7
PEMBINA persatuan belia islam nasional | edisi muharam 1432h | isu 5/2010 buletin 39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor. www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja 1 Muharam 1432 Hijrah. Sudah 1432 tahun berlalu peristiwa besar dalam sejarah agung umat Islam, hijrah Rasulullah SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Hijrah umat Islam demi menjaga akidah dan syariat telah menjadi titik tolak kepada perkembangan dan penyebaran Islam secara meluas keserata dunia. Pengorbanan dan keikhlasan mereka ini telah membuktikan lafaz syahadah mereka, Allah adalah Ilah (Tuhan) dan Rasulullah adalah pesuruh Allah. Tanpa iman yang kuat bertapak di hati, sudah tentu mereka tidak mampu menjalankan perintah Allah dan Rasulullah. Hasil didikan dan ajaran Nabi Muhammad SAW ini telah melahirkan satuumatmanusia yang berpegang teguh kepada Islam dan akhirnya menguasai hampir dua pertiga dunia. “Hampir-hampir seluruh umat mengelilingi kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.” Lantas sahabat bertanya, “Apakah ia disebabkan bilangan kita yang sedikit?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan bilangan kamu pada ketika itu ramai, tetapi umpama buih-buih di lautan. Allah telah mencabut dalam hati musuh-musuh kamu perasaan gerun terhadap kamudian meletakkan perasaan al-wahn ke dalam hati kamu” Sahabat bertanya lagi, “Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?” Jawab Baginda, “Cintakan dunia dan bencikan mati.” (Hadith Riwayat Abu Daud) Realiti umat Islam zaman sekarang adalah yang digambarkan Nabi Muhammad sebagaimana dalam hadis di atas. Populasi umat Islam di seluruh dunia adalah hampir 1.7 bilion orang mengikut statistik pada tahun 2009. Apa yang menyedihkan adalah bilangan umat Islam yang sebesar ini tidak mampu memberi impak yang positif kepada dunia, apatah lagi mahu menjadikan Islam sebagai peneraju dunia. Perkara yang sama juga berlaku jika kita melihat dalam konteks belia Islam di negara Malaysia yang kita cintai ini. Rata-rata belia beragama Islam yang majoritinya berbangsa Melayu, bersikap seperti hadis di atas. Belia Melayu kita larut dalam dunia mereka yang tersendiri. Mereka sudah tidak ada jati diri dan halatuju kehidupan yang lurus dan murni. Budaya gila hiburan yang melampau menjadi fokus utama belia kita buat masa ini termasuklah aktiviti-aktiviti maksiat yang tidak perlu kita bicarakan di sini. Buktinya adalah berita penangkapan pasangan- pasangan belia Melayu Islam kita yang berkhalwat di hotel-hotel murah pada hari cuti sempena Maal Hijrah ini. Hari yang sepatutnya digunakan untuk menghayati peristiwa besar dalam kalendar umat Islam telah dicemari dengan maksiat yang sedemikian rupa. Oleh yang demikian, saya menyeru diri saya dan para belia sekalian untuk menghayati sepenuhnya erti disebalik peristiwa Maal Hijrah ini. Hijrah yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada hijrah dari perkara buruk kepada perkara yang baik sahaja tetapi lebih daripada itu lagi. Hijrah Rasulullah dan umat Islam dari Mekah ke Madinah tidak akan berjaya tanpa ada pendidikan Islam yang fokus dan tersusun sebelum itu. Bagi saya, tarbiah dan didikan seperti inilah yang menjadi intipati utama dalam kita menghayati Maal Hijrah ini. Tanpanya, sudah tentu umat Islam tidak mampu berhijrah, mengembang dan menyebarkan Islam keseluruh pelosok dunia sehingga mampu mentadbir dunia dengan keadilan dan keagungan Islam. Akhir kata, marilah sama-sama kita mengikut sunnah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dalam mencapai kejayaan di dunia di akhirat iaitu melalui proses tarbiah dan pendidikan Islam yang sebenar!Hijrah yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada hijrah dari perkara buruk kepada perkara yang baik sahaja tetapi lebih daripada itu lagi " Hijrah bukan hanya merujuk kepada hijrah dari perkara buruk kepada perkara yang baik sahaja tetapi lebih daripada itu lagi Salam Maal Hijrah 1432H Visi Menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam Misi 1. Membangunkan jatidiri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul. 2. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara. 3. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri. 4. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri. 5. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan. "

