4
8 karya kreatif Anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaikkan Buletin? Ingin berhubung sesama ahli Pembina di seluruh Negara? Hantarkan sebarang cadangan, pandangan atau pendapat anda mengenai Buletin Pembina atau apa-apa isu di sekeliling kita ke alamat email di bawah: [email protected] pem β β β ina 1 utama pem β β β ina S etelah peristiwa ‘pembakaran’ oleh Namrud, Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke Palestin. Di sana, Allah mengurniakan baginda seorang anak lelaki ketika usia baginda menjangkau 86 tahun. Belum pun puas baginda ‘menimang’ anak sulungnya itu, Allah s.w.t memerintahkan pula baginda meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di Makkah, tanah tandus yang terletak jauh dari Palestin. Nabi Ibrahim a.s. pasrah dengan perintah Allah ini, lalu segera melaksanakannya tanpa bertangguh. Dapatkah kita bayangkan perasaan seorang isteri yang ditinggalkan bersama anak yang baru lahir oleh suami yang dicintainya? Setelah berlalu beberapa tahun, apabila Nabi Ismail a.s. sudah agak besar dan mampu bekerja bersama-sama ayah- nya, datang pula perintah Allah supaya Nabi Ibrahim a.s. menyembelih anak kesayangannya itu. Dapatkah kita gam- barkan hati kecil seorang ayah yang diperintah untuk ‘mengorbankan’ anak kesayangannya, setelah terpisah se- kian lama? Dapatkah pula kita selami sanubari seorang anak yang telah lama ditinggalkan bersama ibu, tiba-tiba ayahnya datang untuk menyembelihnya? Allah menceritakan peristiwa besar ini dalam Al-Qur’an, Surah Ash-Shaffat, ayat 102: Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama den- gannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". Sesungguhnya peristiwa tersebut merupakan satu peristiwa besar, menifestasi sebuah pengorbanan agung dalam mentaati perintah Allah. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 10 Zulhijjah ini jugalah yang ‘dirayakan’ oleh umat Islam seluruh dunia pada setiap tahun. Benar, kita meraya- kan ‘yaum an-Nahar’ setiap tahun. Tetapi, berapa kerapkah kita menghayati peristiwa agung ini? Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa majoriti umat Islam tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa ini, walaupun mereka men- yaksikan upacara ‘menyembelih’ haiwan korban hampir setiap tahun. Dalam penulisan ini, dengan izin Allah s.w.t saya akan cuba mengetengahkan satu hakikat besar daripada peristiwa agung ini. Manusia adalah hamba Allah. Hakikat seorang hamba adalah kepatuhan total terhadap perintah tuannya tanpa merasa keberatan, walaupun rahsia atau hikmah di sebalik perintah tersebut tidak difahami. Seorang hamba tidak ber- hak untuk mempersoalkan apatah lagi untuk engkar akan perintah tersebut. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ahzab: 36: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetap- kan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Den- gan kesesatan Yang jelas nyata” (Al-Ahzab: 36) Islam bukannya sekumpulan konsep-konsep lesu yang berlegar-legar di minda manusia. Islam juga bukan bererti kepercayaan-kepercayaan buta yang dipaksa kepada manusia. Islam bukan sekadar beberapa perlakuan ritual (’aktiviti keagamaan’) yang wajib dilaksanakan secara membuta-tuli. Sebaliknya, Islam adalah agama praktikal yang berpengaruh di dalam kehidupan manusia. Islam bermaksud ketundukan yang sepenuhnya kepada syariat Allah. Seorang muslim tidak mempunyai pilihan, kecuali menjadikan keseluruhan hidupnya dibawah naungan syariat Allah yang sempurna. Sekiranya seorang muslim itu memilih untuk hidup di luar syariat, maka pada hakikatnya dia bukanlah seorang muslim, walaupun dia mengaku beriman. Firman Allah s.w.t: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang kafir. (Ali-Imran: 32) Konsep ketundukan total kepada perintah Allah ini tergambar jelas dari peristiwa keluarga Nabi Ibrahim a.s. sepertimana yang telah dinukilkan di atas. Ketundukan inilah yang menyebabkan Hajar bersabar dengan ujian ditinggal oleh suami tercinta di lembah yang tandus bersama anaknya DALAM EDISI INI! buletin SUARA GENERASI BELIA TAHUN 1 BIL. 8 EDISI ZULHIJJAH 1429 www.pembina.com.my pem pem pem pem β β β ina ina ina ina Pedoman dari kisah Nabi Ibrahim a.s 1326-07-SEL -Untuk Ahli Sahaja- bersambung di muka 3 Oleh: Dr. Kamsani Samingan - Pandangan Terhadap Isu Yoga - 4 - Tragedi Berdarah Mumbai - 6 - Jangan Buat Kerak Awal Sangat - 7 - Dan lain-lain

Buletin PEMBINA Zulhijjah 1429

  • Upload
    pembina

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Edisi 01/08/1429

Citation preview

Page 1: Buletin PEMBINA Zulhijjah 1429

8

karya kreatif

Anda ada sebarang cadangan

untuk menambahbaikkan

Buletin?

Ingin berhubung sesama ahli

Pembina di seluruh Negara?

Hantarkan sebarang cadangan,

pandangan atau pendapat anda

mengenai Buletin Pembina atau

apa-apa isu di sekeliling kita ke

alamat email di bawah:

[email protected]

pemββββina

1

utama

pemββββina

S etelah peristiwa ‘pembakaran’ oleh Namrud, Nabi

Ibrahim a.s. berhijrah ke Palestin. Di sana, Allah

mengurniakan baginda seorang anak lelaki ketika usia

baginda menjangkau 86 tahun. Belum pun puas baginda

‘menimang’ anak sulungnya itu, Allah s.w.t memerintahkan

pula baginda meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Nabi

Ismail a.s. di Makkah, tanah tandus yang terletak jauh dari

Palestin. Nabi Ibrahim a.s. pasrah dengan perintah Allah ini,

lalu segera melaksanakannya tanpa bertangguh. Dapatkah

kita bayangkan perasaan seorang isteri yang ditinggalkan

bersama anak yang baru lahir oleh suami yang dicintainya?

