Upload
bintu-rashid
View
1.081
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
TUTORIAL
TUTORIAL 1
TUTORIAL 2
TUTORIAL 4
TUTORIAL 3
KATA NAMA• Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian
yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
• Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti ayah,polis,ayam,komputer, bank,jalan raya, pulau
• Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Contohnya Sri Aman,Cik Rafidah, Inspektor Azman,Pak Belang, Sang kancil,Shah Alam, Kuala Lumpur
• Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
• Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:• diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku• diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba• diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
• Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).
KATA NAMAGariskan kata nama yang berada dalam ayat.
1. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.3. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang
masalah alam sekitar.4. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya
ketika dia berusia tiga hari.5. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing
kecuali budak yang begar itu.7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil
ciptaan Encik Suki.10.
Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.
JAWAPAN
JAWAPAN1. Aliza-kasut-Alfio Raldo
2. Sekolah-pelajar
3. Puisi-Shakila
4. Mardiana-keluarga
5. Laporan-guru
6. Murid-budak
7. Permohonan-Jabatan Kewangan
8. Anak-anak
9. Seramik-Encik Suki
10.Mereka-musuh
KATA ADJEKTIF• Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali,
sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
• Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
• Terdapat sembilan subgolongan untuk kata adjektif1. sifat2. Warna3. Ukuran4. Bentuk5. Waktu6. Jarak7. Cara8. Pancaindera9. Adjektif perasaan
KATA ADJEKTIFIsi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai .
1. Masakan ibu saya sungguh ___________.
2. Pokok kelapa yang ____________ itu sudah berbuah .
3. Adik tidak suka makan ubat kerana rasanya _______________ .
4. Rosnah suka memakai baju berwarna ________________ .
5.Jangan bergaul dengan budak-budak _______________ itu .
6. Badan Mazlin _______________ kerana menghidap penyakit leukimia .
7. Muka Rosni ________________ seperti bulan mengambang .
8. Abang menunggang motosikal terlalu _______________ .
9. Rumah Steven sangat _____________ .
10. orang yang suka mencuri digelar si ______________ tangan. JAWAPAN
JAWAPAN1. Sedap2. Tinggi3. Pahit4. Merah5. Nakal6. Kurus7. Cantik8. Laju9. Besar10. Panjang
KATA KERJA
• Kata kerja terbahagi kepada:• Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )• Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
• Kata Kerja TransitIf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek )
• Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )• Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada
sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan
KATA KERJA• Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh
pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
• Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi
• Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,dan ber...kan.
• Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras
• Peringatan: Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’di hujungnya.
KATA KERJA
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
4) Azila sedang menidurkan adiknya di dalam buaian.
5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti. 6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.
8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggang motosikal.
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.JAWAPAN
JAWAPAN1. Mengasah2. Mandi3. Menyiram4. Menidurkan5. Mengisi-memasuki6. Menyanyi7. Berlatih8. Pergi-menunggang9. Terjatuh10. Memanjat-memanggil
KATA HUBUNG
• Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat
• Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:(a) kata hubung gabungan(b) kata hubung pancangan(c) kata hubung berpasangan.
KATA HUBUNGPilih jawapan yang betul.
1. Dia tidak mahu pergi berjumpa dengan doktor____demam. A sementara C lalu B agar D walaupun2. Adiknya bijak____rajin. A hingga C serta B setelah D kerana3. Puah Esah menjahit baju____menunggu anaknya pulang. A sementara C meskipun B sesudah D supaya4. Pokok bunga itu akan layu____mendapat air yang mencukupi. A kerana C melainkan B sementara D seraya5. Emak menudung lauk itu____tidak dihinggapi lalat. A supaya C kerana B lalu D selama
KATA HUBUNG
6.Buku ini sesuai untuk pelajar sekolah menengah____tidak sesuai untuk murid sekolah rendah. A kerana C sementara B tetapi D sewaktu7.Jangan guna lif untuk melarikan diri____berlakunya sesuatu kebakaran. A tetapi C serta B selagi D sewaktu8. ____mereka sampai,adik saya sedang bermain di padang. A Sekiranya C Semasa B Sungguhpun D Manakala9. Buatlah kerja itu____selesai. A serta C sehingga B manakala D seandainya10. Sivam terpijak kulit tembikai____tersungkur. A lalu C sambil B selagi D tetapi JAWAPAN
JAWAPAN1. D2. C3. A4. C5. A6. B7. D8. C9. C10. A