikehendaki menampal simbol komponen pada sukuan ke- tiga
di Stesyen C
e. Kemudian murid-murid menampal fungsi pada sukuan ke-empat di Stesyen
D.
f. Saya mengedarkan setiap stesyen sebotol gam. Setiap stesyen hanya
dibenarkan seorang murid sahaja.
g. Setiap murid mempunyai 9 helai grafik kotak ingatan komponen elektronik.
Murid akan menggunakan ‘kotak ingatan’ sebagai nota. (Rujuk Lampiran 2 –
Contoh Kotak Ingatan ).
Saya telah meminta murid untuk mengingat kesemua perkara dalam 9 helai
kotak ingatan itu di rumah. Saya memaklumkan kepada mereka supaya
membawa kotak ingatan pada kelas yang akan datang.
Menyimpan cas elektrik Melepaskan cas yang disimpan apabila diperlukan
vi. Ujian Pos
a. Untuk menguji tahap penguasaan murid dan keberkesanan kaeadah, saya
telah menjalankan Pentaksiran PBS sekali lagi.
b. Setiap murid diberikan kertas soalan bertulis dan menjawab soalan dalam
masa 20 minit. Bentuk soalan sama dengan pentaksiran yang lalu, tetapi
dibuat sedikit perubahan terhadap susunan soalan. (Rujuk Lampiran 3 –
Pentaksiran PBS).
c. Kemudian guru menyemak jawapan yang diberikan pelajar untuk melihat
keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan
data awal
1 minggu
2 Menulis Proposal Kajian 1 minggu
3 Merancang tindakan secara individu 1 minggu
4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1 :
Menyenaraikan semua nama komponen
elektronik
1 minggu
5 Melaksanakn tindakan – Aktiviti 2 :
Mengenalpasti semua rupa sebenar
komponen elektronik
1 minggu
6 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 3 :
Mengenal pasti simbol komponen
elektronik
1 minggu
7 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 4 :
Membina grafik kotak ingatan
1 minggu
8 Ujian Pos – Pentaksiran PBS kali kedua 1 minggu
9 Refleksi Kajian 1 minggu
10 Menulis Laporan Kajian 2 minggu
11 Pembentangan dapatan kajian untuk
makluman panitia/sekolah
1 minggu
7.0 KOS KAJIAN
BIL JENIS BAHAN KUANTITI × HARGA SEUNIT
JUMLAH KOS
1 Kertas A4 3 × RM 11.00 RM 35.002 Kertas Laminate 2 × RM 15.00 RM 30.003 Print Out Bahan RM 50.004 Fotostate Bahan RM 10.005 Buku Catatan Guru 1 × RM 2.00 RM 2.00
JUMLAH RM 125.00
8.0 LAMPIRAN
i. LAMPIRAN 1 - BORANG KOTAK INGATAN
NAMA :______________________________________ TARIKH : ________TINGKATAN : ________________________
Lengkapkan ‘KOTAK INGATAN’ anda dengan mengisi tempat kosong mengikut sukuan yang dibina.
SUKUAN PERTAMA SUKUAN KEDUA
(NAMA KOMPONEN) (RUPA SEBENAR KOMPONEN)
SUKUAN KETIGA SUKUAN KEEMPAT
(SIMBOL KOMPONEN) (FUNGSI KOMPONEN)
ii. LAMPIRAN 2 - CONTOH KOTAK INGATAN (hasil kerja murid)
NAMA :______________________________________ TARIKH : ________TINGKATAN : ________________________
Lengkapkan ‘KOTAK INGATAN’ anda dengan mengisi tempat kosong mengikut sukuan yang dibina.
SUKUAN PERTAMA SUKUAN KEDUA
(NAMA KOMPONEN) (RUPA SEBENAR KOMPONEN)
LED
SUKUAN KETIGA SUKUAN KEEMPAT
(SIMBOL KOMPONEN) (FUNGSI KOMPONEN)
Tukar arus elektrik kepada cahaya Sebagai penghias barangan elektrik
iii. LAMPIRAN 3 - UJIAN POS (PENTAKSIRAN PBS)