Setelah berlalu beberapa tahun, apabila Nabi Ismail a.s.

sudah agak besar dan mampu bekerja bersama-sama ayah-

nya, datang pula perintah Allah supaya Nabi Ibrahim a.s.

menyembelih anak kesayangannya itu. Dapatkah kita gam-

barkan hati kecil seorang ayah yang diperintah untuk

‘mengorbankan’ anak kesayangannya, setelah terpisah se-

kian lama? Dapatkah pula kita selami sanubari seorang anak

yang telah lama ditinggalkan bersama ibu, tiba-tiba ayahnya

datang untuk menyembelihnya? Allah menceritakan

peristiwa besar ini dalam Al-Qur’an, Surah Ash-Shaffat, ayat

102:

Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur

Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama den-

gannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku!

Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi Bahawa Aku akan

menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?".

Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang

diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati

daku dari orang-orang yang sabar".

Sesungguhnya peristiwa tersebut merupakan satu

peristiwa besar, menifestasi sebuah pengorbanan agung

dalam mentaati perintah Allah. Peristiwa yang berlaku pada

tanggal 10 Zulhijjah ini jugalah yang ‘dirayakan’ oleh umat

Islam seluruh dunia pada setiap tahun. Benar, kita meraya-

kan ‘yaum an-Nahar’ setiap tahun. Tetapi, berapa kerapkah

kita menghayati peristiwa agung ini? Tidak keterlaluan jika

kita katakan bahawa majoriti umat Islam tidak mengambil

pengajaran daripada peristiwa ini, walaupun mereka men-

yaksikan upacara ‘menyembelih’ haiwan korban hampir

setiap tahun. Dalam penulisan ini, dengan izin Allah s.w.t

saya akan cuba mengetengahkan satu hakikat besar daripada

peristiwa agung ini.

Manusia adalah hamba Allah. Hakikat seorang hamba

adalah kepatuhan total terhadap perintah tuannya tanpa

merasa keberatan, walaupun rahsia atau hikmah di sebalik

perintah tersebut tidak difahami. Seorang hamba tidak ber-

hak untuk mempersoalkan apatah lagi untuk engkar akan

perintah tersebut. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ahzab:

36:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman,

lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetap-

kan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus

mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai

urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum

Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Den-

gan kesesatan Yang jelas nyata” (Al-Ahzab: 36)

Islam bukannya sekumpulan konsep-konsep lesu yang

berlegar-legar di minda manusia. Islam juga bukan bererti

kepercayaan-kepercayaan buta yang dipaksa kepada

manusia. Islam bukan sekadar beberapa perlakuan ritual

(’aktiviti keagamaan’) yang wajib dilaksanakan secara

membuta-tuli. Sebaliknya, Islam adalah agama praktikal yang

berpengaruh di dalam kehidupan manusia. Islam bermaksud

ketundukan yang sepenuhnya kepada syariat Allah. Seorang

muslim tidak mempunyai pilihan, kecuali menjadikan

keseluruhan hidupnya dibawah naungan syariat Allah yang

sempurna. Sekiranya seorang muslim itu memilih untuk hidup

di luar syariat, maka pada hakikatnya dia bukanlah seorang

muslim, walaupun dia mengaku beriman. Firman Allah s.w.t:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada

Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling

(menderhaka), maka Sesungguhnya Allah tidak suka kepada

orang-orang Yang kafir. (Ali-Imran: 32)

Konsep ketundukan total kepada perintah Allah ini

tergambar jelas dari peristiwa keluarga Nabi Ibrahim a.s.

sepertimana yang telah dinukilkan di atas. Ketundukan inilah

yang menyebabkan Hajar bersabar dengan ujian ditinggal

oleh suami tercinta di lembah yang tandus bersama anaknya

DALAM EDIS I IN I !

b u l e t i n

S U A R A G E N E R A S I B E L I A

T A H U N 1 B I L . 8 E D I S I Z U L H I J J A H 1 4 2 9

w w w . p e m b i n a . c o m . m y

pempempempemββββinainainaina

Pedoman dari kisah Nabi Ibrahim a.s

1326-07-SEL

-Untuk Ahli Sahaja-

bersambung di muka 3

Oleh: Dr. Kamsani Samingan

- Pandangan Terhadap Isu Yoga - 4

- Tragedi Berdarah Mumbai - 6

- Jangan Buat Kerak Awal Sangat - 7

- Dan lain-lain

Page 2: Buletin PEMBINA Zulhijjah 1429

2

renungan

B elia adalah aset negara yang amat berharga, itulah

ayat yang dipersetujui oleh semua orang.

“Belia tunjang negara.” Sering kali slogan ini dilaungkan,

tidak kira di kampung, pekan mahupun bandar. Biasanya

laungan akan diiringi dengan semangat yang membara.

“Belia benci dadah” Pernah juga dulu belia sama-sama

bertempik laungan ini bersama penyanyi terkenal, Mawi. Saya

tidak kata salah, tetapi baguslah.

Namun, apabila berlakunya sesuatu masalah tentang

belia kini, semua pihak akan saling menuding jari kearah yang

lain. Tidak kira kerajaan, mulai daripada Perdana Menteri

sehinggalah tukang sapu yang bekerja di Kementerian Belia

dan Sukan pun menjadi mangsa tuduhan.

“Tak pandai buat kerja” Kata mereka-mereka yang

mengkritik.

