View
143
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
ANALISIS CIRI-CIRI KARYA AGUNG MODEN DALAM NOVEL SALINA
KARYA A. SAMAD SAIDDisediakan oleh:NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK
NORHIDAYAHWATI BINTI SALIM D 20111047653FATIMAH HIKMAH BINTI SAIPUL ANUAR D
20111047661NOOR HAZIMAH BINTI ZAINUDDIN D 20111047593SITI FAIRUS BINTI AHMAD D 20111047645MOHAMAD RUSDI BIN SAMSUDDIN D 20111047646
Novel di pada 1989 oleh Sasterawan Negara iaitu A.Samad Said
Jalan cerita berkisar mengenai hidup masyarakat yang terkesan akibat perang dunia kedua di Singapura.
Peranan watak utama dalam novel iaitu Salina Kekuatan novel Salina adalah dari segi: Susunan penceritaan yang berkesan. Penggunaan teknik penulisan yang menarik. Penulisan bersifat realiti.
Latar Belakang Novel Salina
Sinopsis
Hilmy dan ibunya berpindah ke Kampung Kambing,
Singapura.
Salina adalah seorang pelacur yang menyara
Abdul Fakar.
Hilmy masih bersekolah mendapat bantuan
kewangan daripada Salina untuk membeli buku dan ubat untuk ibunya yang
sering sakit.
Nadihah yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk menjadi
pelayan tanpa kemahuannya.
Hilmy kemudiannya jatuh cinta terhadap Nadihah semasa dia mengikuti kursus latihan tentera.
Mereka jatuh cinta apabila sering berbalas surat.
Zarina menghalau Mansor dan Sunarto kerana
termakan fitnah Abdul Fakar.
Nadihah telah diculik oleh Abdul Fakar atas arahan Cik Salim, seorang lelaki yang
gilakan Nadihah. Dia dinodai dan melarikan diri.
Salina pula melarikan diri ke Kelantan untuk melupakan
Abdul Fakar
Hilmy cuba menjejaki Salina di Kuala Lumpur tapi Salina sudah pulang ke Singapura. Abdul Fakar belayar kembali
kerana dia gagal mencari Salina.
PEMIKIRAN DALAM KARYA MODEN
“NOVEL SALINA”
Kesempitan hidup dalam meneruskan kehidupan akibat
tragedi perang dunia kedua
“ Sebanyak lima puluh ringgit telah didahulukan sebagai wang kopi masuk ke rumah itu dan setelah berjanji bersedia membayar dua puluh ringgit setiap bulan dengan waktu pembayarannya ditetapkan, maka baharullah bilik yang beratapkan zing-zing tong minyak, daun rumbia dan kulit-kulit kayu balak dengan berlapiskan tikar-tikar getah yang buruk dan di atasnya pula merayap-rayap liar daun-daun labu yang segar, berdindingkan kayu-kayu, peti susu, zing-zing tong minyak, kulit-kulit balak, kadbod-kadbod serta berlantaikan tanah itu menjadi hak milik sewaannya, tempat mereka berlindung daripada panas dan hujan.”
(Salina, 1980: halaman 2 dan 3)
Mereka sanggup tinggal di rumah yang asalnya hanyalah kandang kambing yang telah
dibesarkan oleh tuannya menjadi sebuah bilik untuk
disewa.
Kekurangan bilik atau tempat tinggal pada masa itu
menyebabkan mereka tiada pilihan dan terus menyewa di rumah yang serba serbi tidak
lengkap itu.
Mereka juga mempunyai masalah dalam memperoleh
keperluan asas iaitu keperluan air.
Disebabkan keperluan air yang dicatu menyebabkan
mereka perlu mengambil air dalam keadaan yang berjaga-
jaga.
Mereka juga terpaksa menyelinap pada malam hari
untuk mendapatkan keperluan air memandangkan
pada malam hari Benggali tidak menjaga air.
