8
HOSPITAL TUANKU FAUZIAH KANGAR, PERLIS Buletin Keluaran 1 / 2012 ISSN 2231-8992 9 772231 899005 Buletin HTF HTF 1 TAHNIAH! Hospital Tuanku Fauziah kekalkan status piawaian MSQH EDARAN PERCUMA ospital Tuanku Fauziah sekali lagi berjaya mencapai piawaian akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) untuk kali ke dua (2012- H2014). Pencapaian ini berjaya mengekalkan pencapaian tiga tahun sebelum ini. Pencapaian ini menggambarkan tahap kualiti penjagaan pesakit dan perkhidmatan, dan juga penjanaan sumber sedia ada yang terbaik. Untuk membolehkan sesebuah hospital diiktiraf mencapai piawaian MSQH, hospital tersebut perlu mencapai piawaian enam kriteria iaitu pengurusan organisasi, pengurusan dan pembangunan sumber manusia, polisi dan prosedur, kemudahan dan peralatan, penambahbaikan kualiti dan aspek keselamatan. Piawaian ini amat menitikberatkan aspek keselamatan yang mesti dipenuhi. Pengiktirafan tidak akan diberi jika aspek keselamatan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan. sambungan di muka surat 2 PENASIHAT PENYELARAS KETUA EDITOR PEN. KETUA EDITOR Dato’ Dr. Ahmad Nordin b. Mohd Jais Dr. Nik Hasmawati bt. Abdullah Dr. Mohariz b. Musa Dr. Abd. Nasir b. Mohd. Abd. Khader EDITORIAL GRAFIK / FOTOGRAFI Dr. Faizah bt. Othman Pn. Zuraida bt. Zubir Matron Zarinah bt. Ahmad Pn. Che Musrawati bt. Che Murat Pn. Faridah bt. Musa Pn. Noor Aini bt. Hanapiah Cik Laila Syaheera bt. Masri En. Shahizan b. Desa En. Mohd. Nadzri b. Aziza SIDANG REDAKSI Buletin HTF Edisi 1 / 2012

Buletin Bil 1/2012

  • Upload
    hadieu

  • View
    279

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin Bil 1/2012

HOSPITAL TUANKU FAUZIAHKANGAR, PERLIS

Buletin

Keluaran 1 / 2012

ISSN 2231-8992

9 772231 899005

BuletinHTFHTF 1

TAHNIAH!Hospital Tuanku Fauziah

kekalkan status piawaian MSQH

EDARAN PERCUMA

ospital Tuanku Fauziah sekali lagi berjaya mencapai piawaian akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) untuk kali ke dua (2012-H2014). Pencapaian ini berjaya mengekalkan pencapaian tiga tahun sebelum

ini. Pencapaian ini menggambarkan tahap kualiti penjagaan pesakit dan perkhidmatan, dan juga penjanaan sumber sedia ada yang terbaik.

Untuk membolehkan sesebuah hospital diiktiraf mencapai piawaian MSQH, hospital tersebut perlu mencapai piawaian enam kriteria iaitu pengurusan organisasi, pengurusan dan pembangunan sumber manusia, polisi dan prosedur, kemudahan dan peralatan, penambahbaikan kualiti dan aspek keselamatan. Piawaian ini amat menitikberatkan aspek keselamatan yang mesti dipenuhi. Pengiktirafan tidak akan diberi jika aspek keselamatan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.

sambungan di muka surat 2

PENASIHAT

PENYELARAS

KETUA EDITOR

PEN. KETUA EDITOR

Dato’ Dr. Ahmad Nordin b. Mohd Jais

Dr. Nik Hasmawati bt. Abdullah

Dr. Mohariz b. Musa

Dr. Abd. Nasir b. Mohd. Abd. Khader

EDITORIAL

GRAFIK / FOTOGRAFI

Dr. Faizah bt. OthmanPn. Zuraida bt. ZubirMatron Zarinah bt. AhmadPn. Che Musrawati bt. Che MuratPn. Faridah bt. MusaPn. Noor Aini bt. HanapiahCik Laila Syaheera bt. Masri

En. Shahizan b. DesaEn. Mohd. Nadzri b. Aziza

SIDANG REDAKSIBuletinHTF

Edisi 1 / 2012

Page 2: Buletin Bil 1/2012

BuletinHTFHTF 2

MASA OH MASA2

“Susahnya nak dapat parking ya cik!” termengah-mengah Puan

Aini mengadu kepada jururawat bertugas di kaunter pendaftaran sambil menyelongkar beg tangannya mencari kad temujanji Klinik Pakar.

“Eh! temujanji puan Aini niiii…pukul 9.30 pagi. Ini dah 11.10 pagi.”

“Errm! saya hanya terperasan pagi ni bila tengok nota kalender kat dapur. Dah pukul 9 masa tu ….tu yang lewat ni,” Puan Aini mencari alasan!

Situasi di atas adalah contoh dari beribu atau berjuta kes yang melibatkan “MASA” yang jarang mendapat penghargaan sewajarnya. Dari “fenomena biasa” yang “menjadi kebiasaan” inilah yang menjadi duri dalam daging dalam menangani khidmat kaunter terutamanya di hospital kerajaan. Bila dibiarkan menjadi kebiasaan, bila ditegur menjadi kemarahan.

