24
SULIT GARIS PANDUAN MENGAWAL SELIA TATAKELAKUAN KAUNSELOR (AKTA KAUNSELOR 1998- AKTA 580) DISEDIAKAN OLEH : JAWATANKUASA PENYELIAAN DAN PENGUATKUASAAN LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA 2010

Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

GARIS PANDUAN MENGAWAL SELIA TATAKELAKUAN

KAUNSELOR (AKTA KAUNSELOR 1998- AKTA 580)

DISEDIAKAN OLEH :

JAWATANKUASA PENYELIAAN DAN PENGUATKUASAAN

LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA

2010

Page 2: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

1. PENDAHULUAN

1.1 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) telah dikuatkuasakan sejak tahun 1998.

Seksyen 12 (j) memperuntukkan fungsi Lembaga Kaunselor untuk

mengawalselia tatakelakuan profesion kaunseling selaras dengan Kod Etika

Kaunselor Lembaga Kaunselor.

1.2 Adalah menjadi visi dan misi Lembaga Kaunselor untuk melaksanakan tugas

pemantauan tatakelakuan kaunselor supaya amalan kaunseling mencapai

kecemerlangan dan kepentingan serta kebajikan pelanggan dilindungi.

2. TUJUAN

Garis panduan ini disediakan dengan tujuan berikut untuk :-

2.1 Membantu kaunselor bertindak secara profesional serta memberi

perkhidmatan kaunseling yang terbaik demi memupuk nilai – nilai profesion

kaunseling yang cemerlang.

2.2 Mewujudkan prinsip – prinsip profesional yang menentukan tingkahlaku

beretika serta amalan yang terbaik.

2.3 Menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan mengenai etika yang

ditujukan kepada kaunselor.

2.4 Menjadi rujukan kepada Pegawai Penguatkuasa yang dilantik oleh Lembaga

Kaunselor untuk melaksanakan tugasnya selaras dengan Kod Etika

Kaunselor Lembaga Kaunselor.

Page 3: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

3. SKOP

Garis Panduan ini meliputi perkara-perkara seperti yang tersenarai di bawah:-

3.1 Amalan etika yang terbaik (best ethical practices).

3.2 Prosedur tindakan Pegawai Penguatkuasa sebelum, semasa dan selepas

pemantauan tatakelakuan kaunselor.

3.3 Prosedur penyiasatan yang akan diikuti oleh Jawatankuasa

Penyiasatan.

3.4 Prosedur tatatertib yang akan diikuti oleh Jawatankuasa Tatatertib.

3.5 Hukuman tatatertib.

4. TAFSIRAN

Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain –

”Kaunselor” ertinya seorang kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor dan mempunyai Sijil Perakuan Amalan.

”Kod Etika Kaunselor” ertinya Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor yang merupakan garis panduan tatakelakuan bagi profesion kaunseling yang digunapakai oleh kaunselor.

”Premis” ertinya tempat amalan kaunseling.

”Presiden” ertinya Presiden Lembaga Kaunselor.

“Pemantauan” ertinya tindakan yang dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa yang dilantik dan diberi kuasa oleh Presiden bertujuan untuk memastikan tatakelakuan kaunselor selaras dengan Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor.

“Penyiasatan” ertinya proses siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Penyiasatan berasaskan aduan sah yang diterima oleh Pendaftar dengan tujuan untuk mengumpul bukti terhadap aduan tersebut.

“Tatatertib” ertinya tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas kaunselor yang telah melanggar Kod Etika Kaunselor oleh Jawatankuasa Tatatertib berasaskan laporan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyiasatan.

5. AMALAN ETIKA YANG TERBAIK ( BEST ETHICAL PRACTICES )

Amalan etika yang terbaik adalah seperti mana yang terkandung dalam Kod Etika

Kaunselor.

Page 4: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

6. PROSEDUR TINDAKAN PEGAWAI PENGUATKUASA SEBELUM,

SEMASA DAN SELEPAS PEMANTAUAN TATAKELAKUAN KAUNSELOR

Prosedur yang diambil oleh Pegawai Penguatkuasa sebelum, semasa dan selepas

pemantauan (rujuk Lampiran1).

