Tajuk 5-Aktiviti Pratulisan

Preview:

DESCRIPTION

literasi bahasa

Citation preview

BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN

NURUL SYAHIRAHSITI KHADIJAHWAN NAIMAH

Aktiviti Pratulisan

Murid mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk

huruf.

Seseorang murid telah bersedia dari segi fizikal dan

mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis.

Objektif pratulisan

Melatih pergerakan tangan dan jari

Melatih pergerakan mata

Melatih koordinasi mata dan tangan

Menyemai minat murid untuk datang

ke sekolah tanpa rasa bosan belajar.

Membolehkan murid- murid belajar dalam suasana yang

selesa.

Menjadikan pengajaran guru

lebih menarik dan berkesan.

KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRATULISAN

Gunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menaik selaras kemampuan dan perkembangan emosi serta mental murid-murid.

Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata murid-murid untuk mengasah kemahiran menulis.

Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas menulis dengan mudah.

Laksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan daya intelek murid mantap serta membantu membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik.

MELAKSANAKAN AKTIVITI PERGERAKAN JARI,TANGAN DAN MATA

1. Latihan Melembutkan Motor Halus :a) Mewarna secara bebas dan secara

terkawal

-Mewarna secara bebas ialah menggunakan pelbagai media warna (pensel warna, crayon).

- Mewarna secara terkawal ialah mewarna gambar yang diminati sama ada bahan fotostat atau

cetakan.

b) Menyurih

-Menggunakan kertas surih yang disapukan sedikit minyak masak yang belum digunakan lagi.

- Setelah rata, lapkan sisa minyak menggunakan tisu kemudian dijemur.

- Kemudian, tekapkan kertas minyak tadi atas gambar yang digemari menggunakan pensel.

- Murid bebas melukis atau secara terkawal Berdasarkan arahan guru

c) Melukis

d) Mengoyak

-Mengoyak helaian surat khabar terpakai dari saiz

paling kecil hingga saiz paling besar.

- Bahan digunakan seperti surat khabar lama, majalah

dan kertas lukisan.

e) Menampal-Murid menggunakan gunting, gam dan

cara menampal cebisan kertas yang telah digunting atas kertas putih secara bebas

atau terkawal. -Secara bebas ialah tampalan tidak

membentuk sesuatu reka bentuk manakala terkawal merupakan aktiviti menampal mengikut bentuk tertentu.

f) Melipat

Murid membuat lipatan pelbagai rekaan asas yang diminati menggunakan sehelai kertas. - Aktiviti ini boleh dipelbagaikan aras kesukarannnya seperti murid melipat kertas pada saiz lipatan yang besar, sederhana besar diikuti saiz lipatan paling kecil .

- Aktiviti yang menjadikan sesuatu bahan dalam keadaan berbutir-butir , dengan membulatkannya menggunakan

hujung jari. - Bahan-bahan seperti tanah liat, doh, kapas basah dan tisu. - Tujuan untuk membina hujung jari murid supaya sensitif,

lembut dan mudah memegang pensel semasa menulis.

g) Menggentel

h) Menguntai

-Melibatkan penggunaan jarum dan benang atau tali halus digunakan untuk memasukkan biji manik.

- Membantu koordinasi mata dan tangan kerana kesukaran akan berlaku jika salah satu komponen

tidak berfungsi dengan baik. - Contoh kedudukan tangan murid akan bergoyang

dan menggeletar menyebabkan benang gagal di masukkan dalam lubang manik.

MENGGUNTING

• Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus murid.

• Mereka boleh diberikan latihan menggunting bentuk – bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya guntingan yang lebih rumit.

• Koordinasi mata dan tangan berlaku semasa murid membuat aktiviti ini.

MENJAHIT

• Menjahit merupakan aktiviti menyambung sesuatu dengan menggunakan jarum dan benang.

• Cara membuat tertakluk kepada bentuk tugasan yang diarahkan oleh guru.

MENGANYAM

• Aktiviti mengatur atau menyusun lembaran secara bersilang – silang.

• Bahan yang digunakan :- daun mengkuang, kertas berwarna, reben dsb.

• Pergerkan jari dan tangan murid dapat dilembutkan

2. NYANYIAN DAN PERGERAKAN TANGAN

• Murid – murid bernyanyi sambil menggerakkan tangan dengan bimbingan guru.

