Upload
zaidawati-zainal
View
225
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
1/17
1
1.0 PENDAHULUAN
Kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (Asas 3M) adalah merupakan satu
kemahiran yang amat penting kepada semua murid. Penguasaan Asas 3M ini amat penting
kepada murid tatkala mereka mula melangkah masuk ke darjah. Murid yang dapat menguasai
Asas 3M akan mudah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Program-program
Kementerian Pelajaran Malaysia seperti LINUS (Literacy And Numeracy Screening) lebih
menekankan kepada penguasaan bahasa dan aspek pengiraan.
Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Bin Mohd. Yassin telah
membentangkan Bidang Keberhasilan Utama (National Key Result Areas-(NKRA),
Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam pembentangan tersebut Kementerian telah
diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras program LINUS tersebut. Pihak
kementerian harus mempastikan semua murid yang tidak ada masalah pembelajaran dapat
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
tiga tahun di peringkat rendah. Kelas LINUS adalah merupakan penambahbaikan daripada
program Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis (KIA2M) untuk Tahun 1 yang
dilaksanakan mulai tahun 2006, Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas,
(1999).
Perkembangan Teknologi Maklumat yang semakin pesat menyedarkan kita bahawa
murid-murid ini perlu mengikut arus perkembangan terkini. Mahu tidak mahu sebagai seorang
guru, kita harus bingkas melakukan sesuatu untuk menyelamatkan anak-anak murid kita dari
terus ditinggalkan arus kemajuan yang tidak ada penghujungnya. Menyedari hakikat ini, pada
bulan November 1998, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengadakan mesyuarat dan bengkel untuk menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan
Program Pemulihan Khas. Jawatankuasa Khas ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai
daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, pensyarah-pensyarah Maktab
Perguruan Darul Aman (IPDA), Guru Besar dan Guru Pemulihan Khas telah
mendokumentasikan sebuah buku yang dapat digunakan dan dijadikan panduan oleh guru-guru
pemulihan.
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
2/17
2
2.0 KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan
imbuhan. Ianya juga disebut sebagai Remedial educationdi dalam bahasa Inggeris iaitu suatu
bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau
kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan
berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan
adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil
daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan
pulih. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang
kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.
2.1 DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN
Dalam memberi pendefinisian tentang pemulihan, banyak pihak memberikan
pendefinisian yang berbeza-beza tentang istilah atau perkataan pemulihan. Namun ianya
mempunyai maksud yang sama. Antara pendefinisian yang dimaksudkan ialah;
Kamus Dewan , Edisi K eempat, (2005)mentakrifkan Pulih bermaksud kembali seperti biasa
(keadaan semula). Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada
keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan
dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, (1984):
Mendefinisikan pemulihan sebagai langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu
murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan
ditentukan.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, (1983), dalam BMM 3106 Modul Pengayaan Dan
Pemulihan menyatakan satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan
pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
3/17
3
sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk
pengajaran.
Ishak Harun dan Koh Boh Boon, (1983) dalam BMM 3106 Modul PengayaanDanPemulihan
mentafsirkan pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-
kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
2.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN
Ada beberapa objektif program pemulihan. Antaranya;
Membantu murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira.
Memberi perhatian yang sewajarnya kepada murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran dengan mengenalpasti tahap kebolehan mereka.
Memastikan murid-murid dapat belajar dalam sistem persekolahan biasa.
Membantu murid-murid memperkembang konsep kendiri dan sikap ingin belajar.
Memberi bantuan kepada murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran dengan
mengubah sikap daripada negatif kepada positif.
Penekanan terhadap emosi, mental, sosial dan intelek murid-murid diutamakan agar
mereka dapat melupakan permasalahan yang mereka hadapi sewaktu berada
dipersekitaran rumah mereka.
Memberi peluang kepada murid untuk merasakan keseronokan dan kegembiraan atas
pencapaian pembelajaran mereka.
2.3 CIRI-CIRI PEMULIHAN
a) Lemah dalam 3M
b) Lemah dalam pemikiran yang abstrak
c) Lemah dalam koordinasi mata dan tangan
d) Singkat daya tumpuan
e) Kurang keyakinan diri
f) lambat bertindak balas
g) Gagal dalam ujian
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
4/17
4
h) Sukar menguasai pelajaran dalam masa yang singkat
i) Lemah dari segi ingatan pendengaran dan penglihatan
j) Rendah tahap kecerdasan berbanding rakan sebaya
k) Sering kali sakit sakit perut, sakit kepala
l) Kerap ponteng sekolah
m) Kurang terlibat dalam aktiviti P & P
n) Bermasalah tingkah laku suka bermain dan berjalan-jalan dalam kelas
o) Sukar mengawal emosi menangis, marah
3.0 PERBEZAAN PELAKSANAAN AKTIVITI PEMULIHAN DI DALAM KELAS BIASA
DAN PEMULIHAN KHAS.
