View
273
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Setiap atlet samada pemain bola sepak tempatan seperti di Kelab Johor
FC mahupun pemain kelab tersohor seperti Real Madrid pasti akan
memberikan hampir seluruh jiwa dan raga mereka terhadap sukan. Memetik
kata-kata Bruce Jenner, pemenang pingat emas Olimpik bagi acara
decathlon, “I learned that the only way you are going to get anywhere in life is
to work hard at it. Whether you're a musician, a writer, an athlete or a
businessman, there is no getting around it. If you do, you'll win - if you don't,
you won't.” Begitulah kuatnya kepercayaan beliau terahadap usaha yang
keras demi mencapai pencapaian terbaik.
Walaubagaimanapun, badan manusia tidak boleh terlalu kerap
menghadapi tuntutan-tuntutan sukan. Umum mengetahui bahawa di kalangan
para atlet terdapat satu pegangan bahawa mereka mesti bekerja keras
supaya dapat memperbaiki prestasi dan merealisasikan harapan peminat dan
menaikkan maruah negara atau kelab. Namun, latihan gigih meletakkan
banyak tekanan pada badan dan boleh membuat seseorang lebih lemah.
Pada waktu itu, tempoh rehatlah yang sebenar-sebenarnya yang
mempengaruhi prestasi seseorang atlet dan bukannya terletak kepada
persoalan samaada latihan yang diberikan mencukupi atau tidak. Sekiranya
rehat yang mencukupi tidak dimasukkan ke dalam program latihan mereka,
kesannya dapat dilihat pada diri atlet-atlet tersebut iaitu kemerosotan
pencapaian sebelum waktunya. Pada waktu itu, peminat fanatik dan pemilik
pasukan akan tertanya-tanya dan cuba mencari kambing hitam sebagai jalan
pintas dan selalunya usaha untuk menyelesaikan masalah kemerosotan
prestasi atlet akan tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Semua
pihak yang berkaitan dengan atlet harus menyedari bahawa pencapaian
seseorang atlet bergantung kepada beberapa faktor. Hal ini akan dikupas
dan diterangkan dengan lebih lanjut melalui perkaitan atlet dengan isu lebihan
latihan, staleness, burnout.
1
2.0 DEFINISI
Istilah lebihan latihan merujuk kepada latihan yang dijalankan secara
singkat tetapi mengandungi latihan yang berat untuk mencapai pencapaian
yang maksimum. Menurut O’Connor (1997) ia melibatkan sesuatu jangka
waktu (maksimum), mempunyai signifikan dalam rangsangan latihan dan
melibatkan latihan yang berfrekuensi tinggi (lebih daripada 1 sesi sehari). Jika
seorang atlet terus diberi lebihan latihan, ia akhirnya boleh membawa kepada
burnout yang selalu mengakibatkan pengunduran awal daripada arena sukan.
Berdasarkan kamus Macmillan English Dictionary for Advanced Learners,
‘burn-out’ membawa maksud seseorang yang sangat penat dan tiada tenaga,
biasanya disebabkan oleh bekerja atau kerisauan yang banyak. Manakala
istilah burnout pula dalam konteks sukan melibatkan psikologi, emosi, dan
penarikan diri secara fizikal daripada menyertai acara. Smith (1986)
menyatakan bahawa terdapat 3 indikator bagi kondisi burnout iaitu yang
pertama, keletihan/kepenatan dalam aspek fizikal dan emosi. Keduanya,
tanda-tanda peribadi – respon yang negatif diberikan dan yang terakhir,
perasaan tertekan, kurang keyakinan dan gagal.
