6
pem β β β ina 12 cerpen S esudah solat subuh & membaca al- ma’thurat aku duduk di ruang tamu rumah mama & abahku yang masih utuh berdiri melindungi dari hujan panas. Aku terlelap tatkala fikiranku melayang- layang teringatkan ibu kota dengan hiruk pikuk yang merimaskan jiwa.Mamaku masih di dapur menyiapkan sarapan pagi. Jarang- jarang dapat merasa masakan mama terutama pada pagi hari. Biasanya dibeli saja sarapan di kedai berhampiran. Tugas beliau berbakti kepada masyarakat dengan menjadi guru di pusat pra sekolah menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Matahari mula menampakkan diri menerangi alam semesta. Sinaran terang melimpah masuk ke ruang tamu melalui celahan tingkap yang terbuka. Cahaya yang terang beransur panas singgah di mukaku. “Dah cerah rupanya”, getus hatiku. Aku menuju ke jendela, me- lemparkan pandangan ke halaman rumah yang baru dibersihkan. Kokokan ayam dise- langi siulan burung bersahut-sahutan mene- nangkan minda. Sedang asyik aku menik- mati keindahan pagi, fikiranku teringatkan isi kuliah maghrib yang disampaikan Ustaz Bani malam semalam. Seolah masih terngiang-ngiang di telinga apa yang dise- butkan ustaz. “Sesungguhnya setiap amalan itu ber- mula dengan niat. Dan setiap orang akan dibalas berdasarkan apa yang diniat- kannya,” jelas ustaz memulakan kuliah. “ Niat penting kerana Imam Nawawi telah menyebutkan ia sebahagian daripada ibadah. Sebahagian yang lain adalah aspek perlaksanaannya”, ustaz menyambung. Kebanyakan jemaah yang hadir mendengar dengan khusyu’ apa yang disampaikan. Ada yang datang membawa kitab sambil meneliti isi kandungan. Tak kurang juga yang bersandar di dinding sambil menghalakan pandangan ke tengah ruang solat, tempat kuliah diadakan. “Jadi hendaklah kita jaga niat supaya setiap apa yang kita lakukan dikira sebagai ibadah. Islam itu agama yang mudah kerana ia telah menyediakan garis panduan dari segenap aspek kehidupan manusia. Beruntunglah mereka yang melaksanakannya. Moga Allah masukkan kita dalam golongan seperti ini, insya Allah”, tambah ustaz lagi. Walaupun usianya sudah menjangkau 40-an namun beliau kelihatan seperti orang muda, semangat dan penampilan. Kuliah berlangsung sehingga masuk waktu Isya’. Selesai azan dilaungkan ketua kampong menolak aku ke hadapan menjadi imam sambil berkata, “Dah lama tak dengar suara orang muda jadi imam kat kampong kita ni. Sekali-sekala balik apa salahnya berbakti pada kami”. Aku menurut saja permintaanya. Selesai solat sunat ba’diah aku mengatur langkah pulang ke rumah. Belum selesai mengira anak tangga masjid, bahuku disapa seseorang. Us. Bani rupanya. “Anta dok mana? Tak pernah nampak pon sebelum ni?” tanya ustaz. “Sss.. saya orang kampong ni. Cuma sekarang mengaji kat UIA. Jadi jarang nampak kat sini”, aku menjawab dengan tersekat-sekat, Terkejut akibat ditepuk bahu belum habis lagi. “Bagus la. Sekurang-kurangnya ada jugak anak muda yang datang ke masjid. Tapi yang penting jaga niat, kerana Allah. Jangan sekadar datang sebab keluarga kita datang. Nanti jadi adat sebab ikut orang buat. Macam makan nasi. Kalau tak diniatkan kerana Allah, untuk membolehkan kita beramal maka jadi adat & ikutan. Sudahnya ‘sihat’ saja, seloroh ustaz disambut gelak ketawaku. Ustaz menyambung lagi, “Sesibuk kita sibuk lagi Allah Taala, secara logiknya. Allah jaga seluruh alam. Kita cuma buat apa yang diamanahkan pada kita ja. Katakanlah Allah terlupa nak bagi ni’mat pada kita 2 minit, apa akan jadi pada kita? Dah tentu mati tak cukup oksigen. Tapi hakikatnya Allah tak pernah lupa pada kita. Kita ja yang selalu lupa pada Allah,” jelas ustaz. Tambahnya lagi, “Sekarang ni banyak gadget yang ada. Handphone mahal- mahal kita guna dengar lagu, sms, tangkap gambar orang bukan mahram. Alangkah baiknya kalau kita guna untuk ingatkan kita tentang niat, baca ma’thurat & solat jemaah. Set reminder setiap jam. Jadi tak la kita lupa, Berkenaan dgn hati pula, memang tak dinafikan, sungguh mudah untuk ia berubah, tetapi insya Allah, agak2 niat tu bukan kerana Allah, istighfar kepada Nya dan perbetulkan niat...” jelas ustaz. “Betul jugak ustaz. Ok la ustaz, jazakallah atas ilmu ustaz hari ni. Kalau gini gaya kena selalu balik kampong, aku berseloroh. Panggilan mama dari dapur menghentikan lamunanku. “Tolong mama jap leh? ” tanya mama. “Apa dia? Gi kedai beli barang ?” tanyaku kembali. “Bukan la. Lain kali jangan menyampuk orang tua-tua bercakap. Dengar sampai habis dulu,” katanya sambil tersenyum. Aku tahu kata- kata tadi cuma gurauan. “Jap lagi kalau free tolong tulis atas kad “Sila betulkan niat anda”. Pastu lekat kat pintu bilik & pintu keluar”. tambah mama. “Baik puan. Saya akan buat sekarang jugak” kataku sambil berlari ke bilik bacaan. Selesai melakukan kerja seperti yang disuruh, aku mengambil sarapan sambil menonton televisyen. Kedengaran suara mamaku dari belakang, “Jangan lupa baca doa makan & niat kerana Allah. Ingat tak apa yang ustaz cakap semalam kat mas- jid?” kata abahku yang muncul di muka pintu. Kelihatan manik-manik penuh mem- basahi wajahnya. “Bila bas kamu?” Tanya abahku. “Malam ni abah, kol 12”, aku menjawab sambil membaca doa makan. Tak lupa aku niatkan agar makanan itu menjadi ni’mat bagiku, agar aku bisa terus hidup dengan mentaati perintah Allah. “I have special prize for you”, sampuk adikku yang ke kebun menolong abah. “Nak tau apa dia tunggu la malam nanti”. “Berkesan jugak cara mama buat ni. Pegi mana pon nampak kad ‘Sila betulkan niat anda’. “Terjaga niat aku hari ni”, bisikku dalam hati. “Jom kita, tunggu apa lagi. Dah pukul 11.20 ni”, kata abah sambil melihat jam di dinding. “Nah, ni hadiah dari kami. Tapi bukak dalam bas tau. Bukak dalam kereta tak aci, ” kata adikku sambil menghulurkan sampul surat bersaiz A4. “Okay, ” balasku pendek. Sebelum menaiki bas aku mencium tangan mama & abah memohon restu mereka. “ Belajar betul-betul. Jangan lupa jaga niat, ” pesan mama. Aku sekadar mengangguk. Bas yang sedia menanti di parking stesen itu kunaiki sambil mencari tempat duduk. Aku melabuhkan punggung setelah memastikan nombor seat sama dengan nombor dalam tiket. Teringat aku akan hadiah dari adik-adikku tadi. Lantas aku mencapai beg mengeluarkan sampul surat sambil bas mula bergerak meninggalkan stesen yang berusia separuh abad. Kukeluarkan isinya. Ada sekeping kad tertera tulisan bertaip di atasnya ‘Sila betulkan niat anda’. Terdapat juga sekeping nota bertulis ‘Lekat peringatan tue kat pintu bilik hang. Jangan LUPA!!!!’ Aku tersenyum sendirian sambil me- mandang keluar tingkap. Dalam hatiku terdetik rasa gembira dengan apa yang kulalui sepanjang berada di rumah. Bas membelok ke kiri memasuki Lebuhraya Utara Selatan sedang mengantuk mula menguasai mataku. Langkah bermula Oleh: Usamah Izer 1 pem β β β ina tinta presiden Assalamualaikum W.B.T Bacalah… Ia adalah perintah pertama Allah S.W.T kepada manusia iaitu untuk mencari ilmu kerana ilmu adalah asas segala-galanya. Untuk mengenal Pencip- tanya… Bacalah dengan nama Tuhanmu yang men- ciptakan” - Al-Alaq: 1. Ia juga ‘alat’ kepada pencapaian matlamat kejadian manusia iaitu menjadi hamba kepada Allah. Jika tak kenal maka tak cinta, jika tiada ilmu mengenaiNya masakan kita mampu mengena- liNya, jika manusia tidak mengetahui mereka adalah hamba masakan mereka tahu keperluan ketundukan dan kepatuhan kepada ‘Tuan’nya... Seorang pakar motivasi baru- baru ini memak- lumkan kepada saya, kajian menunjukkan secara purata rakyat Malaysia membaca maka- lah yang men- gandungi maklu- mat ilmiah hanya satu muka surat sebulan seo- rang . Jumlah tersebut bu- kanlah titik per- bincangan kita pada kali ini tetapi cukup menggambarkan ia amat sedikit dari segi pelabu- ran masa dan wang ringgit. Nilainya tidak sebanding den- gan kedudukan yang Allah S.W.T berikan sebagai kalam/perkataan pertama dari ‘Kalam SuciNya’ (Al-Quran) yang diperdengarkan kepada manusia (al-Alaq: 1). Buletin ini merupakan suara generasi belia, aspirasi golongan belia, dari belia untuk belia secara khusus dan masyarakat umum secara amnya. Apa yang kami harapkan adalah ia termasuk bahan ilmiah yang bakal dibaca oleh masyarakat Islam. Mudah-mudahan ia bakal menjadi medium bagi PEMBINA berkongsi pandangan dengan masyarakat memahami slogan ‘Islam adalah cara hidup’. Hidup yang sesuai dengan fitrah kejadianya dan harmoni dengan sistem alam yang diciptakanNya. “Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Ia menyeru kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan.” (Al-Anfal:24). Wassalam. ‘Bacalah...’ DALAM EDISI INI! Bacalah… Ia adalah perintah pertama Allah S.W.T kepada manusia iaitu untuk mencari ilmu kerana ilmu adalah asas segala-galanya. Dr Kamil Azmi Tohiran Presiden, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) buletin SUARA GENERASI BELIA TAHUN 1 BIL. 1 EDISI JAMADIL AWAL 1429 www.pembina.com.my pem pem pem pem β β β ina ina ina ina -Untuk Ahli Sahaja- negeri kita -Remaja dan Blog muslimah -Katak vs Rama-rama baitul muslim -Perlukah Kenal Sebelum Kahwin? cerpen -Langkah Bermula urus wang anda -Tips Pengurusan I ...dan banyak lagi! ...dan banyak lagi! ...dan banyak lagi! ...dan banyak lagi! 1326-07-SEL

