14
PENASIHAT Y. Bhg. Datin Hjh. Zahariah bt. Ismail KETUA PENGARANG Cik Roszita Mohd. Ahyar PENGARANG Pn. Afidah Mohd. Isa Pn. Ai’sah Hussin Pn. Rosniyati Mansor Cik Rosmawati Thumidar Cik Mek Kalthum Taib JURUFOTO Pn. Rosniyati Mansor REKABENTUK/LAYOUT Cik Roszita Mohd. Ahyar Pn. Ai’sah Hussin PENGEDARAN Cik Rosmawati Thumidar Pn. Rosniyati Mansor Cik Mek Kalthum Taib Dari Ketua Pengarang Ucapan Perasmian Mesyuarat Agong Puspanita Ke-16…………..2 AJK Puspanita Cawangan Kecil SPA …………….3 Laporan Biro-Biro…………...4 Berita Bergambar……….5 Kesihatan dan Psikologi………….7 Muhasabah Diri………... 8 IT & Anda………. 9 Bahasa Jiwa Bangsa………. 10 Belajar Bahasa Arab……….11 Kenali Sukan………...12 Motivasi dan Kerjaya………..13 Resepi/Fesyen/Petua………….14 Kandungan BIL. 1/2000 MEI 2000 SAFAR 1421H REDAKSI SUARA PUSPANITA Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b, Semua ahli Puspanita Cawangan Kecil SPA, sekarang ini kita telah berada di alaf baru, ahli jawatankuasa Puspanita juga telah bertukar ganti, gabungan tenaga lama dan baru menjadi mangkin dalam menggerakkan aktiviti persatuan disertai dengan sokongan padu daripada semua ahli. SUARA PUSPANITA SPA mengucapkan tahniah dan selamat menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat persaudaraan . SUARA PUSPANITA SPA menemui anda kembali untuk pertama kali di alaf ini, walaupun agak kelewatan. Dengan menampilkan beberapa muka baru, diharapkan SUARA PUSPANITA ini dapat memberikan pengetahuan dan pengisian minda untuk anda semua. SUARA PUSPANITA SPA sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan bahan penerbitan untuk dikongsi bersama kerana saya percaya ramai antara ahli Puspanita SPA mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan bidang-bidang lain, di samping itu anda juga boleh memberikan idea untuk meningkatkan lagi mutu SUARA PUSPANITA SPA ini. Jangan jadikan SUARA PUSPANITA SPA ini hanya milik Sidang Redaksi sahaja, tetapi jadikanlah ia milik kita semua. Akhir coretan, saya yang telah diberi tanggungjawab untuk menerajui Biro Penerbitan Puspanita SPA dan Ketua Pengarang SUARA PUSPANITA SPA bagi sesi 2000/2001 mengharapkan agar semua ahli Puspanita SPA bersama-sama memberi sokongan dan prihatin terhadap semua aktiviti yang dijalankan oleh Puspanita SPA. Wassalam.. Roszita Mohamad Ahyar Kami mengalu-alukan sumbangan penerbitan dan komen daripada semua ahli. Sumbangan boleh dihantar kepada Ahli Redaksi di atas atau anda boleh e-mailkan kepada [email protected]

Buletin Bil. 1/2000

  • Upload
    lybao

  • View
    267

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin Bil. 1/2000

PENASIHAT

Y. Bhg. Datin Hjh. Zahariah bt. Ismail

KETUA PENGARANG

Cik Roszita Mohd. Ahyar

PENGARANG

Pn. Afidah Mohd. Isa Pn. Ai’sah Hussin

Pn. Rosniyati Mansor Cik Rosmawati Thumidar Cik Mek Kalthum Taib

JURUFOTO

Pn. Rosniyati Mansor

REKABENTUK/LAYOUT

Cik Roszita Mohd. Ahyar Pn. Ai’sah Hussin

PENGEDARAN

Cik Rosmawati Thumidar Pn. Rosniyati Mansor

Cik Mek Kalthum Taib

Dari Ketua Pengarang

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agong Puspanita Ke-16…………..2