Di samping itu, istilah staleness pula membawa maksud ”latihan yang
berlebihan yang secara nyata menurunkan tahap kesediaan atlet.” (The
American Medical Association 1996). Atlet boleh mencapai satu titik yang
mana dia tidak larat untuk memulakan atau menyiapkan microcycles yang
dijadualkan disebabkan oleh keletihan kronik. Pada ketika ini prestasi dalam
pertandingan biasanya berada di bawah tahap ekspetasi atau tahap-tahap
yang mediocre. (Brit.J.Sports Med.- Vol. 21, No. 3, 1987)
2
2.1 PERBEZAAN BURNOUT, OVERTRAINING DAN STALENESS
Jurulatih-jurulatih dan ahli-ahli sains sukan di Amerika Syarikat telah
sekian lama melabel keletihan sebagai staleness. (Griffith, 1926; Karpovich,
1959; Morehouse and Rasch, 1958; Morgan, 1985b, Wolf, 1971), manakala
jurulatih-jurulatih di Eropah lebih cenderung untuk menggunakan istilah
lebihan latihan untuk menggambarkan masalah ini (Bompa, 1983; Harre,
1982; Kereszty, 1971; Mellerowicz & Barron, 1971). Kedua-kedua istilah ini
walaubagaimanapun tidak harus disamakan , kerana staleness mewakili hasil
atau produk, manakala lebihan latihan mencerminkan satu proses. (W P
Morgan, D R Brown, J S Raglin 1987) Pada 1997, Ralph Vernacchia
menghasilkan sebuah artikel mengenai perspektif psikologikal tentang lebihan
latihan. Beliau menggabungkan keputusan-keputusan daripada kajian
terdahulu untuk mentakrifkan lebihan latihan, mengenal pasti atlet lebihan
latihan dan juga mengenalpasti faktor untuk risiko sindrom ini. Vernacchia
telah bersetuju dengan Morgan (1992) bahawa perkataan lebihan latihan
ialah satu proses berterusan, manakala staleness dan burnout merujuk
kepada hasil-hasil lebihan latihan.
3
3.0 MODEL ‘ BURNOUT’
Staleness dan burnout ialah satu masalah besar bagi kebanyakan
atlet-atlet hari ini sama ada mereka berada di tahap amatur atau profesional.
Namun, masalah yang membawa keletihan fizikal dan emosional ini masih
boleh dikenalpasti dan apabila ia berlaku ia masih boleh dirawat. Tetapi
sudah tentunya penyelesaian terbaik untuk staleness dan burnout ialah
pencegahan daripada awal lagi. Terdapat tiga model yang telah digunakan
untuk menerangkan sebab-sebab burnout atlet.
3.1 MODEL STRESS KOGNITIF- AFEKTIF (SMITH, 1986)
R. E Smith (1986) telah menghasilkan sebuah model yang dipengaruhi
teori pertukaran social oleh Thibaut & Kelly 1959 (Social exchange theory
Thibaut & Kelly 1959) . Menurut teori tersebut perilaku manusia dikawal oleh
keinginan untuk memaksimumkan pengalaman positif dan meminimasikan
pengalaman negatif. Disebabkan itu, atlet akan cenderung untuk
mengundurkan diri (drop out) daripada sukan berdasarkan analisis kos-
untung; mengundurkan diri apabila kos melebihi keuntungan ataupun apabila
mereka merasakan ada alternarif lain yang lebih disukai. Oleh itu, R E Smith
telah mendefinisikan burnout sebagai pengunduran psikologikal, emosional
dan terkadang fizikal daripada aktiviti yang pernah digemari. Sebuah ulasan
kajian bertajuk ”Burnout in Sport: A Systematic Review”, hasil penulisan Kate
Goodger, Trish Gorely, David Lavallee, Dan Chris Harwood daripada
Loughborough University, ada memetik bahawa berdasarkan Smith model,
proses berlakunya burnout adalah selari dengan berlakunya tekanan dan
burnout ialah produk hasil daripada tekanan yang kronik. Ia wujud melalui
empat fasa atau tahap iaitu kehendak persekitaran, penilaian kognitif interaksi
antara individu dan keadaan, respon fisiologi (berkaitan dengan penilaian),
dan respon tingkahlaku.
4
3.1.1 Tahap 1- Kehendak Persekitaran
Pada Tahap 1 diterangkan bahawa seseorang atlet mengalami
tekanan kesan daripada persekitaran. Ini seterusnya menyebabkan
berlakunya lebihan latihan, stress dan akhirnya akan mengakibatkan
’burnout’. Situasi yang sama pernah berlaku kepada Kyle Brotzman, seorang
pemain bola sepak Amerika bagi sebuah pasukan kolej, Boise State sewaktu
perlawanan menentang Nevada pada 26 November 2010. Beliau kecundang
di dalam dua percubaan gol padang iaitu pada jarak 26 dan 29 ela. Ramai
yang menganggap gol padang itu sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Namun tidak bagi Brotzman yang telah menjadi mangsa daripada tekanan
yang wujud daripada senario kejohanan bola sepak Amerika interkolej.
