25
TOPIK 2DEMOKRASI 2.1 Pengenalan dan Definisi 2.1.1. Apa itu Demokrasi? - Istilah “demokrasi” = perkataan Yunani demos (rakyat) and kratos (pemerintahan) ; maksud “pemerintahan oleh rakyat” - Berhubungan dengan pelbagai jenis bentuk “pemerintahan oleh rakyat” sbg cth. i) langsung, ii) partisipatif, and iii) berperwakilan - Perbezaan asas jenis-jenis demokrasi : i) langsung (apa jua jenis /bentuk kerajaan yg. mana keputusan politik ditentukan secara langsung oleh rakyat) ; ii) tidak langsung (apa jua jenis/bentuk kerajaan yang mana keputusan politik ditentukan bagi pihak rakyat oleh wakil- wakil yang dipilih oleh rakyat sendiri untuk mewakil/memperjuangkan kepentingan mereka di dalam kerajaan) - Definisi Abraham Lincoln = “Kerajaan Rakyat, Untuk Rakyat, dan Oleh Rakyat” - Definisi dan Makna lain yang berkaitan: i) Suatu bentuk berkerajaan dan amalan yang membenarkan rakyat menyuarakan/melafazkan kepentingan mereka tanpa halangan/paksaan/perasaan takut, bimbang, khuatir ii) Suatu sistem politik dalam mana rakyat diberi pilihan politik untuk menentukan pemerintah/kerajaan - “istilah” yang teramat popular – di(salah)gunakan oleh pelbagai bentuk sistem politik, termasuk mereka yang didakwa sebagai “tidak/kurang demokratik”, contoh DPRK - Pelbagai jenis demokrasi, i.e. i) demokrasi liberal; ii) demokrasi rakyat; iii) demokrasi terpimpin; iv) democracy aneka ragam/ala carte, v) demokrasi gaya Asia, etc. - Persoalan = adakah definisi dan makna “Demokrasi” suatu yang dikongsi bersama, bersifat objektif, dan sejagat, atau sebaliknya?? - Disebabkan kepopularannya, semua pihak ingin berhubungkait dengan demokrasi; oleh itu, kata muafakat/konsensus mengenail makna sebenar demokrasi = terhad; pemikir politik moden berbeza pendapat/pandangan tentang “intipati kerajaan demokratik” - Demokrasi = teramat subjektif-normatif-evaluatif – i.e. “apa yang demokratik dianggap baik”, “apa yang sebaliknya, dianggap buruk” –

Demokrasi Pemikiran Politik Semasa

Embed Size (px)

Citation preview

TOPIK 2DEMOKRASI

2.1 Pengenalan dan Definisi

2.1.1. Apa itu Demokrasi?

- Istilah “demokrasi” = perkataan Yunani demos (rakyat) and kratos (pemerintahan) ; maksud “pemerintahan oleh rakyat”

- Berhubungan dengan pelbagai jenis bentuk “pemerintahan oleh rakyat” sbg cth. i) langsung, ii) partisipatif, and iii) berperwakilan

- Perbezaan asas jenis-jenis demokrasi : i) langsung (apa jua jenis /bentuk kerajaan yg. mana keputusan politik ditentukan secara langsung oleh rakyat) ; ii) tidak langsung (apa jua jenis/bentuk kerajaan yang mana keputusan politik ditentukan bagi pihak rakyat oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat sendiri untuk mewakil/memperjuangkan kepentingan mereka di dalam kerajaan)

- Definisi Abraham Lincoln = “Kerajaan Rakyat, Untuk Rakyat, dan Oleh Rakyat”

- Definisi dan Makna lain yang berkaitan: i) Suatu bentuk berkerajaan dan amalan yang membenarkan rakyat

menyuarakan/melafazkan kepentingan mereka tanpa halangan/paksaan/perasaan takut, bimbang, khuatir

ii) Suatu sistem politik dalam mana rakyat diberi pilihan politik untuk menentukan pemerintah/kerajaan

- “istilah” yang teramat popular – di(salah)gunakan oleh pelbagai bentuk

sistem politik, termasuk mereka yang didakwa sebagai “tidak/kurang demokratik”, contoh DPRK

- Pelbagai jenis demokrasi, i.e. i) demokrasi liberal; ii) demokrasi rakyat; iii) demokrasi terpimpin; iv) democracy aneka ragam/ala carte, v) demokrasi gaya Asia, etc.

- Persoalan = adakah definisi dan makna “Demokrasi” suatu yang dikongsi bersama, bersifat objektif, dan sejagat, atau sebaliknya??

- Disebabkan kepopularannya, semua pihak ingin berhubungkait dengan demokrasi; oleh itu, kata muafakat/konsensus mengenail makna sebenar demokrasi = terhad; pemikir politik moden berbeza pendapat/pandangan tentang “intipati kerajaan demokratik”

- Demokrasi = teramat subjektif-normatif-evaluatif – i.e. “apa yang demokratik dianggap baik”, “apa yang sebaliknya, dianggap buruk” –

tanggapan sedemikian menyebabkan idea/makna/definisi demokrasi semakin bersifat komplek/bercelaru/kabur/subjektif

2.2. Latar Belakang Sejarah/Legasi Demokrasi

- Wujud dan telah dibahas/fikir secara serius oleh para ahli fikir/falsafah sejak lebih 2,500 tahun yang lalu

- Diamalkan oleh buah Negara-kota Yunani purbakala – i.e. Athens, Sparta (kaum wanita, orang asing, hamba abdi dikecualikan)

- Ahli falsafah Yunani i.e. Plato dan Aristotle – amat kritikal terhadap idea “demokrasi” ketika abad ke-4 S.M.