AJK Puspanita Cawangan Kecil SPA …………….3

Laporan Biro-Biro…………...4

Berita Bergambar……….5

Kesihatan dan Psikologi………….7

Muhasabah Diri………... 8

IT & Anda………. 9

Bahasa Jiwa Bangsa………. 10

Belajar Bahasa Arab……….11

Kenali Sukan………...12

Motivasi dan Kerjaya………..13

Resepi/Fesyen/Petua………….14

Kandungan

BIL. 1/2000 MEI 2000 SAFAR 1421H

REDAKSI

SUARA PUSPANITA

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b, Semua ahli Puspanita Cawangan Kecil SPA, sekarang ini kita telah berada di alaf baru, ahli jawatankuasa Puspanita juga telah bertukar ganti, gabungan tenaga lama dan baru menjadi mangkin dalam menggerakkan aktiviti persatuan disertai dengan sokongan padu daripada semua ahli. SUARA PUSPANITA SPA mengucapkan tahniah dan selamat menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat persaudaraan . SUARA PUSPANITA SPA menemui anda kembali untuk pertama kali di alaf ini, walaupun agak kelewatan. Dengan menampilkan beberapa muka baru, diharapkan SUARA PUSPANITA ini dapat memberikan pengetahuan dan pengisian minda untuk anda semua. SUARA PUSPANITA SPA sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan bahan penerbitan untuk dikongsi bersama kerana saya percaya ramai antara ahli Puspanita SPA mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan bidang-bidang lain, di samping itu anda juga boleh memberikan idea untuk meningkatkan lagi mutu SUARA PUSPANITA SPA ini. Jangan jadikan SUARA PUSPANITA SPA ini hanya milik Sidang Redaksi sahaja, tetapi jadikanlah ia milik kita semua. Akhir coretan, saya yang telah diberi tanggungjawab untuk menerajui Biro Penerbitan Puspanita SPA dan Ketua Pengarang SUARA PUSPANITA SPA bagi sesi 2000/2001 mengharapkan agar semua ahli Puspanita SPA bersama-sama memberi sokongan dan prihatin terhadap semua aktiviti yang dijalankan oleh Puspanita SPA. Wassalam.. Roszita Mohamad Ahyar

Kami mengalu-alukan sumbangan

penerbitan dan komen daripada

semua ahli.

Sumbangan boleh dihantar kepada Ahli Redaksi di atas atau

anda boleh e-mailkan kepada [email protected]

Page 2: Buletin Bil. 1/2000

Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinanNya, sekali lagi kita dapat berkumpul di Mesyuarat Agong PUSPANITA sesi 2000/2001. Saya berterima kasih kerana diberi peluang sekali lagi untuk merasmikan Majlis pada pagi ini iaitu yang pertama abad ke 21 ini.

PUSPANITA telah ditubuhkan dengan objektif utamanya untuk menggembeling tenaga suri dan anggota wanita Perkhidmatan Awam dalam pelbagai aktiviti yang berfaedah kepada ahli dan masyarakat. Menjelang alaf baru tahun 2000, PUSPANITA SPA yang kini telah mencapai usia 16 tahun, seharusnya mampu bergerak seiring dengan perkembangan dan pembangunan negara.

Oleh itu, saya menyeru semua ahli PUSPANITA, tidak kira peringkat supaya sentiasa memberi sokongan dengan melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan. Saya yakin dengan penglibatan ahli dalam pelbagai aktiviti akan dapat meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya peranan wanita dalam segala bidang.

Selaku penasihat PUSPANITA SPA, saya amat berbangga melihat usaha yang bersungguh-sungguh oleh jawatankuasa dan ahli-ahlinya dalam menjalankan pelbagai aktiviti bagi mempereratkan semangat silaturrahim dan kekeluargaan kalangan ahli. Sepanjang sesi 1999/2000, saya perhatikan aktiviti-aktiviti telah berjaya dilaksanakan tanpa menghadapi masalah yang besar. Aktiviti-aktiviti bercorak kebajikan, keagamaan, sukan dan lain-lainnya dapat dijalankan berkat sokongan dan kerjasama ahli-ahli. Di samping itu saya juga mendapati jawatankuasa PUSPANITA SPA giat berusaha menjalankan aktiviti-aktiviti untuk menambah sumber kewangan Tabung PUSPANITA. Melihat pada kejayaan ini, menunjukkan PUSPANITA tidak hanya berjaya mengharungi masalah-masalah yang timbul dari kegawatan ekonomi yang melanda melalui amalan berbelanja secara berhemat, bahkan berjaya menambah wang tabung PUSPANITA.

Kejayaan aktiviti PUSPANITA juga adalah berkat usaha dan kerjasama yang erat antara PASPA dan PUSPANITA . Aktiviti-aktiviti ceramah, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan jamuan Hari Raya yang telah dianjurkan bersama telah mendapat sambutan baik. Begitu juga

UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGONG PUSPANITA KE 16 SESI 2000/2001 OLEH

Y. BHG. DATO’ HJ. IBRAHIM BIN HJ. MOHD SHARIFF

kepada jawatankuasa PASPA dan PUSPANITA yang telah berusaha mewujudkan kerjasama tersebut.