Kejohanan bola sepak Amerika interkolej melibatkan pelaburan yang semakin
lumayan, perhatian media dan masyarakat yang semakin meluas dan
tekanan untuk menang yang semakin memuncak. Di atas bahu ”kicker” muda
tersebut tergalas harapan dan ekspetasi yang sangat besar. Pertamanya, dia
perlu bekerja keras untuk mendapatkan mata supaya dapat menjamin tempat
bagi pasukannya di dalam Rose Bowl1 sekaligus menjamin sekurang-
kurangnya penerimaan bayaran US$ 3 juta bagi pasukannya dan bonus
persembahan berjumlah US$ 125,000 bagi jurulatihnya (The New York
Times, 20 Disember 2010). Namun, tekanan yang paling tinggi bagi Brotzman
ialah untuk mendapatkan pengiktirafan daripada peminat tempatan dan
pasukan lain serta pengiktirafan peminat antarabangsa. Akibat daripada
kehendak persekitaran ini, dia gagal untuk menyudahkan percubaan gol
mudah yang diberi. Situasi mungkin jauh berbeza sekiranya dia bermain demi
memenuhi ekspetasi diri sendiri sahaja dan bukan atas tekanan persekitaran.
1
5
3.1.2 Tahap 2- Penilaian dan pentaksiran kognitif
Penilaian kognitif ialah interaksi antara persepsi dan pendapat peribadi
dan faktor-faktor persekitaran. Kebolehan seseorang atlet itu sendiri mentafsir
tuntutan situasi mempengaruhi cara mereka berhadapan dengan kehendak
persekitaran di Tahap 1. Apabila atlet-atlet berpersepsi negatif, situasi di
sekeliling akan kelihatan teramat mengecewakan di mata mereka sedangkan
hakikatnya tidak sebegitu. Akan tetapi, jika mereka berpersepsi terlalu positif
pula sehingga merasakan perlawanan tersebut kurang mencabar maka
berlakulah staleness dan burnout. Oleh itu, adalah sangat penting bagi atlet
untuk berpersepsi bahawa ada ”skill-challange balance” ataupun
keseimbangan di antara cabaran dan kemahiran di dalam latihan mereka.
Sebagai contoh, pemain kelab Chelsea berpersepsi bahawa jika
mereka tidak beraksi dengan sempurna atau berada di tangga teratas liga
maka jurulatih mereka ialah orang yang patut dipersalahkan. Umum
mengetahui bahawa pemain-pemain Chelsea sangat berani dalam
menentukan hal-hal berkaitan kelab terutamanya pemain senior seperti
Lampard dan Drogba. Mereka telah menjadikan hidup bekas pengurus /
jurulatih menjadi sukar di atas kegagalan beliau untuk membawa kelab ke
pencapaian yang membanggakan walaupun beliau hanya baru memegang
jawatan jurulatih selama 8 bulan. Lalu mereka cenderung bermain secara
tidak kemas dan sering berkonfrontasi dengan jurulatih. Kesannya, Andre
Villas Boas, bekas pengurus kelab bola sepak Chelsea telah dipecat
sedangkan mereka masih lagi berpeluang memenangi piala untuk UEFA
Champions League dan FA Cup. Namun itu masih belum cukup untuk
mengubah persepsi negatif mereka terhadap situasi yang berlaku kerana
terlalu menginginkan kesempurnaan.
6
3.1.3 Tahap 3 dan 4 – Respon Fisiologi dan Respon Tingkah Laku
Respon fisiologi terjadi tatkala ramalan buruk dan menggusarkan
tentang corak permainan seakan-akan menjadi realiti. Ini kemudiannya
mengakibatkan tekanan, kemarahan, insomnia dan kelesuan. Respon
Tingkah Laku pula terjadi apabila atlet tidak dapat mengatasi respon fisiologi.
Ini akan mengakibatkan penarikan diri daripada mengambil bahagian
daripada beberapa perlawanan.
3.2 MODEL NEGATIVE – TRAINING STRESS RESPONSE (SILVA 1990)
Satu lagi kajian telah dilakukan dalam 1990 oleh John Silva dan beliau
telah menghasilkan model yang mendefinisikan ciri-ciri adaptasi positif dan
negatif terhadap tekanan latihan. Beliau menggunakan atlet-atlet antara kolej
yang terlibat dalam sepuluh jenis sukan. Silva mempercayai bahawa burnout
lebih tertumpu kepada respon terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan dan
lebihan latihan akan menyebabkan adaptasi negatif.