Kita malas untuk memikirkan bahawa tindakan kita itu melibatkan banyak pihak yang bukan hanya setakat senarai pesakit yang menunggu giliran tetapi melibatkan urusan seterusnya. Jam 12.45 tgh.... jemput anak dari sekolah, suami balik nak makan, jam 2 petang anak nak ke kelas KAFA, pesakit dah tunggu jam 2.30 ptg. Sempat ke?

“Nurse, temujanji saya 11.30 pagi, kenapa puan tadi yang masuk? Ni dah dekat pukul 12 tgh. Saya ni dari jam 11 dah tunggu disini,” rungut Encik Osman.

Untuk mengubah sikap atau attitude kita dalam menangani masalah ketepatan masa sebenarnya tidak sukar kerana semuanya pilihan kita sendiri. Meletakkan diri kita di tempat Encik Osman adalah lebih mudah untuk kita memahami akibat sikap kita sendiri yang menimbulkan kesukaran pada pihak lain. Kita juga perlu menyelami seketika perasaan petugas kaunter yang terpaksa menyelit nama kita diantara waktu pesakit lain yang sabar menanti sambil mata menjeling jam ditangan.

Tidak terfikirkah kita akan masa yang telah kakitangan peruntukkan sebagai persediaan “menyambut ketibaan” kes kita? Bagaimana dengan peralatan yang telah disediakan untuk kita? Pembaziran yang sebegini mungkin tidak dirasai oleh kita kerana bayaran yang dikenakan hanya RM1 untuk perkhidmatan hospital kerajaan. Tetapi adakah kita sebagai pengguna khidmat hospital di Malaysia ini mampu dan sabar menunggu dua minggu untuk mendapatkan temujanji baru surgical untuk sakit appendik yang tak tertahan lagi?

Maka marilah kita sama-sama memikirkan akibat daripada tidak menepati masa temujanji ini. Akibatnya boleh mencapai tahap serius kerana akan melibatkan banyak pihak. Keprihatinan dalam menguruskan masa sebenarnya akan membuatkan kita lebih berjaya dalam menjalani kehidupan kita, keluarga dan masyarakat seterusnya.

LAILA SYAHEERA MASRI

Pihak Hospital Tuanku Fauziah amat berbangga atas pencapaian ini dan kami berazam untuk terus memberikan perkhidmatan rawatan dan penjagaan pesakit yang terbaik. Pada masa kini, masyarakat lebih berpengetahuan dan mengambil berat akan penjagaan kesihatan mereka. Oleh itu, kemudahan yang diperakui oleh MSQH adalah menepati prinsip penjagaan kesihatan yang terbaik.

sambungan dari muka depan

Sidang bersama Pegawai Penilai MSQH

Page 3: Buletin Bil 1/2012

BuletinHTFHTF 3

‘STROKE TEAM' HTF KUTIP PENGALAMAN DI 'THE ROYALE MELBOURNE HOSPITAL' AUSTRALIA

3

Disediakan oleh,Pn. Ooi Hwa Kee, Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja,Ahli Pasukan Strok,Hospital Tuanku Fauziah,Kangar, Perlis.

Pada 5/9/2011 hingga 16/9/2011 yang lepas, ahli pasukan strok Hospital Tuanku Fauziah (HTF) telah menghadiri kursus jangka pendek selama 2 minggu di 'The Royale Melbourne Hospital' Australia. Ahli pasukan strok ini terdiri daripada Dr. Radzman b. Ramli (Pegawai Perubatan), Cik Fairus bt. Mukhtar (Terapis Pertuturan), Cik Aishah bt. Bahari (Fisioterapis), Pn. Ooi Hwa Kee (Terapis Carakerja) dan Pn. Rusmira bt. Ramli (Ketua Jururawat).

Tujuan pasukan strok ini dihantar adalah untuk mendapatkan pendedahan menubuhkan 'stroke care unit' iaitu kesinambungan penjagaan dari pesakit dalam hingga ke pesakit luar atau komuniti. Selain daripada itu, ahli pasukan strok juga dapat mengenalpasti peranan dalam penjagaan pesakit strok mengikut disiplin masing-masing.Ahli pasukan telah diberikan taklimat pengurusan 'Stroke Care Unit' dan bagaimana proses pemilihan pesakit dalam dari akut ke subakut melalui proses TRAC (Triage Rehabilitation and Aged Care Service). TRAC adalah perkhidmatan penilaian pesakit dalam yang dirujuk untuk rawatan pemulihan. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan kepada Klinik 'Spasticity' dan mengikuti 'case conference' mengenai pesakit yang dilihat.

Hasil daripada program ini, ahli pasukan strok HTF telah mendapat pendedahan terperinci dan garis panduan dalam merancang dan menentukan hala tuju pasukan strok di HTF. Ahli pasukan strok telah merancang untuk menghantar kertas kerja penubuhan Unit Strok di hospital ini. Dengan penubuhan Unit Strok ini, pesakit strok akan mendapat perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berterusan sehingga ke komuniti.

LAWATAN ISTERI TPM KE HOSPITAL TUANKU FAUZIAH4

ada 14 Januari 2012 iaitu bersempena dengan lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke Pnegeri Perlis, ,Isteri TPM Yang Amat Berbahagia

Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahman telah sudi untuk mengadakan lawatan ke Hospital Tuanku Fauziah. Beliau diiringi Datin Seri Asiah dan Datin Norhayati, tiba di Hospital Tuanku Fauziah pada jam 9.00 pagi. Ketibaan rombongan disambut oleh Datuk Dr. Ghazalie, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dato’ Dr. Ahmad Nordin, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan.

