23
3.0 AMALAN KESELAMATAN BENGKEL 1. Program Amalan Keselamatan Bengkel Cuba anda bayangkan bengkel atau makmal di sekolah anda. Dalam bayangan anda, terlihatkah peralatan pelindung keselamatan seperti gogal, topeng, sarung tangan? Sekarang bayangkan pula suasana bengkel yang sibuk di mana pelajar-pelajar sedang menjalankan kerja amali. Terbayangkah pelajar yang sedang menggerudi menggunakan gogal atau tidak? Persoalannya, kalau pelajar tidak menggunakan peralatan Keselamatan walaupun telah disediakan, di manakah silapnya. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh seseorang pelajar melambangkan sikapnya terhadap keselamatan. Maka, kita sebagai pendidik perlu bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pelajar dididik dengan amalan keselamatan yang balk. 2. Merancang Program Keselamatan Bengkel Apabila kita mengajar keselamatan, ini bermakna kita bukan sekadar menyampaikan maklumat atau pengetahuan mengenai keselamatan, tetapi kita perlu mengubah sikap seseorang dari segi fizikal dan mental. Berikut adalah langkah-langkah yang terlibat dalam perancangan program keselamatan bengkel.

AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

3.0 AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

1. Program Amalan Keselamatan Bengkel

Cuba anda bayangkan bengkel atau makmal di sekolah anda. Dalam bayangan anda,

terlihatkah peralatan pelindung keselamatan seperti gogal, topeng, sarung tangan?

Sekarang bayangkan pula suasana bengkel yang sibuk di mana pelajar-pelajar sedang

menjalankan kerja amali. Terbayangkah pelajar yang sedang menggerudi

menggunakan gogal atau tidak?

Persoalannya, kalau pelajar tidak menggunakan peralatan Keselamatan walaupun

telah disediakan, di manakah silapnya.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh seseorang pelajar melambangkan

sikapnya terhadap keselamatan. Maka, kita sebagai pendidik perlu

bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pelajar dididik dengan amalan

keselamatan yang balk.

2. Merancang Program Keselamatan Bengkel

Apabila kita mengajar keselamatan, ini bermakna kita bukan sekadar menyampaikan

maklumat atau pengetahuan mengenai keselamatan, tetapi kita perlu mengubah sikap

seseorang dari segi fizikal dan mental. Berikut adalah langkah-langkah yang terlibat

dalam perancangan program keselamatan bengkel.

Merancang Program Keselamatan Bengkel

Kandungan Program Keselamatan

Menentukan objektif Program

Page 2: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

a) Menetapkan objektif program

Perhatian yang diberikan kepada keselamatan bengkel mesti memenuhi dua

objektif laitu, memastikan keadaaan bengkel yang selamat untuk pelajar bekerja

dan juga untuk menerapkan dalam diri pelajar pengetahuan di samping

membentuk sikap dan juga rasa hormat kepada prinsip-prinsip pencegahan

kemalangan sebagai persediaan untuk bekerja di masa hadapan.

b) Kandungan program keselamatan

Kenyataan falsafah program iaitu satu pernyataan yang menyebut kepentingan

program keselamatan yang berkesan.

Arahan keselamatan yang merangkumi semua aspek keselamatan

termasuk keselamatan sekitar sekolah dan bengkel, dan juga

maklumat-maklumat terperinci berkaitan penggunaan peralatan dan

penyelenggaraannya;

Program pemeriksaan keselamatan sebagai langkah.pencegahan

kemalangan termasuk laporan pemeriksaan yang dilapor oleh guru,

pelajar, pentadbir atau mereka yang dipertanggungjawab untuk menilai

keselamatan bengkel.

Jawatankuasa keselamatan sekolah yang juga melibatkan pelajar.

Jawatankuasa ini boleh membuat keputusan dan cadangan berkaitan

keselamatan.

Rancangan tindakan segera iaitu prosedur terperinci yang perlu dipatuhi

oleh setiap individu sekiranya berlaku kecemasan seperti kecederaan,

kebakaran dan lain-lain.