Pernah juga dituduhnya jawatankuasa agama tidak

pandai, kurang bijak dan juga hanya makan gaji. Tuduhan –

tuduhan ini akan berterusan menjadi isu di akhbar-akhbar

sehinggalah masyarakat penat untuk berkata. Kemudiaan

akan datang pula masalah lain, dan perkara bersama akan

berulang. Apa yang berulang? Tuduh menuduh siapa yang

bersalah.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak agar berhenti

daripada menjadi penyebar tuduhan dan kepalsuan.

Sepatutnya sekarang, kita sendiri yang bertanggungjawab

untuk memperbetulakan keadaaan semasa. Kita sendiri yang

turun padang memperbaiki kesalahan.

Sepatutnya sekarang, kita sudah semakin matang. Kita

tidak menyalahkan mana-mana pihak untuk membaiki yang

tersilap. Sebaliknya, kita mampu berjuang dan merasai ba-

hawa masalah belia adalah tangungjawab bersama.

Mungkin antara kita tidak tahu bagaimana mahu

memulakan. Perasaan mahu bertanggungjawab itu ada, tetapi

manakah jalan hendak disalurkan idea itu yang kita selalu

kurang jelas.

Cara- cara jihad dengan lisan

1.Menyebarkan buku Islam

Secara praktikalnya, buku adalah lebih berfaedah kepada

manusia berbanding percakapan. Kita boleh sahaja melihat

idea –idea Dr. Stephen R. Covey’s melalui bukunya The 7 Hab-

its of Highly Effective People , beliau hanyalah membetulkan

niat manusia supaya melakukan dengan ikhlas. Hanya dengan

itu, dia sudah berjaya menyampaikan mesejnya kepada jutaan

manusia di seluruh dunia.

Oleh: Abu Omar

Bagi yang tidak mampu bercakap, ini adalah cara yang

terbaik. Cara ini akan mampu menolak tuduhan-tuduhan

daripada musuh Islam. Cara ini jyuga mampu menerangkan isi

kandungan Islam yang sebenarnya. Kita perlu menekankan

Islam yang diketahui oleh Non-Muslim adalah salah daripada

konsep asalnya. Kita perlu membalas segala tuduhan yang

dilemparkan, yang menuduh Islam adalah pengganas.

Kita boleh kemukakan buku –buku tulisan kita itu dengan

cara yang sesuai seperti jual, hadiah , derma atau pinjam.

Cumanya, adakah anda mampu meluangkan sedikit masa

sehari untuk menulis?

2. Majalah, Surat khabar Pamplet dan blog

Tidak diragukan, semua perkara diatas mampu

menyumbang kepada seruan-seruan yang baik dan besar

manfaatnya.

Sepatutnya setiap pertubuhan Islam, masyarakat

setempat dan juga sebuah keluarga Islam perlu memiliki

majalah atau sekurang-kurangnya blog bagi menerangkan hal

ehwal Islam. Pertamanya, anda perlu menulis berkaitan

dengan aqidah, barulah ibadah dan seterusnya. Namun

janganlah sekali-kali ditinggalkan salah satu daripada cabang

Islam. Terangkan semampu mungkin, kita mahu terus

bergerak.

Kita mahu satu hari nanti akan ada pelbagai jenis majalah

Islam di setiap rumah-rumah. Kita mahu terwujudnya

perpustakaan sendiri yang dipenuhi bahan ilmiah yang boleh

digunakan sebagai hadiah kepada semua belia dan cucu cicit

keturunan kita. Itulah kejayaan kita. Persoalannya, adakah

anda sanggup memulakannya?

3. Syarahan dan pengajian Umum di masjid dan rumah-

rumah

Kita perlu menjadi seorang yang pakar di dalam bidang

yang kita ceburi. Jika anda menceburi bidang kejuruteraan,

anda adalah pakar yang ternama dan berhak untuk berkata-

kata dihadapan umum. Jika anda doctor juga begitu, jika anda

petani pun begitu. Belajarlah sehingga menjadi pakar, yang

mampu berucap dihadapan orang ramai dan dipercayai.

Untuk apa perlu menjadi pakar?

Supaya anda boleh menyelitkan perihal Islam dalam

ucapan anda. Anda boleh menunjukkan Islam itu adalah

segala-galanya, keindahan Islam dan mengapa Islam menyeru

kepada arah itu.

Jika anda terasa tidak mampu, maka cukuplah sekadar

menjadi orang yang mengajak rakan-rakan anda, sepupu

anda, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak ke majlis

pengajian yang diadakan.

Ajaklah mereka mendengar seruan Islam. Biasakan diri

anda dan mereka, mendengar perkara yang baik lagi

bersopan. Hayati setiap kalimah yang cantik, amalkan setiap

seruan yang Allah ingatkan. Halnya, mungkinkah anda

melakukannya wahai belia?

4. Seruan individu

Ini adalah seruan yang juga amat baik dengan cara yang

amat molek. Allah berfirman;

Katakanlah; Sesungguhnya aku hendak memperingatkan

kepadamu suatu hal sahaja iaitu supaya kamu menghadap

Allah berdua-duaan atau sendirian, kemudian kamu fikirkan

Masyarakat Tin Kosong

pemββββina

7

baitul muslim

Cuti sekolah sudah pun berlalu lebih seminggu. Bermulalah

musim kenduri kendara di Malaysia seperti tahun-tahun

sebelum ini. Adik ipar saya sendiri baru sahaja melangsungkan

pertunangannya semalam. Pada bulan Disember ini pula adik

saya pula akan melangsungkan pertunangan. Sekejap sahaja

rasanya, keluarga saya semakin bertambah besar. Sedar tak

sedar saya sudah ada sembilan orang anak saudara sekarang

ini.