Tahun ini merupakan tahun pemilihan ahli jawatankuasa. Dengan itu saya menyeru ahli-ahli PUSPANITA yang ada hari ini agar membuat pemilihan yang bijak bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan supaya hanya anggota yang teruji boleh memegang tanggungjawab dan yang berpotensi sahaja yang dipilih. Anggota yang dipilih itu nanti seharusnya anggota yang boleh bekerjasama sebagai satu pasukan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti PUSPANITA. Kepada semua ahli, saya juga berpesan agar dapat memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada ahli jawatankuasa yang baru. Jika terdapat sebarang cadangan atau rasa tidak puas hati, curahkan perasaan tersebut melalui saluran-saluran yang betul. AJK yang dilantik boleh dibawa berunding untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Kepada Jawatankuasa PUSPANITA yang akan dilantik, laksanakanlah amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh ahli-ahli dengan sebaik mungkin demi faedah organisasi, masyarakat dan negara. Saya berharap, aktiviti-aktiviti yang pernah dilaksanakan sebelum ini ini tidak hanya dapat diteruskan, bahkan dapat dipertingkatkan dari segi mutu dan nilainya supaya benar-benar berfaedah kepada ahli dan jabatan.

Bagi mempergiatkan aktiviti, semua Ketua Bahagian diharap dapat terus memberi sokongan kepada anggota di Bahagian masing-masing mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Sekian, saya sudahi dengan doa semoga PUSPANITA SPA memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang untuk tahun 2000 dan tahun-tahun berikutnya. Dengan lafaz BISMILLAHIROHMANNIROHIM, dengan ini saya merasmikan Mesyuarat Agong PUSPANITA SPA ke 16 ini.

UCAPAN PERASMIANMuka surat 2 BIL 1/2000

dengan kerjasama yang ditunjukkan dalam kerja-kerja mengeluarkan kad Selamat Hari Raya keluaran SPA yang telah mendapat sambutan baik serta berjaya memberi pulangan yang memuaskan. Syabas diucapkan kepada jawatankuasa

Page 3: Buletin Bil. 1/2000

AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWAGAN KECIL SPA SESI 2000/20002

Muka surat 3 BIL 1/2000

Berdiri dari kiri : Pn. Zaleha Maskom, Pn. Ai’sah Hussin, Cik Siti Balkis Hj. Abd. Ghani, Pn. Maimunah Mohd. Noor, Pn. Kamisah Pardi@Abd Aziz, Pn. Rakizah Ahmad, Pn. Narimah Mohamad Yusof, Pn. Faridah Osman, Pn. Haliza Hisham, Pn. Sharenawane Hussin, Cik Roszita Mohamad Ahyar, Cik Mek Khalthum Taib. Duduk dari kiri : Pn. Muhibbah Abd. Manap, Pn. Siti Ramlah Che Ha, Pn. Baiyah Ahmad, Pn. Faidzah Arshad , Y. Bhg. Datin Hajjah Zahariah Ismail (Pengerusi PUSPANITA SPA), Pn. Sharifah Ruhani Syed Abu Bakar, Y. Bhg. Datin Maryam Mansor, Pn. Salamiah Ariffin.

Penasihat Y. Bhg. Dato’ Haji Ibrahim Hj Mohd. Shariff

Pengerusi : Y. Bhg. Datin Hajjah Zahariah Ismail Timb. Pengerusi : Pn. Faidzah Arshad Setiausaha : Pn. Sharifah Ruhani Syed Abu Bakar Tim. Setiausaha : Pn. Sharenawane Hussin Bendahari : Pn. Rakizah Ahmad Timb. Bendahari : Pn. Siti Ramlah Che Ha

Pengerusi : Pn. Zaleha Maskom Tim. Pengerusi : Y. Bhg. Datin Maryam Mansor

Pengerusi : Pn. Muhibbah Abd. Manap Tim. Pengerusi : Pn. Maimunah Mohd. Noor

Pengerusi : Pn. Kamisah Pardi@Abd. Aziz Tim. Pengerusi : Pn. Salamiah Ariffin

Pengerusi : Cik Roszita Mohamad Ahyar Tim. Pengerusi : Pn. Ai’sah Hussin

Pengerusi : Pn. Narimah Mohamad Yusof Tim. Pengerusi : Cik Siti Balkis Hj. Abd. Ghani

Biro Ekonomi Biro Sukan

Biro Kebajikan dan Sosial Biro Agama dan Pelajaran

Biro Penerbitan

AJK PUSPANITA

Page 4: Buletin Bil. 1/2000

BIL 1/2000

Pengerusi : Pn. Muhibbah Abd. Manap (Naik Pangkat dan Tatatertib) Timb. Pengerusi : Pn. Maimunah Mohd. Nor (Pengambilan) AHLI JAWATANKUASA : Pn. Zainab Abd. Aziz - Pengambilan Khas Pn. Alice Albert - Khidmat Pn. Mazdah Said - Khidmat Pn. Sirohana Amat - Pengurusan Pn. Noriah Mat Sirat - Khidmat Cik Masrah Hashim - Pengambilan Khas Cik Madiha Busri - Pengambilan Pn. Nooridah Abu Bakar - Peperiksaan Pn. Zarina Busran - Teknologi Maklumat Pn. Haliza Hisham - Peperiksaan Perancangan : Mengadakan aktiviti-aktiviti sukan seperti congkak, batu

seremban, karom, bola jaring, badminton, pingpong, galah panjang, bowling, ketenting.

Menghantar wakil ke Sukan Mini MAKSWIP dalam

acara-acara di atas.

Pengerusi : Pn. Kamisah Pardi@Abd. Aziz (Teknologi Maklumat) Timb. Pengerusi : Pn. Salamiah Arifin (Khidmat) AHLI JAWATANKUASA Pn. Hjh. Khairani Mohd. Said Pn. Hamidah Hj. Abu Bakar Cik Sharipah Yaakub Pn. Hjh. Hadijah Hj. Gulap Khan Perancangan : Mengadakan kelas tajwid Mengadakan ceramah agama Pertandingan Kanak-Kanak Bercerita Solat Sunat Taubah/Tasbih/Hajat/Bacaan Yaasin Majlis Tadarus Al-Quran dan Khatam Al-Quran

Pengerusi : Pn. Zaleha Maskom (Khidmat) Timb. Pengerusi : Y. Bhg. Datin Mariam Mansor (Khidmat) AHLI JAWATANKUASA : Pn. Rokiah Omar - Khidmat Pn. Siti Zaleha Hashim - Khidmat Pn. Ramlah Mohd. Amin - Khidmat Pengurusan Pn. Baiyah Ahmad - Khidmat Cik Dewi Masnita Jasman - Pengambilan Pn. Nooridah Abu Bakar - Peperiksaan Pn. Zubaidah Mohd. Yusoff - Peperiksaan Pn. Halijah Rahmat - NPT Pn. Siti Aminah Wahab - SPKP Pn. Zainon Mohd. Tahir - Teknologi Maklumat Perancangan : Mengadakan jualan di Mesyuarat Agong JPM pada 12 Mei

2000. Mengadakan jualan barangan MARDI dan FAMA. Menjual barangan makanan basah dan kering.

Pengerusi : Cik Roszita Mohamad Ahyar (Teknologi Maklumat) Timb. Pengerusi : Pn. Ai’sah Hussin (Teknologi Maklumat) AHLI JAWATANKUASA Pn. Afidah Mohd. Isa - Teknologi Maklumat Pn. Rosniyati Mansor - Pengambilan Khas Cik Mek Kalthum Taib - Pengambilan Cik Rosmawati Thumidar - Teknologi Maklumat Perancangan : Mengeluarkan Suara Puspanita Mengedarkan kad untuk ahli (Hari Lahir, Tukar, Cahaya

Mata, Perkahwinan) Menjual gambar-gambar PUSPANITA Mengeluarkan kad hari raya SPA Membangunkan Laman Web Puspanita Cawangan SPA Menyediakan poster-poster dan promosi untuk kegiatan

PUSPANITA.

BIRO SUKAN

LAPORAN BIRO-BIRO

BIRO EKONOMI

BIRO AGAMA & PELAJARAN BIRO PENERBITAN

Biro Kebajikan dan Sosial akan bermesyuarat pada 25 Mei 2000 bagi merancang aktiviti yang akan dilaksanakan pada sesi ini.

BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL

Muka surat 4

Page 5: Buletin Bil. 1/2000

Muka surat 1 BIL 1/2000 BERITA BERGAMBAR

Pendaftaran ahli...tak daftar nanti..tak dapat pula hadiah Ahli sedang khusyuk mendengar amanat daripada Pengerusi PUSPANITA.

Ketua-ketua dan Wakil Bahagian turut sama memeriahkan Mesyuarat Agong ini.

Terima kasih daun keladi...tahun depan berilah lagi… Y. Bhg. Dato’ menyampaikan cenderahati kepada Y. Bhg. Datin.

Mesyuarat Agong bermula..TSU sebagai Pengerusi Mesyuarat buat kali ke-3 berturut.turut.

Sesi pengundian sedang dijalankan...bukan main seronok lagi, ahli-ahli kita mengangkat tangan. Jangan terkoyak sudah

Teguh lagi tangan tu..Cik puan oi...Takkan sampai menampung tangan kut!!!

Page 6: Buletin Bil. 1/2000

Kelebihan Bulan Muharram Tarikh : 21 April 2000 (Jumaat) Masa : 12.45 tengah hari Tempat : Tingkat 18, Wisma KWSG Penceramah jemputan, Ustazah Hjh. Asmah Ali telah menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharran dan beberapa ibadah sunat pada 10 Muharram (Hari Asyura). Sambutan ahli kurang memuaskan, hanya sebilangan ahli yang hadir. Diharapkan pada masa akan datang ahli dapat meluangkan masa untuk sama-sama mengutip ilmu daripada ceramah-ceramah seperti ini.

Tarikh : 27 Mei 2000 (Sabtu) Syarat-syarat pertandingan : Terbuka kepada anak-anak Ahli Puspanita yang bersekolah dari darjah 1 hingga darjah 6. Masa : 5 hingga 8 minit seorang Jenis Cerita : Cerita Nabi/Cerita Rakyat Bahasa : Bahasa Malaysia Bayaran : RM1.00 seorang Pada anak-anak ahli yang berminat, sila isikan borang yang berkenaan dan hantarkan kepada Pengerusi Biro Agama dan Pelajaran (Pn. Kamisah Pardi@Abd. Aziz) selewatnya 8 Mei 2000.

PUSPANITA Cawangan Kecil SPA akan menganjurkan sukan dalaman untuk memilih bakat-bakat baru bagi pertandingan MAKSWIP. Sukan-sukan yang akan dipertandingkan terdiri daripada Congkak, Karom dan Batu Seremban. Bagi ahli-ahli yang berminat untuk menyertai pertandingan ini hendaklah menghantar nama-nama kepada wakil-wakil bahagian sebelum 16 Mei 2000.

Pn. Muhibbah Abd. Manap - Bhg. Naik Pangkat dan Tatatertib Pn. Sirohana Amat - Bhg. Pengurusan Pn. Haliza Hisham - Bhg. Peperiksaan Pn. Alice Albert - Bhg. Khidmat Cik Masrah Hashim - Bhg. Pengambilan Khas Cik Zarina Busran - Bhg. Teknologi Maklumat Cik Madiha bt. Busri - Bhg. Pengambilan.

SETIAP PENYERTAAN DIKENAKAN SEBANYAK RM1.00 TARIKH TUTUP : 16 MEI 2000

Mesyuarat Agong PUSPANITA telah diadakan di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 12 Mei 2000 yang lalu. PUSPANITA Cawangan SPA telah menghantar seramai 30 orang untuk menghadiri mesyurat tersebut. Disamping itu Biro Ekonomi PUSPANITA Cawangan SPA tidak melepaskan untuk menambahkan pendapatannya dengan membuka gerai jualannya dengan menjual kordial, angromas, rojak dan sebagainya.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas aerobik ini sila hadir latihan pada: Isnin (1.00 p.m—1.50p.m) Jumaat (12.30 p.m—2.00 p.m) Guru : Cik Kamariah Shafie Tempat : Dewan Rekreasi, Tingkat 18, Wisma KWSG. Jalan Kg. Attap, Kuala Lumpur. Penyertaan adalah dialu-alukan. Yuran penyertaan : RM12.00 sebulan.

MINI SUKAN PUSPANITA SPA

MESYUARAT AGONG PUSPANITACERAMAH AGAMA

KELAS AEROBIKPERTANDINGAN KANAK-KANAK BERCERITA

KEGIATAN-KEGIATANMuka surat 6 BIL 1/2000

Page 7: Buletin Bil. 1/2000

Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama

ada lelaki atau pun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimana pun kita selalunya memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan

serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.

Inflamasi salur darah di kepala dan otak

Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

Panduan meredakan serangan

Berehat seketika dengan berbaring. Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh

kira-kira setengah jam. Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari. Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-

samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambah kesakitan pada kepala.

Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.

Jika keadaan sejuk tidak meredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.

Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

Sumber : Berita Harian, Sept. 1998

SAKIT KEPALA BOLEH MEMBAWA MAUT

TIP

KESIHATAN Muka surat 7 BIL 1/2000

ajal atau mengalami kecacatan atau kekurangan pada pancaindera, seperti buta dan lumpuh pada anggota tubuh.

Menurutnya, migrain, sakit kepala paling kerap

dialami seseorang. Antara simpton migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.

Punca sakit kepala tidak berbahaya Ketegangan

Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

Pengambilan ubat-ubatan Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glugamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit metabolik

Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.

seseorang kepada kematian selepas mangsa mengalami pelbagai simpton dan kesakitan serius yang berpanjangan.

Pakar perunding Neurologi sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota, Dr. Abu Salim Idris, berkata sakit kepala boleh dibahagi kepada dua, iaitu tidak berbahaya dan berbahaya. Sakit kepala tidak berbahaya tidak mendedahkan seseorang kepada kematian tetapi sakit kepala berbahaya boleh menyebabkan individu menemui

Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis

iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala

yang teruk dan demam. Antara simpton yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.

Kecederaan kepala Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang

Page 8: Buletin Bil. 1/2000

KASIH IBU UNTUK KITA, KASIH KITA UNTUK IBU????

“To catch the reader's attention, place an interesting sentence or quote from the story here.”

Petikan ini saya terima dari seorang sahabat...

renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya. Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah terjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya. Sajaknya berbunyi begini.

INILAH MASANYA

JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU

CINTAILAH IBU SEKARANG SEMASA IBU MASIH HIDUP USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG SEMENTARA IBU MASIH HIDUP AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN

Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku. Sekarang baru aku terpikir............pernahkan rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku? Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti. Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku..........insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan penyesalan.

pernah kita bertindak sedemikian????? pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu???????? Andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat.......... bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu”… mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu...

RENUNG & FIKIRKAN...

Page 4 MUHASABAH DIRI BIL 1/2000 Muka surat 8

Sumbangan :Pn. Rosniyati Mansor

Page 9: Buletin Bil. 1/2000

IT & ANDA Muka Surat 9

Pada keluaran pertama Suara PUSPANITA dengan kerjasama AJK akan menerbitkan satu panduan yang

dinamakan mengenal IT dan bagi memulakannya, mari kita pelajari bagaimana hendak mendapatkan email free. Langkah-langkah untuk pendaftaran e-mail (http://www.yahoo.com) 1. Klik pada ‘Sign me up!’ Taipkan nama atau apa-apa identiti diri anda di ruangan ‘Yahoo ID’ Taipkan password di ruangan ‘Password’ Perhatian: Apabila anda menaip password, perkataan yang akan anda taip akan muncul sebagai tanda ‘*’ Taip semua password anda di ruangan ‘Retype Password’ Pilih salah satu soalan dalam ruangan ‘Question we’ll ask’ Taipkan jawapan untuk soalan anda di ruangan ‘Your answer’ Taipkan tarikh lahir anda di ruangan ‘Birthday’ Taipkan alamat e-mail lain yang anda ada di ruangan ‘Current Email Address’

~ Sambung keluaran akan datang ~

BIL 1/2000

Page 10: Buletin Bil. 1/2000

jalan raya tengah hari lebuh raya warga kota bandar raya atur cara kereta api sari kata ambil alih urus setia susun atur reka bentuk maklum balas kemas kini Kekecualian: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Keretapi Tanah Melayu

kerjasama bumiputera kakitangan suruhanjaya sukarela pesuruhjaya matahari tandatangan setiausaha tanggungjawab warganegara jawatankuasa antarabangsa a. Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja yang ditulis sebagai dua perkataan. Contohnya: diambil alih menerima pakai kenal pastikan diguna semula b. Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya: pengambilalihan pengenalpastian pengemaskinian

Kita sering terkeliru dalam menulis rangkai kata, sama ada perlu dirapatkan atau dijauhkan.

Mengikut DBP, rangkai kata ini terbahagi kepada tiga iaitu :

Jawapan : ubahsuai; tengah hari; hari bulan; urus niaga; usaha sama; sama ada; serta-merta; dwifungsi

Pilih ejaan yang betul. 1. Ubahsuai; ubah suai; ubah-suai 2. Tengahari; tengah hari; tengah-hari 3. Haribulan; hari bulan; hari-bulan 4. Urusniaga; urus niaga; urus-niaga; 5. Usahasama; usaha sama; usaha-sama 6. Sama-ada; samada; sama ada 7. Serta-merta; serta merta; semerta 8. Dwifungsi; dwi fungsi; dwi-fungsi

Latihan

1. Rangkai kata umum—semua frasa atau rangkai kata sama ada dua perkataan atau lebih hendaklah ditulis terpisah. Contohnya :

Muka Surat 10 Muka Surat 10 BAHASA JIWA BANGSA BIL 1/2000

2. Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya :

3. Rangkai kata umum berimbuhan :

Page 11: Buletin Bil. 1/2000

Menanya Khabar ( Dialog Pagi )

Dan sejahtera juga ke atas kamu

Selamat pagi!

Selamat pagi

Bagaimana khabarmu hai Muhammad ?

Baik, Alhamdulillah

Dan bagaimana khabarmu ?

Dan saya juga baik

Sangat gembira bertemu awak

Mudah-mudahan demikian

Selamat berpisah!

Sampai jumpa lagi

Belajar Bahasa Arab

Muka Surat 11 BELAJAR BAHASA ARABBIL 1/2000

Sejahtera ke atas kamu

Page 12: Buletin Bil. 1/2000

PERATURAN PERMAINAN CONGKAK 1. ALATAN DAN GELANGGANG

Papan Congkak yang mengandungi sekampung tujuh (7) rumah anak serta satu (1) rumah ibu.

2. PERATURAN PERMAINAN

Dua (2) orang peserta berhadapan

2.1 Dua orang peserta berhadapan. 2.2 Permainan dilaksanakan dalam dua (2) papan.

Kedua-dua peserta jalan/menapak serentak untuk papan pertama. Pemegang akan ambil giliran jalan dulu pada papan kedua. Papan ketiga (jika seri) mula permainan menapak/jalan serentak.

2.3. Setelah diberi aba-aba:-

a) Mula permainan dengan mengambil semua

cakak dari mana-mana rumah anak dikampung sendiri; kemudian.

b) menapak dari kanan ke kiri; lalu c) Memuaskan cakak dari satu demi satu butir ke

dalam tiap rumah dengan; d) Mengeliling kampung rumah papan congkak

dalam e) Keadaan tangan genggam terngadah; ikut f) Giliran jalan/menapak. 2.4 Boleh memintas. Apabila tiap tiba di rumah

ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga satu (1) butir cakak; tetapi tidak di rumah ibu lawan. Cakak yang masuk ke rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan lawan.

2.5 Cakak terakhir masuk ke rumah isi mestilah

dilepaskan genggaman dulu sebelum mengambil cakak kembali menapak.

2.6 Peserta mati giliran jalan/menapak ialah jika

cakak akhir masuk ke mana-mana rumah kosong. Peserta lawan akan mendapat giliran jalan.

Muka Surat 12 KENALI SUKAN BIL 1/2000

Di Negara ini banyak permainan tradisional yang telah diasaskan oleh orang-orang dahulu kala. Congkak, batu seremban, kententing, galah panjang adalah antara permainan tradisional yang masih terkenal pada masa sekarang. Untuk tidak menjadikan permainan tradisional ini hilang dek kepesatan teknologi maklumat. Pada keluaran ini, kita akan berkenalan dengan permainan congkak.

2.7 Jika naik rumah maka peserta hidup boleh meneruskan jalan semula.

2.8 Hanya boleh tikam setelah melalui kampung

lawan. Tikam layar adalah ditegah. 2.9 Setiap sentuhan cakak mestilah mulakan

jalan. Undan diberikan hanya lima (5) saat. 2.10 Mana-mana rumah terbakar tidak boleh

ditanda. Baki disimpan di rumah kanan dan berurutan. Cakak yang masuk ke rumah terbakar hendaklah dibawa semula menapak. Sejumlah cakak yang masuk ke rumah terbakar, diambil ganti dari rumah ibu sendiri ke pihak lawan.

3. PENENTUAN KEMENANGAN

3.1 Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan cakak di rumah anak) tiap papan.

3.2 Menang dua (2) papan. 3.3 Pihak lawan membuat tiga (3) kesalahan

serupa atau dibuang gelanggang.

4. LARANGAN DAN DENDAAN (KESALAHAN)

4.1 Bermain dengan genggam telengkup; 4.2 Tidak masukkan cakak ke rumah ibu atau

rumah anak; 4.3 Sentuhan cakak yang tidak

berjalan/menapak; 4.4 Dikira berfikir lebih lima (5) saat. 4.5 Cakak akhir digenggam tidak dilepaskan

sebelum mengambil bawa cakak yang baru 4.6 Masukkan cakak di mana-mana rumah anak

dan ibu lebih dari satu (1) butir. 5. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN

5.1 Permainan mengikut pola “Menang Tapak” 5.2 “Pemain Menang” ialah menang dua papan.

SHOT FOR THE MOON, EVEN IF YOU FAIL YOU WILL LAND AMONG

THE STARS.

Page 13: Buletin Bil. 1/2000

Muka surat 1 BIL 1/2000

Ramai di kalangan kita yang bekerja dengan komputer mengadu menghadapi masalah mata. Mata menjadi pedih, berair dan pandangan menjadi berbalam. Tidak kurang juga yang mendapat sakit kepada, migrain dan seterusnya stress. Bagi mengelakkan masalah tersebut, cuba kaedah ini :

Pastikan jarak antara mata dengan skrin komputer tidak terlalu jauh ataupun rapat.

Atur meja dan komputer agar cahaya terang tidak memantul pada skrin komputer. Jangan duduk bertentangan tingkap atau cahaya lampu. Lindung tingkap/cahaya yang tidak diperlukan dengan bidai, langsir atau pelindung cahaya.