Ekspoitasi golongan kaya terhadap golongan miskin
“Ohooo,” kata Benggali jaga itu:suaranya besar dan penuh kahak ditekaknya. “Berapa itu bilik punya sewa sekarang? Apa sudah naik lagikah?” “Ya. Sekarang lagi sikit naik. Dulu Paliamah lima orang tinggal, dia punya sewa lapan belas ringgit. Tapi sekarang saya dengan Kurupaya Samy kasi naik lagi. Sekarang dua puluh ringgit satu bulan,” kata pekedai India itu sambil menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak tangan seperti selalu dibuatnya bila bercakap. “ Alamak, ini Kurupaya banyak cilaka. Sudah banyak wang, sekarang mahu banyak wang lagi,” kata Benggali jaga itu meludah-ludah sambil pergi duduk pula dijurinya. “Berapa itu orang tua kasi wang kopi?” “Lima Puluh ringgit,” kata pekedai India kurus panjang itu sambil masuk semula ke dalam kedainya untuk melayan pembeli lain. Selepas itu dia keluar semula lalu berkata: “Sekarang lima puluh ringgit orang tak ada kira; orang bayar. Rumah banyak susah mahu dapat. Seratus ringgit pun orang bayar.” “Ya, ya itu betul. Tapi gasak orang miskin punya wang banyak-banyak tak ada baiklah!” kata Benggali jaga itu.”
(Salina, 1980: halaman 3 dan 4)
Eksploitasi golongan kaya terhadap
golongan miskin.
Penindasan ini berlaku hanyalah disebabkan oleh kepentingan harta dan kesenangan yang ingin dikecapi
oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.
Pemilik meletakkan harga yang mahal
hanya untuk kandang kambing yang dijadikan
bilik untuk disewa.
Walaupun tiada pembaikan rumah namun pemilik rumah tetap
menaikkan kadar sewa.
Disebabkan oleh rumah yang menjadi keperluan
yang penting untuk masyarakat berteduh.
Kepincangan keluarga akibat daripada sikap rakus manusia
terhadap kebahagiaan duniawi.
“Bergaduh dengan siapa?”“Gaduh dengan Narto. Narto bawa wang sikit dah dua tiga hari ni. Emak marah. Dia mahukan duit lebih banyak lagi. Kata narto beca dah susah nak dapat sewa sekarang ni. Tak macam dulu, beca sikit. Katanya sekarang teksi dah mula banyak. Orang lebih suka naik teksi. Sebab itulah susah nak dapat sewa banyak,” Nadihah menerangkan.”
(Salina, 1980: halaman 18)
Kepincangan keluarga akibat daripada sikap rakus
manusia terhadap kebahagiaan duniawi.
Zarina iaitu ibu angkat kepada Narto sanggup
memarahi dan bergaduh dengan Narto hanya kerana
Narto tidak memberikan wang yang banyak
kepadanya
Zarina juga sanggup memaki hamun dan menghalau Narto yang merupakan anak yang telah lama dijaganya hanya
disebabkan oleh harta duniawi.
Zarina juga telah dihasut oleh Fakar, lelaki yang meminati
anak perempuannya iaitu Nahidah dan merasakan
bahawa Narto merupakan batu penghalang kepadanya untuk mendapatkan Nahidah.
Kehidupan bersama dan sikap bantu-membantu bagi golongan yang memerlukan
“ Hilmy jangan susah,” kata Siti Salina menyambung terus, “kakak akan tolong Hilmy. Kalau ada apa-apa kesusahan tentang duit buku seumpamanya, cakaplah kepada kakak. Kakak tahu sekolah orang putih banyak pakai buku dan banyak pakai duit. Cakaplah pada kakak bila sahaja Hilmy perlukan wang sekolah. Kalau kakak ada duit, kakak beri, kalau kakak tak ada kakak tolong carikan,” suara Siti Salina begitu bersungguh-sungguh. Dan Siti Salina juga merasakan bahawa dia tidak berkata-kata kepada orang lain, tetapi kepada adiknya sendiri, adik yang ingin diberinya sebanyak-banyak pelajaran, satu keinginan yang selalu dirasakannya akhir-akhir ini.