- Plato = “demokrasi…suatu bentuk kerajaan yang lemah, dan masyarakat yang tidak sempurna…hanya satu tahap lebih beik daripada pemerintahan tirani”; “rakyat mesti berpendidikan dan memiliki kesedaran politik yang tinggi demi membolehkan mereka menilai/mengenal-pasti apa yang “baik” dan “buruk” bagi kepentingan/manfaat bersama; kurangnya pendidikan/buta huruf dan kesedaran politik = senang dimanipulasi = penyalahgunaan demokrasi (peri pentingnya pendidikan golongan massa)

- Plato = “keupayaan untuk memerintah/mentadbir suatu kemahiran yang jarang dimiliki…memerlukan kebolehan dan kepakaran yang tinggi/luas”, “justeru itu, adalah kurang rasional membenarkan rakyat menentukan bagaimana mereka patut diperintah, sama seperti ianya adalah kurang rasional membenarkan penumpang mengemudikan kapal yang diduduki mereka di lautan”

- Aristotle = peraturan/undang berasaskan prinsip-prinsip demokrasi tidak semestinya “ideal” (pemerintahan oleh rakyat vs pemerintahan berasaskan undang-undang); kecenderungan ke arah “tyranny of the majority” (Alexis de Tocqueville); “social danger of democracy – keadilan ditentukan oleh pihak majoriti cenderung bersifat kurang/ tidak adil terhadap pihak minoriti; Justeru itu, kerajaan ideal = gabungan pemerintahan berperundangan dengan “philosopher king” and “rakyat/demos”

- Abad ke-15 = dihidupkan semula oleh Niccolo Machiavelli dan golongan “republican” dan “civic humanist” di Italy

- Abad ke-16 = John Lilburne (dan golongan levellers) menghubung kaitkan idea demokrasi dengan keadilan sosial; John Locke mempromosikan idea-idea demokratik dan menjustifikasikan revolusi

(menentang ssitem monarki berkuasa mutlak) di dalam “Second Treatise” (see Two Treatises of Government - 1690); kemunculan teori “kontrak sosial” yang menjadi teras kepada demokrasi moden [liberal]

- Abad ke-18 = idea diperhalusi oleh pemikir seperti Jean Jacque Rousseau (The Social Contract - 1762), Thomas Jefferson, Immanuel Kant, Baron de Montesquieu (Spirit of the Laws – berkenaan dengan pengasingan kuasa), etc. – membawa kepada revolusi demokratik yang terkenal i.e. Revolusi Perancis (1789) and Revolusi Amerika (1776)

- Abad ke-19 = idea democratic daripada pemikir seperti James Mill, John Stuart Mill (On Liberty – 1859; Representative Government – 1861), Alexis de Tocqueville = menjadi idea pokok dalam lanskap politik Barat; mempromosikan idea liberalisme, individualistik, dan negara terhad/minimal (skop Negara/kerajaan dihadkan ke tahap seminima yang boleh untuk membanteras salahguna kuasa, penindasan, pemerintahan tirani oleh golongan majoriti; etc).

- Abad ke-20 = proses pendemokrasian – teori/amalan politik didominasi oleh matlamat demokrasi, i.e. idea-idea daripada Joseph Schumpeter, Isaiah Berlin, John Rawl, Friedrich Hayek, Robert Nozick, etc.

- Keruntuhan komunisme global memartabatkan demokrasi liberal = ideology politik terunggul zaman kontemporer

- Demokrasi = hampir sejagat dianggap sebagai satu-satunya bentuk pemerintahan yang absah pada hujung abad ke-20

2.3. Keadaan/suasana sosial untuk perkembangan Demokrasi

- Dlm perbincangan mengenai demokrasi, terdapat perbezaan di antara “Kerajaan Demokratik” dgn “Masyarakat Demokratik”

- Kerajaan Demokratik merujuk kpd institusi-institusi politik sesebuah masyarakat; Masyarakat Demokratik merujuk kpd jenis institusi social dan tamadun = pra-syarat untuk Kerajaan Demokratik. Maksudnya, kemunculan Kerajaan Demokratik = bergantung kepada kewujudan Masyarakat Demokratik

- Masyarakat Demokratik = “tamadun demokratik” (Lipson 1964); secara ideal patut terdiri daripada i) masyarakat industri (maju); ii) majmuk dan berbeza dari segi ethnik & budaya; iii) ekonomi pasaran iv) masyarakat sivil; v) tahap persamaan sosial yang tinggi; vi) tahap celik huruf yang tinggi

- Namun, keadaan ideal seperti ini lebih merujuk kpd masyrakat di Eropah Barat dan Amerika Utara (Negara Maju)

- Persoalan Penting = Bagaimana pula dgn Negara/Dunia Sedang Membangun/Kurang Membangun/Mundur?; Bolehkah kerajaan Demokratik diperkenalkan, dan adakah ia praktikal?; Mestikan reformasi ekonomi dan kewujudan ekonomi pasaran dijadikan pra-syarat?; Sejauh manakah pentingnya masyarakat sivil kepada perjalanan politik demokratik?

- Keadaan/suasana umum untuk perkembangan demokrasi:-

i) Persamaan politik ii) Kebebasan politikiii) Demokrasi Berperlembagaan – pengasingan kuasa/pengawasan

dan pengimbanganiv) Pendidikan – hubungan langsung di antara kadar celik huruf dengan

kematangan/kesedaran politik = mempertingkatkan amalan-amalan demokratik

v) Penyertaan politik – hak/tanggungjawab mengundi, menyertai sama ada secara langsung/tak langsung dalam pemerintahan/ pentadbiran; kebebasan menubuhkan pertubuhan/persatuan (sama ada pro-kerajaan/pembangkang)

vi) Masyarakat yang serata dan setara – pengagihan kekayaan/harta di kalangan anggota masyarakat/warganegara secara adil dan seimbang, jurang ekonomi/pendapatan = minimal

vii) Perpaduan Politik (di sebalik kemajmukan dan perbezaan nilai, kepercayaan, dan budaya etc)

viii) Masyarakat yang bertolak ansur/bertoleransi – menghaormati satu sama lain, keupayaan berunding dan berkompromi (memberi dan menerima) demi penyelesaian masalah/isu kemasyarakatan secara harmoni; Kunci = mesti wujud dari dalam individu dan bukan hanya sekadar bergantung kepada perlembagaan dan pemerintahan berdasarkan undang-undang