Buletin PEMBINA Jamadil Awal 1429

  • Upload
    pembina

  • View
    257

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Edisi 01/01/1429

Citation preview

Page 1: Buletin PEMBINA  Jamadil Awal 1429

pemββββina 12

cerpen

S esudah solat subuh & membaca al-

ma’thurat aku duduk di ruang

tamu rumah mama & abahku yang masih

utuh berdiri melindungi dari hujan panas.

Aku terlelap tatkala fikiranku melayang-

layang teringatkan ibu kota dengan hiruk

pikuk yang merimaskan jiwa.Mamaku masih

di dapur menyiapkan sarapan pagi. Jarang-

jarang dapat merasa masakan mama

terutama pada pagi hari. Biasanya dibeli

saja sarapan di kedai berhampiran. Tugas

beliau berbakti kepada masyarakat dengan

menjadi guru di pusat pra sekolah

menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

M a t a h a r i m ul a m e n a m p a kk a n d i r i

menerangi alam semesta. Sinaran terang

melimpah masuk ke ruang tamu melalui

celahan tingkap yang terbuka.

Cahaya yang terang beransur panas

singgah di mukaku. “Dah cerah rupanya”,

getus hatiku. Aku menuju ke jendela, me-

lemparkan pandangan ke halaman rumah

yang baru dibersihkan. Kokokan ayam dise-

langi siulan burung bersahut-sahutan mene-

nangkan minda. Sedang asyik aku menik-

mati keindahan pagi, fikiranku teringatkan

isi kuliah maghrib yang disampaikan Ustaz

Bani malam semalam. Seolah masih

terngiang-ngiang di telinga apa yang dise-

butkan ustaz.

“Sesungguhnya setiap amalan itu ber-

mula dengan niat. Dan setiap orang akan

dibalas berdasarkan apa yang diniat-

kannya,” jelas ustaz memulakan kuliah. “

Niat penting kerana Imam Nawawi telah

menyebutkan ia sebahagian daripada

ibadah. Sebahagian yang lain adalah aspek

perlaksanaannya”, ustaz menyambung.

Kebanyakan jemaah yang hadir mendengar

dengan khusyu’ apa yang disampaikan. Ada

yang datang membawa kitab sambil

meneliti isi kandungan. Tak kurang juga

ya n g b ers a n da r d i d i n di n g s am bi l

menghalakan pandangan ke tengah ruang

solat, tempat kuliah diadakan.

“Jadi hendaklah kita jaga niat supaya

setiap apa yang kita lakukan dikira sebagai

ibadah. Islam itu agama yang mudah kerana

ia telah menyediakan garis panduan dari

segenap aspek kehidupan manusia.

B e r u n t u n g l a h m e r e k a y a n g

melaksanakannya. Moga Allah masukkan

kita dalam golongan seperti ini, insya Allah”,

tambah ustaz lagi. Walaupun usianya

sudah menjangkau 40-an namun beliau

kelihatan seperti orang muda, semangat

dan penampilan.

Kuliah berlangsung sehingga masuk

waktu Isya’. Selesai azan dilaungkan ketua

kampong menolak aku ke hadapan

menjadi imam sambil berkata, “Dah lama

tak dengar suara orang muda jadi imam

kat kampong kita ni. Sekali-sekala balik apa

salahnya berbakti pada kami”. Aku

menurut saja permintaanya. Selesai solat

sunat ba’diah aku mengatur langkah

pulang ke rumah. Belum selesai mengira

anak tangga masjid, bahuku disapa

seseorang. Us. Bani rupanya. “Anta dok

mana? Tak pernah nampak pon sebelum

ni?” tanya ustaz. “Sss.. saya orang

kampong ni. Cuma sekarang mengaji kat

UIA. Jadi jarang nampak kat sini”, aku

menjawab dengan tersekat-sekat, Terkejut

akibat ditepuk bahu belum habis lagi.

“Bagus la. Sekurang-kurangnya ada

jugak anak muda yang datang ke masjid.

Tapi yang penting jaga niat, kerana Allah.

Jangan sekadar datang sebab keluarga kita

datang. Nanti jadi adat sebab ikut orang

buat. Macam makan nasi. Kalau tak

d i n i a t k a n k e r a n a A l l a h , u n t u k

membolehkan kita beramal maka jadi adat

& ikutan. Sudahnya ‘sihat’ saja, seloroh

ustaz disambut gelak ketawaku. Ustaz

menyambung lagi, “Sesibuk kita sibuk lagi

Allah Taala, secara logiknya. Allah jaga

seluruh alam. Kita cuma buat apa yang

diamanahkan pada kita ja. Katakanlah

Allah terlupa nak bagi ni’mat pada kita 2

minit, apa akan jadi pada kita? Dah tentu

mati tak cukup oksigen. Tapi hakikatnya

Allah tak pernah lupa pada kita. Kita ja

yang selalu lupa pada Allah,” jelas ustaz.

Tambahnya lagi, “Sekarang ni banyak

gadget yang ada. Handphone mahal-

mahal kita guna dengar lagu, sms, tangkap

gambar orang bukan mahram. Alangkah

baiknya kalau kita guna untuk ingatkan kita

tentang niat, baca ma’thurat & solat

jemaah. Set reminder setiap jam. Jadi tak

la kita lupa, Berkenaan dgn hati pula,

memang tak dinafikan, sungguh mudah

untuk ia berubah, tetapi insya Allah, agak2

niat tu bukan kerana Allah, istighfar

kepada Nya dan perbetulkan niat...” jelas

ustaz.

“Betul jugak ustaz. Ok la ustaz,

jazakallah atas ilmu ustaz hari ni. Kalau gini

gaya kena selalu balik kampong, aku

berseloroh. Panggilan mama dari dapur

menghentikan lamunanku. “Tolong mama

jap leh? ” tanya mama. “Apa dia? Gi kedai

beli barang ?” tanyaku kembali. “Bukan la.

Lain kali jangan menyampuk orang tua-tua

bercakap. Dengar sampai habis dulu,”

katanya sambil tersenyum. Aku tahu kata-

kata tadi cuma gurauan. “Jap lagi kalau

free tolong tulis atas kad “Sila betulkan

niat anda”. Pastu lekat kat pintu bilik &

pintu keluar”. tambah mama. “Baik puan.