A) Sebelum pemantauan dijalankan

i) Menerima surat lantikan untuk menjadi Pegawai Penguatkuasa daripada Presiden.

ii) Menerima arahan daripada Jawatankuasa Penyeliaan dan Penguatkuasaan untuk tugas tertentu.

iii) Membuat perancangan tugas pemantauan untuk mengumpul maklumat mengenai tatakelakuan kaunselor dengan tujuan memastikan pihak tersebut mematuhi Kod Etika Kaunselo

B) Semasa pemantauan dijalankan.

i) Melawat premis kaunselor untuk tujuan pemantauan

tatakelakuan dan mendapatkan bantuan polis jika perlu.

ii) Pegawai Penguatkuasa hendaklah menunjukkan Kad Sijil

Perlantikan (Borang A LKM 2010) dan memperkenalkan diri

kepada kaunselor yang terdapat di premis yang dipantau.

iii) Memaklumkan tujuan pemantauan.

iv) Membuat semakan untuk memastikan kaunselor mematuhi

Kod Etika Kaunselor.

v) Membuat catatan sebarang kesalahan tatakelakuan yang

dikesan.

C) Selepas pemantauan.

i) Pegawai Penguatkuasa perlu menyedia dan menyerahkan

hasil laporan pemantauan kepada Jawatankuasa Penyeliaan

dan Penguatkuasaan dalam masa 14 hari.

Page 5: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

7. PROSEDUR KERJA JAWATANKUASA PENYIASATAN DAN JAWATANKUASA TATATERTIB

BIL PROSEDUR KERJA TINDAKANUNDANG-UNDANG/

PERATURAN-PERATURAN

BORANG BERKAITAN

1 PENERIMAAN LAPORAN OLEH LEMBAGA KAUNSELOR.

i) Lembaga menerima laporan daripada JK Penyeliaan Dan Penguatkuasaan yang memerlukan tindakan susulan

Lembaga Kaunselor i) Pertimbangkan syor dan

cadangan JK Penyeliaan Dan Penguatkuasaan

2 LANTIKAN AJK PENYIASATAN DAN AJK TATATERTIBi) Jika terdapat keperluan

tindakan susulan

LEMBAGA KAUNSELOR

i) Melantik 3 orang AJK Penyiasatan dalam kalangan Lembaga Kaunselor.

ii) Melantik 5 orang AJK Tatatertib dalam kalangan Lembaga Kaunselor.

Nota: a) Ahli yang dilantik

untuk kedua-dua jawatankuasa di atas mestilah terdiri daripada individu yang berlainan.

b) Urus setia JK Penyiasatan & Tatatertib adalah Urus setia Lembaga Kaunselor.

i) Seksyen 36(2)(a)ii) Seksyen 36(2)(b)

i) Borang LKM/JP(2)ii) Borang LKM/JP(3)

3. SIASATAN DIJALANKAN JAWATANKUASA PENYIASATAN

i) Jika pengadu dan kaunselor yang terhadapnya aduan dibuat tidak hadir, Jawatankuasa Penyiasatan boleh, apabila berpuas hati bahawa semua pihak berkenaan telah

i) Seksyen 37(2)ii) Per 8(1) PPK

(Kelakuan & Tatatertib) 1999

iii) Per 10(2) PPK (Kelakuan &

Tatatertib) 1999iv) Per 10(1) PPK

i) Buku Daftar Fail Siasatan

Page 6: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

diberitahu sewajarnya, membuang aduan itu.

ii) Jika pengadu dan/atau kaunselor yang terhadapnya aduan dibuat tidak hadir, Jawatankuasa Penyiasatan boleh, apabila berpuas hati bahawa pengadu dan/atau kaunselor telah diberitahu sewajarnya -

a) membuang aduan; atau b) meneruskan untuk

mendengar dan menyiasat aduan tanpa kehadiran pengadu dan/atau kaunselor.

iii) Tugas penyiasatan merangkumi aspek - aspek berikut:

a) Memeriksa dan menyiasat kesahihan aduan.

b) Buka Fail Siasatan. c) Rakamkan percakapan pengadu / saksi dan orang yang disiasat.d) Melawat dan mengambil gambar premis.e) Menyita dokumen-

dokumen berkaitan kes.