3.1 PEMULIHAN KELAS BIASA
Pemulihan Kelas Biasa dilakukan kepada murid-murid yang lemah dalam penguasaan
kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai. Mereka terpaksa bersaing dengan murid-murid yang
cerdik untuk mencapai hasrat serta objektif sukatan pelajaran yang sama. Di dalam kelas biasa
guru memperuntukkan ruang waktu untuk memberi pemulihan kepada murid-murid ini. Murid
perlu didedahkan dengan situasi sebenar dan pengalaman konkrit agar mereka dapat
memahami konsep pembelajaran dan dapat membina mental yang kukuh.
Melalui pemulihan dalam kelas ini murid yang lemah akan merasakan diri mereka
dihargai. Guru akan menumpukan perhatian kepada mereka. Kesedaran ini merupakan satu
kesan psikologi yang amat tinggi kepada mereka. Mereka tidak merasakan diri mereka
diabaikan. Guru yang memahami permasalahan murid akan merasakan perlunya perhatian
yang lebih kepada murid-murid ini. Pendekatan dan kaedah perlulah dicari agar pengajaran dan
pembelajaran tercapai objektifnya. Hubungan yang akrab juga akan terjalin antara guru dengan
murid tersebut.
3.1.1 PROSES PENGAJARAN PEMULIHAN KELAS BIASA
Satu proses telah disusun untuk melaksanakan pengajaran pemulihan dalam kelas
biasa. Peringkat-peringkat proses ini berhubung kait antara satu sama lain.Program pemulihan
kelas biasa ini boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah JARLIN. Kaedah JARLIN ini
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
5/17
5
mementingkan setiap proses dijalankan secara berterusan dan saling berhubung antara satu
sama lain.
1. Pelaksanaan Dalam Kelas Biasa.
Biasanya dilaksanakan di dalam kelas selepas sesuatu pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Dilaksanakan pada setiap mata pelajaran.
2. Penumpuan
Penumpuan diberikan kepada murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran
pembelajaran hari itu. Mereka akan diberi pemulihan secara langsung.
3. Menjimatkan Masa
Guru hanya bertumpu kepada kelas tersebut sahaja. Tumpuan guru hanya kepada
murid tertentu dan tidak banyak masa digunakan untuk sesi ini.
4. Naluri Kanak-Kanak
Seperti yang kita sedia maklum bahawa murid-murid ini suka bergaul. Melalui pergaulan
ini, penambahan kebolehan murid akan meningkat. Ini juga akan memperkembangkan lagi
pengetahuan mereka.
5. Semangat Kerjasama
Guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti. Aktiviti yang
dilaksanakan seperti mengadakan perbincangan atau mengutarakan pendapat akan melahirkan
semangat kerjasama dan saling bantu membantu dikalangan murid-murid ini.
6. Kesempatan Bertanding
Sebagai mana naluri murid-murid, mereka suka akan pertandingan. Guru harus
memahami naluri ini. Dengan adanya naluri seumpama ini akan memberi sesuatu yang positif
kepada mereka. Pujian dan imbuhan daripada guru.
3.1.2 PENGANALISAAN MASALAH
Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan
memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Misalnya dengan memerhati
bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak, guru dapat menentukan
jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh seseorang pelajar.
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
6/17
6
3.1.3 PERANCANGAN
Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan pelajar
iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi segala masalah
pembelajaran yang telah dikenal pasti.
3.1.4 SESI UJIAN
Ujian dilakukan mengikut bulanan dan penggal. Tidak perlu diadakan ujian saringan dan
diagnostik. Ia tidak memerlukan rekod terperinci
3.2 PEMULIHAN KHAS
Kelas Pemulihan Khas merupakan salah satu daripada keperluan asas yang perlu
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebiasaannya murid-murid yang lemah
dalam kelas biasa akan dibawa masuk ke kelas pemulihan khas. Murid-murid ini akan diberi
pendidikan pemulihan.