Kempen kesedaran supaya semua warga sekolah sentiasa berwaspada dengan

keselamatan, dengan mengadakan aktiviti seperti pertandingan, memasang

poster, menyediakan papan buletin dan peti cadangan.

Page 3: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Perlaksanaan program perlu menyeluruh dan melibatkan semua kakitangan

akademik dan bukan akademik sekolah. dan juga semua pelajar.

3. Program Keselamatan Secara Pendekatan Sistem

Menurut V. William DeLuca dan W. James Haynie, iii (1989), pengaplikasian teori

sistem dan teknologi kawalan merupakan satu perubahan yang amat signifikan dalam

teknologi moden. Teori sistem memperakui kesan komponen atau sub-sistem ke atas

prastasi keseluruhan sistem, kerana setiap sub- sistem memainkan peranan yang

menyumbang kepada operasi keseluruhan sistem. Sebenarnya wujud hubungan yang

interaktif antara semua sub - sistem. Sekiranya satu sub- sistem gagal berfungsi

dengan baik, maka keseluruhan sistem akan gagal. Untuk memaksimumkan

keberkesanan sesebuah sistem, kawalan perlu diwujudkan untuk mengoptimumkan

keberkesanan setiap sub- sistem. Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui

lingkaran - lingkaran maklurn balas, dan keputusan yang dibuat harus

mengoptimumkan fungsi setiap sub- sistem di samping mengambil kira kesan

keseluruhan. ke atas sistem. Sesebuah sistem keselamatan mesti direka bentuk

supaya boleh meminimumkan kecederaan. Komponen-komponen dalam sistem pula

harus merangkumi faktor-faktor dalam persekitaran yang berpotensi untuk

menyebabkan kecederaaan.

Bagi memudahkan kita untuk memahami program keselamatan secara pendekatan

sistem ini, maka Model Sistem Keselamatan yang telah dibentuk oleh DeLuca dan

Haynie (1989) dijadikan contoh. Model yang dibentuk untuk bengkel Pendidikan

Tekrnologi adalah seperti dalam Rajah c. Penerangan ringkas mengenai komponen-

komponen dalam sistem ini adalah seperti berikut:

Page 4: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

PROGRAM KESELAMATAN SECARA PENDEKATAN SISTEM

Persekitaran (environment)

Faktor Manusia (human factor)

Peralatan dan Kelengkapan (tools & equipment)

Proses (processes)

Bahan-bahan (materials)

Pengaruh Luar (outside influences)

Maklum balas (feedback)

Page 5: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Persekitaran (environment) - Program Pendidikan Teknologi terdiri daripada

empat bidang atau sistem teknologi iaitu pembuatan, pembinaan, komunikasi

dan pengangkutan. Persekitaran merangkumi kemudahan – kemudahan fizikal

yang wujud dalam setiap bengkel program tersebut. Walaupun terdapat banyak

peralatan yang sama, namun setiap bengkel memiliki keunikan tersendiri yang

membezakan antara bengkel-bengkel tersebut. Antara faktor-faktor yang

mempengaruhi keselamatan sesebuah bengkel adalah pengcahayaan,

kebisingan, suhu, zon keselamatan dan kod warna, penyimpanan, prosedur

pencegahan kebakaran, housekeeping, ergonomik dan keperluan pertolongan

cemas.

Faktor Manusia (human factor) - Tahap pembangunan seseorang

pelajar akan menentukan keadaan keselamatan sesebuah bengkel.

Semua pelajar mesti memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan

prosedur keselamatan (domain kognitif), dan memiliki sikap dan nilai yang

diperlukan untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut (domain afektif).