Saya akan buat sekarang jugak” kataku

sambil berlari ke bilik bacaan.

Selesai melakukan kerja seperti yang

disuruh, aku mengambil sarapan sambil

menonton televisyen. Kedengaran suara

mamaku dari belakang, “Jangan lupa baca

doa makan & niat kerana Allah. Ingat tak

apa yang ustaz cakap semalam kat mas-

jid?” kata abahku yang muncul di muka

pintu. Kelihatan manik-manik penuh mem-

basahi wajahnya. “Bila bas kamu?” Tanya

abahku. “Malam ni abah, kol 12”, aku

menjawab sambil membaca doa makan.

Tak lupa aku niatkan agar makanan itu

menjadi ni’mat bagiku, agar aku bisa terus

hidup dengan mentaati perintah Allah. “I

have special prize for you”, sampuk adikku

yang ke kebun menolong abah. “Nak tau

apa dia tunggu la malam nanti”.

“Berkesan jugak cara mama buat ni.

Pegi mana pon nampak kad ‘Sila betulkan

niat anda’. “Terjaga niat aku hari ni”,

bisikku dalam hati. “Jom kita, tunggu apa

lagi. Dah pukul 11.20 ni”, kata abah sambil

melihat jam di dinding. “Nah, ni hadiah

dari kami. Tapi bukak dalam bas tau. Bukak

dalam kereta tak aci, ” kata adikku sambil

menghulurkan sampul surat bersaiz A4.

“Okay, ” balasku pendek.

Sebelum menaiki bas aku mencium

tangan mama & abah memohon restu

mereka. “ Belajar betul-betul. Jangan lupa

jaga niat, ” pesan mama. Aku sekadar

mengangguk. Bas yang sedia menanti di

parking stesen itu kunaiki sambil mencari

tempat duduk. Aku melabuhkan punggung

setelah memastikan nombor seat sama

dengan nombor dalam tiket. Teringat aku

akan hadiah dari adik-adikku tadi. Lantas

aku mencapai beg mengeluarkan sampul

s u r a t s a m b i l b a s m u l a b e r g e r a k

meninggalkan stesen yang berusia separuh

abad. Kukeluarkan isinya. Ada sekeping

kad tertera tulisan bertaip di atasnya ‘Sila

betulkan niat anda’. Terdapat juga

sekeping nota bertulis ‘Lekat peringatan

tue kat pintu bilik hang. Jangan LUPA!!!!’

Aku tersenyum sendirian sambil me-

mandang keluar tingkap. Dalam hatiku

terdetik rasa gembira dengan apa yang

kulalui sepanjang berada di rumah. Bas

membelok ke kiri memasuki Lebuhraya

Utara Selatan sedang mengantuk mula

menguasai mataku.

Langkah bermula Oleh: Usamah Izer

1 pemββββina

tinta presiden

Assalamualaikum W.B.T

Bacalah… Ia adalah perintah pertama Allah S.W.T

kepada manusia iaitu untuk mencari ilmu kerana ilmu

adalah asas segala-galanya. Untuk mengenal Pencip-

tanya… “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang men-

ciptakan” - Al-Alaq: 1. Ia juga ‘alat’ kepada pencapaian

matlamat kejadian manusia iaitu menjadi hamba

kepada Allah. Jika tak kenal maka tak cinta, jika tiada

ilmu mengenaiNya masakan kita mampu mengena-

liNya, jika manusia tidak mengetahui mereka adalah

hamba masakan mereka tahu keperluan ketundukan

dan kepatuhan kepada ‘Tuan’nya...

Seorang pakar

motivasi baru-

baru ini memak-

lumkan kepada

s a y a , k a j i a n

m e n u n j u k k a n

secara purata

rakyat Malaysia

membaca maka-

lah yang men-

gandungi maklu-

mat ilmiah hanya

satu muka surat

s e b u l a n s e o -

r a n g . J u m l a h

t e r s e b u t b u -

kanlah titik per-

bincangan kita

p a d a k a l i i n i

t e t a p i c u k u p

menggambarkan

ia amat sedikit

dari segi pelabu-

ran masa dan

w a ng r i n g g i t .

Ni lainya t idak

sebanding den-

gan kedudukan

yang Allah S.W.T

berikan sebagai kalam/perkataan pertama dari ‘Kalam

SuciNya’ (Al-Quran) yang diperdengarkan kepada

manusia (al-Alaq: 1).

Buletin ini merupakan suara generasi belia, aspirasi

golongan belia, dari belia untuk belia secara khusus dan

masyarakat umum secara amnya. Apa yang kami

harapkan adalah ia termasuk bahan ilmiah yang bakal

dibaca oleh masyarakat Islam. Mudah-mudahan ia

bakal menjadi medium bagi PEMBINA berkongsi

pandangan dengan masyarakat memahami slogan

‘Islam adalah cara hidup’. Hidup yang sesuai dengan

fitrah kejadianya dan harmoni dengan sistem alam yang

diciptakanNya.

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan

sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila

Ia menyeru kepada perkara-perkara yang menjadikan

kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa

sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau

menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan)

hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu

akan dihimpunkan.” (Al-Anfal:24).

Wassalam.

‘Bacalah...’

DALAM EDISI INI !

Bacalah… Ia adalah

perintah pertama

Allah S.W.T kepada

manusia iaitu

untuk mencari ilmu

kerana ilmu adalah

asas

segala-galanya.

Dr Kamil Azmi Tohiran

Presiden,

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

b u l e t i n

S U A R A G E N E R A S I B E L I A

T A H U N 1 B I L . 1 E D I S I J A M A D I L A W A L 1 4 2 9

w w w . p e m b i n a . c o m . m y

pempempempemββββinainainaina

-Untuk Ahli Sahaja-

negeri kita

-Remaja dan Blog

muslimah

-Katak vs Rama-rama

baitul muslim

-Perlukah Kenal Sebelum Kahwin?

cerpen

-Langkah Bermula

urus wang anda

-Tips Pengurusan I

...dan banyak lagi!...dan banyak lagi!...dan banyak lagi!...dan banyak lagi!

1326-07-SEL

Page 2: Buletin PEMBINA  Jamadil Awal 1429

pemββββina 2

negeri kita

B .L.O.G inilah empat abjad yang dari hari ke hari

dipertuturkan oleh orang ramai dari pejabat kera-

jaan di Putrajaya hinggalah ke warung kopi di kampung yang

bernama Tanjung Dawai. Blog hari ini telah memainkan per-

anan penting dalam kehidupan masyarakat sebagai agen pen-

yampai maklumat. Ianya tidak dapat dinafikan lagi apabila

blog telah menjadi salah satu faktor yang membawa kepada

perubahan besar politik di tanah air kita baru-baru ini. Dalam

satu kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau

mengaku bahawa antara kesilapannya dalam pilihanraya lalu

adalah memandang rendah kepada peranan blog dan media

internet dan justeru itu beliau telah mengarahkan menteri

penerangan baru Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk

mendekati para bloggers dan mendeangar pendapat daripada

mereka. Hasilnya, RTM dibawah pimpinan beliau telah men-

gadakan satu siri diskusi yg bertajuk BLOG yg disiarkan di

RTM1 setiap hari Ahad. Tidak ketinggalan juga kepada ahli-

politik yang lain sama ada pro-kerajaan mahupun pembang-

kang seperti Datuk Seri Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Mu-

hammad Taib, Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Husam Musa

telah menjadikan blog sebagai medium pengantara antara

mereka dengan rakyat bawahan. Yang terbaru negarawan

dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun

Dr.Mahathir juga telah masuk dalam arena blog apabila mel-

ancarkan blognya sendiri untuk memberikan pendapat dan

kritikan tajam beliau tentang isu politik semasa negara.

Persoalannya sekarang apa kena mengena blog dengan

belia atau secara khusunya apa kena mengena blog dengan

PEMBINA? Jawapannya ialah para belia sekarang perlulah

menjadikan blog salah satu jalan ataupun manhaj baru dalam

proses islah diri atau pun perubahan ke arah kebai-

kan .Kepada golongan belia yang masih lagi mencari cari erti

sebenar hidup, mereka dicadangkan untuk menambahkan

ilmu mereka,menghilangkan rasa keliru terhadap agama den-

gan melayari blog-blog yang berunsurkan keagamaan seperti

blog para ustaz, ustazah, naqib, naqibah. Di samping itu

mereka juga boleh menyalurkan permasalahan-permasalahn

yg terbuku di sanubari dengan menulis permasalahan-

permasalahan tersebut dalam ruangan komen. Namun diin-

gatkan disini kepada para belia yang masih lagi dalam proses

mencari dan memantapkan fahaman agama mereka ,mereka

dinasihatkan supaya berhati-hati dalam mencari ilmu agama

menerusi blog. Ini kerana mereka dikhuatiri terpengaruh den-

gan pemahaman-pemahaman sonsang tentang agama seperti

Islam liberal dan freethinker.