Dalam Kelas Pemulihan Khas ini, murid-murid akan ditempatkan di bilik khas. Bilik ini
akan digunakan sepenuhnya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan
pemulihan.
3.2.1. KELAS KHAS
Pemulihan Khas diadakan di dalam bilik khas yang mempunyai kelengkapan bahan
pemulihan khas.
3.2.2. MEMENUHI KEPERLUAN
Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi
masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan. Faktornya
termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
7/17
7
3.2.3. PENGUASAAN ASAS KEMAHIRAN 3M
Murid yang telah menguasai asas kemahiran 3M akan meneruskan pembelajaran di
kelas biasa. Ini akan menambah sikap positif di kalangan murid dan keyakinan diri terhadap
pembelajaran.
3.2.4. SKOP KAJIAN
Skop kajiannya tertumpu kepada penguasaan murid terhadap sesuatu subjek dengan
menggunakan bahan maujud.
3.2.5. PEMILIHAN MURID KE KELAS PEMULIHAN KHAS
Murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran di dalam kelas biasa,
maksudnya tidak dapat menguasai asas kemahiran 3M akan dimasukkan ke kelas pemulihan
khas.
3.2.6. PEMILIHAN GURU
Untuk mengendalikan kelas pemulihan khas, pihak Kementerian Pelajaran telah
menyediakan guru yang telah dilatih khas di IPG. Guru-guru yang telah mengendalikan kelas
pemulihan telah dihantar untuk menjalani kursus khas.
3.2.7. PERBEZAAN
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar murid mengakibatkan
segolongan daripada mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran
berbanding rakan sebaya mereka.
3.2.8. OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS
Penubuhan kelas pemulihan khas adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke Tahap 2
sekolah rendah dan ke sekolah menengah.
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
8/17
8
3.2.9. TUJUAN DAN KEMUDAHAN
Menggunakan masa, tenaga dan alat pengajaran dengan sebaik-baiknya untuk
mencapai objektif pengajaran. Guru dapat menggunakan bahan yang disediakan dengan
berkesan. Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran yang menyeronokkan dan
menggalakkan.
3.2.10. BAGAIMANA KELAS PEMULIHAN DIADAKAN
Murid kelas pemulihan khas bolehlah diambil dari kelas biasa. Murid tersebut mestilah
antara 3 hingga 4 orang. Ini bagi sekolah yang mempunyai dua kelas bagi sesuatu darjah.
Setiap sesi pembelajaran hendaklah tidak melebihi 15 orang murid. Bagi sekolah yang
mempunyai satu kelas bagi setiap darjah, guru pemulihan khas bolehlah mengambil murid dari
kelas lain. Tetapi jumlahnya tidak lebih dari 15 orang. Sekiranya ianya dari satu kelas sahaja,
murid tersebut mestilah tidak melebihi 6 orang murid. Perbincangan antara Guru Pemulihan
Khas, Guru Besar dan guru mata pelajaran boleh dilakukan untuk memilih murid memasuki
kelas pemulihan khas.
3.2.11. JADUAL GURU
Guru Pemulihan Khas hanya diperuntukkan masa 990 minit. Masa persediaan dan
pemilihan bahan diperuntukkan 120 minit. Masa ini dimasukkan ke dalam jadual waktu.
3.2.12. PEMILIHAN SUBJEK
Hanya dua mata pelajaran sahaja dipilih untuk diajar di kelas pemulihan khas iaitu
Bahasa Melayu Dan Matematik.