Buletin PEMBINA Muharram 1432H

  • Upload
    pembina

  • View
    278

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buletin PEMBINA Muharram 1432H

Citation preview

Page 1: Buletin PEMBINA Muharram 1432H

PEMBINApersatuan belia islam nasional | edisi muharam 1432h | isu 5/2010

buletin

39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor.www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja

1 Muharam 1432 Hijrah. Sudah 1432 tahun berlalu

peristiwa besar dalam sejarah agung umat Islam,

hijrah Rasulullah SAW dan umat Islam dari Mekah

ke Madinah. Hijrah umat Islam demi menjaga

akidah dan syariat telah menjadi titik tolak kepada

perkembangan dan penyebaran Islam secara meluas

keserata dunia. Pengorbanan dan keikhlasan mereka ini telah

membuktikan lafaz syahadah mereka, Allah adalah Ilah (Tuhan)

dan Rasulullah adalah

pesuruh Allah. Tanpa

iman yang kuat bertapak

di hati, sudah tentu

mereka tidak mampu

menjalankan perintah

Allah dan Rasulullah. Hasil didikan dan ajaran Nabi Muhammad

SAW ini telah melahirkan satuumatmanusia yang berpegang

teguh kepada Islam dan akhirnya menguasai hampir dua

pertiga dunia.

“Hampir-hampir seluruh umat mengelilingi kamu sepertimana

orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.”

Lantas sahabat bertanya, “Apakah ia disebabkan bilangan kita

yang sedikit?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan bilangan kamu

pada ketika itu ramai, tetapi umpama buih-buih di lautan. Allah

telah mencabut dalam hati musuh-musuh kamu perasaan

gerun terhadap kamudian meletakkan perasaan al-wahn

ke dalam hati kamu” Sahabat bertanya lagi, “Apa al-wahn

itu wahai Rasulullah?” Jawab Baginda, “Cintakan dunia dan

bencikan mati.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

Realiti umat Islam zaman sekarang adalah yang digambarkan

Nabi Muhammad sebagaimana dalam hadis di atas. Populasi

umat Islam di seluruh dunia adalah hampir 1.7 bilion orang

mengikut statistik pada tahun 2009. Apa yang menyedihkan

adalah bilangan umat Islam yang sebesar ini tidak mampu

memberi impak yang positif kepada dunia, apatah lagi mahu

menjadikan Islam sebagai peneraju dunia.

Perkara yang sama juga berlaku jika kita melihat dalam konteks

belia Islam di negara Malaysia yang kita cintai ini. Rata-rata

belia beragama Islam yang majoritinya berbangsa Melayu,

bersikap seperti hadis di atas. Belia Melayu kita larut dalam

dunia mereka yang tersendiri. Mereka sudah tidak ada jati

diri dan halatuju kehidupan yang lurus dan murni. Budaya

gila hiburan yang melampau menjadi fokus utama belia kita

buat masa ini termasuklah aktiviti-aktiviti maksiat yang tidak

perlu kita bicarakan di sini. Buktinya

adalah berita penangkapan pasangan-

pasangan belia Melayu Islam kita yang

berkhalwat di hotel-hotel murah pada

hari cuti sempena Maal Hijrah ini. Hari

yang sepatutnya digunakan untuk

menghayati peristiwa besar dalam kalendar umat Islam telah

dicemari dengan maksiat yang sedemikian rupa.

Oleh yang demikian, saya menyeru diri saya dan para belia

sekalian untuk menghayati sepenuhnya erti disebalik peristiwa

Maal Hijrah ini. Hijrah yang dimaksudkan bukan hanya merujuk

kepada hijrah dari perkara buruk kepada perkara yang baik

sahaja tetapi lebih daripada itu lagi. Hijrah Rasulullah dan umat

Islam dari Mekah ke Madinah tidak akan berjaya tanpa ada

pendidikan Islam yang fokus dan tersusun sebelum itu. Bagi

saya, tarbiah dan didikan seperti inilah yang menjadi intipati

utama dalam kita menghayati Maal Hijrah ini. Tanpanya, sudah

tentu umat Islam tidak mampu berhijrah, mengembang dan

menyebarkan Islam keseluruh pelosok dunia sehingga mampu

mentadbir dunia dengan keadilan dan keagungan Islam.