• Contoh lagu :- Enjit – enjit semut

- Kalau Rasa Gembira- Tari Lenggang

3. MENGGULI DOH

• Murid – murid diberi peluang untuk membuat doh sendiri dengan menggunakan tangan dengan bimbingan guru

• Cara buat doh :--tepung gandum, garam, minyak panas, air secukupnua, pewarna makanan

• Membentuk doh :- - membentuk bulatan kecil ke saiz yang lebih besar, membentuk doh menjadi silinder pendek ke panjang

4. BERMAIN DENGAN TANAH LIAT (MODELING CLAY)

• Antara aktiviti yang boleh dijalankan :- membuat model kuih – muih- membuat model buah – buahan tempatan- membuat perkakasan dapur- membuat model alat tulis

AKTIVITI MELUKIS DI UDARA, PASIR , AIR DAN CERMIN

1. Latihan Melukis Bentuk Asas di Udara

a) pastikan posisi guru dan murid betulb) Pandu murid menggunakan jari telunjukc) Lakukan secara perlahan – lahan dan serentakd) Sebut nama bentuk semasa melukis di udarae) Lakukan secara berulang - ulang

2. Latihan melukis bentuk asas di atas pasir

a) Pandu murid menggunakan jari telunjuk

b) Lakukan secara perlahan – lahan dan serentak

c) Sebut nama bentuk semasa melukis di atas pasir

d) Latihan secara berulang – ulang

e) Gunakan dulang jika dilakukan di dalam bilik darjah

3. Latihan Melukis Di Atas Air

a) Boleh menggunakan bekas air seperti baldi dan lain – lain.

b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk.

c) Lakukan secara perlahan – lahan dan serentak.

d) Sebut nama bentuk semasa melukis.

e) Latihan secara berulang – ulang untuk pengukuhan.

MELAKSANAKAN AKTIVITI MENCARI JALAN KELUAR

MEMADANKAN HURUF/BENTUK/ GAMBAR,

AKTIVITI MENYAMBUNG TITIK DAN MEMBUAT

CORAK

1. Aktiviti Mencari Jalan Keluar

Ciri- ciri bahan yang dicadangkan :• Gambar berwarna – warni• Dibina menggunakan kad berukuran besar• Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.• Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.• Binaan yang mesra pengguna.• Boleh digunakan berulang – ulang kali.• Tema permainan perlu berdasarkan persekitaran

murid.

2. Aktiviti Memadankan Bentuk, Gambar Dan Huruf

Aktiviti ini dijalankan dengan meminta murid – murid membuat garisan lurus pada pasangan gambar yang sepadan, iaitu bentuk – bentuk asas yang serupa, gambar yang dibahagi dua bahagian atau huruf besar dengan huruf kecil.

Ciri – ciri bahan yang diperlukan :• Gambar yang berwarna – warni• Dibina menggunakan kad berukuran besar.• Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.• Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.• Binaan yang mesra pengguna.• Boleh digunakan berulang – ulang kali.

1. Contoh Aktiviti Memadankan Bentuk Asas

• Aktiviti ini dijalankan dengan meletakkan gambar kiri dan kanan kemudian meminta murid – murid memadankan bentuk yang serupa dengan menggariskan pasangan tersebut.

Contoh Aktiviti Memadankan Gambar Lengkap

• Sama seperti latihan sebelumnya.• Tapi latihan ini menggunakan benda maujud

sebagai bahan rangsangan.

Contoh Aktiviti Memadankan Gambar Separuh Lengkap.

• Murid dibekalkan gambar tidak lengkap.

• Murid perlu mengecam kesinambungan gambar berkenaan berdasarkan gambar depan dan gambar belakang sebelum memadankannya.

LATIHAN MENYAMBUNG TITIK

• Ada tiga cara aktiviti menyambung titik iaitu menggunakan nombor, huruf besar dan huruf kecil berdasarkan ciri-ciri berikut.

Gunakan urutan nombor atau

huruf.

Urutan huruf sama ada huruf kecil

atau besar.

Latihan berdasarkan tahap penguasaan murid.

Mengambil kira kumpulan sasaran.

Mudah dikendalikan dan mesra pengguna.

Perlu dibina menggunakan kad

bersaiz besar.

