BUSANA MALAYSIA2

  • View
    29

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahan keceriaan

Text of BUSANA MALAYSIA2

Busana Kedah

Baju Melayu polos berpotongan jaket, bersamping pelikat dan bersongkok. Wanita berbaju Kurung Kedah kain baldu dipadankan kain tenun dan selendang

Busana Perlis

Lelaki menggayakan Baju Sikap dan bersamping dan seluar songket. Wanita menggayakan Baju Kebaya Labuh songket bunga tabur, berhias dokoh berantai dan selendang sifon

Busana Pulau Pinang

Lelaki memakai pakaian Kaum Melayu Peranakan dan wanita memakai Baju Panjang dan Baju Kecik pakaian tradisional kaum Nyonya

Busana Perak

Pakaian diRaja ini dibuat daripada songket bunga tabur sedondon. Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang, tengkolok, bengkung dan ikatan samping Perak. Wanita memakai pakaian Puteri Perak berseluar panjang songket jong sarat

Busana Selangor

Lelaki menggayakan Baju Melayu Cekak Musang, samping sutera tenun dan bengkung. Wanita memakai Baju Kebaya Labuh, pakaian bangsawan wanita dari sutera. Kebaya dipadankan dengan kain songket dan selendang renda

Busana Wilayah Persekutuan

Lelaki memakai Baju Melayu longgar dari kain sutera bertabur. Wanita berbaju potongan Teluk Kuantan yang dipermodenkan, dipadankan dengan kain ketat satin

Busana Negeri Sembilan

Pakaian adat berasal dari Sumatera Barat. Lelaki berbaju Kurung Cekak Musang, samping ikat pinggang dan destar. Wanita memakai Baju Kurung bersulam, kain sarung dan tekuk dada serta pakaian kepala 'tengkuluk'.

Busana Melaka

Lelaki memakai Baju Kurung potongan moden dengan samping dan ikat kepala. Wanita pula memakai Baju Kurung Teluk Belanga sutera yang dipadankan dengan kain sarung tapak catur.

Busana Johor

Lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga broked ungu terung, dipadankan dengan songket sutera tenun. Wanita berbaju Kurung Cekak Musang baldu, berkain songket ombak mengalun dan berselendang renda.

Busana Pahang

Lelaki menggayakan Baju Sikap dan Baju Melayu Cekak Musang. Wanita berbaju Riau Pahang, berkain sutera tenun jalur dan selendang renda.

Busana Kelantan

Lelaki memakai pakaian petani Baju Melayu Cekak Musang, samping kain batik dan kepala dililit kain semutar. wanita memakai Kebaya Kota Bharu dan kain batik lipat wiron.

Busana Terengganu

Lelaki memakai Baju Melayu berbelah depan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok. Wanita memakai Baju Kebaya potongan lama dari broked Cina dan sarung songket Terengganu.

Busana Sabah

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

Busana Sarawak

Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.

Busana Kaum India

Lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai pakaian gadis kampung Punjabi.

Pakaian tradisi pasangan Cina yang diubah suai.Busana Kaum Cina