Saya ingin menyentuh sedikit beberapa isu tentang

pengurusan kewangan pasangan yang baru mendirikan

rumahtangga walaupun saya sendiri mungkin bukan pakar

sangat di dalam hal ini. Apa pun, saya akan menulisnya juga

sebagai satu perkongsian dan harapnya ada penulis lain yang

dapat berkongsi juga pengalaman mereka dengan pasangan-

pasangan baru ini. Lain orang lain pandangannya. Moga banyak

pandangan, ianya akan saling lengkap melengkapi antara satu

sama lain.

Kecenderungan mana-mana pasangan yang baru

mendirikan rumahtangga biasanya adalah untuk menyegerakan

‘kestabilan’ macam keluarga lain. Apa yang saya maksudkanya

dengan ‘kestabilan’ adalah rumah milik sendiri yang baik,

kenderaan yang selesa, perkakas dan peralatan rumah yang

mencukupi, belanjawan keluarga yang tidak pernah negatif,

pendidikan anak-anak yang bagus, satu rutin harian dan

mingguan yang selesa dan sebagainya.

Saya dan isteri juga seperti orang lain, pernah berasa rimas

apabila ‘kestabilan’ ini tidak datang dalam kehidupan kami

dalam beberapa tahun awal-awal kami memulakan kehidupan

di Malaysia. Nak letak baju, almari tak cukup besar, nak susun

pinggan juga tak cukup perabutnya, beli lauk terlebih sedikit,

terpaksa sumbat-sumbatkan dalam peti ais yang kecil ruang

penyimpanannya, basuh baju berulang kali kerana mesin basuh

kecil (kadang-kadang terlupa spin, almaklumlah waktu itu tiada

bajet untuk beli mesin basuh automatik sepenuhnya), berehat

di ruang tamu yang tiada sofa, balik kampung naik kereta yang

tak macam kereta orang lain dan macam-macam lagi

keadaannya. Apa pun kami bersyukur kerana itu rezeki yang

Allah beri kepada kami secara beransur-ansur. Lebih bersyukur

lagi apabila saya tidak pernah mendapat sebarang tekanan atau

rungutan dari isteri yang cukup memahami dan penyabar.

Trend orang muda sekarang pula mungkin lain sedikit dari

generasi saya ketika itu. Rezeki mereka lebih baik. Pekerjaan

yang bagus dengan pendapatan yang banyak. Ketika berusia

seawal 23 atau 24 tahun, segala-galanya nampak macam akan

berjalan dengan lancar. Masing-masing mula mengunjurkan

satu unjuran hidup ke depan seolah-olah mereka akan kekal

dalam keadaan itu.

Jangan Buat Kerak Awal Sangat

Oleh: Ustaz Fauzi Asmuni (Penulis Tamu)

Congak orang biasa; kalau pendapatan kita berjumlah

sekian sekian, satu pertiga adalah untuk rumah (ada yang kata

satu perdua), sepertiga adalah untuk kenderaan. Bakinya

gunalah untuk yang lain. Itulah yang saya biasa dengar dari

beberapa orang. Saya kurang bersetuju dengan congak ini

kerana berdasarkan pengalaman, ada beberapa pertimbangan

yang kita perlu andaikan akan berlaku dalam kehidupan kita.

Pertamanya sebagai seorang muslim yang ingin terlibat di

dalam usaha dakwah, kita perlu letakkan satu jumlah untuk

aktiviti-aktiviti dakwah. Sumbangan kepada Palestin, berapa

yang kita letakkan sebulan? Duit minyak ke sana ke sini untuk

aktiviti dakwah, berapa kita peruntukkan? Keraian bersama

rakan-rakan dakwah dan mad’u? Ada aktiviti yang perlu di-

bayar yurannya, bersediakah kita ketika itu? Ada perjalanan

yang kita kena tanggung sendiri, pernahkah kita fikirkan? Bila

kita berkahwin, semua itu akan jadi double, kena ingat tu. Bila

ada anak yang sudah berada di tahap kedua sekolah rendah,

mereka juga akan menuntut peruntukan untuk aktiviti tarbiah

mereka. Bila mereka masuk sekolah menengah lagi besar pe-

runtukannya.

Keduanya, kedudukan kita di dalam sebuah taman atau

desa juga akan menuntut satu peruntukan. Jiran sedekah duit

untuk iftor di surau, tak kan kita tumpang makan sahaja? Ahli

kariah iklankan harga korban, tak kan kita selama-lamanya

akan kata kami beraya di kampung? Semasa kuliah maghrib di

surau taman kita, biasanya ajk surau akan edarkan tabung

sumbangan untuk penceramah, kita tengok sahajakah tabung

tu? Yuran khairat kematian untuk sekeluarga, kita jadi ahli

tak?

Ketiganya, ibu bapa kita akan semakin tua dan semakin

uzur. Kita ada dua ibu dan dua bapa sekarang ini. Sesetengah

ibu bapa tidak ada penyakit kronik. Tetapi kita tidak tahu nasib

ibu bapa kita. Mesti letakkan satu peruntukan untuk ziarah

berkala, bil hospital, ubat-ubatan, kos pembedahan dan

rawatan. Mungkin kena belikan kerusi roda. Mungkin juga

kena belikan katil khas untuk pesakit macam katil kat hospital.

Mungkin kita terpaksa lakukan itu semua untuk tempoh yang

panjang. Lain orang lain habuan yang Allah berikan

kepadanya.