Lakukan pemeriksaan mata dari masa ke semasa, terutamanya jika kerjaya anda mempunyai kaitan rapat dengan komputer.

Jika skrin komputer ada gangguan, segera perbaiki. Jika dibiarkan, ia akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap mata anda.

Jangan memandang skrin terlalu lama dalam sesuatu masa. Alihkan pandangan ke arah lain.

Sekurang-kurangnya dalam masa dua jam, pandang ke arah pemandangan yang hijau untuk menyejukkan mata.

Elakkan daripada menggunakan monitor yang mempunyai skrin yang terlalu terang.

MOTIVASI & KERJAYA

USIK MENGUSIK

Page 14: Buletin Bil. 1/2000

Suara PUSPANITA SPA akan menampilkan fesyen pakaian yang sesuai di alaf 2000 ini.

PUDING AIS KRIM 300 gm agar-agar 1 gelas gula pasir 1/2 gelas santan pekat 1/2 gelas susu cair 2 biji telur ayam 1 sudu teh vanila Sedikit pewarna merah Cara Membuatnya Agar-agar dimasak dengan air sehingga hancur. Masukkan gula,

setelah gula hancur, tapiskan agar-agar tadi. Setelah itu ditapis dan masukkan semula ke dalam periuk.

Putih telur dipukul hingga berbuih. Tuangkan ke dalam agar-

agar dan dimasak semula hingga mendidih. Masukkan esen vanila dan bahagikan agar-agar itu dua bahagian.

Satu bahagian diwarnakan merah dan tuangkan ke dalam loyang,

satu lagi bahagian dibiarkan dalam periuk. Merah telur, santan, susu dipukul bersama hingga kembang dan masukkan ke dalam bahagian agar-agar dalam periuk tadi. Masak hingga pekat.

Tuangkan ke atas agar-agar merah yang hampir pekat perlahan-

lahan supaya tidak bercampur kedua warna itu. Biarkan beku. Hiaskan agar-agar tadi dengan buah ceri dan kismis.

Suntingan : Che Mek Kalthum

RESEPI/FESYEN/PETUA Muka surat 14 BIL 1/2000

Pilihan jubah daripada corak kotak-kotak kecil yang diadun dengan warna lembut. Sesuai sekali untuk wanita muslimah yang tinggi keperibadiannya. Lebih cantik apabila memilih tudung daripada warna yang senada.

Khasiat minuman horlicks

“Bagi melicinkan kulit muka dan menghilangkan bintik-bintik hitam di muka gunakan masker dua kali dalam seminggu selama 2 bulan tanpa berhenti. Masker tradisional yang boleh dibuat sendiri ialah dengan mencampurkan madu asli dengan sedikit air perahan limau nipis atau putih telur dengan air perahan limau nipis”.

Sumbangan Cik Melk Kalthum

PANDUAN KECANTIKAN

PETUA

marta, gandum dan keluaran tenusu, diperkuat dengan berbagai khasiat dan vitamin penting. Ini termasuklah protein, kalsium, asid folik, vitamin C dan D yang membantu bayi anda dilahirkan dalam keadaan sihat. Protein sangat penting untuk bayi-bayi yang belum lahir kerana ia membantu mengembangkan pertumbuhan tisu tubuh mereka.

Manakala, kalsium diperlukan untuk menguatkan tulang bayi, pada masa yang sama asid folik berfungsi membantu pertumbuhan dan pembahagian sel yang sihat, pembentukan hemoglobin serta sintesis DNA dan RNA.

Selain protein dan kalsium, vitamin C dan D tidak kurang pentingnya. Vitamin C membantu membina sel dan menyokong penggunaan zat besi, kalsium dan asid folik dalam tubuh. Manakala vitamin D untuk mengitar penggunaan kalsium untuk ibu dan bayi.

Dengan erti kata lain, Horlicks yang penuh khasiat merupakan cara lengkap dan terbaik untuk diet semasa hamil. Selain cepat dan mudah disediakan, ia membantu menyihatkan anda dan bayi, di mana Horlicks merupakan minuman bebas dari kafein.

Menitikberatkan aspek penjagaan diri bagi memastikan bayi yang sedang membesar merupakan perkara utama dalam tempoh sembilan bulan kehamilan. Sehubungan itu , amalan memakan makanan berkhasiat, mengambil berat berhubung aspek penjagaan diri merupakan amalan penting.

Horlicks, merupakan minuman diperkaya dengan khasiat tambahan yang diperlukan tubuh. Ia diperbuat daripada ramuan berzat seperti barli