Rombongan telah melawat Wad Obstetrik iaitu wad yang menempatkan ibu-ibu bersalin. Yang Amat Berbahagia Puan Sri Noorainee berkesempatan untuk beramah mesra dengan ibu-ibu dan menyampaikan sumbangan keperluan kepada ibu dan bayi. Semua warga wad berasa amat berbesar hati atas kunjungan beliau dan juga sebagai tanda penghargaan kepada ibu-ibu.

Page 4: Buletin Bil 1/2012

BuletinHTFHTF 4

Klinik Reproduktif atau kesuburan di bawah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi telah beroperasi sejak Jun 2006 sebagai penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang sedia ada. Pengendalian kes-kes infertiliti sebelum ini diserapkan kedalam Klinik Ginekologi am. Klinik ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu pasangan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat. Klinik ini diketuai oleh Dr Noor Aini bt Harun sejak tahun 2010 dan dibantu oleh pakar-pakar O&G yang lain iaitu Dr Mohd Nizar, Dr Ridzuan dan Dr Che Adilah serta pegawai-pegawai perubatan yang lain. Klinik Reproduktif ini beroperasi setiap hari Isnin 2 hingga 5 petang. Kes-kes yang diterima adalah rujukan daripada klinik-klinik pakar, klinik-klinik kesihatan dan klinik swasta dari seluruh negeri Perlis dan klinik-klinik yang bersempadan dengan negeri Perlis.

Berbagai-bagai kaedah rawatan kesuburan disediakan termasuk rawatan biasa dan rawatan permanian beradas (intrauterine insemination-IUI). Kaedah rawatan IUI diberikan kepada pasangan yang tidak berjaya dengan rawatan biasa. Pasangan yang perlu menjalani rawatan IUI ialah isteri yang menghadapi masalah ovulasi, penyakit sindrom polisistik ovari (PCOS), endometriosis (mild to moderate endometriosis), suami yang mempunyai masalah sperma yang kurang daripada biasa (mild oligospermia), atau kualiti sperma yang kurang memuaskan. Rawatan IUI juga diberikan kepada pasangan yang tidak diketahui punca masalah ketidaksuburan walaupun punca masalah telah diselidiki (unexplained infertility).

IUI yang pertama di Hospital Tuanku Fauziah telah dilakukan pada 4 April 2007 dan bayi pertama yang dilahirkan dengan bantuan kaedah IUI ialah pada 7 Januari 2008. Peluang untuk mengandung melalui kaedah IUI ialah antara 5% hingga 15% bergantung kepada punca masalah dan usia wanita yang menjalani rawatan. Peluang untuk berjaya semakin rendah dengan meningkatnya usia wanita.

Klinik ini juga menyediakan kaunseling untuk rawatan bayi tabung uji (In Vitro fertilization-IVF). Pasangan yang memerlukan rawatan dengan kaedah bayi tabung uji (IVF) akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Pasangan yang memerlukan rawatan secara IVF ialah mereka yang mempunyai masalah sperma yang serius, masalah saluran fallopian yang tersumbat di kedua-dua belah dan mereka yang gagal dengan rawatan IUI. Biasanya rawatan awal untuk IVF akan dimulakan di Klinik Reproduktif Hospital Tuanku Fauziah setelah kaunseling diberikan kepada pasangan dan setelah berbincang dengan Pakar Perunding Reproduktif dari Hospital Sultanah Bahiyah. Rawatan selanjutnya akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Rawatan IVF di Hospital kerajaan adalah jauh lebih murah iaitu antara RM 4000 hingga RM 5000 berbanding di hospital swasta. Tetapi tidak semua hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan rawatan IVF. Di Semenanjung Malaysia, terdapat 3 hospital

Kedatangan Kes Baru

Tahun 2008 2009 2010 2011

Bil Kes Baru 84 102 89 99

Permanian Beradas (Intrauterine Insemination atau IUI)

Tahun Jumlah Bilangan IUI yang dilaksanakan

(Total no of IUI cycles)

Bilangan yang berjaya hamil

Kadar Kehamilan ‘per IUI cycle’

2007 52 6 11.5%

2008 87 8 9.1%

2009 136 10 7.3%

2010 44 3 6.8%

2011 35 3 8.5%

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan pasangan tidak berjaya mendapatkan zuriat. Kegagalan untuk mendapatkan zuriat boleh berpunca daripada suami, isteri atau kedua-duanya sekali. Pasangan yang lewat berkahwin adalah antara punca masalah kesuburan. Bukan semua punca masalah boleh dikenalpasti setelah diselidiki. Namun dengan usaha dan doa, pasangan berpeluang untuk memperolehi zuriat dengan bantuan teknologi reproduktif.

Pasangan yang sukar untuk hamil selepas setahun berkahwin boleh dirujuk ke Unit Reproduktif (Klinik Kesuburan atau Klinik Infertiliti) Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut.