Tahap kemahiran pelajar akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan

dengan selamat (domain psikomotor). Walau bagaimanapun, guru

memainkan peranan penting dan bertanggungjawab untuk merancang,

mengawal dan mewujudkan suasana selamat dalam bengkel. Faktor

utama yang menyebabkan kecederaan adalah perlakuan manusia yang

tidak mematuhi arahan-arahan keselamatan dan prosedur melakukan

kerja yang telah ditetapkan.

Peralatan dan Kelengkapan (tools & equipment) - Semua peralatan dan

kelengkapan bengkel dibentuk untuk memudahkan dan membantu manusia

membuat kerja-kerja amali dan menggunakan bahan-bahan seperti kayu,

logam atau plastik. Namun, peralatan-peralatan ini boleh membawa bahaya

dan menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul, maka

peralatan dan kelengkapan turut menjadi fokus keselamatan dalam

bengkel. Antara peralatan yang membawa bahaya adalah peralatan tangan

manual, peralatan tangan berkuasa elektrik/ motor dan mesin tanpa

pelindung.

Page 6: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Proses (processes) - Penggunaan peralatan melibatkan pelbagai proses

atau prosedur penggunaannya yang memiliki bahaya tersendiri. Maka

pelajar mesti diajar dan belajar melaksanakan sesuatu proses dengan

betul untuk menghindari kecederaan.

Bahan-bahan (materials) - Terdapat banyak bahan-bahan dalam

bengkel apabila tidak diselenggara dengan betul, akan membawa kesan

kumulatif yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya. Oleh itu, bahan-

bahan yang digunakan mestilah diselenggara dan disimpan dengan

sempurna. Pembuangan sisa bahan pula harus dibuat dengan betul

supaya tidak memberi kesan buruk kepada persekitaran.

Pengaruh Luar (outside influences) - Sama seperti pihak industri, dalam

pendidikan teknologi, keselamatan, turut dipengaruhi oleh polisi- polisi

daerah dan kebangsaan. Pengaruh luar merangkumi pengaruh agensi-

agensi awam, pentadbiran sekolah dan juga masyarakat.

Maklum balas (feedback) - Kaedah mengajar can aktiviti-aktiviti

pengajaran adalah bahagian penting bagi komponen maklum balas dalam

sistem keselamatan ini. Enam komponen,pertama dalam sistem ini

mewujudkan wadah kandungan bagi merancang sistem. komponen maklum

balas mengintegrasikan, kandungan ke dalam sistem, pengajaran berasaskan

aktiviti yang melibatkan pelajar dalam merancang dan mengekalkan sistem

keselamatan.

Page 7: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Di dalam setiap komponen terdapat faktor-faktor yang boleh menjadi punca kepada

kemalangan. Dalam program ini, guru dan pelajar bersama-sama harus dapat

mengenal ,pasti dan menilai faktor-faktor yang bahaya. Seterusnya mewujudkan sistem

maklum balas untuk mengawal sistem keselamatan bengkel.

Rajah c

diadaptasi daripada V.William DeLuca & W. James Haynie, iii. Safety System Design for Technology Education, 1989, m.s.3. International Technology Education Association, USA

Persekitaran

Pembuatan KomunikasiPembinaanpengangkut

Faktor manusia

KognitifAfktifPsikomotor

Peralatan dan kelengkapan

Proses Bahan

Pengaruh luar

PentadbiranAgensi awamMasyarakat

Maklum

balas

Page 8: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

4. Faedah Amalan Keselamatan

Ingatkah anda kejadian letupan di sebuah kilang mercun, Sungai Buluh? Peristiwa ini

adalah antara kemalangan ngeri yang pernah dialami di negara ini. Cuba anda fikirkan

apakah kesannya kepada masyarakat dan negara? Apabila berlaku korban nyawa,

bermakna ada ahli masyarakat yang kehilangan orang yang tersayarg. Jika berlaku

kecederaan teruk yang membawa kepada kecacatan seumur hidup maka ada individu

yang telah hilang keupayaan dan kebolehan. Negara pula akan kerugian tenaga

manusia berguna, malah perlu menanggung kos menghulurkan bantuan. Lebih

merugikan lagi apabila kemalangan industri berlaku kerana negara akan kehilangan

satu sumber pendapatan, pekerja hilang pekerjaan, dan kerugian harta benda. Akibat-

akibat yang dibincangkan ini adalah sebahagian daripada kesan kemalangan yang

boleh berlaku dari aspek sosial dan ekonomi.