2.4. Model-model Demokrasi

- Umumya, terdapat beberapa model demokrasi, yang termasuk :-

2.4.1. Model Klasik ( cf . Jacobs 1997:16)

- Beranggapan bahawa prosedur terbaik untuk membuat keputusan demi kebaikan bersama = rakyat mengundi calon individu dalam pilihanraya, dan calon-calon yang berjaya mesti berkumpul dan melaksanakan hasrat / kepentingan rakyat (Schumpeter 1950:250)

- Tanggapan tersirat = rakyat mengetahui apakah yang terbaik di dalam kebaikan bersama atau kepentingan awam

- Cara-cara bagaimana pegawai terpilih mewakili rakyat:-i) sebagai wakil/delegasi rakyat – mengemukakan pandangan para

warga kawasan pilihanraya kepada parlimen, majlis perundanganii) bertindak bebas daripada pandangan para warga kawasan

pilihanraya, tetapi masih di bawah, apa yang dipersepsikan sebagai kepentingan warga kawasan yang diwakilinya

- Model Klasik = calon yang terpilih, bertindak sebagai wakil, dan sepatutnya tidak memiliki kebebasan untuk membuat penilaian/ keputusan tentang apa yang dimaksudkan dengan kebaikan bersama/kepentingan awam

- Masalah/Kepincangan dalam Model Klasik:

i) Tanggapan bahawa rakyat memiliki kesedaran politik, berpendidikan/celik huruf, dan secara tulennya mengetahui apa yang tergolong dalam kepentingan awam (definisi “kepentingan awam” sendirinya adalah subjektif); Namun, dalam keadaan reality, rakyat pada kebayankan waktunya, adalah lebih mementingkan kepentingan dirinya sendiri, atau kepentingan orang yang berada di sekeliling mereka (keluarga, jiran tetangga, kumpulan etnik, anak negeri, etc)

ii) Dalam keadaan realiti, parti/calonlah yang menawarkan pelbagai pandangan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan sebagai kebaikan bersama (i.e. manifesto pilihanraya, platform parti etc.), . election manifesto/platform), manakala pengundi pula menerima pandangan mereka yang telah dipilih (maksudnya, pandangan/pendapat rakyat dibentuk/pengaruhi oleh ahli/wakil yang dipilih), dan bukan sebaliknya.

iii) Tanggapan bahawa konsensus wujud di kalangan rakyat yang diwakili oleh seseorang wakil/ahli (dalam realiti, konsensus tidak wujud = pengundi cenderung mempunyai pendapat yang berbeza dan bercanggah)

iv) Dakwaan yang kurang tepat bahawa rakyat akan senantiasa bertindak untuk kebaikan bersama (dasar untuk merealisasikan

kebaikan bersama tidak semestinya popular, i.e. kenaikan cukai untuk mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan)

2.4.2. Model Elitis

- “pemeritahan sekumpulan kecil” = keputusan politik di tangan elit politik/pemerintah demi memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam pentadbiran dan pembuatan dasar; Namun, respon pada darjah tertentu terhadap suara/pendapat popular adalah diperlukan

- Tanggapan tersirat = seseorang warga/pengundi biasa tidak mungkin memiliki pengetahuan dan/atau kesedaran politik yang mencukupi untuk membuat keputusan yang bernas (informed decision), atau mengambil bahagian secara “intelligent” dalam proses pembuatan keputusan;

- Justeru itu, penyertaan rakyat dalam politik hanya terhad kepada pengundian elit-elit yang bertanding, dan elit yang terpilih berhak membuat keputusan yang dipersepsikan mereka sebagai berada dalam ruang lingkup “kepentingan” pengundi

- Memiliki persamaan ciri dengan konsep “enlightened despots”/oligarki pemerintah (juga mencerminkan idea Plato dan Aristotle)

- Kritikal terhadap model Klasik bahawa model tersebut tidak boleh berfungsi secara berkesan/praktikal dalam dunia moden (proses yang rumit, mengurangkan kecekapan)

2.4.3. Model Pluralis

- Satu sistem politik demokratik yang terdiri drpd. pelbagai kumpulan berkepentingan yang bersaing untuk mendapat kuasa tanpa wujudnya suatu pihak yang menjadi dominan

- dianggap oleh penyokong sebagai sistem demokrasi berperwakilan yang terbaik – pluralisme melindungi rakyat daripada gejala pemusatan kuasa yang berlebihan di tangan yang terhad; membolehkan kepentingan yang pelbagai dalam sesebuah masyarakat dikemukakan

- Para pengkritik berpendapat:i) Matlamat utama/terpenting para elit yang bertanding adalah untuk

terus memegang tampuk kuasa, manakala nilai-nilai yang lain adalah bersifat “secondary” – Justeru itu, apa sahaja nilai boleh dianggap berharga dan dilindungi selagi ianya membawa kepentingan dan manfaat politik kepada kumpulan yang bersaing.

ii) Bersifat eksklusif, kumpulan-kumpulan yang bersaing cenderung bekerjasama untuk mengekalkan status quo sistem, dan kedudukan masing-masing dalam sistem tersebut, bagi mengelakkan kemunculan kumpulan-kumpulan baru yang boleh meningkatkan persaingan untuk kuasa.