Beliau terlebih dahulu membahagikan tekanan latihan kepada tiga
fasa, staleness, lebihan latihan dan burnout. Staleness ditakrifkan sebagai
kegagalan awal mekanisme-mekanisme badan untuk berhadapan dengan
tekanan psikologi dicipta oleh stimulus latihan. Berdasarkan kajian beliau,
ianya dialami oleh 72.7% atlet-atlet, dan mereka masih lagi boleh bertahan.
66.1% daripada responden pula menunjukkan simptom lebihan latihan iaitu
kegagalan berulang mekanisme-mekanisme adaptif badan dalam
menghadapi tekanan latihan yang kronik. Daripada jumlah tersebut, 46.9%
daripada atlet mengalami fasa terakhir iaitu burnout. Burnout ialah kesan
keletihan psikofisiologikal akibat usaha-usaha kerap untuk mencapai tuntutan-
tuntutan latihan yang berlebihan. Burnout dianggap sebagai kesan negatif
tekanan latihan yang paling teruk. Ini mungkin juga apa yang telah berlaku
kepada pemain midfield Arsenal dan pemain kebangsaan Perancis pada
Piala Dunia 2002, Patrick Vieira. Vieira telah meminta Wenger untuk
mengeluarkan dirinya daripada kesebelasan pertama pasukan Gunners itu, .
Dia mengatakan bahawa persembahan buruknya adalah disebabkan 7
kepenatan.Di dalam temu ramah bersama French magazine l'Equipe, dia
merungut dan mengatakan kejayaan Arsenal pada musim lalu dan eksploitasi
ke atas dirinya untuk Piala dunia telah menjadikan dirinya kepenatan.. Dia
bermain 66 perlawanan pada penggal sebelumnya dan muncul untuk kali ke
42 bagi perlawanan antarabangsa. Vieira menggunakan perkataan "cooked"
untuk menggambarkan keadaan dirinya selepas 66 perlawanan dan
rungutannya disokong professor Dvorak.
3.3 MODEL KAWALAN LUAR ( EXTERNAL CONTROL MODEL COAKLEY, 1992)
Model yang terakhir merupakan model kawalan luar yang
mengemukakan bahawa burnout disebabkan oleh masalah sosial melalui
cara sesebuah sukan dikelolakan. Ia cenderung untuk membuat atlet-atlet
percaya bahawa mereka tidak mempunyai kawalan ke atas persekitaran
mereka. (Coakley, 1992)
Model ini menawarkan penerangan dari sudut sosiologi yang mana
burnout dilihat sebagai produk daripada organisasi sesebuah sukan. Ia juga
lebih tertumpu kepada atlet-atlet yang muda. Penglibatan dengan latihan
intensif yang dijalankan menyebabkan mereka kekurangan masa untuk
bergaul dengan rakan sebaya.
Atlet muda dalam pertubuhan-pertubuhan sedemikian mengalami
perampasan identiti, yang menyebabkan dalam satu ekadimensi identiti dan
satu perasaan kehilangan autonomi. (Coakley,1992) Transisi seorang atlet
muda daripada menjadi bintang di sekolahnya kepada menjadi hanya salah
seorang daripada ramai lagi atlet yang berbakat boleh mendatangkan
tekanan. Ini ditambah lagi dengan perpindahan daripada rumah ke
persekitaran baru yang mana sokongan sosial menjadi kurang. (Pearson &
Petitpas 1990)
8
4.0 PENYEBAB- PENYEBAB LEBIHAN LATIHAN DAN ‘BURNOUT’
Dengan mengetahui apakah penyebab-penyebab burnout, sedikit
sebanyak ia membantu jurulatih atau atlet mengenal pasti apakah yang
menimbulkan lebihan latihan dan burnout dan cuba untuk mengelakkannya.
Pertama sekali, kita boleh merujuk semula model Stress Kognitif-
Afektif (Smith, 1986) seperti mana yang telah dikupas di atas. Di dalam setiap
setiap satu empat tahap yang ada terdapat punca-puncanya yang tersendiri
iaitu harapan yang tinggi untuk menang, penurunan pencapaian, hilang
konsentrasi, penarikan diri secara psikologi dan takut kepada persaingan dan
kekalahan.