Besar atau kecil, sesuatu kemalangan, membawa kesan dari segi sosial dan ekonomi.

Maka, kita harus sentiasa peka kepada kewujudan bahaya dan berusaha mengamalkan

keselamatan yang balk, sama ada di tempat kerja, atau bengkel sekolah. Amalan

Keselamatan, di tempat kerja atau industri akan memberikan beberapa faedah seperti

berikut:

Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit

pekerjaan yang boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan, kecederaan

malah kematian.

Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan harta benda.

Pekerjaan dapat dilakukan dengan tekun, efisien dan produktif.

Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan.

Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa gangguan.

Produktiviti boleh ditingkatkan.

Keupayaan untuk bersaing meningkat.

Industri yang mewujudkan suasana kerja selamat dan sihat menunjukkan kepada bakal

klien mahupun pelabur akan kebolehannya beroperasi dengan cekap.

Page 9: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Amalan keselamatan di bengkel sekolah pula akan memberikan beberapa faedah

berikut.

Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan,

kecatatan malah kehilangan nyawa.

Mengelakkan kehilangan masa produktiviti.

Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menerapkan dalam diri pelajar kesedaran tentang bahaya dan risiko kemalangan

semasa di bengkel.

Menghasilkan pelajar sebagai pekerja mahir, bertanggungjawab dan sentiasa

mengamalkan keselamatan.

Mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan sekolah

apabila berlaku kemalangan.

Mengukuhkan kepercayaan ibu bapa kepada guru sebagai pendidik dan

pembimbing kepada anak-anak mereka.

Menjaga imej sekolah sebagai sebuah institusi pengajian yang selamat.

Memandangkan bengkel merupakan satu sumber di mana kemalangan mudah berlaku,

maka imej bengkel yang selamat akan menjadi satu asset kepada sekolah. Suasana

sekolah yang selamat akan menarik ibu bapa untuk menghantar anak-anak belajar di

sekolah tersebut.

5. Tangungjawab Guru Bengkel

Seandainya seorang pelajar terluka tangannya semasa sedang menggunakan pahat

yang tumpul matanya, siapakah yang salah? Pelajar, pahat atau diri anda sendiri?

Memang pelajar bersalah kerana menggunakan pahat yang tumpul, tetapi sebagai

guru, anda lebih bersalah kerana tidak menyelenggaran pahat dengan baik. Situasi

begini jelas menunjukkan bahawa keselamatan bengkel mesti menjadi tanggungjawab

guru.

Page 10: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

6. Tanggungjawab Guru

Memupuk sikap selamat di kalangan peiajar bukanlah perkara yang mudah. Pelajar

tidak sutra dibebelkan untuk menjaga keselamatan-, tetapi pada mesa sama, pelajar

perlu diajar mengenai keselamatan. Tanggungjawab guru dalam mengamalkan

keselamatan bengkel terbahagi kepada:

Tanggungjawab Guru

Perlaksanaan Objektif

Keselamatan

Merancang Pengajaran

Keselamatan

Penyediaan Arahan

Keselamatan

Perlaksanaan Peraturan

Keseiamatan

Penilaian Pengajaran

Keselamatan

Page 11: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

a) Perlaksanaan Objektif Keselamatan

Guru bertanggungjawab di atas keselamatan semua pelajarnya. Oleh itu, guru mestilah

melaksanakan objektif keselamatan seperti berikut:

menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta

benda dalam diri setiap pelajar.

Membantu pelajar rnemahami kaedah yang selamat untuk bertindak

secara berkesan.

Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yang boleh

membahayakan.

Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi aktiviti -

kehidupan harian.

menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan yang diadakan di

sekolah.

b) Merancang Pengajaran Keselamatan

Semasa membuat perancangan, guru harus seder bahawa mengajar keselamatan tidak

sama seperti mengajar mata pelajaran akademik. Adakalanya, keselamatan tidak

sesuai untuk diajar sebagai satu mata pelajaran tersendiri tetapi D diterapkan dengan

mata pelajaran yang sesuai. Untuk memast,kan bahawa konsep dan amalan yang

selamat dapat di terapkan derco n bak make guru perlu berusaha membuat persediaan

dengan teliti. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah:

baca dan faham kandungan arahan keselamatan yang hendak disampaikan

kepada pelajar.

Pastikan langkah keselamatan am bagi bengkel ditetapkan.

Page 12: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Tetapkan langkah keseamatan yang spesifik untuk setiap mata pelajaran teknik

dan vokasional, buat rujukan jika perlu.

Merancang arahan dan tunjuk cara supaya cara kerja yang betul digunakan

kepada pelajar.

Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh pelajar

untuk mengulangkaji.

Edarkan salinan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.

c) Penyediaan Arahan Keselamatan

Guru perlu menyediakan arahan keselamatan yang merangkumi:

Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan.

Tunjuk cara penggunaan alat perlindungan diri dengan betul.

Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain kelengkapan.

Kaedah yang seiamat untuk mengangkat dan memindahkan kelengkapan yang

berat.

Peraturan keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua pelajar

menandakan bahawa mereka memahami peraturan- peraturan tersebut;

Alat bantu mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau peralatan yang

betul, dan alkibatnya jika arahan penggunaan tidak dipatuhi.

Menyediakan pepan buletin, poster atau peti cadangan untuk

kegunaan.pe!ajar.

Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada pengetua

untuk makluman.

Page 13: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

d) Perlaksanaan Peraturan Keseiamatan

Kemalangan boleh dielakkan jika peraturan keselamatan dipatuhi. Guru adalah contoh

kepada pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan

keselamatan yang telah dibuat untuk setiap bengkel. Seandainya guru melakukan

sesuatu yang membahayakan, pelajar akan menganggap itu sebagai kaedah yang

boleh diterima dan ditiru

e) Penilaian Pengajaran Keselamatan

Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan juga

praktis, meliputi keselamatan umum dan juga keselamatan khusus. Penilaian akan

membolehkan:

Guru mengetahui keberkesana dirinya menyampaikan maklumat mengenai

keselamatan.

Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat bertindak

membetulkan kesalahan atau kesilapan diri.

Seterusnya, keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru telah mengajar

keselamatan. Jawapan pelajar disimpan supaya boleh dijadikan bahan bukti jika

berlaku kemalangan atau kecederaan.

Page 14: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

7. Peraturan Am Keselamatan

Terdapat beberapa peraturan keselamatan yang umum dan sesuai digunakan di mana-

mana bengkel. Peraturan ini mesti disampaikan kepada semua pelajar sebelum mereka

memulakan kerja-kerja amali di bengkel. Senarai peraturan mestilah generik dan

ringkas supaya boieh menjadi asas bagi semua bengkel dan mudah diingat oleh

pelajar. Guru perlu memastikan bahawa semua pelajar memahami peraturan-peraturan

yang telah ditetapkan. Satu cara yang berkesan adalah meminta pelajar menyalin

semula peraturan-peraturan tersebut, kemudian menandatangani salinan tersebut.

pelajar diwajibkan, membuat ikrar keselamatan di mana mereka berjanji untuk

mengutamakan keselamatan dalam bengkel. Guru mesti menyimpan salinan peraturan

tersebut dengan baik, tetapi perlulah member salinan kepada pelajar. Senarai peraturan

am keselamatan serta penjelasan ringkasnya adalah seperti berikut.

