Upload
others
View
30
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LATIHAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 - 14 MEI 2020
Ujian Bertulis Bahasa Melayu PT3 meminta calon menjawab soalan berkaitan peribahasa Melayu.
Bermula tahun 2019, soalan peribahasa dimasukkan di Bahagian A untuk soalan Sistem Bahasa
iaitu Soalan Objektif Aneka Pilihan (sama ada maksud peribahasa, petikan dialog atau situasi),
soalan peribahasa berdasarkan petikan drama atau cerpen KOMSAS. Bahagian B, soalan respons
terhad mengemukakan bahan rangsangan yang berbentuk gambar (sama ada gambar tunggal,
poster, atau gambar bersiri). Soalan peribahasa menjadi pilihan sama ada soalan kesalahan bahasa
(morfologi) atau sintaksis. Murid akan diminta untuk menulis peribahasa yang sesuai dengan
bahan rangsangan yang diberikan. Soalan-soalan peribahasa yang dikemukakan memerlukan calon
berfikir untuk menentukan jawapan yang betul dan tepat.
Latihan 1
Bahagian A
Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
a) Rakan-rakan Fadilah tidak menyenanginya di tempat kerja kerana dia hanya akan melakukan tugas-tugasnya apabila disuruh. Jika tidak disuruh, Fadilah hanya berbual-bual
dengan rakan-rakannya. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan sikap Fadilah ialah
A seperti gunting dalam lipatan.
B seperti pahat dengan penukul.
C seperti murai tercabut ekor.
D seperti rusa masuk kampung.
Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
b) Peribahasa berikut menunjukkan sikap rajin dan tekun melakukan sesuatu pekerjaan kecuali
A bagai mencurah garam ke laut.
B bagai lebah menghimpun madu
C seperti anai-anai memakan kayu
D sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Latihan 2
Bahagian A
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi dialog di bawah.
13 (a) Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan dialog di atas ialah
A terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.
B yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
D terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
13 (b) Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan dialog di atas ialah
A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkalan lengan.
B mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
C air tenang jangan disangka tiada buaya.
D melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Latihan 3
Bahagian A
Soalan 14 berdasarkan petikan cerpen di bawah.
Persengketaan antara adik-beradik haruslah diselesaikan secara berhemah dan bertolak ansur agar
hubungan sesama anggota keluarga tidak terputus.
14 (a) Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
A di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
B carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum semula.
C berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.
D ayam di kepuk mati kekenyangan, itik di air mati kehausan.
Soalan 14 berdasarkan petikan cerpen di bawah.
Menyedari Bawod terhenti, Tuyoq mematikan langkah dan menoleh. Hujan yang sebentar
tadi agak reda, tiba-tiba bertambah lebat lagi. Bawod menjerit-jerit seperti meminta tolong. Tuyoq
menguak. Mendengarkan Bawod dan Tuyoq bersahut-sahutan, Beluntung tiba-tiba berasa bahawa
merekalah sahabat yang setia. Apabila Beluntung teringat-ingatkan kegigihan Bawod
menyeberangi sungai, Beluntung terus sahaja teringat peperiksaan yang akan dihadapinya. Sambil
memerhatikan Bawod yang bersusah payah menarik kakinya yang terbenam, Beluntung berjanji
kepada dirinya dia akan belajar bersungguh-sungguh. Kalau Bawod boleh menyeberang sungai
aku juga boleh lulus dengan cemerlang.
Dipetik daripada cerpen ‘Bawod’,
Antologi Bintang Hati, halaman 58
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bawod menjerit-jerit seperti meminta tolong. Tuyoq menguak. Mendengarkan Bawod dan Tuyoq
bersahut-sahutan, Beluntung tiba-tiba berasa bahawa merekalah sahabat yang setia.
14 (b) Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
A bagai isi dengan kuku.
B bagai mencurahkan air ke daun keladi.
C seperti kera mendapat bunga.
D seperti anjing dengan bayang-bayang.
Soalan 14 berdasarkan petikan drama di bawah.
14 (c) Apakah maksud simpulan bahasa mati akal?
A Hilang kata-kata
B Fikiran menjadi buntu
C Akal fikiran menjadi cetek
D Otak tidak boleh berfikir dengan baik
Latihan 4
Bahagian B
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
(i) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]
Anda boleh salin atau cetak teka silang kata ini dan tampal di dalam buku Tatabahasa.
Tema 4 : Waspada Selalu! Muka surat 52.