Selain itu, Fegley di dalam kajiannya pula mendapati burnout mungkin
adalah hasil kurangnya dorongan yang berlaku akibat perubahan dan sifat
maklum balas, kurangnya autonomi atlet , dan kesedaran yang meningkat
tentang akibat penyertaan sosial, fizikal dan kompetitif yang kuat. Terdapat
juga beberapa ciri peribadi seseorang atlet yang menjadikan dirinya lebih
cenderung untuk mengalami burnout termasuklah sifat yang mahukan
kesempurnaan, terlalu berorientasikan kepada orang lain dan kurang
kemahiran interpersonal yang stabil dan tidak mudah goyah. (Feigley, 1984).
Pada tahun 1987 pula, Morgan, Brown, Raglin, O Connor and Ellickson
telah menjalankan kajian terhadap punca gangguan mood di kalangan atlet
renang kolej yang kompetetif. Tatacara amnya ialah satu penilaian
psikometrik menggunakan Profile of Mood States (POMS). Ia mampu
mengukur tahap-tahap mood berkaitan sperti, ketegangan, depresi,
kemarahan, keletihan dan kekeliruan. POMS diberi kepada kira-kira 400
anggota (lelaki & wanita) pasukan renang di dalam sebuah latar dan bilangan
latihan yang realistik. Kesimpulan yang dicapai di dalam kajian itu ialah tahap
mood yang terganggu meningkat apabila stimulus latihan ditambah. Punca
lain selain daripada latihan untuk pertandingan seperti tekanan akademik,
ekonomi atau sosial, telah mendorong dll Morgan. (1987) untuk menjalankan
satu lagi kajian menggunakan kumpulan-kumpulan kawalan. Penemuan-
9
penemuan yang dicapai telah menyokong pandangan bahawa gangguan
mood serta lebihan latihan dikaitkan dengan stimulus latihan dan bukan
penyebab-penyebab yang lain.
Pines (1993) pula dalam melebarkan lagi fokus punca burnout dengan
menyatakan bahawa individu yang mempunyai motivasi yang sangat tinggi
adalah sangat berisiko untuk mengalami burnout. Menurut pendapat tersebut
seseorang atlet itu haruslah ”dibakar” oleh minat sebelum proses burnout
boleh berlaku. Mereka yang tidak ”dibakar” oleh minat (tidak mempunyai
motivasi yang tinggi) boleh merasai tekanan, kemurungan dan keletihan
seperti atlet lain namun tidak akan mengalami burnout. Ini menjadikan atlet
yang ingin berjaya sangat terdedah kepada risiko burnout kerana komitmen
adalah satu elemen untuk mencapai kejayaan. (Durand-Bush, Salmela &
Green Demers, 2011). Jadi di sini dapat dilihat bahawa burnout secara
uniknya boleh disebabkan oleh usaha gigih yang tidak kenal putus asa demi
mencapai kemenangan.
10
5.0 SIMPTOM
Terdapat beberapa kelakuan yang mampu memberi petunjuk yang
ketara semasa kita mendiagnosis seseorang atlet samada dia mengalami
staleness atau burnout. Tanda yang pertama adalah seseorang atlet berada
dalam kejatuhan pada satu masa di dalam satu musim. Sebagai contoh
semasa Piala Dunia 2002 yang berlansung di Jepun dan Korea, pasukan-
pasukan yang dijangka untuk memenangi Piala Dunia, seperti Perancis dan
Portugal, lansung tidak berjaya untuk melepasi perlawanan peringkat
kumpulan. Semasa dan sebaik sahaja selepas Piala Dunia, beberapa
wartawan dan World Soccer Association (FIFA) memulakan satu
perbincangan tentang mengapa ini pasukan-pasukan tidak mampu beraksi di
tahap yang dijangkakan. Ramai yang lantas mengaitkan situasi tersebut
dengan burnout, lebihan latihan, dan “underrecovery” disebabkan jadual
permainan pemain-pemain sepanjang musim. Terutamanya atlet-atlet dari
kelab-kelab berprofil tinggi yang menyertai perlawanan antarabangsa seperti
Champion League atau UEFA-Cub di Eropah. Kedua-dua perlawanan
memiliki kalendar perlawanan yang sangat ketat. Misalnya, Hertha BSC
bermain lebih banyak perlawanan berbanding dengan mana-mana pemain
bola sepak profesional Jerman yang lain sepanjang separuh pertama musim
1999- 2000 iaitu 29 perlawanan dalam masa 18 minggu .