Akhir kata, marilah sama-sama kita mengikut sunnah yang

telah ditunjukkan oleh Rasulullah dalam mencapai kejayaan

di dunia di akhirat iaitu melalui proses tarbiah dan pendidikan

Islam yang sebenar!Hijrah yang dimaksudkan bukan hanya

merujuk kepada hijrah dari perkara buruk kepada perkara yang

baik sahaja tetapi lebih daripada itu lagi

"Hijrah bukan hanya merujuk kepada hijrah dari perkara buruk kepada perkara yang baik sahaja tetapi lebih daripada itu lagi

Salam Maal Hijrah 1432H

VisiMenjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam

Misi1. Membangunkan jatidiri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul.2. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara.3. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri.4. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri.5. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.

"

Page 2: Buletin PEMBINA Muharram 1432H

Hari Asyura (10 Muharam)

Dalam bulan Muharam terdapat satu fadhilat yang masyhur dengan nama hari‘Asyura. ‘Asyura bererti

hari kesepuluh daripada bulan Muharram, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a.

Barangsiapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah

SWT di akhirat kelak. Umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun atau membanyakkan bacaan

ayat Kursi dan doa-doa lain kepada Allah SWT terutamanya agar diampunkan dosa-dosa yang lalu, serta kejayaan

cita-cita dan azamnya yang akan datang.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, “Puasa yang paling

utama selepas puasa Ramadhan adalah puasa di bulan Allah Muharram (merujuk kepadahari ‘Asyura).” [Hadith

Riwayat Muslim]

Ulama-ulama salafus soleh mengatakan bahawa Rasulullah SAW mengulang-ulang kalimah istighfar sehingga

tujuh puluh kali padahari ‘Asyura. Dan diriwayatkan oleh hadis yang lain mengatakan bahawa barangsiapa

membanyakkan bacaan ayat Kursi hingga akhir ayat, orang itu tidak akan mati melainkan dalam iman.

Ibnu Abbas menceritakan, ketikaNabi SAW mula-mula tiba ke Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi

berpuasa pada hari ‘Asyura, lantas baginda bertanya tentang amalan mereka itu. Mereka menjelaskan bahawa hari

tersebut merupakan hari yang mulia di mana Allah SWT telah menyelamatkan Musa dan Bani Israel dari Fir’aun.

LantasNabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran. Baginda menjawab, “Kami lebih berhak

untuk mengikuti Musa.” Baginda berpuasa dan memerintahkan umat Islam juga berpuasa.

Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura,

Allah akan memberi pahala — 10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid. Sunat pula bagi orang yang berpuasa

membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah

mengangkat darjatnya ke syurga kelak.

Hari ‘Asyura juga merupakan hari Allah menciptakan tujuh petala langit dan bumi, bukit-bukau, bintang-bintang

di langit, Luh dan Qalam, bapa manusia Adam AS dan isterinya Hawa serta memasukkan keduanya di syurga. Nabi

Ibrahim AS juga diputerakan dan diselamatkan dari dibakar api kekejaman Raja Namrud pada hari itu. TaubatNabi

Adam AS diterima dan dibukakan bala bagi Nabi Ayub serta diampun dosa Nabi Daud AS, kerajaan Nabi Sulaiman

dikembalikan, tenggelamnya Firaun serta peristiwa bahtera Nabi Noh AS didaratkan di atas Bukit Judiy.

Page 3: Buletin PEMBINA Muharram 1432H

Kembali kepada fitrah

“Awak, temankan saya ke tandas boleh?”

“Emak, adik takut tidur dalam gelap!”

“Rumah besar di atas bukit itu berhantu, jangan pergi ke

sana.”