RAWATAN KESUBURAN DI HOSPITAL TUANKU FAUZIAH5

Artikel disediakan oleh: Dr Noor Aini Bt Harun, Pakar Obstetrik & Ginekologi, HTF, Kangar, Perlis.

kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan IVF iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tuanku Nur Zahirah, Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Kadar kejayaan dengan rawatan IVF adalah berbeza di setiap pusat kesuburan. Di Hospital Sultanah Bahiyah kadar kehamilan dengan rawatan IVF adalah antara 25% hingga 35%. Sehingga kini lebih daripada 10 pasangan dari Hospital Tuanku Fauziah telah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan IVF dan pada tahun 2011, 3 bayi telah selamat dilahirkan dengan kaedah IVF.

Pencapaian

Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, terdapat ramai pasangan didaftarkan di Klinik Kesuburan. Sehingga kini terdapat lebih 500 kes telah didaftarkan. Setiap tahun terdapat lebih 80 kes baru didaftarkan.

OSTEOARTHRITIS SENDI LUTUT6

Osteoarthritis sendi lutut adalah jenis Osteoartritis yang paling biasa berlaku pada manusia. Ianya berlaku apabila usia seseorang meningkat. Osteoarthritis lutut biasanya berlaku di kalangan umur lebih 50 tahun, khususnya wanita. Ia boleh menjejaskan salah satu atau kedua-dua belah sendi lutut. Osteoarthritis lutut juga berlaku pada individu yang aktif dalam sukan lasak. Diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dapat membantu gejala osteoarthritis lutut ini.

Punca-punca Osteoartritis di lutut :· Kecederaan sendi lutut seperti kecederaan pada

meniscus atau ligamen.

· Penggunaan sendi lutut pada tahap yang berlebihan.· Patah pada bahagian berdekatan dan dalam sendi lutut.· Obesiti.· Genetik (keturunan) faktor.

Apakah rawatan yang ada untuk Osteoarthritis lutut?

Matlamat utama merawat osteoartritis lutut adalah untuk melegakan kesakitan dan mendapat pergerakan sendi lutut yang memuaskan walaupun tidak pulih kepada pergerakan seperti sediakala. Osteoarthritis lutut tidak boleh disembuhkan tetapi terdapat rawatan yang ada untuk membantu melengahkan kerosakan yang berlaku. Doktor selalunya menggunakan salah satu daripada banyak jenis ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan. Analgesik seperti paracetamol mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kesakitan tanpa sebarang kesan sampingan yang serius. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan lain seperti ubat anti-inflamasi bukan steroid (NSAID) dan COX2 inhibitor juga boleh melegakan kesakitan. Analgesik opioid boleh juga digunakan untuk pesakit yang memerlukan. Ubat –ubatan ini hanya digunakan apabila diperlukan sahaja.

Selain daripada ubat-ubatan, terdapat juga rawatan lain termasuk :intraarticular steroid atau viscosupplements, senaman/rawatan fizikal, penurunan berat badan jika berat badan berlebihan, krim topikal pendakap lutut atau sokongan glukosamina dan kondroitin sulfat.

Sekiranya rawatan di atas tidak berjaya, pilihan seterusnya adalah rawatan secara pembedahan Bilakah pembedahan perlu dilakukan?

Apabila osteoartritis lutut menjadi begitu teruk, pembedahan diperlukan untuk melegakan gejala kesakitan yang dialami oleh pesakit.

Pilihan pembedahan yang ada adalah:

1. Arthroscopy Arthroscopy dilakukan dengan skop yang kecil (atau kamera) dimasukkan melalui pembedahan. Dengan skop, pakar dapat melihat bagaimana teruk lutut anda telah rosak oleh osteoartritis. Bahagian yang rosak akan dibuang menggunakan cara yang dipanggil “debridement”. Arthroscopy bukan untuk semua orang dan hanya boleh memberikan kelegaan sementara

daripada sakit atau melambatkan proses osteoarhtritis.

2. Osteotomy Pembedahan yang dilakukan untuk membetulkan kedudukan “aligment” sendi lutut tersebut. Prosedur ini hanya boleh dilakukan apabila hanya satu kawasan atau bahagian lutut yang rosak. Prosedur ini dapat mengembalikan pergerakan lutut dan melegakan kesakitan. Walaubagaimanapun, pesakit mungkin memerlukan pembedahan penggantian lutut pada masa akan datang.

3. Arthroplasty Prosedur dimana penggantian sendi lutut dilakukan. Sebahagian lutut yang rosak oleh osteoartritis dibuang dan diganti dengan sendi tiruan yang dibuat daripada logam dan plastik. Semua atau sebahagian sendi lutut boleh digantikan dalam prosedur ini. Pembedahan penggantian lutut boleh membantu menghilangkan sakit dan memperbaiki atau memulihkan pergerakan lutut yang dibedah. Pembedahan ini mempunyai risiko, tetapi memberi keputusan yang sangat memuaskan. Pembedahan mungkin perlu diulangi kemudian jika sendi tiruan ini haus selepas beberapa tahun.