(Kelakuan & Tatatertib) 1999

v) Per 11(a) PPK (Kelakuan & Tatatertib) 1999

. KEPUTUSAN SIASATAN

i) Ada kes

ii) Tiada kes

JAWATANKUASA PENYIASATAN

i) Jika terdapat kesalahan perlanggaran Kod Etika Kaunselor, buat keputusan dan kemukakan syor kepada Jawatankuasa Tatatertib dengan menggunakan contoh format laporan hasil siasatan.

ii) Jika tiada kesalahan perlanggaran Kod Etika Kaunselor, cadangkan siasatan ditutup dan

i) Seksyen 37(2)ii) Seksyen 37(3)iii) Per 10(1) PPK

(Kelakuan & Tatatertib) 1999

iv) Per 12(1)(a) PPK (Kelakuan & Tatatertib) 1999

i)Borang LKM/JP(4)ii) Borang LKM/JP(5)

Page 7: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

maklumkan keputusan secara bertulis kepada pihak yang membuat pengaduan dan kaunselor yang terhadapnya aduan dibuat. Surat ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyiasatan.

5. ADA KES PRIMA FACIE : JAWATANKUASA TATATERTIB

i) Menimbangkan laporan hasil siasatan JK Penyiasatan, dan membuat keputusan berdasarkan: a) jenis kesalahan;b) pertuduhan ke atas

kaunselor yang terhadapnya aduan dibuat; dan

c) hukuman yang akan diambil.

ii) Memohon Lembaga Kaunselor melantik seorang penasihat undang - undang untuk mengendalikan kes, jika perlu.

iii) Mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kaunselor yang terhadapnya aduan dibuat serta memaklumkan yang beliau boleh memilih cara representasi seperti berikut:

a) bertulis; atau b) hadir secara sendiri di

hadapan J/K Tatatertib; atau

d)diwakili oleh peguambela/peguamcara

iv) Membuat pertimbangan jenis hukuman berasaskan penjelasan, fakta dan bukti.

i) Per 11(b) PPK (Kelakuan & Tatatertib) 1999

ii) Per 11(b) PPK (Kelakuan & Tatatertib) 1999iii) Per 12(1)(b) PPK

(Kelakuan & Tatatertib) 1999

iv) Per 12(1)(c) PPK (Kelakuan & Tatatertib) 1999

iv) Per 17 PPK (Kelakuan & Tatatertib) 1999

v) Per 14 PPK (Kelakuan & Tatatertib) 1999

vi) Sek 40 Akta Kaunselor 1998vii) Per 16 PPK (Kelakuan & Tatatertib) 1999

i) Borang LK/JP(6)ii) Borang LK/P(5) atau (7)

Page 8: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

v) Memaklumkan keputusan kepada Pendaftar Kaunselor untuk mengeluarkan surat keputusan kes yang terhadapnya aduan dibuat.

6. PENGEMASKINIAN REKOD

PENDAFTAR KAUNSELOR

i) Mengemaskini Daftar Kaunselor, Buku Daftar Aduan dan Buku Daftar Fail Siasatan.

ii) Meminta supaya Sijil Pendaftaran dan Perakuan Amalan dipulangkan,jika perlu.

i) Seksyen 39 Akta Kaunselor 1998

ii) Per 18 PPK (Kelakuan & Tatatertib) 1999

8. HUKUMAN TATATERTIB

Jika kaunselor berkenaan didapati bersalah terhadap aduan tersebut, maka

Jawatankuasa Tatatertib boleh mengenakan mana - mana satu atau mana - mana

kombinasi hukuman tatatertib berikut:

(i) kaunselor itu dicela;

(ii) kaunselor dikehendaki mengikuti kursus Kod Etika Kaunselor yang ditetapkan oleh Lembaga;

(iii) kaunselor dikenakan denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit; dan/atau

(iv) nama kaunselor itu digantung dari Daftar bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun;

Page 9: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

LAMPIRAN 1

CARTA ALIRAN PROSEDUR PEMANTAUAN PEMATUHAN KOD ETIKA

KAUNSELOR LEMBAGA KAUNSELOR

Pemantauan dijalankan

Lantikan Pegawai Penguatkuasa oleh Presiden

Serah laporan kepada Jawatankuasa Penyeliaan dan

Penguatkuasaan

Mendapatkan bantuan polis ,jika perlu

Rancang aktiviti pemantauan

Jika berlaku / tidak berlaku ketidakakuran

terhadap Kod Etika Kaunselor

Menerima arahan daripada Jawatankuasa Penyeliaan dan

Penguatkuasaan

Page 10: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

LAMPIRAN BORANG

Page 11: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

Borang A LKM 2010

SIJIL PERLANTIKAN(SEKSYEN 48 AKTA KAUNSELOR 1998)

NAMA :

NO MYKAD :

Telah dilantik menjadi Pegawai Penguatkuasa di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan adalah diletakhak dengan sepatutnya semua kuasa dan keistimewaan seperti mana diperuntukkan di bawah Akta tersebut.

Tandatangan Pegawai :...................................................

SAH SEHINGGA :.........................................................

................................................................................................................................................

(MUKA BELAKANG)

...............................................................Presiden

Lembaga Kaunselor

TARIKH:..........................

Nota:

Jika dijumpai, sila kembalikan kad ini kepada Lembaga Kaunselor, KPWKM, Tingkat 3, Wisma Sime

Darby, 50350 Kuala Lumpur.

Cop Lembaga Kaunselor Malaysia

Page 12: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

No Siri………………… Borang LKM/TKK(1) 2010

AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580)

NOTIS PEMBERITAHU PELANGGARAN KOD ETIKA KAUNSELOR

Adalah dimaklumkan bahawa pemeriksaan telah dibuat di alamat ...................................... ……………………….............................................................................................................. …………………….................................................................................................................. ……………………………………………………………............................................................pada .............................. jam ........... dan didapati bahawa penama berikut

Nama : …………………………………………

No. MYKAD : ………………………

Alamat rumah:................................. ..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Telefon: ..................(Pejabat) .............................(HP)

telah melakukan pelanggaran Kod Etika Kaunselor seperti berikut:

i) .................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

ii) ................................................................................................................................. ..................................................................................................................................

iii) .................................................................................................................................. ...................................................................................................................................

2. Tuan/Puan adalah dinasihat supaya ................................................................. ........... ..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

3. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pendaftar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tingkat 3, Wisma Sime Darby, 50350 Kuala Lumpur (Tel : 03 - 2614 3000)

Nama /Tandatangan Pegawai Penguatkuasa :…………………………..

Tarikh :…………………

Nama / Tandatangan Penerima :…………………………………………

Tarikh :…………………

Page 13: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

BORANG LKM/TKK (2) 2010

BORANG PENGADUAN PELANGGARAN KOD ETIKA KAUNSELOR

SEMUA BUTIR PENGADU ADALAH SULIT.

Tarikh Pengaduan: ………………………………………………… Masa : ....……….……….…

Butir-Butir Pengadu: Nama:………………………………………………………………………………………………

No. MYKAD: ………………………………………

No. Tel: …………………………(R) .................................(HP) ..………..…………………………

Alamat Rumah: .............................................................................................................. .…………………………………………………………………………………………………….………………………………

Nama Penerima Pengaduan: ………………………………………………………………………………………..…………...

Pengaduan terhadap :Nama Kaunselor:………………………………………………………………………………....

No.KBPA (jika ada):...........................................

Alamat Premis:....................................................................................................................

............................................................................................................................................

No. Tel: …………………………(P) .................................(HP)

Ringkasan Aduan Mengenai Pelanggaran Kod Etika Kaunselor:.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Page 14: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

....................................... ............................................................(Tandatangan Pengadu) (Tandatangan Penerima Pengaduan)Nama: Nama:Tarikh: Tarikh:

BORANG B LKM 2010

SURAT PERLANTIKAN JAWATANKUASA PENYIASATAN

Selaras dengan Seksyen 36(2) (a) Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Suratcara Perwakilan Fungsi-Fungsi, Kuasa-Kuasa, Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Tertentu – P.U. (A) 545 bertarikh 31 Disember 1999, telah ditetapkan di Peraturan (8) Bahagian III bahawa tuan / puan, yang dinyatakan di bawah ini adalah dilantik menganggotai Jawatankuasa Penyiasatan untuk menjalankan siasatan pengaduan kes yang melibatkan kaunselor berdaftar yang bernama ......................................................................................................., No. MYKAD............................................................................dan beralamat di .................... ...................................................................................................................................................Tuan / Puan perlu mengemukakan laporan hasil penyiasatan kepada Jawatankuasa Tatatertib mengikut Seksyen 37 (3) Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

1. ......................................................................... - Pengerusi

(Nama/ MYKAD)

2. ......................................................................... - Ahli

(Nama/ MYKAD)

3. ......................................................................... - Ahli

(Nama/ MYKAD)

Page 15: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

.......................................................(Tandatangan Presiden Lembaga)Nama:Tarikh:

BORANG C LKM 2010

SURAT PERLANTIKAN JAWATANKUASA TATATERTIB UNTUK MENIMBANG DAN MEMBUAT KEPUTUSAN TATATERTIB

Selaras dengan Seksyen 36(2) (b) Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Suratcara Perwakilan Fungsi-Fungsi, Kuasa-Kuasa, Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Tertentu – P.U. (A) 545 bertarikh 31 Disember 1999 telah ditetapkan di Peraturan (9) Bahagian III bahawa tuan / puan, yang dinyata di bawah ini adalah dilantik menganggotai Jawatankuasa Tatatertib untuk menimbang dan membuat keputusan tatatertib di bawah Seksyen 38 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) termasuk kuasa mengenakan hukuman yang bersesuaian di Bawah Seksyen 40 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dalam kes yang melibatkan kaunselor berdaftar yang bernama .........................................................................................................., No. MYKAD.................................................................................................... dan beralamat di ...................................................................................................................................................

1. .......................................................................... - Pengerusi

(Nama/ MYKAD)

2. .......................................................................... - Ahli

(Nama/ MYKAD)

3. .......................................................................... - Ahli

(Nama/ MYKAD)

4. .......................................................................... - Ahli

(Nama/ MYKAD)

5. .......................................................................... - Ahli

(Nama/ MYKAD)

Page 16: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

.......................................................(Tandatangan Presiden Lembaga)Nama:Tarikh

BORANG LKM/TKK(3)2010

CONTOH FORMAT LAPORAN SIASATAN UNTUK PERTIMBANGANJAWATANKUASA TATATERTIB PELANGGARAN KOD ETIKA KAUNSELOR

1. TUJUAN:

Laporan ini dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib untuk membuat keputusan terhadap kaunselor berdaftar yang melanggar Kod Etika Kaunselor.

2. BUTIR-BUTIR KAUNSELOR YANG DISIASAT:

Nama: ............................................................................................................

No. MYKAD : .................................................................................................

Alamat Kediaman:..........................................................................................

No. Pendaftaran Kaunselor:...........................................................................

No. Sijil Perakuan Amalan:.............................................................................

Alamat Premis Amalan: .................................................................................

Jawatan : .........................................................................................................

Nama Organisasi Amalan: .............................................................................

3. LATAR BELAKANG KES:

Seksyen 37(3) Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) menyatakan setiap laporan hendaklah mengandungi butir-butir berikut:3.1. Menyatakan sama ada terdapat alasan yang mencukupi untuk mengambil

prosiding tatatertib terhadap seseorang Kaunselor Berdaftar (Seksyen

Page 17: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

37 (3) (a)).

3.2. Disertakan dengan apa-apa keterangan sebagaimana yang diperolehi oleh Jawatankuasa Penyiasatan bagi menyokong penyataan itu(Seksyen 37

(3) (b)).

4. HASIL SIASATAN:

Hasil siasatan adalah seperti berikut :

Contoh4.1. Percakapan saksi (A1) menyatakan ..................................................................

4.2. Sertakan dokumen menyokong pengaduan mengenai Kaunselor Berdaftar yang terhadapnya aduan dibuat ..........................

5. KESIMPULAN JAWATANKUASA PENYIASATAN:

Jawatankuasa Penyiasatan mendapati bahawa Kaunselor Berdaftar bernama ....................................................... No. MYKAD ................................................ yang terhadapnya aduan dibuat telah melanggar Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor di bawah...........................................................................(contoh:Bahagian B.3.e).

Contoh

5.1. Telah menyalurkan maklumat rahsia klien kepada media / orang yang tidak

berkaitan.........................................

5.2. Telah melanggar Kod Etika Bahagian B.3.e. Kod Etika Kaunselor Lembaga

Kaunselor

6. SYOR:

Berasaskan hasil siasatan, adalah disyorkan supaya Kaunselor Berdaftar yang bernama ....................................................... No. MYKAD ................................................yang terhadapnya aduan dibuat diambil tindakan yang sewajarnya berasaskan pertuduhan-pertuduhan berikut :

Contoh:

6.1. Pertuduhan Pertama:

Page 18: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

Bahawa tuan / puan sebagai seorang Kaunselor Berdaftar ketika bertugas di

........................... telah didapati menyalurkan maklumat klien melalui media elektronik dan telah didapati melanggar Kod Etika Kaunselor di bawah............................................................(contoh: Bahagian B.3.e).

6.2. Pertuduhan Kedua:

Bahawa tuan / puan sebagai seorang Kaunselor Berdaftar ketika bertugas di

........................... telah didapati.......................................................................... yang boleh ditafsirkan sebagai telah menyalahgunakan kedudukan tuan / puan sebagai seorang kaunselor. Maka dengan ini, tuan / puan telah melanggar Kod Etika Kaunselor di bawah ....................................................... (contoh: Bahagian B.3.e).

7. Laporan dikemukakan untuk pertimbangan dan tindakan susulan Jawatankuasa Tatatertib.

......................................................................................(Tandatangan Pengerusi Jawatankuasa Penyiasatan)Nama:Tarikh:

BORANG LKM /TKK (4) 2010

CONTOH SURAT KEPUTUSAN KES(TIADA PELANGGARAN KOD ETIKA KAUNSELOR)

(LETTER HEAD LEMBAGA KAUNSELOR)

........................................................... Ruj:

........................................................... Tarikh:

...........................................................

Page 19: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

KEPUTUSAN PELANGGARAN KOD ETIKA KAUNSELOR: ....................................(NAMA/NO. MYKAD/ NO KBPA)

Adalah dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Penyiasatan telah menjalankan penyiasatan ke atas aduan yang dibuat terhadap tuan / puan yang bertarikh .....................................................

2. Jawatankuasa ingin memaklumkan bahawa selepas menjalankan siasatan terhadap aduan itu didapati aduan tersebut adalah tidak berasas. Sehubungan itu, tiada tindakan akan diambil terhadap tuan / puan.

3. Pihak Lembaga Kaunselor mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah tuan/puan berikan dan berharap tuan / puan akan terus mematuhi Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 (AKTA 580).

4. Sekian, terima kasih

........................................................................(Tandatangan Pengerusi JK Penyiasatan )Nama :

BORANG LKM/TKK(5) 2010

CONTOH SURAT TUNJUK SEBAB PELANGGARAN KOD ETIKA KAUNSELOR

(LETTER HEAD LEMBAGA KAUNSELOR)

........................................................... Ruj:

........................................................... Tarikh:

...........................................................

Page 20: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

PENGADUAN PELANGGARAN KOD ETIKA KAUNSELOR TERHADAP : ......................................( NAMA/ NO. MYKAD/ NO PENDAFTARAN)

Bahawa satu aduan telah diterima oleh Pendaftar yang menyatakan bahawa tuan / puan telah melanggar Kod Etika Kaunselor yang membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap tuan / puan.

2. Setelah menimbang laporan Jawatankuasa Penyiasatan, Jawatankuasa Tatatertib telah mendapati bahawa tuan / puan patut dikenakan tindakan mengikut Garis Panduan Mengawal Selia Tatakelakuan atas pertuduhan- pertuduhan berikut:

Contoh:

2.1 Pertuduhan Pertama:

“Bahawa tuan / puan, seorang Kaunselor Berdaftar ketika bertugas di premis amalan ........................................... telah didapati ........................................................................ Dengan demikian, tuan/ puan telah melakukan kesalahan seperti di bawah Kod Etika Kaunselor Bahagian..................................................... .

Jika tuan / puan didapati bersalah atas pertuduhan di atas, tuan / puan boleh dihukum mengikut Garis Panduan Mengawal Selia Tatakelakuan (Perkara 8).

2.2 Pertuduhan Kedua:

“Bahawa tuan / puan, seorang Kaunselor Berdaftar ketika bertugas di premis.......................................... tuan/ puan didapati ...................................... Dengan yang demikian, tuan/puan telah melakukan kesalahan di bawah Kod Etika Kaunselor Bahagian ...............................................

Jika tuan / puan didapati bersalah atas pertuduhan di atas, tuan / puan boleh dihukum mengikut Garis Panduan Mengawal Selia Tatakelakuan (Perkara 8).

3. Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta membuat satu representasi secara bertulis yang mengandungi alasan-alasan yang tuan / puan hendak gunakan untuk membebaskan diri tuan / puan daripada pertuduhan-pertuduhan yang tersebut di atas. Representasi tuan / puan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib melalui Pendaftar dalam tempoh 21 hari daripada tarikh tuan / puan menerima surat ini. Sekiranya tuan / puan tidak berbuat demikian dalam tempoh masa yang ditetapkan, tuan / puan akan dianggap sebagai tidak hendak membela diri dan perkara ini akan terus diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib berasaskan keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja.

4. Sila akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan penerimaan

yang disertakan dan mengembalikannya secara pos berdaftar.

Sekian, terima kasih.

Page 21: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

.................................................................(Tandatangan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib)Nama:

...................................................................................................................................................

SURAT AKUAN PENERIMAAN

Saya (Nama/No.MYKAD) ..........................................................................................mengaku telah menerima naskah asal surat daripada Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Kaunselor dengan No. Rujukan: ................................................ bertarikh : .............................................. pada ...................................... jam ...............................................

.........................................(Tandatangan Penerima)

Disaksi oleh:

...................................(Tandatangan Saksi)Nama Saksi: No. MYKAD Saksi:

BORANG LKM/TKK (6) 2010

CONTOH SURAT KEPUTUSAN KES PELANGGARAN KOD ETIKA KAUNSELOR(ADA KESALAHAN)

(LETTER HEAD LEMBAGA KAUNSELOR)

...........................................................

........................................................... Ruj:

........................................................... Tarikh:

Page 22: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

KEPUTUSAN PENGADUAN PELANGGARAN KOD ETIKA KAUNSELOR TERHADAP (NAMA/ NO. MYKAD/ NO PENDAFTARAN):.....................................................................

Adalah dimaklumkan bahawa kami ingin merujuk kepada surat representasi tuan / puan no.rujukan ......................bertarikh .....................dan surat kami no. rujukan ................................... mengenai perkara di atas.

2. Jawatankuasa Tatatertib ingin memaklumkan bahawa setelah menimbang representasi tuan / puan dengan teliti dan saksama dan mengikut kuasa-kuasa yang diwakilkan kepada kami oleh Presiden di bawah Seksyen 36(2)(b) Akta Kaunselor 1998 dan Garis Panduan Mengawal Selia Tatakelakuan Kaunselor 2010, didapati bahawa tuan / puan tidak dapat membebaskan diri daripada aduan pelanggaran Kod Etika Kaunselor.

4. 3. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Tatatertib telah memutuskan :-

3.1 Sehubungan dengan pertuduhan pertama, Jawatankuasa Tatatertib mengenakan hukuman CELAAN mengikut Garis Panduan Mengawal Selia Tatakelakuan Kaunselor 2010 (Perkara 8(i)).

3.2 Sehubungan dengan pertuduhan kedua, Jawatankuasa Tatatertib mengenakan hukuman GANTUNG PENDAFTARAN SELAMA 3 BULAN mengikut Garis Panduan Mengawal Selia Tatakelakuan Kaunselor 2010 (Perkara 8(iv)).

4. Adalah juga dimaklumkan bahawa hukuman terhadap tuan / puan seperti yang tersebut di atas berkuatkuasa mulai tarikh surat ini disampaikan kepada tuan / puan.

5. Sila akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan penerimaan yang disertakan dan mengembalikannya secara pos berdaftar.

Sekian, terima kasih

..................................................................................(Tandatangan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib)Nama:

SURAT AKUAN PENERIMAAN

Saya (Nama/No.MYKAD) ..........................................................................................mengaku telah menerima naskah asal surat daripada Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Kaunselor dengan No. Rujukan: ................................................ bertarikh : .............................................. pada ...................................... jam ...............................................

.........................................(Tandatangan Penerima)

Page 23: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

Disaksi oleh:

...................................(Tandatangan Saksi)Nama Saksi: No. MYKAD Saksi:

LEMBAGA KAUNSELOR MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA AHLI - AHLI YANG TERLIBAT DALAM MENYEDIA DAN MENGGUBAL GARIS PANDUAN PELAKSANAAN, PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN AMALAN (AKTA KAUNSELOR 1998- AKTA 580).

• YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Amir bin Awang (Ahli Lembaga)

• Prof. Dr. See Ching Mey (USM)

• Supt. Ong Chin Lan (Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM)

• Tuan Hj. Masbah Dato’ Hj Mohd Taha (KPM)

• Prof. Madya Dr. Fadhil Che Din (ISM)

Page 24: Panduan mengawalselia tatakelakuan kaunselor

SULIT

• YBhg. Dato’ Dr. Hj Mansur bin Abdullah (mantan Presiden Lembaga

Kaunselor 2004 - 2009)• Dr. Mohd Sarfraz Manzoor Hussain (KKM)

• En. Juhari Jani (Pendaftar)

• En Suhaimee Abd Gani (mantan Penolong Pendaftar 2004 - 2009)