Keempatnya, tidak ada jaminan kita akan kekal dengan

pendapatan yang kita dapat sekarang. Seorang rakan saya

pernah menikmati pendapatan belasan ribu untuk satu tem-

poh yang panjang, tiba-tiba berlaku kes dan akhirnya dibuang

kerja. Seorang lagi rakan bekerja dengan syarikat milik kera-

jaan yang cukup mantap, tapi akhirnya berlaku penyelewen-

gan dan dia terpaksa memilih untuk berpindah kerja. Ada

yang memiliki aset yang berjumlah ratusan ribu, Allah uji den-

gan penyakit kronik. Habis semua hartanya untuk tampung

kos rawatan. Ini semua bukanlah kes-kes yang asing dalam

kehidupan kita.

Banyak lagi sebenarnya yang perlu diambil kira. Pendidi-

kan anak-anak, takaful kita dengan adik-beradik yang kurang

bernasib baik dan macam-macam lagi yang perlu kita fikirkan.

Dengan itu, beringatlah ketika merancang apa juga

perbelanjaan keluarga.

pemββββina

Page 3: Buletin PEMBINA Zulhijjah 1429

6

dunia kita

E pisod serangan kumpulan pengganas di Mumbai,

India yang berlarutan selama kira-kira 60 jam

akhirnya tamat dengan korban kematian mencecah 195

nyawa dan hampir 300 mangsa kecederaan. Namun sehingga

kini identiti kumpulan bersenjata tersebut dan dalang di

sebalik tragedi berdarah ini masih belum dikenal pasti.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Deccan

Mujahideen’ mengaku bertanggungjawab tetapi pihak

berkuasa India lebih cenderung menuding jari ke arah puak

pemisah Kashmir yang didakwa mendapat tajaan kerajaan

Pakistan.

Meskipun tragedi berdarah Mumbai ini mungkin tidak

sedahsyat peristiwa 11 September, namun masyarakat

sedunia tetap merasakan impaknya terutama dari segi

‘psikologi keganasan’. Tambahan pula, modus operandi ala

komando yang dipraktikkan kumpulan penyerang terbabit

cukup menimbulkan pelbagai misteri. Serangan dilakukan

secara terancang, terkoordinasi dan serentak ke atas sasaran-

sasaran strategik yang sudah ditentukan oleh beberapa

kelompok kecil terlatih yang dilengkapi senjata api dan bom

tangan. Penyerang-penyerang tersebut juga ternyata tidak

takut untuk berkonfrontasi secara terbuka dengan pasukan

keselamatan India.

Kejadian yang turut menyaksikan 26 orang warga asing

terkorban, Perdana Menteri India bingkas menyalahkan

kumpulan pejuang Islam di wilayah Kashmir sebagai suspek

utama. Pihak keselamatan India juga tidak menolak

kemungkinan kaitan al-Qaeda dalam insiden ini. Sama ada

puak pemisah Kashmir, Deccan Mujahideen, Indian

Mujahideen mahupun al-Qaeda, sasaran tuduhan sebenarnya

cuma satu iaitu Islam. Segelintir pihak tertentu cuba

mengambil manfaat dari serangan keganasan terbaru ini

untuk mengapi-apikan lagi sentimen Islamophobia.

Dari satu sisi, tragedi berdarah Mumbai ini dilihat

memiliki beberapa titik persamaan dengan peristiwa 11

September yang sehingga kini masih belum terungkai

kebenaran di sebalik dakwaan-dakwaan yang dikemukakan.

Modus operandi yang begitu terancang, kumpulan individu

yang terlatih, kelengkapan serangan yang canggih –

penyerang dilaporkan menggunakan telefon bimbit BlackBerry

untuk mengikuti laporan media di laman-laman web – serta

kegagalan pihak berkuasa India mengesan atau menghalang

serangan daripada berlaku lebih awal.

Amerika Syarikat mengeksploitasi serangan 11

September untuk mengukuhkan tapaknya di wilayah Asia

Barat khususnya Iraq melalui kempen anti-pengganasnya.

Kini alasan memerangi keganasan cuba digunakan Amerika

untuk melebarkan pengaruh di wilayah Asia Selatan pula. Dulu

dipimipin oleh George W. Bush, kini Barack Obama pula

mengambil alih apabila secara terbuka mengatakan bahawa

Pakistan dan Afghanistan akan menjadi sasaran utama untuk

memerangi pengganas. Israel sendiri mengusulkan agar

kerjasama dimeterai antara pihak keselamatan India dengan

Israel bagi menghadapi keganasan di rantau tersebut.

Namun kita tidak menolak kemungkinan bahawa

serangan Mumbai ini dilakukan oleh mana-mana kumpulan

ekstremis yang berpangkalan di India atau Pakistan.

Penganalisis politik India mengibaratkan tragedi berdarah

Mumbai sebagai bom jangka yang cuma menanti masa untuk

Oleh: M Firdaus Sabturani

meledak. Hal ini didorong oleh dasar-dasar pemerintahan

India yang bersifat diskriminatif terhadap golongan minoriti

Muslim. Ditambah dengan penindasan berbentuk fizikal

seperti pelanggaran hak asasi manusia di Kashmir dan pem-

bantaian umat Islam di Gujerat. Semua ini menyuburkan bibit

kebencian terhadap kerajaan India, lebih-lebih lagi di kalangan

kelompok-kelompok ekstremis.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap keganasan di

Mumbai dilihat cuba menyampaikan mesej tersendiri apabila

memilih kota Bollywood tersebut sebagai sasaran. Mumbai

sememangnya masyhur sebagai pusat golongan elit dan

mercu tanda pengaruh kapitalis di India. Lokasi-lokasi yang

dipilih pula merupakan tumpuan para pelancong asing,

antaranya hotel-hotel mewah, stesen keretapi, kafe popular

dan pusat keagamaan Yahudi. Justeru serangan terbaru ini

seolah-olah satu ledakan kebencian terhadap kuasa-kuasa

asing terutamanya Amerika dan Britain yang dianggap

seringkali mencampuri urusan politik India dan menguasai

ekonomi negara.