(Salina,1980: halaman 83)
Kehidupan bersama dan sikap bantu- membantu bagi golongan yang memerlukan
Siti Salina seorang pelacur.
Pengarang menggunakan kebijaksanaan dalam
mengadun perwatakan Siti Salina.
Siti Salina sanggup untuk membiayai pelajaran dan buku Hilmy hanya kerana merasakan
bahawa pelajaran itu sangat penting buat Hilmy.
Walaupun pada hakikatnya Siti Salina tidak mempunyai
pertalian darah dengan Hilmy dan Kadijah, namun dia tetap
membantu masyarakatnya yang memerlukan bantuannya.
Nilai Budaya dan
Pandangan Hidup
Maksud Nilai
taksiran harga
sifat ketinggian dan darjat, mutu, serta
taraf
Nilai adalah ukuran kepada sesuatu
seperti sifat keperibadian yang ada pada individu
Bertanggungjawab
Baik hati
Nasihat-menasihat
i
Rajin
Kasih sayang
Belas kasihan
Kemesraan
Tolong-menolong
Nilai murni dalam
Novel Salina
• Pada waktu berjual-jualan di Sungai Road itulah ayahnya menemui Sunarto yang sedang menanti-nanti makanan hanyut di Sungai Rochor, di hadapan Sungai Road. Sebelum itu memang sudah selalu didapatinya Sunarto menantikan makanan hanyut di sungai itu, dan dia yang sememangnya baik hati itu, tidak sampai hati melihat Sunarto begitu lalu mengajaknya pulang tinggal bersamanya. Sunarto mengikutnya dan tinggallah dia bersama-sama dengan Nahidah dan Mansur.
• (Salina, 1980: 144)
Baik Hati
Suka menolong, mudah simpati dan pengasih.
• “Panjang benarlah.” “Lama dah, kak: dari pagi lagi.” “Wah! Macam orang dah kenal biasa saja, ya?” Siti Salina ketawa dan berkata: “Ya.”
• (Salina, 1980: 38)
KemesraanBerasal daripada kata mesra yang bererti erat atau karib sehingga
kemesraan bererti hal yang
menggambarkan keadaan sangat erat atau karib.
• …Tetapi sesudah mengetahui kedudukan hal yang sebenarnya maka mulalah dia merasa belas kasihan kepada Siti Salina-Siti Salina sahaja!
• (Salina, 1980:103)
Belas Kasihan
Kebajikan yang dilakukan akibat
perasaan simpati dan empati seseorang
terhadap seseorang atau sesuatu yang
lemah.
• “…Khadijah enggan menerima wang yang sebanyak itu, kerana selama ini pun Siti Salina banyak menolong bukan sahaja dengan wang keperluan sehari-hari, wang pembelian ubat, tetapi juga wang persekolahan dan buku-buku Hilmy. Pengorbanan yang sebanyak itu dirasakannya sudah dari cukup.”
• (Salina, 1980: 365)
Tolong-menolong
Dapat meringankan
beban, penderitaan, dapat
menyembuhkan daripada penyakit,
dapat menyelamatkan daripada bahaya dan banyak lagi.
Maksud Budaya Bahasa Inggeris
(culture), berasal daripada Latin iaitu colore (menanam
atau mengerjakan).
Secara umumnya,
budaya bermaksud
segala sesuatu yang dibawa
atau dikerjakan oleh manusia.
Sanskrit iaitu duddayah
perkataan jamak bagi buddhi yang bermaksud budi
pekerti atau akal.