Simptom yang lain ialah melakukan kesilapan yang terlalu serius dan
menunjukkan keletihan kronik semasa sesi latihan. Tingkah laku seorang atlet
yang mengalami burnout atau staleness akan terlihat di dalam mana-mana
keadaan pun dan tidak semestinya hanya ketika perlawanan. Di sinilah
letaknya peranan seorang jurulatih dalam menghalang burnout menyeluruh
daripada berlaku sekiranya perilaku negatif mereka dikesan awal dan jurulatih
mengambil berat terhadap simptom yang ditunjukkan. Jika jurulatih melihat
pemain-pemainnya menunjukkan tanda-tanda kekurangan tidur, hilang
keyakinan secara tiba-tiba, raut wajah yang menunjukkan depresi atau
ketakstabilan emosi, dia perlu tahu bahawa pemain berada dalam mod
staleness. Ia mungkin membawa kepada burnout yang menyeluruh jika
sesuatu tidak dibuat mengenainya.
11
6.0 RAWATAN
Berdasarkan apa yang berlaku terhadap atlet di seluruh dunia jelas di sini
bahawa lebihan latihan, staleness dan burnout di dalam diri atlet-atlet ialah
satu fenomena yang menunjukkan gejala-gejala yang memudaratkan bagi
prestasi atlet. Pelbagai kajian telah dijalankan dan setiap kajian
mengetengahkan simptom-simptomnya sendiri. Walaupun terdapat
perbezaan tetapi cara rawatan yang jelas dipersetujui oleh setiap model ialah
rehat yang mencukupi atau pun time out. Menurut sebuah artikel bertajuk
Overtraining: Two Types, And Treatment, lebih lama lebihan latihan telah
berlaku; lebih banyak rehat diperlukan. Atlet boleh perlahan-lahan
menyambung semula latihan pada aras-aras yang rendah diselang sehari dan
beransur-ansur kembali ke cara mereka berlatih seperti biasa. Ini untuk
mengelakkan daripada masalah yang sama berulang.
Disebabkan itu, jurulatih juga seharusnya meletakkan matlamat jangka
masa pendek untuk pertandingan dan latihan dan tidak terlalu tamak melatih
atlet semata-mata untuk perlawanan yang akan berlansung mungkin 4-5
tahun akan datang. Jurulatih perlu memberikan pemain-pemain lebih masa
rehat di antara latihan dan perlawanan dan membenarkan mereka
mengalihkan minda mereka daripada pertandingan dan prestasi untuk
seketika. Tempoh-tempoh rehat telah didapati menjadi satu daripada langkah-
langkah paling berkesan dalam mencegah burnout. Sebagai contoh, jurulatih
juga boleh membenarkan atlet-atlet membuat keputusan jika mereka mahu
mempunyai latihan di satu masa yang tertentu atau di hari tertentu.
Bagi aspek komunikasi pula, perlu ada komunikasi yang baik antara atlet
dengan jurulatih, pengurus serta ibu bapa. Ibu bapa harus memberi ganjaran
usaha bukan sahaja tertumpu pada hasil iaitu dengan memberitahu dan
menunjukkan atlet yang mereka menghargai dan menyayangi mereka tidak
kira apa mereka yang capai. Selain itu, mereka juga harus menekankan etika
kerja dan kesabaran kerana ia kunci penting dalam kehidupan terutamanya
kepada atlet muda. Di samping itu, ibu bapa juga perlu membantu atlet
mencari cara menikmati sukan mereka tidak kira apa tahap atau keupayaan
mereka bersaing ketika itu. (Erika Carlson, Excellence In Sport Performance
12
Volume 1, Number 2). Jurulatih pula harus merujuk punca tekanan di tahap
kedua Model Stress Kognitif- Afektif (Smith, 1986) dan memahami persepsi
seseorang atlet supaya mereka dapat mewujudkan komunikasi yang
berkesan dan kepercayaan antara satu sama lain.