Kita mengutuk sama sekali tragedi berdarah Mumbai ini

yang melibatkan korban masyarakat awam yang tidak

berdosa. Islam sebagai agama kesejahteraan bertujuan

menyatukan manusia atas dasar kasih sayang, bukan melalui

keganasan. Namun kita juga menyeru supaya insiden ini

dilihat secara adil dan ditangani sehingga ke akar umbinya.

Menangani keganasan dengan cara kekerasan tidak akan

menyelesaikan masalah secara total. Lebih penting, kerajaan

India perlu menginsafi dasar-dasar negara yang diskriminatif,

ketidakadilan sosial, pembahagian kekayaan yang tidak telus,

pelanggaran hak asasi manusia dan penindasan terhadap

kelompok minoriti tertentu.

Tragedi Berdarah Mumbai: Ledakan Diskriminasi Sosial atau Konspirasi Terancang?

pemββββina

3

pemββββina

tentang Muhammad tidak ada penyakit gila sedikitpun pada

kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan. (As-

Saba’ ; Ayat 46)

Menerangkan fikiran seseorang secara individu dan

bersendirian adalah lebih memberi faedah kerana penerangan

secara ini tidak terpengaruh debgan tekanan-tekanan lain.

Dengan sebab itu, anda perlu membina hubungan dengan

semua belia. Bercakap dan berbincanglah bersama mereka

dengan tenang dan terbuka. Ziarahilah mereka tatkala senang

atau sakit, bukan sekadar dihari raya sahaja. Adakanlah aktiviti

berkelah bersama-sama sambil tidak jemu bercerita tentang

Islam kepada mereka.

Bersihkan hati mereka dengan sinar Islam yang anda

bawa, jemputlah mereka kerumah anda dan berbicaralah

secara lembut dan berhemah. Moga mereka menerima seruan

anda. Namun, inginkah anda berkorban untuk Allah?

Semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersuara

tatkala belia menghadapi masalah. Semoga kita bukan

golongan yang menuduh pihak-pihak tertentu pabila ada yang

terkhilaf. Jadilah manusia yang melakukan amal seruan.

Kata pepatah, jangan jadi seperti tin kosong, lebih bunyi

daripada isi. Yang manakah anda pilih? Moga kita mampu

menempuhinya. Amin

…sambungan

yang masih kecil. Ketundukan inilah yang menyebabkan Nabi

Ibrahim a.s. sanggup menyembelih anak yang amat disayangi.

Penyerahan inilah juga yang mengakibatkan Nabi Ismail a.s.

bersedia dikorbankan demi memenuhi perintah Allah s.w.t. Ini

semua mereka lakukan dengan patuh walaupun mereka tidak

mengetahui hikmah di sebalik perintah tersebut. Adakah kita

menghayati hakikat ketundukan total ini dalam kehidupan

kita?

Kebanyakan umat Islam hari ini amat jauh dari hakikat

ketundukan ini. Mereka tenggelam dengan gaya hidup barat

yang berkiblatkan hawa nafsu. Pergaulan bebas antara lelaki

dan perempuan menjadi syi’ar mereka. Gejala perzinaan,

perlakuan sumbang dan kelucahan berleluasa dalam

masyarakat, sehingga kanak-kanak sekolah rendah pun tidak

’kebal’ daripada kerosakkan ini. Golongan muda lebih

mengutamakan hiburan daripada menimba ilmu. Mereka lebih

gemar membuang masa dengan melepak di gedung-gedung

membeli belah mahupun bersiar-siar di taman-taman, atau

menjadi mat rempit di jalan-jalan raya. Kehidupan ’glamour’

artis-artis menjadi idaman pemuda-pemudi Islam.

Pada masa yang sama, masyarakat secara keseluruhannya

seolah-oleh menerima semua gejala ini sebagai suatu yang

normal. Ditambah pula dengan keghairahan syarikat-syarikat

penyiaran dalam mempromosikan budaya hidup yang asing ini

melalui program-program bercorak hiburan yang melampau.

Semua ini menggambarkan suasana masyarakat yang jauh

daripada hidayah yang tiada bezanya dengan masyarakat kafir

di negara-negara barat. Masyarakat Islam lupa akan ’risalah’

yang diamanahkan oleh Allah s.w.t ke atas bahu mereka.

Tidakkah mereka membaca Al-Qur’an? Firman Allah s.w.t:

Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik

umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)

kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan

melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji),

serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar

iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu

beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu

menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang

beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(Ali-

Imran: 110)

Ya... kita adalah umat terbaik! Kita adalah umat yang

memimpin, bukannya dipimpin. Kita adalah umat yang

sepatutnya mencorakkan perjalanan dunia! Malangnya, umat

Islam hari ini lupa akan hakikat ini, lalu mereka redha hidup

dalam kehinaan.

Islam adalah menifestasi ketundukan total kepada Allah

s.w.t sebagaimana yang digambarkan melalui kisah keluarga

Nabi Ibrahim a.s. Ketundukan yang didasari aqidah dan

keimanan bulat yang mantap. Hakikat ini patut kita hayati

setiap kali kita menyambut tanggal 10 Zulhijjah!

Sesungguhnya, pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan

keluarganya dalam menurut perintah Allah s.w.t adalah

contoh terbaik untuk kita jadikan suri tauladan. Umat ini

hanya akan bangkit melalui jalan yang ditunjukkan oleh

generasi terdahulu yang telah berjaya dari kalangan para

anbiya’, para syuhada’ dan para solehin.