Budaya Islam• “Masjid di Jalan Sultan itu ialah masjid yang didirikan dan dijagai
oleh orang-orang Malbari. Masjidnya kecil sahaja dan di belakangnya ialah kubur. Tiap-tiap tahun bila tiba masa Maulud Nabi, di masjid itu diadakan jamuan besar nasi beriani untuk orang ramai. Pada bulan puasa pula di masjid ini dibahagi bubur kepada orang ramai-kebanyakannya kanak-kanak. Pada waktu siang, terutama di waktu bulan puasa, ia menjadi tempat orang sembahyang dan tempat tidur! .”
• (Salina, 1980: 213)
Budaya membaca• “Kak Inahkan banyak buku? Buku saya semuanya dan
buruk-buruk. Banyak yang sudah koyak-koyak. Kalau bawak baik dengan Cik Razman dia lagi banyak buku,” kata Nahidah menerangkan.“O, saya tak tau orang-orang Kampung Kambing ni suka baca buku. Saya fikir orang-orang Kampung Kambing ni tak gemarkan buku,” kata Hilmy. “Ha, itulah. Jangan kata sebelum lihat. Jangan fikir orang-orang Kampung Kambing ni semuanya bodoh,” kata Nahidah ketawa.”
• (Salina, 1980: 262)
Pandangan hidup
Dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu.
Daripada perspektif Islam, pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
Pandangan Terhadap Alam Rumahtangga
• Dia menerangkan selanjutnya tentang pandangannya mengenai rumahtangga. …Perasaan sahaja belumlah mencukupi. Anak-anak mentah juga mempunyai perasaan itu waktu masih kanak-kanak mereka bermain “kahwin-kahwin” Rumahtangga meminta lebih dari itu. Rumahtangga meminta pengorbanan dari kedua-dua pihak yang mendirikannya. Kesedaran ini harus ada dulu. Dan orang yang mendirikannya harus juga ada cita-cita yang sihat menuju hidup dan melanjutkan kehidupannya. Pengertian tidak harus terbatas kepada “sayang-menyayang” melulu. Rumah tangga, perjuangan. Perjuangan menandakan hidup.
• (Salina, 1980: 282)
Pandangan Serong Terhadap Pekerjaan
Pelayan
• “ Kau tau, “ kata Cik Salim bila dia fikir sendiri sudah mula merasa puas, “Jangan kau fikir jadi pelayan kau endah melayan dari jauh saja hah, hah? Pelayan bukan gitu, tau? Pelayan datang melayan dekat-dekat. Pelayan duduk dekat orang yang dilayannya. Pelayan duduk di atas pangkuan orang. Pelayan ikut saja cakap orang yang dilayannya, tau?
• (Salina, 1980: 203)
Nilai Ilmu dalam Salina
Nilai Ilmu
Yayasan Karyawan (2000) terdapat beberapa gambaran secara menyeluruh tentang budaya ilmu orang Melayu. Gambaran ini diperoleh daripada tradisi Melayu sumber ilmu yang penting berkaiatan dengan pengalaman (praktik), abad dan budi. Ilmu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian lebih penting daripada ilmu abstrak.
Nilai Ilmu
Ilmu Etika(Ilmu
tingkah laku baik atau
buruk)
Ilmu Estetika
(Ilmu keindahan
dan kesenian)
Ilmu Kosmologi
(Ilmu berkaitandengan alam)
Ilmu Teologi(Ilmu
Ketuhanan-dalam sudut
Islam)
Ilmu Teologi “ Betul, Pak Haji takkanlah boleh menolong. Kalau hendak
menolongnya mesti selalu dengan hadis sahaja. Mesti ada usahanya. Pak haji tak pernah berusaha; asyik hadis sahaja…” (Salina, 1980: 7)
“Pak Haji tu memang begitu kak,” kata perempuan baju kebaya berkain batik itu kepada Katijah yang sedang melihat-lihat barang apa pula yang hendak dibawanya masuk ke dalam. “Dia memang selalu suka cakap pasal dunia akhirat ni. Tapi sayang benar; dia sendiri tak mahu beri contoh yang baik.
(Salina, 1980: 8) Dan di dalam perbualannya, Haji Karman berkali-kali
menegaskan bahawa Kampung Kambing sebenarnya kampung noda, kampung dosa dan kampung neraka!
(Salina, 1980: 308)
Ilmu Estetika “ Heh, Haji Karman ni. Semua hendak diperiksanya. Macam dia
mata-mata gelap,” sampuk seorang perempuan muda kurus tinggi yang cantik paras mukanya, berbaju kebaya hijau berbunga merah…”
(Salina, 1980: 7)
“Dan sepanjang perbualan itu, soal Abdul Fakar tidak tersentuh-sentuh, setakut menyentuh bom tertanam yang dapat meledak pada bila-bila waktu sahaja.”
(Salina, 1980: 35)
“Abdul Fakar memandang budak-budak muda yang di bangku-bangku pendek Bai sarbat, kanak-kanak kecil yang riuh bermain di tepi longkang , orang-orang India yang bermain terup dan bernyanyi…”
(Salina, 1980: 50)
Ilmu Kosmologi
…“ Sini air banyak susah.dulu tak da macam ni. Sekarang saja ini macam. Siang-siang angkau tak boleh ambil air. Benggali ada jaga. Dulu, sini orang-orang ambil air siang malam. Tapi ada orang sakit hati…”
(Salina, 1980: 10)
“Asap sabut mengelabuni Kampung Kambing itu. Memang demikian selalunya di Kampung Kambing; setiap petang, kecuali hujan benar, orang-orang di Kampung Kambing membakar sabut yang sudah dikumpul-kumpul; sabut ini berasap sampai ke malam.”
(Salina, 1980: 40)
Ilmu Etika “… Dan sewaktu dia hendak melalui jalan kecil untuk menuju ke
jalan yang besar, sedikit kedengaran suara orang menjerit- suara seseorang memarahi seseorang lain dengan tingkatan nada yang tinggi. Segera dikenalnya suara siapa. Serentak dengan bebekan kambingnya, dia berkata… “
(Salina, 1980: 12-13)
“Ah, cakap! Kau tak ingat orang pungut dan beri kau makan dulu? Kalau tak; kau dah mampus!” suara Zarina begitu menyakitkan hati; terasa memang tikaman kata-kata itu.”
(Salina, 1980: 44)
“Beberapa kali, sewaktu suaminya tidak pulang berbulan-bulan, dia menghilangkan diri dari rumah. Bila hilang-hilang begitu, dia sering pergi ke rumah seorang kawannya yang terkenal dengan kepintarannya memikat lelaki…”
(Salina, 1980: 226)
Estetika dan Seni Kepengarangan
Berhubung kait dengan persoalan keindahan yang menjadi dasar karya sastera; ia
membicarakan unsur keindahan pembinaannya, bahasanya dan keseronokan
membacanya.
Merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam
berkarya.
Estetik
Kepengarangan
Keindahan ini dapat ditemui dalam Salina memaparkan keindahan kepada alam dan kehidupan manusia dengan nilai kehidupan masyarakat, sarat dengan metafora dan gaya bahasa yang menarik serta indah.
Watak dalam realiti hidup pengarang Watak dalam novel ini lebih 20 orang dan ianya sukar
ditandingi oleh novel lain pada ketika itu. Katijah berusia 40-an, ibu tunggal selepas suaminya
mati dalam perang itu. Dia hidup bersama-sama anaknya, Hilmy berusia 18 tahun yang masih bersekolah Inggeris di Victoria School.
Latar persekolahan Hilmy ini sangat mirip dengan persekolahan pengarang sendiri. Malah, watak Katijah itu merupakan model yang banyak persamaan sifat ibunya sendiri.