Jangan, bergurau (horseplay) ketika bekerja - bergurau memang –

menyeronokkan apabila dilakukan di tempat yang sesuai, tetapi bukan di

bengkel. Gurauan secara kasar kerap kali rnelibatkan perbuatan berlari dan

mungkin juga melontar sesuatu kepada rakan. Perbuatan ini akan membawa

bahaya.

Jangan berlari dalam bengkel atau makmal yang penuh dengan meja kerja dan

juga kerusi, di samping peralatan mudah pecah (fragile) dan berbahaya,

peralatan tangan serta mesin-mesin. Pelajar yang berlari dalam bengkel mungkin

terjatuh atau melanggar rakannya, dan boleh mengalami kecederaan yang

disebabkan oleh peralatan tajam, tertolak tangan ke dalam mesin ataupun

mengalami pelbagai jenis kecederaan lain. Penilaian boleh dibuat secara amali

dan lisan.

Jangan guna mesin/peralatan sebelum diajar cara penggunaannya – setiap

mesin atau peralatan berbeza bergantung kepada penggunaanya.

Dengan itu, pelajar tidak boleh dibenarkan -menggunakan sebarang peralatan

atau mesin sehingga guru telah menunjukkan cara penggunaan yang betul.

Malah guru boieh menilai kefahaman pelajar mengenai arahan keselamatan

mesin atau peralatan baru atau belum pernah digunakan.

Page 15: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Bersihkan tumpahan (spills) dan serpihan (scraps) dengan segera - di dalam

bengkel atau makmal, adakalanya bahan kimia tertumpah dan serpihan bahan

yang berselerak di atas lantai. Jika timbunan serpihan terlalu banyak atau

tumpahan berlaku di kawasan yang sibuk akan membahayakan. Pelajar mesti

diarahkan supaya membersihkan kawasan tempat kerja.

Meminta kebenaran sebelum menggunakan peralatan atau mesin – terdapat

mesin atau peralatan dalam bengkel yang tidak boleh digunakan oleh pelajar

tanpa pengetahuan dan pemantauan guru.pelajar mesti memohon kebenaran

sebelum menggunakan mesin atau peralatan berisiko tinggi ( high risk ).

Jangan membawa barangan melebihi daripada kemampuan diri -

pastikan pelajar tidak mengangkat barangan terlalu berat sehingga

menyebabkan kecederaan belakang atau otot. Jangan .biarkan pelajar

membawa terlalu banyak barangan serentak sehingga ada yang

mungkin terjatuh dan menyebabkan kecederaan.

Jangan bercakap semasa sedang mengendalikan mesin – seperti pahat

yang berkepala cendawan. Begitu juga dengan peralatan yang

mempunyai bahagian-bahagian yang longgar, atau hulu yang patah. Jika

digunakan, ia boleh menyebabkan kecederaan. Kerosakan peralatan

dalam bengkel mesti dilaporkan kepada guru supaya guru boleh

menajamkan atau membaiki peralatan tersebut.

Patuhi penggunaan alat pelindungan diri - pastikan pelajar menggunakan alat

pelindungan diri yang sesuai dan telah disediakan seperti gogal, sarung ,tangan.

mask dan penutup telinga.

Gunakan commonsense - kewujudan bahaya dalam setiap bengkel tidak dapat

dielakkan. Keadaan yang selamat boleh terhasil jika satiap, individu

mempraktikkan commonsense atau akal waras semasa melakukan amali.

Pelajar mesti minta bantuan guru jika tidak yakin dengan apa sahaja yang

dilakukan. Setiap individu mesti bersikap serius terhadap keselamatan.

Page 16: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Pastikan alat keselamatan yang lengkap dipakai semasa menjalankan amali

Menampal Poster- Poster Yang Berkaitan Penjagaan Keselamatan Di Dalam

Bengkel

Page 17: AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Memperkenalkan Alatan Keselamatan Kepada Pelajar

Senarai peraturan am ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi guru untuk memulakan

kelas amali. Walau bagaimanapun, guru boleh menambah peraturan am yang lebih

spesifik untuk bengkel sendiri.