Sesungguhnya adalah kehendak Allah s.w.t bahawa

agama ini akan kembali mentadbir dunia sebagaimana yang

telah berlaku dahulu. Walaubagaimanapun, telah menjadi

sunnatullah, bahawa setiap kesenangan mesti didahului

dengan kesusahan, setiap kejayaan memerlukan usaha, setiap

kemenangan memerlukan pengorbanan. Pertolongan dan

ganjaran Allah s.w.t pasti datang, asal sahaja kita

melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dengan penuh

kepatuhan dan ketundukan. Firman Allah s.w.t:

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". Demikianlah

Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan

kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba

Kami Yang beriman.

renungan

“Islam adalah menifestasi

ketundukan total kepada

Allah s.w.t ”

Page 4: Buletin PEMBINA Zulhijjah 1429

4

pendapat

B eberapa fatwa semasa yang dikeluarkan oleh Majlis

Fatwa Kebangsaan seperti permasalahan yoga dan

pengkid telah mencetuskan satu polemik di kalangan

masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam. Ada pihak yang

menyokong, ada juga yang mempertikaikan, bahkan tidak

kurang pula yang mengambil sikap endah tak endah. Masing-

m a s i n g m e n g e l u a r k a n p a n d a n g a n s e n d i r i .

Berikut adalah beberapa lontaran berkenaan isu fatwa-fatwa

semasa, setelah beberapa lama isu ni menjadi tajuk perbualan

hangat di mana-mana. Lontaran-lontaran ini ditulis di bawah

beberapa subtopik supaya lebih senang dibaca dan diambil isi-

isi pentingnya.

Hukum dan fatwa tidak mengubah masyarakat

Dalam isu fatwa berkenaan dengan pengkid dan senaman

yoga ni, sebenarnya membuktikan kepada kita fikrah yang kita

imani sebelum ini. Menelusuri seerah Rasulullah SAW dan

menghayati bagaimana agama Islam ini ditegakkan pada kali

pertama di tengah-tengah masyarakat Arab Jahiliyyah, kita

memahami bahawa Islam tidak tertegak dengan hukum-

hukum dan fawta-fatwa semata-mata. Hukum dan fatwa tidak

akan mengubah masyarakat secara total atau sekaligus.

Seerah Rasulullah membuktikan bahawa ajaran Islam

bermula dengan penanaman asas aqidah, matlamat ke-

hidupan utk mencari redha Allah dan adanya Hari Pembala-

san. Raulullah menekankan bahawa setiap sesuatu akan dinilai

dan diberi ganjaran setimpal di Hari Akhirat, syurga atau

neraka, redha Allah atau kemurkaan-Nya. Dengan asas iman

yang mantap yang ditanam melalui surah-surah

’mufassol’ (surah Qaaf hingga surah An-Nas), akhirnya mem-

bentuk satu masyarakat yang sedia untuk mentaati apa jua

perintah Allah sama ada yang berbentuk suruhan mahupun

larangan. Dengan itu, mereka mampu meninggalkan amalan

meminum arak yang begitu disukai dan telah berakar umbi

dalam masyarakat Arab sejak ratusan tahun. Dengan itu juga

mereka sanggup mentaati apa jua perintah Allah, meskipun

perintah itu bertentangan dengan kehendak hawa nafsu

mereka, kepentingan diri mereka dan kaum kerabat mereka.

Mesej-mesej keimanan dan kasih sayang Allah ini perlu

disampaikan sehingga menjadi amalan dan pedoman

masyarakat sebelum sampainya mesej-mesej larangan dan

azab daripada Allah. Rasullulah juga memberi pedoman dalam

isu ini. Sabda Baginda: ”Yassiru wa la tuassiru, Bassyiruu wa

la tunaaziru" (permudahkanlah, jangan susah-susahkan, dan

sampaikanlah berita gembira sebelum memberi amaran)

Sesungguhnya perubahan dalam masyarakat cuma akan dapat

dicapai sekiranya orang-orang soleh dalam masyarakat ber-

jaya membentuk dan mengubah pandangan umum masyara-

kat, sebagaimana ahli Badar berperanan dalam membentuk

generasi sahabat, sebagaimana orang muhajirin yang telah

dibentuk oleh Rasulullah selama tiga belas tahun di Mekah,

seterusnya berperanan membentuk pandangan umum selu-

ruh penduduk Madinah selepas peritiwa Hijrah. Orang-orang

soleh inilah yang kita cuba bentuk dalam masyarakat kita su-

paya kelak, mereka akan mampu mengubah seluruh masyara-

kat Islam ke arah pemahaman Islam yang salim dan syumul.

Inilah manhaj perubahan yang kita imani.

Oleh: Zaizul Azizi Zaman

Kaedah dalam pemberian fatwa: mendidik sebelum men-

ghukum

Gaya penulisan dan ceramah tokoh Islam semasa, Dr Yu-

suf Al-Qardawi perlu dicontohi dalam isu mengeluarkan se-

suatu fatwa. Beliau sering mengulas sesuatu isu itu dengan

panjang lebar, memberikan beberapa asas yang perlu difa-

hami sebelum sesuatu fatwa itu disebutkan. Dalam isu fatwa

senaman yoga misalnya, mungkin perlu dinyatakan terlebih

dahulu tuntutan Islam dalam isu menjaga kesihatan dan ke-

cergasan fizikal, menegaskan bahwa Islam menggalakkan

umatnya mengambil segala yang baik daripada mana-mana

sumber sekalipun. Hadith Rasulullah berbunyi: ”al-hikmatu

dhaallatul mu’min, lamma wajadaha fahua ahaqqu an-naasu

biha”.

Namun demikian perlu diperhatikan amalan-amalan yang

menyerupai amalan agama lain, yang berbentuk penyemba-

han dan pemujaan dan juga matlamat akhir sesuatu amalan

itu. Daripada pemahaman itu dan berdasarkan hujah-hujah

itu, lalu dikeluarkanlahlah fatwa yang sedemikian.