Begitulah antara bait-bait yang mungkin saja kita atau sesiapa

sahaja pernah menyebutnya. Pemikiran dan ideologi masyarakat

kini yang telah diacu oleh acuan-acuan caca-marbakhususnya

melalui media massa yang ghairah mengaut keuntungan dengan

menayangkan kisah-kisahhantu tahyul berunsur khurafat. Judul-

judul siri rancangan atau filem seperti Mayangsari, Jangan Pandang

Belakang Congkak, Momok, Mantera dan pelbagai lagi rancak

menjadi hiburan santapan masyarakat Islam terutamanya yang

berbangsa Melayu kini. Unsur-unsur Islam hanya diguna pakai

dalam beberapa babak sahaja seperti hadirnya seorang alim

yang cuba menyelamatkan keadaan dengan membaca ayat-ayat

Al-Quran yang mana babak tersebut hanya mengambil masa

beberapa minit sahaja berbanding berpuluh-puluh minit tayangan

unsur-unsur khurafat.

Allah di dalam jiwa masyarakat

Kecintaan, ketakutan dan pergantungan kepada Allah yang

sebenar sepatutnya diletakkan di tempat tertinggi dalam sudut

hati tetapi telah digantikan dengan kepada hantu dan jembalang.

Masyarakat semakin takut kepada hantu tetapi hilang rasa malu

bahkan tidak takut untuk melakukan maksiat dan dosa dengan

sesuka hati.

Seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia kini semakin lama semakin

parah diasak dan diancam oleh semua jenis krisis sosial yang kronik.

Tidak keterlaluan andai saya simpulkan bahawa di antara faktor

yang mempengaruhi adalah apabilajauhnya hubungan manusia

dengan Tuhannya dan doa-doa yang merupakan benteng diri

seharusnya senantiasa membasahi lidah dan memenuhi jiwa telah

bergantikan hiburan-hiburan hangat, sensasi dan terkini sentiasa

mengisi ruang minda masyarakat tetapi telah mengosongkan jiwa

mereka.

Seawal sebelum manusia dilahirkan ke dunia, ketika di alam roh

kesemuanya telah mengaku mempersaksikan keesaan Allah

sebagai Tuhan, tunduk, patuh dan takutkanNya,tetapi cinta yang

telahlama wujud jauh di lubuk hakiki itu telah kering dari perasaan

mengeesakan

Allah kerana tidak

disuburkan. Ibarat

seperti benih yang baik, jika tidak dibaja dan disirami air pasti layu,

kurus dan kering. Lebih teruk lagi, tunas dari benih tadi kita sirami

dengan racun yang disediakan syaitan. Lantas bagaimana lagi

mampu benih itu tumbuh melainkan mati dengan sia-sia sahaja.

Begitu juga dengan jiwa manusia, jika kecintaan di dalam diri itu

tidak disemai dan dibaja kearah yang betul maka cinta itu akan

terarah kepada cinta yang membawa keburukan.

Apabila benih-benih cinta itu dibajai dengan sempurna dan

disirami dengan didikan dan penjagaan yang bernama tarbiyah

secara berterusan, pastinya bunga-bunga dan buah-buah

keimanan akan tumbuh mekar. Cinta itu hadir daripada perasaan,

dan perasaan itu terletak di hati. Jika hati yang dimiliki itu bersih

dan suci maka segala perbuatan dan tindak-tanduk kelakuan kita

juga akan berpaksikan kepada syariat Islam yang nyata kerana Islam

itu adalah cara hidup.

Doa, senjata ampuh mukmin

Tiada siapa dapat menyangkal kebenaran pesanan-pesanan

Baginda SAW. Manusia wajib, bahkan menjadi kemestian kepada

dirinya untuk tunduk dan menyerah diri kepada hakikat bahawa

tidak ada kuasa yang lebih besar yang dapat menandingi Allah

SWT. Segala yang ada di alam kejadian inihadir dari kebesaran Ilahi.

Jika di zaman moden ini, manusia mengatakan langit sudah

terbuka tanda pengaksesan internet dari satelit di angkasa ke

perut bumi, sebenarnya sejak dahulu lagi langit itu telah terbuka

semenjak turunnya wahyu secara beransur-ansur kepada nabi saw

melalui malaikat Jibril. Manusia yang masih menutup hatinya tidak

mahu menerima hakikat yang langit telah lama terbuka dengan

nur Islam. Namun, kita semakin jelas ditambah lagi dengan ideologi

yang dibawa oleh ramai saintis menyampaikan logik akal mereka

terhadap perkara-perkara khurafat ini seharusnya tidak wujud

masih tidak mampu menyakinkan umat manusia. Apakah hati kita

ini sudah terlalu kebal sehinggakan semua perkara tidak mampu

diterima dan ditapis sebaik mungkin?