Estetik
Teknik imbas kembali
Eksposisi atau pendedahan watak pada permulaan plot cerita atau Bab 1 yang mula menonjolkan Hilmy, Katijah, Siti Saleha dan Haji Karman. Dalam beberapa bab seterusnya sorotan latar belakang watak itu dengan watak-watak lain, seperti Siti Salina digambarkan melalui teknik imbas kembali (Bab 10) iaitu;
“Di antara adik beradiknya itu Siti Salinalah yang tertua. Adiknya, tiga orang, masing-masing termuda setahun-setahun sahaja di antara satu dengan yang lain. Walaupun Siti Salina lebih rapat kepada ibunya daripada ayahnya, tapi dia lebih menyayangi ayahnya, kerana ibunya bukan ibunya yang sebenar…” (Salina, 1980: 116)
Teknik Dialog
Dialog diadakan untuk berfungsi dalam pelbagai hal, iaitu untuk membina plot, membentuk fikiran dan sikap watak serta menonjolkan tema. Dialog antara Zurina dan Nahidah menjelaskan sikap materialistik Zarina yang sanggup menggadaikan maruah Nahidah yang mempunyai modal kecantikan untuk mendapatkan kesenangan.
“idah tak suka, idah tak suka”“idah tau emak bergantung pada Idah, kan? Idah mesti kasihankan emak… dulu emak pernah jadi pelayan. Betapa senang emak. Makan senang, duit senang, kain baju senang…
(Salina, 1980: 251)
Emotif Menimbulkan kesan perasaan yang pelbagai antaranya sayang,
suka. duka, dan benci.
“kalaulah saya kak Inah, heh, saya buang saja orang yang semacam itu. Tak mahu saya menjaganya begitu; buat apa dilemak-lemakkan
orang yang malas kerja? Kita bodoh sendiri!” Kata Nahidah, menampakkan geramnya.
(Salina, 1980: 23)Perlukisan Gambaran yang Jelas Perlukisan adalah gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa,
aksi dan emosi dalam wacana secara jelas.
“betullah. Ha, itu pun dia pokok cempedaknya. Di belakang tulah biliknya,” jawab orang tua itu terbatuk-batuk sambil menunjukkan ke pokok cempedak yang beberapa biji buahnya bersalut dengan kertas kuning kotor-kotor; buahnya yang bersalut, yang jelas
kelihatan, empat biji kesemuanya.(Salina, 1980: 1)
Unsur-unsur Laras Bahasa Sastera
Simbolik Simbol bersifat individu, konvensional dan ada
juga yang berunsur sejagat.
“Dia tahu apa yang dikatakan oleh Katijah itu semata-mata, hendak menyelamatkan dirinya dari ’parasit manusia’ itu. Dia diam sahaja mendengarkan:…”
(Salina, 1980: 122)
Seorang pengarang perlu mempunyai pengalaman artistik dan berharga kerana ia akan mempengaruhi daya kreativitinya.
Keinginan mendengar cerita Menurut A.Samad Said, cara ibunya
bercerita, niatnya bercerita dan isi cerita itu sendiri telah mendekatkan dirinya kepada satu kecenderungan atau habit yang rupa-rupanya secara diam-diam meresap dan menumbuhkan bakat penulis
Kepengarangan
Kehadiran peperangan
Kehadiran perang mengumpulkan pengalaman yang banyak pada diri A.Samad Said, dan pengalaman itu kemudiannya diolah semula dengan diberi gambaran realistik dalam novel Salina. Watak-watak ciptaanya pula terdiri daripada mangsa-mangsa perang yang hidup penuh kecewa dan derita dalam arus kehidupan yang daif.
Sebuah karya moden yang telah mengangkat nama sasterawan negara iaitu A. Samad Said
Penulisan novel ini menarik perhatian pembaca melalui teknik penceritaan yang tersusun.
Kepelbagaian penggunaan teknik cerita mewujudkan situasi sebenar.
Banyak teladan dan maklumat dapat diketahui mengenai masyarakat yang mengalami kesusahan selepas berlakunya perang dunia kedua.
Kesimpulan
Recommended