Untuk menambah kejelasan pada pandangan umum,

maka perlu disebutkan juga amalan bagaimana yang akan

merosak aqidah, dan apa pengecualian tertentu jika

ada.Tidaklah sesuatu fatwa itu bersifat terlalu umum seolah-

olah di sana tiada ruang pengecualian dan amat rigid dan sem-

pit sekali interpretasinya. Dan tidaklah juga sesuatu fatwa itu

terlalu longgar sehingga tidak membawa nilai dan kesan apa-

apa.

Indikator tentang apa yang menjadi pedoman masyarakat

(neraca iman atau selainnya)

Daripada fenomena beberapa fatwa ini, menjelaskan

kepada kita apa yang sebenarnya menjadi neraca pertimban-

gan masyarakat. Kita boleh melihat sejauh mana fatwa yang

dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini boleh disanggah

dan dipertikaikan oleh sesiapa sahaja. Sesiapapun boleh mem-

berikan komen dengan bebas dan menyatakan pendapat

masing-masing. Lebih malang lagi apabila orang-orang bukan

Islam turut bebas memberikan pandangan mereka.

(Pertubuhan Hindu Sanggam Malaysia menyatakan rasa terki-

lan mereke kerana majlis fatwa tidak merujuk kepada mereka

dalam isu senaman yoga ini). Seolah-olah di sana tiada siapa

yang mempunyai ’authority’ dalam agama ini.

Apabila kita melihat dengan lebih teliti, sebenarnya isu-

isu ini bukanlah satu isu yang begitu asing. Dalam isu pengkid

misalnya, sepatutnya sudah menjadi sesuatu yang sepatutnya

diketahui dan difahami oleh orang Islam mengenai larangan

Rasulullah tentang menyerupai jantina yang berlawanan. Isu

ini bukan semata-mata isu kesopanan dan adat susila tetapi

merupakan satu tuntutan agama. Kalaulah isu yang boleh

dikatakan simple ini pun boleh disalah ertikan sebagai meng-

gangu hak asasi, kebebasan individu dan sebagainya, bagai-

mana pula perlaksanaan Islam secara lebih menyeluruh? Ada-

kah masyarakat Islam hari ini boleh menerima amalan Islam

yang syumul?

Cuba anda bayangkan sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan

mengeluarkan fatwa mengharamkan umat Islam lelaki dan

wanita mendedahkan aurat? Bayangkan betapa hebatnya

reaksi masyarakat dalam perkara yang sudah begitu jelas hu-

kumnya di sisi Islam.

Pandangan Terhadap Isu Yoga

pemββββina

5

Peranan media dan kesannya

Di sini kita dapat melihat peranan yang dimainkan oleh

pihak media. Adakah mana-mana akhbar yang menyiarkan

fatwa pengkid dan yoga ini secara penuh supaya masyarakat

mampu membuat penilaian yang terpimpin (informed deci-

sion). Rata-rata cuma menggambarkan ”YOGA HARAM” dalam

segala bentuknya kerana boleh merosakkan aqidah. Itu sahaja.

Malah kenyataan media pengerusi majlis fatwa pun tidak disi-

arkan secara penuh. Berbekalkan persepsi inilah, dan dengan

pandangan pelbagai pihak yang kelihatan seolah-olah one-

sided inilah yang akhirnya diterima sebagai pandangan umum.

Di mana suara-suara yang menyokong fatwa ini? Di mana pen-

jelasan lanjut yang bertujuan mendidik masyarakat umum

dalam isu ini?

Pendirian kita (pada pandangan saya)

Sememangya terdapat satu ruang vakuum yang besar

dalam masyarakat Islam hari ini tentang ajaran Islam itu

sendiri. Dalam suasana masyarakat Islam sendiri belum betul-

betul jelas dalam kebanyakan isu umat Islam, baik dalam isu

aqidah, akhlak, muamalah dan segala aspek ajaran Islam yang

syumul ini, usaha-usaha mengislah masyarakat dan memandu

masyarakat sebenarnya amat-amat diperlukan. Ajaran Islam

ini tidak akan tertegak dengan fatwa dan hukum semata-mata

tanpa ada pemahaman yang jelas tentang agama itu sendiri.

Usaha ini perlulah dilakukan di peringkat akar umbi masyara-

kat, dalam setiap individu ahli masyarakat. Inilah jihad kita hari

ini. Jihad dengan hujah, memandu manusia kembali mengenal

Allah Yang Esa. Usaha ini perlu berterusan dan dilipat ganda-

kan lagi.

Kita akan menyokong mana-mana usaha ke arah pembai-

kian masyarakat. Kita tidak menyalahkan Majlis Fatwa men-

genai isu-isu ini, bahkan kita berterima kasih kepada mereka,

kerana dengan timbulya isu ini, maka memberi peluang

kepada kita untuk memberi penjelasan yang sewajarnya dan

memberi peluang kepada kita mengemukakan jalan penyele-

saian alternatif. Kita berharap segala isu umat Islam hari ini

mendapat perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak,

mengikut tingkatan prioritinya. Ada isu yang lebih patut dida-

hulukan, dan ada yang boleh dilengahkan sedikit.

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kekuatan

kepada kita untuk meneruskan usaha-usaha memartabatkan

agama-Nya ke tempat yang sepatutnya. Kita juga berdoa su-

paya Allah memberikan petunjuk kepada masyarakat kita

dalam menghadapi cubaan-cubaan yang datang bertimpa-

timpa ini.

pendapat

pemββββina

FATWA YOGA

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis

Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24

Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga.

Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-

pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muza-

karah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga

yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi

yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan,

mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti menda-

patkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan

tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh

merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa

jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur

tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan

syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa un-

sur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah men-

jadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan

wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang

boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh

menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.

(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.

(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan

yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari

terhakis

Sumber: Laman Web Rasmi JAKIM.