RAWATAN DI HTF

Di Hospital Tuanku Fauziah, semua kaedah terapi atau rawatan yang disebut diatas adalah disediakan. Hospital ini mempunyai Unit Fisioterapi dan anggota fisioterapi yang terlatih dalam memberi rawatan untuk osteoarthritis sendi lutut. Pakar Pembedahan Ortopedik yang ditempatkan di Jabatan Ortopedik HTF adalah pakar yang terlatih dan mendapat kepakaran khusus didalam pembedahan Arthroplasty (subspeciality in Arthroplasty). Pembedahan seperti yang disebutkan diatas telah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu di HTF. Kadar pembedahan ini semakin meningkat sekarang.

pembedahan sendi lutut sedang dijalankan

selepas pembedahan

keadaan sendi lutut (osteoartritis) sebelum pembedahan

selepas pembedahan

Page 5: Buletin Bil 1/2012

BuletinHTFHTF 5

OSTEOARTHRITIS SENDI LUTUT6

Osteoarthritis sendi lutut adalah jenis Osteoartritis yang paling biasa berlaku pada manusia. Ianya berlaku apabila usia seseorang meningkat. Osteoarthritis lutut biasanya berlaku di kalangan umur lebih 50 tahun, khususnya wanita. Ia boleh menjejaskan salah satu atau kedua-dua belah sendi lutut. Osteoarthritis lutut juga berlaku pada individu yang aktif dalam sukan lasak. Diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dapat membantu gejala osteoarthritis lutut ini.

Punca-punca Osteoartritis di lutut :· Kecederaan sendi lutut seperti kecederaan pada

meniscus atau ligamen.

· Penggunaan sendi lutut pada tahap yang berlebihan.· Patah pada bahagian berdekatan dan dalam sendi lutut.· Obesiti.· Genetik (keturunan) faktor.

Apakah rawatan yang ada untuk Osteoarthritis lutut?

Matlamat utama merawat osteoartritis lutut adalah untuk melegakan kesakitan dan mendapat pergerakan sendi lutut yang memuaskan walaupun tidak pulih kepada pergerakan seperti sediakala. Osteoarthritis lutut tidak boleh disembuhkan tetapi terdapat rawatan yang ada untuk membantu melengahkan kerosakan yang berlaku. Doktor selalunya menggunakan salah satu daripada banyak jenis ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan. Analgesik seperti paracetamol mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kesakitan tanpa sebarang kesan sampingan yang serius. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan lain seperti ubat anti-inflamasi bukan steroid (NSAID) dan COX2 inhibitor juga boleh melegakan kesakitan. Analgesik opioid boleh juga digunakan untuk pesakit yang memerlukan. Ubat –ubatan ini hanya digunakan apabila diperlukan sahaja.

Selain daripada ubat-ubatan, terdapat juga rawatan lain termasuk :intraarticular steroid atau viscosupplements, senaman/rawatan fizikal, penurunan berat badan jika berat badan berlebihan, krim topikal pendakap lutut atau sokongan glukosamina dan kondroitin sulfat.

Sekiranya rawatan di atas tidak berjaya, pilihan seterusnya adalah rawatan secara pembedahan Bilakah pembedahan perlu dilakukan?

Apabila osteoartritis lutut menjadi begitu teruk, pembedahan diperlukan untuk melegakan gejala kesakitan yang dialami oleh pesakit.

Pilihan pembedahan yang ada adalah:

1. Arthroscopy Arthroscopy dilakukan dengan skop yang kecil (atau kamera) dimasukkan melalui pembedahan. Dengan skop, pakar dapat melihat bagaimana teruk lutut anda telah rosak oleh osteoartritis. Bahagian yang rosak akan dibuang menggunakan cara yang dipanggil “debridement”. Arthroscopy bukan untuk semua orang dan hanya boleh memberikan kelegaan sementara

daripada sakit atau melambatkan proses osteoarhtritis.

2. Osteotomy Pembedahan yang dilakukan untuk membetulkan kedudukan “aligment” sendi lutut tersebut. Prosedur ini hanya boleh dilakukan apabila hanya satu kawasan atau bahagian lutut yang rosak. Prosedur ini dapat mengembalikan pergerakan lutut dan melegakan kesakitan. Walaubagaimanapun, pesakit mungkin memerlukan pembedahan penggantian lutut pada masa akan datang.

3. Arthroplasty Prosedur dimana penggantian sendi lutut dilakukan. Sebahagian lutut yang rosak oleh osteoartritis dibuang dan diganti dengan sendi tiruan yang dibuat daripada logam dan plastik. Semua atau sebahagian sendi lutut boleh digantikan dalam prosedur ini. Pembedahan penggantian lutut boleh membantu menghilangkan sakit dan memperbaiki atau memulihkan pergerakan lutut yang dibedah. Pembedahan ini mempunyai risiko, tetapi memberi keputusan yang sangat memuaskan. Pembedahan mungkin perlu diulangi kemudian jika sendi tiruan ini haus selepas beberapa tahun.