Dr. Dossey, doktor falsafah lulusan Universiti Texas, menjelaskan

setelah beliau mengumpulkan beberapa penelitian tentang terapi

doa, belia mendapati bahawa doa dapat mengendalikan sel-sel

kanser, sel-sel darah merah, enzim, bakteria dan sebagainya.

Doa Senjata Ampuh Mukmin "

Doktor falsafah Universiti Texas mendapati terapi doa mampu mengendalikan sel-sel dalam badan

Page 4: Buletin PEMBINA Muharram 1432H

William G. Braud, pengarah penyelidikan di Institute of

Transpersonal Psychology di Palo Alto, melaporkan bahawa

manusia mampu mempengaruhi secara mental dari jarak jauh

pelbagai sasaran biologi, misalnya bakteria, koloni ragi, alga motil

(semacam tumbuhan), tanaman, protozoa, larva, bubuk kayu,

semut, anak ayam, tikus, kucing, anjing, juga pelbgai sel (sel darah,

neuron, sel kanser) dan kegiatan enzim. Dr. Erwin Kusuma, seorang

pakar psikologi di Klinik Prorevital, menyatakan bahawa air yang

dibacakan doa akan berubah struktur molekulnya dan dapat

digunakn sebagai ubat. Hasil laporan yang dilakukan bukan oleh

seorang muslim meyakini terhadap apa yang seharusnya dijadikan

pegangan kita menyatakan kebenaran tentang kalimah-kalimah

cinta Allah yang terakam di dalam kitabNya. Dan seandainya kita

masih ragu-ragu, mulalah berdoa dan berasa risau kerana mungkin

sahaja hati kita ketika itu sudah terlalu keras akibat dosa dan

maksiat, atau mintalah sahaja hati yang baru daripada Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Kenangilah Allah

sewaktu kamu berada di dalam kesenangan, nescaya Allah akan

mengenang kamu sewaktu kamu berada di dalam kesusahan.”

Allah juga telah menegaskan di dalam kitabNya, bahawa

amal soleh itu akan memberi manfaat di waktu kesulitan dan

akan menyelamatkan pelakunya. Seterusnya doa seseorang

yang ditimpa kemalangan akan membantu ketika mengalami

kesusahan. Ini jelas terbukti dari firman Allah SWT yang

menggambarkan tentang kisah Nabi Yunus AS yang bermaksud,

“Maka kalau sekiranya dia (Yunus) tidak termasuk orang-orang

yang banyak mengingati Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di

perut ikan itu sampai hari kiamat.” (Surah Al-Saffaat:143-144).

Dapatlah kita fahami bahawa seseorang hamba itu tidak wajar

sama sekali untuk menggantungkan harapan melainkan kepada

Allah SWT. Hendaklah dia bergantung dan bertawakal kepadaNya

di dalam semua urursan kehidupan.Hendaklah ia menjadikan

sejarah semalam sebagai panduan dan sempadan di dalam hidup

kerana mereka yang melupai sejarah akan mengulangi sejarah

tersebut.

Fikir-fikirkanlah, doa itulah senjata kebal kurniaan Allah kepada

kita dan sebagai seorang muslim.Perasaan cinta yang hakiki ini

harus disemai dengan carasentiasa berdoa secara berterusan,

kerana setiap hari kita pastinya melalui proses-proses kehidupan

yang berulang-ulang untuk jasad kita seperti makan, minum,

tidur, bersenam dan pelbagai lagi aktiviti. Begitu jugalah dengan

unusr rohani dan kejiwaan yang perlukan kepada makanan dan

pengisian agar hati dan jiwa kita ini mampu menjadi sihat dan kuat.

Tiada guna jika badan sihat tetapi jiwa penuh sengsara dan huru-

hara.

Suatu ketika dahulu, penulis pernah mendapat pengakuan

daripada seorang sahabat berbangsa Cina beragama Buddha.