2.4.4. Model Partisipatif

- Cuba untuk mempertingkatkan tahap penyertaan rakyat/warga di dalam proses demokrasi, bukan sekadar membuang undi sahaja, tetapi melalui penyertaan secara langsung dalam mempengaruhi pembuatan keputusan dan dasar-dasar yang mendatangkan kesan kepada kehidupan seharian

- Berusaha untuk menggerakkan amalan demokrasi berperwakilan ke arah demokrasi langsung

- Menggalakkan perbincangan awam yang lebih mendalam/meluas ke atas isu-isu = juga berkaitan dengan idea ”deliberative democracy”

2.5. Jenis-jenis Demokrasi

- Memandangkan sifatnya yang kompleks/subjektif/bercelaru, terdapat banyak jenis/bentuk demokrasi yang di antaranya termasuk:

2.5.1. Demokrasi Liberal

- Dianggap oleh sesetengah orang sebagai bentuk demokrasi yang paling ideal/sempurna; selari dengan frasa “kerajaan rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat” , dan ideologi “liberalisme”

- Ciri-ciri :- i) pilihanraya yang terbuka, bebas dan adil (serta konsisten), dan

hak untuk mengundi (atau tidak mengundi);ii) pemerintahan majoriti; perlindungan hak/kepentingan minoriti;iii) menekankan masyarakat sivil (i.e. peranan kumpulan

berkepentingan/pendesak, kesatuan sekerja, etc) iv) menekankan hak sivil, i.e. kebebasan berfikir, bersuara,

berakhbar, berkumpul, beragama, bergerak, kebebasan daripada penahanan yang salah di sisi undang-undang/penahanan tanpa perbicaraan, etc.;

v) pengasingan kuasa – legislatif, eksekutif, dan kehakiman, serta pengawasan dan pengimbangan;

vi) disentralisasi/ penyahpusatan sistem politik; vii) individualisme – hak individu diutamakan;viii) hak memiliki harta

2.5.2. Demokrasi Sosial

- “perlanjutan logik demokrasi liberal…ke alam swasta/persendirian”, yang pada pandangan golongan liberal, tidak sepatutnya berpandukan prinsip-prinsip demokrasi, i.e. alam ekonomi (Gutmann 1999: 416)

- Melibatkan campur tangan kerajaan di dalam: i) pembuatan keputusan ekonomi oleh kerajaan (siapa dapat apa,

bila, bagaimana, berapa, dan mengapa) i.e. model ekonomi Keynesian; dan

ii) negara kebajikan (welfare state) – i.e. hal ehwal peribadi rakyat/keluarga/ indvidu; pendidikan; penjagaan kanak-kanak, etc.

2.5.3. Demokrasi Terpimpin

2.5.4. Demokrasi Totalitarian

2.5.5. Demokrasi Aneka Ragam/Pilihan (A la carte)

2.6. Prinsip-prinsip Demokrasi

- Elemen asas Demokrasi yang umum/hampir diterima sejagat adalah:

i) Penglibatan rakyat di dalam politik dan pembuatan keputusanii) Sistem perwakilaniii) Pemerintahan berasaskan undang-undang (rule of law)iv) Sistem pilihanraya – pilihanraya yang bebas/adil berdasarkan kpd.

“the will of the majority rules” v) persamaan pada darjah yang tertentu di kalangan rakyatvi) pendidikan dan kadar celik huruf

2.6.1. Penglibatan Rakyat

- ciri yang paling asas dalam mana-mana sistem demokrasi (ciri penentu demokrasi = rakyat harus terlibat di dalam proses pembuatan keputusan politik, sama ada secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih mereka)

- dua kaedah penglibatan rakyat:1) demokrasi langsung – penglibatan/penyertaan rakyat secara

peribadi dalam perbincangan dan pengundian ke atas isu-isu; membahas dan mengundi ke atas semua undang-undang/ dasar, akta dsbnya.

2) Demokrasi berperwakilan – rakyat memilih anggota rakyat yang lain untuk mewakili kepentingan bagi pihak mereka

- Demokrasi langsung = jarang diamalkan dalam pentadbiran sesebuah Negara di dunia kontemporer (hanya wujud di sesetengah Negara-kota Yunani purba); namun, ia wujud di peringkat yang lebih rendah, cth. Kumpulan, kelas, organisasi, etc.

- Demokrasi berperwakilan = biasa diamalkan di dalam enitit politik yang lebih besar/kompleks, cthnya. pilihan raya kerajaan tempatan, pilihan raya peringkat kerajaan negeri dan peringkat kebangsaan

- Bentuk-bentuk penyertaan rakyat yang lain:

i) Penyertaan aktif dalam parti politik/kumpulan berkepentingan;ii) Menghadiri mesyuarat politik, perhimpunan awam politik (public

rallies), dsbnyaiii) Mengadakan perbicangan/diskusi politik (secara peribadi/formal)iv) Berjumpa dengan pegawai awam berkenaan dengan isu awamv) Menyokong kuat isu-isu pilihanraya yg. spesifik, i.e. alam sekitar,

dasar ekonomi, etc. melalui petitions dan referendum

- Penyertaan rakyat = penting, menjadikan rakyat lebih berkesedaran akan isu-isu/meluaskan perspektif politik rakyat; menanam “sense of responsibility” dan , ”belonging to a community”

- Namun, kecenderungan untuk bersikap endah tidak endah (political apathy) = tinggi, i.e. kadar pembuangan undi yang rendah dalam pilihan raya (mungkin disebabkan “hak untuk tidak mengundi”)

- Walau bagaimanapun, keputusan akan tetap dibuat walupun seseorang itu tidak mengundi, justeru itu, adalah lebih baik untuk melibatkan diri/atau sebaliknya???

- Persoalan untuk difikirkan:-

i) Adakah tahap kegagalan membuang undi yang tinggi menjejaskan demokrasi?

ii) Adakah pengundian/penyertaan/penglibatan politik itu penting?