3.3 MASALAH PEMULIHAN
3.3.1 Contoh masalah pemulihan dalam kemahiran lisan:
1. Kosa kata yang terhad
2. Menggunakan dialek sendiri
3. Menggunakan bahasa ibunda
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
9/17
9
4. Lemah dalam kesantunan bahasa
5. Gagal mematuhi arahan
6. Lemah ingatan pendengaran
3.3.2 Contoh masalah pemulihan dalam kemahiran membaca
1. Keliru dalam membaca
2. Keliru pada huruf besar dan huruf kecil yang berubah
3. Masalah Disleksia
4. Tidak dapat membatang suku kata tertutup
5. Tidak dapat membatang perkataan yang lebih daripada 2 suku kata
6. Membaca secara berlagu
7. Tidak faham bahan yang dibaca
8. Sukar membuat hubung kait antara api dengan kebakaran
9. Tidak dapat membuat urutan
3.3.3 Contoh masalah pemulihan dalam kemahiran menulis
1. Rupa huruf yang tidak tekal
2. Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk
3. Salah dalam mengeja
4. Kosa kata terhad
5. Aliran pemikiran tidak lancar
6. Lupa format penulisan
7. Lemah dalam penyampaian idea
8. Ayat tidak gramatis
9. Lemah dalam penggunaan tanda baca
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
10/17
10
3.4 PERBEZAAN ANTARA PEMULIHAN BIASA DAN PEMULIHAN KHAS
Aspek Pemulihan Biasa Pemulihan Khas
Guru Ada asas latihan perguruan Ada asas perguruan dan kursus khas
untuk pemulihan
Jangka Masa Dalam pembelajaran biasa Pada waktu-waktu tertentu
Murid Murid kekal dalam kelas Murid bergerak ke kelas khas
Bentuk
Penilaian
Ujian bulanan atau penggal Melakukan ujian dari setiap kemahiran
Keperluan Tidak perlu ujian saringan atau
diagnostik
Perlu ujian saringan atau diagnostik
Rekod
Dokumentasi
Tidak memerlukan rekod yang
terperinci
Perlu disimpan secara sistematik
Pelaksanaan Dilakukan secara umum Dilakukan secara khusus lebih kepada
individu sahaja
Penguasaan Murid tahap 1 dan 2 dari tahun 1
hingga tahun 6
Murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru
kelas
Bilangan
Murid
Tidak terhad Maksimum 15 orang untuk satu kelas
Jadual Waktu Berdasarkan matapelajaran yang
diajar
Jadual ditentukan sendiri dari jadual yang
khas
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
11/17
11
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 12. 3. 2013
Hari : Selasa
Masa : 8.15 pagi 9.15 pagi (1 jam)
Tahun : 2 Waja
Bilangan pelajar : 12 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk Pengajaran : Cerita Sang Arnab dan Kura-kura
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Murid telah membaca dan mengetahui cerita ini dalam pembelajaran sebelum ini.
2. Murid mengetahui dan mengenali huruf huruf abjad A Z.
Objektif Pengajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat,
1. Menyatakan secara lisan tentang watak-watak yang terdapat dalam cerita yang diberi.
2. Menyebut perkataan yang disebut oleh rakan dan guru dengan betul.
3. Mengeja sekurang-kurangnya 5 daripada 7 perkataan yang diberikan dengan betul.
Nilai-nilai Murni: Tidak sombong, bersemangat, tidak putus asa.
Alat Bantu Mengajar: 1. kertas putih, pensel, pen marker, papan hitam
2. kad manila, kad huruf, gunting, benang
3. buku cerita, lembaran kerja
Strategi : Kelas, kumpulan dan individu
Kaedah : Simulasi
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
12/17
12
LangkahIsi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Memperkenalkan sebuah cerita mengenai
Arnab dan Kura kura
Guru menanyakan beberapa orang murid tentang
buku cerita yang mereka lihat.
Buku Cerita Arnab
dan Kura-kura.
Langkah 1
(10 minit)
Kad suku kata: Ejaan perkataan
- sombong
- laju
- lambat
- hakim
- penamat
- melompat
- merangkak
Aktiviti Simulasi
- murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
- seorang murid di dalam setiap kumpulan
melakonkan watak seperti guru yang
menyebut setiap suku kata (dengan
bimbingan guru) dan murid lain di dalam
kumpulan tersebut mengulang suku kata yang
disebut
Kad suku kata yang
mengandungi
perkataan:
Sombong, laju,
lambat , hakim,
penamat, melompat,
merangkak
Langkah 2
(30 minit)
Aktiviti lakonan mengikut kumpulan.
Murid boleh main peranan sebagai kura
kura, arnab, pengadil dan pencerita.
Berpandukan watak yang dibuat setiap kumpulan
akan melakonkan situasi mengikut buku cerita itu
semula.
Kumpulan lain boleh melihat kelemahan kumpulan
yang beraksi dan memperbaiki diri mereka.
Kad manila yang
mengandungi watak
yang akan
dilakonkan.
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
13/17
13
Langkah 3
(10 minit)
Ejaan Murid diedarkan sehelai kertas putih setiap seorang.
Murid diminta menulis nama masing masing pada
kertas yang diberikan.
Murid akan mengeja perkataan yang diberi oleh guru.
Hasil ejaan akan dikutip.
Guru melakukan penilaian dan semakan terhadaphasil ejaan murid.
Kertas putih
Penutup
(5 minit)
Jawapan yang betul ditulis di atas papan
hitam oleh guru.
Bersoal jawab dengan murid
Murid dibimbing untuk membuat pembetulan.
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
14/17
14
BAHAGIAN D
REFLEKSI
Salam sejahtera saya ucapkan. Saya berasa amat bersyukur berjaya menyiapkan
tugasan BMM 3106 dalam tempoh yang ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah
penasihat sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Beliau telah memberi tunjuk ajar yang baik
dalam usaha memahami keseluruhan kehendak tugasan ini.
Saya telah bertungkus-lumus dalam mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan
tugasan ini dengan bersungguh-sungguh agar dapat menghasilkan suatu tugasan yang
berkualiti. Saya telah diberi tajuk tugasan individu mengenai pendidikan pemulihan biasa dan
pendidikan pemulihan khas serta perbezaannya dan juga penyediaan rancangan pengajaran
harian pendidikan pemulihan. Bagi tugasan ini saya harus mencari maklumat mengenai
pendidikan pemulihan biasa dan khas serta perbezaannya dan juga penyediaan rancangan
pengajaran harian pendidikan pemulihan yang diberi. Walaupun tugasan ini nampak agak
mudah, ianya merupakan sesuatu yang mencabar kerana saya perlu memastikan maklumat
mengenai konsep yang didapati adalah maklumat yang sesuai dan menepati soalan. Tugasan
ini bukanlah satu tugasan yang mudah, namun perasaan seronok menyelubungi diri saya ini
kerana tugasan ini dapat memberi saya suatu pengetahuan baru yang saya tidak pernah
ketahui sebelum ini.
Semasa melaksanakan tugasan pendidikan pemulihan biasa dan pendidikan pemulihan
khas serta perbezaannya dan juga penyediaan rancangan pengajaran harian pendidikan
pemulihan ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai seorang guru di sekolah. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama
rakan-rakan, saya telah mendapat banyak maklumat mengenai pendidikan pemulihan biasa
dan khas serta perbezaannya yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci
seperti ini. Maklumat-maklumat ini amat berguna kepada saya sebagai seorang guru kerana
ianya merupakan sesuatu yang bermanfaat kepada saya dan juga para pelajar kerana ianya
berkait rapat dengan pemulihan Bahasa Melayu. Saya juga mula sedar kepentingan pendidikan
pemulihan ini di mana dengan hanya betul-betul memahami mengenai banyak isu dan bahan
pemulihan barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru kerana saya dapat
menonjolkan diri sebagai seorang guru yang dapat membantu murid menguasai kemahiran
asas 3M (membaca, menulis dan mengira).
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan BMM 3106 ini yang saya laksanakan
bersama rakan-rakan (ketika perbincangan untuk mendapatkan bahan) telah membuatkan
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
15/17
15
hubungan kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasasama pensyarah dan semua
rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek
ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah
dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tambahan pula, pengalaman
berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan
saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek BMM 3106 ini telah memberikan
banyak faedah kepada saya serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang
guru yang berkualiti di sekolah.
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
16/17
16
LAMPIRAN
LEMBARAN KERJA MURID
Nama : ______________________________________ Kelas: _______________
Ejaan
1. _____________________________________
2. _____________________________________
3. _____________________________________
4. _____________________________________
5. _____________________________________
6. _____________________________________
7. _____________________________________
7/29/2019 Assignment Pemulihan Khas n Biasa
17/17
17
RUJUKAN
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) peraturan-peraturan terpilih (1998). Kuala Lumpur:
International Law Book Services.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002. Laporan Kajian
Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di sekolah rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chua Tee Tee & Koh Boh Bon. 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hallahan, D.P. & Kauffman, J.M. (2003) Exceptional learners : Introduction to special
education. (9th. Ed.). Boston : Allyn & Bacon.
Garner, P. & Davies, J.D. (2001)., Introducing special educational needs: A companion guide
for student teachers. London : David Fulton Publishers.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Buku Panduan Program Pemulihan Khas
(Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.
Lerner, J.W. (2003)., Learning disabilities : Theories, diagnosis and teaching strategies.
Boston: Houghton Mifflin Co.
Syed Abu Bakar Syed Akil, (1997)., Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan.
Kuala Lumpur : DBP.
Tilstone, C.et Al. (2000)., Pupils with learning difficulties in mainstream schools. London: David
Fulton Pub.