Beliau menyatakan ramai orang yang kaya-raya selalu

mendermakan duit mereka untuk kebajikan kerana selepas

mereka melakukannya, hati dan jiwa mereka berasa lebih tenang

walaupun tidak sepenuhnya. Hal ini membuatkan penulis terfikir

sejenak betapa kita umat Islam sangat beruntung kerana setiap

hari bukan sahaja kita bersolat, kita juga berzikir dan berdoa

selepas solat da waktu-waktu lain yang merupakan santapan

rohani yang lengkap-melengkapi. Ibarat setiap detik dan ketika

kita memberi pelbagai khasiat dan vitamin kepada susuk jiwa

dan rohani. Hakikatnya, manusia itu semuanya miliki fitrah yang

sama kerana dijadikan dari asal yang sama. Sebarang kebaikan

malah ucapan yang dilontarkan berbentuk pujian dan semangat

sahaja sudah mampu memberi impak yang sangat besar kepada

seseorang individu.

Nah, sekarang kita haru yakin bahawa jiwa, akal, hati dan fikiran

segalanya adalah milik Allah. Jika Dia tidak mengizinkan salah

satu unsur tadi untuk kita, pastinya kita yang sedang membaca

artikel ini tiada kewujudan seperti hari ini atau mungkin sahaja

nasihat ini juga tidak akan wujud seandainya Allah sendiri tidak

mengilhamkan ilmu, buah fikiran dan gerak hati kepada penulis.

Berubatlah dengan al-Quran dan ‘berdukunlah’ dengan

kalimahNya. Amat benarlah Allah di dalam satu ayat al-Quran

berfirman, “Dan kami turunkan dari al-Quran sesuatu yang

menjadi penawar.” (Surah al-Isra’:82). Nabi SAW telah besabda,

“Apabila seseorang hamba itu mengalami kerunsingan atau

berasa dukacita maka hendaklah ia membaca doa ini, “Ya Allah,

sesungguhnya aku adalah hambaMu, dan anak kepada hamba

lelakiMu serta anak hamba perempuanMu. Ubun-ubunku

terletak di dalam genggamanMu.Telah berlakulah kepadaku

ketentuanMu, keputusanMu keatas ku cukup adil. Aku memohon

dengan tiap-tiap nama yang Kau miliki, Engkau telah menamakan

diriMu atau Engkau telah turunkan di dalam kitabMu, atau Kau

telah ajarkan kepada seorang daripada makhlukMu, atau Engkau

telah menyimpannya tersembunyi di sisiMu, bahawa Engkau

jadikan al-Quran yang mulia itu sebagai bunga hatiku, cahaya

dadaku, penghilang kesedihanku dan penghapus kerunsinganku.”

Nescaya Allah Taala akan menghilangkan segala kerunsingan

dan dukacitanya serta memberinya satu jalan keluar yang

menyenangkan, berkat doa dan tawakkal yang indah kepadaNya.

Rujukan: 1. Terapi Ruqyah Pendinding Gangguan Sihir, Jin, Dan Syaitan Dengan Al-Quran Dan Hadis (Rohidzir Rais)2. Berubat Dengan Al-Quran (Ustaz Muhammad Ibrahim Salim daripada terjemahan buku al-Tadawi bil-Quran)3. Majalah SOLUSI (Edisi 23)4. Al-Quran Terjemahan

Page 5: Buletin PEMBINA Muharram 1432H

Hidup ini merupakan pinjaman Allah swt semata-mata

yang mana tempat persinggahan ini merupakan

ladang tanaman amalan, hasilnya akan kita bawa

ke akhirat. Usia, rezeki, jodoh dan ketentuan takdir

semuanya telah pun tercatat di luh mahfuz dan kita sebagai hamba

tugasnya harus menerima dan terusan redha tanpa mengeluh

sedikit pun kerana nikmat yang diberi berbanding ujian yang sering

diterima lebih besar ibarat kuman dan seisi dunia, sangat kecil dan

paling besar sudah jelas jauh perbezaannya.

“Mengapa aku diuji?”, acapkali kita sendiri mahupun sahabat-

sahabat kita mengeluh tatkala ujian dan dugaan menghampiri

hidup ini. Saat itu betapa kita telah lupa dan lalai dalam menafsir

metafora kehidupan yang sudah pun dijanjikan dengan ujian dan

kebahagiaan.