Kepada golongan belia yang sudah mantap fikrah dan

pemahamannya tentang agama ,mereka disarankan mem-

punyai blog sendiri dan menjadikannya sebagai medium baru

dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti dakwah. Dalam erti kata

lain jangan disempitkan aktiviti-aktiviti dakwah hanya dengan

program-program tradisional seperti ceramah dan kuliah.

Dakwah cyber juga penting.Mereka perlulah menjadikan blog

mereka tempat untuk bekongsi ilmu, berkongsi masalah dan

menyelesaikan masalah. Di samping itu mereka juga dis-

arankan menubuhkan satu rangakain daie blogger yang ber-

tujuan mengumpulkan para belia-belia yang mantap dalam

hal-hal agama dengan tujuan untuk memberikan penjelasan

yang bernas tentang perkara-perkara karut dan menjawab

tuduhan-tuduhan palsu terhadap agama Islam yang ditimbul-

kan dalam blog-blog para orienatalis,pejuang Islam lib-

eral,feminis dan free thinker. Para daie blogger ini juga dis-

arankan untuk membuka satu ruang perdebatan ilmiah dian-

tara mereka dengan golongan-golongan yang sonsang pemik-

ran agama mereka seperti pejuang Islam liberal, dan free-

thinker. Seperti fiman Allah SWT dalam Al-Quran “Serulah

(manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pela-

jaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang

baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengeta-

hui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah

yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petun-

juk” surah An-Nahl ayat 125.

Kepada para daie

blogger mereka dinasihat-

k a n s u p a y a men j a ga

adab-adab dalam menulis.

Mereka perlulah hanya

menulis perkara-perkara

yang sahih dan tepat sa-

haja dan mengelak dari

menulis sebarang isu yang

dapat menimbulkan rasa

konfius di kalangan para

pembaca,isu remeh te-

meh dan tidak sama sekali menulis tentang perkara-perkara

yang berbau perkauman dan hasutan. Bahasa penulisan juga

hendaklah sopan dan beradab kerana ianya akan mencer-

minkan peribadi dan tingkahlaku para daie bloggers.

Kesimpulanya, blog memainkan peranan penting dalam

kehidupan para belia di zaman sekarang.Ianya dilihat dapat

membantu memangkin proses pengislahan diri para be-

lia ,memperluaskan gerak kerja dakwah serta membuka satu

ruang perdebatan dan wacana ilmiah dikalangan para belia.

Remaja dan Blog Oleh: S. Dawood

Salah satu blog oleh bekas ahli politik negara.

“Blog hari ini telah memainkan peranan

penting dalam kehidupan masyarakat

sebagai agen penyampai maklumat”.

11 pemββββina

baitul muslim

D alam beberapa forum dan sesi perkongsian pen-

galaman tentang pembinaan rumahtangga, rasanya

ini antara soalan-soalan yang sering diutarakan oleh golon-

gan remaja dan belia. Sehinggakan dalam satu pengisian yang

pernah saya sampaikan kepada pelajar-pelajar sebuah seko-

lah menengah swasta di Shah Alam, soalan yang sama juga

ditanya oleh pelajar tingkatan 1. Nampaknya isu mengenali

pasangan menjadi kerunsingan golongan remaja hari ini.

Positifnya, kebimbangan

ini akan membawa sifat

berhati-hati ketika memilih

p as an g an. Pe rkahw i n an

adalah ikatan jangka panjang.

Ia tidak seperti persahabatan

biasa. Negatifnya; ia akan

membawa kepada s ikap

‘mengada-ng ada’ ket i ka

memilih pasangan. Lebih

teruk j ika ia me mb awa

kepada keluar bersama dan

perhubungan lelaki wanita yang tidak syar’ie.

Mengenali pasangan sebelum meminang adalah sunnah

Rasulullah s.a.w. Islam agama fitrah. Keserasian pasangan

perlu diambil kira sebelum mendirikan rumahtangga.

Rasululllah s.a.w. menyuruh seorang lelaki yang menyatakan

keinginannya untuk berkahwin dengan seorang wanita Ansar

agar melihat mata pasangannya sebelum mengahwininya.

“Lihatlah wajahnya. Sesungguhnya mata wanita Ansar ada

sesuatu.”(Riwayat Muslim). Imam Nawawi berpendapat ini

mungkin kerana mata wanita Ansar agak kecil jika

dibandingkan dengan mata bangsa lain. Mungkin takut

sahabat tersebut tidak ‘serasi’ dengan saiz mata yang kecil.

Jumhur ulama’ menggalakkan agar dilihat muka dan dua

tapak tangan. Tetapi Imam Auza’ie meminta agar dilihat

anggota badan yang berisi (dalam keadaan menutup aurat).

Rasulullah s.a.w. juga menyuruh umatnya memilih pasangan

yang boleh melahirkan zuriat. “Pilihlah yang akan

melahirkan anak.” (Riwayat Ibnu Majah). Banyaknya yang

kena diperhatikan!

Tetapi ini semua tidak menghalalkan perhubungan yang

‘aktif’ di antara lelaki dan wanita semata-mata dengan alasan

untuk mengenali sifat-sifat lahiriah, sifat-sifat dalaman dan

sejarah keluarga bakal pasangannya. Syariat perlu dipelihara

daripada awal, sebelum proses pertunangan lagi jika kita

inginkan sebuah rumahtangga yang baik.

Mengenali pasangan sebelum melakukan pilihan tiada

salahnya jika cara yang digunakan untuk perkenalan itu

bertepatan dengan syara’. Kerana itu ada ulama’ yang

berpendapat untuk melihat wajah dan dua tapak bakal

pasangannya dia perlu mendapatkan keizinan dari empunya

badan terlebih dahulu. Nampak macam kurang praktikal,

tetapi begini lah seriusnya ulama’ s i lam di dalam

mengamalkan syariat. Matlamat tidak sekali-kali akan

menghalalkan cara.

Imam Nawawi mencadangkan suatu yang lain. Katanya:

“Ulama’-ulama’ di dalam mazhab Imam Syafie berkata: Jika

dia tidak boleh melihat, disunatkan agar dia mewakilkan

seorang wanita lain yang dipercayai untuk melihat wanita

tersebut dan menceritakan kembali kepadanya.” Persaksian

dari ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudah

mendirikan rumahtangga boleh dijadikan sebagai satu

sumber. Ramai yang boleh menjadi wakil.

Nampak praktikal, tapi cara ini mungkin tidak diminati

oleh ramai remaja dan belia. Apa pun, pilihlah cara yang

bertepatan syariat. Jangan sekali-kali meniru Barat di dalam

isu ini. Barat pergi terlalu jauh di dalam usaha mengenali

bakal pasangan sehingga ke peringkat ‘test’ dulu sebelum

berkahwin. Syariat tidak akan sekali-kali membenarkan itu

atau apa-apa juga yang seumpamanya.

Perlukah Kenal Sebelum Berkahwin? Oleh: Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

muslimah

Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku

puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra

antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-

mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di

antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bang-

sanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan

kamu).”

- Al Hujuraat (13)

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan

hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan

kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;

dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha

Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”

- Al Mulk (2).

Masih ingatkah kita pada kisah iblis disingkirkan dari

syurga kerana enggan sujud kepada Nabi Adam alaihissalam

apabila diperintahkan oleh Allah. Ini kerana iblis merasakan

dirinya lebih hebat kerana dia dijadikan oleh Allah daripada

API sedangkan Adam, TANAH. Iblis telah lupa kepada hakikat

bahawasanya Allah memandang entiti spritual dan bukannya

fizikal. Lantas kerana terasa gah dengan kehebatan fizikalnya,

Allah memberi penghinaan yang besar kepada iblis serta ketu-

runannya, dengan menyahkan mereka dari syurga serta diberi

dilaknat Allah. Kalau kita merasakan bahawa kecantikan itu

dari jasad atau fizikal, kita tidak akan puas dengan apa yang

ada. Maka dengan itu kita lihat manusia berlumba-lumba

“memperelokkan” tubuhnya. Maka larislah produk-produk

serta tawaran pakej-pakej rawatan kecantikan semata-mata

ingin menempel jasad yang terasa kurang cantik. Tetapi ini

tidak bermakna kita kena menjadi selekeh dan “selebet”, ko-

tor dan comot. Islam menganjurkan kekemasan dan keinda-

han, Allah suka yang bersih dan yang indah. Cuba kelihatan

kemas dan cantik adalah sangat digalakkan, tetapi ada garis

panduan yang Allah tetapkan di dalam syariatNya.

Yang utama, Allah memandang ketaqwaan dan iman. Kita

sibuk “touch-up” sesuatu yang tidak Allah pandang. Mari kita

pandang, apa yang Allah pandang. Mari kita percantikkan, apa

yang Allah pandang.

CUBA TENGOK BALIK GAMBAR KATAK TADI, CANTIK TAK?

Page 3: Buletin PEMBINA  Jamadil Awal 1429

pemββββina 10

muslimah

M ana yang lebih cantik? Ramai orang akan berkata,

“rama-rama lah”. Rama-rama berwarna warni,

bersayap seperti baldu, berterbangan di angkasa dengan

lenggang-lenggok tersendiri.

Katak pula, warna kulit macam berlumut, menggerutu

pula. Duduk bercangkung, nak bergerak terlompat-lompat.

Kedua-dua gambar di atas, diperolehi daripada dua laman

web yang berbeza. Satu tentang, “Frogs & Toads Lovers”,

iaitu laman web yang dibangunkan oleh peminat-peminat

katak dan kodok. Yang satu lagi, “Butterflies Lovers”, iaitu

laman web yang dibangunkan oleh peminat-peminat rama-

rama.

Lumrah manusia, kita gemar membuat penilaian yang

cenderung kepada suatu kesimpulan sahaja. Jadi, adalah tidak

benar untuk kita sentiasa berkata, “katak hodoh, rama-rama

cantik”. Apabila melayari kedua-dua laman web mengenai

kedua-dua haiwan tersebut, saya tertarik dengan

penghargaan serta pujian yang diberikan kerana keunikan

rama-rama dan juga katak. Para peminat membuat kajian

terperinci untuk menceritakan tentang keistimewaan haiwan-

haiwan berkenaan.

Pelik, tetapi benar.

Wanita-wanita di Zaman Dinasti Cina dahulu kala, bagi

mereka “kecantikan adalah kesakitan” (beauty is pain).

Mereka sanggup membengkung kaki sejak kanak-kanak

hingga dewasa, dan dipakaikan dengan kasut ketat supaya

saiz kaki mereka kecil. Ini untuk menggambarkan bahawa

mereka adalah anak-anak golongan di-raja, bangsawan dan

kaya-kaya. Kaki yang kecil menggambarkan mereka tidak

perlu berjalan banyak, maklumlah sebagai anak orang kaya

hanya perlu duduk bersahaja dan tidak perlu melakukan

kerja-kerja berat. Kaki yang besar hanya dimiliki oleh golon-

gan hamba dan orang suruhan. Akibatnya, mereka yang

dibengkuk kaki sejak kecil mengalami kecacatan dan per-

tumbesaran kaki yang terbantut, sehingga menyebabkan ke-

sakitan dan kesukaran untuk melaku-

kan pekerjaan-pekerjaan normal seba-

gai manusia biasa.

Di suatu sudut pedalaman di

Laos, wanita berleher panjang diang-

gap cantik dan menawan. Lebih pan-

jang, lebih cantik. Jadi, kanak-kanak

perempuan dipakaikan gelung-gelung

logam di leher untuk menjadikan leher

mereka lebih jinjang dan panjang.

Kepanjangan leher mereka ini boleh

mencecah 1 ½ kali ganda daripada

leher wanita biasa. Sakit. Tetapi kerana mahu kelihatan cantik,

sanggup menempuh kesakitan.

Apa kurangnya dengan wanita zaman moden kini? Dengan

pelbagai teknologi baru seperti suntikan Botox, penanaman

silikon dan pembedahan plastik, yang sudah jelas risikonya,

masih menjadi pilihan untuk kononnya kelihatan lebih cantik.

Kadang-kadang, bila kita lihat, tidaklah secantik mana.

Malah, yang “original” lebih cantik.

“Kecantikan itu terletak pada orang yang menilainya”. Sia-

pakah “orang yang menilainya”? Mereka ini biasanya dinobat-

kan sebagai pakar fesyen kontemporari, pakar kecantikan terk-

ini, dan pelbagai jenis pakar serta para artis. Apabilan pereka

fesyen terkenal, Versace berkata baju berlubang-lubang adalah

cantik, maka ramailah yang termakan dengan pendapatnya.

Apabila Dior berkata warna garang-garang itu cantik, maka ra-

mailah yang menconteng muka mereka dengan pelbagai jenis

warna. Apabila Madonna mula memperkenalkan gaya “Material

Girl”, berlumbalah anak gadis, mahupun isteri orang dan janda

berpakaian singkat, dan berwarna berkilat-kilat. Apabila teman

lelaki berkata “dressing lah begini-begini”, apabila teman

wanita berkata, “pakailah style begitu-begitu”, maka itulah

yang biasa menjadi titik penilaian seseorang terhadap erti ke-

cantikan.

Maka, dengan itu lakulah produk-produk kecantikan yang

dikatakan boleh menahan proses penuaan, boleh memutihkan

kulit yang hitam, alat-alat kosmetik yang dikatakan boleh men-

jadikan mata yang sepet kelihatan bulat, Maybelline, Loreal, ZA,

tambahan pula jenama-jenama Gucci, Channel, Guy Laroche

menjadi buruan walaupun harga produknya bersamaan dengan

sewa rumah teres dua tingkat.

Malah tidak ketinggalan juga, busana yang dikatakan

“Islamik” turut mencari mangsa di kalangan muslimah. Maka

lahirlah tudung pelbagai gaya, ada yang seperti angkasawan,

ada yang seperti “Mickey Mouse” yang menampakkan cuping

telinga bagi menunjukkan pelbagai gaya anting-anting, pakaian

yang sepatutnya “decent”, dibelah, disingkatkan, diketatkan

dan dijarangkan. Sehingga tidak ada bezanya dengan pakaian

yang tidak menepati ciri-ciri syariat.

Pelbagai ragam manusia. Sedangkan dia lupa, setiap 120

hari, sel-sel pada tubuh badan akan mati, dan akan terbentuk

sel-sel baru. Ini bermakna, “saya” yang anda lihat 120 hari yang

lalu, adalah tidak sama dengan “saya” yang anda lihat sekarang.

Bagi generasi beriman, rugilah kalau fizikal yang menjadi

penentu untuk kita menyukai dan meminati sesuatu.

Apakah Ukurannya?

Bagi mukmin sebenar, di manakah terletaknya kecantikan?

Allah s.w.t berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya

Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan

Katak vs Rama-rama Oleh: Norhidayah Ismail

“Sakit, tetapi

kerana mahu

kelihatan

cantik, sanggup

menempuh

kesakitan”.

3 pemββββina

dunia kita

K ali pertama Eropah menghina Islam akhir-akhir ini

ialah pada 30/9/2006 dengan tersiarnya 12 karikatur

pengganas “Nabi Muhammad” diakhbar perdana Demnark,

Jyllands-Posten. Perdana Menteri Denmark enggan

memohon maaf, atas alasan “kebebasan bersuara”. Umat

Islam bangkit dan memboikot produk Den-

mark. Setelah Denmark kerugian hasil

eksportnya sejuta Pound Sterling sehari se-

lama beberapa bulan, baru permohonan maaf

dibuat. Kini, tidak sampai dua tahun, Eropah

sekali lagi, menerusi Belanda cuba menguji

perasaan umat Islam dengan pembuatan

filem “Fitna”. Kali ini Islam tidak akan dipatuk

satu lubang dua kali seperti yang disabda oleh

Rasulullah saw.

Dalam isu pertama, Perdana Menteri

Denmark, Anders Fogh Rasmussen berkata

bahawa Kerajaan Denmark tidak akan

meminta maaf kerana kerajaan tidak mengawal media atau

surat khabar. Alasan beliau nanti berlaku pula sekatan

“kebebasan bersuara”. Ulamak dan umat Islam menjawab

bahawa “kebebasan bersuara” tidak sama dengan kebebasan

mengutuk atau kebebasan menghina. Jyllands-Posten

akhirnya meminta maaf kerana telah menghina Islam, namun

tetap berpendapat mereka berhak menerbitkan karikatur

tersebut dengan alasan fundamentalisme Islam tidak ada

authority terhadap sebarang penerbitan media di jajahan

Denmark. OIC dan Liga Arab menuntut sekatan terhadap

Denmark. Produk Denmark diboikot hebat di Negara-negara

Arab terutamanya, demonstrasi di banyak Negara-negara

Umat Islam, Kedutaan Denmark di Syria dan Lubnan di bakar.

Iran memutuskan hubungan dagangan dengan Denmark.

Kali ini di Belanda pula, pada 27 March 2008 lalu, ketua

parti politik PVV (People’s Party for Freedom and Democ-

racy), Geert Wilders telah mengeluarkan satu filem bertajuk

“Fitna” dengan menafsirkan 6 Surah dalam Al-Quran berkai-

tan Jihad melalui klip-klip video pengeboman WTC New York,

penyembelihan wartawan asing oleh Al-Qaeda, letupan kere-

tapi di Madrid, ucapan imam-imam masjid tentang jihad me-

lawan Kristian dan Yahudi dan sebagainya. Penafsiran terse-

but tidak diguna pada konteksnya, bahkan kejadian-kejadian

yang berlaku belum dapat disabitkan dengan Islam hingga

kehari ini melalui proses penyiasatan dan kehakiman. Filem

tersebut disudahi dengan membentangkan statistik bilangan

umat Islam di Belanda (1 juta) dan Eropah (54 juta) yang ber-

tambah mendadak dengan menyeru agar suasana Islamisasi

Eropah ini mesti dihalang dengan segera demi Kebebasan dan

Demokrasi masadepan.

Filem ini akan memberikan gambaran buruk kepada

masyarakat Barat dan dunia terhadap Islam dan penganutnya

melalui penyelewengan hakikat dan fakta sejarah. Islam di-

gambarkan ganas dan menyekat kebebasan. Kita percaya isu

ini didalangi oleh musuh-musuh Islam terutamanya golongan

Yahudi yang menguasai media dan mempunyai kekuatan

ekonomi yang boleh menentukan halatuju sesebuah negara

dan umat.

Pernah di zaman Nabi saw, seorang Quraisy yang ber-

pengaruh kerana berkebolehan bersyair ditangkap dalam

Orang Islam Tidak Dipatuk Satu Lubang Dua Kali

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah satu peperangan lalu dia meminta belas kasihan Nabi saw

untuk membebaskannya dengan berjanji tidak akan cuba

mempengaruhi masyarakat kearah memusuhi Islam. Nabi

s.a.w membebaskannya dengan syarat dia berhenti dari

mempengaruhi masyarakat kearah menentang Islam.

Namun, setelah dibebaskan, dia kembali

menghasut orang ramai memusuhi Islam.

Selepas itu, dalam satu peperangan lain dia

ditangkap dan sekali lagi dia meminta belas

kasihan Nabi saw agar dibebaskan sepertimana

dulu. Nabi saw bersabda bermaksud, “Aku

tidak akan membiar engkau kembali kepada

kaummu dan berkata , ‘Aku telah berjaya

menipu Muhammad dua kali”. Orang mukmin

tidak dipatuk dua kali dalam satu lubang”, lalu

Nabi saw mengarahkan supaya dia dibunuh.

Dalam isu memfitnah Islam yang terbaru ini,

Dr. Yusof Al-Qardhawy, Pengerusi Dewan

Ulamak Islam Sedunia mengajak umat Islam kepada 5

perkara :

• Menyangkal tuduhan Denmark bahawa Nabi Mu-

hammad s.a.w adalah seorang yang gila seks dan

darah dengan cara ilmiah

• Negara-negara Islam mesti tampil di hadapan sekali

dengan berani menyatakan pendirian masing-

masing dalam membela Rasullah s.a.w.

• Pemimpin umat Islam mesti menunjukkan kepada

dunia bahawa umat Islam masih hidup dan mencin-

tai Aqidah mereka yang suci dan sahih.

• Mengajak umat Islam memperbanyakkan karya seni

seperti penghasilan drama dan filem untuk mem-

perkenalkan Islam kepada masyarakat dunia.

• Melakukan boikot ekonomi terhadap negara yang

cuba menyakiti pegangan umat Islam kerana sudah

terbukti Boikot Ekonomi mampu memberi kesan

dan pengaruh terhadap sesebuah negara.

Difahamkan, selepas filem ‘Fitna’ ini akan menyusul pula

filem kartun “The Life of Muhammad” yang dibuat oleh tokoh

Parti Buruh Belanda kelahiran Iran bernama Ehsan Jami.

Kita percaya kebanyakan masyarakat Denmark,

Belanda dan Barat tidak memusuhi Islam, tetapi ramai ahli-

ahli politik mereka khususnya dari kalangan Yahudi atau

dalam gerakan Zionis Yahudi, adalah mereka yang menjadi

perancang, pembiaya dan pengedar filem-filem fitnah seperti

“Fitna” ini. Pemerintah umat Islam harus menyatakan bang-

kangan mereka terhadap Belanda di kedutaannya, menggan-

tung hubungan diplomatik atau sekurang-kurangnya perda-

gangan sehingga Kerajaan Belanda memohon maaf dan men-

gambil langkah membendung aktiviti mempersendakan Is-

lam. Umat Islam seharusnya terus memboikot baran-

gan Belanda, Denmark dan beralih kepada produk umat Islam

tempatan atau dari negara-negara umat Islam yang lain. Se-

sungguhnya telah terbukti senjata ekonomi yang telah

digunakan oleh umat Islam dalam menangani banyak isu

global yang telah sudah.

Page 4: Buletin PEMBINA  Jamadil Awal 1429

pemββββina 4

urus wang anda

Beberapa tips ringkas pengurusan kewangan peribadi (bahagian 1)

1. Cari pekerjaan yang memberi pendapatan yang perpatutan dan berbelanja kurang daripada pendapatan anda.

Bunyinya mudah, tetapi sebenarnya ia adalah sesuatu yang susah untuk dilaksanakan. Pastikan pendapatan anda dibayar

mengikut harga pasaran dan perpatutan dengan kelulusan, pengalaman dan kemahiran anda. Perbelanjaan bulanan anda

sepatutnya lebih rendah daripada pendapatan anda.

2. Berbelanja mengikut bajet

Anda memerlukan bajet peribadi walaupun pendapatan anda beratus–ratus ribu sebulan.

Bagaimana boleh anda tahu untuk apa wang anda akan dibelanjakan sekiranya ianya tidak

ditentukan daripada awal? Bagaimana anda boleh pastikan setiap perbelanjaan itu

mengikut apa yang dirancangkan dan mempunyai lebihan untuk simpanan.

3. Membayar Hutang Kad Kredit

Hutang kad kredit adalah halangan nombor satu untuk membebaskan diri dari beban

kewangan. Kepingan kecil plastik ini adalah begitu mudah untuk digunakan, dan ia juga

begitu mudah untuk dilupakan. Walau pun ada diantara kita berjaya menyelesaikan

bayaran pada waktu yang ditetapkan, tetapi hakikatnya ramai yang menangguhkan atau

membayar jumlah minimum sahaja dan akhirnya jumlah yang dibayar jauh lebih banyak

daripada jumlah yang sepatutnya.

4. Mempunyai pelan simpanan

Anda pernah mendengar: Bayar dahulu untuk diri sendiri! Jika anda menunggu sehingga anda telah menyelesaikan semua

tanggungan kewangan anda, dan berharap ada baki untuk disimpan, maka agak sukar untuk anda melaksanakan satu pelan

simpanan yang stabil. Sebaiknya berusaha untuk mengenepikan sekurang – kurangnya 5% atau 10% daripada gaji anda untuk

tabungan sebelum membuat apa – apa perbelanjaan. Lagi baik, membuat potongan terus dari akaun gaji anda kedalam akaun

simpanan atau pelaburan yang berasingan.

5. Melabur!

Jika anda telah menyumbang untuk satu pelan persaraan dan satu akaun simpanan dan masih boleh mengenepikan sedikit

wang ke dalam akaun pelaburan lain, itu adalah lebih baik.

Olahan semula: Mohd Zuraidi Zakaria

tazkirah

juga mesti dilaksanakan dengan mengi-

kuti ajaran-ajaran yang ditetapkan oleh

agama Islam, sehingga tidak melampaui

batas, akhirnya terperosok dalam hal-hal

yang diharamkan oleh Allah Ta'ala. Jadi

di bawah ini akan diuraikan perihal yang

dua buah unsur saja, yaitu:

(a) Takut pada Allah atau Taqwallah

adalah satu kata yang menghimpun arti

yang sangat dalam sekali, pokoknya

ialah mengikuti dan mengamalkan se-

mua perintah Allah dan menjauhi serta

menahan diri dari melakukan larangan-

laranganNya. Dengan demikian terja-

galah jiwa dan terpeliharalah hati manu-

sia dari kemungkaran, kemaksiatan,

kemusyrikan yang terang (jali) atau yang

tidak terang (khafi), juga terhindar dari

kekufuran dan kemurtadan. Tuhan tentu

akan melindungi orang yang taqwa itu

dari semuanya tadi. Tentang ini Allah

telah berfirman:

Dari Abu Zar, yaitu Jundub bin Jun-

adah dan Abu Abdur Rahman yaitu

Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhuma

dari Rasulullah s.a.w. sabdanya:

"Bertaqwalah kepada Allah di mana

saja engkau berada dan ikutilah perbua-

tan jelek itu dengan perbuatan baik,

m a k a k e b a i k a n i t u d a p a t

menghapuskan kejelekan tadi dan per-

gaulilah para manusia dengan budi

pekerti yang bagus."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi

dan ia mengatakan bahwa ini adalah

Hadis hasan.

Hadis ini mengandung tiga macam

unsur, yakni bertaqwa kepada Allah,

kebaikan diikutkan sesudah mengerja-

kan kejelekan dan perintah bergaul den-

gan baik antara seluruh ummat manusia.

Mengenai yang ketiga tidak kami jelas-

kan lebih panjang, sebab masing-masing

bangsa tentu memiliki cara-cara atau

adat-istiadat sendiri. Namun demikian

"Sesungguhnya Allah adalah be-

serta orang-orang yang bertaqwa dan

orang-orang yang berbuat kebaikan."

-(An Nahl,16: 128)

(b) Mengikutkan kebaikan sesudah

melakukan kejahatan itu misalnya ialah

bertaubat, karena dengan demikian

lenyaplah segenap kesalahan yang kita

lakukan, asalkan kita bertaubat itu den-

gan sebenar-benarnya, sebagaimana

firman Allah:

Ertinya:

"..kecuali orang-orang yang ber-

taubat, beriman dan mengerjakan amal

saleh; maka itu kejahatan mereka di-

ganti Allah dengan kebajikan. Dan

adalah Allah maha Pengampun lagi

Maha Penyayang”

-Al Furqaan,25:70

Petikan: Riyadhus Salihin karangan Imam An-Nawawi

Taqwa

9 pemββββina

belia cergas

belia cerdas

Kunyah Perlahan-lahan Proses penghadaman bermula sedari dari mulut lagi. Pengunyahan mencernakan makanan dan

mencampurkan dengan air liur yang mengandungi enzim-enzim penghadaman. Penyerapan zat-zat yang baik untuk kesihatan anda berlaku apabila makanan anda dicerna dengan sempurna.

Jadi, kunyahlah perlahan-lahan dan nikmatilah hi-dangan anda sebaiknya supaya nutrisi di dalamnya

dapat diserap dengan optimum.

Elakkan Tekanan Ketika Makan Sistem penghadaman akan terjejas apabila anda berada dalam tekanan. Elakkan makan ketika

bekerja dan memandu. Elakkan juga perbincangan hangat, atau perbualan mengenai isu-isu serius ketika makan. Jika anda berasa tertekan atau

terganggu emosi, berhenti makan dan ambil masa untuk tenangkan diri dahulu. Makanlah dalam keadaan anda sedang tenang dan persekitaran

yang menenangkan.

Fahami Sistem Anda Berhenti makan sebelum kenyang. Otak anda men-gambil masa beberapa minit untuk menghantar isyarat kepada badan memberitahu anda telah makan secukupnya. Makanlah perlahan-lahan

supaya anda dapat berhenti pada waktu yang tepat. Anda juga tidak membebankan sistem

penghadaman selain mengelakkan kelesuan jika terlalu kenyang

Jangan Lupa Sarapan! Mulakan hari anda dengan sarapan yang sihat dan lengkap. Ini membantu sistem badan mengaktifkan metabolisme lebih awal dan memberi lebih masa kepada badan anda untuk membakar kalori yang

diambil untuk ketikaitu.

S eharian di kolej ataupun universiti menghadiri kelas demi kelas, anda tentu tidak terlepas daripada mengambil nota. Bahkan mengambil nota amat sinonim dengan kehidupan para siswa-siswi. Di sini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk mempertingkatkan keberkesanan anda mengambil nota. Semoga bermanfaat!

• Pastikan anda hadiri semua kelas anda.

• Jangan cuba menyalin semua yang dikatakan pensyarah anda, sebaliknya ambillah secara selektif.

• Bertanya terus kepada pensyarah jika tidak pasti atau terkeliru, anda pasti tidak keseorangan.

• Cuba untuk bezakan dan tanda isi yang penting dan kurang penting.

• Sentiasa tajamkan tumpuan di dalam kelas.

• Elakkan menconteng atau melakar tanpa tujuan ketika mendengar.

• Bawa bersama bahan rujukan yang disenaraikan supaya dapat menanda bahagian penting dan

menambah nota ringkas.

• Cuba dengan gigih untuk kekalkan tumpuan pada pertengahan 15-20 minit, anda sering

terleka pada masa ini.

• Membaca dahulu sebelum menghadiri kelas membantu anda faham dengan lebih baik.

• Hadiri kelas anda dengan niat untuk belajar, dan sentiasa sedar tujuan anda belajar.

• Kenalpasti gangguan persekitaran dan elakkan duduk berhampirannya.

• Elakkan pendapat peribadi anda mengganggu tumpuan mendengar. Kritik bahan itu

selepas kelas.

• Gunakan simbol, singkatan perkataan dan sistem nota anda sendiri. Ini sangat menjimatkan masa

ketika mengambil nota.

P emakanan sihat bukan hanya bergantung kepada apa yang dimakan, ia juga terletak kepada bagaimana kita mengambil makanan. Kita makan untuk kesihatan dan mendapatkan tenaga untuk pelbagai aktiviti seharian. Oleh itu penting untuk kita lakukannya dengan betul. Ikuti beberapa saranan di bawah berkenaan makan yang betul.

...lagi satu, jangan lupa berdoa sebelum makan!

Page 5: Buletin PEMBINA  Jamadil Awal 1429

pemββββina 8

hati ke hati

E ntah kenapa....petang ini, hatiku terimbau nostal-

gia lama saat menjejakkan kaki di bumi Australia

dahulu...buat mencari segulung ijazah & risalah...masih

terbayang juntaian reranting epal blossom yang putih den-

gan gurat gurat merah, lembut dengan benang sari di

antara lembar dan helai

kelopaknya, serta gum-

palan blossomnya buah

cherry, putih pink, terayun

keberatan...ketika musim

panas hampir berakhir

sekitar Februari...namun

b a h a n g n y a m a s i h

terasa..sejak awal musim

lagi..rata-rata pelajar sibuk

mencari sun-block utk

melindungi diri dari sinaran X sang matahari ciptaan illahi…

dengan suhu sekitar 45 darjah celcius membuahkan fata-

morgana di tengah bandar Melbourne…

Oh, kesiangan yang panjang... akhirnya sedikit demi

sedikit..beransur reda… tumbuhan yang hijau merimbun

bertukar menjadi kekuningan dan akhirnya gugur satu per-

satu-satu di celahan bumi...ahlan wasahlan musim lu-

ruh..Allah befirman : “…. tiada sehelai daun pun yang

gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula),…” [al-

An’aam: 59]. Indahnya suasana alam tika itu..daun mapel

yang berbilang warna..ada kuning, oren dan merah…satu

persatu menyembah bumi……terpesona keajaiban alam

sebelum sempat semuanya luruh..Mac, April dan Mei ber-

lalu…

Semilir angin pagi yang sangat dingin menyapa lembut

menusuk tulang hingga ke sum-sum, membawa beribu ber-

kah dari yang kuasa…dan subuh itu..rupanya musim dingin

menjelma. . namun, keimanan untuk bertemu yg Esa dapat

memanaskan jiwa dan tubuh ..siangnya sungguh cepat

waktu berlalu….setelah selesai rutin seharian, awan gelap

cepat menyelebungi seisi malam..apabila salji mula

menutupi putih gunung Baw-Baw, ia menjadi panggilan

hamba-hamba Allah di luar sana utk menikmati butiran-

butiran putih sejuk yang dihidangkan Illahi…syahdunya…

Jun, Julai dan Ogos pula berlalu…

Akhirnya tibalah September dan percik embun yang

berlabuh. Angin musim bunga ini yang menghantar kedingi-

nan ke hujung kaki… ada burung-burung riang.. rumput

Musim Percintaan Oleh: M Khoushaini M Naim muda yang menyorok belalang.. juga sepohon rindu yang

rendang…di Pergunungan Grampian kami pernah bercamp-

ing bersama mendaki pasakan bumi ciptaanNya mengingat-

kanku Firman Allah yang menarik : “ Dan Kamu lihat

gunung-gunung itu, kamu sangka ia tetap di tempatnya,

padahal ia berjalan seperti jalannya awan....” [an-Naml:

88]. Di Fitzroy Garden pula.. kami pernah duduk bersama

teman, sambil dititip pesanan buat bekalan pulang..seketika

musafir ke The Tesselaar Garden, Silvan melihat tu-

lip..menikmati ciptaan Allah ..saujana mata memandang

melihat kuntuman-kuntuman mekar kembang..tulip ungu,

merah, biru, putih tetap megah terus mekar bertasbih pada

Illahi…. Berlalunya musim bunga apabila kuntum daffodil

menjadi semakin perang..dan musim panas menjelma

lagi..begitulah kitaran alam…

Tersentak lamunanku pabila seorang teman menya-

paku..termenung panjang rupanya aku...semoga segala

kenangan dan keajaiban ciptaanNya menginsafkan kita se-

mua.. Jangan sesekali sirna memuja dan memuji pada sang

Raja Alam. menakjubi akan kepatuhan flora dan fauna yang

taqwa dan patuh akan ketepatan waktu, tanpa membantah

dan mengelak kepada perintahNya…semoga dengan kita di

perantauan akan lebih mendekatkan kita pada Pencipta

lantas semakin taqarrub dan rasa kehambaanNya…Aku ber-

syukur kerana dikurniakan cinta ini dan kini terus hidup

dengan HidayahNya....

5 pemββββina

statistik

Lonjakan harga makanan dunia.

• Sejak setahun lalu—harga gandum melonjak 130 peratus.

• Harga kacang soya naik 87 peratus. • Sejak 5 tahun lalu—Harga beras naik 3

kali ganda. Harga pasaran global kini AS$700 (RM2,240) satu tan.

• Pengeluaran beras dunia tahun lalu adalah yang

• paling rendah dalam tempoh 25 tahun.

• Pengeluaran gandum dunia tahun lalu adalah yang paling rendah dalam

tempoh 50 tahun -Sumber: UNESCO

karya kreatif

Oleh: Ibrahim Hassan

Page 6: Buletin PEMBINA  Jamadil Awal 1429

pemββββina 6

sana-sini

Kursus Kepimpinan & Komunikasi PEMBINA

Seminar Lambaian Menara Gading 2008 KUANTAN 9 Mac 2008— Satu seminar anjuran Persatuan Belia

Islam Nasional (PEMBINA) Kuantan telah diadakan di Dewan Masjid

Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Kuantan, Pahang. Pro-

gram yang dikenali sebagai Seminar Lambaian Menara Gading

2008 telah disertai seramai 26 orang pelajar lepasan SPM yang

menetap di sekitar Kuantan.

Antara objektif program tersebut ialah memberi pendedahan awal

kepada para pelajar tentang suasana kehidupan di kampus. Di

samping itu juga fasilitator yang dijemput khas dari UIAM telah

berkongsi pengalaman mereka dengan peserta tentang kursus-

kursus yang ditawarkan di peringkat universiti.

Peserta juga didedahkan tentang pelbagai cabaran yang melanda

belia di negara kita ini dan seterusnya menanamkan betapa per-

lunya rasa cinta dan mengamal serta menghayati ajaran Islam yang

syumul dan juga memahami Islam adalah cara hidup.

Perkhemahan PEMBINA Melaka 2008 REMBAU 4 Apr 2008— Persatuan Belia Islam Nasional

(PEMBINA) negeri Melaka telah menganjurkan satu perkhemahan

bertempat di Gunung Dato’, Rembau, Negeri Sembilan. Ianya ber-

mula pada 4 April sehingga 6 April. Seramai 33 orang peserta telah

mengikuti perkhemahan tersebut. Dengan tema “Singa di siang hari,

Rahib di malam hari”, perkhemahan ini bertujuan untuk mengeratkan

lagi ukhuwwah di kalangan peserta di samping menguji ketahanan

stamina dan mempraktikkan 10 sifat-sifat Individu Muslim yang telah

digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna.

Pelbagai aktiviti fizikal yang bersifat menguji ketahanan fizikal

dan gerak kerja berkumpulan diketangahkan sepanjang program 3

hari ini. Natijahnya, para peserta dihidangkan bukan sahaja aspek

teoritikal tentang sifat-sifat yang perlu ada dalam diri mereka, malah

mereka turut diuji di medan sebenar untuk melihat sejauh mana

kefahaman mereka tentang 10 ciri-ciri itu. Pada malam harinya, para

peserta disajikan dengan keletah rakan-rakan mereka yang cuba

mengadun 10 ciri-ciri Individu Muslim yang mereka pelajari dalam

pelbagai genre drama dan melodi nasyid yang menghiburkan.

HULU LANGAT 27 Jan 2008—Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah men-

ganjurkan “Kursus Kepimpinan & Komunikasi” untuk para pelajar dari kolej-kolej and

institusi pengajian tinggi (IPT) sekitar daerah Hulu Langat. Kursus ini telah diadakan di

Institut Latihan Islam Malaysia, ILIM, Bandar Baru Bangi dan berlangsung dari pukul

8.00 pagi sehingga 6.45 petang. Lebih kurang 50 orang peserta lelaki dan perempuan,

yang mewakili 11 IPT dari sekitar Hulu Langat, telah menyertai kursus ini.

Kursus telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengarah program, saudara

Aizuddin Khalid yang menimbulkan kesedaran tentang betapa orang ramai tidak

lagi mementingkan kesejahteraan masyarakat melainkan sekadar memikirkan diri

sendiri. Ini terbukti dengan melihat survey bahawa cita-cita masyarakat tidak lagi berk-

isar tentang pencapaian kemajuan umat tetapi hanya tertumpu kepada kesenangan

hidup individu semata-mata. Sedangkan umat Islam hari ini berada dalam kepincangan

iman dan aqidah serta memanggil-manggil untuk dipimpin dan diselamatkan.

“Kursus Kepimpinan & Komunikasi” PEMBINA ditutup dengan sedikit pengenalan

ringkas mengenai PEMBINA oleh Dr. Ahmad Kamsani Samingan yang merupakan Naib

Presiden PEMBINA.

Di harapkan kursus ini telah berjaya mencapai matlamatnya bagi melahirkan insan-

insan yang celik mengenai kewajipannya memimpin dan menyeru ummat kepada Islam

serta mampu mengaplikasikan konsep-konsep dakwah di medan IPT masing-masing.

7 pemββββina

sana-sini

diari kita

Riadah Futsal PEMBINA DHL HULU LANGAT 19 April 2008—Pada 19 April lalu, PEMBINA Daerah Hulu Langat memilih untuk bermain futsal. Permainan

bukanlah dalam bentuk pertandingan merebut sebarang piala, tetapi riadah santai untuk menguji dan meningkatkan kesi-

hatan tubuh badan. Kepentingan aktiviti riadah dalam pembinaan ketahanan fizikal individu Muslim tidak dapat dinafikan.

Aktiviti riadah boleh jadi dilakukan dalam pelbagai bentuk. Kehadiran peserta cukup untuk membina 2 pasukan yang akan

berentap selama sejam.

Pace permainan futsal yang laju sudah tentu memerlukan stamina yang kuat, skill yang tepat, dan koordinasi pasukan yang

mantap. Secara tidak langsung, aktiviti riadah futsal ini telah menjadi latihan ketahanan, strategi dan teamwork bagi ahli-ahli

PEMBINA yang hadir. Program diakhiri dengan ucapan alu-aluan dari Nazif dan tazkirah ringkas dari Saudara Mohd Noor Azib

Asmangi mengenai isu-isu ummat dan relevannya penubuhan PEMBINA.

Seminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih Sayang

Durian Tunggal, Melaka

14 Jun 2008

Sidang Redaksi Buletin Pembina 2008 Penaung: Dr Kamil Azmi Tohiran Ketua Penyunting: Zainuddin Ghafar Penyelaras Bahan: M Hafez M Yusuf

Rekaletak & Grafik: Umar Hakim M Tajuddin Pemasaran: Kamarul Azizan A Raman Wartawan Kawasan- Melaka: Khair Razlan Othmah Selangor: Aizuddin Khalid Pahang: Mikhail Nur

Anda ada sebarang cadangan

untuk meningkatkan mutu

Buletin?

Ingin berhubung sesama ahli Pem-

bina di seluruh Negara?

Hantarkan sebarang cadangan dan

pandangan anda mengenai

Buletin Pembina atau apa-apa isu

di sekeliling kita dan ucapan

kepada ahli Pembina seluruh

negara ke alamat email di bawah:

[email protected]

BANGI 7 Jun 2008