RAWATAN DI HTF

Di Hospital Tuanku Fauziah, semua kaedah terapi atau rawatan yang disebut diatas adalah disediakan. Hospital ini mempunyai Unit Fisioterapi dan anggota fisioterapi yang terlatih dalam memberi rawatan untuk osteoarthritis sendi lutut. Pakar Pembedahan Ortopedik yang ditempatkan di Jabatan Ortopedik HTF adalah pakar yang terlatih dan mendapat kepakaran khusus didalam pembedahan Arthroplasty (subspeciality in Arthroplasty). Pembedahan seperti yang disebutkan diatas telah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu di HTF. Kadar pembedahan ini semakin meningkat sekarang.

pembedahan sendi lutut sedang dijalankan

selepas pembedahan

keadaan sendi lutut (osteoartritis) sebelum pembedahan

selepas pembedahan

Page 6: Buletin Bil 1/2012

BuletinHTFHTF 6

Jabatan Farmasi Hospital Tuanku Fauziah telah melaksanakan projek peningkatan kualiti dalam pendispensan ubat kepada pesakit. Projek tersebut ialah 'KUPON NOMBOR QMS BERWARNA'. Ini bagi mengelakkan berlakunya pendispensan ubat kepada pesakit yang salah, salah ubat, salah dosej dan salah label. Kesilapan dalam pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit boleh berlaku jika pengenalan pesakit (nombor kupon) adalah salah. Untuk mengatasi kemungkinan tersebut, perlaksanaan nombor kupon QMS berwarna dapat membezakan pengenalan nombor kupon diantara pengguna QMS lain dan juga hari-hari yang lain. Hasilnya amat baik iaitu pada tahun 2010 dan 2011 tidak terdapat lagi kesilapan pengenalan pesakit (nombor kupon). Projek tersebut telah mendapat pengiktirafan melalui beberapa pencapaian iaitu :1. Naib Johan konvensyen KIK JKN perlis2. Naib Johan konvensyen KIK (pengurusan) Sektor Awam

HTF ATASI MASALAH KESILAPAN PENDISPENSAN UBAT KEPADA PESAKIT

7

Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit terutamanya pesakit yang dikategorikan sebagai warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) bersesuaian dengan amalan budaya korporat yang telah diterapkan dalam minda warga HTF iaitu penyayang.

Objektif HTF untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit dengan cekap, cepat dan berkesan serta adil berlandaskan perikemanusiaan bagi membantu individu mengekalkan kehidupan normal dan produktif dari segi sosial dan ekonomi sentiasa dilaksanakan. Pesakit warga emas dan OKU sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya.

Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan pelaksanaan pengecualian caj pendaftaran sebanyak RM 1 kepada semua pesakit warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas. Mereka dikecualikan caj pendaftaran sebagai pesakit luar di Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah dan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012. Sebelum ini pun, pihak HTF telah pun memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada pesakit warga emas yang mengisytiharkan dirinya tidak mampu untuk menjelaskan bayaran rawatan pesakit luar dan dalam. Golongan pesakit ini hanya diminta untuk menjelaskan kadar bayaran yang termampu. Bagi warga emas yang benar-benar tidak mampu atau tidak dijaga oleh waris, pengecualian penuh untuk bayaran rawatan perubatan di hospital ini telah diberikan.

Kerajaan telah bersetuju untuk mengkategorikan semula OKU daripada 6 kategori sedia ada kepada 7 kategori baru seperti kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya fizikal, masalah pembelajaran, kurang upaya pertuturan, kurang upaya mental, kurang upaya pelbagai.

Kami Sedia Membantu iaitu slogan yang terkandung dalam kempen budaya korporat KKM menyarankan supaya setiap warga KKM memberi layanan terbaik kepada semua pesakit termasuk pesakit OKU. Kerajaan juga telah bersetuju bahawa semua golongan OKU

RAWATAN PERCUMA UNTUK WARGA EMAS YANG BERUMUR 60 TAHUN KE ATAS DAN ORANG KELAINAN UPAYA

8

3. Penyertaan mewakili JKN Perlis di Konvensyen KIK KKM di Melaka

4. Penyertaan mewakili Farmasi negeri Perlis di Konvensyen KIK (Farmasi ) Malaysia di Melaka

yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dikecualikan daripada bayaran rawatan perubatan dan bayaran wad kelas 3 di hospital kerajaan mulai 28 Oktober 2000. Walau bagaimanapun telah menjadi dasar hospital ini bagi menangani masalah pesakit yang tidak berkemampuan tetapi tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sehubungan itu beberapa orang pegawai telah dilantik oleh Pengarah Hospital untuk meneliti dan mendengar masalah-masalah pesakit yang dirujuk oleh Unit Hasil. Pengecualian bayaran rawatan perubatan akan diberikan kepada pesakit yang didapati benar-benar tidak mampu setelah dibuat pertimbangan.

Kesimpulannya HTF tidak mengabaikan keperluan dua golongan tersebut di atas dalam memberikan perkhidmatan rawatan perubatan bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan yang harus dimiliki oleh setiap insan.

MAJLIS AQIQAH,CUKUR RAMBUT &BELAH MULUT

9

Hari ini adalah lebih baik dari hari semalam bukan sekadar perumpamaan, malahan ia benar-benar berlaku. Jururawat HTF bukan hanya cekap melakukan tugasan rutin merawat pesakit setiap hari malah kini mengorak langkah ke arah prospektif kerja yang lebih prihatin kepada pesakit dan keluarga.

Dari segi perubatan, mencukur rambut bayi adalah perkara terakhir yang akan dilakukan oleh doktor atau jururawat di Wad NICU/SCN untuk memasukkan IV intravena dengan keizinan ibu bapa jika tiada tempat lain lagi.

sambungan di muka surat 7

Page 7: Buletin Bil 1/2012

BuletinHTFHTF 7

KESIHATAN DARI PERSPEKTIF ISLAM10

Keperluan Muslim menjadi sihat & perkasa jelas tertera di dalam sebuah lagi hadis Rasullulah yang mafhumnya :

“ORANG MUKMIN YANG GAGAH LEBIH BAIK DAN LEBIH DIKASIHI ALLAH DARIPADA ORANG MUKMIN YANG LEMAH” (HADIS RIWAYAT MUSLIM).

