3
LAPORAN AJK AKTIVITI Ahli Jawatankuasa Aktiviti : Muhammad Adib bin Misslani Nurul Aida binti Ibrahim Siti Farahiyah binti Mustaffa Jenis Aktiviti yang Dijalankan : Senamrobik “Explore Race” Persembahan Unit Perancangan Awal : Perbincangan bersama penasihat program dan AJK lain bagi menentukan aktiviti yang sesuai dijalankan semasa Hari Keluarga Jabatan Kajian Sosial dijalankan. Beberapa jenis aktiviti telah dicadangkan iaitu seperti lakonan, nyanyian, persembahan video dan bermacam lagi. Peringkat proses pergerakan peralatan sebelum, semasa dan selepas program : A. Sebelum program Perbincangan bersama ahli diadakan untuk menentukan peralatan yang hendak digunakan. Memberi senarai lengkap peralatan kepada AJK Peralatan. Sesi undian dijalankan bersama ketua unit yang terlibat bagi menentukan persembahan yang perlu dijalankan. Persembahan tersebut dibahagi kepada tiga kategori iaitu lakonan, nyanyian dan persembahan video. B. Semasa program Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta dan diikuti oleh sesi memanaskan badan iaitu senamrobik.

CONTOH LAPORAN AJK AKTIVITI.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sekadar rujukan untuk semua.

Citation preview

Page 1: CONTOH LAPORAN AJK AKTIVITI.docx

LAPORAN AJK AKTIVITI

Ahli Jawatankuasa Aktiviti :

Muhammad Adib bin Misslani Nurul Aida binti Ibrahim Siti Farahiyah binti Mustaffa

Jenis Aktiviti yang Dijalankan :

Senamrobik “Explore Race” Persembahan Unit

Perancangan Awal :

Perbincangan bersama penasihat program dan AJK lain bagi menentukan aktiviti yang sesuai dijalankan semasa Hari Keluarga Jabatan Kajian Sosial dijalankan.

Beberapa jenis aktiviti telah dicadangkan iaitu seperti lakonan, nyanyian, persembahan video dan bermacam lagi.

Peringkat proses pergerakan peralatan sebelum, semasa dan selepas program :

A. Sebelum program Perbincangan bersama ahli diadakan untuk menentukan peralatan yang

hendak digunakan. Memberi senarai lengkap peralatan kepada AJK Peralatan. Sesi undian dijalankan bersama ketua unit yang terlibat bagi menentukan

persembahan yang perlu dijalankan. Persembahan tersebut dibahagi kepada tiga kategori iaitu lakonan, nyanyian dan persembahan video.

B. Semasa program Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta dan diikuti oleh sesi

memanaskan badan iaitu senamrobik. Aktiviti “Explore Race” melibatkan pelbagai jenis stesen. Persembahan unit berjalan seperti dalam jadual.

C. Selepas program Program berakhir seperti yang dijalankan. Postmortem aktiviti dijalankan bersama pensyarah penasihat.

REFLEKSI AJK AKTIVITI

Page 2: CONTOH LAPORAN AJK AKTIVITI.docx

Aktiviti berjaya dijalankan mengikut perancangan. Pendaftaran peserta dijalankan bermula pada jam 7.00 pagi sehingggalah jam 8.00 pagi. Terdapat ramai peserta yang tidak dapat hadir bagi Hari Keluarga Jabatan Kajian Sosial kali ini di atas sebab-sebab tertentu. Aktiviti dimulakan dengan memanaskan badan. Peruntukan masa selama 30 minit diberikan untuk aktiviti memanaskan badan iaitu senamrobik. Mohamad Aiyad bin Ramli diberi tugas untuk mengetuai aktiviti senamrobik. Terdapat juga peserta yang ditugaskan menyediakan stesen-stesen bagi permainan “Explore Race” di bawah seliaan AJK Aktiviti.

Program diteruskan lagi dengan aktiviti “Explore Race”. Terdapat sedikit masalah dengan pembahagian kumpulan bagi aktiviti ini. Disebabkan terdapat ramai peserta yang tidak dapat hadir, bilangan ahli dalam kumpulan menjadi tidak seimbang. Terdapat kumpulan yang terlalu ramai peserta dan ada juga terlalu sedikit bilangannya. Hal ini diatasi dengan menyusun kembali kumpulan. Namun penyusunan kembali kumpulan mengambil sedikit masa. Permainan terpaksa dimulakan sedikit lewat daripada yang telah dijadualkan. Permainan meliputi 13 stesen yang mempunyai aktiviti tersendiri. Stesen disusun di sekeliling kawasan institut. Permainan “Explore Race” tamat mengikut masa yang ditetapkan walaupun dimulakan sedikit lewat.

Setelah diberikan rehat selama 30 minit, aktiviti diteruskan dengan persembahan unit. Kesemua peserta dan pensyarah dikehendaki masuk ke Dewan Ungku Omar untuk menjalankan aktiviti ini. Kesemua unit diminta menyampaikan persembahan masing-masing. Hakim dipilih dari setiap unit bagi memastikan pemarkahan persembahan yang adil. Persembahan diadili dari beberapa aspek iaitu kerjasama, keaslian dan kreativiti. Setelah kesemua unit selesai menyampaikan persembahan, upacara penutup perasmian diadakan. Hari Keluarga Jabatan Kajian Sosial berakhir tepat jam 1.00 tengah hari. Post-mortem diadakan selepas makan tengah hari bersama pensyarah penasihat, Puan Rosmani binti Ali.

Laporan disediakan oleh :

____________________

(Nurul Aida binti Ibrahim)

AJK Aktiviti,

Hari Keluarga Jabatan Kajian Sosial