Upload
maiymp
View
228
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Guru dan cabaran semasa
Citation preview
Tambahan pula, aktiviti seterusnya yang telah kami rancang dalam membangunkan
bakat dan kreativiti ialah “ Imaginasiku lukisan hatiku”. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti
yang dijalankan bagi mencungkil bakat murid-murid dalam menghasilkan animasi lukisan
kartun menggunakan tema-tema yang telah ditetapkan. Dalam aktiviti ini murid akan
diberikan ruang dan peluang tanpa mengira tahap kecerdasan IQ murid tersebut. Antara
tema yang digunakan ialah tema binatang, manusia dan juga alam sekitar. Murid boleh
mereka kartun menggunakan pelbagai kaedah mereka sendiri bagi menghasilkan lukisan
kartun yang terbaik. Aktiviti ini disasarkan kepada semua peringkat murid tanpa mengira
tahun. Tempoh aktiviti dijalankan ialah selama satu minggu. Aktiviti yang dijalankan ini dilihat
mampu menjadi satu aktiviti yang sesuai dalam membangunkan kreativiti dan bakat murid.
Hal ini kerana dalam melaksanakan aktiviti aspek imaginasi dan daya cipta yang pelbagai
amat ditekankan sepanjang aktiviti ini dijalankan. Aspek imaginasi dan daya cipta
merupakan satu aspek yang penting dalam meningkatkan serta mencungkil bakat murid.
Perkara ini telah diperkatakan oleh Noriati A. Rashid et al (2012) menyatakan kecerdasan
diukur dalam Ujian Binet mengandungi beberapa aspek penting antaranya ialah imaginasi
dan nilai estetika. Oleh itu, secara tidak langsung melalui aktiviti ini guru dapat memberi
pengiktirafan kepada murid yang benar-benar berbakat dalam melukis animasi. Aktiviti ini
juga dapat membantu negara menjana pendapatan apabila murid tersebut dewasa dan
dapat menghasilkan lukisan-lukisan pada dinding dan dapat dijadikan tempat pelancongan
yang terkenal seperti di Pulau Pinang, Kuching dan Perak. Selain itu, juga aktiviti ini mampu
menghasilkan kartunis yang terbaik yang mampu mengharumkan nama negara pada masa
hadapan seperti kartunis untuk kartun “ Kampung Boy” karya Lat. Kesimpulannya aktiviti ini
mampu membangunkan bakat dan kreativiti murid pada masa kini bagi kegunaannya murid,
sekolah dan negara pada masa hadapan.
Aktiviti lain yang dirancang dalam membangunkan bakat dan kreativiti murid ialah
“Rasa saya, sedap semua!”. Aktiviti ini mengkehendaki murid untuk mencipta resepi baru
menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Sepanjang melaksanakan aktiviti ini tema
tidak ditetapkan. Hal ini adalah untuk tidak menyekat idea dan kreativiti murid dalam
menghasilkan resepi mereka sendiri. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang diberi ilham
daripada program realiti “Master chef” yang disiarkan di media massa. Aktiviti ini disasarkan
kepada murid tahap dua iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Tempoh yang digunakan untuk
menjalankan aktiviti ini ialah selama satu hari. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk
menyahut seruan dalam menjana domain Kecerdasan Gardner iaitu interpersonal murid
tersebut. Domain ini menjadi faktor utama kerana melalui pertandingan ini murid harus
mencipta resepi mereka sendiri dan menerangkan konsep serta bahan-bahan serta langkah-
langkah yang dilaksanakan sepanjang menyediakan makanan yang mereka sediakan. Hal
ini secara tidak langsung mampu menaikkan kecerdasan murid dalam interpersonal. Di
dalam aktiviti ini ini juga terdapat satu sesi dimana murid boleh memilih mana-mana guru
untuk membantu mereka dalam melaksanakan masakan mereka. Hal ini secara tidak
langsung mereka dapat menjadikan guru tersebut sebagai panduan disamping guru tersebut
dapat melihat potensi diri mereka dalam memasak sepanjang proses memasak tersebut
dijalankan. Bimbingan dan model daripada guru ini penting kerana ia telah diperkatakan oleh
Noriati A,Rashid et dalam teori Albert Bandura yang menyatakan melalui proses peniruan
manusia akan mudah mempelajari sesuatu yang diperhatikannya terutamanya proses yang
terjadi di sekeliling secara semula jadi. Aktiviti ini juga merupakan satu aktiviti yang banyak
memberi impak kepada diri murid, sekolah dan Negara. Impak kepada diri sendiri ialah
murid dapat meningkat kreativiti mereka dalam mencipta masakan mereka sendiri. Selain
itu, aktiviti ini mampu menaikkan nama sesebuah Negara pada masa hadapan jika bakat
yang dikemukakan mereka dapat menjadi tontonan umum seperti Di Malaysia terdapat chef
yag terkenal di serata dunia iaitu Chef Wan, Gordon Ramsay dari Negara United Kingdom
Rachel Ray dari United States. Semua selebriti ini telah mengharumkan nama negara
mereka di seluruh dunia. Kesimpulannya aktiviti ini bukan sahaja mampu membangunkan
bakat dan kreativiti murid namun ia juga mampu menaikkan nama sesebuah Negara di
peringkat antarabangsa.