Islam mengajar kepada satu cara kehidupan yang sempurna dan syumul. Islam adalah agama yang lengkap dan holistik yang melihat semua aspek kekuatan ummah dari dalam dan secara fizikal. Kedua-dua hal ini perlu bagi melahirkan ummah yang kental semangat, sanggup bersaing, berjiwa besar dan yang lebih penting menjalankan tanggungjawab memartabat dan memuliakan agama Allah di muka bumi.

“DUA NIKMAT YANG DIABAIKAN OLEH KEBANYAKKAN DARIPADA MANUSIA, IAITU KESIHATAN & MASA LAPANG” (HADIS RIWAYAT AT-TIRMIDZI)

Kesihatan merupakan pemberian Allah SWT yang tidak ternilai harganya. Namun demikian kita selalu mengambil mudah kelebihan yang istimewa ini. Ia adalah tanggungjawab kita untuk sentiasa memelihara anugerah ini dengan penuh keinsafan. Keseimbangan diantara rohani & jasmani harus diutamakan. Islam tidak hanya memandang kesihatan spiritual sahaja ataupun sekadar pemikiran atau minda mereka tetapi juga mengutamakan kesihatan tubuh badan umatnya.

Perkara ini amat di titik beratkan oleh agama kerana kesihatan rohani & jasmani hendaklah diutamakan untuk membolehkan kita memainkan peranan bukan sahaja sebagai hambaNya yang bertanggungjawab tetapi juga sebagai khalifah yang diamanahkan memberi keharmonian diatas muka bumi ini.

Dalam perubatan Islam, perhatian besar diberi pada aspek pencegahan penyakit berbanding usaha merawat. Konsep 'pencegahan lebih baik daripada pengubatan' adalah konsep perubatan yang universal sifatnya dan ia selaras kaedah fiqhi'ah yang bermaksud 'menutup punca-punca kerosakan'. Inilah prinsip perubatan Islam.

Terdapat banyak keterangan dalam Kitab al-Quran, sunnah Rasullullah SAW dan khazanah dari para ilmuan dan sarjana

Ada juga dikalangan ibu bapa bayi pramasa yang tinggal lama di NICU meminta bantuan jururawat untuk mencukur rambut anak mereka sempena majlis aqiqah yang dijalankan di rumah. Di HTF, julung-julung kalinya ayah kepada B/O Bahiyah telah memohon kebenaran melalui Pengarah HTF Dr. Ahmad Nordin untuk menjalankan upacara mencukur rambut bayinya sendiri di wad sempena majlis aqiqah semasa umur bayi genap 7 hari .

Pada 23/3/2012 jam 3.30 petang ayah kepada bayi dibantu oleh JT Maslijah Ismail melakukan upacara tersebut. Ayah kepada bayi begitu teruja kerana kali terakhir dia mencukur rambut bayinya ialah 10tahun yang lepas. Beliau juga turut melakukan upacara belah mulut dengan memberi bayi sedikit kurma dan air zam-zam. Beliau amat berpuas hati dan berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Bertitik tolak daripada peristiwa itu, bagi ibu bapa yang ingin mencukur rambut anak mereka yang masih dirawat di NICU/SCN

Muslim yang terdahulu yang menekankan aspek penjagaan kesihatan & pencegahan penyakit. Ini termasuk adab seharian, adab semasa makan & minum, keperluan berpuasa, penjagaan kebersihan diri, bersugi, berpakaian, bekerja, berehat , tidur, bersenam dan lain –lain.

Allah berfirman mafhumnya : “WAHAI SEKALIAN MANUSIA, MAKANLAH DARI APA YANG ADA DI BUMI YANG HALAL LAGI BAIK DAN JANGANLAH KAMU IKUT JEJAK LANGKAH SYAITAN KERANA SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU IALAH MUSUH YANG TERANG NYATA BAGI KAMU” (SURAH AL-BAQARAH AYAT : 168)

Penekanan kepada aspek pemakanan banyak kali ditekankan. Contohnya kita selalu ambil mudah malah abaikan pemakanan halal dan sihat. Kita tahu pemakanan sihat dan halal amat penting dalam menangani pelbagai masalah kesihatan. Manusia tidak dapat lari dari dihinggapi penyakit, baik yang ringan mahupun serius. Oleh itu, kita harus banyak bersabar dan berdoa dalam keadaan demikian. Anggaplah itu semua ujian daripada Allah SWT. Pada masa yang sama, kita harus meyakini bahawa ianya akan menghapuskan dosa- dosa kita. Dalam hadis Rasulullah SAW yang maksudnya :

“TIDAKLAH SEORANG MUSLIM DITIMPA OLEH KELETIHAN ATAU KERISAUAN ATAU KEDUKACITAAN ATAU PENYAKIT ATAU PERMASALAHAN WALAUPUN KESAKITAN BERUPA TERCUCUK DURI MELAINKAN INI MERUPAKAN PENEBUS DOSANYA” (HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM)

KEPENTINGAN IBADAH SEMASA SAKIT

1. Sebagai tanda lemahnya kita makhluk ciptaannya yang sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah swt2. Sebagai tanda kepatuhan dan ketaatan kepada perintah Allah swt3. Sebagai bukti kecintaan kita yang tidak berbelah bagi kepada Allah swt4. Sebagai satu cara untuk memohon penyembuhan segera daripada Allah swt5. Sebagai tanda kesabaran dalam menghadapi ujian-Nya

bolehlah mengutarakan hasrat tersebut kepada HTF. Kami mengalu-alukan hasrat tersebut tetapi bergantung kepada keadaan kesihatan bayi pada ketika itu. Samada ibu bapa ingin melakukan sendiri atau memerlukan bantuan jururawat, kami warga wad NICU/SCN sedia membantu.

Page 8: Buletin Bil 1/2012

BuletinHTFHTF 8

Jabatan Pengimejan dan Diagnostik Hospital Tuanku Fauziah bakal dilengkapi peralatan terkini bagi menggantikan peralatan yang rosak sewaktu banjir tahun 2010. Peralatan yang bakal diperolehi ialah Magnetic Resonance Imaging System 1.5 TESLA (MRI), General X-Ray, Computed Radiographic System, Multidetector Computerized Tomography Scanner (64MDCT) (CT Scan) & Undercouch Digital Flouroscopy System With Additional Ceiling Suspended Radiography Tube. Lebih kurang RM 9.6 juta telah diperuntukkan ke atas projek ini. Selain peralatan, projek ini turut melibatkan penambahan bangunan sedia ada untuk menempatkan peralatan-peralatan tersebut.

Projek ini akan dibangunkan di kawasan bersebelahan dengan Jabatan Pengimejan dan Diagnostik sedia ada bagi memastikan pentadbiran dan proses kerja jabatan tidak terganggu. Sebagai langkah untuk mengelakkan kerosakan peralatan sekiranya banjir melanda, maka semua peralatan baru akan diletakkan di tingkat atas bangunan tambahan tersebut.

PENYAMBUNGAN BANGUNAN JABATAN PENGIMEJAN DIAGNOSTIK11

JABATAN PATOLOGI BERJAYA HASILKAN ALAT PENGERING UJIAN DADAH12

Laporan disediakan oleh

Rusli bin Ibrahim, Pegawai Sains Jabatan Patologi,Hospital Tuanku Fauziah.

Jabatan Patologi Hospital Tuanku Fauziah telah menjalankan satu projek inovasi yang bertajuk ”Alat Pengering Ujian Dadah” . Projek ini dijalankan kerana masalah kelewatan dalam proses pengeringan bahan kimia di dalam ujian pengesahan dadah dalam air kencing.

Oleh kerana tiada peruntukan untuk membeli alat pengering komersial yang berharga RM 16,000.00, makmal ini terpaksa mengeringkan bahan kimia menggunakan hot air oven yang memakan masa yang lama serta menimbulkan masalah-masalah lain seperti peningkatan kos utiliti dan risiko kebakaran makmal.Bagi mengatasi masalah ini, alat pengering ujian dadah telah di cipta dengan menggunakan pam akuarium sebagai komponen utama, penyambung T, tiub plastik dan tip pipet.

Hasil inovasi ini telah dapat menghasilkan keputusan ujian yang lebih cepat berbanding kaedah lama (hot air oven), kualiti keputusan ujian tetap sama seperti kaedah asal, meningkatkan produktiviti, senang digunakan, senang penyelenggaraan dan Kos lebih murah iaitu cuma RM 22.50 sahaja berbanding alat pengering komersial berharga RM 16,000.00

Projek ini telah berjaya memenangi tempat ke 2 bagi kategori Teknikal sempena Anugerah Inovasi Kebangsaan 2011 Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia yang berlangsung di Hotel De Palma, Ampang pada 4-6 Oktober 2011yang lalu.

Projek ini juga telah memenangi tempat ke 2 pertandingan poster sempena Persidangan Pegawai-pegawai Sains Kementerian Kesihatan Malaysia 2011 yang berlangsung di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur pada 25-26 April 2011.

LAGU HTF

HTF SENTIASA DI HATI

Kesihatan untuk semuaTanpa mengira bangsa dan usiaKecemerlangan fokus utamaAsas negara jaya

Penuhi impian harapan rakyatPastikan sihat sepanjang hayatKhidmat profesional jaminan kamiSatu pasukan yang harmoni

Rawatan sempurnaTanggungjawab bersamaKami penyayang penuh mesraMembantu semua

Lirik: Sh. AISALagu: Iwan HM

Kami berusaha Dengan tekad padu jiwaGenggami misi menggapai visiHTF Sentiasa Di Hati

Dengan terbinanya bangunan tambahan dan peralatan terbaru ini, maka segala kesukaran pesakit yang memerlukan perkhidmatan CT Scan, MRI dan Flouroscopy akan dapat diselesaikan. Apabila siap kelak, akan membolehkan penyampaian perkhidmatan radiologi di Jabatan Pengimejan dan Diagnostik HTF dapat dipertingkatkan. Ianya sejajar dengan misi kedua Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi kepada rakyat. Yang paling utama ialah perkhidmatan radiologi akan dapat terus beroperasi walaupun HTF dilanda banjir pada masa hadapan.