- 3 model demokrasi i.e. Elitis, Pluralis, and Korporatis berkongsi tanggapan = demokrasi boleh berfungsi secara agak berkesan dengan tahap penglibatan/penyertaan rakyat yang rendah

- Model Partisipatif berpendapat bahawa demokrasi = tidak dapat berfungsi dengan baik, justeru, perlu diwujudkan cara-cara untuk mempertingkatkan tahap penglibatan/penyertaan rakyat

2.6.2. Sistem Perwakilan

- Di dalam dunia moden, demokrasi langsung = tidak praktikal/sesuai akibat saiz populasi, kepentingan yang pelbagai, dan sifat kompleks isu-isu yang terlibat = tidak mungkin boleh berfungsi secara efisien/berkesan (cth. proses-proses pembuatan keputusan & dasar)

- Penubuhan bentuk-bentuk sistem perwakilan yang tertentu = suatu keperluan

- Terdapat 2 pendekatan utama dalam menentukan hubungan di antara seseorg wakil dengan rakyat yang diwakili beliau:

i) Mewakili kepentingan rakyat secara langsung dan menyeluruh dengan menyuarakan kepentingan mereka yang pelbagai setepat yang mampu (menangani isu yang melibatkan rakyat yang diwakilinya secara langsung)

ii) Mewakili secara tak langsung di mana wakil mengambil posisi sebagai seorg yang dipilih untuk membuat keputusan terbaik bagi masyarakat dan nasion secara menyeluruh (menangani isu-isu yang tidak berkaitan secara langsung dengan rakyat yang diwakilinya i.e. isu-isu antarabangsa/berkaitan dengan dasar luar)

- Dalam realiti, kebanyakan wakil rakyat mengamalkan kedua-dua pendekatan, dalam mana salah satunya akan diberi keutamaan pada waktu-waktu dan konteks politik yang tertentu.

- Sistem perwakilan yang biasa wujud dlm demokrasi moden:

i) single-seat/member constituency/district and multiple-seat constituency/district (berdasarkan majority mudah dan sistem “first-pass-the-post”),

ii) Proportional Representation (PR) (berdasarkan undi popular)

- Persoalan untuk direnungi: Sistem mana yang lebih baik, adil dan saksama? Mengapa?

2.6.3. Pemerintahan berasaskan undang-undang (Rule of Law)

- Kedaulatan dan keabsahan undang-undang, setiap individu adalah saa di sisi undang-undang, tiada sesiapa yang berkedudukan lebih tinggi daripada undang-undang (dikecualikan)

- Lon Fuller (1971) = set prinsip-prinsip yang menentukan “internal morality of law”, yang mana semua sistem undang-undang sepatutnya bertekad untuk mencapainya, demi memastikan pemerintahan berasaskan undang-undang dipertahankan:

i) Undang-undang sepatutnya bersifat umum – menentukan piawaian umum perlaksanaan

ii) Undang-undang seharusnya diisytiharkan dan diwar-warkan kepada mereka yang terletak di bawah pangkuannya

iii) Undang-undang seharusnya bersifat “prospective” dan bukannya “retroactive” (tingkah laku rakyat hanya berpandu kepada undnag-undnag yang sedia ada dan bukannya undang-undnag masa hadapan)

iv) Undang-undnag seharusnya bersifat jelasv) Percanggahan tidak seharusnya wujud dalam undnag-undangvi) Undang-undang tidak seharusnya membuat permintaan yang tidak

berkemungkinan boleh dipenuhivii) Undang-undang tidak seharusnya diubah/dipinda secara kerap viii) Keselarasan antara tindakan rasmi dan undang-undang

(cf. Ten 1999: 396)

- Namun, bukanlah suatu yang mudah untuk mempertahankan “rule of law”:

i) Tidak semua undang-undang didefinisi secara jelas, ii) Tidak semua pihak yang bersetuju dengan maksud/intepretasinya,iii) Terdapat sesetengah undang-undang yang bercanggah, atau

kelihatan bercanggah dengan undang-undang yang lain (Sargent 2003: 54)

2.6.4. Sistem Pilihanraya

- Mekanisme/platform asas dalam sistem politik demokratik- Teramat penting = dilihat umum sevagai satu-satunya bentuk

oenyertaan politik yang realistik bagi seseorang rakyat/individu yang hidup di dalam sebuah masyarakat yang besar, moden dan semakin kompleks

- Sistem pilihanraya = pengukur untuk mengukur tahap demokrasi; pilihanraya demokratik = sine qua non untuk ”kerajaan baik”

- Turut diguna-pakai oleh negara-negara “demokratik” sebagai “alat legitimasi” untuk terus berkuasa (see Taylor 1996; Lai 2000)

- Pilihanraya demokratik mesti bersifat:i) bebas ; danii) adil

- Dahl, Mackenzie, etc (qf. Rachagan 1993:2) = keperluan asas untuk sebuah pilihanraya yang bebas dan adil perlu merangkumi:

i) Sebuah badan bebas yang jujur, dan kompeten, untuk mengendalikan pilihanraya (i.e. Suruhanjaya pilihanraya yang bebas)

ii) Sistem pilihanraya yang memberi gambaran tepat dan setara mengenai jumlah undi yang diterima dan jumlah perwakilan yang diberikan kepada parti-parti yg bertanding

iii) Hak mengundi bagi rakyat dewasa (i.e. umur 21 & ke atas)iv) Pilihanraya yang kerap dan konsisten mengikut tempoh yang

ditetapkan (i.e. setiap 4-5 years)v) Peluang yang terbuka dan adil untuk bertanding, dan dalam

menubuhkan parti, serta menentukan calon

vi) Sistem parti yang maju – mampu menawarkan dasar-dasar/mengenalpasti apa yang dianggap kepentingan awam kepada bakal pengundi

vii) Kesemua kerusi di dalam badan perundangan utama mesti ditandingi secara terbuka

viii) Peluang yang terbuka dan adil bagi parti-parti yang bertanding untuk berkempen

ix) Peluang yang adil untuk liputan media bagi calon-calon utamax) Undi dibuang secara bebas dan rahsia; dikira dan dilaporkan

secara ikhlas, calon yang menang harus dilantik sebagai wakil sehingga tempoh perwakilan tamat

xi) Kehakiman yang bebas untuk menafsir undang-undang pilihanraya

(qf. Rachagan 1993:2)

- Masalah/Penyelewengan yang berpotensi berlaku:

i) Pilihanraya sebagai alat politikii) Kepincangan sistem pilihanraya = sistem PR lwn. majority-

mudah/“first pass the post” dalam “single member districts/constituencies”

iii) Bentuk “penyelewengan” pilihanraya yang lain = delimitasi kawasan pilihanraya & masalah “malapportionment” dan “gerrymandering”