Arahan perlu tepat dan jelas.

Boleh digunakan berulang kali.

Menarik dan berwarna-warni.

Contoh aktiviti menggunakan urutan nombor

Sediakan dua keping kadbod berukuran 30 X 45 cm serta dua gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang dipilih . Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan urutan nombor mengikut kesesuaian.

Contoh aktiviti menggunakan urutan huruf kecil

Sediakan dua keping kadbod berukuran 30 X 45 cm serta dua gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang dipilih . Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan huruf kecil secara urutan mengikut kesesuaian.

Contoh aktiviti menggunakan ururtan huruf besar

Sediakan dua keping kadbod berukuran 30 X 45 cm serta dua gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang dipilih. Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan huruf besar secara urutan mengikut kesesuaian.

AKTIVITI MEMBUAT CORAK

1. Garisan Lurus Latihan mengaris dari atas ke bawah dan

sebaliknya Latihan mengaris dari kiri ke kanan dan

sebaliknya Condong dari kiri ke kanan dan sebaliknya Ada dua jenis corak yang boleh dihasilkan

berdasarkan gabungan tiga gaya garisan lurus ini, iaitu corak tunggal dan corak berlapis. Untuk melihat cara menghasilkan corak-corak tersebut

2. Garisan melengkung dan bengkang – bengkok Melengkung dari atas ke bawah Melengkung dari bawah ke atas Garisan bengkang bengkok Ada dua jenis corak yang boleh dihasilkan

berdasarkan garisan melengkung dan bengkang bengkok ini, iaitu corak tunggal dan corak berlapis. Untuk melihat cara menghasilkan

corak –corak tersebut, sila lihat contoh

Latihan Mewarna Secara Berpandu

1. Mewarna Berpandukan Huruf Besar A – ZMurid-murid akan diberikan pelbagai gambar. Berdasarkan kod huruf yang ditetapkan pada setiap kotak berkenaan, mereka diminta mewarna menggunakan warna tertentu dengan pensell warna. Contohnya petak A untuk warna biru, petak B untuk warna kuning dan sebahagianya. Rasionalnya, murid belajar mengenal huruf sambil mewarna gambar berkenaan. Kepuasan murid lahir setelah Berjaya meyelesaikan kerja mewarna pada semua petak dengan warna yang ditetapkan dan akhirnya membentuk sebuah lukisan yang menarik

2. Mewarna Berpandukan Huruf Kecil a – z

Cara sama seperti (i) di atas. Berdasarkan kod huruf kecil yang ditetapkan pada setiap kotak berkenaan, mereka diminta mewarna menggunakan warna tertentu dengan pensel warna. Contohnya petak a untuk warna biru, Petak b untuk warna hijau dan sebagainya. Rasionalnya, murid belajar mengenal huruf kecil sambil mewarna gambar berkenaan.

MELAKSANAKAN AKTIVITI MEMBENTUK HURUF

1. Latihan menulis di udaraPastikan posisi guru dan murid betul

Pandu murid menggunakan jari telunjuk

Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak

Sebut nama huruf semasa menulis di udara

Latih tubi dan berulang-ulang

Boleh lakukan secara berpasangan untuk pengukuhan

2. Latihan menulis atas pasir

Bawa murid keluar dari bilik darjah

Latihan di gelanggang lompat jauh yang berpasir

Pandu murid menggunakan jari telunjuk

Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak

Sebut nama huruf semasa menulis di pasir

Latihan secara berulang-ulang

Aspek keselamatan murid diutamakan

Gunakan dulang jika melaksanakan di dalam bilik darjah

3. Latihan menulis atas cermin dengan tepung

Boleh gantikan tepung dengan habuk kayu atau bedak

Pandu murid menggunakan jari telunjuk

Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak

Sebut nama huruf semasa menulis

Latihan secara berulang-ulang utk pengukuhan

4. Latihan menulis di belakang badan rakan.

Aktiviti aras tinggi

Dijalankan selepas murid melalui aktiviti 1-3 di atas

Boleh dilaksanakan secara berpasangan

Murid pertama menulis huruf di belakang badan rakan

Murid meneka nama huruf berdasarkan pergerakan jari

Jika murid mahir, ubah suai dengan suku kata

• SEKIAN, TERIMA KASIH

Recommended