Kita juga

mungkin

semakin

lupa dengan

segala nikmat

yang pernah

diterima dan berkeluh kesah saat ujian yang setitik merubah

kehidupan. Sedarilah tika itu mungkin saja hati kita telah

pun berprasangka buruk kepada al-Malik sedangkan Dialah

yang memberi kita rasa bahagia dan pelbagai nikmat namun

pengakhirannya apabila hakNYA diambil kembali kita seolah-olah

tidak redha dengan apa yang berlaku.

Teknologi, arus kemodenan dan zaman milenium tidak dapat

menjana pemikiran manusia di tahap kecanggihan yang kita miliki

sekarang. Bukti? Pastinya pelbagai bukti kita dapat lihat sekarang

seperti gejala-gejala sosial yang turut tidak kurang hebatnya

dengan pembangunan kemajuan negara. Statisitik kemajuan

yang dialami mungkin sahaja selaras mahupun lebih pantas

meningkat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia. Malah lebih

menyedihkan pabila ramai pihak tampil bersuara namun tiada

tindakan yang dilakukan seperti tin kosong yang kuat berbunyi

namun isinya tiada. Terbaru paling mengejutkan apabila pihak

jabatan agama sendiri harus membawa bersama anggota polis

ketika ingin menangkap remaja-remaja yang berkhalwat dan jika

tidak mereka mungkin saja bisa didakwa malah disaman. Bukan

niat saya ingin menegur sistem undang-undang Negara namun

segala kebejatan masalah sosial yang melanda ini pokok pangkalnya

kepada bagaimana kita menyelesaikannya, jika di kaca televisyen

dan majalah begitu banyak sekali pendedahan terhadap hiburan

yang melampau, contoh-contoh berpakaian seperti tidak memakai

baju layaknya, pergaulan tanpa sempadan seperti internet yang

tiada sempadan dan pemikiran yang dicorak akhirnya melahirkan

penyakit al-wahn (cintakan dunia dan takut mati).

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu; sepotong lirik daripada salah satu

lagu nasyid kumpulan UNIC membuat saya terpana seketikan akan

maksud tersiratnya betapa hati dan niat itu Allah yang mencipta

dan hanya Dia yang mampu membacanya. Manusia tetap manusia

walaupun betapa kejam dan banyaknya dia melakukan maksiat,

mereka tetap manusia yang miliki hati dan perasaan seperti

manusia yang lain. Mungkin kita pernah terbaca di dada akhbar

berkenaan jawapan-jawapan yang diberikan oleh remaja yang

terlibat dengan kehidupan yang berlandaskan nafsu terhadap apa

dikerjakan selama ini. Jawab mereka:

"Bukan kami tak nak jadi baik, kami nak.. Kami nak masuk syurga..

Tapi kami jahat.. Alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk

neraka"

"Keluarga pun dah tak nak terima kami. Masyarakat mula

menyisihkan kami. Kami hina di mata mereka, kami tak layak untuk

berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman

dengan pak lebai"

"Ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. Mereka malu

atas perbuatan saya. Kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak

yang saya kandungkan, mak tak nak mengaku saya ni anak dia. Saya

dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."

Inilah antara jawapan-jawapan “mereka”. Acapkali kita melihat

dan menonton berita-berita di kaca televisyen berkaitan masalah-

masalah pemuda pemudi negara namun saya semakin pelik

apabila rakyat kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing. Keegoan dan sikap keakuan telah membantut dan

mencantas nilai harmoni dalam diri manusia yang ingin berhijrah

ke arah yang lebih baik. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini

yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan,

bukannya ikutan akan tetapi, yang menghairankan saya semakin

banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat maka,

masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar,

memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih

bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang

sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak

mengikut jejak langkah "mereka" itu namun sebaliknya pula yang

Kembara Hijrah

"Keegoan dan sikap keakuan telah

mencantas nilai harmoni dalam

diri manusia yang ingin berhijrah

ke arah yang lebih baik

Page 6: Buletin PEMBINA Muharram 1432H

terjadi.