Bagi pihak atlet pula mereka perlu mempelajari cara pengaturan diri
sendiri (self-talk). Mereka boleh mencuba memiliki sebuah log latihan dan
mencatat perasaan mereka, kesakitan otot, keletihan atau pun keadaan
kesihatan yang lain-lain selepas setiap latihan. Sekiranya, mereka kecewa
dengan prestasi mereka selepas perlawanan, mereka boleh meluahkannya di
dalam log itu jika mereka enggan atau malu untuk berkongsi dengan orang
lain.
Di samping itu, atlet juga harus belajar menangani emosi selepas
pertandingan. Menjalani sesi-sesi yoga bersama pasukan dan bermeditasi
bersama boleh menggalakkan perpaduan dan memberi satu peluang untuk
mengalihkan fikiran pemain-pemain selepas pertandingan dan ia didapati
menjadi sangat berkesan. Perkara kecil kadang-kadang boleh
mengembalikan semula apa yang hilang pada satu masa dalam satu musim
itu. Konflik mungkin timbul semasa di atas gelanggang atau padang namun
mereka harus sedar bahawa di luar perlawanan rakan-rakan sepasukan
mereka tetap boleh menjadi seorang rakan yang baik dan memiliki personaliti
yang berbeza sekaligus melahirkan satu pasukan sihat yang sentiasa
bersedia untuk beraksi sewaktu keadaan sukar dan senang.
Bidang sukan sememangnya mencabar tetapi jika atlet tidak menghadapi
masalah dengan jurulatih dan keluarga tekanan itu tidak akan
menghanyutkan mereka malah memberikan adrenalin. Seperti apa yang
dirasakan oleh Steven Gerard, kapten kelab Liverpool pada tahun 2005. “But I
think the Champions League Final puts a massive pressure on every player
and the manager, but we're enjoying the pressure and hopefully we can go
there and win it.”
13
7.0 PENUTUP”Many have the view that being burned out is the same as being lazy and
mentally weak, and that is something that an athlete wants to be”
- Female elite cross-country skier
Amat menyedihkan sekiranya isu burnout, staleness dan lebihan
latihan dipandang enteng oleh masyarakat dan pihak yang terlibat dengan
pengurusan atlet. Atlet- atlet sukan mungkin beraksi demi rekod peribadi atau
pun ganjaran yang lumayan namun tekanan daripada jurulatih, peminat dan
media bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan begitu sahaja di kala diasak
pihak lawan di dalam perlawanan penting.
Sebaik sahaja mereka menyarung jersi yang tertera nama kelab atau
negara, mereka telah memikul harapan dan tanggungjawab yang teramat
besar dan mungkin terlalu besar bagi seorang manusia biasa. Sekiranya
seseorang atlet gagal memberikan terbaik dia akan mengecewakan mungkin
berjuta-juta peminat dan sudah tentu ia menjurus kepada lebihan, staleness
dan burnout. Maka, di dalam arena sukan bidang psikologi haruslah bergerak
seiring dengan bidang fisiologi dalam menentukan apa yang terbaik untuk
atlet.
14
RUJUKAN
Should Vieira take a break? (2002, September 12). Retrieved March 26,
2012, from news.bbc.co.uk:
http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/sports_talk/2254216.stm
A., D. (2008, August 15). Chelsea Tickets. Retrieved March 24, 2012, from
footballticketsonline.co.uk:
http://www.footballticketsonline.co.uk/chelsea-tickets/
Branch, J. (2010, December 20). With $8 Million on the Line, It Is More Than
Just a Game. Retrieved April 3, 2012, from www.nytimes.com:
http://www.nytimes.com/2010/12/21/sports/ncaafootball/21boise.htm?
_r=4
Carlson, E. (n.d.). Excellent. Burnout, Volume 1, Number 2.
Chelsea manager Andre Villas-Boas sacked after 8 months . (n.d.). Retrieved
March 5, 2012, from ibnlive.in.com: http://ibnlive.in.com/news/...andre-
villasboas-sacked/236075-5-21.html
Flett, M. R. (n.d.). Sport Medicine & Science Council of Saskatchewan.
Understanding Burnout in Sport.
Gustafsson, H. (2007). Burnout in competative and elite athlete. Burnout in
competative and elite athlete, 34-36.
Hytner, D. (2012, February 13). Chelsea players confront André Villas-Boas in
training-ground row. Retrieved April 5, 2012, from www.guardian.co.uk:
http://www.guardian.co.uk/football/2012/feb/13/chelsea-players-andre-
villas-boas-row?INTCMP=SRCH
15
Recommended