(lihat Lai 2002)

HYPOTHETICAL MODELS OF GERRYMANDERING

Source : http://scottthong.wordpress.com/2010/11/11/gerrymandering-what-is-it-illustrated/ (accessed 24/10/2012)

- Contoh dakwaan “malapportionment” di Malaysia – i) Putrajaya (<15,000 pengundi); Kapar (lebih 145,000 pengundi) (PRU13); ii) 112

kerusi parlimen yang terkecil (majority mudah) hanya meliputi 33.8% daripada keseluruhan pengundi (Malaysia Chronicle 25/04/2012)

Source: Malaysia Today (21/06/2011)

2.6.5. Persamaan

- Suatu konsep yang senantiasa dipertikai/bahaskan= = konsep yang amat penting dalam pemikiran politik abad ke-20

- Suatu konsep yang umum – boleh dikategorikan kepada 5 jenis:i) Persamaan Politikii) Persamaan di sisi Undang-undnagiii) Persamaan Peluangiv) Persamaan Ekonomiv) Persamaan Sosial

2.6.5.1 Persamaan Politik

- Dianggap sebagai bentuk persamaan yang paling asas - Amnya, termasuk: a) persamaan dalam pengundian; b) pertandingan

politik/pilihanraya; c) pengaruh politik

a) Persamaan dalam pengundian = seharusnya termasuk:i) Akses yang berpatutan untuk individu ke stesen pengundianii) Kebebasan pilihan dan pembuangan undiiii) Setiap undi sama nilai/beratnya dengan undi yang lain

- Masalah yang timbul dalam realiti =i) Persoalan kewarganegaraan dan taraf permastautin tetapii) Keperluan umuriii) Kehilangan hak mengundi (i.e. penjenayah)iv) Diskriminasi umur, jantina, dan rasv) Pilihan Wakil vi) “Malapportionment” dan “gerrymandering”

b) Pertandingan Politik- Sesiapa yang diberi hak mengundi = peluang yang sama dipilih sebagai

wakil rakyat/dalam jawatan awam - Namun, halangan yang berpotensi = i) kekayaan calon; ii) halangan

sosial i.e. jantina, ras/etnik, agama, etc. c) Pengaruh Politik- Persamaa pengaruh politik di kalangan rakyat/warganegara tanpa

mengambil kira ras, agama, jantina, kelas ekonomi, kasta sosial, etc. (tidak dihalang oleh halangan bersifat “formal”)

- Dalam realiti, bukan mudah untuk realisasi – walaupun undang-undang wujud untuk mempromosikan persamaan sedemikian, halangan-halangan “informal” masih meluas akibat sikap semulajadi manusia

2.6.5.2. Persamaan di sisi Undang-undang

- Dianggap sebagai antara matlamat demokrasi yang paling jelas (Sargent 2003:61)

- Kesemua rakyat/orang mesti menerima layanan yang adil, saksama, dan sama oleh sistem undang-undang

- Keadilan seharusnya bersifat “buta warna/ras/agama/jantina/status”

2.6.5.3. Persamaan Peluang

- Merujuk kpd. Keupayaan dan mobiliti setiap individu utk. bergerak ke atas/bawah tangga sosial (hierarki/kelas sosial dan ekonomi di dalam sesebuah masyarakat), bergantung kpd. keupayaan seseorang

- Tiada “artificial barrier/halangan buatan” untuk menghalang seseorang daripada mencapai apa yang ianya berupaya mencapai melalui usaha gigih dan kecekapan (qf Sargent 2003: 60)

- “artificial barriers” = ras, etnik, jantina, agama, kasta, orientasi seks, bangsa, elemen primordial, etc.

- Dalam realiti, persamaan peluang = bergantung kepada status “nilai” yang diberikan kepada elemen material (kekayaan/wang/harta) vs. non-material (aristokrasi/kedudukan keagamaan/pendidikan/etc.)

2.6.5.4. Persamaan Ekonomi

- Makna yang subjektif dan senantiasa dipertikai/bahaskan- Takrifan yang sempit = setiap individu sepatutnya memperolehi

pendapatan yang sama secara relatif – tiada seorang yang lebih kaya daripada yang yang lain secara mendadak

- Secara realistik = seharusnya berkenaan dengan persamaan peluang ekonomi, i.e. pekerjaan, kontrak perniagaan, tender, etc. (bukan persamaan kedudukan kewangan)

- Menurut Sargent (2003), idea yang tersirat = menjamin tahap keselamatan ekonomi yang minima bagi setiap individu di dalam sesebuah masyarakat; keselamatan lebih penting drpd. persamaan

- Hujah utama = kemiskinan yang ekstrem menjejaskan penyertaan secara berkesan dalam masyarakat, i.e. pendidikan yang terhad (kelas menengah vs bawahan/miskin – mainan kanak-kanak buku, pendidikan awalan i.e. pra-sekolah, panduan ibubapa, usia pembelajaran kritikal; etc.)

- Terdapat pengecualian – tetapi majoriti = kejayaan yang terhad dalam meningkatkan taraf hidup dan kedudukan dalam strata sosial secara signifikan

- Persoalan untuk direnungi:

i) Adakah ketaksamaan pendapatan/kewangan memberi kesan secara negatif ke atas persamaan peluang ekonomi?

ii) Sejauh manakah ketaksamaan sedemikian harus ditoleransi/dibenarkan berlaku?

iii) Bagaimana jurang pendapatan/ekonomi boleh dikurangkan?

2.6.5.5. Persamaan Sosial

- Turut dilihat sebagai “quality of respect” – satu nilai yang paling rumit untuk dikenalpasti

- Asas kemanusiaan = kepercayaan bahawa semua umat manusia adalah sama taraf dan seharusnys diberi penghormatan yang sama

- Dalam pengertian yang sempit = peluang yang sama untuk menyertai kehidupan sosial, i.e. menganggotai sesebuah kelab/persatuan, melawat/menggunakan kemudahan awam, i.e. pengangkutan, pusat membeli-belah/kedai, menghadiri sekolah/universiti, etc.

- Namun, ketaksamaan sosial boleh diperdalamkan oleh penyertaan secara selektif/eksklusif dalam aktiviti sosial, i.e. golongan berada vs. miskin dan jenis sekolah yang dihadiri, pengangkutan yang diambil/guna; kemudahan sukan yang diguna pakai

- Persoalan untuk direnungi:i) Sekiranya umat manusia diberi penghormatan yang sama taraf atas

alasan bahawa mereka adalah manusia, bagaimana pula dengan “binatang/haiwan”? (hak binatang/haiwan??)

ii) Dalam aspek pendidikan, patutkah diwujudkan sekolah/IPT khas/eksklusif bagi pelajar elit, atau patutkah semua sekolah/IPT bersifat “tanpa kelas”?

2.7. Kebebasan, Liberti, dan Hak

- Definisi berbeza dalam ertikata yang sempit – namun, sering digunakan secara silih berganti

- Kebebasan = ertikata umum (keupayaan untuk melakukan sesuatu tanpa rasa takut, bimbang, atau pilih kasih, dan tanpa halangan, atau dengan halangan yang terhad)

- Liberti = merujuk secara spesiifk kepada kebebasan politik dan sosial- Hak = jenis kebebasan spesifik yang dijamin oleh undang-undang

(Sargent 2003: 63)

- Tiada wujudnya apa yang dikatakan “kebebasan yang bersifat mutlak” (i.e. kebebasan daripada melakukan fungsi-fungsi kehidupan yang asas – makan, minum, tidur, etc)

- Masyarakat Demokratik = seharusnya bersifat agak bebas, terbuka, dan dikawal secara terhad

2.7.1. Hak : Antara Hak Asasi dan Hak Sivil

- Hak Asasi = hak yang dimiliki atau seharusnya dimiliki manusia; lebih dikenali pada zaman semasa sebagai “Hak manusia”

- Hak Sivil = hak yang diberikan/dikurniakan oleh kerajaan- Kedua-duanya jarang dibezakan dalam dunia kontemporer; semua

jenis hak = hak sivil- Hak = kerajaan minimal, campurtangan kerajaan yang terhad dalam

aspek kehidupan yang tertentu; i.e. berfikir, bersuara, berakhbar, berhimpun, beragama

- Hak Asasi/Semulajdi yang paling mustahak = hak asasi manusia = hak untuk perlindungan-diri (self-preservation) = hak untuk menjamin “keperluan asas yang minima” untuk terus hidup (survive) dalam masyarakat, i.e. makanan, tempat perlindungan, pakaian.

- Artikel 22 Deklarasi Sejagat Hak Manusia (1948) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB/UN) mendefinisikan hak manusia sebagai:

“everyone, as a member of society, has the right to social security and is entitled to realization, through national effort and in accordance with the organization and resources of each State, of the economic, social, and cultural rights indispensable for his dignity and the free development of his personality”

(UN Charter 1948 qf. Sargent 2003: 66)- Peranan ”talam dua muka” kerajaan = i) pengongkong liberti/hak; ii)

pelindung liberti/hak

2.7.2. Liberti

- Liberti yang biasanya dikenal pasti (jenis kebebasan politik & sosial):

i) Hak mengundi (atau tidak)ii) Kebebasan berfikiriii) Kebebasan bersuara

iv) Kebebasan berakhbar v) Kebebasan berhimpunvi) Kebebasan beragamavii) Kebebasan bergerakviii) Kebebasan daripada layanan secara rambang/sewenang-wenang

oleh sistem politik dan undang-undang (bermaksud bahawa kerajaan mesti melindungi rakyat daripada kerajaan itu sendiri; melindungi rakyat daripada kerajaan; individu mesti diberi layanan yang adil oleh sistem)

(cf. Sargent 2003: 67)

- Bentuk liberti/kebebasan sivil yang dibahaskan pada era kontemporer (tetapi yang kurang bersifat sejagat):

i) Kebebasan maklumat/informasi (vs. akta rahsia)ii) Hak untuk mati (i.e. euthanasia)iii) Hak mengugurkan kandungan (pro-kehidupan vs. pro-pilihan)iv) Hak memilih orientasi seksual (i.e. hak golongan homoseksual)v) Kebebasan daripada hukuman yang zalim dan bersifat tidak

konvensional (i.e. hukuman mati, penyeksaan)

- Beberapa persoalan untuk direnungi:

i) Adakah semua, atau sesetengah kebebasan bernilai sejagat? ii) Patutkah kesemua, atau sesetengah daripada kebebasan yang

dinyatakan bersifat mutlak?iii) Bagaimana pula dengan potensi penyelewengan/penganiayaan/

penyalahgunaan kebebasan bersuara, i.e. menyebar fitnah, dakyah, maklumat yang separa-benar, memutar belit fakta?

iv) Bagaimana pula dengan penerbitan bahan lucah/pornografi? Patutkah diadakan kawalan/halangan? Sekira ya, bagaimana pula dengan bahan-bahan/artifak berhubungkait dengan budaya/seni? Sekira tidak, bagaimana pula dengan perlindungan dan hak wanita dan kanak-kanak (dan lelaki) daripada penganiayaan yang berkenaan?

v) Bagaimana pula dengan bahaya yang bersabit dengan penerbitan bahan yang bertujuan memporak-perandakan kestabilan awam/ mencetuskan ketidakstabilan awam??

vi) Bagaimana pula dengan amalan “sensationalisation” isu-isu oleh pihak media (bad news is good news)?

vii) Bagaimana pula dengan pencabulan keperibadian individu oleh pihak media, i.e. budaya “paparazzi”, etc.

viii) Patutkah demonstrasi dan perhimpunan yang boleh mencetuskan ketegangan/ketidakstabilan/keganasan dibenarkan? Sekiranya tidak, apakah had yang sepatutnya?

ix) Patutkah hukuman bersifat penyeksaan dan/atau hukuman mati disokong/digalakkan/dibenarkan?

x) Patutkan “penahanan tanpa perbicaraan” dibenarkan?

2.8. Trend Semasa

- Tiada perubahan dalam prinsip-prinsip demokrasi – Cuma perbezaan interpretasi

2.8.1. Demokratisasi/pendemokrasian

- Ideologi politik yang paling dominan dan diterima secara meluas dalam dunia kontemporer

- Sejak keruntuhan komunisme sedunia/global dan penularan proses globalisasi = penyebaran demokrasi = proses pendemokrasian, i.e. negara-negara bekas sosialis/komunis, Dunia Ke-3.

- pendemokrasian = proses penubuhan/pembentukan:- i) institusi-institusi demokratikii) prosedur-prosedur demokratikiii) budaya demokratik (boleh dianggap yang paling penting/asas)

- Namun, demokrasi di kebanyakan negara-negara sedemikian = agak rapuh, dipersoal/dikhuatiri

- Penyokong demokrasi liberal melihat negara-negara tersebut = demokrasi kurang tulen/tidak demokratik sepenuhnya

- Kebanyakan negara dalam proses pendemokrasian dilokasikan dalam kontinum antara autoritarian dan demokrasi; autoritarian ke semi-autoritarian ke semi-demokrasi ke demokrasi

- Pengkritik demkrasi liberal = tak bersifat sejagat, berasaskan budaya politik, nilai pengalaman, dan konteks politik masyarakat Barat = justeru itu, cenderung berkonflik dengan tradisi/amalan/budaya politik Oriental/Timur

- Model demokrasi alternatif, i.e. “Asian-style democracy” perdebatan pada dekad 1990s (kombinasi beberapa nilai/prinsip/institusi /prosedur demokrasi yang diterima sejagat dengan budaya/norma/ nilai tradisional

- Persoalan untuk direnungi:i) Adakah kewujudan institusi dan prosedur demokratik, i.e.

pilihanraya, perlembagaan demokratik, etc. menjadikan sesebuah negara benar-benar demokratik?

ii) Adakah nilai-nilai demokrasi liberal bersifat sejagat?iii) Adakah nilai-nilai demokrasi liberal dibentuk/dipengaruhi secara

besar-besaran oleh budaya/konteks politik Barat? iv) Adakah demokrasi liberal bercanggah dengan budaya politik

tradisional Oriental/Timur?v) Adakah budaya politik Oriental/Timur benar-benar bersifat

demokratik atau sebalik?

2.8.2. Masyarakat Sivil

- Amnya merujuk kepada

…set of largely voluntary associations and interactions….that operate outside the formal political system and thus outside its control, in which people learn (to appreciate and uphold)… key democratic values”

(Sargent 2003: 74)

- Masyarakat sivil yang sihat = syarat penting untuk menubuhkan budaya dan sistem demokrasi

- Contoh: organsasi bukan-kerajaan (NGOs), kumpulan berkepentingan/pendesak, syarikat swasta, etc.

2.8.3. Hak Kumpulan

- Merujuk kepada hak-hak sekumpulan manusia yang spesifik yang berkongsi identiti/pertalian/ikatan (i.e. etnik/ras, agama, bahasa, orientasi seksual, etc.) daripada hukuman/penganiayaan, dan ancaman terhadap identiti mereka.

- Pendekatan semasa untuk melindungi dan mempertahankan hak kumpulan

i) Multiculturalism/Kepelbagaian Budaya – merujuk kepada perdebatan mengenai hak majoriti vs minoriti

ii) Diversity/Difference (Kepelbagaian/Perbezaan) – konsep yang mengiktirafkan bahawa kepelbagaian atau perbezaan adalah penting, baik, dan amat bernilai; i.e. slogan seperti “Unity in Diversity” (Perpaduan dalam Kepelbagaian)

iii) Consociationalism (Permuafakatan) – idea perkongsian kuasa politik di antara kumpulan berbeza, i.e. Alliance/Perikatan, National Front/Barisan Nasional di Malaysia

2.9. Percanggahan dalam Demokrasi

Di antara percanggahan yang wujud dalam demokrasi:

i) dilema of pilihan individu diletakkan dibawah kehendak popular

- i.e. kecenderungan individu ke atas sesuatu undang-undang/dasar, tetapi terpaksa menerima undang-undang/dasar yang bercanggah yang dipilih oleh kumpulan majoriti; mengundi parti yang kalah tetapi terpaksa menerima akta yang diluluskan oleh parti pencabar yang berjaya (Goodwin 2007: 302)

- i.e. kepercayaan moral “contradictory” seseorang yang merokok - “mengharamkan merokok adalah salah”; “mengharamkan merokok adalah tindakan yang betul sekiranya majoriti menganggapnya sebagai betul” = justeru itu, dilemma moral mengenai dasar untuk mengharamkan kegiatan merokok = kedua-duanya betul dan salah pada waktu yang sama

ii) Masalah berkenaan dengan kumpulan minoriti

- melibatkan dilema percanggahan di antara prinsip-prinsip asas demokrasi mengenai “the will of the majority rules” dengan prinsip/nilai yang lain seperti keadilan, dan persamaan

- i.e. minoriti cenderung tidak bersetuju bahawa pendapat majoriti adalah sentiasa betul ; begitu juga dengan undang-undang pihak majoriti yang tidak semestinya adil dan saksama terhadap kumpulan minoriti – justeru itu, minoriti mungkin mempersoalkan keabsahan dan nilai demokrasi itu sendiri

- Penyelesaian = penginstitusian kedudukan minoritiNamun, menurut Goodwin, “to institutionalize the position of minorities goes against democratic equality, while to leave their cause to the good nature of the majority will in many cases mean that they may suffer injustice or even oppression” (Goodwin 2007: 305)