Semakin diselusuri semakin pincang masyarakat kita kerana

daripada kes-kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah yang

membawa kepada tali gantung semuanya dipandang sepi dan bisu

oleh masyarakat kita khususnya melayu. Malah, mereka seakan

berlumba-lumba untuk mencari publisiti murahan, memenuhi

dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca

televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya

menjadi bualan di sana- sini kerana terbabit dengan kes rasuah,

bunuh, rogol, dan tidak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh

raya, merempit sana sini tidak tentu hala, kononnya hendak mati di

"jalan yang lurus". Belum termasuk lagi kes-kes haruan makan anak,

pelajar sekolah agama buang anak, di tambah lagi dengan masalah

politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi yang kini

sedang menular di kalangan masyarakat

kita, di mana kelajuan penularannya

mengalahkan penularan virus H1N1.

Masya Allah, pernahkah kalian

mendengarkan kisah tentang seseorang

yang kehilangan untanya di padang pasir?

Seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir,

kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya,

sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan

minumannnya.Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan

bekalannya, lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon

dan berbaring kerana dia benar-benar berputus asa untuk

menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.

Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu

dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. Dia berjalan

lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali

ketiga, namun usahanya itu masih gagal. Apabila dia kembali ke

tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa

diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul

kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia

segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada

di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir

berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba

unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita

tidak gembira, gembira yang bukan kepalang. Namun sahabatku,

sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan

taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui

untanya di padang pasir itu tadi.

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari

untuk menerima taubat hamba-hambaNya dan membukakan

pintu rahmat pada malam hari untuk menerima taubat hamba-

hambaNya pada malam hari tetapi, melihat keadaan kita pada hari

ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada

diri cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa

sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan

kita jauh dari syurgaNya jauh dari rahmatNya. Amatlah rugi bagi

mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah

dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya

adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa

lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan

taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya

diampunkan, dan seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk

meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu.

“Hidup ini adalah satu perjalanan sama ada dalam kebahagiaan dan

kesengsaraan. Hari semalam adalah sejarah, hari esok adalah masa

depan, dalam menempuh perjalanan

yang penuh dengan pengharapan, kita

teroka perasaan suka dan duka serta

gembira. Mungkin sebagai hamba

kepada yang Esa, kita sering kali tertanya-

tanya apakah hikmah disebalik semua

ini? Yang pasti setiap perkara yang

kita tempuhi membuatkan diri kita lebih matang dan mengerti

hakikat kehidupan sebelum semua terlambat, sebelum matahari

terbit sebelah barat, bertaubat sebelum terlambat, hargai dan

bersyukurlah dengan nikmat yang kita dapat, hargailah mereka

yang berada di merata tempat kerana yang pergi tetap akan pergi

yang ada teruskan keidupan dan ingatlah, perjalanan ini hanya

tempat persinggahan menuju ke alam yang abadi.”

Rujukan : artikel “Manisnya Taubat” dari http://iluvislam.com

"Hari semalam adalah sejarah, hari esok adalah masa depan

Page 7: Buletin PEMBINA Muharram 1432H

1 Yang memerah

2 Yang minta diperahkan untuknya

3 Yang meminum

4 Yang membawa

5 Yang minta dihantarkan kepadanya

6 Yang menuangkan

7 Yang menjual

8 Yang memakan hasil jualan

9 Yang membeli

10 Yang minta dibelikan

- Riwayat al-Tirmizi, #1295 dan IbnMajah #3381

'Uthman bin 'Affan

‘Uthman bin ‘Affan adalah khalifah Islam ketiga selepas Umar bin Al-Khattab. Nama sebenar beliau ialah ‘Uthman bin ‘Affan bin Abil ‘As bin Umayyah bin ‘Abdul Syams bin ‘Abdul Manaf bin Qusai bin

Kilab bin Murrah.

‘Uthman juga terkenal dengan gelaran "ZunNurayn" kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum. Beliau juga adalah seorang daripada sepuluh sahabat yang

diberitakan akan memasuki syurga dan merupakan salah seorang daripada enam orang anggota majlis syura.

‘Uthman seorang yang mempunyai rupa yang elok, lemah lembut, mempunyai janggut yang lebat, berperwatakan sederhana, mempunyai tulang persendian yang besar, berbahu lebar, berambut lebat,

mempunyai bentuk mulut yang bagus yang berwarna sawo matang.

Sudut FiqhRasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan iaitu: