Upload
lily-suzana
View
1.499
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Tahun : Tahun 1 Beta
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Capan
Tema : Alam Semula Jadi
Tajuk : Hiasan Tabung
Masa : 60 minit
Media : Alat : berus, palet dan daun
Bahan: kertas lukisan dan warna air atau warna
poster atau warna tempera
Bahan Bantu Mengajar : i. Contoh-contoh corak teknik capan.
ii. Persembahan multimedia tentang teknik capan dan
bahan serta alatan yang diperlukan
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif, Elemen
Keusahawanan.
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa,
warna, jalinan, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan
manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik capan .
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam
penghasilan corak.
4. Persepsi dan pemahaman bahasa seni (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa,
warna, jalinan, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan
manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik capan .
5. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam penghasilan corak.
6. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam
penghasilan corak.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang ada pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Rupa – organik dan geometri
2.1.1.2 Warna – primer dan sekunder
2.1.1.3 Jalinan – tampak dan sentuh
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Harmoni – ulangan atau susunan yang seimbang
2.1.2.2 Kesatuan – dalam alam semula jadi
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat – berus, palet, dan daun
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera
2.2.2 Menyatakan teknik penggunaan media dalam penghasilan corak teknik capan
2.2.2.1 Teknik – capan (corak terancang)
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya
seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan persembahan multimedia tentang maksud teknik capan.
Guru menunjukkan contoh-contoh karya yang terhasil daripada teknik capan.
Bersoal jawab dengan murid mengenai kefahaman mereka tentang teknik capan.
Murid menunjukkan minat dengan contoh-contoh karya yang ditunjukkan.
Aplikasi Seni
Guru menunjukkan setiap alatan yang diperlukan untuk membuat teknik capan menggunakan persembahan multimedia.
Murid memberi respon tentang jenis-jenis alatan yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik capan.
Murid turut menunjukkan alatan yang dibawa berdasarkan senarai yang diberikan.
Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan corak menggunakan teknik capan dengan bimbingan guru.
Bimbingan kepada murid berdasarkan langkah-langkah berikut :
Langkah 1
Sediakan sekeping kertas lukisan.
Bancuhkan warna yang hendak digunakan.
Capkan warna yang telah dibancuhpada permukaan daun.
Langkah 2
Capkan daun yang telah diwarnakandengan menekankannya pada kertaslukisan.
Ulangi langkah 2 dengan menggunakan warna yang berlainan.
Langkah 3
Capkan secara bertindan-tindihsehingga memenuhi ruangan.
Setelah hasil kerja siap dandikeringkan, ia boleh dilekatkan padatin minuman sebagai hiasan tabung.
Apresiasi Seni
Guru mengawasi disiplin murid.
Guru meminta murid bercerita pengalaman mereka membuat hasil seni kepada rakan.
Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil karya sendiri dan rakan-rakan.
Murid menceritakan perasaan dan pengalaman masing-masing ketika melakukan aktiviti seni.